TOLONG NASIHATKAN LEBAI DOLAH (UJIAN KEFAHAMAN)

Posted in Drama by Ujang on the April 5th, 2007

Sepanjang bulan ini korang dah mengikuti  satu persatu watak-watak beserta habitatnya manusia-manusia di dalam kampung belulang tersebut. Babak demi babak yang di utarakan dan di selatankan dalam blog ini tidak lain tidak bukan semata-mata hanyalah  untuk menerapkan kefahaman jitu pada pembaca -pembaca, pengkaji-pengkaji, pentelaah-pentelaah ,pelajar-pelajar dan apa-apa  pen..sekali pun lah sebagai persediaan mental bagi  menghadapi JIBAM part 2 yang akan terbit nanti. Oleh itu untuk menguji tahap kefahaman korang…sila buat satu karangan ringkas berbentuk surat nasihat kepada LEBAI DOLAH ..dan nasihatkan lah dia apa-apa yang patut mengikut sukati korang.Kertas-kertas jawapan akan di simak pada hari isnin..setelah saya pulang dari menziarahi Mahsuri di langkawi.wassalam.

TAJALLI

Posted in Drama by Ujang on the April 4th, 2007

`Mak, semalam aku jumpa taik kebau mak` Jibam bersuara dari atas kain saprah.Piah sengih macam biasa. Macam semalam , macam minggu lepas, macam kelmarin dan macam selalu . Jenaka Jibam yang kadang-kadang bersulam air mata sehingga Piah sudah tidak faham hal yang mana dia sepatutnya menangis dan hal yang mana dia sepatutnya tertawa. Segalanya tentang Jibam melucukan, Segalanya tentang Jibam menghibakan. Jibam lah penderitaan tetapi Jibam jugalah kebahagiaan. Walau Piah acap kali berkhutbah kepada dirinya sendiri bahawa inilah suratan Qada , inilah suratan  Qadar namun hakikatnya Piah sama juga seperti manusia-manusia lain yang lemah dan terkadang melayan blues. `Mak…dengar tak niiii ? Jibam menaikkan `pitching` suaranya apabila Piah di lihat acuh tidak acuh. ` Apa dia ?` Piah menyahut sekadar untuk layan berbual. Supaya Jibam tunggu pinggan dan habiskan nasik goreng ikan bilis yang Piah hidangkan untuk sarapan. `Semalam aku jumpa taik kebau` Ulang Jibam dengan rasa bangga. `Taik kebau sapa?` Sahut Piah lagi walau pun soalan tersebut tidak `releven` lansung apatah lagi jika di ajukan pada Jibam. `Taik kebau Pak Cik ghani`. Piah sengih lagi . ` Pak cik Ghani  mana la pulak tu Jibam `. `Alaaaa…Pak cik ghani yang bela kebau tu la ` Piak angguk-angguk walau pun tidak paham sepatah haram buah butir persoalan yang di kemukakan Jibam pagi itu.Piah pun malas nak ambil pusing .Memang Jibam macam tu .Kadang-kadang perkataan `atau, serta , dengan , dan lain-lain penyambung ayat yang keluar dari mulut Jibam pun boleh buat Piah kompius . Piah sudah takut nak mentafsir apa yang keluar dari mulut Jibam kerana selalu benar jadi kenyataan. Apa bila berlaku perkara-perkara seperti itu Piah akan jadi serabut. Perasaan Piah akan jadi macam-macam . Setakat ini hanya Usop saja yang paham sikit-sikit hakikat ini kerana Dia sudah mengalaminya. Itu pun Piah tidak mampu  jawap  apabila usop tanya apakah itu maunah atau karamah . Sihir tidak mungkin kerana Jibam serba kekurangan. Jangankan nak menghafal mentera mengghafal abc pun lintang pukang. Apa yang Piah dapat cakap..`Itu semua kerja Tuhan Sup…kita toksah pikir lah..tak sampai akal kita nak menghuraikannya`. Tapi Piah cuma cakap..dalam hati siang malam dia pikir.Celik saja mata dia akan mula berfikir. `Apa Dia semua ini ?` `Laaaaaaa..mak niiii.kan dah banyak kali orang cakap tadi…Taik kebau la..apa lagi`. Jibam cucuk lutut Piah dengan ikan bilis goreng. Piah tersentak .`Mak bukan tanya Jibam`. Piah cepat-cepat menyapu air matanya yang mula berlinangan. `abis tu mak tanya sapa ?` . `Tak..takde sapa…mak tercakap je macam tu `.Piah lantas bangun mengangkat pinggan kosong ke pelantar dapur. `alaaaa…tauuu.Mak tanya Tuhan eyyyy???` Jibam sengih sambil menggaru-garu lutut.

ops seladang 1

Posted in Drama by Ujang on the April 3rd, 2007

Hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.Cuma tidak selebat tadi.Namun sudah cukup untuk membuatkan lorong gajah yang mereka lalui bertambah lecak dan licin. Sudah pelbagai aksi sarkis di saksikan sepanjang dua jam mereka berjalan meredah hutan di lereng bukit tempurung. Seluar Pak Itam sudah kelihatan macam orang baru balik sawah.Kesian juga melihat aksi akrobatik orang tua tersebut apabila tergelincir masuk ke sira tiak tempat binatang hutan menjilat garam. Namun segala kesusahan tersebut tidak di hiraukan lansung demi menjayakan rancangan mereka menumbangkan seladang liar yang entah di mana `port` nya. Semua hanya bergantung pada kepakaran Lebai Dolah yang mendakwa sudah banyak kali masuk hutan berburu dengan arwah Suman.Tengok pada gaya memang ada.Lebai Dolah berpakaian lengkap seluar dan baju macam askar.Beg galas celorong-celoreng yang di belinya  di pasar malam tahun lepas siap dengan tempat gantung bekas air dan segulung khemah untuk empat orang. Cuma tidak pakai topi besi. Kalau tidak  saling tak tumpah macam vic morrow hero dalam cerita kombat. Ucu mengekori nya serapat yang boleh terkial-kial memikul senapang dua laras. Karim dan Pak Itam masing-masing menggalas buntil beras dan peralatan memasak. Paling tidak empat hari tiga malam mereka akan berkampung dalam hutan untuk menjejak seladang. Tapi Ucu paling tidak setuju apabila Lebai Dolah buat keputusan untuk masuk hutan lepas isya , semata-mata kerana tidak mahu orang kampung tahu rancangan mereka. Pak itam dan karim pula tidak banyak soal. Bagi mereka peluang ini bukan datang selalu. sekali seumur hidup pun belum tentu dapat makan daging seladang. Jangan kata bukit tempurung, kalau Lebai Dolah kata mereka terpaksa panjat gunung everest untuk tembak seladang pun mereka akan ikut. `Kita nak ikut jalan mana Lebai?` Ucu bertanya apabila Lebai Dolah tiba-tiba berhenti berjalan dan menyuluh kesana kemari mencari arah. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Keletihan sudah di tahap cipan. Ucu rasa kalau berjalan lagi lapan minit dia akan terus pengsan tak sedar diri . Penat berulang alik mengayuh basikal ke kampung untuk meminjam senapang Ghani komando petang tadi pun belum hilang lagi di tambah pulak berjam-jam meredah hutan dan mendaki bukit. `Kalau macam ni gajah pun boleh mati`Getus Ucu di dalam hati. Lebai Dolah terus saja menyuluh ke kanan dan kekiri seperti mencari sesuatu. Pak Itam yang merasa tidak sedap hati lantas merapati Lebai Dolah. `Kenapa Lebai?` Karim juga datang rapat dengan penuh curiga. Ucu sudah terbayang harimau belang sebesar lembu mengintai dari dalam semak . Seluruh badannya menggigil dan peluh dingin mula meleleh di tepi telinganya. `Kau nampak tu?`Lebai Dolah menyuluh cahaya lampu picitnya ke satu arah` .`Apa Lebai?` Itam tambah saspen. `Rasa-rasa aku kita dah berjalan dalam hutan ni lebih dua jam ..ye tak? `Tanya Lebai Dolah lagi. karim,Ucu dan Pak Itam mengangguk serentak dalam gelap. `Tapi kenapa kita baru sampai kat belakang rumah JIBAM je?`.Masing-masing terpaku melihat cahaya lampu picit Lebai Seman menyuluh serumpun pokok pisang dan kelihatan jelas atap rumbia dapur rumah Suman.

Usop Sontorian

Posted in Buletin by K' - Administrator on the April 2nd, 2007

Tiga belas tahun yang lampau sewaktu saya mencipta watak-watak kartun animasi USOP SONTORIAN …Saya membayangkan industri ini akan berkembang maju dan menjadi kebanggaan rakyat malaysia seluruhnya. Ternyata secebis impian saya menjadi kenyataan apabila siri ini tercatat dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORD sebagai kartun animasi bersiri pertama malaysia. Usop sontorian kemudian di tayangkan di saluran tv 1 (RTM) dan di terima oleh segenap lapisan masyarakat malaysia yang berbilang kaum. Beberapa tahun berikutnya USOP SONTORIAN di alih bahasa dan memasuki pasaran antarabangsa….malah terdapat juga lapuran siri ini di tayangkan di mesir .Ironinya ….hasil karya saya ini berkembang di pasaran antarabangsa tetapi saya balik kampung kerana sudah tidak mampu membayar sewa rumah. Sungguh kelakarkan. Hasil dari ke kelakaran tersebut maka saya membulatkan tekad dan mengempatsegikan semangat untuk kembali mengengkerplenteskan dunia animasi dengan watak-watak baru yang lebih marfulendes. Apa yang saya harapkan hanyalah doa dari korang supaya saya mampu menyelesaikan tugas ini kerana kalau nak mintak duit….korang pun bukan ada duit.kita sama-sama miskin hahahahaha.HIDUPPPP TIDINNN (aku suka ar nama Tidin nih…rasa macam nak pakai jer dalam watak animasi JIBAM TUH)

usopsonto2.pngusopsonto.pngusopsonto3.png

UJIAN AWAL BULAN

Posted in Drama by Ujang on the April 2nd, 2007

Ehemm…Tengok dari gaya penulisan korang yang boleh tahan jugak kreatipnya..ada yang dah tembus dua tiga lapis alam..ada yang dah mampu buat huraian ketahap mencairkan otak dan merosakkan saluran pankeries serta memutuskan beberapa elai rerambut darah..maka dengan ini saya mempelawa sahabat-sahabat seperjuangan sekalian menulis ulasan tidak kurang dari lapan perkataan dan tidak lebih dari sejuta hurup tentang tanggapan..atau pemikiran…atau firasat..atau persangkaan..atau andaian..atau apa-apa aje lah yang berkitan dengan watak suman. Siapakah suman pada pandangan korang???

INKERTEPLENTES

Posted in Drama by Ujang on the April 1st, 2007

Masih ingat lagi bengkel `CAR WASH` Lam Shook yang di dirikan di sebelah surau dulu ? Dulu cuma bangsal kecil beratapkan asbestos..kini panjangnya melebihi pagar surau. Kalau tengok dari jauh sudah nampak macam gudang tempat sorok rokok keretek. Ruang belakang bangunan di pasang jeriji besi dan mangga kunci sebesar kepala kucing,  tempat menyimpan rotan manau pelbagai saiz yang sudah bertan-tan jumlahnya. Seminggu sekali Lori Lam Shook keluar masuk memunggah hasil hutan untuk di hantar ke kilang membuat perabot di pinggir bandar. `Untungnya bukan lagi ribu ….Ratus encik` Cerita batin Sagai sewaktu singgah di warung Pak Itam membeli karipap. Dia tersengih menayangkan gigi karatnya sambil membayar harga 2 keping karipap dengan not lima puluh ringgit. Tapi orang kampung tidak kisah. Lam shook tidak makan sorang. Penat jerih batin sagai dan anak-anak buah pikul rotan dari lereng bukit tempurung di bayar sorang lima puluh. Surau kampung belulang pun sudah ada mikrofon dan  karaoke. Siap dengan set generator untuk menghidupkan lampu panjang dan amplifier. Semuanya Lam shook sedekah .Orang kampung pun semakin ramai ke surau dan berebut-rebut hendak azan bila masuk waktu . Terasa semacam satu keseronokkan apabila mendengar suara sendiri bergema keseluruh pelusuk kampung melalui corong pembesar suara. Saban hari mereka berhimpun di warung kopi Pak Hitam riuh rendah membincangkan suara siapa yang paling tinggi `pitching`nya . Sehingga menenggelamkan bunyi bising Lori Lam shook yang sibuk keluar masuk kampung memungah rotan.

« Previous Page