BAGAIMANA WAJAH KARTUN MALAYSIA ?
`Engkau cakap je pandai..tapi apa dia wajah kartun malaysia kau tak terangkan` bidas seorang kawan masa aku lepak makan roti canai kat central market.`Ya tak ya jugak..macamana ek rupa wajah kartun malaysia` Tanya ku kembali. ` Mana aku tau..kau yang cakap nak mengembalikan wajah kartun malaysia..nak kembali macamana…sekarang orang dok tunggu langkah selanjutnya ` Tekanan di berikan sewaktu aku mengunyah kerak roti canai bercicah kuah kacang dal yang terakhir. Aku tau tidak ada sesiapa yang menunggu langkah seterusnya kecuali dia yang memulakan topik pada pagi itu. Aku masih berfikir sedang serangan dari tiga penjuru bermula. Rakan-rakan lain yang sememangnya kaki kutuk tidak henti-henti berhujjah dan hujjah-hujjah tersebut seperti pernah ku dengar…tetapi di mana ya…(dalam website atau blog-blog peribadi barangkali).`Kau tidak boleh menyekat kebebasan bakat-bakat baru untuk bekarya..mereka tengah ghairah mencari identiti,biar kan mereka explore sepenuhnya dunia ini..mereka ada idea yang segar dan luar dari kotak pemikiran karyawan-karyawan sebelumnya` ujar pelukis naif di sebelah kanan ku. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. `Kenapa persoalan ini tiba-tiba menjadi terlalu dalam dan payah ?` Tanya ku secara automatik….dan aku pun tidak tau kenapa pertanyaan seperti itu keluar dari mulut ku sedangkan aku memikirkan sesuatu yang lain. `Maksud engkau?` Ketiga-tiga pencabar minda pagi itu bertanya serentak. `Entahlah…aku tiba-tiba jadi hairan apabila kita dalam keadaan yang  waras boleh membezakan pakaian orang malaysia, makanan orang malaysia , kepelbagaian budaya orang malaysia , muzik irama malaysia , sejarah dan ekonomi malaysia ,politik malaysia ,kenderaan malaysia dan segala-galanya tentang  malaysia…tiba-tiba kita tak tau macamana sepatutnya kartun-kartun yang beridentitikan malaysia`. Hairan sungguh la kan .





on March 26th, 2007 at 10:38 am
betul tu cik ujang. dia sama la juga dengan perbandingan cik ujang sendiri ngan atuk, sepupu, nenek sedara, dan lain2
tentu cik ujang ada ‘wajah ujang’ sendiri berbanding mereka……..
on March 26th, 2007 at 12:17 pm
hihihihii..kalau ada pendapat yang lain ..di persilakan lah.Boleh jugak menambahkan masalah dan kita fikir-fikirkan bersama.
on March 26th, 2007 at 1:54 pm
generasi hari ini tidak dapat membezakan wajah malaysia melalui kartun. tengok satu, nampak rupa jepun.. tengok dua, komik hongkong. ada juga calvin hobbes dan lain-lain. cik ujang ada anakmurid?
on March 26th, 2007 at 3:34 pm
denn dah poningg da nii,,,mcm tgk ketaas soklan espiemm (SPM)
on March 26th, 2007 at 3:44 pm
Contohnya macam kartunis Lat la… tp zaman kampong dia lain… zaman kampong Che Ujang dah lain dan kitaorg of course lagi la lain… Kalo nak citer zaman Che Ujang pon insya Allah berkajang kertas tak abis… Kalau tak cukup ambik kitaorg punya zaman sekali Insya Allah tak habis-habis hahahaha
on March 26th, 2007 at 3:51 pm
Yang sebetuknya kartun beridentitikan Malaysia, pada pendapat aku la kan.. kartun yang mengetengahkan ciri-ciri bangsa dan cerita -cerita berkenaan kita la.. Bentuk lukisan dan lakarannya pulak.. biar la yang ada stroke/cara kita sendiri. lagi satu.. buatla cerita yang boleh menimbulkan kesedaran, mematangkan pemikiran, merubah cara berfikir, keluar dari kotak jumud. Tapi memandangkan kartun Jepun dan Hong Kong dah menguasai pasaran kita sekarang ni.. apa kita nak buat lagi, kita juga perlu mengamalkan prinsip kebebasan berfikir, tapi jangan lupa tiada kebebasan akidah. harap Cik Ujang dan kawan-kawan mampu menyaingi karya-karya beridentiti luar tersebut. Insya Allah.
on March 26th, 2007 at 4:26 pm
PEMBETULAN
Yang ’sebetulnya’ kartun beridentitikan Malaysia, pada pendapat aku la kan.. kartun yang mengetengahkan ciri-ciri bangsa dan cerita -cerita berkenaan kita la.. Bentuk lukisan dan lakarannya pulak.. biar la yang ada stroke/cara kita sendiri. lagi satu.. buatla cerita yang boleh menimbulkan kesedaran, mematangkan pemikiran, merubah cara berfikir, keluar dari kotak jumud. Tapi memandangkan kartun Jepun dan Hong Kong dah menguasai pasaran kita sekarang ni.. apa kita nak buat lagi, kita juga perlu mengamalkan prinsip kebebasan berfikir, tapi jangan lupa tiada kebebasan akidah. harap Cik Ujang dan kawan-kawan mampu menyaingi karya-karya beridentiti luar tersebut. Insya Allah.
on March 27th, 2007 at 1:36 am
insya Allah…
on March 27th, 2007 at 2:21 am
Syabas! Inilah topik dan persoalan yang selalu merempit di kepala pakcik. Jawaban TiDiN memang cukup bernas, kalau tak cukup kertas kajang, kat kilang kertas di Kajang, kita kerjakan. Kredit juga diberikan kepada Ibnukaduk.
on March 27th, 2007 at 7:12 am
Ada pulak dakwaan sesetengah pendapat mengatakan keengganan kartunis senior membimbing kartunis-kartunis muda menyebabkan fenomena ini berlaku ( mereka terpaksa mencari guru-guru dari jepun dan hongkong kerana guru-guru yang berada di malaysia kedekut ilmu )…..err iyer ke?
on March 27th, 2007 at 9:12 am
erm ye ke,,pahass panass!!
guru guru di malaysia kedekut ilmu…tp apekah ukuran yg digunakan oleh mereka2 itu yg mengatakan guru- guru dari luar malaysia tk kedekut ilmu..adakah hanya mengikut persepsi diri die sendiri….hukhukhukkk…
on March 27th, 2007 at 12:10 pm
maafkan aku mencelah…
bg pendapatan aku, aku rasa semakin hari semakin banyak kartun yg berwajahkan jepun atau hong kong bukan sebab apa…pelapis muda sekarang tiada ikon untuk diikuti..makna kata, tak ada gambar kartun lain yg tersematpahat dikotak minda mereka…bayangkan lah..kalau dah kat pasaran asyik2 tgk kartun2 jepun, lama2 nak terbeli, bila dah terbeli dah tertengok dan seterusnya terhayati…justeru, apa yg menempek kat ruang2 saraf2 “astrepoleopogi” di dinding2 mukus adalah sesuatu yg mengalir dari mata…bak kata org tua2, dari mata turunnya ke hati…bila timbul minat, mulalah nak menggatal tangan cuba2 menulis…aku pun dulu2 bila dah taksub pd satu2 jenis kartun dan lukisan kartun tu mulalah aku gatal nak melukis…lukisan aku pun akan menjurus pada apa yg melekat di dinding “astrepoleopogi” mukus yg aku huraikan di atas tu…dah jadik cam tu cemana nak ada kartun jiwa kita?
ini akan melahirkan bakat2 yang baru tumbuh mengfollow contoh2 jiwa kartun jepun…dah tu apo bnak di kato?
sekian, bahasa jiwa bangsa…
on March 27th, 2007 at 6:53 pm
Bagi aku la kan..tu dah kira macam plagiat. Meniru nama nye tu Cik Intan.. Makna nya orang yang membuat peniruan melalui lukisan orang lain ni tak mempunyai bakat alam semulajadi yang tersendiri. dari bakat ini lah seseorang tu berkeupayaan untuk mencipta identiti sendiri tanpa perlu meniru orang lain. pendapat aku ni bukan saja untuk lukisan kartun, tetapi dalam semua bidang seni amnya termasuk lah seni nyanyian karaoke.
Ni cuma pandangan aku la Cik Intan..tak semseti nya betul. Tapi aku rasa pandangan aku ni jelas sebab aku tak pernah pakai spek atau cermin mata lagi.
on March 27th, 2007 at 9:46 pm
PenGlobalisasian Kartun…ade positif dan negatif nye ..ye tak…
on March 27th, 2007 at 10:11 pm
penglobalisasian kartun…ade aspek positif dan negatifnye kan,,,ye takk…
on March 27th, 2007 at 10:14 pm
penglobalisasian kartun…ade aspek positif dan negatifnye kan,,,ye takk…..
on March 27th, 2007 at 10:15 pm
pasal che mat dah tanya 3 kali berturut-turut..maka terpaksa la jawab ..iyyerrr che mat…hihihihihihi.(sebelum che mat bertukar kaler ijau)
on March 28th, 2007 at 8:18 am
ha tuu la,,,,camne leh kua 3 kali lak nihh…huhuuhh
i love magic…huhuhu
on March 28th, 2007 at 10:11 am
Sebenarnya faktor utama kat sini takde keje lain dah melainkan bebalik kepada attitude kita sebenarnya. Memang dalam dunia ni ada negatif dan positifnya apa2 pon, dalam udara pon ada cas-cas negatif dan positif tapi terpulang kat kita untuk memilih. Ditambah pulak dengan semangat jatidiri yang semakin menyembah ke bumi, lagilah mengukuhkan aspek mata ni. Nak angkat balik martabat jatidiri dan ni tak lain tak bukan kena promote balik benda ni. Cara camana? Macam2 cara… Ini yang dinamakan propaganda. Camtulah gak Korea guna utk mengangkat martabat keta dia yang tak seberapa di mata dunia. Jepun pon sama. China lagi-lagilah sama…. bukannya cantik mana sangat kartun dorang atau citer dorang…dah kalau hari2 kita disogok dengan perkataan seperti “awak ni cantik/rajin/hensem, dll” akhirnya kita dan yang lain pun otomatik otak kita akan tukar setting kat control panel dan mata kita pun akan display yang indah2 seperti yang dipropagandakan. Tapi kalau org yang tak jujur dia akan propagandakan benda yang tak elok dan kata benda tu elok, sebagai orang islam yang jujur kita ada garis panduan. Kita suma dah besar gajah dah pepandailah….
Hidup Adalah
Tentang sebuah pilihan
Yang nanti akan kau jalani
dan kau harus tunjukkan warnamu
Putih hatimu
Dan akan tebarkan cinta
Meski banyak yang menghalangimu
Merah jiwamu
Tebarkan kebencian
Meski banyak yang mengagumimu
Warnailah hidupmu
Yang akan menjadi lukisan
dan dilihat orang
Pilih warnamu
Dua yang ada
Merah dan putih
Mana yang akan menjadi warnamu?
on March 28th, 2007 at 10:35 am
Sukelah bagi pendapat… hahaha hmm tu secara tak langsung barulah aku tau aku ni sebenarnya mempunyai ciri-ciri seorang kaunselor rupanya hehehe…Sebenarnya secara tersiratnya aku nak bagitau korang bahawasanya kita sendiri masih belum habis berexperimentasi dan memahami diri kita sendiri. Bila kita belajar memahami diri sendiri, maka secara tidak langsung kita dapat memperbaiki diri kita. Dalam kata lain muhasabah la. Cara mengenali diri kita ada bermacam cara terpulang dengan kesesuaian, masa dan tempat dan jugak ikut suka hati memasing sebenarnya. Ampun dan maaf sekiranya ada yang tak paham atau terasa dengan ayat aku ni, tapi sebenarnya ia ditujukan khas untuk diri aku sendiri
tiadalah berkaitan dengan sesapa sama ada yang hidup ataupon mati.
on March 28th, 2007 at 12:58 pm
yeahhhh…stedi Tidin. satu komplistreden yang bagus dan mencergaskan urat sereberum.apa pulak pendapat che mat tentang pengglobasisasian tadi (sekali macam porom pedana daaa…)
on March 28th, 2007 at 9:16 pm
mari kite tgk dari konteks positif pula tentang penglobalisasian kartun di malaysia ini…mungkinkah ia satu anjakan paradigma kepada kartunis2 di malaysia,,atau hanya pada kartunis generasi baru ini..atau mungkin ia hanya satu platform untk mereka mengenengahkan bakat mereka sahaja,,,saye rase mereka2 ini tidak pernah lupe akan kartun2 wajah malaysia..mungkin cume idea atau imiginasi mereka yg meluap2 dan teruja terhadap katun dr luar itu,,,dan mungkin satu hari nanti mungkin bakat2 mereka itu akan digunapakai untuk mewajahkan seperti apa yg kita harapkan,,tp yg penting ialah kesederhanaan dan keseimbangan terhadap ape jua yg kita lakukan tidak kire ape jua,,,,,ye tak…hukhukhuk….
on March 29th, 2007 at 8:01 am
arrr…pendapat-pendapat macam Tidin ngan che mat ni keluarkan la yang kita nak dengar ni. Biar pedas sikit-sikit tak per….bukan marah..nasehattttt`!!! hihihihii
on March 29th, 2007 at 8:09 am
nak pedas pedas makan asam pedas laa,,,,huhuhu..asam pedas ikan merah,,,hukuhkhuk
on March 29th, 2007 at 10:39 am
Terima Kasih Che Mat dan Che Ujang. Anda mampu mengubahnya, sila pastikan lorong anda!
on March 29th, 2007 at 10:54 am
bila diperatikan dan ditapis pendapat2 en. anda2 semua ni,, contohnya che mat dan en. tidin ni, kdg2 ada ulas2 yang bernas dan menceriakan namun benar…
tp bila baca 3 kali je, tetiba rasam macam tak paham lak…hahah..
on March 29th, 2007 at 3:36 pm
HEHEHE…
on March 29th, 2007 at 3:59 pm
Cik Intan, saya rasa permasalahan tu disebabkan penapis Che Intan dah berkeladak kot…. Cuba try cuci tengok mungkin lepas tu peratian Che Intan akan ok balik
on March 30th, 2007 at 7:51 am
“rasam macam tak paham lak”..nko tgk ni tidinn..sape yg takpaham sape nihh…hiukhuk…
on March 30th, 2007 at 8:03 am
Adoiiii che Tidin nih….tengokkkk…dia pulak tak paham dah. Ada ke tuduh penapis che intan berkeladak.Cuba perati bebetul che Tidin..kan cik intan cakap `tetiba `RASAM` macam tak paham lak`….Memang la RASAM tak paham pasal dia takde kat sini.
on March 30th, 2007 at 9:25 am
ooo…gitu ka… mungkin saya terlampau materialistik tu pasal saya lebih fokus kepada aspek-aspek kebendaan dalam ayat cik Intan. Itulah Che Ujang, Cik Intan, Che Mat, saya ingat saya kena sindrom sekodi baldi. Kira-kira 12.76% daripada serenbentuen la…
on March 30th, 2007 at 2:21 pm
saya penah bincangkan perkara ni dalam satu magazine satu masa dulu…
kes tiru stroke ni dah macam perkara biaso…nak sonang kojo ke apa tak tau lah..
bagi saya wajah kartun kita ni macam muka kita lah..tak sama ngan muka orang jopun, amerika dan negro sekalipun..kot samo pun sobab ado mix…tak tau la kot kartun kita ni banyak dah di mix kan hingga rasa dah hilang wajah ke MALAYISAannya…renungkanlah hingga streben krem otak dan urat tengkok!
on March 31st, 2007 at 10:08 am
adoi..salah ejaan MALAYSIA tu..minta maap MALAYSIA!!!!
on March 31st, 2007 at 10:09 am
tetiba saya teringat kat Cupin…
on April 1st, 2007 at 12:50 am
aca & atuk, usop sontorian antara lagenda katun matun malaysia….mempunyai nilai2 malaysia..tak lupa JIBAM…ujang you’re the greats…teruskan karya2 mu yang hebat……..
on April 1st, 2007 at 11:10 am
sebenarnya banyak karya2 lain yang telah berjaya mengetengahkan identiti malaysia. tapi tak ramai yang menjiwai karya itu sedalam-dalamnya. renungkan 360 sudut.
on April 1st, 2007 at 6:21 pm
Betul kata johan tu.Karyaneka adalah salah satu contohnya.
on April 2nd, 2007 at 8:11 am
ahaks…tulah…korang tak tau apa makna ayat aku “rasam macam tak paham lak frasa ayat tu mmg cukup meluas dan tak memprejudiskan mana-mana pihak sama ada pihak plaintif mahupun defendan…tak kiralah melalui penapis teh ke penapis udara…yang penting kita menyuarakan pendapat kita diruangan ini degn penuh keamanan dan manusia sejagat yang penuh hormat menghormati dan berkasih sayang seperti adik beradik kandung…
on April 2nd, 2007 at 10:53 am
Kita ni tgh mewakili wajah2 Malaysia tu la sebenarnye ni! Kitalah wajah2 itu.
on April 2nd, 2007 at 2:51 pm
bagi kartunis mahupun pengkarya2 jiwa mereka tidak pernah terlucut daripada melahirkan sesuatu beridentitikan Malaysia. kita lahir dari tanah ini..kita bangkit dalam acuan kita sendiri…setiap karya yang lahir adalah dari jiwa MALAYSIA. jika kamu rakyat MALAYSIA kamu akan tahu menilai dari mana asal karya itu. aku mengajak kengkawan semua menyokong industri kartun kita agar terus menghasilkan sesuatu yang cemerlang dan terbilang…YEAHHHH!!!
on April 2nd, 2007 at 3:05 pm
Yeah! Malaysiaku Gemilang! Malaysia Boleh! I can feel it bebeh!
on April 2nd, 2007 at 9:31 pm
bro rasa nye la mike ade ceghite yg mike lukis dan tulis mengenai ceghite mike masa kat asrama… awak rasa macam penoh bace je time awak tgh tadika dulu.. bukan cite ABM… ceghite mike ngan kengkawan mike yg tak puas hati ngan cikge desplin… ape kemende la tajuknye… ade inteligen-inteligen sikit rasanya … aahh tak ingat laa tajuknye.. makluml;a masa tu tgh tadika lagi..(kot ye tadika){@belek-belek majalah org lain - lupe lak tadika mane la reti baca lg }…. masalah nye skrg ceghite yg tengah bemain dlm minda teman ni wujud ke tak aaa…. klu ujud tak nak ke kompailkan dan keluarkan balik… skian and tq …
on April 2nd, 2007 at 11:58 pm
buleh pilih ke nama kita ni kaler apa? sama ada kaler hitam kelabu atau hijau?
on April 3rd, 2007 at 4:03 pm
pelita ayam…aku pun ingat..tuuu..citer ‘Intellingent blues club’. bro ujang takde buat koleksi ke citer tu..pastu citer dan din don pun takde koleksi..termasuk pendekar mata satu karya don..aku minat sangat minta en. jaafar bleh terbitkan..plezzzz..
on April 3rd, 2007 at 5:02 pm
Betol mambanghijau dan pelita ayam! Saya pon suke citer Intelligent blues kelab tu! cikgu desepelin tu pakai spek mata empat segi yang paling aku ingat!!! Huauauaua
on April 3rd, 2007 at 11:59 pm
HAHAHAH manyak metui munya…. IBC …. tq geng bagi tajuk ni… apalagi jang … ada permintaan ni..
kene cargas ni.. kurangkan kontroversi… tingkatkan prestasi..
on April 4th, 2007 at 11:02 am
Untuk pengetahuan..atas permintaan korang dan peminat2 IBC seluruh malaysia…INTELIGENT BLUES CLUB telah berjaya di kumpulkan dan sekarang dalam proses scanning dan membersihkan artwork (al maklum la dah berapa abad punya lukisan-bila scan ada kesan dot-dot-dot sikit)-maka unit grafik tengah bertungkus lumus mengejas nak bagi cantik dan sebaik saja kerja-kerja tersebut selesai-IBC akan di cetak untuk di pasarkan dengan quality yang terbaik.insyaallah.
on April 11th, 2007 at 9:51 am
yeah!! nilah citer budok asrama tu kan?!
on April 12th, 2007 at 10:25 am
cayalah….. tak sabo nak nunggu…
on April 17th, 2007 at 11:03 am
semekom, aku adalah peminat majalah ujang 90an dan masih simpan lagi majalah2 lama tu dalam peti besi keselamatan aku yang bermangga kan solex. bila nak kuar lagi ujang versi ori ni, ujang skang ni ntah apa2 ah, tak lawakpun
on November 14th, 2007 at 2:15 am
Macamni je lah….. ape kata kita panggil animasi malaysia “MANIME”,”MYNIME” Atau “MYANIME”Iaitu singkatan malaysia Anime…..
Kalau Comic pula takyah lah pula panggil manga tapi komik je lah…. anime dan komik kita mestilah macam yang jepun punya komik dan anime… kita sebagai rakyat malaysia patut menyahut cabaran bekas perdana menteri kita, Tun Dr.Mahathir Mohammad iaitu menyahut dasar pandang ke timur iaitu negara matahari terbit(Ambil yang positif jer…)Nescaya kita dapat membangunkan negara kita dalam pelbagai bidang…. Peace!
on September 30th, 2008 at 8:39 pm