BESOK MASUK HUTAN..YAHOOOOO
Malam ni aku akan bertolak ke Taman Negara Tasik Kenyir untuk yang ke berapa ratus belas kali ntah. Selama 12 tahun aku berulang alik masuk hutan terengganu tanpa rasa jemu. Selalu bawak group pakej memancing..tapi kali nih aku bawak wartawan sigap , Juru gambar professional dan moderator web tokei kedai online bersama ahli kelab photographynya. Pengembaraan selama 4 hari 3 malam yang  di taja oleh boat-house Kd Kilau -tkp 28 ini akan membawa peserta merentasi tasik sejauh lebih 55 kilometer ke celah banjaran titiwangsa dan berkampung dalam Taman Negara menjalankan pelbagai aktiviti. Empat buah speed-boat yang di bawa bersama akan menjadi kenderaan rasmi para seniman gambar ini untuk  merakamkan keindahan segenap pelosok taman negara mengikut daya kreativiti masing-masing. Aku pulak seperti biasa akan meredah hutan menuju lubuk mencari kelah dan tengas. Oh ya….sifu aku Mr.Jaafar Taib dan pelukis cover baru Jibam  ..si syaffeq akan turut serta dalam ekspedisi ini. Maka blog ini terserahlah pada korang untuk mengimarahkannya.Nanti kami balik bawak berita dan bawak gambar untuk korang.Insyaallah kalau ada rezeki nanti..aku akan bawak kan seko tupai untuk Tidin dan che mat.





Jang …….nak ikut!!!
on April 18th, 2007 at 9:11 am
Wei…..ko ni asik masuk utan je…….bila nak lukis jibam ha?bila plak novel jibam 2 nak siap, peh tu majalah jibam lagi apa cite? woi lukih la weh !!!
on April 18th, 2007 at 9:17 am
yaahoooo…. Ujang takdok….. boleh wat bising dalam kelas….
sapo nak main sumpit kacang ijau..
on April 18th, 2007 at 9:28 am
Ujang nak masuk utan lagi? Ni yang malas nak dengar ni, takbest le berforum sama sendiri je. Tidin ngan Che Mat.. tlg hantar artikel untuk membuka isu baru sementara peninggalan sifu kita ni..
on April 18th, 2007 at 9:44 am
sapo nak attenden kelas ni.. raso ramai tak datang kelas ari ni..
on April 18th, 2007 at 10:07 am
Sebenarnya ini sebagai satu latihan..apa bila aku sudah meninggal maka korang lah yang akan meneruskan tradisi merapu tapi tau ini.
on April 18th, 2007 at 10:13 am
koreksyen komen atas….
sapo nak amik attenden kelas…..
on April 18th, 2007 at 10:14 am
andai ku pergi dulu sebelum mu, janganlah kau bersedih hati…
andai kau pergi dulu sebelum ku pasti ku hidup melara…
on April 18th, 2007 at 10:18 am
karang dapat kelah kang… ingat-ingatlah orang kat sini yee…
on April 18th, 2007 at 10:44 am
ko masuk utan lagi jang…best beb..bila agak aku pon berpeluang ikut trip mancing ko..carik kelah..belide..kat tidin ko bawak la tupa sekor,,che mat ko bawak balik ulat gonggok yang besar tu..4 kali ganda saiz yg slalu kat umah tu.
on April 18th, 2007 at 11:23 am
Apsal ha, ade org lepaskan balik ikan lepas dh bejaya dipancing?
Alasan: xnk spesis ikan tu pupus, tp x pikir ke ikan2 tu lagi menderita, sengsara, kecewa, memendam rase? Mulut sakit kena cangkuk, then badan dipicit2 nk kuarkan benda tu, dah tinggal nyawa2 ikan, pegi plak lpskan ikan tu dlm air balik, kesian ikan tu, camana dia nk makan?
So soalan saya: Best sgt ke mancing tu? kalu dah dapat ikan, siang, bakar - goreng pon sodap!, bleh la diterima, mmg allah jadikan binatang utk berkhidmat kpd manusia, ttp manusia haruslah memahami etika dan adab sesama makhluk….
on April 18th, 2007 at 12:05 pm
ujang ,latihan…latihan laaa….tapi aku nak ikuuuutttt……….boleh ke tak ni?????? nak ikut lah wei!!!!!
on April 18th, 2007 at 12:09 pm
keperluan ngn kepuasan tak same en sumijellymanis..bagi manusia yang memerlukan itulah salah satu keperluan..bermakna kalu pi mancing..anak ikan besa jari pon dia ambik…dan cuba pk..jika semua cm tu..bila anak2 ikan ni nak besar dan membiak..dan bagi kepuasan memancing..ikn tu bukn satu keperluan utk di bawak pulang..hanya utk kepusan dlm memancing..dan org jenis gini lebih sayang alm sekitar..sayng habitat2 yg ade tu..
on April 18th, 2007 at 12:18 pm
kalau besok masuk utan… maknonyo malam ni la gerak poie ganu dok..selamat jalan… g naik skali ngan Jaafar ke..
on April 18th, 2007 at 3:54 pm
masukk utann….besttnya….en ujangggg nk ikuttttttttttttttt!!!!..lama dah x masuk utan ni..ada 4 bulan..huh!lama tu..tak kan la bawak balik tuk tidin n che mat je…nak gak seladang yg mcm lebai dolah cari blakang jamban jibam tu…
ehh mana kiambang ya…ujang takda ni…blehh la bukak forum lagi sampai pagi…horeyyyyyyyyyy….
on April 18th, 2007 at 4:52 pm
semendang ketiadaan Ujang untuk beberapa hari ni, ape kata kite menyediakan soalan subjektif untuk di jawab oleh brader ujang kite… seberape benyak yg boleh… soalan yang berbentuk objektip pun boleh la …
di harap dapatlah kerjasama penduduk kampung belulang ni yo..
saya sebagai wakil kg talang berharap agar projek ni berjayo..
biarlah esen start dulu yo..
1. sapokah nama ikan yang pertama yang ditangkap oleh brader ujang?..
on April 19th, 2007 at 8:55 am
Masalahnyer en.Awe, sempat ke anak2 ikan tu membesar? Mulut dah sakit, nk mkn pon takbleh. Sian dia…
on April 19th, 2007 at 10:11 am
dalm konteks kehidupan ikan..kesakitan lumrah dlm kehidupan.jadik idup mesti trus..mkn ttp mkn..bebini ttp bebini laa..lain kalu di msak kira dah tutup trus dia punya peluang idup.
on April 19th, 2007 at 10:20 am
jawapan dari soaaln tadi je…ikan puyu..pda umor 5 thun..di sawah mase besame mak kesawah..arwah atuk masih idup lagi mase tu.
on April 19th, 2007 at 10:22 am
dan ikan tu pun akan berkata….”kalau kau menjadi aku pasti kau akan mengerti”……(macam jibam kata)
on April 19th, 2007 at 12:51 pm
jom aa sedisksn soalan untuk ujang…..
on April 19th, 2007 at 2:38 pm
Okey la ni soalan untuk abang ujang….
2. berapa umur jibam dalam novel Jibam 2 nanti…..
on April 19th, 2007 at 6:42 pm
solan no 3
jibam ada awek tak dalam novel jibam 2 nanti?
on April 19th, 2007 at 7:52 pm
alloww…geng!!!
ujang takdak ni tak aktif plak rasa blog jibam..
apapun jibam still git the blues..yeepaaa!!!
on April 19th, 2007 at 9:00 pm
ramai yang nak ikut ujang nih..
syok jugak kalo kita lepak kat kenyir ngan ujang sekali..JFC..jibam fan club..heh heh heh..teman nak pegiii!!!
on April 20th, 2007 at 12:15 am
rasa ramai yang ikut ujang g kenyir ni kot…
sampai ati tak ajak aku g skalli..
on April 20th, 2007 at 9:48 am
elok bebeno le tu yop teman pun ghase teringin gak ke Kenyir tu…..
on April 20th, 2007 at 9:49 am
soalan 4:
ada novel jibam 2 ke….
rasanya novel jibam untuk pesta buku tu, ulang cetak dalam edisi terbaru kan …
on April 20th, 2007 at 9:51 am
hukhukhukkk…
mane org org niiih…
on April 20th, 2007 at 10:20 am
dorang ikut ujang pg kenyir la mat..
on April 20th, 2007 at 10:58 am
Sori weh korang, uwan aku meninggal dunia pada 18/4, Al-Fatihah…. aku pon demam sampai le hari ni. Dah 3 hari aku tak pi keje.
on April 20th, 2007 at 11:00 am
oooo yo kee…takziah diucapkan pade cik tidin….
Al-fatehhhaaa,,,,
nko tk ikot ke pliteee….ujang tak kasik aku ikot,,,die takot aku sosatt…
on April 20th, 2007 at 11:11 am
makaseh Che Mat.
baper hari Ujang tu ke hutan?
on April 20th, 2007 at 11:34 am
takziah untuk Tidin.. Al-Fatihah
dia tak bagi aku ikut gak.. dia tinggal wasiat je…
dio cakap klu dia 2-3-4 tahun tak balik-balik.. dia suruh wat report..
on April 20th, 2007 at 11:35 am
oo ye ke…hukhukhukk….
aku pong nak balik kg lee….so see u all on monday lah yeer…..
tataa
on April 20th, 2007 at 11:40 am
Che Ujang nk bawak balik tupai hutan ke tupai siap dah kt CM tu? hehehe
on April 20th, 2007 at 12:11 pm
takziah untuk enche tidin..Al-Fatihah..moga aman sejahtera bertemu Pencipta..
nuts..mlm ni online ke..kalo ye leh kite berforum smpi mata lebam haha
on April 20th, 2007 at 12:56 pm
erkkk.. alhamdulillah…
aku bersendawa sambil nafas berbau nasik briyani….
soalan 5:
orang yang duk dalam utan ni, camno yo dio poie sembahyang jumaat ek..?
takkan main jamak qasar je kot..
on April 20th, 2007 at 2:16 pm
aku nak join malam ni kiambang… aku dah bayar dah bil internet umah aku..
tu pun klu x do sesape yang kidnap aku malam ni..
on April 20th, 2007 at 2:17 pm
mentang-mentang bos aku tak de, sodap jo aku melayari internet….
soalan 6…
berapokah harga karikatur yang kono caj mase pesta buku pwtc nanti…
on April 20th, 2007 at 2:41 pm
takde orang ke kat sini….
tak pelah , biar aku kongker blog ni sengsorang..
on April 20th, 2007 at 2:42 pm
boleh aku pos bebanyak walaupun sengsorang… tak pe…
on April 20th, 2007 at 2:42 pm
hehe..enche pelita sensorg je..sungguh bermaharajalelamanja hehe..mlm ni leh on9 ye..tp xjanji saya leh kul bape..ptg ni nak gerak blk bp..kot penat takdapekla..hehe
on April 20th, 2007 at 2:56 pm
kiambang…jgn lupa sesi borak sampai lebam mlm ni…heheh…kalau xbz la..pelita….kedatangan anda di alu2kan…bawak la org kg sekali..
on April 20th, 2007 at 4:28 pm
tak promis aaa… sb mlm ni nak nengok mobie dulu…….
hahhaa jangan pandang sesape terutama belakang…
mengikut ilmu perubatan islam… jin memang suka mengikut manusia dari belakang….
on April 20th, 2007 at 6:07 pm
errr nak balaik umah dulu ye…. jumpe lamalam karang ek..
on April 20th, 2007 at 6:08 pm
huh…mana lak kiambang ngan pelita ayam ni…kata nak dating ngan aku…penatt la aku pasang ungun api ala2 nk bako kebun ni…ish…jgn pandang blakang…jgn pandang…
on April 21st, 2007 at 2:59 am
al-fatihah…
tidin…tiap yang hidup pasti mati…itu janji kita padaNya…
on April 21st, 2007 at 10:15 am
‘Rentetan perjalanan seni Ujang…’
“ The only joy in the world is to begin…â€
Permulaan karier ujang sebagai kartunis bermula dengan kemunculan karyanya di majalah gila-gila. Lukisan kartun ujang iaitu ‘Hikayat Ujang senang’ merupakan karya yang dibawa oleh beliau ketika berjumpa en. Jaafar taib suatu ketika dulu. Namun begitu ‘Hikayat Ujang Senang’ telah disimpan untuk diperbaiki semula dan pada tahun 1985 ia telah disiarkan.
Sentuhan karya ujang seakan-akan mempunyai auranya yang tersendiri.
Bersama Majalah Gila-Gila (1983-1993).
Ujang telah berkarya bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993). Dia banyak menghasilkan karya-karya yang top semasa bersama majalah Gila-Gila. Sekaligus dia merupakan kartunis paling popular pada masa itu. Di antara karya ciptaan beliau yang sangat popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian. Selain itu juga dia turut menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir, Fiona (tergantung tiada sambungannyer).
Menubuhkan Majalah UJANG (1994-1997).
Pada tahun 1994, Ujang meletak jawatan sebagai ketua kartunis di Majalah Gila-Gila. kemudian Ujang menghasilkan Majalah Lawak Antarabangsa UJANG dibawah penerbitan Kharisma Picture. Majalah ini telah mencungkil banyak bakat-bakat baru seperti Aie, Gayour, Nik, Bawang, Duku, Petai, Lengkuas, Ciku, Sukun dan ramai lagi bakat baru. Majalah ini menggunakan maskot karektor ‘Din Beramboi ‘ yang sebelum ini pernah beliau popularkan di majalah gila-gila sekitar tahun 1992. Din Beramboi menjadi maskot majalah UJANG sekaligus mencetuskan idea lawak yang paling gila dan terbaik di abad ini. Selama bersama majalah UJANG ini, beliau banyak menghasilkan idea-idea terbarunya seperti termuat dalam koleksi DIN BERAMBOI, kaset DIN BERAMBOI, Animasi Usop Sontorian. Setelah terbit hampir 4 tahun, Majalah UJANG telah menjadi majalah lawak No. 1 di Malaysia. Kejayaan majalah ini telah mengegarkan dunia penerbitan komik dan kartun sekaligus menarik minat banyak penerbit untuk menghasilkan pelbagai majalah kartun.
Ujang Berpisah dengan Kharisma picture
Pada tahun penghujung 1997, Ujang meletak jawatan sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG, sekaligus keluar daripada Syarikat Kharisma Picture. Secara tidak langsung juga penerbitan Majalah UJANG telah terhenti.
Ujang kemudian menubuhkan Syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Dan menerbitkan Majalah Varia Lawak sebagai saluran lawak anda. Bersama Varia lawak Ujang terus menekankan kepada aspek islamik. Ujang menukar Karektor Din Beramboi kepada Pakcik Din. Dimana karektor pakcik Din ini lebih kepada sifat orang tua yang mendidik. Segala sifat riak, bangga diri dibuang daripada karektor Pakcik Din.
‘Varia Lawak’ Jadi ‘Lanun’(1998-2000)
Namun begitu, di saat majalah Varia Lawak baru bermula merangkak. Ujang sekali lagi terpaksa menukar nama majalah ini kepada Majalah Lanun. Ini kerana Majalah UJANG yang dulunya telah berkubur telah dihidupkan kembali oleh Syarikat Kharisma picture. Dan Majalah UJANG kembali ke pasaran dibawah Penerbitan MOY Publication yang dulunya di kenali Kharisma Picture. Ini bermakna segala watak, karektor dan apa-apa yang berkaitan dengan Majalah UJANG dahulu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana pihak termasuk ujang sendiri kerana segala hakciptanya adalah dibawah label MOY @ Kharisma picture.
Sekali lagi Ujang terpaksa melupakan nama UJANG, DIN BERAMBOI, PAKCIK DIN, USOP SONTORIAN dan segala karyanya yang terdahulu semasa dibawah Kharisma Picture. Ini bermakna segala usahanya selama ini akan lenyap dan berpindah kepada orang lain. Keadaan ini telah menambah tekanan kepadanya.
Namun begitu dia tetap meneruskan perjuangannya. Di bawah penerbitan Majalah Lanun, Ujang cuba mencipta sejarah baru. Maka muncul koleksi Kartini, Animasi Kartini (karya Tembakau), dan terbitnya Majalah kaki pancing iaitu Buletin Lubuk di pasaran. Namun begitu di penghujung tahun 2000, negara telah mengalami masalah ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan penerbitan majalah Lanun terhenti dan semua staffnya membawa haluan masing-masing. Dan kartunis Ujang turut hilang entah kemana…kehilangannya menimbulkan banyak persoalan kepada peminat-peminat ujang. Pelbagai pihak cuba mengesan ujang. Namun semuanya menemui jalan buntu bila ujang tidak dapat dikesan.
Comeback UJANG BUDAK MINANG!
Pada tahun 2002, ujang kembali semula ke arena kartun. Kehadirannya di sambut baik oleh semua peminat-peminatnya yang masih merindui karya-karya beliau. Kali pertama muncul ujang tampil dengan majalah Ujang Budak Minang. Disini ujang cuba menjelaskan kepada masyarakat tentang misteri kehilangannya daripada arena kartun. Ujang budak minang merupakan satu konsep majalah yang cuba memenuhi kehendak semua tahap pembaca iaitu dari kanak-kanak hingga ke pada peringkat dewasa. Majalah ujang budak minang ini lebih menggunakan cara-cara psikologi, ilmu jiwa dan spiritual. Namun entah kenapa majalah Ujang Budak Minang hanya sempat menemui pembaca satu keluaran sahaja.
Majalah Malim Pelita.
Pada julai 2002, muncul pula majalah malim pelita di bawah penerbitan arena 2000 Sdn. Bhd dengan kerjasama Triple vision enterprise. Malim pelita ini seakan-akan merupakan satu kesinambungan kepada Majalah ujang budak minang. Ramai kartunis yang turut sama bergandingan dengan ujang bersama majalah malim pelita, antaranya ialah kartunis aie, boy pj, padi, bendi, aedes,eicak, dzun nun,jakall, a’an, soya, lanzent,cron, azam de crow dan kumpulan lalaq. Dibawah penerbitan arena 2000, muncul juga majalah kartun lain seperti Lalaq, Desparedo, aku dan sesuatu, tnt, buletin lubuk, urban comic, kepoh boy. Setelah menemui peminat dalam beberapa keluaran majalah Malim Pelita tiba-tiba diberhentikan penerbitannya.
Ujang berlakon la pulak.
Percaya atau tidak, satu perkara yang membuktikan bahawa bakat ujang bukan pada satu kemahiran sahaja. Ujang boleh dikatakan kartunis berbakat besar dalam semua lapangan seni. Ujang yang sebelum ini pernah muncul dalam filem ‘Yes Tuan’ dan sitcom camni camtu. Kini kembali dengan berlakon dalam telemovie ‘POYO’. Telemovie ini menampilkan juga beberapa kartunis lain seperti boy pj, A’an budak baik, taugeh, soya, cik li, kunyit, dan beberapa kartunis lain. Telemovie ini mengisahkan gelagat beberapa kartunis di bawah satu syarikat penerbitan. Telemovie ini diterbitkan oleh Gala picture.
Ujang join Majalah g3.
Namun begitu kerinduan ujang untuk berkartun terus membuak-buak. Kali ini ujang tampil sebagai kartunis tamu di majalah g3. majalah g3 merupakan majalah humor terbitan karangkraf sdn. Bhd. Majalah g3 dikelolakan oleh kartunis gayour dan beberapa kartunis lain seperti padi, kobis bunga, cactus dan beberapa kartunis lain yang sebelum ini pernah tampil bersama Majalah UJANG. Karya ujang mula menemui peminatnya pada keluaran g3 bermula isu 11 dengan siri kartun realiti g3 buletin lubuk. Setelah muncul untuk beberapa keluaran dalam majalah g3 kartunis ujang kembali kepada Creative Enterprise iaitu penerbit Majalah Gila-gila.
JIBAM KEMBALI mengganggu hidup anda!!!
Setelah sekian lama mengembara dan mengutip banyak pengalaman ujang kembali ke pangkuan gila-gila. Kemunculan ujang dalam majalah gila-gila seakan-akan memberi kekuatan baru kepada Majalah gila-gila. Kehadiran ujang ini turut memberi ruang kepada peminat-peminatnya untuk terus menatap karya-karya ujang. Ujang terus melakar sejarahnya yang tersendiri dengan kemunculan filem JIBAM. Filem JIBAM adalah adaptasi daripada karya novel ujang semasa di bawah penerbitan creative enterprise. Filem JIBAM adalah filem terbitan JAJA production. Untuk mengetahui segala-galanya tentang JIBAM marilah join blog JIBAM ini….
“ There will be a time when you believe everything is finished. That will be the beginning…â€
Nota gusi : Jika terdapat sebarang kesalahan fakta diharap Bro. Ujang dapat membuat pembetulan. ‘Yang buruk datang daripada saya dan yang baik itu daripada ALLAH S.W.T.’
on April 21st, 2007 at 10:17 am
sory nuts..bukan niatku mungkir jnji padamu..tp itu waktu sungguh cemburu padaku..sampai kampung kul 1pagi smlm..so takdapek nak bagi mata lebam hehe..tgh drive pun dah hmpir lebam hehe..
kebun abis terbaka tak?..kalo tak bebila ako tolong bakar hahahaha..bakar..bakar..encik bakarrrrr..hahahahah
on April 21st, 2007 at 9:25 pm
tabahnye mike incik ujang..walaupun pernah bangun, jatuh tido agak lama..tapi tetap nak bangun balik..kalau ade selai dua sebarau dari kenyir,jgn lupe kan teman..hehehe
so, sape nak pigi kenyir nih??kita tunggu ketua kampung blog ni balik dari sanun dulu…
on April 21st, 2007 at 11:55 pm
JoeJenin
Wah, penulisan jurnal mengenai kartunis lagenda Ujang memang kaw-kaw tim. Tabik spring lori balak empat balas kali.
on April 22nd, 2007 at 9:51 am
Jon jenin…, Syarikat Ujang dulu tu.. namanya Kharisma Publications. Bukan Kharisma Pictures. Kharisma Pictures tu.. penerbit Usop Sontorian animasi. Dia lain-lain tu.. Tapi kira geng la…
on April 22nd, 2007 at 11:38 pm
mekasih jonjenin..info yg di upload tu sgt berguna..nak surf sendiri tah bila ada masa..sungguh mulia hatimu jonjenin..eceweh..
on April 23rd, 2007 at 12:28 am
kiambang…aku tggu nak makn cendol madu ngn ko balik kg..tak pulak cite yg ko balik kg..
on April 23rd, 2007 at 10:50 am
timakasih daun keladila jonjenin nota kuliah yang di beri tu amatlah berguna….kalau ada info lagi boleh le share lagi……
on April 23rd, 2007 at 11:05 am
aku konpius jonjenin ni ngan jumjumatunn
on April 23rd, 2007 at 11:19 am
jonjenin..ko pa ujang ekk..teramat tinggi fakta yg ko tahu..sybas.
on April 23rd, 2007 at 11:24 am
apasal plak mat?
on April 23rd, 2007 at 11:26 am
ntah…bile sobutt jek mcm teringat kat jumjumatunnn,,,ko tak teringat jumjumatunn ke jang…
on April 23rd, 2007 at 11:27 am
tah sasapo la mat ni…
on April 23rd, 2007 at 12:18 pm
jumjumatunn tu sapa mat….
on April 23rd, 2007 at 12:20 pm
echah…tu bahaso arap.maksud ey ..TENGKOGHAKKKKK..kekekeke
on April 23rd, 2007 at 1:42 pm
jumjumatun - tengkoghak..samakun - ikan..kittun - kucin..kalbun - anjing.. sekian kelas bahasa arab utk hari ni..pastikan murid2 menghafal nama2 binatang tersebut..esok kita ada kuiz ye..
on April 23rd, 2007 at 3:25 pm
awe..da lapan ratus lima pluh kali ako gtau nk blk kg tau..ko ni berangan je ye..nsb bek abg ako blikan cendol kat bustand BP..hilang rindu nk mkn cendol..
on April 23rd, 2007 at 3:34 pm
..nape tak suruh abg ko hanta umh aku skali cendol bustand tu..
on April 23rd, 2007 at 5:03 pm
ni cendol kat basten mana korang bincangkan ni? kalo basten kat kuala pilah tu aku tau..memang best tahap dewa kambing la cendol tu.dulu singgit jer semangkuk…sekarang ntah ler.
on April 23rd, 2007 at 5:28 pm
cendol tu ado campur durian tak?…
on April 23rd, 2007 at 6:49 pm
cendol Pak ‘O’..mmg terkenal di bustand batu pahat..dari kecik kami sefamily mmg regular customer uncle tu..dari rege 50sen..skrg da jadi rm1 gaknye..arwah abah mmg suka sgt minum kat situ..ABC dia pon tiada tandingan..wpun ada ABC chocolate kat sek 2 sah alam..tak dpt celen ABC pak ‘O’..ecehwehhh..
on April 23rd, 2007 at 10:27 pm
kiambang..ko cakap macam tu pasal ko tak pernah rasa lagi cendol kat kutub utara sana.
on April 24th, 2007 at 8:39 am
huhu..cendol kutub utara..kalo ABC lg best kot..senang nak wat kan..bawak air gula ngan sirap jek..hehe..kayo makcik wok huhu..
mane pegi org kg ni ye abg ujang?..sunyi sepi ha..
on April 24th, 2007 at 8:44 am
`Bior ler kiambang….masing-masing ada urusan yang perlu di jalankan.Takan dok ngadap pc jer 24 jam…nanti dier orang serabut-serabut ngan hal kat luar sana..dia masuk la tu.`Usop melemparkan pandangan jauh ke kaki bukit tempurung yang masih berkabus.
on April 24th, 2007 at 10:36 am
hahahahhahah apo kata korang join aku…..join g ke pwtc tgk awek2 yg lalu lalang mcm lalang yg nak di mkn dek lombu tuh…. hehehehe mari2 ramai2kan lombu yg ade kat sana……..
on April 24th, 2007 at 11:50 am
lombu pawah keee…enak dimakan bgitu saja
on April 24th, 2007 at 12:00 pm
tahniah buat diri korang kerana sudi membaca sedikit artikel dari aku…
thanks buat member yang kasi tau pasal kesilapan nama tu…
buat eche mat..wa tunggu lu kat pwtc..kasi belanja gua cendol pulut ar…hehehee…
buat semua2 geng …u ar the best!!!!
bravOOOO brader!!!!
on April 24th, 2007 at 2:44 pm
yela..layan blog..layan gak..urusan keje..jgn plak abaikan ye dakkk..sape yg keje jenis flexible..leh duk opis sukati..hehe meriahle..che mat ng awe msti jeles kalo tau ako leh masuk opis xkesah kul bape..jnji ckup 9jam..hehe..so xkesah punch card merah..ngehehehehhensemmm
on April 24th, 2007 at 4:15 pm
nanti ujang ade jual cendol ke kat pwtcc jon….tak meleleh2 ke nanti…ishhhh…aala kiambanggg,,aku ngan awe ni bukan takat tak kesah masok kol bapeee…dah tahap boleh kije dari umah dah….hukhukhukk…nih kat umah laa nihhh,,tgh goreng ikan
on April 25th, 2007 at 8:07 am
Huiai…. meleleh air liur teringat cendol kopilah tu. Dulu, tiap kali balik kg naik bas, tang dalam bas yo laung nk 2 henget, laju yo dio dtg anta. Mmg cendol tu sodap ya amek.Smpai skang pon, tiap kali balik kg, mesti singgah - kok balik siang la, kok balik mlm kesian x dapek raso! uhuk uhuk….:-(
on April 25th, 2007 at 12:38 pm
udahla ko mat..bedo’oh je kejenye..huhu..goreng ikan ape arini?ikan bilis..haha tadi ako masuk opis kul sepluh lebeh mat..meriahnye idup haha
on April 25th, 2007 at 12:52 pm
goreng ikan tempua la,,,,,,best masak kicap berlomak…ko masok kol suploh ko,,,,aku neh lom masok2 lagi kijo nihhh…mcm jauh plak rase pejabat tu
on April 25th, 2007 at 3:36 pm
ape barang…….. makan ikan BBQ kat kenyir la …… kelah2 ekor, sebarau 2 ekor………………syoookkkk wooo
on April 26th, 2007 at 1:18 am
alaa..pegii tak aajakk….tkot kete tk muat la tu,,,,,hukhukhuk
on April 26th, 2007 at 3:50 pm
allah syaffeq pun mengipas bbq cam sedih jer…naper..rindu kat grilpren ke?? muahahahaaaa…jagan maree ar syaffeq jumpa lu kat PWTC kita ambik gambar buat kenangan musim luruh karang.
on April 26th, 2007 at 4:46 pm
sehari aku x melawat blog ni, dah mcm2 cerita x masuk akal yg keudara…sampai aku x faham nak mencelah tang mana..aku diamkan jelah, mencelah x kena gaya kang terkeluar topik lak, malu kang…
selamat la ke pwtc nanti ek? aku x leh join laaaa…
on April 27th, 2007 at 2:07 pm
alaa blasahh jek la intan..ko ingat yg lelain ni paham ke,,hukhukhukk…bebuat paham jek tu sume…nak nak encik nut tu,,,sembarang jek,,hukhukhuk
on April 27th, 2007 at 3:37 pm
Intan dan tidin penuh dengan ciri kadatan timur..so, dia begitu menitik berat kan pelbagai aspek sosio budaya agar ianya terus berkembang pesat.
lantaran itu tidak adil lah kita memblasahkan ketimuran itu. kita sebagai rakyat yang memegang prinsip rukun negara haruslah memartabatkan jati diri ini…kata YB Seman semasa berkempen gi ijok baru2 ini.
on April 28th, 2007 at 11:08 am
aku bukan soh blasah adat ketimurah,,,aku soh die blasah nko jon,,,hukhukhukkk
on April 28th, 2007 at 12:43 pm
intan budak baik mat ..mak dia penah cakap dia tak penah membunuh binatang walaupun semut..tapi makan semut tu penah la masa minum teh o. ingat abuk teh katanyer…sejak itu intan sentiasa berwaspada ketika melakukan sebarang perkara. inikan pula kau suruh blasah aku mat. dia takkan mahu. sebab dia budak baik yang jelita dan ayu pada kaca mata hitam jenis ray ban. so, pada intan teruslah maju bersama ciri2 ketimuran yang kau miliki. semuga intan akan terus lena diulit intan..oooho.hooo.. tiada yang paling indah selain bersama mu intan..eh ternyanyi plak??!!
on April 30th, 2007 at 5:42 pm
jonjenin…ko jangan nak mengayat si intan tu pulak…kang anak sulung dia karatey tengkuk ko karang.ko tatau ke anak nombo tiga dia je dah sebaya ngan karam singh waliyya.
on May 1st, 2007 at 10:12 am
aghamakkk!!! bior betul jang..kalau mcm tu intan ni sebaya ngan uwan belah laki sedara tiri osman tiptop la ye…??
ahh..aku nak ngorat anak dia yang nombo tiga yang sebaya dengan karam singh walliyaa lah pulak…bleh tak?? bleh tak??? heheheee..perkara ini boleh diumpamakan seperti membakar nyamuk di dalam seluar…kata harjit singh kepada karam singh.
on May 1st, 2007 at 11:27 am