JIBAM MERCHANDISE

Posted in Buletin by Ujang on the March 25th, 2007

Sebaik saja melangkah ke stesen lrt hamba terpandang sebuah bill board selebar 20 x 20 kaki dengan perkataan `jika kau menjadi aku , aku yakin kau akan mengerti `di bawah tulisan besar bewarna hitam tersebut gambar anak-anak yatim iraq ,palestin dan afghanistan yang kudung kaki tangannya sedang meratapi makam ayahanda dan bonda tercinta…berlatar belakangkan beberapa buahkereta kebal buatan united states of america. Di ruang udaranya terpapar gambar jet pejuang ultra sonic lambang kehebatan dan kemajuan tamaddun ilmu manusia mencipta jentera terbang mengatasi laju bunyi. Malang sekali kemajuan dan kehebatan yang di pinjamkan Allah menjadikan mereka angkuh ,buta,tuli , jahil dan bangang sehingga ke tahap balhom adhol. Terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja bill board ini dan menyampaikan mesej jelas melalui Jibam….dan hamba berharap selepas ini bukan sahaja nokia..malah jibam pun akan connecting people………..

26 Responses to 'JIBAM MERCHANDISE'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'JIBAM MERCHANDISE'.

  1. cikgu ramlah cakap:
    Gravatar

    pertama sekali cikgu nak tegur typo anda, sepatutnya “United States of America” anda tertinggal ’s’

    kedua, cikgu nak puji kebolehan saudara ujang berbahasa arob. 3 minit gak la aku pikir2, sape la yg bernama “balhom adhol.” rupanya kata2 bermaksud “bahkan mereka sesat”

    jibam bukan takat connecting people, malahan dia connect hati-hati manusia. wah wah wah :)

    on March 25th, 2007 at 10:53 am

  2. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Aku memang respect kat kau Jibam. Tapi kalau boleh.. mintak sifu Ujang terbitkan balik koleksi Komik Kartun Jibam yang dia lukis tahun 1993 ( di Gila-Gila) dan 2003 di Malim Pelita. Takpun fotostat je.. untuk rujukan hamba… ada kerja nak buat ni..

    on March 25th, 2007 at 2:25 pm

  3. Ujang cakap:
    Gravatar

    Tima kasih cikgu….kesilapan telah pun di perbetulkan…….ibnukaduk, permintaan itu akan hamba cuba laksanakan dalam waktu terdekat,insyaallah.

    on March 25th, 2007 at 3:35 pm

  4. TiDin cakap:
    Gravatar

    Memang globalization lah Che Ujang! Hehehe…memanglah dipersetujui pendapatan yang diberikan. Moral of the story morning glory, kita mestilah peka terhadap alam sekitar.

    on March 25th, 2007 at 8:11 pm

  5. K' - Administrator cakap:
    Gravatar

    Lrt mana tu bang? saya nak gi amek gamba.. sbg rekod jek. kalau mengancam boleh share.

    on March 25th, 2007 at 11:16 pm

  6. Ujang cakap:
    Gravatar

    Bill board tu terletak di setesen lrt sebelah kiri rumah bill clinton…dan situ kawasan larangan bergambar tu `k`…bahaya,nanti cia tangkap.

    on March 26th, 2007 at 8:36 am

  7. shaari cakap:
    Gravatar

    den pon ado nampak iklan billboard jibam kek US ni. dokek neghogi kolorado. dio pasang kek loji kumbahan uranium. uish… serato dunio ko pemes jang. apo rahsio kau glemer camgini ek? bagitau sikit? kau ado pakai fair&lovely ko?

    on March 26th, 2007 at 8:49 am

  8. ujang cakap:
    Gravatar

    Kau ni melampau sungguh la en shaari…dah tau RAHSIO..tanyo buek apo…kang kalau jawap karang dah tak jadi rahsio lagi dah. (Teringat aku citer dragon ball bila GOKU berkata- `mari aku katakan pada kau satu rahsia…bola naga ada tujuh biji kesemuanya..!!!` ..kan tak elok menipu bebudak macam tu…nanti bebudak keliru apakah makna rahsia sebenarnya.

    on March 26th, 2007 at 9:47 am

  9. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Hmm… nampaknya pembaca blog Jibam ni pon banyak yang sebenarnye pengeluar jus kretip rupanya… Che Ujang tak sesusah nak carik jejauh, ni ha depa mai depan muka dah…Rahsia yang bukan rahsia lagi dah ni

    on March 26th, 2007 at 1:51 pm

  10. ujang cakap:
    Gravatar

    Betul tu che Tidin….kelakar-kelakar jugak dia orang ni..terhibur baca posting yang pelbagai gaya tiap-tiap pagi.Ada harapan jadik penyumbang artikel untuk JIBAM nanti nih hihihihi.

    on March 26th, 2007 at 1:58 pm

  11. mat cakap:
    Gravatar

    sombang atikel jek jangg,,,aku nak sombang soareee bulee takkk,,,bulee ekk ekk,,

    on March 26th, 2007 at 3:46 pm

  12. ujang cakap:
    Gravatar

    Memang artikel yang kita nak buat tu dalam bentuk suara che mat…audiotikel nama nyer…ilustrasinya pulak dalam bentuk hologram.

    on March 26th, 2007 at 4:45 pm

  13. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Aku rasa en Ujang belum mau bersuara banyak buat masa ni. Dia nak menulis artikel je dulu. Bab suara-suara tu.. biar akedemi fantasia dan rosnah mat aris aje yang buat dulu. Karang terlebih bersuara jahanam jadinya kan En Ujang kan? Lagipun kalau banyak bersuara.. takut kejahilan pulak yang terserlah. Biar banyak berfikir baru bertindak. Sapa nak menyumbang suara boleh contact Pesta Karaokre Air di Pesta Port Dickson tahun ni. Menyanyi dalam air, baru la sumbang namanya.

    on March 27th, 2007 at 1:04 am

  14. yop cakap:
    Gravatar

    bagitaulah kami agar rahsia itu menjadi rahsia kita bersama..
    dimanakah setesen LRT itu wahai saudaraku?

    biar pecah di blog jibam,daripada dipecahkan budak2 sekolah yg tahap vandalisme nya di luar batasan-batasan ubi kentang di ladang mardi jalan kebun.

    on March 27th, 2007 at 8:25 am

  15. intan cakap:
    Gravatar

    jang…kenapa kau angkat cerita jibam bukan abe?walhal mereka tu kan lebih kurang je tahap iq yg kau nak gambarkan?

    on March 27th, 2007 at 6:59 pm

  16. mat cakap:
    Gravatar

    rasenye Jibam dulu wujud dari abe kot…huhuhu ye ke

    on March 27th, 2007 at 10:16 pm

  17. Ujang cakap:
    Gravatar

    Bukan hamba tak mau nak ejas ABE untuk filem…akan tetapi seperti mana karya-karya hamba yang lain..trademarknya telah di eskerplenteskan oleh pihak-pihak yang tidak ada belas kasihan.Rasanya cukup lah 4-5 tahun hamba naik mahkamah dengan 19 kes yang belum selesai- daripada membuang masa dan buang duit berebut hakcipta..kan lebih baik cipta yang lain dan mungkin lebih baik lagi.insyaallah.

    on March 28th, 2007 at 8:25 am

  18. mat cakap:
    Gravatar

    botulll botull tu,,,,
    insyallahh…

    on March 28th, 2007 at 10:12 am

  19. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Kahkahkahkahkah…adoi! LAwak la hampa ni! Pecah perut beta!!! Audiotikel la… apa la… Aku tak termampu nak bagi pendapatan bernas lagi dah dek kerana kemengarutan korang! Bujang senang betol la korang nih! Hilang aku punya keserabutkelapaan aku!!! Kahkahkahkahkahkahkah Adoi!! Ambik nafas jap 5 minit

    on March 30th, 2007 at 7:01 pm

  20. johan cakap:
    Gravatar

    mengucap…tidin…jangan ambik napeh jo..kang takdo napeh plak..hihihi..
    boto tu jang..buek yang lain lain best..alah orang yang ambik tu pun bukan ado idea baru pun..tau merampas je…nak kayo copek ko apo? so bro. ujang buek yang baru..fresh punyer…kasi kaw-kaw..pasti melotup macam BOM!!! TEBABOO!!!

    on March 31st, 2007 at 10:18 am

  21. ujang cakap:
    Gravatar

    mak aiiiiii johan.Sampai TEBABOO!!! plak melotup ey…tegamang satu kariah nonga ey.

    on April 1st, 2007 at 8:37 am

  22. roslan cakap:
    Gravatar

    dear ujang,
    ingatlah kalau kita ingat kita ni susah, maka ada orang yg lagi susah daripada kita. sesungguhnya 19 hanyalah sekadar nombor-nombor yg selalu mengaburi pandangan kita utk terus maju kehadapan.

    ada orang yg lebih teruk daripada tu ujang, iaitu saya sendiri. saya kehilangan 19 ribu ekor lembu yg akan saya gunakan utk buat sup ekor di kedai saya. ini kerana lembu2 telah memohon utk dikembalikan hak2 mereka.

    salam sayang,
    shaari bin sa’adon
    pegawai perhilitan negeri kolodaro

    on April 1st, 2007 at 11:18 am

  23. ujang cakap:
    Gravatar

    Silap betul che roslan menyangkakan saya merasa susah.Sebenarnya saya merasa gembira dan sangat sukahati dengan masalah-masalah tersebut..sehingga kadang-kadang masa tidur pun saya ketawa.

    on April 1st, 2007 at 2:06 pm

  24. johan cakap:
    Gravatar

    apo nak kisah..HAL dunia macam tu lah…
    sapo2 pun ado masalah tersendiri.
    kisah2 kito no sebona eh samo jo…tak lopeh dari manusio yang dah berhati binatang…binatang pun kekadang ado gak hati yang baik dari manusio…wallahualam…

    on April 1st, 2007 at 6:24 pm

  25. Gravatar

    Nice blog, i have added it to my favourites, greetings

    on July 21st, 2008 at 12:11 am

  26. gry planszowe cakap:
    Gravatar

    Ciekawa strona, trafilem tu przypadkowo, ale od dzis bede wpadal czesciej, pozdro

    on August 15th, 2008 at 7:56 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>