KEMPEN PEMANASAN GLOBAL
- Konon nyerrrrr………………………sama macam kempen anti merokok je la.

MASKARA

MASKARA-SENDIKET SOLJAH. Aku sedang cuba mendekati dan memahami kelompok manusia yang cuba menyuntik pop ke dalam sastera.Jika berjaya mereka akan menjadi seperti aku yang di tuduh perosak bahasa oleh kebanyakkan intelektual melayu.Tetapi aku rasa mereka akan berjaya kerana pada poster mereka ada gambar pistol….dan lebih meyakinkan lagi aku ingin turut sama-sama bertempur dan menembak apa-apa yang patut.
Jika berminat untuk apply.. sila pos, e-mel atau faks butiran peribadi anda atau resume. hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. terima kasih!
ARRRR…MEMANG MACAM TU LAH
Assalamualaikum ya ahlul jannnah sekalian.Ampun dan maafkan hamba kerana begitu lama tidak menjengah ke kampung ini.Bukan apa….asyik mahsyuk lah hamba melayan musim hujan di Tasik Kenyir sana.
Banjarannya berkabus,okisgen nya tepu,buminya basah menghijau di basuh hujan setiap hari.Kedinginannya menggigit tulang membuat perut lapau sentiasa.Ini lah time nya cekodok semalam begitu beharga.Nasik sejuk dan kepala ikan masin menjadi hidangan paling lazat…lapan ploh kali lebih lazat dari masakkan dapur istana zaman silam.
Air besar akibat hujan di hulu menyerbu masuk ke Tasik membawa sekali sampah sarap yang di tinggalkan spesis homosapien yang kurang terdidik dengan ilmu pentingnya menghormati Alam.heyyyy….beratus pendita sudah bercerita…beribu ulama` zaman berzaman sudah berpesan`gunung ganang bukit bukau itu paksi alam…gunung ganang bukit bukau itu paku alam`…gunung-ganang bukit bukau itu balancing dierrrrr….paham dakkkkkk…Balancing dierrrrr`.Tayar kereta kita pun ada balancing…cer cabut satu tengok tayar jalan pewai ke tidak…selo-selo tak per…kang bila speed bergegar body dier`.
Lupakan bukit…meh citer pasal alam lain.Alam yang baik-baik.Alam tumbuh-tumbuhan dan geography.
Sambung cerita pasal air besar.Turun laju dari hulu punggah balak dan tunggul besar pemeluk.Esok nanti tinggal jadi struktur baru di mana beliau tersangkut.Bila air tinggi tunggul balak jadi macam hiasan dalam akuarium.Selekoh dalam yang kosong tiba-tiba berubah jadi lubuk.Kalau dulu baling umpan tunggu lapan jam tidak naik ikan…tapi sekarang asal baling makan,asal baling makan.Demikianlah Tuhan mengatur segalanya.Jangan gelabah…jangan panik hingga kita mengabaikan amanah.Sebagai khalifah ,Tuhan suruh kita jaga alam…hormati alam…cintai alam….tapi kalo kita kurang ajar dengan alam..korek sana korek sini..tebuk sana tebuk sini,letup sana letup sini semata-mata kerana merebut laba dan kuasa..semata-mata kerana nafsu yang celaka….tunggulah masanya alam tidak lagi bersimpati dengan kita.
Kenyir ini belantara luas yang belum sepenuhnya kurang ajar.Masih ada adab dan tata susila.Biar pun namanya hukum rimba..namun masih tersusun dan cantik dimana harimau tetap makan daging dan rusa tetap makan daun.Hukum yang terjaga rapi semenjak alam di jadikan.Sebab itu hamba betah tinggal di sana.Kalau musim yang lain juga hamba ke lubuk…tengkujuh lagilah lupa…asyik mahsyuk…..asyik mahsyukkkk….Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii`
Kalo ada penduduk kamp[ung belulang yang rasa macam nak membantu saudara-saudara kita di palestin …boleh lah berbuat demikian dengan memasukkan Derma anda ke akaun :Pertubuhan Jamaah Islah MalaysiaBank Islam Malaysia BerhadNombor akaun: 12113010005797—————-Aman Palestin BerhadBank Islam Malaysia BerhadNombor akaun: 12029010047880Maybank Malaysia BerhadNombor akaun: 562263010787Pertanyaan : 03-89267019 .Terima Kasih.
MISTERI JIBAM BERLARUTAN
Setahun lebih sudah berlalu semenjak press conference di lancarkan.Pelbagai cerita hangat tentang pembikinan filem Jibam yang di gembar gemburkan dalam surat khabar sedikit masa dahulu sudah semakin di lupakan.Khabarnya loan bank dan dana untuk pembikinan filem berjumlah 2 juta juga telah lama di luluskan.Namun misteri terus menyelubungi JIBAM bagaikan sinonim dengan jalan ceritanya di dalam novel yang juga tidak berkesudahan.Akhirnya keresahan khalayak ramai tidak dapat di bendung lagi sedang saya terus setia mengendalikan Blog JIBAM yang di buat khas untuk membantu promosi filemnya.Sudah lebih satu tahun berjalan dan pada minggu lepas saya meng`sms` Producer bertanyakan khabar kerana ada ura-ura pihak produksi lain yang berminat juga untuk memfilemkan JIBAM.
Berikut adalah jawapan yang di berikan kepada saya melalui sms juga-`
`I lama sakit.Jibam dalam proses buat prep production,dah bincang dengan Finas untuk shooting awal next year…lagi pun I pelik,kan right I dah beli.camana U all nak jual pd astro.Anyway kami akan shooting next year dengan izin Allah.Selamat Hari Raya .Maaf zahir batin.`
Di harap mesej dari Producer ini memberi jawapan jelas kepada semua peminat-peminat Jibam akan kesungguhannya untuk menerbitkan Filem ini.Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar beliau di beri kesihatan dan sembuh dari penyakitnya untuk melaksanakan tanggungjawab ini.Amin.
JIKA KAU MEMPUNYAI AKAL maka fikirkan lah sendiri
Semalam saya menaiki sebuah teksi ke section 15 subang yang di pandu oleh seorang lelaki separuh umur yang berasal dari keningau sabah.
`Tak balik raya tahun ni bang?`Tanya saya memulakan perbualan.
`Saya sudah empat tahun tak balik`Jawabnya dan kelihatan amat rusuh raut wajahnya.
`Lama tu….tak rindu ke keluarga di sana?`
`Rindu tu rindu bah….tapi mana saya mampu tiket pulang kesana aja sudah lebih rm400..sedang saya cuma bawa teksi`
Saya mencongak-congak sendiri.Sewa teksi rm40 sehari,gas rm7 dan petrol untuk stand-by kalo gas abis rm20(maklumat yang saya perolehi semasa sessi sembang-sembang tadi),belum teksi rosak atau kena saman.Perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak…ah paling kurang nak kena cari rm 100 satu hari.Tu pun baru dapat dalam anggaran rm30 sebagai gaji bersih.(bersih ke…cukup bulan nak bayar sewa rumah pulak,bil air,bil letrik)
`Anak berapa bang?`Saya gatal mulut bertanya.
`Enam`
Saya mencongak lagi.Kalau tiket kapalterbang balik ke keningau saja sudah lebih rm400 sorang…darab saja dengan lapan…rm 3000 dalam tangan.Makan minum itu ini…kurang-kurang 4000 mesti ada dalam tangan.
Memang betul lah kata PM kita ekonomi negara kita sekarang dalam keadaan baik.
Sebab itu kita kena ubah cara hidup kita dari manusia merdeka kepada hamba tebusan.
DUA MINGGU ATAS BUKIT
Apa yang aku buat kat atas bukit ni ntah.Tiba-tiba je tanpa di rancang member ajak melukis kat genting limaploh ari.Bukan kejap-kejap tu.Kalo jalan kaki lima ploh hari mau sampai ke selatan tailen.Modus operandinya hanya lah buat caricature dan melukis kat indoor theme Park.Kelakar kan bunyinya buat caricature kat atas bukit.Kalo hal ini di sebut lapan puluh tujuh tahun yang lampau nescaya akan di sepak orang lah kita walau pun di tengah-tengah khalayak ramai.Akan tetapi pada hari ini …di atas puncak bukit ni dah jadi kota keriangan dan bagi binatang-binatang hutan pulak boleh jadi kota kerunsingan.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi menaiki roller coaster atau keretapi gila sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.
Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama di atas puncak genting ini ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.
Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan sebaik saja balik dari melukis demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.
Esok besar kemungkinan akan turun dari bukit sebentar untuk melihat perkembangan alam yang lain selanjutnya.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.
Kadang-kadang rasa macam best pulak duduk atas bukit nih.
ANIMASI PUN LAYAN POLITIK
90s era animation which made good
———————————-
Image
One example of a successful animation is the animated series Usop Sontorian, which is about the adventures of children in the village of Parit Sontor, Johor.
“At first people felt Usop Santorian was just a run-of-the-mill children’s story but it’s actually of international standard and has been dubbed in Spanish for the South American market because South Americans can relate to the story and lives of the characters in it,” said Hasrul Nadzrin Shah, MDeC manager for Industry and Policy Research.
Usop Sontorian was created by 1989 by Kharisma Pictures(?)(bukan sepatutnya di tulis created by KARTUNIS UJANG ke?and one more thing..I done it in 1984..and publish on 1985) , owned by Michael Lum and Othman Hj. Yusof. Othman grew up in Parit Sontor and gave it the name.
At the time, Kamn Ismail ran Kharisma Pictures and the rights to Usop Sontorian were sold to Fine Animation, which subsequently sold it to RTM and it was first aired on TV1 in 1991.
“While RTM holds the rights, it allows the supplier to sell it overseas, provided they get its permission, and about five to eight years ago, it was dubbed into English and screened overseas under the title, The Adventures of Usop,” said Kamn, now managing director of Quest Animations, who was spoke at the Creativity Art Technology Conference at Technology Park purely from the historical perspective.
“I later saw it advertised at Cannes in France and it was later dubbed into Spanish and other languages,” he added.
A former computer programmer with Risda and computer marketing executive with Rediffusion, now Datuk Othman Hj. Yusof went on to established Moy Publications, which publishes the popular Ujang and APO illustrated humour magazines.
Written By,
Charles F. Moreira
————————————————————————————————–
Petikkan dari surf magazine dan sedikit pendedahan konspirasi dalam dunia penerbitan pulak hahahaha.wat da wonderful and colourfull world.
MACAM-MACAM HAL BETUL LA SEKARANG NI
Maka terkurung lah lagi Malim di dalam baldi ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah Malim barang seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara Malim yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh.Bagi Malim tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah Malim suka.Lagilah Malim bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui Malim tiada lah upaya Malim memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri Malim yang wajib lah pula Malim penuhi agar tidak berhutang pula Malim di hari oditing kemudian nanti.Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan Malim ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut.Cuma Malim memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada kalian agar sesekali mengizinkan Malim kembali kedalam baldi ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini Malim pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan kalian ajukan kepada Malim.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin Malim tanya kan kepada kalian.
`MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.Tidak payah Malim mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala Malim sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Malim sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang Malim sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini.Cuma apa yang Malim yakini buat masa ini (paham Malim berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikan lah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat Malim akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Malim setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.
HARI KELUARGA MAJALAH GILA-GILA
- TARIKH : 11 MEI 2008
- HARI : AHAD WAKTU : 8 AM - 6PM
- LOKASI : KOLAM MEMANCING TANGGUK-TANGGUK,SEMENYIH (BERHAMPIRAN AIR TERJUN SUNGAI GABAI)
Gathering ahli kariah kampung belulang, lubuk.Net dan family dan kakitangan creative enterprise sdn.Bhd (majalah gila-gila)-pelbagai acara telah di ejas termasuk gerai jualan, lukisan karikatur, pertandingan memancing sesama kita dan aktiviti rekreasi untuk semua. Ahli keluarga jibam.cesb.net.my di jemput hadir dan sila bawak anak-anak dan kengkawan anda untuk memeriahkan suasana. Peta lokasi akan di up- load dalam waktu terdekat. Sila catatkan nama anda yang akan hadir untuk pendaftaran dan pemberian kad ahli gila-gila secara percuma. Sebarang pertanyaan sila e-mail malimpelita@hotmail.com
SELANGKAH KE ALAM STREBENTUEN
Malam ini saya akan berhijrah seketika 53 kilometer di tengah hutan hujan tropika untuk merisik khabar.Kalau-kalau ada e-mail atau telegram dari alam strebentuen.Sementara saya menjalankan tugas ini ,ingin saya menyeru semua ahli kariah kampung belulang agar cuba menghadamkan dan mencari tafsir-tafsir harfiah bagi tulisan ini sehingga telinga masing-masing berdarah.Selamat menyerabutkan sereberum kalian.Alfonso kwonsenfelnsesss…
SIDANG PARA MONYET.
Pagi ini keserabutan di dalam beberapa urat sereberum Malim berada di tahap melampau setelah merasakan DIRI berjaya menyusun dan memberi angka-angka nisbah terhadap file-file yang bersepah.Setiap satu siap dengan nombornya dan setiap nombor Malim susun menurut adabnya.Sambil berjalan ke stesen LRT Malim menyelak kepilan-kepilan file sekadar untuk memastikan setiap satunya tidak bersepah lagi menambahkan kesibukkan alam fikiran yang berlapis-lapis di ruang binari i.6 ini adanya.Namun dalam ruang kesempatan yang amat sedikit sekali ini pun mampu juga sidang meja panjang menambah beberapa folder `new document` untuk Malim fikirkan pula di kesempatan yang lain.Sesungguhnya perkataan `defrag` yang di sebut oleh sahabat Malim syeikh al Dome dari pantai timur itu amat muafakat sekali rasanya buat masa ini.Biarlah Malim ceritakan serba sedikit kandungan dan rumusan dalam file-file yang Malim susun sekadar untuk berkongsi rasa dan berkongsi keserabutan yang syahdu ini.
Ada pun perihalnya file yang nombor ( 1 ) itu; tercatat di dalamnya keinginan-keinginan Malim yang di dasari kebodohan terhadap apa yang tidak seharusnya dan berdasarlah ia pada tanggapan apa yang baik dan terbaik bagi seseorang manusia.
File yang nombor ( 2 ) Catatan-catatan kemunafikkan Malim ketika menggunakan kerasionalan demi membenarkan pemikiran dan tindakkan yang tertumpu kepada diri Malim sendiri dan bukan pada realiti yang akhir.Maka Malim masih mencari-cari ketulusan di situ untuk mengubatnya.
File yang ke ( 3 ) tersusun berbaris-baris perasaan bangga Malim terhadap diri sendiri,mengagungkan harta benda dan kekerasan akhlak.Malim melakukan sifat-sifat yang terpuji di mata makhluk tetapi tercela ia pada perinsip keserabutan sejati.Malim Masih mencari pengabdian secara benar dan total,kerendahan dan kefakiran yang menduduki hirarki teratas…namun sehingga ini kebanggaan diri yang menggunung menyekat laluannya.
Perihal yang ke ( 4 ) keinginan-keinginan Malim untuk di puji dan di sanjung makhluk membina dinding yang tebal sehingga terhalang penilaian objektif Malim terhadap diri sendiri yang sering pula berakhir dengan sesalan-sesalan serta kehinaan diri.Beberapa kali Malim cuba mengoyakkan file ini namun kebimbangan pada tumbuhnya tunas yang baru memansuhkan gerak Malim sentiasa.
File yang ke ( 5 ) mencatat ketamakkan dan kekikiran(al-bakhil wal Hj.kedekut) Malim yang sering pula melahirkan agenda-agenda kedengkian yang terburuk dari semua sifat yang ada.Maka Malim masih mencari kekuatan dan keyakinan yang pasti untuk menguruskannya.
File ke ( 6 )Lebih rumit lagi kerana sarat lah ia dengan keinginan mendapatkan sesuatu dengan lebih banyak.Catatan kakinya Malim tuliskan kisah bagaimana kelalaian Malim menjadi kelkatu dan membentur-benturkan diri mengelilingi api pelita sehingga tertanggal sayap.Kalau saja tidak tertanggal sayap nescaya sudah terbakar hangus lah Malim di dalam cahaya yang sangat terang itu.Di kahabarkan oleh orang yang tahu dan faham bahawa kecerdasan dan kesolehan lah penawarnya…dan Malim masih menjalankan sisatan usul kecerdasan yang bagaimanakah yang mereka maksudkan(terhimpun pula dia di dalam file-file yang lain)…
File ( 7 ) Perihal tidak bertanggung jawabnya Malim terhadap jiwa akibat keinginan meraih sesuatu yang telah di rencanakan oleh fikiran.Ia sentiasa sahaja bergerak sebagaimana bumi berkisar mengikut orbitnya.Membina keinginan-keinginan baru yang kemudiannya lenyap samada Malim berjaya mencapainya mau pun tidak.kesedihan dan kegembiraan adalah sama dan datang dari tempat yang sama namun kesabaran sering sahaja hilang ketika menghadapinya.
File ( 8 ) Tertulis pula kelelahan dan kejemuan Malim di dalam tugas menyusun keserabutan `HAL` di sebabkan kurangnya kemantapan tujuan dengan manifestasinya yang wajar sehingga Malim seringkali saja terlupa untuk bersyukur dengan apa yang telah ada.
File ( 9 ) kelalaian dan kemalasan parah akibat kurangnya kesedaran Malim terhadap tuntutan semasa atau kepentingan hak-hak peribadi yang perlu di lunas.Akhirnya file yang ke sepuluh adalah kesimpulan-kesimpulan yang masih kabur himpunan dari sembilan file yang telah Malim susun.
Untuk itu Malim menyediakan nota kaki sebagai peringatan buat diri Malim sendiri bahawa pada umumnya psikoteraphy kontemporari hanya mampu meredakan keserabutan ini buat sementara sahaja kerana menyembuhkan jiwa yang tempang dalam mencari keseimbangan dan perkembangan memerlukan file yang lebih banyak dan pengalaman yang lebih berserabut serta berpanjangan.Penjelasan seperti ini di pandang sesat oleh para teolog ortodoks kerana mengabaikan penafsiran-penafsiran harfiah kitab-kitab suci.Tetapi realiti sejarah dan tradisi bercerita ahli-ahli fakih tidak menarik perhatian ahli-ahli serabut otak kerana mereka telah melampaui wahana tersebut.Maka hanya manusia yang sama-sama duduk dalam dimensi keserabutan sahaja lah yang akan memahami masalah itu.Demikianlah tertulis dalam warkah rahsia pendahulu `BAGI ADAM SEMUA NAMA DI KETAHUI`.Masyhur juga di bawa khabar-Sebuah arus air yang gemercik sampailah dia kesebuah gurun pasir yang kontang.Tiadalah dia mampu menyeberanginya..tatkala mencapai pinggiran gurun maka hilang lenyap lah dia terserap kedalam butiran pasir dan debu yang halus.Berteriak sang air `Aku tidak mampu menyeberang tetapi aku melihat sebuah jalan`Maka di jawab gurun dalam lidah alam yang tersembunyi `Angin boleh menyeberanginya,Maka begitu jugalah engkau`Air merenung seketika melihat udara yang terbang dan menoleh kepada dirinya yang mengalir lantas berkata `Aku tidak mampu mencapainya walau untuk beberapa hasta sekali pun`ujarnya lagi dalam kelalaian.Lidah alam kemudian menjawab.`Engkau berfikiran salah,cuba untuk terbang dengan diri mu sendiri adalah kebodohan,Biarkan angin membawa mu menyeberangi gurun dan sampai ketempat tujuanmu`Air merenung lagi hakikat dirinya`Bagaimana aku akan melakukan pekerjaan itu?`soalnya lagi.Kali ini suatu suara datang dari dalam dirinya sendiri`Kau hanya perlu bertahan dan bersabar`….untuk beberapa lama setelah itu dia terserap kedalam angin lalu di bawa menyeberangi gurun,memberat dan kemudian jatuh kembali menjadi sungai yang akhirnya menyelusuri jalan yang sama sehingga kembali semula kegurun.`Bagaimana aku akan tahu bahawa ini adalah kebenaran` soal air sebelum lidah alam kembali menyampaikan pesan zaman-berzaman.`Kau harus terus menyeberanginya berulang-ulang kerana ada manfaat untuk diri mu dan ada manfaat yang boleh di ambil oleh makhluk lain sepanjang perjalanan mu ini`






