konspirasi

Posted in Drama by Ujang on the March 31st, 2007

Usop baru sahaja menggesek anak mancis api cap orang terbang ketika Ucu termengah-mengah sampai di muka pintu. Jiman dan Sipah yang sudah siap membentang sejadah menunggu dengan sabar bapa mereka selesai menyalakan pelita dan kemudian akan  mengimamkan solat magrib. `Apa hal Ucu tergesa-gesa sangat nampaknya ni?` Soal Usop sebelum sempat Ucu membuka mulut. Dia menggamit Sipah dan mengarahkan puteri bongsunya itu mengalihkan  pelita karbad yang sudah bernyala ke hujung beranda. Ucu bertinggung pada anak tangga sambil mengesat peluh. `Aku nak pinjam lagi basikal kau ni Sop…nak kena pergi  balik ke kampung sebelah `. Berkerut dahi Usop memandang Ucu. `Aih…tadi kan dah pergi..nak pergi balik..apa kerja pulak ?`. `Ada barang tinggal` Jawap Ucu pendek.Kalau ada jawapan yang lebih pendek dari itu dia akan guna kan kerana dia tidak mahu bercakap banyak. Lebai Dolah  dan Pak Itam sudah pesan seratus belas kali ,  kalau Usop tanya try `kaver` abis-abisan. Biar pecah di mulut jangan pecah di perut . Jangan sampai Usop terhidu  konspirasi ` ops seladang` yang mereka rancang. Ucu pun agak saspen juga apabila Pak Itam cakap tuan punya senapang nak kena bagi juga sekilo dua. Ini sudah kira merbahaya kerana dari empat sudah bahagi lima . Kalau Usop juga tahu  projek ni nanti , nak kena bahagi  pulak sekilo dua lagi . Ucu tahu tidak boleh ramai-ramai sangat dalam kroni.Nanti laba dapat sikit. Sana tahu sini tahu, sana kena jolok sini kena jolok..kesudahannya nanti tinggal telinga.mana cukup.Itu pun kalau tak kena potong line pulak oleh kroni-kroni yang lain.Silap-silap dapat najis saja . Tiba-tiba Ucu teringat bendera yang Jibam cacak atas najis seladang . Tapi buat masa ini Ucu tidak ada masa nak fikir dalam-dalam atau buat firasat. Apa yang dia tahu operasi yang di rancang oleh Lebai dolah ini perlu di laksanakan. Dia tidak kisah menjadi balaci atau barua kerana apa yang penting dia akan dapat bahagiannya nanti.Itu janji Lebai Dolah.`Tapi Ucu…aku nak pakai basikal tu pagi esok ` Usop  memandang wajah Ucu yang kelihatan `blur`  di dalam kesamaran  cahaya pelita karbaid. `Ala Sup…Malam ini jugak aku hantar basikal ni balik..aku janji` Ucu merayu. ` Baik lah Ucu` Usop kemudiannya mengalah kerana waktu maghrib sudah panjang .Jiman dan Sipah sudah mulai resah di atas tikar sembahyang.` Tapi kau jangan tak hantar pulak..esok aku nak ke pekan pergi tukar kad pengenalan baru ..dengar khabarnya ada cabutan bertuah…hadiah kereta untuk sapa yang  tukar kad pengenalan baru `.ujar Usop dengan penuh harapan. `Aku janji sop, sumpah !!..takkan lah aku nak mungkir janji pulak…orang yang mungkir janji tu kan munafik ..nabi kata gitu…dalam kitab kata gitu..malah arwah suman dulu  pun selalu ceramah kat surau kita…kerbau di pegang pada talinya..manusia di pegang pada janjinya`.Ucu tambah bersemangat mengalas kata-kata setelah nampak bunga-bunga persetujuan dari Usop Kidung. `Kalau gitu baik lah Ucu…kau pakai lah dulu basikal ni..karang balik kau sandar kan aje kat tepi tangga rumah aku ni` pesan Usop. Ucu menyorong  basikal keluar pintu pagar . Jiman dan Sipah yang masih menunggu di tikar sejadah hanya memerhati dari beranda rumah. `Ingat tu Ucu… manusia di pegang pada janji….kalau tak pegang janji..sama jer macam kerbau ` Pesan Usop lagi membuat kan Ucu tersenyum kelat dan sesekali tersengih macam macam kerbau kena loteri.

84 Responses to 'konspirasi'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'konspirasi'.

  1. kerbau shaari cakap:
    Gravatar

    saya mewakili persatuan kerbau2 se-malaysia dengan ini membangkang kata2 peribahasa

    kerbau di pegang pada talinya..manusia di pegang pada janjinya

    dan

    Ingat tu Ucu… manusia di pegang pada janji….kalau tak pegang janji..sama jer macam kerbau

    sebenarnya kamilah yg banyak pegang pada janji. kami janji utk khidmat pada makhluk bernama manusia. dan janji itu kami tunaikan dengan bajak sawah, mengaut rumput yg panjang di tepi2 jalan, dan sebagainya.

    manusia je yg banyak mungkir janji. mereka janji utk taat pada Allah dan Rasul, tapi amal perbuatan mereka banyak bertentangan dengan agama. jadi saya cadangkan kepada makhluk manusia supaya tukar lah peribahasa itu kepada:

    “kerbau dan manusia perlu sama2 pegang pada janji”

    on March 31st, 2007 at 11:24 am

  2. ujang cakap:
    Gravatar

    Kalau kerbau pegang pada janji ..kenapa sampai sekarang dia tak pulangkan kulit lembu yang di pinjamnya dulu? (sila rujuk siri cerita-cerita rakyat-kisah lembu dan kerbau bertukar kulit)

    on March 31st, 2007 at 1:28 pm

  3. kerbau shaari cakap:
    Gravatar

    ha… itu la. manusia ni suka buat kesimpulan melulu. hanya kerbau sekor bengap, maka yg lain2 dikira bengap juga. bak kata peribahasa

    “kerana nila setitik, susu kerbau rosak sebelanga”

    ish ish ish :-o

    on March 31st, 2007 at 1:35 pm

  4. ujang cakap:
    Gravatar

    Tengokkk…tu satu lagi bukti menunjukkan kerbau tidak memegang pada janji…sebab mengikut pada perjanjian pangkor 1868 para ke 6 kurungan (5)- setiap nila yang di miliki oleh kerbau perlu di serahkan kepada mana-mana suri rumahtangga untuk kegunaan di rumah-Kerbau di larang sama sekali menggunakan nila tersebut untuk kerja yang sia-sia.

    on March 31st, 2007 at 1:43 pm

  5. Encik Dollah Bin haji Sabirin cakap:
    Gravatar

    Encik Ujang, kenapa asyik kerbau sahaja yang di salah kan?
    Bukan kah ayam juga perlu disalah kan kerana cuma pandai kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tuttt..(perkataan ini terpaksa di sensored kan kerana pihak penaja telah mengklasifikasikan perkataan ini mempunyai unsur 18 WPL dan seram yang keterlaluan).sedangkan kerbau tidak langsung tahu berkokok. Ayam juga selalu membuat riuh, seperti pepatah, bertelur sebijik, riuh sekampung sedangkan kerbau tidak langsung bertelur dan mebuat riuh dikampung-kampung. Walau pun kita selalu memakan telur mata kerbau, tetapi telur tersebut adalah kepunyaan ayam.

    on March 31st, 2007 at 7:58 pm

  6. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    “Seekor kerbau terkena lumpur, habis semua terpalit”

    on March 31st, 2007 at 11:16 pm

  7. TiDin cakap:
    Gravatar

    Maka mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas manusia kerana tidak membimbing kerbau, ayam, lembu dengan baik kerana yang berakal itu manusia bukan haiwan! Dum! Mahkamah bersurai!

    on April 1st, 2007 at 12:40 am

  8. TiDin cakap:
    Gravatar

    Berani, Ucu guna pepatah kerbau tu dah la dia nak buat operasi seladang, memang dasar seladang lupakan kerbau!

    on April 1st, 2007 at 1:00 am

  9. ujang cakap:
    Gravatar

    Encik Dolah…ayam dulu memang la macam tu…tapi ayam sekarang lain.kokok berderai-derai ,kat bank bergelumang duit…restoren dia pun bukan main-main..sampai kat kuala pilah ada….Kita juga yang menjilat-jilat jari hihihihihi. Sedangkan kerbau masih jugak duduk dalam kandang.

    on April 1st, 2007 at 8:20 am

  10. shaari cakap:
    Gravatar

    saya sebagai pemilik kepada kerbau saya sendiri, menyokong cadangan beliau.

    bukankah kerbau digunakan utk dibuat lauk masa kenduri-kendara??

    on April 1st, 2007 at 8:48 am

  11. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Seekor kerbau yang dijadikan Haiwan Qurban mahupun Aqiqah, adalah kenderaan seseorang hamba sewaktu melintasi titian Sirotalmustaqim. Mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dari apa yang kita qurbankan, baik kambing, lembu, unta, rusa, kuda mahupun kerbau sapi tokwan kita. Yang pentingnya.. semua anggota haiwan tersebut sempurna dan diperolehi dengan jalan-jalan yang halal.

    on April 1st, 2007 at 11:44 am

  12. Encik Dollah Bin haji Sabirin cakap:
    Gravatar

    Itu la masalahnya golongan kerbau ni Encik Ujang. Tak pandai nak menonjolkan diri. Asyik tahu menonjolkan tanduk je..macam mana la nak maju kalau asyik duduk kat kampung dan membajak sawah sekangkang kera tu..bukan la maksud saya duk kat kampung tu tak maju, tapi takde usaha nak memperbaiki taraf kehidupan mereka sendiri.Sedangkan para Ayam telah maju ke hadapan dan berjaya menubuhkan persatuan sendiri seperti persatuan Ayamas dan persatuan Kentaki Fried chicken.

    on April 1st, 2007 at 6:12 pm

  13. johan cakap:
    Gravatar

    kerbau bukannya tak nak berdaya maju…
    sebenarnya dia dah memahami resam dunia..jika kita terlampau maju maka ramailah yang nak mengkelepet kita. so kerbau lebih bersikap low proffile…membiarkan orang memperkatakan apa jua tentang dirinya sedang dia memahami apa yang dia telah dia sumbangkan untuk kesekian lamanya. so korang patut renungkan pengorbanan yang kerbau dah buat..kalau takde kerbau tak makan nasi la kita dulu. so fikir2kanlah wahai manusia dengan kepala otak yang bernas…kata kerbau sambil beristifar di dalam lumpur.

    on April 1st, 2007 at 6:45 pm

  14. johan cakap:
    Gravatar

    pepatah ada menyebut jangan terlalu memandang ke langit hingga lupa rumput dibumi…Masya Allah…

    on April 1st, 2007 at 6:46 pm

  15. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    “wa mana kita nak dibawak ni ye Manin? “Ntah.. aku pun tak paham, elok-elok kita tinggal kat sini, makan dedak banyak, minum air pun pakai bocong segera, malam, cahaya lampu ayam pun ok.. tup-tup pagi ni kena masuk bakul berimpit-rimpit macam orang naim lrt pagi-pagi ni.. tak paham betul la..” Kompius Manin menjawab persoalan kawannya Menon Botak. Dengan desiran angin pagi yang sejuk, lalu bertukar terik mentari rembang, lalu rombongan tersebut sampai ke destinasinyta. Dari jauh kelihatan spesis sama macam mereka berdua berduyun-duyun diletakkan dalam satu tempat. Kelihatan 2-3 orang sedang mengangkat sekor-demi-sekor ayam yang ada lalu ditimbang dengan dacing. Tiba-tiba Menon teringat pesan bapanya. “Eh Manin, jom kita lari..” “Apahal pulak nak lari?” lagi sekali kepala otak Manin keliru yang amat sangat. ” Tu..kau nampak tak semua kena timbang dengan dacing tu? ” “Ha? Kenapa?” ” Bapak aku pesan, dalam hidup kita ayam-ayam ni semua.. jangan dekat dengan DACING, jangan pegi dekat DACING, karang kena sembelih.” “O macam tu ka? Dacing boleh sembelih ke? Bukan parang ke?” ” Memangla DACING tak boleh nak guna untuk sembelih, tapi kalau kita dekat DACING, kita naik DACING.. maknanya tak lama lagi nak kena sembelih la..” Terang Menon dengan muka pucat.. “Ooo patutla aku tengok ramai orang kalau suka DACING, lepas tu kena sembelih, harga petrol naik, yuran sekolah naik, harga barang naik, semua naik la.. ha.. tol pun naik. Ni semua angkara DACING la ye Menon? Jom cabut ke BULAN nak? Jom..! Tapi nak pegi macammana? Kitakan ayam..

    on April 1st, 2007 at 6:50 pm

  16. johan cakap:
    Gravatar

    jangan bermain dengan persoalan politik wahai sahabat ku ibnukaduk…
    kata mak leha ketelinga suaminya.

    on April 1st, 2007 at 6:53 pm

  17. meon sangap cakap:
    Gravatar

    apo ni..korang ni…
    kerbau nagan ayam dok kamcing kawan korang plak yang libang libu dok debat pasal diorang..aparaaa…kata kambing di balik pokok kuini rumah lebai dollah.

    on April 1st, 2007 at 6:57 pm

  18. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    …sahabatku, en Johan. Dalam hidup kita, tak lari dari persoalan membuat pilihan. Bangun pagi, nak ke pasar kena buat pilihan, nak beli surat khabar pun buat pilihan, nak kerja pun buat pilihan, semua-semua pun dengan pilihan. Pilih la sesuatu yang memberi manfaat hendaknya. ingat.. Pilih la…

    on April 1st, 2007 at 7:01 pm

  19. mail sigi cakap:
    Gravatar

    iyo tu..pilih..pilih..mari buah epal ada..nangka ada..
    suma2 ada…pilih..pilih..pilih!!!!

    on April 1st, 2007 at 7:16 pm

  20. johan cakap:
    Gravatar

    dunio tanpa sempadan..pilihlah mana2 iya…
    mesej diterima…line clear!!!

    on April 1st, 2007 at 7:17 pm

  21. shaari cakap:
    Gravatar

    uish… korang ni tak tau lagi ke?? blog jibam ni sedang dipantau oleh Mas’ud Intelligence Unit (MMU), sebuah badan perisikan brazil. TOLONG lah jangan bicara pasal isu sensitip sini yor. kalau nak bincang pon, janganlah obvious sangat. COVER sikit!!!

    karang tak pasal2 ujang kene detain ngan MMU tu karang. habislah blog jibam takde sape nak update. haaaaaaaaaaaaa….. sape nak UPDATE nanti??? kesimpulannya, sila la guna otak kanan dan otak kiri sekaligus. kalau guna kanan je, maka anda akan jadi BIOL. kalau guna otak kiri je, maka otak akan jadi SEWEL.

    kalau guna dua2, insya Allah hidup akan jadi seimbang.

    sekian maklumat dari saya, Shaari Karam melaporkan utk Buletin Jam 10 Jibam

    Buuh cumpuduk du luur pugur,
    Umbul guluh tulung julukkun;
    Suyu buduk buru bulujur,
    Kuluu suluh tulung tunjukkun.

    on April 1st, 2007 at 9:43 pm

  22. roslan cakap:
    Gravatar

    saya setuju tu… che shaari. saya cadang kan encik K’ gariskan PANDUAN2 utk mengomen di ruang komen di blog jibam ni. sape2 yg langgar garis panduan, kita delete komen. kalau degil gak, kita ban IP dia.

    sekadar cadangan saya yg amat membosankan. terima kasih.

    on April 2nd, 2007 at 2:36 am

  23. ujang cakap:
    Gravatar

    dah…dah…ok untuk meredakan tekanan..mari kita sama-sama fikirkan satu teka teki yang di beri oleh Bidan esah lapan puluh tahun yang lalu…Apa benda dalam dunia ini yang DIAM TAPI BERGERAK…DAN BERGERAK TAPI DIAM? …ar jawappp..jawappppp !!!

    on April 2nd, 2007 at 8:06 am

  24. roslan cakap:
    Gravatar

    saya nak beli pantun tu. ini dia jawapan

    Burung serindit atas pokok
    Burung merbuk bawah pokok
    Itu pokok ada burung serindit
    Burung gagak dalam pokok
    Kalau tuan panjat pokok
    Budaya lepak bawah pokok

    kerana orang2 yg berbudaya lepak duduk diam2 atas tembok, manakala jari jemari petik getir, sambil mulut gerak nyanyi lagu sumbang. betul tak encik ujang jawapan saya??

    on April 2nd, 2007 at 8:55 am

  25. ujang cakap:
    Gravatar

    hahahahaa..adoi.kelakar jugak ropernya che roslan nih…jawapan tu macam nak betul dah…tapi salah.mari kita gelak bersama-sama hahahahahaha“!!! yang lain tanak cuba ke..sila ..sila…ada hadiah ni.

    on April 2nd, 2007 at 10:04 am

  26. intan cakap:
    Gravatar

    tahlaa…dr persoalan binatang2 ternakan tiba2 melalut ke politik pastu ke jual beli rumah pulak…
    cubalah bincangkan persoalan yg lebih membina dan ada kesinambungannya…contohnyakenapa pagi2 sakit perut…?
    arghhhhhhh….

    on April 2nd, 2007 at 10:26 am

  27. roslan cakap:
    Gravatar

    arghhh nape salah?? saya tak puas hati ni. saya nak cuba lagi:

    Air berkali di Kuala Nerang,
    Ku gali hingga berlubang;
    Soalan ini sangatlah senang,
    Jam tangang Rolex itulah jawapang.

    yeahh…. betul. sebab jam tu tak gerak, duduk kat lengan tangan je. manakala jarumnya pula sentiasa bergerak2 sampai si pemilik mati. sebab dia tak pakai bateri atau solar, tapi pakai kuasa kinetik.

    on April 2nd, 2007 at 11:17 am

  28. johan cakap:
    Gravatar

    hahaha…senang je teka teki tu…
    aku bleh jawap dalam masa 0.05 saat je…
    kalau aku dapat jawap bro. ujang bleh kasi aku majalah jibam free selama lamanya tak???
    haa..haaa.. saspen bulu idung hihihi…
    JAWAPAN DIA IALAH ‘TAK TAU’…

    on April 2nd, 2007 at 2:11 pm

  29. mat cakap:
    Gravatar

    aku rase bukan rolex,,aku rase seiko kinetik…

    on April 2nd, 2007 at 2:12 pm

  30. minah ragged cakap:
    Gravatar

    apo kau mencarut tu mat…kau ni…
    bondo bergorak dan tak bergerok tu pun tak tau ke..itu kan buah kelapa sawit!

    on April 2nd, 2007 at 2:44 pm

  31. mat cakap:
    Gravatar

    Apo lo nak jadiieee bebudak skang niii……” bebel mak kiah pado minah sambil makan nasik”,,,

    on April 2nd, 2007 at 3:13 pm

  32. minah ragged cakap:
    Gravatar

    jadi orang la mak kiah oii..kata lobai seman ke lubang hidung kambingnya.

    on April 2nd, 2007 at 3:25 pm

  33. ujang cakap:
    Gravatar

    Astagaaaa…orang suruh pikir jawapan..di bantainya bergaduh pulak.Apa kita nak buat ngan bebudak nih Tidin?

    on April 2nd, 2007 at 4:01 pm

  34. roslan cakap:
    Gravatar

    haaaaaaaa….. ujang tidak bercakap ape2 tentang jawapan ke-2 saya. maka secara otomatiknye, jawapan saya adalah betul. kerana sesungguhnya, diam itu tanda setuju.

    hoo… yeahhh..

    on April 2nd, 2007 at 5:50 pm

  35. Ujang cakap:
    Gravatar

    chisttttt….kompiden jer che roslan. .jawapan tu lagi la salah dan menyeleweng..cuma saya dok tengah pikir lagi pembayang pantun yang ngeri untuk mempersalahkan jawapan en.roslan tu. Tengah pikir lagi ni.

    on April 2nd, 2007 at 6:06 pm

  36. TiDin cakap:
    Gravatar

    Buat bodo jek dgn dorang ni Che Ujang hahaha itulah jawapannye… ;) itulah yang saya sedang buat…

    on April 2nd, 2007 at 8:55 pm

  37. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Aku rasa Jawapnnya.. MASA. ingat, jangan duduk dalam hal

    on April 2nd, 2007 at 10:56 pm

  38. mat cakap:
    Gravatar

    ehh,,atas apa kamu dudukkk…atas kursii cikkk…hukhukhuk

    on April 3rd, 2007 at 8:02 am

  39. Ujang cakap:
    Gravatar

    Apa benda dalam dunia ini yang DIAM TAPI BERGERAK dan BERGERAK TAPI DIAM……Pikirrrr lagiii..pikir lagiiii.Kalo dah malas bagitau…senang pulak kita nak bagi jawapan nya.

    on April 3rd, 2007 at 8:51 am

  40. intan cakap:
    Gravatar

    en. ujang…aku dah ngaku dah…

    on April 3rd, 2007 at 9:04 am

  41. roslan cakap:
    Gravatar

    arghh….

    pecah kaca;
    pecah gelas;
    biar putih mata,
    jangan putih tulang.

    jawapan dia adalah….. GUNUNG-GANANG. sebab mata kita nampak dia diam dan berdiri teguh atas bumi. tapi bumi kan berpusing, jadi gunung ganang pon begerak pusing gak la

    on April 3rd, 2007 at 9:27 am

  42. roslan cakap:
    Gravatar

    yeahh kompem betul…. pastu nanti aku akan dapat T-Shirt jibam free (siap ada sign ujang tuuuuuu).

    pastu aku nak lelong kat ebay dengan harga US$1 juta. mesti laku punye. tak caya tengok lah nanti.

    on April 3rd, 2007 at 9:29 am

  43. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    den dah tau jawapannya ialah bende yg berada dlm tempurung kepala..hehehe tul tak enchek ujang… betulkan kan … jawapannya OTAK kan kan …betulkan kan.. ala betul la… errr sbg hadiahnya dapatlah agar enchek ujang menghadiahkan den sebuah lukisan karikatur muka den secara percuma……
    tapi den pasti jawapann yg di berikan td adalah benar… tiada perkara yang tidak benar melainkan yg benar sahaja..benarkan kan..kan..

    on April 3rd, 2007 at 9:54 am

  44. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    nak den mengeksplenkan ke jawapan yg den berikan..

    on April 3rd, 2007 at 9:59 am

  45. Ujang cakap:
    Gravatar

    eksplen je pelita ayam.Biar kita sama-sama dapat manfaatnya.hihihii

    on April 3rd, 2007 at 10:10 am

  46. mat cakap:
    Gravatar

    susah2 sgt meh la aku jwp…jawapannye org sedang melepaskan angin yg bule membatalkan air smayang…..pasal dia diam tp begerak2,,pastu begerak2 tp die diam,,,,hukhukhuk

    on April 3rd, 2007 at 10:55 am

  47. ujang cakap:
    Gravatar

    Untuk lebih jelas lagi…BERGERAK YANG DI MAKSUDKAN BERLAKU SERENTAK DENGAN DIAM….dalam masa bergerak tu dia diam tetapi dalam masa diam tu dia bergerak..benda-benda yang korang sebut tu berlaku tidak serentak dan berlainan unsur…ok pikirrr..pikirrrr.biar sampai berdarah telinga.

    on April 3rd, 2007 at 3:05 pm

  48. jonjenin cakap:
    Gravatar

    argghhh!!!! TIIDAAKKKK!!!! telinga aku dah kuar darah ni…makkk!!!
    eh..bukan darah la..taik telinga rupanya..maap lah ye..hihihi…

    on April 3rd, 2007 at 4:21 pm

  49. kiambang cakap:
    Gravatar

    jantung ke jawapan dia?

    on April 3rd, 2007 at 4:58 pm

  50. Gravatar

    aku rasa jawapan dia jantung jugak la…
    tapi jantung hati la…

    on April 3rd, 2007 at 5:22 pm

  51. mat cakap:
    Gravatar

    ok la,,last ni laa….
    jawapann diee C..

    on April 3rd, 2007 at 10:40 pm

  52. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Hah! saya tau jawapan dia… masa la kan? Dalam diam dia gerak, dalam gerak dia diam!!! Hah! Memanglah mantap!!! *uiksss masuk bakul buang dalam longkang sendiri*

    on April 3rd, 2007 at 11:49 pm

  53. ujang cakap:
    Gravatar

    Satu yang respek ngan korang ni ialah sifat tanak mengalah.Walau pun jawapan-jawapan yang di beri tu boleh membuatkan hidung berdarah.heh heh…masih nak pikir lagi ke atau nak tau jawapan dah ni??? kalo dah serender cakap..jangan memalu.

    on April 4th, 2007 at 8:41 am

  54. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    jangan menyerah kalah kata leptenen adnan kepada anak buahdia…
    selagi ada hayat di kandung badan kite musti mempertahankan tanah air kita huh… jangan terpedaya dgn kata-kata ujang yg suruh kite menyerah kalah alias serender.. serang…
    mari kita pikir beramai-ramai smabil menyanyi lagu… pikir-pikir nana nanana.. pikir pikir nana nananna…

    on April 4th, 2007 at 10:04 am

  55. kiambang cakap:
    Gravatar

    salah ke jwpn tu?ek elle..cikapot betul la abg ujang ni..penat dah ni mikir tapi takmau la menyerah kalah..pantang tok nenek..berjuang biarlah ke titisan hingus jibam yang terakhir..

    on April 4th, 2007 at 1:57 pm

  56. mat cakap:
    Gravatar

    tp kekadang kan mengalah tak beerti kalah….hukhuk,,,daripada memudaratkan jiwe rage aku..skali skale ngalah takde hall lah….aku tau ujang dah bedebar2 nak bagi jawapan tu,,,tak saba2…bagi jek la jang,,kang tahan lelame jadik batu karang plak..
    .hukhukhuk

    on April 4th, 2007 at 2:11 pm

  57. intan cakap:
    Gravatar

    hari tu aku dah mengalah, tp aku bangkit kembali hari ini…
    aku rasalah….jawapan dia ialah api!!!
    tentrentren….betul kan?

    on April 4th, 2007 at 5:40 pm

  58. kiambang cakap:
    Gravatar

    ye betul kawan2 sume..usah mengalah..mari kita memenang..eh mcm memerang plak bunyik dia..

    abg ujang..jawapan dia bumi..betul tak?

    on April 4th, 2007 at 5:47 pm

  59. ujang cakap:
    Gravatar

    salah jugak……(tolongggg la mengaku kalah..aku nak jawap dah niiii…)

    on April 4th, 2007 at 8:42 pm

  60. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    eeerrr sape nak serender……klu nk serender kene cakap cam ni…. eh! cakap pulak…. kene taip cam ni .. ” kami serender abg ujang. ape jawapan dia..” ….
    klu ade lima puluh ratus ribu juta orang taip cam tu maknenya seluruh warga blog jubam ni serender… maka dgn itu barulah enchek ujang boleh memecahkan tembelang….
    isskkh tembelang pulak.. memecahkan rahsia jawapan teka teki tu ok.. set tak geng..

    on April 4th, 2007 at 9:33 pm

  61. mat cakap:
    Gravatar

    alaaa..aku tau jawapan sebenaa die…tp kalo aku jwp mesti ko ckp saalah kan…kalo btol2 ko tau teka teki ni jang baik ko jawap dulu ape jawapan die…tgk same tak ngan jawapan aku…haa cubo jawap jang…DIAM TAPI BERGERAK dan BERGERAK TAPI DIAM,,hah jawapp2….kalo terel laaa

    on April 5th, 2007 at 8:28 am

  62. ujang cakap:
    Gravatar

    ok ar…malam ni saya ke langkawi…..Insyaallah..isnin esok baru balik . Sepeninggalan saya selama 4 hari di over-sea tu…korang pakat-pakat la pikir dan bagi jawapan yang padat dan jitu sikit serta formula-formulanya atau alibi-alibi yang boleh menyokong jawapan tersebut. Pastikan jawapan tidak melepasi garisan yang korang tetapkan sendiri hadnya. wassalamualaikumwarrohmatullah.

    on April 5th, 2007 at 8:30 am

  63. kiambang cakap:
    Gravatar

    ek elle abg ujang..pi langkawi tak ajak..sampai ati semut..takpela..atleast kitorg bole pecahkan kepala nak carik jwpn huhu..abg ujang jg tekejut kingkong la..kitorg msti leh jwb punya..

    *abg ujang..kirim coklat bole?

    on April 5th, 2007 at 10:33 am

  64. intan cakap:
    Gravatar

    konon2 nya ujang tu ingat kita nak mengaku kalah lah tu…
    x ada maknanya kan geng kan?kita akan terus berusaha…4 hari kawan2…sempat kita buat solat hajat dan muhasabah diri…
    bye2 jang…nak kirim kain batik tau?

    on April 5th, 2007 at 10:47 am

  65. mat cakap:
    Gravatar

    aku nak kirim laksa kedahh…

    on April 5th, 2007 at 10:55 am

  66. intan cakap:
    Gravatar

    la…kat pasar malam brlambak segala jenis laksa…laksa kedah, perlis mahupun kelantan…apa lak ank pesan2, basi lah nanti…kau ni pun matt…

    on April 5th, 2007 at 5:07 pm

  67. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    sobut pasal laksa ni tetibe je terngidam laksa belut…… sluuurrrptt…. fuh meleleh…

    on April 5th, 2007 at 11:06 pm

  68. mat cakap:
    Gravatar

    lakse beluttt,,,laksa seladang ko takmoo kooo….eh pasar malam katcni tkde lakse kedah le intan….

    on April 6th, 2007 at 8:07 am

  69. intan cakap:
    Gravatar

    ishh ye ke takde laksa kedah?apa lah beza sgt laksa2 tu semua hanya pada nama sahaja…laksa pahang korang penah makan?aku baru tahun 2006 kenal laksa pahang cemana…

    on April 6th, 2007 at 12:06 pm

  70. kiambang cakap:
    Gravatar

    laksa belut..menarik je bunyinye..penah mkn dulu sup belut..tu pun sbb kakak ipa dlm pantang punya lauk..ala..tableh lawan laksa johor..pehrghh merdu sungguh rasanya..

    on April 6th, 2007 at 1:13 pm

  71. mat cakap:
    Gravatar

    laksa yg berasa merdu,,,,,,huhh…mmg dasat tu…mm btol2,,laksa johor mmg merdu bak buluh perindu…

    on April 6th, 2007 at 4:09 pm

  72. intan cakap:
    Gravatar

    aku dengar laksa sarawak rasanya tak boleh ‘belah’… mgkn bagi yg x suka la kan…aku x penah makan lagi, tp bila kengkaan kata rasanya x leh ‘belah’ aku jd takut beb…

    on April 9th, 2007 at 11:15 am

  73. ujang cakap:
    Gravatar

    korang pernah makan laksamana ?

    on April 11th, 2007 at 8:25 am

  74. intan cakap:
    Gravatar

    haa?

    on April 11th, 2007 at 9:14 am

  75. mat cakap:
    Gravatar

    penah penah….laksa mana tu lagi sedap daripade hangnakpimanaaa

    on April 11th, 2007 at 10:23 am

  76. ujang cakap:
    Gravatar

    Ada satu cerita best berlaku di utara tanahair.Ada sorang hamba allah kena tahan polis lam satu sekatan jalanraya.Setelah check lesen..Brader Polis tu dok tanya `P mana?` Dengan selamba dia jawap` Pi alor setar` Polis tu tanya lagi `P mana?`Dia dok jawap jawapan yang sama `Pi Alor Setar`…dah lama tu baru dia sedar sebenarnya Polis tu tanya pasal stiker `P` yang dia tak tampal kat cermin kereta kerana lesen percubaan.Aku rasa macam sekel jer kepala member tu dengan selipar pasal kelakar tahap hagham dia tuh.

    on April 11th, 2007 at 6:31 pm

  77. hafiz cakap:
    Gravatar

    tak lawak pon. hahahahaha

    (uish… selamba aku kata tak lawak bila ujang buat lawak. karang kene sekel karang, baru aku tau… langit tu tinggi mana)

    on April 11th, 2007 at 7:59 pm

  78. ujang cakap:
    Gravatar

    Tak lawak keeee? Arghhhhhhhh malu nyerrr…malu nyerrrr….tapi apasal aku dengar citer tu macam kelakar sangat pulak fiz?

    on April 11th, 2007 at 9:43 pm

  79. hafiz cakap:
    Gravatar

    hihi sebab kita boleh tau, ape maksud lawak tu kat part awal2 lagi.

    Ada satu cerita best berlaku di utara tanahair.Ada sorang hamba allah kena tahan polis lam satu sekatan jalanraya.Setelah check lesen..Brader Polis tu dok tanya `P mana?` Dengan selamba dia jawap` Pi alor setar` Polis tu tanya lagi `P mana?`Dia dok jawap jawapan yang sama `Pi Alor Setar`…dah lama tu baru dia sedar sebenarnya Polis tu tanya pasal stiker `P` yang dia tak tampal kat cermin kereta kerana lesen percubaan.Aku rasa macam sekel jer kepala member tu dengan selipar pasal kelakar tahap hagham dia tuh.

    perhatikan words ni:
    - utara tanahair
    - P mana?

    mmg kita sedia maklum, orang2 utara akan cakap loghat utara. jadi, kalau kita tak payah baca part seterusnya lawak tu pon, dah tau ape lawak yg akan disampaikan.

    sekian terima kasih.

    ps: jangan merajuk ujang…. esok aku belanja kek harijadi. esok kan birthday kau?? nanti aku ajak sekali semua penduduk2 kampung belulang utk meraikan hari yg gilang gemilang itu.

    on April 12th, 2007 at 4:22 am

  80. ujang cakap:
    Gravatar

    Itu menunjukkan hang dah termasuk dalam golongan orang-orang yang genius fiz.Otak hang tajam dan boleh menangkap maksud dan maujud sesuatu hal dengan pantas.Sebab tu orang bijak pandai ni jarang ketawa…pasal dia merenung tiap sesuatu tersebut dengan serius.Itu kenyataan yang saya baca dalam buku philosophy of kidneys terbitan -fabuloso de fluntes.

    on April 12th, 2007 at 8:05 am

  81. mat cakap:
    Gravatar

    sbenanye lawak ni subjektif…
    ade org yg ckp lawak,,ade yg ckp tk lawak…
    begantung pade pegaulan dan pecampuran seseorang itu,,,,hukhukhuk…
    tgk die dewa ke tahap maharaja ke tahap guru kee…kekadang batuk pon ade maksud tesirat yg bule digelakkan sampai menangis2,,,,mende ni subjektif,,ade org paham ade yg tak,,,kan kan,,,,tp untuk kebestan kite semua,,,kite harus menghormati lawak2 org lain…hukhukhuk….

    on April 12th, 2007 at 8:48 am

  82. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Sebagai orang KEdah, kata TiDiN, yg korang dok bebising pasal bahasa aku ni pesal? Tak lawak sudah, pi tidoq! Muahahahaha

    on April 12th, 2007 at 10:41 am

  83. mat cakap:
    Gravatar

    ntahh..p tidok laa sumee,,,kan tidin kan….kan…jgn kaco org2 dewasa nak bekerja…hukhukhuhu

    on April 13th, 2007 at 8:06 am

  84. Ujang cakap:
    Gravatar

    alamak…malam ni nak ke pulau sembilan pulak gi mancing. Tidin jaga kelas macam selalu ar.sapa bising tulis nama.

    on April 13th, 2007 at 8:23 am

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>