T-SHIRT JIBAM
JIBAM di temui dalam novel…kemudian di angkat menjadi FILEM…malah kerja-kerja pembinaan watak ANIMASI jibam (character developement ) juga sedang di jalankan oleh sebuah syarikat yang akan sama-sama berhasrat menjadikan JIBAM satu fenomena dalam industri kartun tanahair. Maka selaras dengan hasrat tersebut JIBAM juga melebarkan sayap dalam pembinaan jenama merchandise. T-SHIRT eksklusif JIBAM terdapat 2 design (lengan panjang & lengan pendek) -Boleh di dapati di PESTA BUKU PWTC-gerai CESB pada harga yang anda mampu.Pastikan anda seribu orang yang pertama di malaysia memakainya kerana suatu hari nanti cucu anda akan berbangga kerana atuk dan uwannya penyokong JIBAM.
PESAN ARWAH SUMAN
`Series ke kau nak sedekahkan aje semua  tanah-tanah dalam kampung ni suman?`Usop Kidung menggeleng-geleng kepala tidak percaya. `Bukan tanah aku sup..semua ni milik Allah…tak salah kan kalau aku bagi hak Allah pada hamba Allah ?`Lunak sahaja suara suman membelai gegendang telinga Usop Kidung. Dadanya terasa sesak seperti ada spring tilam menolak-nolak dari dalam. Ada lagi rupanya manusia seperti Suman di dalam planet yang berhampiran dengan matahari ini. Usop terdiam seketika tidak bersuara. Hanya kelopak matanya terkedip-kedip memandang suman leka menggulung rokok daun nipah .Kicau merbah di jantung pisang yang  patah tandan juga tidak semeriah tadi. Semua bagaikan muafakat untuk tidak berbunyi. `Tapi man ..tanah-tanah tu semua kau yang usahakan..kau yang membakar..kau yang memerun, malah aku rasa setiap batang leban…setiap batang merbau..setiap batang keruing yang rebah dalam desa belulang ini adalah atas kederat engkau..kau berhak atas tanah-tanah ini semua Suman`Nafas Usop Kidung turun naik menghantar oksigen ke paru-paru.Bagaimana pula proses menghantar oksigen dari paru-paru ke otak  dan komponen-komponen lain yang terdapat dalam tubuh manusia tiadalah dapat di gambarkan di sini kerana tiadalah penulis paham sangat bab-bab biologi tersebut. Suman sekali lagi tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya. `Kau silap Sop…bukan kudrat aku..kudrat Allah sop`.Usop terkedu lagi.Terasa seperti ingin  berlari ke arah pokok pinang di tepi pagar dan menghantukkan kepalanya sendiri beberapa kali di situ. `Lagi pun..apa sangat lah nak di rebut-rebutkan sangat tanah ni sop…mati esok semua orang dapat tanah` bisik suman lagi.Tetapi kali ini darah meleleh dari kedua lubang telinga Usop Kidung. Masyaallah.
BERITA DARI BELANTARA
Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri boat-house minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.Namun babi tidak setuju sama sekali.`Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang` ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk.`Tolong bawak perkara ini pada menteri` usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujjah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara.`Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa`bisiknya keluh kesah. `Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada`.Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya.`Di luar sana masih ada lagi manusia?`. Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.`Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya`bisik satu suara.`Sampaikan juga salam kami pada JIBAM dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan`.Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.
AKU KEMBALI KE ALAM STREBENTUEN
Semenjak semalam aku terdengar  seolah-olah cengal dan keruing di tebing sungai hulu terenggan tu menyebut-nyebut nama aku. Pokok  neram yang baru berbuah tahun lepas juga seolah-olah berbisik  ingin mengadu masalahnya.Memang semenjak dua menjak ni macam itu.Cuaca tidak menentu ,waktu semakin laju, dia sudah tidak tahu bila masa dan ketika untuk merancang sesuatu.El nino yang di ramal membawa haba dan angin panas  beralih arah entah kemana.Pendebungaan tahun ini agak kelamkabut tidak lagi mengikut tertibnya.Nanti jika berbuah juga musim kelah mabuk lebih lewat dari biasa.Pemancing yang bijaksana akan keliru dengan ilmu-ilmu yang di pelajari turun temurun.Jadual telah berubah.Air tinggi juga lewat satu bulan dan rumput masam terlajak ketahun berikutnya.Lubuk tidak ketahuan.Aku terdengar juga suara gajah mengeluh kerana rebung tidak tumbuh.Tebing terhakis jauh membawa rumpun buluh sujud ke dasar sungai.Lolongan ungka semakin sayu dan hiba.Tangan panjang nya sudah sakit-sakit mencapai dahan yang jauh.Batang balak sudah lima rantai jaraknya antara satu dengan lain sementara di bawah nya bulldozer rantai masih menunggu untuk menukarkan belantara hijau itu kepada padang jarak padang tekukur.Lewat jam satu pagi aku masih tidak boleh tidur.Suara-suara panggilan dari segenap rimba raya kedengaran merintih dan penuh duka.Aku tau mereka mencari tempat mengadu.Sungguh aku tidak mungkin mampu membantu namun aku adalah pendengar yang baik.Kami sama-sama bermasalah.Kami sama-sama sudah tidak tahu adab dan peraturan yang di buat oleh manusia.Di sana aku akan bermunajat dan berdoa bersama cengal dan keruning agar kita semua di selamatkan  dari kejahatan nafsu dan surakah….mudah-mudahan aku kembali nanti penuh dengan kasih dan sayang…sebenarnya arini aku nak bawak satu group  masuk hutan..gi mancing hahahahahaha.Jumpa lagi ari isnin nanti insyaallah….
Welcome to Malaysia
![]()
 Aku Budak Minang..antara karya awal saya di GILA-GILA sekitar tahun lapan puluhan. Saya sukakan hasil yang ini kerana ia menghimpunkan sebahagian besar nostalgia saya di zaman kanak-kanak serta peralihan melalui zaman remaja dan seterusnya saya berkongsi rasa dengan ramai pembaca pengalaman-pengalaman yang kita lalui bersama sepanjang kehidupan ini. Aku Budak Minang juga mencatatkan banyak kenangan manis sepanjang karier saya sebagai kartunis dan saya menemui ramai peminat yang membaca buku tersebut di zaman persekolahan mereka..kini sudah beranak pinak .(hahahahaha…Tua dah rupanya aku.)…Kini atas usaha cesb AKU BUDAK MINANG di beri nafas baru dengan kulit yang lebih tebal dan eksklusif serta kertas yang berkualiti untuk mempastikan ia menjadi sebuah koleksi yang patut anda letak di dalam rak buku di rumah anda. WELCOME TO MALAYSIA-juga terbitan CESB-Merupakan gabungan saya dengan kartunis AZA. Satu percubaan untuk melihat sejauh mana sambutan pembaca terhadap humor slapstik.Alhamdulillah sehingga kini setelah lebih 16 tahun berlalu..buku tersebut masih terjual dan di ulang cetak.Maka sewajarnya lah anda berbangga menjadi salah seorang pemiliknya-lagi pun sekarang ni kerajaan tengah kempen tahun melawat malaysia…elok sangat-sangatlah kalau bagi buku ni pada member-member omputih anda sebagai tanda kenangan kunjungan mereka ke malaysia.Kalau dia tanak pun tak apa…Asalkan beli.
APA DAH JADI KARTUN DAN KOMIK MALAYSIA?
Agak lama juga saya tidak memberi perhatian pada perkembangan industri komik dan kartun tanahair. Sepanjang tempoh itu tumpuan sepenuhnya lebih terfokus kepada usaha-usaha di dalam bidang lain.Seronok juga menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan alam semulajadi.Mengelolakan Pakej-pakej memancing dan pengembaraan ke segenap rimba belantara  sejak 12 tahun yang lalu memberikan seribu satu macam pengalaman dan cerita yang bakal saya olah dalam bentuk komik dan kartun sedikit masa lagi.Apabila kerinduan untuk melukis datang semula, Saya mengambil masa yang cukup panjang kerana tidak tahu dari mana karya-karya tersebut harus di mulakan,bagaimana citarasa pembaca masa kini ? Bagaimana senarionya pasaran komik dan kartun tanahair di era 2007 ini? golongan bagaimana yang masih setia melaburkan wang saku setiap bulan untuk menghargai karya-karya humor dan satira…memang saya tidak paham,tidak tahu dan ketinggalan zaman.Atas nasihat buah pinggang kiri saya..maka langkah  pertama yang saya ambil  ialah cuba mengenali dan memahami bagaimana wajahnya komik dan kartun tanahair masa kini.Saya membeli majalah-majalah kartun dan komik yang membanjiri pasaran , melayari internet dan meneroka segenap ruang maya termasuk blog-blog peribadi untuk mencari maklumat,berbual serta bertukar pendapat dengan member-member yang masih rajin mentelaah serta mengikuti perkembangan komik dan kartun masa kini ….maka seklai lalu boleh lah di buat kesimpulan (Walau pun bukan seratus peratus tepat) Bahawa komik dan kartun kita sekarang ini sudah kehilangan wajahnya.Perbincangan demi perbincangan di laman maya ,kritikkan dan hujjah-hujjah dari individu yang perihatin dengan nilai seni anak tempatan memperlihatkan secara kolektifnya komik dan kartun kita juga sudah kehilangan arah dan hala tuju.Kita tidak boleh menyalahkan pengaruh-pengaruh dari luar kerana jendela dunia telah terbuka luas , kartun dan komik asing yang di alih bahasa berlambak tanpa kawalan di pasaran (jangan lupa pogram-pogram tv dan kartun animasi alih bahasa juga menguasai  media elektronik kita-pasti ada seseorang yang bertanggung jawab atas kerosakkan ini) .Mau atau tidak hakikatnya kebanyakkan dari pembaca kita sudah mual dengan jenaka yang di ulang-ulang saban tahun, kita sudah letih dan jemu mendewakan karya-karya asing , kita sudah lemas di dalam mencari diri sendiri ….Maka sudah sampailah masanya untuk  kita berhenti bercakap serta mempromosi kartun dan komik yang di pengaruhi  anime,mangga,keajaiban-keajaiban pahlawan sakti yang tidak berhenti-henti membunuh atau makhluk-makhluk anih yang yang mengerikan dengan senjata yang pelbagai rupa. Dengan ini saya menyeru diri saya sendiri , rakan-rakan pelukis dan kartunis sekalian..marilah kita bersama-sama membangkitkan semula karya -karya beridentitikan  malaysia dan berwajah kita sendiri.Supaya anak cucu kita tidak keliru suatu hari nanti apabila membaca karya-karya peninggalan kita dan berkata…`Pelukis dan kartunis malaysia era tahun dua ribu dulu kebanyakkannya berasal dari Jepun dan Hong Kong`.
JIBAM DI PWTC
Tarikh : 27 april —6 may 2007. LOKASI : PWTC kuala lumpur. EVENT : Pesta Buku antarabangsa(memang berbagai-bagai bangsa akan anda temui di sana).Datang lah ke gerai CREATIVE ENTERPRISE di mana selain ratusan judul novel terbaik terbitan CESB, anda juga akan menemui karyawan-karyawan seni tanah air,wakil penjual yang peramah,sekeriti gad yang memiliki wisel sendiri,urusetia yang cukup setia dan juga budak-budak sekolah yang datang bersama cikgunya.Tetapi apa yang paling mengujakan…di sana pada tahun ini buat pertama kalinya anda di beri peluang mendapatkan novel JIBAM yang di ulang cetak khas untuk anda.T-shirt design terbaru JIBAM…dan beberapa product rahsia (rahsia kerana tak tau sempat buat ke tidak) di samping koleksi eksklusif buku AKU BUDAK MINANG,ACA,ACA DAN ATUK serta beberapa hasil karya kartunis UJANG yang baru pulang dari alam strebentuen.Jangan tak datang plakkkk…!!!
ASYIKKKK
Jiman tabur lagi serdak biskut lemak atas tanah.Sipah yang mencangkung di sebelahnya leka merenung kloni-kloni semut hitam mengerumuni makanan yang jatuh dari langit.Pelbagai aksi sarkis di lakukan dalam usaha makhluk ini membawa pulang rezeki masing-masing.Ada yang melilau kehulu kehilir mencari arah,ada yang sudah tersasar jauh dari kumpulan hingga sesat di pangkal pokok nenas dan tidak kurang juga yang masih tidak bergerak-gerak kerana kepingan yang cuba di pikulnya melebihi had muatan yang di benarkan oleh kudrat.Namun apa yang Jiman dan Sipah perati semenjak tadi…tidak ada sekor pun yang cuba berehat-rehat menghisap rokok..atau lepak berbual-bual di tepi batu..atau juga yang cuba curi-curi tidur di sebalik daun pandan.`takde…takde dan takde…!`Pendek kata segala-galanya berjalan dengan okey.Tersangat okey dan melampau-lampau okeynya.Perasaan ingin tahu Sipah semakin meluap-luap.`Takkan takde gaji kot?` tanya sipah sekali lagi.Jiman diam.`takkan singgit pun takde`.Sipah tanya jugak lagi walau pun telinga Jiman sudah mulai panas kerana bosan menjawap soalan-soalan Sipah yang kadangkala di rasakannya tidak releven.`Sipah…semut ni buat kejer tak perlu bayar gaji…pasal kalau ada gaji pun dia bukan reti kira duit `.Jawab Jiman panjang lebar.Sipah mengerutkan kening semakin tidak faham.`Tapi kenapa dia rajin?`Sipah tanya balik soalan yang sudah lapan belas kali di jawab oleh Jiman dari pelbagai sudut yang tercapai akalnya.`Sipah…dulu Tuk Suman pernah cakap…sesatnya orang yahudi kerana banyak bertanya..Sipah nak jadi orang yahudi?`gertak Jiman setelah tidak larat lagi melayan pertanyaan-pertanyaan tahap karipap sardin tersebut.Sipah geleng kepala lelaju walau pun dia tidak faham lansung makna perkataan yahudi itu sendiri.Cuma apa yang dia tahu..kalau Tuk Suman yang cakap…orang kampung semua akan ikut.Dari jauh usop kuding hanya memerhatikan Sipah menggeleng-geleng kepala tidak berhenti-henti.Permainan apa pulak yang di ajar Jiman kepada Sipah pagi-pagi ni..Usop menggeleng-geleng kepala jugak..tetapi perlahan-lahan dan cukup berhemah.
Ujang dan CESB diserbu!!! (dan poll utk majalah Jibam)
Jumaat lalu, CESB telah dikunjungi oleh 20 orang pelajar dan beberapa lecturer dari Maktab Perguruan Sultan Mizan Bukit Keluang, Besut, Terengganu.Semuanya merupakan bakal tenaga pengajar bagi subjek seni. Betapa terkejut beruknya mereka apabila berpeluang berjumpa bukan sahaja Ujang, malah ’sifunya’ En Jaafar dan seorang ilustrator( juga anak murid En Jaafar)
Ilustrator kami, Syaffeq Shahman:
Saya ingatkan diorang ni tanak balik, tapi last-last balik jugak diorang ni. haha Jemputlah datang lagi lain kali ya! Kepada org lain, anda dialu-alukan untuk membuat rombongan seperti ini. Saya yaking bro Ujang pun sanggup dtg,btul x bang? Video akan saya upload bila dah dapat kelulusan bos-bos nanti.
Untuk poll bagi konsep majalah Jibam, saya dah buat satu di forum, silalah kesana ya.






