AKTIVITI BULAN INI
Bulan april ni kesibukkan di tahap karipap. Pada 5-8 april aku akan membuat demonstrasi melukis kartun  di langkawi sempena PESTA AIR LANGKAWI yang di rasmikan oleh DYMM SERI PADUKA YANG DI PERTUAN AGONG-sesapa rajin dan kebetulan berada di sana..boleh ler singgah ke PANTAI CHENANG-Boleh kita lepak minum teh tarik tepi laut…kalau ada masa lapang boleh cari obor-obor sekali- . Perjalanan ku kali ni di taja oleh sebuah hotel di langkawi-Makan minum di taja oleh restaurant ALU-ALU-(tima kasih bebanyak sudi menaja hihihi)Sebelum balik terpaksa gi memancing dulu (Ada member nak sponsor BOT  GT CHASER-Terpaksala bawak powerpro 30 lbs nak layan gt heh heh/Pada tarikh-19hb april-22 april pulak - Pengembaraan photography ke taman negara Terengganu- Trip di sertai group photography tokeikedai online, Samsul ghau-ghau(senario) and the gang ,En.Jaafar Taib & son ( Pengembaraan di taja oleh HOUSE-BOAT TKP 28-En.Azmi dari maybank GENTING BHD ) Tapi jangan bimbang-kerana korang akan dapat tengok gambar-gambar menarik Tasik Kenyir dari lensa 7 orang photographer professional yang akan di upload dalam —>http://thederhakastudent.multiply.com-serta dalam photopages2 yang akan di beri url nya kemudian - 27 APRIL-pesta buku pulak bermula-arghhhhh…dekat 2 minggu jugak tu bergelut di PWTC- Berakhir dengan majlis makan malam NILAM-Tiba-tiba aku terlibat dalam kempen galakkan membaca -beramah mesra dengan wakil-wakil pelajar di hotel putra…dan bayangkan di celah-celah tarikh tersebut aku nak kena siapkan cover GILA-GILA,menulis artikel dan menyiapkan Siri kartun JIBAM yang akan di siarkan dalam majalah GILA-GILA dalam waktu-waktu terdekat..arghhhhhhhhhh….Doakan aku di beri kekuatan dan semangat agar tidak pengsan atau gila selepas kesibukkan di tahap karipap ini.insyaallah.amiinnn.





insya Allah. amin ya rabbal alamin
on March 30th, 2007 at 10:52 am
Eh ok la tu Che Ujang! Itu baru 1/10 daripada jadual bekas Perdana Menteri Pario El Nunna. Yang penting Che Ujang seronok.
Pesanan saya kalo nak kurangkan proses kegembiraan atau kesedihan yang melampau, kembang kan hidung selama 10 kali kiraan, tepuk pelupuk mata 12.5 kali kemudian lompak katak 14 kali. Insya Allah… selamat dunia akhirat. ;D
on March 30th, 2007 at 1:57 pm
Jangan lupa makan vitamin, minum susu awal lembu atau kopi Radix, mai secawan!
on March 30th, 2007 at 2:30 pm
alhamdulillah….syukur kite kehadrat ilahi kerna mengurniakan kita kesibukan itu….kalau kite takde kije lagi susah kan…huhuuh..
on March 30th, 2007 at 3:24 pm
Yeah!! Memang betol lah Che Mat! Sebenarnye point utama saya itulah tapi biasalah kerana kekretipan melampau, langsung lari tajuk! Hahahaha
on March 30th, 2007 at 5:57 pm
Nasihat che mat dan Tidin akan saya turuti setakat yang mampu..insyaallah kalau jadi Jww bush serahkan USA pada saya nanti…sudah pasti pentagon dan white house saya bagi che mat dan Tidin handle.Doa-doakan lah yer…
on March 30th, 2007 at 8:40 pm
en Ujang, walau apa pun.. duduklah dalam masa. Jangan dudukmdalam hal.. karang banyak pulak halnya. Biar banyak masa.. he he.. boleh gerak slow-slow. Slow and steady, biar sekali keluar Jibam… terus melotup.
on March 30th, 2007 at 9:20 pm
`Duduk dalam MASA..jangan duduk dalam HAL`…menarik perkataan tu ibnu kaduk.Boleh tolong huraikan panjang lebar sikit supaya saya paham?
on March 31st, 2007 at 8:14 am
adakah macam diam2 ubi.. makin diam makin berisi…
tah tak paham sangat pun bahasa sastreben ni…apo makno eh ibnukaduk oiii…?
on March 31st, 2007 at 10:21 am
IbnuKaduk telah menggunakan bahasa dalaman iaitu bahasa yang memerlukan si pembaca memahami metaflora maksud yang mahu disampaikan secara berkias.Ini lah yang dinamakan Peritbahasa.Jadi pembaca terpaksa melakukan penyiasatan untuk memahami dan menghuraikan maksud kata-kata beliau.Maksud Ibnukaduk tu,`Duduk dalam MASA..jangan duduk dalam HAL’ adalah bermaksud mari lah kita mencari masa terluang, jangan kita mencari hal dengan orang lain..
mendalam sungguh bahasa Ibnu kaduk ini sehingga orang yang tidak dapat memahami secara jelas kata-kata beliau boleh mengalami kecederaan pada saraf tunjang, buah pinggang dan organ dalaman.
on March 31st, 2007 at 7:32 pm
Terima kasih En Dollah, kerana telah tolong menghuraikan kata-kata Peritbahasa Saya di atas. Sayapun tengah pening nak membuat ayat penerangannya.. he he
on March 31st, 2007 at 11:21 pm
sesungguhnya kecik tapak otak cek ni berbanding Che Ibnukaduk…
sememangnya betollah tuan ni bergurukan ibnusena yang tersohor itu seperti yang diwar-warkan agaknya… Masya Allah kagum dengan ilham yang diberi Allah kepada Che Ibnukaduk… *tgh terpegun dengan ayat power*
on April 1st, 2007 at 12:34 am
” Sesungguhnya, seluruh alam dan makhluk ini tidaklah bergerak dengan sendirinya. ” Begitu juga dengan putaran akal aku ini. Ada kuasa yang menggerakkannya. Pandang ke langit, luas terbentang, fikir mendatang, termenung memanjang. Gerakan Matahari, Bulan, dan seluruh plenet cakerawala.. pada paksinya dan tidak pula berlaku pelanggaran melainkan dengan izinNya jua.
on April 1st, 2007 at 1:03 am
`Tidinnnnnnn….tak baik cakap macam tuuuuu` Bidan Esah mencucuk rusuk Tidin dengan gobek sirehnya.
on April 1st, 2007 at 8:48 am
lantas berhemburan darah keluar dari cuping telinga tidin bersama limpa dan buah pinggang kirinya.
tatkala itu bidan esah sudah pun lenyap di sebelah tidin apabila menyedari cucukkannya menembusi rusuk-rusuk tidin..maka tamatlah alkisahnya..hua..hua..huaa…
on April 1st, 2007 at 6:11 pm
Awat pulak lagu tu? *sambil menahan tusukan gobek ala2 otroman* Saya kata tapak otak saya yang kecik tapi saya tak bgtau otak saya besaq ka kecik! Hmm… tang mana yang tak baik tu! Hah apa lagi jumpa kat simpang sat lagi!
on April 2nd, 2007 at 12:10 pm
simpang mane..simpang renggam ke,,,,simpang renggam aritu banjir trok woo…hukhukhuk..takda yg tak baik che tidin..biase la Bidan esah tu dah lame aku tgk slalu benoo ngigauuu di siang hari,,,,
on April 2nd, 2007 at 2:15 pm
tidiiin..tak baik macam tu…kita ni kawan2. kata laki bidan esah sambil melagakan kepalanya ke bucu tingkap rumah usup kidung.
kerana tak pueh hati usup kidung turut melagakan misainya ke tiang dapur rumah bidan esah sehingga patah lapan.
on April 2nd, 2007 at 3:15 pm
untuk pengetahuan Jonjenin…laki Bidan Esah dah meninggal 2 tahun yang lalu…jatuh beskal.
on April 2nd, 2007 at 4:03 pm
Innalillah… Jadi sebenarnya laki sapa yang bercakap tu? Jeng jeng jeng misteri nusantara!
on April 2nd, 2007 at 5:36 pm
laki jonjenin kott….
on April 3rd, 2007 at 11:26 am
adeh.. camno pulak den leh masuk tompek ni? Lobaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..
on April 3rd, 2007 at 3:41 pm
eh..? iye ke? aah..aku dikelepet dek bidan esah la ni…
siapa ye gerangan lelaki yang berbisik ke telinga dia..haa..aku buka pada korang semua untuk mengenalpasti identiti lelaki misteri itu…jangan biarakan bidan esah di selubungi misteriiseperti misterinya …JIBAM…
on April 3rd, 2007 at 4:14 pm
takde misterinyee jon,,kan aku dah cakap awal2 dulu,,,bidan esah ni kengkadang fikiran die ade sikit teganggu…..alaaa biase la diee…wanita yg nak menjangkau 50 an…..kan kann…
on April 3rd, 2007 at 10:42 pm
marilah kite selalu mengamalkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan penyakit nyanyuk dan mudah lupe….amin
on April 4th, 2007 at 10:10 am
Ini ada satu berita baik…minggu depan aku gi mancing ke taman negara.
on April 12th, 2007 at 7:53 am
uuikks rasa cam nak ikut jek….boleh ke..
on April 13th, 2007 at 5:34 pm