PENGKELEPETAN LEBAI DOLAH

Posted in Drama by Ujang on the March 27th, 2007

Ucu termengah-mengah kayuh basikal. Nasib baik menjelang senja bukit tempurung sudah berbalam-balam kelihatan menunjukkan hanya beberapa ratus belas minit saja lagi dia akan sampai semula ke kampung belulang. Ini semua gara-gara mission impossible Lebai Dolah lah semalam ni. Tak pasal-pasal dia terpaksa jadi balaci kayuh basikal lebih lapan kilometer ke kampung sebelah semata-mata nak pinjam senapang dari ghani komando. Tapi apabila mengenangkan janji manis Lebai Dolah daging seladang tersebut akan di bahagi empat Ucu sengih sampai ke telinga. Tidak payah banyak..dapat satu peha pun sudah cukup untuk lauk sebulan. Tapi kalau Lebai Dolah betul-betul ikut matematik..memang semua akan dapat laba sama banyak. Itam mesti mintak satu per empat pasal dia yang di arahkan menyembelih…karim juga satu perempat, kerana nanti dia yang akan menyiapkan khemah tempat melapah.Sementara Lebai Dolah mungkin ambik lebih sikit 2-3 kilo tak apa lah..kerana dia yang akan menembak.Bukan kerja senang menembak seladang liar. Setakat lima enam das belum tentu tumbang .Tambahan pulak kalau kurang pengalaman. Gementar dan kurang kompiden boleh mengundang padah. kalau setakat kena telinganya saja ada harapan ke empat-empat mereka lintang pukang tiga empat bukit di hambat seladang luka. Boleh jadi juga ke empat-empat mereka akan terpaksa menjalani rawatan rapi di unit neurologi kerana kepala seladang bukan main-main. Kalau sekali di hantuk seladang lubang idung boleh tercampak ke tanah. Sesekali Ucu rasa macam nak tarik diri saja dari rancangan sulit ini apabila teringatkan perangai Lebai Dolah yang tidak kompiten. Semasa Jibam dan Tuk Ngah jumpa taik kerbau tepi surau, Lebai Dolah yang menakut-nakutkan orang kampung yang hadir dengan kata-kata misteri.`Dalam kampung ini mana ada orang bela kerbau,lembu dan kambing..jadi mana datangnya taik kerbau ni`. Bagi orang kampung yang kurang pengetahuan am pula ketayap putih Lebai Dolah menjadi sebab untuk mereka meyakini kata-katanya tanpa banyak soal siasat. Namun selepas itu mereka berempat berkumpul semula di kedai Pak Itam setelah orang kampung habis pulang. Lebai Dolah bisik maklumat lain pula. `Korang diam-diam perkara ni..biar kita berempat je yang tau ni…aku yakin sangat itu najis seladang…aku kenal sangat kerana dulu kerap mengikut arwah suman tu pergi berburu`. Atas desakkan Lebai Dolah mereka berempat akhirnya membuat kata sepakat untuk merahsiakan hal ini dari orang kampung. Kerana itu jugalah Ucu terpaksa pergi pinjam senapang RELA dari kawan di kampung bersebelahan. Cuma apabila sampai di tengah halaman rumah Lebai Dolah …Ucu menepuk dahi beberapa kali. Pak Itam,karim dan Lebai Dolah yang sudah siap berpakaian lengkap dengan bekalan untuk masuk ke hutan mendengus marah. Ucu cuma pinjam dan bawak balik senapang tapi lupa nak mintak peluru.ÂÂ

24 Responses to 'PENGKELEPETAN LEBAI DOLAH'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'PENGKELEPETAN LEBAI DOLAH'.

  1. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Wah.. hari-hari ada artikel cerita baru. Macam ni baru best nak berforum. Watak macam Lebai Dollah tu.. memang ada kat kampung aku… Dah pegi haji pun perangai bakhil dan kedekut serta jaki pada orang lain, dah sebati dengan dirinya. Ujang berjaya mengetengahkan satu sindiran dan realiti masyarakat kita dalam karya-karya nya. Inilah yang dinamakan karya beridentiti Malaysia.

    on March 27th, 2007 at 10:30 am

  2. mat cakap:
    Gravatar

    tu la die realiti kehidupan kite ni….hidup umpama roda..kejap kite diatas kejap dibawahh….chewwahh….hukhukhukk..

    on March 27th, 2007 at 12:06 pm

  3. shaari cakap:
    Gravatar

    kenapa semakin lama semakin dalam…maksud2 dlm karang ko ni. aku kene baca 100 kali entry ni baru paham. hohoho

    on March 27th, 2007 at 2:38 pm

  4. shaari cakap:
    Gravatar

    ralat: maksud2 dlm karangan* ko ni

    on March 27th, 2007 at 2:38 pm

  5. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Seni itu sastera. Maka sastera itu halus. Lalu jika ditranselitkan ia bercambah menjadi bermacam-macam rupa dan bentuk. Bergantung kepada situasi kebernasan emosi, penhayatan dan kewarasan pemikiran memasing. JIka difahami maka fahamlah ia, jika tidak maka mengajilah lagi… ;)

    on March 28th, 2007 at 1:31 pm

  6. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Namun begitu, memanglah suatu kesinambungan yang waras dan comel Che Ujang. Tahniah!! Anda telah berjaya melepasi halangan dalam alam keserebentuen baldi malikussiamustapa dengan baik sekali!

    on March 28th, 2007 at 1:35 pm

  7. Ujang cakap:
    Gravatar

    Tak lepas lagi che Tidin…ni baru satu per lapan…masih di alam serabut.

    on March 29th, 2007 at 7:59 am

  8. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Aii… sampai terkelepet Lebai Dollah Che Ujang kerjakan, saya ingat dah terpelanting la dari zon keseliratan. Dok bersawang lagi rupanya… ;) Takpa take your time omputeh kata, bukan saya kata. Makanya saya dan omputeh takde kena mengena…haha!

    on March 30th, 2007 at 2:13 pm

  9. ujang cakap:
    Gravatar

    Apa boleh buat Tidin…udah kita ni memang tempat khilaf dan lupa hihihihi.Syirik sesajer siang dan malam.

    on March 31st, 2007 at 8:45 am

  10. johan cakap:
    Gravatar

    lobai dollah pun manusio gak..dah tontu dah terlopeh dari dikelepet dan terkelepet..sebab dunia ni penuh deng kelepetannya…suma orang penah rasa…cuma tokanan dio tu yang berbeza-beza…
    sonang buek dono je…sebab kito tau tiap apo yang berlaku ada hikmahnya ..redho…

    on March 31st, 2007 at 10:12 am

  11. TiDin cakap:
    Gravatar

    ;) yang penting kita tak lupa yang kita ni manusia bukan batu. Batu sampai bebila pon takkan berubah tetapi tidak manusia. Kita boleh berubah sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Harap2 saya pun sama la hahaha

    on April 1st, 2007 at 12:47 am

  12. ujang cakap:
    Gravatar

    Che Tidin…semalam bidan esah bagitau saya..dia cakap batu pun berubah jugak..sebab tu lam mata pelajaran sains ada perkataan proses luluhawa.

    on April 1st, 2007 at 8:32 am

  13. johan cakap:
    Gravatar

    makna kata..kita hanya merancang tuhan menentukan…sambung makcik leha kepada suaminya yang tengah lena tidur di bawah pokok kelapa sawit..

    on April 1st, 2007 at 6:17 pm

  14. intan cakap:
    Gravatar

    a’ah…batu berubah sapa kata tak berubah?hahahah kenyataan en. tidin dah silap…

    on April 2nd, 2007 at 10:46 am

  15. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Proses luluhawa tu memecahkan batu bukan perubahan bentuk batu tu sama cuma jadi pecahan lebih kecik. Tok Moh kat rumah ni yang bgtau. Maksud lebih lanjut, batu takkan bertukar jadi katak atau bola tangkis… hehe

    on April 2nd, 2007 at 2:04 pm

  16. mat cakap:
    Gravatar

    tp che tidin dan kite sume bule jadik batu…hukhukhuk

    on April 2nd, 2007 at 3:22 pm

  17. Ujang cakap:
    Gravatar

    Bertukar dengan berubah tak sama che Tidin…..cuba check kamus dewan.

    on April 2nd, 2007 at 6:07 pm

  18. TiDin cakap:
    Gravatar

    Bertukar dan berubah memang tak sama dengan saya Che Ujang, cuba tengok falsampah matematiko oleh Al-khawarizumi ni

    Betukar berubah =/ Tidin

    Sebab Tidin tu nama satu jasad yang bernyawa manakala bertukar dan berubah tu merupakan suatu perbuatan. Maka perbuatan tidaklah sama dengan kata nama.

    Saya check dalam kamus balai tadi. Sebab kamus dewan terlampau luas, jadi saya kecikkan sikit sekopnya. Ada paham?

    on April 3rd, 2007 at 12:14 am

  19. Ujang cakap:
    Gravatar

    Saya faham che Tidin.Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh mengabaikan hukum relatif di mana jika h20x @$#%$ = 8..di situ tidak terdapat himpunan kuperam yang boleh kita takrifkan sebagai hidrolisis.kerana kuperam dan plumbum bukan terdiri dari mendapan kacang soya.sila rujuk al-kimiyya tulisan syeikh marputet alhadhori-terbitan 1638.

    on April 3rd, 2007 at 9:01 am

  20. mat cakap:
    Gravatar

    silap tu jang,,,kalau tk silap saye terbitan 1939….kalau salah btolkan saye…

    on April 3rd, 2007 at 11:01 am

  21. boyot cakap:
    Gravatar

    boto la tu…ko beli edisi bilo mat?
    cuba ko check list penerbitan buku tu..ghasonya dio torbit maso bulan penuh. tahun pokok taugeh mengeluarkan bau masamnya. check balikk..mano tau ko buka buku panduan mengamuk terbitan alamonsus kot.

    on April 3rd, 2007 at 4:59 pm

  22. intan cakap:
    Gravatar

    perubahan seumpama itu rupanya yg en. tidin maksudkan…
    mmg la batu x leh jadik bulu tangkis…tp tak mustahil bole jadi bulu tangkis batu…
    heheheh, apa2 jelah…layannnn

    on April 4th, 2007 at 3:45 pm

  23. ujang cakap:
    Gravatar

    che mat..terbitan 1936 tu dalam bahasa mandrin.memang ada kekeliruan kat situ.

    on April 5th, 2007 at 8:21 am

  24. Lipan cakap:
    Gravatar

    Adoiii…payah betul nak paham korang ni.

    on April 12th, 2007 at 8:06 am

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>