Bajet Kampung belulang

Posted in Buletin, Video by K' - Administrator on the April 30th, 2007

disebabkan tiada penduduk kampung belulang yang hadir pada waktu tengah hari tadi, bajet makanan terpaksa digunakan sesama kitorang.

Pesta Buku Antarabangsa, Hari pertama dan kedua!!

Posted in Buletin by K' - Administrator on the April 29th, 2007

Hari Pertama, 27 April:

klibfday1001.jpgklibfday1002.jpgklibfday1003.jpgklibfday1004.jpgklibfday1006.jpgklibfday1007.jpg

Hari Kedua, 28 April:

klibfday2001.jpgklibfday2002.jpgklibfday2003.jpgklibfday2004.jpg

klibfday2005.jpgklibfday2006.jpgklibfday2007.jpg

Gambar keseluruhan akan di”upload” pelan-pelan sambil2 buat galeri rasmi kampung belulang.

Pra-Info Jumaat 27 April Pesta Buku

Posted in Buletin by K' - Administrator on the April 27th, 2007

Dibawah ini beberapa perkara yang perlu diberitahu kepada semua penduduk kampung belulang:

  • Ujang akan tiba selepas sembahyang Jumaat. (dalam pukul 3 camtu)
  • Selepas pukul 7 Ujang perlu hadir ke tempat lain.

Dan saya nak ambik peluang ni untuk share galery gambar trip kenyir. Semuanya boleh didapati di lubuk.biz

dsc_9721.jpg

SESAT

Posted in Drama by Ujang on the April 26th, 2007

Kampung belulang sudah mula gempar.Hari ini masuk hari ke lima Lebai Dolah ,Pak Itam,Ucu dan karim hilang tanpa pesan. Tiada siapa dapat memberi maklumat tepat melainkan andaian-andaian dan khabar-khabar angin serta cerita-cerita misteri yang tidak masuk akal menjadi buah mulut orang ramai . Ada yang kata mereka berempat senyap-senyap ke kuala Lumpur pergi  audition masuk AKADEMI FANTASIA.Ada juga yang kata mereka di panggil untuk jadi calun rancangan MALAYSIAN DOL.Tidak kurang juga yang membuat spekulasi liar mengatakan Lebai Dolah terpilih menyertai belia berwawasan terjun di kutub utara.Malah tidak kurang juga yang pandai-pandai meramal Lebai Dolah and the gang di larikan jenglot.Tetapi Limat yang sudah beberapa kali berkesempatan menonton siaran ulangan diari Akademi Fantasia  di kedai Lam shook di bandar menyangkal habis-habisan. Tidak mungkin siri realiti yang sudah masuk musim ke lima tersebut menerima lagi peserta-peserta baru .Melainkan Undian ke atas Lebai Dolah mengatasi undian sms Mawi. Bagi Limat perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana suara Lebai Dolah bukan sedap sangat kalau nak di bandingkan dengan peserta-peserta yang tersingkir..apa tah lagi kalau nak di pertandingkan di peringkat separuh akhir. Sudah pasti Lebai Dolah akan di tempeleng oleh Hattan atau 0gy Ahmad Daud.Apa tah lagi untuk pogram seperti MALAYSIAN DOL . Mereka berempat lansung tidak layak sama sekali kerana sudah ada ramai DOL-DOL yang sedang menguasai pelbagai jawatan dan pelbagai kuasa di tangan mereka.Tidak mungkin Lebai Dolah mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan mereka mengkelepat duit rakyat dengan pelbagai projek gajah putih yang melayakkan mereka kekal di tangga teratas kejuaraan MALAYSIAN DOL . Jumlah markah terkumpul mereka sepanjang pertandingan ini sudah mencapai angka juta dan billion…sedangkan Lebai Dolah sifir lapan pun tak berapa nak hafal. Limat juga yakin untuk mengandaikan Lebai Dolah membuat terjunan di kutub utara bersama Pak Itam ,Ucu dan Karim sudah tentu tidak munasabah sama sekali kerana mereka tidak ada kepentingan politik. Menjana keperluan kewangan untuk missi-missi hebat seperti itu memerlukan perancangan yang rapi dan cukup  teratur yang hanya boleh di lakukan oleh orang-orang berfikiran jauh dan tajam. Tidak cukup sekadar menghafal hukum hakam dari kitab kuning atau kitab perukun. Limat geleng-geleng kepala lagi.Mendaki everest? Ah juga tidak mungkin…orang kampung bukan reti cari sponsor dan membuat propaganda.Apatah lagi berurusan dengan pihak media yang akan menggembar gemburkan kerja ini sebagai hebat dan patut di buat ketika krisis ekonomi  semakin meruncing. Memang misteri sungguh kehilangan Lebai Dolah dan rakan-rakannya.Namun Ghani komando di kampung sebelah sudah tidak boleh duduk diam. Senapang dua laras yang di pinjam Ucu sudah lebih dari waktu yang di janjikan. Tambah membakar lagi hatinya kerana kerbau kesayangannya juga sudah hilang lebih seminggu. Hanya tali penambang kurang sedepa yang masih terikat di pangkal pokok langsat belakang rumah. Ra`uf dan Sahak dua orang sahabat baik yang juga bekas graduan pusat serenti mendakwa ada ternampak kerbau ghani komando berjalan santai minggu lepas di jalan tanah merah menuju ke kampung Belulang.

Video Trip Kenyir (part2)

Posted in Video by K' - Administrator on the April 25th, 2007

Video Trip Kenyir

Posted in Video by K' - Administrator on the April 24th, 2007

Video pertama trip Kenyir (seluruh video akan di”upload” ke bahagian muat turun)

BACALAH

Posted in Drama by Ujang on the April 24th, 2007

Tuk Ngah Sudin tekun melihat Jibam memandikan katak hijaunya di tepi parit depan surau . Perlahan-lahan dia menggosok kening katak tersebut dengan sabut kelapa . `buat apa tu Bam ?` Tegur Bidan Esah sebelum lintang pukang menyelamatkan diri apabila Jibam menghulurkan Katak yang sedang di mandikannya . Selesai tugasnya pagi itu mereka berjalan beriring-iringan melintasi warung Pak Itam. Tuk Ngah tolong  heret  tin susu Jibam yang di ikat bersusun-susun dengan tali rafia kerana tangan Jibam sarat dengan barang-barang lain yang di kutip di belakang rumah Usop Kidung.`wei Jibam `Satu suara meneriak dari dalam warung. Jibam berhenti menoleh . Dekat meja tepi tiang Usin Singai tersengih sambil menghembus asap rokok daunnya berkepul-kepul keluar dari lubang hidung. Beberapa penunggu setia warung Pak Itam sudah mula tersenyum-senyum sumbing .Bersedia untuk berhibur dengan dua orang maskot lawak kampung Belulang. `Meh sini aku nak tanya ` gamit Usin Singai selaku pengerusi majlis . `Tanya apa Pak Usin?` Jibam maju selangkah di ikuti Tuk Ngah Sudin yang memegang kemas tali rafia sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walau apa pun yang terjadi amanah Jibam supaya menjaga keselamatan tin-tin susu ini akan di patuhi . Kalau terpaksa lari Tuk Ngah akan pegang kuat-kuat dan angkat tin tinggi-tinggi supaya tidak tercicir. `Aku nak tanya kau nih…kau suka main-main ngan katak kan..soalannya..kenapa katak bewarna hijau..?` Seperti biasa riuh rendah gelak ketawa mula bergema dari warung tersebut. `Kalau jawapan kau tak memuaskan hati aku…aku nak kau dengan Tuk Ngah bukak seluar dan lari keliling warung ni lapan kali `. Tersembur lagi gelak ketawa mereka mendengarkan  amaran dari Usin Singai. `Katak bewarna hijau kerana sel pigmen nya lah Pak Usin `. Suli dan Limat sudah sampai tahap menepuk-nepuk meja . Bagaikan hendak meleleh air mata tidak tertahan mendengarkan perkataan kelakar yang keluar dari mulut Jibam. ` Tiga jenis sel pigmen yang di panggil chromatophores yang bertindak bersama menjadikan katak tu hijau…Chromatophores tu saling bertindihan dan jenis pertama nama dier Melanophores ada kat paling bawah.Ia mengandungi melanin , satu pigmen yang bewarna cokelat pekat atau itam…atas dia plak sel iridophores.Tetapi Pak Usin sel ni tak mengeluarkan pigmentasi ..tapi ia memantulkan cahaya.Bila cahaya kena kat sel ni..refleksi keperakkan berlaku. Bila cahaya matahari menembusi kulit cermin pada iridophores…ia memantulkan kaler biru`. Hahahahahahaha…cukup..cukuppp `Usin Singai menekan-nekan perut yang senak kerana dia yang paling kuat sekali  ketawa . Terbahak-bahak sampai tak ingat. Entah kenapa lucu sangat perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Jibam itu kedengaran di gegendang telinganya. `Belum abis lagi Pak Usin…cahaya biru tu pulak kemudian mengenai lapisan atas sel pigmen iaitu xanthopores yang lazimnya mengandungi pigmen kekuningan…jadi cahaya yang tertapis pada sel di atas tu lah yang menyebabkan katak bewarna hijau pada pandangan manusia`. Hahahahahahahahahaha…`bergema lagi sorak sorai riang ria di kampung belulang di pagi yang berbahagia itu. `Ini bermakna kalo lapisan xanthophores tu takde…katak akan di lihat bewarna biru`. `Warghhhhhkahahahahaha`…sudah …sudahhhh…aku dah tak tahan dah..hahahahaha` Usin Singai terbahak-bahak ketawa di iringi yang lain-lain. `Tapi apa Jibam tu cakap memang betul…`Zamiah yang semenjak tadi hanya memasang telinga ketika mereka mempersendakan Jibam tiba-tiba bersuara. Dia mencapai pulut ikan masin yang sudah siap di bungkus , membayar harganya dan terus mencapai tangan Tuk Ngah Sudin. `Jom Abah..Jibam…balik minum dulu..karang dah minum baru pegi bermain balik`. Tiba-tiba warung Pak Itam jadi sunyi sepi . Mereka tidak berani menyanggah kata Zamiah satu-satu nya anak dara kampung tersebut yang memegang ijazah pertanian dari Universiti tempatan.ÂÂ

Kembali Dari Kenyir!

Posted in Buletin by K' - Administrator on the April 23rd, 2007

kenyir003.jpgkenyir004.jpgkenyir009.jpg

Assalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh . Alhamdulillah jumpa kita lagi ek . Pengembaraan fotografi 4 hari 3 malam ke Tasik Kenyir dah pun tamat . Beratus belas keping gambar serta berbagai pengalaman menarik telah di lalui oleh para peserta dan akan kami paparkan dalam blog ini. Kami juga merancang untuk membawa korang semua penduduk-penduduk setia kampung belulang untuk merasai sendiri pengalaman yang mafarundes mempoklendent ini suatu hari nanti. Jangan lupa ada beberapa rakaman khas kami buat semasa di Tasik Kenyir khas untuk korang pengunjung setia blog Jibam . Akhir kata…majulah Tidin untuk negara.

Pautan Luar:

Gathering Ahli Kampung Belulang sila lihat di sini!

Bekal Dari Ujang

Posted in Buletin by K' - Administrator on the April 20th, 2007

Siapa kata website ini akan sunyi tanpa Ujang??!! Dengan adanya teknologi yang canggih, dia boleh menghantarkan gambar2 dan rakaman suara walau jauh di di dalam hutan!

Sebelum Bertolak!

image001.jpgimage002.jpgimage003.jpg

Perjalanan(MMS)

getfile22.jpggetfile31.jpg

Tu gambar tgh tido di Kuala Berang. Lagi ni gambar Ujang, dilukis oleh Candy & Aizat AF5.

getfile8.jpg

P/S: Di bahagian muat turun saya dah tambah ringtone lawak Lobai Sahak, dan video magik dari Ujang!

BESOK MASUK HUTAN..YAHOOOOO

Posted in Buletin by Ujang on the April 18th, 2007

Malam ni aku akan bertolak ke Taman Negara Tasik Kenyir untuk yang ke berapa ratus belas kali ntah. Selama 12 tahun aku berulang alik masuk hutan terengganu tanpa rasa jemu. Selalu bawak group pakej memancing..tapi kali nih aku bawak wartawan sigap , Juru gambar professional dan moderator web tokei kedai online bersama ahli kelab photographynya. Pengembaraan selama 4 hari 3 malam yang  di taja oleh boat-house Kd Kilau -tkp 28 ini akan membawa peserta merentasi tasik sejauh lebih 55 kilometer ke celah banjaran titiwangsa dan berkampung dalam Taman Negara menjalankan pelbagai aktiviti. Empat buah speed-boat yang di bawa bersama akan menjadi kenderaan rasmi para seniman gambar ini untuk  merakamkan keindahan segenap pelosok taman negara mengikut daya kreativiti masing-masing. Aku pulak seperti biasa akan meredah hutan menuju lubuk mencari kelah dan tengas. Oh ya….sifu aku Mr.Jaafar Taib dan pelukis cover baru Jibam  ..si syaffeq akan turut serta dalam ekspedisi ini. Maka blog ini terserahlah pada korang untuk mengimarahkannya.Nanti kami balik bawak berita dan bawak gambar untuk korang.Insyaallah kalau ada rezeki nanti..aku akan bawak kan seko tupai untuk Tidin dan che mat.

Next Page »