TAJALLI

Posted in Drama by Ujang on the April 4th, 2007

`Mak, semalam aku jumpa taik kebau mak` Jibam bersuara dari atas kain saprah.Piah sengih macam biasa. Macam semalam , macam minggu lepas, macam kelmarin dan macam selalu . Jenaka Jibam yang kadang-kadang bersulam air mata sehingga Piah sudah tidak faham hal yang mana dia sepatutnya menangis dan hal yang mana dia sepatutnya tertawa. Segalanya tentang Jibam melucukan, Segalanya tentang Jibam menghibakan. Jibam lah penderitaan tetapi Jibam jugalah kebahagiaan. Walau Piah acap kali berkhutbah kepada dirinya sendiri bahawa inilah suratan Qada , inilah suratan  Qadar namun hakikatnya Piah sama juga seperti manusia-manusia lain yang lemah dan terkadang melayan blues. `Mak…dengar tak niiii ? Jibam menaikkan `pitching` suaranya apabila Piah di lihat acuh tidak acuh. ` Apa dia ?` Piah menyahut sekadar untuk layan berbual. Supaya Jibam tunggu pinggan dan habiskan nasik goreng ikan bilis yang Piah hidangkan untuk sarapan. `Semalam aku jumpa taik kebau` Ulang Jibam dengan rasa bangga. `Taik kebau sapa?` Sahut Piah lagi walau pun soalan tersebut tidak `releven` lansung apatah lagi jika di ajukan pada Jibam. `Taik kebau Pak Cik ghani`. Piah sengih lagi . ` Pak cik Ghani  mana la pulak tu Jibam `. `Alaaaa…Pak cik ghani yang bela kebau tu la ` Piak angguk-angguk walau pun tidak paham sepatah haram buah butir persoalan yang di kemukakan Jibam pagi itu.Piah pun malas nak ambil pusing .Memang Jibam macam tu .Kadang-kadang perkataan `atau, serta , dengan , dan lain-lain penyambung ayat yang keluar dari mulut Jibam pun boleh buat Piah kompius . Piah sudah takut nak mentafsir apa yang keluar dari mulut Jibam kerana selalu benar jadi kenyataan. Apa bila berlaku perkara-perkara seperti itu Piah akan jadi serabut. Perasaan Piah akan jadi macam-macam . Setakat ini hanya Usop saja yang paham sikit-sikit hakikat ini kerana Dia sudah mengalaminya. Itu pun Piah tidak mampu  jawap  apabila usop tanya apakah itu maunah atau karamah . Sihir tidak mungkin kerana Jibam serba kekurangan. Jangankan nak menghafal mentera mengghafal abc pun lintang pukang. Apa yang Piah dapat cakap..`Itu semua kerja Tuhan Sup…kita toksah pikir lah..tak sampai akal kita nak menghuraikannya`. Tapi Piah cuma cakap..dalam hati siang malam dia pikir.Celik saja mata dia akan mula berfikir. `Apa Dia semua ini ?` `Laaaaaaa..mak niiii.kan dah banyak kali orang cakap tadi…Taik kebau la..apa lagi`. Jibam cucuk lutut Piah dengan ikan bilis goreng. Piah tersentak .`Mak bukan tanya Jibam`. Piah cepat-cepat menyapu air matanya yang mula berlinangan. `abis tu mak tanya sapa ?` . `Tak..takde sapa…mak tercakap je macam tu `.Piah lantas bangun mengangkat pinggan kosong ke pelantar dapur. `alaaaa…tauuu.Mak tanya Tuhan eyyyy???` Jibam sengih sambil menggaru-garu lutut.

125 Responses to 'TAJALLI'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'TAJALLI'.

  1. shaari cakap:
    Gravatar

    eh…. kain Safrah? kenapa Jibam guna kain Safrah? tak malu ke Jibam pakai kain utk orang perempuan?? suruh la Jibam tu pakai seluar ke, jeans ke, paling tak pon pakai kain sarung palikat cap gajah duduk atau berdiri atau bersimpuh.

    ish ish ish :o

    on April 4th, 2007 at 9:35 am

  2. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Ceh! Aku ingat aku org no 1 masuk blog ni pagi ni.. Rupanya dah ada dah si shaari tu.. Hampeh mengampeh betul. Tapi takpa. En shaari jangan buat org lain kompius. kain Saprah tu, kan kain alas meja yang bunga-bunga tu kan? Bukan kain si Safrah.. cuba baca betul-betul. Nanti Mintak En Ujang terbitkan kamus Jibam pulak la ye..

    on April 4th, 2007 at 10:36 am

  3. Maniam a/l Jauhari cakap:
    Gravatar

    Kelab Peminat Ujang Kaum India Berbahasa Tamil,
    Off Jalan Tun Sambanthan 4,
    Brickfields,
    50470 Kuala Lumpur.

    ———————————————————————————————————

    Encik Ujang bin Meon Perkasa,
    Taukey Kedai Lukis,
    Lot 1-12 A,
    Central Market Annexe,
    Jalan Hang Kasturi,
    50050 Kuala Lumpur3 April 2007

    Dey Thambi,

    Saya sebagai wakil Kelab Peminat Ujang Kaum India Berbahasa Tamil (KPUKIBT) ingin mendapatkan penjelasan saudara Ujang berkenaan maksud “Tajalli.”

    2. Untuk maklumat Encik Ujang, kami tidak pernah mengambil sebarang subjek Bahasa Arab sejak kami berada di bangku Tadika Tamil Brickfields (TTB), Kuala Lumpur sehinggalah kami memijakkan kaki kami ke bumi Universiti Tamil Antarabangsa (UTA), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Kerjasama daripada pihak Thambi Ujang sangat-sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan teriyma kaseeyyy.

    Yang benar,
    (Surat ini ditaip dengan komputer dan tidak memerlukan tandatangan)
    ——————————–
    (MANIAM A/L JAUHARI)
    Setiausaha Kehormat Lagi Agung,
    KPUKIBT.

    on April 4th, 2007 at 10:37 am

  4. Gravatar

    ..(perbualan melalui telefon bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat di atas.)
    … saya Presiden itu..Kelab Peminat Ujang Kaum India itu bahasa Tamil, ingin menafikan sekeras-kerasnya, itu dia punya kapla banyak keras, sana batu besar juga ada duduk. Itu Maniam A/L Jauhari suda lama tara mari sini opis, meeting pun suda lama tara attend, itu jawatan setiusaha agung sudah kasi vanish, saya pangku sindiri la.. Ini jam kalu.. dia tara boleh kasi itu surat. Tada kena mengena sama ini kelab. Ini Court Oder…. lagi siki jam mau kasi hantam. tuut tuuut…. telefon pun suda kena potong, itu maniam angkat bil tak tau mana juga dia simpan, mau bayar sudah tak boleh la..

    on April 4th, 2007 at 10:59 am

  5. Muniandy cakap:
    Gravatar

    Saya sokong itu kamus Jibam jilid 2 versi Tamil. saya mau itu Kelab juga kasi tutup la. tada efisyen dia punya presiden sama setiusaha. itu tulis surat sama cakap pun ada banyak putar belit. Bagaikan Ular Meingkar dahan, Dahannya Patah Terputus Dua, Ingatkan Ujang namanya Bertahan, Sentiasa kusebut didalam doa.. cewah! tengok! macamana cakap melayu betul punya..

    on April 4th, 2007 at 11:12 am

  6. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Tidin, Cik Mat, Kiambang, Intan.. mana korang pagi ni..?

    on April 4th, 2007 at 11:16 am

  7. mat cakap:
    Gravatar

    haduuuuhh..sayee teramatlah bznye pg tdi..tak mampu nak mendua atau mentiga kan otak saye ni…hukhukhuk,,,,cik intan, cik kiambang mano,.,,,gi menyawit kee..ke pindah umah

    on April 4th, 2007 at 11:18 am

  8. ajie cakap:
    Gravatar

    apa maksud tajjali tu…ada kah sama dgn m rajoli atau lagu si jali -jali?
    hamba kureng mengerti..pagi2 ni otak ada terkehel skit….

    on April 4th, 2007 at 11:24 am

  9. Maniam a/l Jauhari cakap:
    Gravatar

    Kelab Peminat Ujang Kaum India Berbahasa Tamil,
    Off Jalan Tun Sambanthan 4,
    Brickfields,
    50470 Kuala Lumpur.

    ———————————————————————————————————

    Encik Ramli bin Meor,
    Taukey Kedai Kopitiam,
    Lot 1-123 Z,
    Central Market Annexe,
    Jalan Hang Kasturi,
    50050 Kuala Lumpur 4 April 2007

    Dey Thambi,
    Laporan Palsu Oleh Bekas Presiden KPUKIBT
    —————————————————————–

    Saya sebagai Setiausaha Tetap Kelab Peminat Ujang Kaum India Berbahasa Tamil (KPUKIBT) ingin memaklumkan bahawasanya Mohamad Kadok Rajiv Abdullah Rajiv, nombor kad pengenalan lama K 86789409 (beliau belum menukar kad pengenalan kepada MyKad), telah dipecat oleh Lembaga Pengarah KPUKIBT berkuatkuasa pada tanggal 30 Mei 2000.

    2. Untuk maklumat semua pihak, pemecatan beliau adalah disebabkan beliau pernah mencuri duit tabung kelab sejumlah RM47.80 semata-mata untuk membeli novel Jibam dan Aku Budak Minang yang berharga RM11.90 dan RM35.90 setiap satu.

    Kerjasama daripada pihak Thambi Ramli untuk menghebahkan perkara ini sangat-sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan teriyma kaseeyyy.

    Yang benar,
    (Surat ini ditaip dengan komputer dan tidak memerlukan tandatangan)
    ——————————–
    (MANIAM A/L JAUHARI)
    Setiausaha Kehormat Lagi Agung,
    KPUKIBT.

    c.c: Kerani Kewangan KPUKIBT
    b.c.c: Ketua Biro Kebajikan KPUKIBT

    on April 4th, 2007 at 11:30 am

  10. mat cakap:
    Gravatar

    brapeee punyee panjangg daaaaa…….hukhukhuk

    on April 4th, 2007 at 11:32 am

  11. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    SIAN… NAMA DEN TAK DISOBUT NYO..

    on April 4th, 2007 at 11:43 am

  12. mat cakap:
    Gravatar

    takpelaa cik pelita..name pon pelita kann…..hukhukhuk

    on April 4th, 2007 at 11:55 am

  13. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    pelita Ayam? Eh aku ada tulis la tadi.. cuba tengok betul-betul..Tidin, Cik Mat, Kiambang, Intan, peliata ayam.. mana korang pagi ni..?

    on April 4th, 2007 at 12:40 pm

  14. mat cakap:
    Gravatar

    die ckp dalam surat karangan resmi tu takde name die le cik kaduk…hukhukhuk,,,alaa masalah rumahtangge org tu,,baik kite g makan nasik lauk asam pedas

    on April 4th, 2007 at 12:43 pm

  15. Gravatar

    SIARAN AKHBAR

    Makluman Berkenaan Pembohongan Dan Pemalsuan Dokumen Pendaftaran Pertubuhan Jasmani Peringkat Wilayah Ambon Utara Fasa 3.

    Akta 3 (2) Larangan penggunaan Jawatan Pengarah dalam Mana-Mana kelab Atau Persatuan Persendirian

    :”Adalah dengan ini mulai dari saat mana-mana bahagian dalam akta ini apabila telah diperkenankan dan diperhalusi serta dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat, maka bermulalah ia digunapakai dalam mana-mana Mahkamah Daerah Dan Juga Mana-Mana Mahu Kemana.

    Adapun Setiap Persatuan Yang Didaftarkan Hendaklah Hanya Sahaja Menggunakan Gelaran-Gelaran Jawaran Seperti Berikut Sahaja.
    1. Presiden Atau Pengerusi
    2. Timbalan- Timbalan Atau Naib-Naib (Tidak Termasuk Naib Kadi)
    3. Setiusaha
    4. Bendahari
    5. Ahli-ahli jaatankuasa.

    Sila rujuk surat Maniam di atas, ada dinyatakan “Lembaga Pengarah”. Ini jelas penipuan terancang. Lembaga pengarah hanyalah untuk Syarikat-Syarikat Berhad dan Sendirian Berhad.

    on April 4th, 2007 at 12:51 pm

  16. pakcik roslan cakap:
    Gravatar

    eh… surat tu, tulis ape daaa… pakcik dulu sekolah sampai darjah 3 je. tak sempat belajar membaca mahupon mengira dan mengeja (kaedah 3M). hujung tahun masa darjah 3, pakcik dan kawan2 pakcik telah dikerahkan oleh tentera2 Jopun, membancuh air sirap selasih utk menghilang ‘an haush pekojo2 yg buek landasan bekomba ketapi tang Tampin ko Juaseh. tompi projek tu tebengkalai la plak.

    sape2 tolong bacakan utk pakcik…. tolooooong!!!

    on April 4th, 2007 at 12:57 pm

  17. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Semua surat-surat di atas, cuba mengelirukan kita dan juga memesongkan topok perbincangan kita mengenai Jibam. Jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah asing seperti ini. Kembali ke pangkal jalan, kembali ke JIBAM.

    on April 4th, 2007 at 1:04 pm

  18. mat cakap:
    Gravatar

    tu la…denn pon tak kesampaian nak baco ni haaah…sapo2 yg ghajeenn tulunngla baco kannn

    on April 4th, 2007 at 1:05 pm

  19. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    “Topok” adalah gabungan topik dan tajuk. (kamus Jibam)

    on April 4th, 2007 at 1:07 pm

  20. Leen Tah Hee Sap cakap:
    Gravatar

    _________________________________
    |*——————————————————*|
    |—-*——————————————-*——-|
    |———*——————————–*————-|
    |————–*———————-*——————|
    |——————-*———–*————————|
    |————————-*——————————|
    |——————————————————–|
    |———-TELEGRAM — IMMEDIATE———–|
    |——————————————————–|
    |________________________________|

    Kepada: Encik Ujang.
    Tajuk: Balik segera, 7 ekor kerbau utk kenduri kawin telah dicuri.

    Saya, Leen Tah Hee Sap meminta Encik Ujang menelepon segera saya di talian 018-347 9877 berkenaan kehilangan kerbau-kerbau saudara.

    on April 4th, 2007 at 1:21 pm

  21. kiambang cakap:
    Gravatar

    ye..enche kaduk..enche mat..ada ni haa..kan musim menuai ni..kena la pi jaga petani kat exam hall..mcm2 kerenah petani skg ni..nak menuai pon ada hati meniru..bawak toyol dlm dewan..cmne nak berkat?

    apa yg kecoh2 kat atas tu..toksahla direbutkan jawatan yang fana itu..sume tu dunia semata hahahah..baek kite membaca dan menelaah bab Tajalli tu..ujian tengah bulan danak dekat nih..tak gitu cikgu ujang?

    on April 4th, 2007 at 1:47 pm

  22. mat cakap:
    Gravatar

    cik kiambangg…Cakkk!!! cakk!!! hukhukhuk

    on April 4th, 2007 at 2:04 pm

  23. JKKKKK Kg Menguap, cakap:
    Gravatar

    Merujuk surat encik Maniam a/l Jauhari, teman merase hairan bin ajaib dan lagi pelik. Tiada yang pelik melainkan aneh, sehingga pameran jenggot dan sekupunya yang diadakan di sebuah negeri terpaksa ditarik balik kerana tiada peminat yang tidak hingin lagi tak kuase hendak melayan. Apa ke helnya menulis surat berpanjangan gitu rope sehingga arakian tarikh pun hatta lalu duduk sebaris dengan poskod. Waima sekalipun, memang lawak betul lah surat itu.

    Mintalah pada Cikgu TiDIn memperbetulkannya .

    on April 4th, 2007 at 2:45 pm

  24. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    alif ba nun kaf alif dal wau kaf. alif pa kho alif ba ro, kaf alif lam ya alif nun, sin mim wau alif. ? alif kaf wau, sin ya ha ta. sin alif jim alif.

    on April 4th, 2007 at 3:14 pm

  25. intan cakap:
    Gravatar

    Taraaaaaaaaa….
    aku sibuk skt hari ni ibnu kaduk…kalau tak pepagi lagi aku muncul…
    ni hape ke isu da…tamil naidu sume masuk ni…

    on April 4th, 2007 at 3:31 pm

  26. intan cakap:
    Gravatar

    syoknyaaa baca drama ujang ni kan?
    kelakar yg menyayat hati…aku amat tersentuh la…terutama bila jibam cucuk lutut mak dia dgn ikan bilis goreng…
    nasik n ikan bilis goreng dulu2 makanan aku gak, aku pun melalui zaman kanak2 n kehidupan yg serba sederhana gak…abah aku pun meninggal masa aku blm 1 thn…skrg ni je hdp baru nak senang sikit…
    moga mak cik piah tabah…apa yg org buat kat dia Tuhan akan balas gak nanti…cam mak aku, pak sedara tipu duit dia, dia sabarkan je..kata dia Allah akan tolong balaskan..tp sekarang ni rezeki dia alhamdulillah…lebih dari cukup…
    berkat sabar…

    on April 4th, 2007 at 3:37 pm

  27. ujang cakap:
    Gravatar

    Agak nya sepeninggalan saya selama 4 hari ke langkawi nanti…macamana la agaknya keadaan dalam blog JIBAM nih.Harap-harap jangan sampai ada yang terbunuh dah la…heh heh heh.

    on April 4th, 2007 at 3:39 pm

  28. mat cakap:
    Gravatar

    langkawi ehh,,,bule kirim laksa langkawi satuu…….

    on April 4th, 2007 at 4:07 pm

  29. mat cakap:
    Gravatar

    uishh,,,aku rase arini mcm tk ckop koruumm laaa….
    hukhukhuk….

    on April 4th, 2007 at 4:33 pm

  30. kiambang cakap:
    Gravatar

    ibnukaduk..surat yg jenis tarikh sebaris ngan poskod itu adalah sama taraf dengan kes entri@komen dlm blog ni yg mengalami TYPO ERROR..diulangi..TYPO ERROR..huhuhu..alif lam ha mim dal lam ya lam ha..

    abg ujang..macam tau2 je kitorg nak berbunuh2 time abg g langkawi nun..saya tgh pilih mangsa pertama utk dibunuh nih..sape yek?hehehe

    intan..sedehla ckp camtu..mcm sama kes je kite..dunia kanak2 sgt sdrhana..kenangan bersama arwah abah plak..bisa meruntun jiwa..baru 3minggu abah pergi mengadapNya..Al-Fatihah

    mat..sape lagi yg takde arini..mcm ade je sume..emmm..kompiush nih

    on April 4th, 2007 at 5:20 pm

  31. intan cakap:
    Gravatar

    aku pun rasa cam x cukup korum…
    tp aku x tau siapa yg x memunculkan dirinya harini…
    laaaa…ujang ni, pi langkawi tu bawak la laptop…ingat langkawi x ada coverage ke?

    kitorang x janji lagi la x akan berbunuh bunuhan sesama kami, hehehe…kalau sekembalinya ujang dr langkawi nanti, apa nama-nama yg x muncul dalam 2 hari, maknanya sahlah ada yg terbunuh..heheh…

    kiambang…jgn sedih2…yg pergi tetap pergi…kita sedekahkanlah apa yg patut…kita kenangkan kenagan bersama mereka…tapi hidup mesti terus…!!!kerja kena diterussskannn…! hiyahhhhhhhhh!!!

    on April 4th, 2007 at 5:28 pm

  32. TiDiN cakap:
    Gravatar

    ASsalamualaikum kawan2 suma, mintak mahaplah aku nampaknya aku memang berada di dalam hal pekerjaan yang sangat serius sekarang ni. Walaupun tidaklah aku menempatkan diriku disana apakan dayaku hanya insan yang mencarik rezeki yang halal hehehe… Tak sempat ahh nak komen ceritera terbaru diatas nuuun jauh disana. Insya Allah malam nanti ketemu kita digelanggang sumo ini semula ek!

    on April 4th, 2007 at 6:17 pm

  33. nuts cakap:
    Gravatar

    huh!nak gaduh???…bunuh membunuh terbunuh dibunuh pembunuh?Lantak korang la…aku nak kira balik…1..2…1…4…3….8….7….8….9….1..2..3…uikk!tak cukupppp!!!!…sapa amik ikan bilis dlm nasi grg aku???????mak piah kata dia letak 10…x cukuppp…..

    on April 4th, 2007 at 7:37 pm

  34. ujang cakap:
    Gravatar

    Apa barang kejer Tidin…lepak gulung rokok daun lagi bestt“

    on April 4th, 2007 at 8:36 pm

  35. LIPAN cakap:
    Gravatar

    aku suka baca saja posting-posting dalam ni.nak tulis apa tak ada idea lah.

    on April 4th, 2007 at 9:46 pm

  36. Sallyfrontier~ cakap:
    Gravatar

    hello..anybody home?

    on April 4th, 2007 at 9:48 pm

  37. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    haaa masuk..masuk Sallyfrontier… mane kengkawan lain ni … ade tetamu datang ni… sape nak bentang tikar ni… sape plak nak buat air nii..

    eerrr ngan Sallyfrontier ni kene cakap omputih ke base malayu jee..
    u understand me sir/mem..

    on April 4th, 2007 at 9:57 pm

  38. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Mana boleh Che Ujang keje ni kan amanah, kalau saya keje kilang rokok daun ok ler hahaha. ;) Mintak maaplah semlm saya janji nak masuk tp saya terlampau letih makanya telah terkelepet ler jawapnye

    on April 5th, 2007 at 7:36 am

  39. mat cakap:
    Gravatar

    assalamualaikom….
    n very2 gud morning everyone…

    on April 5th, 2007 at 8:16 am

  40. ujang cakap:
    Gravatar

    Awalnya che Tidin ngan che mat…dah sarapan ? Makan apa tadi?

    on April 5th, 2007 at 8:33 am

  41. mat cakap:
    Gravatar

    biase le cik ujang…lom makan lagi nih..kurang keseleraan kerana MU yg bermain 10 org telah tewas bergaya kepada ROMA..hukhukhuk…
    tgh tunggu cik tidin la ni nak p sapannn…..

    on April 5th, 2007 at 8:37 am

  42. Ujang cakap:
    Gravatar

    UIH….Satu opis ngan Tidin ke che mat?

    on April 5th, 2007 at 9:00 am

  43. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    Assalamualaikum..selamat pagi… mat ko biar betul Man U kalah… kalah berapa?… x dpt tgk sb terkelepet terlebih dahulu.. ingatkan nak tidur2 ayam tapi hampeh…sampai kesubuh..

    on April 5th, 2007 at 9:03 am

  44. ujang cakap:
    Gravatar

    kalah tentu la satu je…satu pasukkan lagi menang…apa la pelita ayam ni…tu pun nak tanya heh heh.

    on April 5th, 2007 at 9:09 am

  45. Maniam a/l Jauhari cakap:
    Gravatar

    Kelab Peminat Ujang Kaum India Berbahasa Tamil,
    Off Jalan Tun Sambanthan 4,
    Brickfields,
    50470 Kuala Lumpur.

    ———————————————————————————————————

    Encik Ujang bin Mentol,
    Taukey Kedai Lukis,
    Lot 1-12 A,
    Central Market Annexe,
    Jalan Hang Kasturi,
    50050 Kuala Lumpur 5 April 2007

    Dey Thambi,
    TIADA MAKLUM BALAS BERKENAAN MAKSUD “TAJALLI”

    Kami belum menerima maklum balas daripada pihak thambi berkenaan maksud “tajalli.” Semoga pihak thambi segera menjelaskan maksud perkataan tersebut.

    2. Sekiranya tiada maklum balas daripada pihak thambi, pihak kami akan melaksanakan mogok lapar selama 30 hari. Selama tempoh itu, kami tidak akan memakan nasi, sebaliknya akan memakan roti chapati sahaja untuk mengelak perut kami lapar semasa proses mogok lapar tersebut.

    Kerjasama pihak thambi didahulukan dengan ucapan teriyma kaseeyyy.

    “Majulah Kartun Berwajah Malaysia”

    Yang benar,
    (Surat ini ditaip dengan komputer dan tidak memerlukan tandatangan)
    ——————————–
    (MANIAM A/L JAUHARI)
    Setiausaha Kehormat Lagi Agung,
    KPUKIBT.

    s.k: Mr. Keih

    on April 5th, 2007 at 10:11 am

  46. ujang cakap:
    Gravatar

    Surat tuan tersilap alamat. Cari mentol di kedai menjual barang-barang letrik…

    on April 5th, 2007 at 10:16 am

  47. intan cakap:
    Gravatar

    mgkn en. ibnukaduk boleh menjelaskan makna “tajalli”…
    aku boleh gak tp bimbang en. maniam x faham…laras bahasa aku mgkn lain daripada laras bahasa kaum2 tamil nanti…
    sekian..

    on April 5th, 2007 at 10:21 am

  48. kiambang cakap:
    Gravatar

    assalamualaikummm malaysiaaa….hi i m back again..really tired..i felt the same way like enche Tidin..but if we dont work..how could we earn our living..kan enche Tidin kan..laenla mmg family kaya raya ke..kawen ngan jutawan ke hehehe..tak payah susah2 keje kilang rokok daun ke..noreh ke huhu

    on April 5th, 2007 at 10:24 am

  49. mat cakap:
    Gravatar

    MU kalah 1-2…hukhuk,,,tp Mu main 10 org..paul scholes kene red card…tkpe2….
    opis saye 1 cik ujang,,,opis tidin tatau lak ade bape…hukhukhuk,,,,

    on April 5th, 2007 at 10:41 am

  50. ajie cakap:
    Gravatar

    tu la cik mat,
    man u kalah dgn roma…tp takpe..nx week diorg leh balas dendam..
    setakat defisit 1 gol jer…kalo man u menang kat old trafford dah le gi semi..hahah

    on April 5th, 2007 at 10:50 am

  51. mat cakap:
    Gravatar

    tu la…
    kire ok dah mlm td…dapat score 1 tu pon dah kire bonus la kan, pasal menet ke 30 da main 10 player…mensirappp jek aku tgk totti…hukhuk…tungguu mggu dpan..intann..mlm td ko nengok tk bola…dak kiambang lagi la,,mesti tk tengok punyee..hukhukhuk

    on April 5th, 2007 at 11:30 am

  52. kiambang cakap:
    Gravatar

    alahai sorry geng..i am not into football..mlm td wat spring cleaning kat umah..banyak keje tertangguh akhir2 ni..layan CSI pon tak kusyuk..huhu

    on April 5th, 2007 at 11:43 am

  53. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Alamak! Sori la Che MAt saya dah pekena nasik goreng tadi. LApaq tahap ular sawa la tadi! Hihihi…. Mana ada sama opis Che Ujang, saya punya opis meniaga kertepek, Che Mat punya jual keretek hehehe…

    on April 5th, 2007 at 1:35 pm

  54. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Yeay! Roma menang!! Alatavistana negara lah Roma!

    on April 5th, 2007 at 1:36 pm

  55. mat cakap:
    Gravatar

    hukhukhuk…..
    dah makan keee,,,
    makan ular sawe ke cik tidin…bioo btoollll

    on April 5th, 2007 at 4:19 pm

  56. intan cakap:
    Gravatar

    bab2 bola aku x mampu nak campur…puas aku cuba nak masuk campur tp aku x reti n aku x paham langsung la….

    on April 5th, 2007 at 5:04 pm

  57. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    ape yg ko tak paham intan ooiii…. nak den eksplenteskan ke tentang permainan bola sepak.. game ini di mainkan oleh dua puluh dua orang pemain yang mengejar dan berebut sebiji bola yng bersaiz diameter yang aku sendiri pun tak tahu….
    aaaaaahhh den sendiri pun paham kenapa di kejar sebiji bola itu…fening lah..

    on April 5th, 2007 at 5:45 pm

  58. Lipan cakap:
    Gravatar

    pelita ayam…diameter bola tu ialah 34.8 knot.

    on April 6th, 2007 at 7:47 am

  59. intan cakap:
    Gravatar

    ermmm…aku x reti undang2 dialah…bola tu aku kenal…

    on April 6th, 2007 at 10:30 am

  60. mat cakap:
    Gravatar

    ala same ngan undang2 main congkak,,,,

    on April 6th, 2007 at 11:24 am

  61. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Seblom dia makan saya baik saya makan dia dulu Che MAt!! Yum yum yum Bakar pastu cicah air asam best ni hihihihi

    on April 6th, 2007 at 1:03 pm

  62. intan cakap:
    Gravatar

    ohhh, cam tu ka?
    paham la aku kalau camtu…

    on April 6th, 2007 at 2:38 pm

  63. pisangomeh cakap:
    Gravatar

    ujaaannngggg…jangn pi lelama…
    balik karang bawakkan hamba burung helang kat langkawi tu..hamba nak buat gulai karipule…

    on April 6th, 2007 at 6:44 pm

  64. kiambang cakap:
    Gravatar

    pantun ni khasnya utk abg ujang..amnya untuk abg am (sape pulak abg am tu ye?)

    tanam pisang rapat-rapat
    biar senang tapir berlari
    ku pinang2 tak dapat2
    ku pujuk2 dimanehinggaapekutakreti

    *korang ingat lagi tak pantun ni?

    on April 7th, 2007 at 12:20 am

  65. TiDin cakap:
    Gravatar

    Che Ibnukaduk….
    Mahap le… saya tiada menjawap persoalan yang diajukan pada 4/4 yang lalu kerana saya tak terbaca le…atenye… sebok bebenor menguruskan urusan duniawi dan ukhrawi ni. Saya cuba jua membahagikalikan masa dengan sebaik-baiknya namun tulah baru hari ni hari Ahad saya jumpa sedikit kelapangan. Che Ujang dah ke Langkawi ya… Selamat la no!!!

    on April 8th, 2007 at 4:53 pm

  66. TiDin cakap:
    Gravatar

    Jibam ni kan memang genius la… Jeles aku kat dia! Piah memang beruntung diatas kesabaran dia tu! Takyah jadi vampire pon Jibam dah leh baca pikiran maknye Piah. Ish ish JIbam…Jibam… ;)

    on April 8th, 2007 at 6:02 pm

  67. hafiz cakap:
    Gravatar

    Dua tiga kucing berlari,
    Mana sama si kucing belang;
    Ku pinang2 tak dapat2,
    Cik kiambang yang aku inginkan,
    Dimana hendak-ape-bende-nak-cakap-aku-tak-reti.

    on April 8th, 2007 at 9:23 pm

  68. kiambang cakap:
    Gravatar

    cayalah enche hafiz..timekaseh tlg wat correction utk pantun tu..bestnye..mane nak dgr ek track yg tu..nak donlod kat satu blog tu xbole..kena block ngan server kat sini..cuba enche hafiz type kan pantun lim tat plak..yg ada budaya lepak bwh pokok tuh..

    on April 9th, 2007 at 1:03 pm

  69. jonjenin cakap:
    Gravatar

    bersempena ngan pesta pantun ni..aku nak bagi cadangan agar bro. k wujudkan satu poll mari berpantun bersama bidan bedah…
    nanti bleh dapat hadiah misteri…setujuuu tak korangg!!!

    on April 9th, 2007 at 3:08 pm

  70. kiambang cakap:
    Gravatar

    setuju!!!sungguh bernas idea jonjenin tu..seperti beras bernas..beli minyak petronas..

    on April 9th, 2007 at 3:17 pm

  71. MR. JAMBUL cakap:
    Gravatar

    YEAAA..saya pun setujuu..sesangat!!!

    on April 9th, 2007 at 3:37 pm

  72. jonjenin cakap:
    Gravatar

    DELIMA KARTUNIS.
    (topik suam-suam minyak angin)_
    Kemunculan majalah dan komik dewasa ini dilihat semakin meriah. Tetapi disebalik kemeriahan ini sebenarnya dunia kartun dan komik kita semakin ketandusan pelapis baru.
    Apakah pelapis baru tidak diberi peluang untuk sama-sama memeriahkan dunia komik dan kartun? Ataupun kita sebenarnya tidak ada pelapis baru yang layak untuk di ketengahkan?

    So aku rasa perkara ini patut diambil perhatian serius oleh semua pengiat kartun dan komik negara kita. Industri ini harus diperkembangkan. Kita jangan kedekut menyebarkan ilmu yang ada untuk melahirkan dan melatih bakat-bakat baru bagi berganding bersama-sama untuk memajukan industri ini. Kita mempunyai ramai pengiat kartun dan komik yang aku rasa cukup berpengalaman untuk melatih pelapis baru ini.

    Kalau kita lihat sekarang pada cabang seni seperti nyanyian dan lakonan banyak acara atau program yang dilaksanakan bagi mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru bagi bidang mereka. Jadi kita janganlah terus ketinggalan dalam perkara ni. Sepatutnya kita juga turut sama bersaing untuk memartabatkan industri kita. Mungkin semua pengiat kartun dan komik negara boleh berbincang dan mengatur program bagi menwujudkan pelapis baru bagi industri ini. Aku tak tau apa masalah yang melanda persatuan kartun dan komik negara kita sekarang ni. Mungkin persatuan ini tidak mampu menyatukan karyawan kartun dan komik negara kita. Atau wujud kartunis yang berpuak-puak menyebabkan segala kata sepakat tidak mampu dilaksanakan. Dalam soal memperjuangkan martabat seni kartun dan komik negara kita, seharusnya tidak wujud soal mementingkan diri sendiri. Mungkin para kartunis ada alasan yang menyebabkan berlakunya perkara ini. Tapi sekurang-kurangnya cubalah lihat bahawa industri ini buleh lenyap bila-bila masa aje jika tiada pembelaan yang sewajarnya dan langkah drastik yang diambil oleh pengiat kartun dan komik negara kita. Kerana korang sahaja yang tahu delima yang melanda dunia kartun dan komik kita.

    Jika kita tidak boleh mengharap pada persatuan yang ada, mungkin ada segelintir kartunis yang mampu melakukan perkara ini secara berkumpulan dengan kerjasama syarikat penerbitan. Aku lihat sekarang ada la beberapa langkah yang di ambil oleh beberapa syarikat penerbitan yang cuba mencari bakat baru melalui beberapa program seperti pertandingan, bengkel, penghasilan buku rujukan teknik melukis kartun dan komik dan sebagainya. Langkah ini harus dipuji walaupun ianya merupakan satu permulaan untuk melihat industri ini terus berkembang. Tetapi terlalu sedikit yang mahu melihat perkara ini dari sudut yang positif dan turut sama menyumbangkan tenaga dan kemahiran yang ada.

    Aku yakin sesangat kat luar sana berapa ramai pelukis kartun dan komik baru yang bersemangat dan amat memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dan berkemahiran yang luas dalam bidang ini. Jangankanlah korang benamkan kemahiran yang korang ada tu tanpa ia dikembangkan kepada bakat-bakat baru. Ianya merupakan satu kesilapan yang mungkin tidak dapat dimaafkan pada masa akan datang. Mungkin suatu hari nanti korang akan dipersalahkan oleh generasi pelapis akan datang kerana tidak mampu memberi apa yang sepatutnya korang bagi kepada mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Kata bijak pandai ada menyebut bahawa Ilmu jika ia tidak dikembangkan umpama pokok yang tidak berbuah.

    Aku harap apa yang aku bangkitkan ini dapat mencetuskan satu kesedaran pada semua karyawan kartun dan komik negara kita. Jangan biarkan industri ini berkubur bersama korang yang dulu pernah sama-sama berjuang dan memperjuangkan bidang yang sangat di sayangi ini. Dan jangan biarkan diri korang dipersalahkan dan dibelenggu oleh rasa bersalah yang menebal atas ketidak adilan korang terhadap generasi pelapis bidang ini pada suatu masa nanti. Fikirkanlah…..

    Aku mungkin tidak layak mengutarakan perkara ini..tetapi sekurang-kurangnya aku cuba melepaskan kekecewaan aku yang tidak tertanggung apabila melihat senario yang berlaku kepada para karyawan komik dan kartun negara ini, mereka seakan-akan HILAMH PUNCA. Jangan lihat industri ini sebagai sumber pendapatan sahaja, tetapi lihat juga industri ini sebagai sebuah empayar yang harus dijaga dan dikembangkan dari semasa ke semasa.
    apa komen korang atas senario ini? bro. Ujang kata suatu hari nanti takut terjadi “GENERASI AKAN DATANG MENYANGKA KARTUNIS TAHUN 2000 DATANG DARIPADA JEPUN, HONG KONG”-

    on April 9th, 2007 at 3:42 pm

  73. intan cakap:
    Gravatar

    perghhhh….rajin betul laa jonjenin mengkritik n memberi buah fikiran…
    tak terbaca dek aku dah nih..

    on April 9th, 2007 at 4:32 pm

  74. hafiz cakap:
    Gravatar

    ni ape yg ada yer (tak semua ada):

    Rama-rama terbang melayang
    Terbang melayang di waktu senja
    Kenapa orang bunuh orang
    Sungguh jahat orang itu

    Gunung Daik bercabang tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik dikenang jua
    Dua tiga kucing berlari

    Anak kambing jalan seorang diri
    Membeli baju di rumah Norkumala
    Kalau tuan membeli padi
    Kenapa ingin menampal tayar

    Anak tenggiri di tengah kolam
    Anak kolam di tengah tenggiri
    Kalau ingin membeli ikan tenggiri
    Janganlah membeli di dalam kolam

    Dua tiga monyet terbang
    Mana nak sama tupai terbang
    Kalau kita orang yang baik
    Tentu kita banyak wang

    Dua tiga kedidi berlari
    Gunung daik bercabang tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik di tak nak sudah

    Kalau tuan membeli helikopter
    Membeli helikopter di gunung daik
    Persatuan negara memajukan negara
    Ke mana kita membeli bendera

    Menjual helikopter di tengah bandar
    Bandar indah maju membangun
    Negara Malaysia negara yang maju
    Perodua Kancil engkau dah beli

    Anak kedidi memakan padi
    Memakan padi di tengah hari
    Kenapa budaya lepak menjadi jadi
    Tolong jawab Cik Tat di sana

    Burung serindit atas pokok
    Burung merbuk bawah pokok
    Itu pokok ada burung serindit
    Burung gagak dalam pokok
    Kalau tuan panjat pokok
    Budaya lepak bawah pokok

    on April 10th, 2007 at 1:14 am

  75. ujang cakap:
    Gravatar

    ingat lagik hafiz pada pantun tuh…heh heh.Patut jadi hafiz.

    on April 10th, 2007 at 8:25 am

  76. mat cakap:
    Gravatar

    alhamdulillah….
    anak2 muda yg camni yg kite mahukan…..ye tak jang

    on April 10th, 2007 at 11:02 am

  77. hafiz cakap:
    Gravatar

    Tok tok tok… Pukul 10 malam.
    Inilah Berita dari Radio 9 Brickfields

    Mula-mula berita penting:
    * Amerika utara berjanji mahu membeli 8 buah meriam daripada malaysia tetapi tidak jadi.
    * Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya memenangi acara bola jaring di Padang Dadah Paroi petang semalam.

    Berita seterusnya… err sepenuhnya, mana satu tah:
    * Amerika syarikat telah berjaya membeli 8 buah meriam daripada Malaysia yang akan digunakan untuk perhiasan di muzium di Amerika.
    Pada mulanya tentera-tentera tidak mahu membeli meriam itu kerana tidak tahu macam mana mahu menggunakannya. Tetapi menurut pegawai muzium di sana, mereka boleh menggunakan meriam itu untuk ambil gambar.
    * 24 April, satu kejadian ngeri telah berlaku di sebelah hulu Kedah bahagian hulu dekat kedai basikal sana, satu eksiden telah berlaku di mana sebuah basikal telah melanggar sebuah lori yang berhenti. Plat lori itu patah. Basikal itu pula dilaporkan dalam keadaan teruk di mana lampunya pecah dan bertebaran di atas jalan bertabur-taburan seperti pasir-pasir di tepi laut.

    Pemandu basikal itu pula dilaporkan cedera parah di mana dua helai tali perutnya putus dan buah pinggangnya telah hilang. Menurut hospital yang dihantar pada malam itu selepas kejadian tersebut… macam mana dia tulis ni, nanti saya baca balik semula. Menurut hospital di mana rawatan pesakit luar dijalankan… mana pulak kertas… hilang… ha ni dia. banyak sangat la potong ni dia tulis tak betul ni, berita ni. Menurut hospital, pemandu basikal itu berada di dalam keadaan tenat di mana sebelah daripada buah pinggangnya telah hilang. Pihak hospital telahpun mengadakan bedah siasat dan mencabut lapan batang dihadapannya untuk menjamin kesihatan.

    * Dan ada satu berita baru dihantarkan kepada saya. Berita ini dikirimkan oleh… argh sapa nama dia, takde di sini, dari Brickfield.

    Tiga orang pemuda dijumpai mati terduduk di sebuah kawasan perkuburan. mereka terkejut…

    Apa ni tulis ni, tak nampaklah. sekian sahajalah berita pada malam ini sebab saya tak boleh nak baca. tak nampaklah, lampu takde. Assalamualaikum.

    on April 10th, 2007 at 12:19 pm

  78. Ujang cakap:
    Gravatar

    pemuda harapan bangsa.

    on April 10th, 2007 at 2:42 pm

  79. kiambang cakap:
    Gravatar

    thanx hafiz..nostalgila sunggoh pantun tu sume..zaman kanak2 ngan adik-beradik dengar kaset ujang pujaan sirap..sampai guling2 depan radio..betulla abg ujang..nilah pemuda harapan bangsa..

    on April 10th, 2007 at 2:47 pm

  80. jonjenin cakap:
    Gravatar

    nak baco bleh..tak baco pun bleh demokrasi…
    bak kato ujang dalam buku ujang budak minang…kalau baca memang tak paham..tapi kalau tak baca lagi la tak paham…

    on April 10th, 2007 at 3:35 pm

  81. johan cakap:
    Gravatar

    aku nak tanya straight the point la kat ujang…
    apa yang berlaku kat ujang masa ilang…dengar citer nyaris sewel.
    sepanjang ilang aku dengar adaorang nampak ujang kat k. berang jual gelang..apa jadi jang..ko explain kat member2 suma..
    sapa dah buat lu jatuh sampai tersembam abih ni..

    on April 10th, 2007 at 3:58 pm

  82. kiambang cakap:
    Gravatar

    saya bagi klu ye kat johan..org yg kelepet abg ujang tu siap ade pangkat Datuk lagi..ampeh..sume tu dunia belaka..satu hari nanti Allah tunjukkan pada dia kebenarannya

    on April 10th, 2007 at 4:16 pm

  83. mat cakap:
    Gravatar

    datuk ke atokk…hukhukhuk

    on April 10th, 2007 at 5:05 pm

  84. hafiz cakap:
    Gravatar

    Hehehe… barang yg lepas usah dikenang. kita buka satu lembaran baru.

    Kejahatan akan terhapus, bila kebenaran mendatang,
    Kegelapan akan pergi, ketika cahaya menerang,
    Siang akan hilang, selepas senja menjelang,
    Kezaliman akan lenyap, jika hak dijulang.

    Demikianlah sajak bosan saya.

    sedangkan datuk pon boleh rogol cucu, apatah lagi kalau bapak… boleh rogol anak. lebih2 juga abang boleh rogol adik/ kakak sendiri. ape lagi tah…. haa…. anak murid rogol cikgu (kejadian berlaku di benua amarika), cikgu perempuan rogol murid lelaki umur 13 tahun, seorang budak perempuan umur 15 tahun (benua amarika gak ni), mengaku pernah buat hubungan sulit 300 kali dgn teman2 lelakinya (15 orang kot) semata2 dgn alasan, hendak ada baby…. ape ke bangang punya alasan. pegi la kawen adik2 oiiiii…

    on April 10th, 2007 at 10:50 pm

  85. ujang cakap:
    Gravatar

    Kadang-kadang kita perlu jugak kenang barang yang lepas supaya lebih berhati-hati dengan barang yang akan datang.

    on April 11th, 2007 at 8:22 am

  86. intan cakap:
    Gravatar

    tu la pasal…kalau x pernah melalui hidup yg tragis, kita x akan payah menghargai kehidupan…

    tp toksah la dikenang2 selalu, nanti semakin lembab…sb tu Allah jadikan mata tu dok menghala ke depan, supaya kita ni memandang ke depan bukannya ke belakang, sekali sekala je pandang la ke belakang untuk tinjau2 keadaan keselamatan..

    betul dak??

    on April 11th, 2007 at 8:53 am

  87. hafiz cakap:
    Gravatar

    yeahh… betul tu ujang dan intang…. eh intan. kadang2 je kene pandang barang yg lepas. jangan tak pandang langsung dan jgn selalu sangat pandang.

    on April 11th, 2007 at 8:59 am

  88. ujang cakap:
    Gravatar

    Tu pasal keter ada side mirror untuk tengok belakang (dan kena selalu tengok belakang sebenarnya supaya tak kena langgar )-Tapi filem jangan toleh belakang arahan ahmad idham tu memang boleh tahan dengar khabarnya.

    on April 11th, 2007 at 9:37 am

  89. intan cakap:
    Gravatar

    ish..aku mmg x tgk cerita2 seram la…penakut..makin dah dewasa makin takut lak…supernatural kat tv3 tu pun aku tak tengok, padahal x adalah hantu sgt…

    on April 11th, 2007 at 12:35 pm

  90. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ‘SEPANJANG JALAN KENANGAN’
    ( Apabila seseorang itu berdiri sendiri,dia mudah dikalahkan tetapi apabila dia berdiri dengan kekuatan Tuhan di dalam dirinya, dia tidak akan dikalahkan oleh sesiapapun…)

    Kembali setelah 2 tahun menghilang!
    Pada awal tahun 2000, industri penerbitan kartun gempar dengan kehilangan kartunis Ujang dari arena kartun. Wartawan dan pemberita pelbagai media cuba menjejakinya tetapi tidak berhasil. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penerbitan dan orang perseorangan yang cuba mendapatkan khidmat profesionalnya menemui jalan buntu. Ujang tidak dapat dikesan. Rata-rata peminatnya kecewa apabila mendapati nama Ujang dijaja sedangkan yang empunya diri hilang entah kemana.

    Namun dari sumber-sumber terdekat dan boleh dipercayai menyatakan Ujang mengalami tekanan mental apabila ada pihak-pihak tertentu cuba memanipulasi bakatnya seterusnya mengheret kartunis ini ke mahkamah di dalam cubaan merampas hakcipta karya-karyanya. Apabila keputusan undang-undang tidak memihak kepadanya dan kegagalan dalam mempertahankan karya-karya asli hasil usahanya, sedikit sebanyak telah membunuh semangat Ujang untuk terus melahirkan idea-idea seperti sebelumnya. Berikutan itu, Ujang dikatakan terus berundur untuk mencari kekuatan baru…..

    DENGAN bantuan beberapa pihak yang cuba memujuknya kembali ke persada kartun, ujang di dapati telah bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan
    Sebuah syarikat penerbitan ternama memberi jaminan dan sokongan disamping menawarkan pelbagai kemudahan menjadi tapak kepada kartunis ujang untuk terus menerajui industri kartun dan humor yang kini sudah semakin kemarau dari karya-karya yang kreatif dan bermutu.

    Temubual Eksklusif bersama kartunis Ujang,
    Sekembalinya ke arena kartun setelah 2 tahun menghilang.

    Tarikh: 19 sept. 2001
    Masa : 5.30 petang.
    Tempat : Syarikat penerbitan di Batu Caves.

    Sejak bertapa selama hampir 2 tahun, akhirnya kartunis ujang melakukan comeback! Buat pertama kalinya, ujang muncul untuk sesi temubual. Temubual eksklusif ini diadakan khas untuk peminat-peminat beliau dan peminat kartun tanah air amnya. Berikut adalah sedutan temubual berkenaan.

    Ceritakan sikit apa yang Ujang lakukan dalam tempoh 2 tahun ini?

    UJANG: Akhir sekali saya menjalankan syarikat Multi Triple Vision pada tahun
    2000. Pada bulan mei 2000, ada masalah ekonomi. Dalam keadaan itu, saya ada lebih kurang 45 orang pekerja. Kos cetak dan kertas kena ambil ‘cash (tunai). Jadi saya tak boleh tanggung pekerja yang ramai. Maka saya hentikan penerbitan majalah Lanun. Dalam tempoh berhentinya penerbitan majalah itu, saya cuba dapatkan pinjaman kewangan daripada bank tapi tak dapat. Kemudian, semua pekerja saya berpindah dan bawa haluan masing-masing tinggal saya seorang. Untuk meneruskan penerbitan, saya pun dah naik bosan sebenarnya. Boleh dikatakan ketika itu saya lalui zaman orang kata kejatuhan yang maksima.

    Maknanya saya habis semua, rumah, kereta..semua habis! Masa tu hutang saya lebih kurang RM 1.2 juta. Kemudian, saya serahkan syer saya. Syarikat itu diambil alih oleh kilang percetakan lain. Jadi dalam tempoh setahun lebih, dua tahun tu saya merantaulah…macam-macam pengalaman saya lalui, saya jual gelang, saya melukis di kaki lima dan sampai satu masa bila keadaan dah tak terkawal dan tertekan, saya pergi ke Terengganu dan duduk dalam hutan. Sejak itu, saya dah tidak boleh duduk K.L, jadi fobia. Hidup dalam keadaan tertekan, ‘jammed’(sesak), ‘cram ‘(asak), suasana orang mcm robot. Saya suka duduk dalam hutan, ‘nature’ (semula jadi) dan sunyi. Selama itu saya tak buat apa-apa.

    Tapi bila balik ke Kuala Lumpur. Pertama kali saya naik LRT, sesat. Saya mula baca majalah, tengok tv yang hampir setahun saya tak lakukan. Saya macam ‘lost touch’. Sampailah saya tubuhkan Arena 2000. lebih kurang sebulan baru saya boleh dan bersedia untuk ‘Fight back’!

    Saya mula belajar sesuatu daripada apa yang menimpa diri saya. Kita tidak boleh lari Sebenarnya. Tapi bagus juga bila berlaku benda macam tu, kita nampak. Kalau tak berlaku kita tak nampak! Bila kita hadap sesuatu masalah dan kita lari, maknanya kita tambah satu masalah yang lain. Ia akan bertambah. Jadi, bila kita hadap satu masalah ia akan selesai dan menggalakkan kita untuk terus berjalan, makin kuat. Sebab dengan pengajaran yang lepas, kita tak nak jadi macam tu lagi. Kita tak nak lagi rebah sebab kita akan murung dan bawa diri.

    Ceritakan sikit latar belakang Ujang?

    UJANG: Saya berpendidikan sampai tingkatan 5, SPM. Kemudian saya ambil
    Jurusan Seni Kreatif di USM Pulau Pinang pada tahun 1987. Semasa tu saya dah berkerja di Majalah Gila-Gila. Di Gila-Gila lebih kurang 10 tahun, saya dapat satu konsep majalah Humor iaitu UJANG.

    Saya mula minat melukis sejak dari kecil, masa tu umur dalam lima enam tahun. Di sekolah pun saya memang suka melukis. Bila time subjek yang membosankan saya lukis muka cikgu. Semasa di tingkatan lima saya dah boleh buat pameran solo di sekolah. Sebab minat sangat dengan bidang lukisan ni, cikgu yang mengajar subjek lukisan tu beri kunci Kelab Seni. Dalam tu semua peralatan melukis ada. Saya pun banyak habiskan masa kat situ. Bila hari cuti aje saya ada kat situ, bila budak main bola pun saya duduk kat situ jugak. Sampaikan malam pun saya ada kat situ jugak. Lama-kelamaan cikgu tu cadangkan supaya saya buat pameran sendiri. Maka pada 1981, saya buat buat satu pameran solo kat sekolah.

    Apa perasaan Ujang bila kembali bermain dengan cat dan lukisan?

    UJANG: Rasa terisilah…dalam satu tahun lebih tu saya macam murung. Murung
    tu macam orang sakit jiwalah, mengalami tekanan. Tekanan terdapat di
    sekeliling. Kita rasa kenapa benda ni jadi kat kita, kenapa dia boleh
    berlaku,why? Silap siapa? Kita cari dimana silap kita. Jadi bila ada
    benda nak buat, kita lupa benda tu semua sebab kita ada target baru.

    Pengalaman pahit manis bergelar kartunis?

    UJANG: Semua ada…macam-macam! Pahit, manis, masam, payau. Paling
    pahit? Takde! Saya rasa semuanya ‘best’!

    Ada sesiapa dalam keluarga Ujang yang mengikut jejak langkah Ujang dalam bidang ini?

    UJANG: Ada. Anak Sulung saya yang suka melukis, tapi semuanya kartun
    kung fu!

    Terima kasih, Ujang.

    UJANG: Sama-sama.

    Nota ketiak: Artikel ini diambil dari beberapa petikan dalam akhbar ‘Eksklusif KARTUNIS UJANG’.

    on April 11th, 2007 at 3:07 pm

  91. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ini adalah temubual dengan ujang dalam paper tu pasal MAJALAH UJANG BUDAK MINANG…selamat membaca kawan…

    on April 11th, 2007 at 4:46 pm

  92. hafiz cakap:
    Gravatar

    UJANG: Ada. Anak Sulung saya yang suka melukis, tapi semuanya kartun kung fu!

    hohoho…. kung fu…. wacaaaa….. haitttt….!!

    on April 11th, 2007 at 4:55 pm

  93. intan cakap:
    Gravatar

    anatara melukis dan menulis kau suka yg mana jang?
    menulis pun best je aku tgk…

    on April 11th, 2007 at 6:07 pm

  94. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya meminati semua kerja seni-tetapi lebih cenderung pada lukisan kartun kerana ada tarikkan tersendiri.Tambah satu lagi..saya juga suka memancing ikan.

    on April 11th, 2007 at 6:23 pm

  95. mat cakap:
    Gravatar

    tambah lagi..saye juga suke menuntun perlawanan bolasepak membabitkan pasukan MU..hukhukhuk,,,,,dan lagi satu memancing undi,,,,

    on April 11th, 2007 at 9:34 pm

  96. Ujang cakap:
    Gravatar

    yer ke che mat….tapi apasal nampak macam ahli politik je che mat nih?

    on April 13th, 2007 at 8:49 am

  97. mat cakap:
    Gravatar

    eh ye kee….
    jgn le nampak cenggitu….nampak le mcm peninju profesional ke,guru bahasa inggeris ke….sopan sket…huhuhu

    on April 13th, 2007 at 9:51 am

  98. intan cakap:
    Gravatar

    saya plak kan jang, masa remaja dulu2 suka sangat menulis cerita…banyak saya hasilkan dah, dalam 50 tu ada kot..tp dlm 50 tu rasanya yg sampai ke penamatnya cuma 2 je…yg lain2 tu semua tergantung…macam2 genre saya buat…tp hangat2 tahi ayam…
    PERSOALANNYA:-
    adakah saya ni tak berbakat atau kurang minat atau kurang peralatan nak meneruskan cerita2 saya??
    sekian, untuk tatapan encik ujang..

    on April 16th, 2007 at 2:42 pm

  99. mat cakap:
    Gravatar

    mungkin cik intan kurang tinggi kot,,takpon kurang tido…

    on April 16th, 2007 at 4:36 pm

  100. Ujang cakap:
    Gravatar

    Intan..awak sebenarnya berbakat besar untuk menghasilkan karya-karya yang tergantung. Genre ini agak popular juga di kalangan masyarakat kita.sebab tu kita tengok ada projek perumahan yang terbengkalai ,projek-projek kerajaan yang terbiar..seperti Bukit cerakah,Kampung buku di langkawi, planetrium dan lain-lain. Bakat ini memang bagus untuk mengimbangi alam semula jadi di samping membuatkan manusia lebih kuat berfikir.

    on April 17th, 2007 at 9:11 am

  101. intan cakap:
    Gravatar

    hahaha, lawak la en. ujang nih..org tanya betul2 dia wat lawak lak…
    kalau tergantung macam cerita misteri2 (cthnya X-Files) tu tak apa gak…ni baru 5 buka surat kertas kajang tu dah tak ada sambung2nya…heheheh…aku pernah nak buat cerita ala2 X-files, tp tulah…tergantung…watak2 pun belum kenal lagi, tup2 dah habis…
    skrg ni tak ada masa dah, tambahan lak aku tinggalkan kat kampung semuanya…tahlah, kalaulah mak aku baca malu alah aku…

    on April 17th, 2007 at 9:55 am

  102. ujang cakap:
    Gravatar

    hah..kalo macam tu lagi senang la intan.call jer ..atau sms mak di kampung tu..suruh dia sambung bila-bila dia ada masa lapang.

    on April 17th, 2007 at 10:35 am

  103. intan cakap:
    Gravatar

    mak aku ustazah ajar fardu ain…karang dia cerita pasal budak2 kelas dia lak kang…lain lak ending

    on April 17th, 2007 at 11:40 am

  104. jonjenin cakap:
    Gravatar

    bab gantung-gantung ni buat otak aku nak tanya…
    FIONA bila nak sambung jang…
    aku nangis jugak karang ni…kata deris pada siputnyer.

    on April 21st, 2007 at 10:38 am

  105. Ujang cakap:
    Gravatar

    arrr..novel FIONA tu memang termasuk dalam genre tergantung sebagaimana yang sedang di bincangkan dengan intan ni la jonjenin.

    on April 23rd, 2007 at 11:08 am

  106. mat cakap:
    Gravatar

    susah susah sgt bioo den jek yg abiskann sume sume tuuu….habih citer….

    on April 23rd, 2007 at 11:56 am

  107. intan cakap:
    Gravatar

    mana boleh mat, genre yg tergantung tu mmg ending dia tergantung, kalau kau sambung-sambungkan maknanya dah bukan genre tergantung, itu dah masuk genre tak tergantung…yang mana maksud kedua2 nya adalah berlainan sekali, kalau disambung semuanya, tak wujudla genre cerita tergantung…ha…tak pelbagai la cerita kat dalam dunia ni mat…cerita yg tergantung ni kdg2 penting gak, sb nak bagi peluang otak masing2 berfikir dgn lebih kreatif..kalau tak semualah org berfikiran sama dan tak adalah timbul variasi tak selanjar….variasi selanjar ialah variasi yg sama, manakala tak selanjar tu ialah variasi yg tak selanjar…hahaha

    on April 24th, 2007 at 2:08 pm

  108. ujang cakap:
    Gravatar

    Buat pertama kalinya aku setuju seratus peratus dengan pendapat intan.

    on April 24th, 2007 at 3:17 pm

  109. kiambang cakap:
    Gravatar

    hehe..ako pun stuju..sbb ako suka bila tgk muvie..yg endingnya hanging..org laen kua panggung marah kat director..ako suka sbb ako bole wat andaian sendiri..kan bagus..lagi byk kita menggunakan otak..berfikir..lg panjang jangka hayat seseorang manusia..lagi cerdas pemikiran kita

    on April 24th, 2007 at 5:08 pm

  110. ujang cakap:
    Gravatar

    Malah kehidupan kita dalam dunia ni pun selalu tergantung endingnya kiambang.Tengah2 bawak keter tak sampai lagi destinasi..eksiden..terus ending…tengah-tengah syok menipu sana sini..kelepet sana kelepet sini..tau-tau kena stroke..terus ending..tak sempat nak mintak ampun ngan orang yang di kelepet…tengah-tengah makan..tercekik tak sempat minum sirap..terus ending..gitu lah seterusnya.Maka elok lah kita berhati-hati dan sentiasa beringat-ingat tentang besarnya bahaya genre ending tergantung ini.

    on April 25th, 2007 at 9:45 am

  111. kiambang cakap: