Akademi Fantasia??? (lagi MMS)
Ahad 15 April 2007,Kartunis Ujang telah dijemput untuk memeriahkan pogram diari Akademi Fantasia musim ke 5 !!! Dalam rancangan tersebut Ujang meluangkan masa lebih 2 jam 8 minit bersama para pelajar beramah mesra di samping menjalankan beberapa aktiviti ko-korikulum seperti Mari melukis di atas kanvas,mari menconteng dinding lam bilik rahsia para pelajar dan memacam lagi ar.Ujang juga sempat melakar wajah kesemua pelajar akademi fantasia 5 sebagai tanda kenang-kenangan..dan jangan panik kerana dalam masa yang sama dua orang pelajar akademi ia itu Izat dan Candy pula di tugaskan untuk melukis gambar Ujang (kami akan siarkan hasil lukisan karikatur wajah Ujang oleh kedua pelajar tersebut). Kepada anda yang sudah menyaksikan Ujang beraksi dalam pogram tersebut jangan berlengah lagi-AFUNDI Ujang di Jibam.cesb.net.my. p/s-Gambor yang nampak macam dalam bot tu..memang dia kat dalam bot sehari sebelum rakaman berlansung..sempat lagi pegi mancing ke Pulau Sembilan..balik mancing terus pegi Astro.Biol betul arrrrr budak Ujang nih…


Karikatur (MMS)





                                   Kalau tak bawak trip memancing ke Tasik Kenyir..atau apabila takde jemputan ke memana trade show dan event atau apa-apa lah yang menyibukkan kehidupan ini ..maka aku akan melepak kan diri di Central Market melukis karikatur (Caricature ) . Aku memang seronok dan enjoy dengan kerja tu walau pun nampak pelik dan tak munasabah  di mata orang ramai . Aku suka persekitarannya yang jujur dan penuh kemanusiaan. Pagi-pagi lepak makan roti canai dan pekena neskepi tarik ngan member-member pelukis sambil sembang-sembang hal kehidupan. Di celah-celah masa yang indah tu aku mengambil kesempatan menyusun plot-plot siri JIBAM dan menulis novel terbaru yang dah pun siap dalam empat ke lima baris semalam.ok la tu daripada tak ada apa-apa lansung. Jadi kalo anda tiba-tiba  teringin muka anda serta rakan-rakan sepejabat mau pun wajah sedara-mara ipar duai  sepupu-sepapat di kartunkan ,atau muka boss-boss korang yang akan berpindah ke jerman itu  di karikaturkan sebagai hadiah kenang-kenangan …Jangan memalu.singgah-singgah ler ke kedai 1-12 A , GROUND FLOOR,ANNEXE BUILDING,CENTRAL MARKET , Kuala Lumpur.
Din Beramboi Di Gila-Gila!
Isu Gila-Gila 325, keluaran 15 MAC 1992, Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran”
Inilah yang kami dapati pada muka 8. dengan artikel bertajuk “Siapakah Professor Serba Tau?” .
Sejurus selepas penemuan kami ini, kami mendapati bahawa Seluruh isu tersebut dikuasai oleh Din Beramboi Korner(14 Muka!)
[gambar yg lebih terperinci akan diletakkan kemudian slepas gi makan, sehari x makan beb]
Katakan Tak Nak!!
Lukisan-lukisan nih sebenornya kempen yang di jalankan oleh kementerian kesihatan 2 tahun lepas, dan buku ni di beri percuma kepada pengunjung-pengunjung pameran.Tahun lepas ada satu lagi pameran besar-besaran di anjurkan oleh AADK (AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN) di Putera Jaya dan di rasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Abdullah Haji Ahmad Badawi .Sebanyak 30 keping lukisan kartun yang di lukis oleh Ujang telah di pamerkan kepada pengunjung pada hari tersebut dan pihak kami sedang cuba mendapatkan semula koleksi lukisan tersebut untuk tatapan pengunjung setia blog Jibam ini.Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu….
Semua gambar ini telah diletakkan di bahagian muat turun.
YANG BERHORMAT AWANG
Anak Tok Ngah Sudin yang kerja D.O tuh dengar  khabarnya nak pencen awal .Limat cakap dia nak pindah balik kampung dalam waktu-waktu yang  terdekat ini dan buat banglo dekat sebelah  rumah lama Tok Ngah. Limat juga cakap Awang janji belikan jersey bola untuk belia kampung belulang serta kasut but yang ada paku-paku macam mancester united pakai dalam tiwi. Tugas berat Limat sekarang kumpul budak-budak kampung dan catit nama serta nombor ic sebab Awang kata untuk tubuh persatuan kena daftar dulu. Nanti senang nak mintak bantuan dengan wakil rakyat kalau nak buat pertandingan merebut  piala Awang atau liga kalah mati . Sementara beberapa orang ahli jawatan kuasa surau sudah mula bermasam-masam muka kerana berebut mikropon. Tiga  hari sepeninggalan Lebai Dolah ke hutan memburu seladang  tidak ada siapa yang mengatur jadual giliran azan di surau. Penduduk kampung belulang sudah mula kompius apabila subuh semalam 3 kali azan .Mula-mula wak jenal ..kemudian jusoh dan last sekali Limat selaku wakil belia kampung belulang. Kemudian mereka bertelagah di warung Pak Itam tentang hukum tiga kali azan dalam satu waktu. Tiada kata putus dapat di ambil melainkan bini Pak Itam yang teruk pagi itu  menyusun kembali kerusi meja yang tunggang terbalik apabila wak jenal bersilat dengan Jusoh kerana mempertahankan fatwa masing-masing. Limat malas nak masuk campur kerana dia terpaksa tergesa-gesa ke pejabat Awang di pekan untuk menyerahkan borang persatuan. Pulang nanti Limat akan tumpang lori Lam shook bawak petrol balik untuk hidupkan generator di surau. Juga dengan sedikit elaun dari Awang kerana menjalankan kerja-kerja amal jariah yang di susun untuk mentadbir kampung belulang supaya cemerlang,gemilang dan terbilang.ÂÂ
AKU SUDAH PULANG DARI PESTA
Yak Adussss…..!!!
KITA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN
Ehh…aku ada lagi kat KL? ajaib sungguh..sepatutnya malam tadi jam 11 pm dah bertolak ke Langkawi. Member janji datang ambik ngan pajero otomatik dia tuh….sekali member call bagitau baju dia basuh tak kering lagi. Bermakna `kalau tak kering malam ni…pagi esok baru kita jalan`. Walau pun alasan bunyi macam kelakar..tapi aku okey aja .Pasal sebab-sebab ni kita toksah pikir sangat.Macam-macam Tuhan bulih buat.Kadang-kadang nampak macam kecik…tapi boleh mendatangkan masalah tahap dunia.Kadang-kadang tu pulak sebab tu nampak macam besor giler..seolah-olah hanya mati jalan keluarnya..tapi alih-alih ..hek eleh..selesai macam tu aje. Maka senang cakap…kita hanya merancang..namun Allah jua yang menentukan. kita ikhtiar aje ler memana yang patut dan banyak-banyak bersabar. Berdasarkan mukaddimah itu tadi..maka korang tau lah bahawasanya aku masih lagi berada di kuala lumpur di saat ini..ketika ini..pagi ini dan akan berangkat sekejap lagi sekitar jam 10 pagi…bermakna ada dua jam lagi untuk aku lepak-lepak kejap di blog Jibam nih bersama-sama korang. Lagi pun pogram aku stat malam ni jam 8. Berbalik pada perancangan dan ketentuan…malam tadi jugak aku terima sms dari En.Mansur yang menyampaikan pesan MAWI nak jumpa aku di Langkawi kerana kebetulan saja kami sama-sama ada pogram di sana. Aku tak tau pulak apa yang akan di perbincangkan …cuma kemungkinan besar aku akan mintak sikit aura MAWI untuk di pinjamkan kepada JIBAM. iNSYAALLAH.







