Ujang di AF 5 dan Mini Konsert di Seremban
- Tempat : Seremban Centre Point
- Pada : 2 Jun 2007 (ekspo sepanjang 31 Mei -3 Jun)
- Masa : 8.00 mlm - 10.00 mlm
- Menampilkan: Ujang, Ramzahurin, Soya, One E-zam(Akar). Satu persembahan daripada artis & juga kartunis makalah Gila-Gila yang pastinya membuatkan anda semua terpinga-pinga.
Acara-Acara Sepanjang Ekspo:
- Jualan produk Creative Enterprise Sdn Bhd.
- Pertandingan & pertunjukan pentas.
- Karikatur dari kartunis Gila-Gila.
- Potongan diskaun dari 10% hingga 40%.
- Penampilan istimewa kartunis Ujang.
Original Art
Ini adalah lukisan asal saya semasa proses mencipta watak dan karektor dalam siri animasi USOP SONTORIAN. Proses ini mengambil masa yang agak panjang di mana lukisan asal ini kemudiannya akan di jadikan panduan oleh para animator untuk melakar pergerakkan seterusnya yang lebih rumit dan terperinci.Alhamdulillah dengan semangat dan dedikasi kesemua para animator watak-watak ini kemudian telah di paparkan di kaca tv pada tahun 1995 dan menjadi kegemaran ramai.Tujuan saya memaparkan proses ini ialah sebagai penyuntik semangat kepada team-team yang akan meneruskan agenda kita yang berikutnya iaitu melahirkan siri animasi JIBAM yang bakal menjadi satu lagi kebanggan negara dalam sedikit masa lagi.insyaallah.
KULIAH DARI BUKIT
Entah berapa kali tersepak kaki sendiri dan kemudian mereka tersungkur beramai-ramai macam badut sarkis . Kelangkang seluar Pak Itam sudah koyak setengah depa.Kalau putus hujung nya sedikit masa lagi seluar itu akan kelihatan macam skirt panjang yang melampau-lampau seksinya.Nasib baik di bahagian dalam ,Pak Itam pakai seluar pasukkan manchester united. Maka kurang lah sedikit aibnya jika di bandingkan dengan pasukkan gimrama negara yang hanya berbaju mandi dan terkangkang kiap di hadapan khalayak ramai.`Wei..kambing , jalan la elok-elok sikit..`Jerkah Lebai Dolah yang sudah tidak berketayap lagi . Untuk kali yang ke entah berapa kali Ucu mengangkat tangan dan berkata `ops sori bebeh`. Betis Karim sudah lebam-lebam tercucuk hujung senapang dua laras yang di pikul Ucu setiap kali mereka melakukan aksi tergolek beramai-ramai itu. `Saya dah tak larat lagi Lebai..kita rehat lah dulu `Usul Ucu sambil menyandarkan belakangnya ke perdu balak tiga pemeluk. Perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tersebut sudah menjadi terlalu kronik. Sungguh pun lorong gajah di atas rabung bukit nampak begitu mudah di susuri namun terlalu banyak simpangnya.Ada yang ke kanan kemudian kembali semula ke belakang , Ada pula yang ke kiri kemudian terus mengecil dan terus hilang jejak serta tidak kurang yang bertambah dari satu lorong menjadi dua, tiga, empat dan banyak . Bekalan makanan pula sudah tidak ketahuan .Jangankan beras dalam buntil kain, periuk serta peralatan lain juga entah kemana .Setiap kali tersungkur ada sahaja barang yang cicir .Hanya yang tinggal senapang dua laras , sebilah parang sembelih dan lampu picit yang sudah pucat cahayanya kerana kekurangan bateri . `Aku rasa kita akan mati dalam hutan ni Lebai..macam arwah Suman dulu` Karim mengeluh. `weiiiii…mulut tu jangan celupar sangat laaa` Ucu menunjah hujung kakinya ke lutut karim. `Takkan kau tak leh buat sembahyang hajat mintak Tuhan tunjukkan jalan keluar Lebai..dulu masa kat kampung kalau ada apa-apa masalah kan kita selalu buat sembahyang hajat kat surau` Pak Itam bersuara. Lebai Dolah teragak-agak mahu menjawab soalan Itam kerana sejak akhir-akhir ini semakin kalut dan kritikal .Saspen terlalu lama berada dalam hutan dan dunia yang agak asing dari kebiasaannya..di tambah pula dengan kelaparan dan kesejukkan yang mencengkam , kebimbangan di terjah binatang buas dan kekeliruan mencari arah membuatkan Lebai Dolah beberapa kali tertinggal waktu solat. Ketayap putihnya sudah lama hilang.
KETUA KAMPUNG BELULANG DI RTM 1
SAKSIKAN TAKLIMAT KHAS DAN PENGEMBARAAN KETUA KAMPUNG BELULANG SEJAUH 350 KM KE HUTAN BELANTARA TERENGGANU DALAM RANCANGAN `JORAN CELEBRITY` TERBITAN PVC FILEM - PADA : 29 MAY 2007    HARI : SELASA  JAM : 2 PTG    DI SALURAN : RTM I - SALURAN INFOTEINMENT ANDA (INGAT…JANGAN SILAP BACA SALURAN ULTRAMAN ANDA PULAK…KENA PIJAK DEK TIDIN NANTI..HEH HEH)
JIBAM DI SEREMBAN CENTRE POINT
- LOKASI : SEREMBAN CENTRE POINT—
- TARIKH : 31 MAY-4 JUN (4 HARI)
-PELBAGAI AKTIVITI DI ATUR DAN PELBAGAI HADIAH PENYERTAAN PENONTON AKAN DI SUMBANGKAN OLEH HAMPIR 70 PIHAK PENAJA PADA MALAM 2 HB JUN 2007 DI PENTAS UTAMA. SAKSIKAN KEBIOLAN JIBAM MENGUASAI SUASANA DAN JANGAN KETINGGALAN BERAMAH MESRA DENGAN KARTUNIS GILA-GILA YANG DI DATANGKAN KHAS MEMERIAHKAN HARI TERSEBUT.KEHADIRAN ANDA DI ALU-ALUKAN DEMI MELEBARKAN JAJAHAN TAKLUK KAMPUNG BELULANG.
TEMUI JIBAM DI MIDVALLEY
- TARIKH : 22 may 2007 (SELASA) —–
- LOKASI : MPH BOOK STORE , MIDVALLEY , KUALA LUMPUR——
- WAKTU : 10.00 AM - 8.00 PM—–
- POGRAM : (SESSI PHOTOGRAPHY BERSAMA MEDIA / AUTOGRAPH SESSION / JUALAN PRODUCT JIBAM & SEMUA KOLEKSI HASIL KARYA KARTUNIS UJANG)
SEMUA WAKIL PENDUDUK KAMPUNG BELULANG ADALAH DI JEMPUT HADIR BAGI MENGHURU HARAKAN LAGI SUASANA MIDVALLEY PADA HARI TERSEBUT.
AMARAH
`Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit dan pembuli jalan raya,kaki pukul atau bekas bouncer dangdut..kita huru harakan kampung Belulang kali ini` Perintah Ghani komando dengan bengis.Ketua kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu.`Tapi apa motif sebenarnya ?`tanya tok siak kampung sebelah yang sejak awal-awal lagi memang sudah kompius.`Kita mesti ajar penduduk kampung belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku` Ujar Ghani komando yang memang terkenal dengan sikap panas barannya.`Tetapi ini dah kira agenda peribadi..tak patut kita melibatkan semua orang`Raop ketua pasukkan kompang kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani komando mengkarate meja seperti seorang pemegang black belt kaler biru jurulatih tae kwan do.`Bodoh,bangang,bahalol…!!!` Bersusun-susun maki hamun dan pelbagai bentuk kata-kata lucah di hamburkan sehingga penulis tidak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada sedikit rasa malu pada saudara seagama.Ketua kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan ajk mesyuarat tergempar.`Korang kena ingat..hari ini kerbau aku mereka kelepet..esok-esok kerbau korang pulak…kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini..Dayus namanya` Ceramah Ghani komando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah-tambah marahnya apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah ,karim dan Pak Itam tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang di bedil dengan senapang dua laras miliknya.













