SUKATIKAULAH

Posted in Drama by Ujang on the March 23rd, 2007

Jibam duduk mencangkung merenung taik kerbau itu  dengan penuh minat. Tuk Ngah Sudin yang juga mencangkung di sisinya memegang sebatang ranting kayu yang baru di kutip tepi jalan. `Tak boleh ni Ngah…ni besar sangat…kau amik lidi je `Perintah Jibam.Tuk Ngah lantas berlari ke kedai Pak Itam yang terletak tidak jauh dari situ. `Assalamualaikum Pak tam…nak mintak tolong sikit boleh tak`. Lebai Dolah yang sedang berbual dengan ucu tersengih memandang Itam yang mula menunjukkan muka boring.`Tolong apa` jawabnya acuh tak acuh. `Jibam nak lidi..penting ni..nak buat tiang bendera `. Ucu geleng-geleng kepala sambil tertawa kecil. Semalam di kedai Pak Itam mereka ketawa terbahak-bahak bila limat mengajuk cara Jibam dan Tuk Ngah menyembur air liur ke udara untuk membentuk warna pelangi.`hari ni tak main sembur-sembur lagi Ngah?` Lebai Dolah mengusik. `Tak la Pak Lebai..Jibam kata nanti air liur kita boleh jadi kering..kita boleh mati`. Terang Tuk Ngah bersungguh-sungguh.Lebai Dolah mengangguk-angguk dan beberapa suara sumbang sudah mula ketawa terbahak-bahak di meja belakang. `Hari ni main apa pulak?` Ucu menyampuk sengaja untuk menimbulkan suasana  lucu .Setiap pertanyaan dan jawapan pasti akan menimbulkan aura lawak di tahap maksima di warung Pak Itam itu  jika melibatkan Tuk Ngah Sudin dan Jibam. Malah di desa belulang tersebut mereka berdua lebih di kenali dari siapa jua penduduk kampung yang paling lama bermustautin di situ.`Dia orang berdua ni ada lah icon dalam kampung ni` kata limat pada suatu pagi dan warung Pak Itam pecah lagi dengan gelak ketawa ahli jawatankuasa surau yang singgah pekena teh tarik. `Main apa hari ni Tuk Ngah `Ucu mengulangi soalannya. `Tak main apa-apa..Jibam suruh mintak lidi..nak cacak bendera kecik kat taik kerbau tepi surau tu `sahut Tuk Ngah sambil mencapai sebatang lidi penyapu yang di hulur oleh Pak Itam. Dia berlari menuju ke surau. Lebai Dolah bingkas bangun dan berlari sama.Ucu terpinga-pinga.Itam juga pantas meletakkan piring teh ke meja karim peot dan mengekori Lebai Dolah. Masing-masing yang tidak tahu cerita akhirnya turut sama berlari-lari anak arah ke surau. Jibam sudah selesai dengan kerjanya.Sehelai daun kering di cucuk dengan lidi penyapu kelihatan seperti sehelai bendera tercacak atas sekelompok taik kerbau tepi jalan berhampiran surau .Mereka berdua tersengih bangga. Lebai Dolah yang pertama kali sampai mendahului  yang lain tiba-tiba pucat kehairanan. `Aih..tengok taik kerbau pun boleh panik sampai macam tu`.Usik Ucu yang pada mulanya malas nak ikut serta. Tetapi memandang kan kedai Pak Itam sudah kosong maka dia pun turut menyibukkan diri beramai-ramai di situ. `Apa yang ajaib sangat dengan taik kerbau ni lebai selain ada bendera kat atasnya..tu pun kita dah tau Jibam dan Tuk Ngah yang letak` Pak Itam juga kurang faham hakikatnya. Lebai Dolah merapatkan mulut ke telinga Itam dan berbisik `kat kampung kita ni mana ada orang bela kerbau , lembu atau kambing Tam…mana datang nya taik kerbau ni pulak?`. Bulu kening Pak Itam terangkat.Dia berbisik pula pada ucu dan ucu menyampaikan berita itu pada karim.Mereka saling berbisik-bisik antara satu sama lain dan akhirnya muka kesemuanya menjadi pucat.

33 Responses to 'SUKATIKAULAH'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'SUKATIKAULAH'.

  1. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Sudah kering gusi, ditiup udara panas sebelum ujan. Sudah kelat gigi terlekat hirup terakhir teh susu di kopitiam cm tu. Sejuk amat dalam cm tak memberi apa-apa kesan pada tubuh yang mula menggigil kesejukan. Ingatan dan kenangan 13 tahun dulu di Plaza pengkalan menerobos masuk ke otak berputar mengingat satu-demi satu insiden dan dialog-dialog lucu yang di ketawa hilaikan bersama. Kini.. animasi atau kartun di tv kita tidak lagi membawa penonton ke daerah hubungan 2 hala. Aku dah jelak dah jang, dengan sistem penerbitan satu hala ( baca: syok sendiri ). penonton rasanya nak karektor yang boleh menyemai benih-benih kemanusiaan dan rasa rendah diri seorang hamba. Dalam kelucuan dan kejenakaan, kita selitkan sindiran dan pengajaran yang membentuk keimanan serta kesyukuran.

    on March 23rd, 2007 at 11:27 am

  2. ujang cakap:
    Gravatar

    Segala-galanya akan terjawab dengan JIBAM …insyaallah.

    on March 23rd, 2007 at 12:16 pm

  3. waghih ujang cakap:
    Gravatar

    Lamo nak tunggu macam ari dulu dulu.. minum kopi o ..baco majalah penghibur hati…golak sorang2.. terhibur hati juo..ilang raso loteh di badan..hidupkanlaa balik karya karya yang dikenali penuh dengan kemanusian..walau orang lain nampak mereng..naluri kemanusiaan penuh dihati..Moga Fenomena Jibam..mewujudkan cahayo keindahan yang dah nak suram..

    on March 23rd, 2007 at 12:51 pm

  4. shaari cakap:
    Gravatar

    `Aih..tengok taik kerbau pun boleh panik sampai macam tu`.Usik Ucu yang pada mulanya malas nak ikut serta. Tetapi memandang kan kedai Pak Itam sudah kosong maka dia pun turut menyibukkan diri beramai-ramai di situ.

    camne diorang buleh panik? adakah tahi lembu tu akan meletup, sebab jibam letak mercun lidi dan bukannya lidi penyapu? atau bagaimanakah?

    on March 23rd, 2007 at 7:14 pm

  5. ujang cakap:
    Gravatar

    Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteriiiiii…..“`>

    on March 23rd, 2007 at 8:09 pm

  6. Ujang cakap:
    Gravatar

    saborrrr..tunggu jawapan dier dalam beberapa hari lagi hihihihi.

    on March 23rd, 2007 at 8:17 pm

  7. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    ” JIBAM.. akan masuk pangging? ” Tanya katak puru bawah rumah atuk aku. Kawannya sang semut mengangguk-angguk tanda mengiyakan segala sakap-cakapnya sebelum subuh pagi tadi. “Betul-betul ke ni?” Tanya katak lagi.. “Betul, bukan macam kau tu.. ” Bukan aku apa pulaknya?” Bukan kau la.. Jibam masuk panggung.. kau tu bawah tempurung..” Sindiran semut pantas menerjah telinga sang katak. “Eleh.. apa kurangnya awak tu..? Kan kita sama-sama kat bawah tempurung ni..? “Eh.. Betul jugak tu.. tapi Jibam mana?” JIBAM?

    on March 24th, 2007 at 12:19 pm

  8. shahrul maizam cakap:
    Gravatar

    ini adalah murid ke-10 yg buat TYPO lagi. ibnukaduk tulis “pangging.” sepatutnya “panggung” kan?

    atau adakah maksud lain di sebalik “pangging” itu. seperti “panggung” yg sediakan “piring” apabila penonton2 lapar?

    waaahh… itu sudah satu revolusi baru.

    on March 24th, 2007 at 12:55 pm

  9. Pakcik Kalam cakap:
    Gravatar

    Entahlah, pakcik pun turut bermasalah dengan TYPO gak… Nasib baik tak PHYSCHO. Kalau dulu pepatah Melayu mengatakan kalau tak pandai menari bolehlah kita salahkan lantai tinggi rendah. Sekarang ni boleh kita sabitkan kesalahan TYPO itu kepada papan kekunci, yah!!!

    on March 24th, 2007 at 1:02 pm

  10. shahrul maizam cakap:
    Gravatar

    adakah encik ujang cuti drp menulis entry pada hari sabtu & ahad? atau adakah encik ujang mengambil gaji buta…. amik OT weekend, tapi tak update entry ek.

    err… kenapa tah orang panggil gaji buta. ada mata ke gaji tu?

    sekian terima kasih kerana membaca peroslaan saya. eh silap, persoalan saya.

    on March 24th, 2007 at 3:04 pm

  11. ujang cakap:
    Gravatar

    Nak jawap macamana..sekarang ni saya berada di selatan kirkuk…sini payah nak jumpa cyber cafe.

    on March 24th, 2007 at 4:37 pm

  12. shahrul maizam cakap:
    Gravatar

    laa… asal tak tanya. dulu pernah pegi situ. kalau encik ujang perasan kat situ ada satu masjid femes nama dia, masjid melor. lebih kurang 2 kilometer dari situ ada satu kedai ikan, nama tauke dia Lim Ah Lok. tanya dia kat mana Mini Market Haji Dolah.

    pastu dapatkan maklumat dari encik dolah. biasanya cik dolah tu akan drive taxi utk ke cyber cafe dgn tambang 40 sen.ouh sblm sampai ke cyber cafe tu, ada satu lorong, yg kenderaan roda 4 takleh masuk. jadi encik ujang kene sewa motosikal, lebih kurang harga sewa 75 sen satu jam. jadi bergantung juga pada skill encik ujang bawak moto. kalau laju, maka kurang la harga yg dibayar. tapi kalau encik ujang tak reti bawak motosikal, cik ujang kene sorong moto tu sampai ke satu simpang ni….. simpang 3 kot.

    pastu ujang kene baca doa masuk kampung. habis je baca doa, imam dari masjid melor tadi, yg bernama Haji Karim akan bawak encik ujang sampai ke cybercafe tu.

    pastu nanti, baru cik ujang tahu, cybercafe ada dlm masjid tu jer. HAHAHAHA…. punya la susah berusaha. rupa2 nya ada dlm masjid. yer la… sekarang semua masjid dah canggih kat Kirkuk tu.

    on March 24th, 2007 at 6:01 pm

  13. ibnukaduk2 cakap:
    Gravatar

    ok-ok, ana kasi betulkan masalah TYPO ana di atas sana. “Pangging” (baca: Panggung) Ini kesalahan kali ke 14 ratus 2 puluh juta, perpuluhan sembilan kali lima, lima kali 2 ntah berapa ntah. Lagi sekali.. Panggung.!
    Ha.. baru betul. Ana punya (keyboards) ni.. huruf u, kalau tekan lama sikit.. dia jadi huruf i. I bukan sengaja.. kata I.

    on March 24th, 2007 at 6:19 pm

  14. Ujang cakap:
    Gravatar

    Tolong jangan tulis benda-benda merapu di sini ya.Kerana kita bercadang untuk menjadikan forum di sini suatu forum ilmu yang boleh memberi manfaat kepada peladang-peladang ubi kentang di eropah dan penternak daun pudina di tanah pamah st lawrence.Kalau kita tulis benda merepek-repek…macamana kesudahannya nanti sistem perlembagaan di malaysia? Tentu kewibawaan persatuan pembuat tayar di melaka akan tercalar.

    on March 25th, 2007 at 10:14 am

  15. mat cakap:
    Gravatar

    haaa..kan da konoo maghaaahh…

    on March 26th, 2007 at 1:50 pm

  16. ujang cakap:
    Gravatar

    hak hak hak..tu bukan marah la che mattt,,,nasihatttttt“

    on March 26th, 2007 at 4:48 pm

  17. mat cakap:
    Gravatar

    aku bukannya marahh,,,nasehhatt,,,huhuhuh mcm cite P Ramlee Madu 3 daaa….

    on March 27th, 2007 at 12:14 pm

  18. TiDiN cakap:
    Gravatar

    ;) byk org byk ragam… takde sebab kita semua nak marah

    on March 28th, 2007 at 5:18 pm

  19. ujang cakap:
    Gravatar

    ntah nyer kan Tidin…daripada marah-marah tu baik makan biskut..lagi baik.

    on March 28th, 2007 at 9:27 pm

  20. mat cakap:
    Gravatar

    ishh mane satu ni,,,nak marah ke nak makan biskutt,,,

    on March 29th, 2007 at 8:03 am

  21. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Makan biskut le Che Mat… kalau marah bukannya dapat apa, kenyang pun idak. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati… betollah!!

    on March 30th, 2007 at 1:51 pm

  22. johan cakap:
    Gravatar

    biskut pun mahal sekarang ni..baik makan selipar..konyang pun konyang..hihihi..

    on March 31st, 2007 at 10:27 am

  23. mat cakap:
    Gravatar

    ko nih spesis apo johan,,,makan selipo plak die….badak sumbu pon tk makan selipo….hukhukhuk

    on April 2nd, 2007 at 3:25 pm

  24. Ujang cakap:
    Gravatar

    rosakkk…rosakkk…keh keh keh.

    on April 2nd, 2007 at 6:08 pm

  25. TiDin cakap:
    Gravatar

    tU LA pasal Che Mat, saya rasa kritikal dah tu, cuba ambik alamt dia, kita pi baca Yasin ka pape patut. ;) Bukan apa meringankan beban sikit sebab mungkin banyak sangat yang dipikul. Tak gitu Che Ujang?

    on April 3rd, 2007 at 12:18 am

  26. mat cakap:
    Gravatar

    takpe takpe,,,,kite tgk duluu,,,habih ke tak selipaa yg die makan tu,,,,,kalao tak abih tu tekawal lagi tuh……bule bace dr jauh jekkk….hukhukhukk

    on April 3rd, 2007 at 8:09 am

  27. intan cakap:
    Gravatar

    aku jamin dia x “lut” mkn selipar…

    on April 3rd, 2007 at 9:58 am

  28. mat cakap:
    Gravatar

    eh tak tentu gak intan.,,,kalau dibuatnye perangai die yg lame tu kangg…..tak ke naye kite….ish,,jgn sampai die ingat balik mende2 lame tuh…

    on April 3rd, 2007 at 11:03 am

  29. johan cakap:
    Gravatar

    eleh..ko try la dulu makan barang sepasang dua..pastu aku jamin ko akan berenti beli biskut..kalau nak yang rangup beli selipar kaler merah..pastu blender..gorengn ngan asbestos..hingga menjilat lantai wa cakap lu…

    on April 3rd, 2007 at 5:06 pm

  30. habuk cakap:
    Gravatar

    hehehe……………
    mcm2 ceghito ador…
    dari pembuat tayar sampai selipor tahap asbestos.
    jgn buat malu dek jibam dah….
    tp ok gak lagi banyak peel lagi kayonyo.

    makan selipor ok laie
    jgn makan oghng udah le.
    declare tahap cannibal nanti.:)
    hehehe
    huhuhu

    on April 3rd, 2007 at 5:48 pm

  31. ujang cakap:
    Gravatar

    Ni semua dah makan ubat lom ni? hahahahahaha..

    on April 5th, 2007 at 8:17 am

  32. intan cakap:
    Gravatar

    dahhhhhhh, tetiap pagi aku makan vitamin apa…

    on April 5th, 2007 at 10:58 am

  33. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    bitamin cap apo yg ekau makan..

    on April 17th, 2007 at 11:04 am

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>