KULIAH KECIK

Posted in Drama by Ujang on the March 29th, 2007

`Di dalam surah AL-AN`AM ..Allah menerangkan bahawa binatang-binatang yang melata di bumi dan burung-burung yang terbang di udara adalah suatu bangsa (umat) seumpama manusia ` cantik dan teratur Suman menyusun ayatnya. Usop terangguk-angguk macam belatuk mematuk ulat . Kadir yang duduk rapat ke tingkap diam memasang telinga .Sesekali menjeling Jibam di sebelahnya yang leka menyusun kulit kuaci . `tetapi Allah tiada menerangkan tentang apakah binatang-binatang itu serupa pesennya dengan bangsa manusia..sebabnya ialah kerana yang demikian itu dapat pula di ketahui dengan akal yang di anugerahkannya kepada manusia` Usop angguk-angguk lagi..malah lebih laju dari tadi. `Sesetengah ahli pengetahuan pada masa sekarang telah mengetahui sebahagian daripadanya kerana telah banyak memeriksa ilmu haiwan sehingga di negeri-negeri yang maju di adakan kebun binatang untuk menjaga singa ,harimau ,ular,babi,monyet dan sebagainya `. Usop angguk-angguk lagi setuju kerana dia sendiri memang pernah membuat lawatan sambil belajar ke zoo negara beberapa tahun yang lalu di bawah  anjuran belia kampung lama . Apa yang dapat Usop pelajari pada waktu itu ialah betapa senang nya kehidupan  binatang di bandaraya jika di bandingkan dengan kehidupan manusia di kampungnya. Dari situlah datangnya kekaguman Usop pada Suman. Walau pun dia tidak menyertai lawatan sambil belajar ke zoo itu dulu ,tetapi pengetahuannya tentang binatang dan manusia melebihi pengetahuan ketua rombongan dan bendaharinya. Usop sebenarnya banyak belajar dari Suman. Kadir juga belajar dari Suman.Begitu juga Fakir dan Piah. Tetapi tiada siapa pun tahu yang Suman belajar dari anaknya sendiri Jibam.

12 Responses to 'KULIAH KECIK'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'KULIAH KECIK'.

  1. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Jibam mungkin pernah menjadi guru buat ABE dan Usop Sontorian. Tapi masa alam lain la kot..
    Aku pulak.. pernah belajar sikit-sikit ngan cikgu aku..

    on March 29th, 2007 at 10:31 am

  2. mat cakap:
    Gravatar

    itula die Asraf…
    terlalu istimewa,,,,mcm lagu adibah noor…

    on March 29th, 2007 at 10:34 am

  3. kiambang cakap:
    Gravatar

    andai dapat bersua muka dgn asraf tu alangkah bertuahnya..

    on March 29th, 2007 at 10:57 am

  4. SyaffeqSyahmanJaafar cakap:
    Gravatar

    kepada Bro Ujang yg mmg hensem sejak dulukala hingga ke zaman millenium ini, diminta supaya berhubung dgn saya atau En. Jaafar dengan kadar segera. Sukar utk menghubungi Bro sesaat dua nih…… dan utk makluman Bro saya mewakili En Jaafar ingin mengishtiharkan bahawa kami ingin ke alam semulajadi Kenyir yg indah spt yg dimaklumkan oleh Bro ( 6APR - 10APR*) Keputusan Bro Ujang amat diperlkan… tiada talian hayat.. hehe….

    Contact no : 014-6405997
    Sorry kerana off topic.
    Coment ini akan self destruct esok.

    on March 29th, 2007 at 3:10 pm

  5. intan cakap:
    Gravatar

    kelirulah aku, suman bukan ke dah lama mati?

    on March 29th, 2007 at 6:39 pm

  6. roslan cakap:
    Gravatar

    saya rasa keterangan2 watak di sini hanyalah sebagai pengenalan pada mereka. jadi ayat2 yg encik ujang reka ni, tidak ada kene mengena secara langsung dengan novel Jibam yg asal.

    kalau ada kene mengene ngan novel asal secara langsung, lebih baik encik ujang scan je semua muka surat dlm novel tu.

    haha saya rasa je ni. takpe2, kita nantikan kemunculan encik ujang.

    on March 29th, 2007 at 9:25 pm

  7. shaari cakap:
    Gravatar

    Syaffeq, kami dah tempah cik ujang utk aktiviti BBQ kat niagara falls pada musim bunga nanti iaitu sekitar 6 - 10 april.

    hmmm takleh jadi ni. camne ujang leh buat appointment lebih2 dlm masa yg sama?? ini tak adil pada pengguna2 macam kami. kalau cik ujang tak jawab persoalan ini, saya akan mengadu kepada pejabat aduan pengguna daerah manjung.

    on March 29th, 2007 at 11:36 pm

  8. yop cakap:
    Gravatar

    zoo negara??
    mungkin suman tengok channel 50 takpun 51 astro..
    takpun mungkin teman ter’send’ sms kat dia 2-3 ari lepas janji nak mancing same kot..

    kenyir??
    alamak,
    ni konpom silap tengok channel nie..hehehehe

    on March 30th, 2007 at 12:28 am

  9. ujang cakap:
    Gravatar

    Assalamualaikum.mintak maap…semalam server agak merfulendes dan menukarkan saya nak login.Pagi ini bukak je blog..yak adusss..banyaknya persoalan nak di jawab..tapi tak per…saya akan jawab dengan sabar. 1) Syaffeqsyahmanjaafar- tarikh pengembaraan photography kita telah di tukar tarikh kepada 19 ~22 april- sila ambil perhatian-kita akan gerak dari kl pd 18 april (jam 10 malam secara konvoi )(2) Intan - kisah tersebut adalah flash-back yang tidak saya tuliskan di dalam novel jibam yang pertama untuk memperkenalkan watak-watak di dalam JIBAM (3) BETUL KATA CHE ROSLAN (4) en.shaari…BBQ kita di NIAGARA FALLS terpaksa di tunda ke hari lain kerana management niagara falls tak dapat menyediakan tong drum dan arang yang kita minta tu ( kedai banyak tutup kerana pesta menuai kat sana sekarang) (5) yop…minggu depan kita gi mancing kat zoo yer- ok…semua soalan telah di jawap…sekarang boleh lah saya pergi makan roti canai jap..lapar plak.wassalam

    on March 30th, 2007 at 8:30 am

  10. johan cakap:
    Gravatar

    lama tak nampak gambo baru dalam buletin kenyir? (thederhaka student).
    eh..salah channel ke ni?

    on March 31st, 2007 at 9:35 am

  11. Ujang cakap:
    Gravatar

    hihihi..gambor2 baru akan di upload setelah pulang dari sessi pengembaraan photography pada 19-22 april nanti,insyaallah.

    on March 31st, 2007 at 10:36 am

  12. johan cakap:
    Gravatar

    eyahooo!!!! tiba-tiba nenek den berteriak sambil melambung anak kucing kesayangannya keatas bumbung umah jiran den kerana terlampau seronok menerima perkhabaran itu.

    on April 1st, 2007 at 6:14 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>