OPERASI KERBAU

Posted in Drama by Ujang on the June 4th, 2007

Mak Itam pegang penyapu lidi.Ghani Komando berdiri dengan mata merah bernyala-nyala sambil memegang parang tapik.Di belakang nya beberapa orang balaci yang rata-rata bermuka bengis macam tasmanian devil itu juga memegang sabit dan cangkul ala-ala samseng dalam  cerita tamil. `Banyak kerja lain aku boleh buat ghani selain dari mencuri kerbau kau tu` pekik Mak Itam dari dalam kedai. Beberapa orang penduduk belulang yang sedang bersarapan pagi tadi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja ternampak rombongan Ghani Komando yang datang dengan kapcai buruk.Mereka sudah menyangka sesuatu yang kurang best akan berlaku apabila salam yang di beri di jawab oleh Ghani dalam bahasa inggeris. `Ala..kau jangan nak buat `stand-up comedy` la Mak Itam..kau jangan ingat aku tak tau mission impossible laki kau,dengan ucu,dengan Lebai Dolah dan karim nak mengorbankan kerbau aku tuh` Jerkah Ghani sambil mengunyah karipap sejuk yang di ambil bawah tudung saji . `Aku tak tau laaaa…cuma dia cakap kat aku nak ke hutan dalam 4-5 hari memburu seladang…itu jer information yang aku dapat..lain dari itu aku tak tahu menahu`. `Kalau betul memburu seladang..mana seladangnya..manaaaa..manaaaa???` Soal Ghani bertalu-talu.`Seladang apa nya Ghani….lebih seminggu dah ni tak balik-balik`. Ghani komando terkesima.Balaci-balaci harapan kampung sebelah pun turut ternganga. Rasa menyesal dalam hati masing-masing kerana menyerbu dan membuat tindakkan melulu yang seperti akan berakhir dengan rasa malu.`Jadi maksud kau….sejak minggu lepas dier orang masuk ke hutan..sampai hari ni tak balik-balik?` Soal Ghani Komando lagi seakan tidak percaya. Mak Itam menggeleng kepala dan menahan sebak.`Sampai ke hari ni satu perkhabaran pun aku tak terima Ghani..baik dari media cetak mau pun media elektronik `. `Memang la macam tu Mak Itam…dia buat ekspedisi tak buat perancangan rapi…Lain kali cari penaja dulu..kontek media dan buat pelancaran…pastu kena buat slogan malaysia boleh ke apa ke..mintak menteri lancarkan..baru la dapat liputan meluas. Silap-silap boleh dapat lintas lansung kat tiwi.Dia demam ke…sakit gigi ke..kaki tergeliat ke semasa ekspedisi tu boleh di siarkan lam akhbar aliran perdana` Panjang lebar Ghani Komando memberi penerangan. `Jadi berbalik kepada missi asal kedatangan aku ni…pertama aku nak ambik balik senapang aku yang Ucu pinjam tu..kedua aku nak cari kerbau aku yang masuk ke kampung belulang ni minggu lepas`. Kesaspenan Mak Itam agak reda sedikit apabila intonasi suara Ghani Komando menurun. Balaci -balacinya juga sudah menyandarkan cangkul dan sabit yang di bawa tadi ke dinding kedai. `Kalau kau nak senapang kau balik..kena la tunggu dia orang tu balik…tapi kalau kau nak kerbau kau tu balik…kau cari la dalam kampung ni..tapi sepanjang aku duduk kat kedai ni tak ada pulak aku nampak kelibat beliau melintas kat area-area sini`. `Macamana bang… nak tunggu ke nak cari?`Samat Terrano mengangkat kening. Ghani termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia mengerling jam tangan LOLEX yang di belinya di petaling street tahun lepas.`Awal lagi ni..apa kata kalau kita ngeteh dulu?` Soalnya kemudian. `Cantik jugak tu…kena kopi `o` keras ngan karipap sejuk ni layan jugak` sambut che mat yang sentiasa menunggu peluang orang sponsor sarapan pagi. Sedang mereka leka berbincang di meja depan kedai….Mak Itam menyelinap ikut pintu belakang sambil menyinsing kain batiknya sehingga ke paras lutut dan berlari seperti watson nyambek menuju kerumah Piah.

110 Responses to 'OPERASI KERBAU'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'OPERASI KERBAU'.

  1. Ujang cakap:
    Gravatar

    huh..sekali aku plak first..hahahahahaha.

    on June 4th, 2007 at 1:24 pm

  2. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Cis! ini tidak Adilllll!!!…..

    on June 4th, 2007 at 1:31 pm

  3. echah cakap:
    Gravatar

    ciss…..ni kes ikut jejak kasut Mr. K la ni….

    tak kira aku second ….

    on June 4th, 2007 at 1:32 pm

  4. kiambang cakap:
    Gravatar

    ape ni tokkkkkkkk..hampagasssss tul la..ni lah dunia sumi..sungguh unfair..funfair..pc fare..book fair..

    on June 4th, 2007 at 1:34 pm

  5. semuutie cakap:
    Gravatar

    dah dia yang tulis artikel tu dia pulak nak first………..apa la tok ketua…

    on June 4th, 2007 at 1:38 pm

  6. Ujang cakap:
    Gravatar

    ala bukan selalu.

    on June 4th, 2007 at 1:45 pm

  7. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    ni nak tanye sikit… parang tapik tu macam mana ghupenye…

    mentang-mentang modem aku wat hal, laju jek korang potong kat kona…hampeh..

    on June 4th, 2007 at 2:17 pm

  8. echah cakap:
    Gravatar

    lain kali ikut highway pelita kurang sikit kona nya…..

    on June 4th, 2007 at 2:23 pm

  9. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    HAhaha tu la ko pelita ayam, slalu2 la g prektis kat sepang nun, lama2 terer nanti. Aku nyaris je nk potong tok tu td. Dia pakai twinTT plak, pandang asap je lah! hihihihi

    Adelah parang tapik itu ibarat rupa parang pendek kot tok ek?

    on June 4th, 2007 at 2:24 pm

  10. kiambang cakap:
    Gravatar

    parang tapik tu mcm parang kontot..betul ke tok?

    on June 4th, 2007 at 2:53 pm

  11. ujang cakap:
    Gravatar

    Ala..parang yang orang guna utk mencantas dahan2 dan tebang pokok2 kecik tu la.Ada gak orang panggil parang beletong…rupa parasnya agak lebar dan tak berapa panjang dan tak berapa kontot.Bak kata penyanyi dangdut Iwan…yang sedang-sedang saja.

    on June 4th, 2007 at 3:06 pm

  12. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Dia tidak cantik mak
    Dia tidak jelek mak
    Yang sedang sedang saja
    Yang penting dia setia… Ha lebig kurang cenggitu ler rupe parang tu kalo korang dapat bayangkan….

    on June 4th, 2007 at 3:51 pm

  13. intan cakap:
    Gravatar

    bagi aku semua parang sama je, x penah aku tau yg ada nama parang tu parang tapek, melainkan pelakon param

    on June 4th, 2007 at 4:24 pm

  14. kiambang cakap:
    Gravatar

    eceh..ko berdangdut plak ye sumi..jom kita bawak tok gi kiambang dangdut hehehe..

    on June 4th, 2007 at 5:10 pm

  15. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Hahahahaha tok..tok…giler kosa gak ko ni ek… walau pape pon ako tetap no 14. Walaupon bukan no jersi Filippo Inzaghi, pemain bola kegemaranku tak kesah la… yg penting ako sorang jek no 14 huahuahua

    on June 5th, 2007 at 7:44 am

  16. ujang cakap:
    Gravatar

    cik intan….sedangkan orang pun memacam gelarannya..ini kan pula parang.parang panjang ada,parang sembelih ada,parang belitung,parang kontot,lain hulu lain parang,ikan parang…ish banyak ler.

    on June 5th, 2007 at 7:47 am

  17. intan cakap:
    Gravatar

    ujang…aku sarankan kau buat nota lutut bila kau guna perkataan yg agak mencabar..maklumlah, kitakan berlainan negeri, alangkan berlainan daerah pun dah lain bunyik bahasa dan loghatnya…
    hidup intan!!!

    on June 5th, 2007 at 8:25 am

  18. ujang cakap:
    Gravatar

    itu bukan loghat n.sembilan intan…tu memang ada lam kamus hihihihii.cuba check kamus bahasa malaysia edisi lama.

    on June 5th, 2007 at 8:45 am

  19. habuk cakap:
    Gravatar

    adoi….. lawak2
    nasib baik la ghani komando dah cool.
    haru biru jugak dibuatnya nanti.
    baik makan karipap sejuk dulu.
    heheheheh
    :))

    on June 5th, 2007 at 9:58 am

  20. ujang cakap:
    Gravatar

    Rajin jugak nampak habuk hadir di kampung belulang sejak akhir-akhir nih…intro sket habuk.dok kawasan mana…suhu kat sana camana…bentuk mukabumi kawasan kediaman tu camana…lebih kurang la.sila …sila…

    on June 6th, 2007 at 7:50 am

  21. habuk cakap:
    Gravatar

    ooo…. bole2
    duduk kat UK tapi bukan luar negara malaysia punyer le.
    Ulu Klang.
    suhu nyer samer jer habuk kota banyak la, pemanasan global tu semakin terasa la .tapi ok lagi ar bagus.
    erm……. bentuk muka bumi tu yg sederhana jer. Tu jela tuk penghulu.

    on June 6th, 2007 at 10:21 am

  22. ujang cakap:
    Gravatar

    oooo..hlu kelang.Dekat ngan zoo la ni.Nanti ada masa boleh la kita sesama gi mancing kat zoo negara tu…banyak ikan kat kolam flaminggo tuh habuk.

    on June 6th, 2007 at 10:31 am

  23. habuk cakap:
    Gravatar

    ooo.. ye ke. saya pun x tau sebenarnya.
    tgk ar kalau kena time nyer. boler ler.
    tapi den ni bukan tau sangat bab2 mancing ni.
    hehehe.
    setakat mancing puyu kt tepi parit kelapa sawit tu ader gak. :)

    on June 6th, 2007 at 1:52 pm

  24. ujang cakap:
    Gravatar

    Kalo tak reti mancing..kita ajak Tidin gi tangkap flaminggo je la kat zoo tu.kalo jual seko mahal jugak tu.

    on June 6th, 2007 at 4:11 pm

  25. animaTOT cakap:
    Gravatar

    tidin mana minat tangkap flamingo kat zoo negara tuk…dia dah banyak flamingo kat taman wetland kat putrajaya nu…dekat je ngan umah dia..

    tidin, pak lah tak jemput kenduri ke? kan jiran setaman tuu…..

    on June 6th, 2007 at 4:52 pm

  26. kiambang cakap:
    Gravatar

    tidinnnnnnnnnnnnnnnnn..i need to see uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :-(

    on June 6th, 2007 at 6:02 pm

  27. lipan cakap:
    Gravatar

    lama dah tak nampak tidin..mana dia pergi?

    on June 6th, 2007 at 9:18 pm

  28. nuts cakap:
    Gravatar

    “tidin pegi tolong pak lah buat persiapan kenduri”…kata che embung kepada ali senget..

    on June 7th, 2007 at 1:40 am

  29. AbangLong cakap:
    Gravatar

    Tolong makan ke?

    on June 7th, 2007 at 7:49 am

  30. TiDiN cakap:
    Gravatar

    uwaaaaaa ako tgh frust ni… sampai ati Pak Lah pilih Jeanne!!! Nyesal ako tak cut tang korner ari tu.. uwaaaa!!!!!

    sob..sob… awat Kiambang? sob..sob…

    on June 7th, 2007 at 8:06 am

  31. kambing cakap:
    Gravatar

    Tidin..apa nak risau.Tuk Ngah Sudin kan solo lagi.

    on June 7th, 2007 at 11:18 am

  32. kiambang cakap:
    Gravatar

    ko pon ada hati pedal ke ngan pak lah tidin?huiyooo..i dun bilivit..huhu..nanti jumpa kite cite pjg la tidin..ni dah tahap neverendingstory nih..haha

    eh..kambing..lama tak nampak..ako merindui mu..tingtong..huhuhu

    on June 7th, 2007 at 12:36 pm

  33. Ramli cakap:
    Gravatar

    Apa la korang pi dok serabut pasal Paklah kawin tu.., Biar la dia seronok sikit, tak kesunyian lagi…,

    on June 8th, 2007 at 12:07 am

  34. LIPAN cakap:
    Gravatar

    Ala..datuk `k` ngan siti kawin kecoh satu malaysia…ni PM kiter…kena la lebih bagi perhatian sikit.Aku kalau jadi Pak Lah..aku akan kawin empat.

    on June 8th, 2007 at 9:30 am

  35. kiambang cakap:
    Gravatar

    sebab tu ko tak ditakdirkan jadi PM lipan haha..selamat pengantin baru untuk PM yg dihormati..moga bahagia dunia akhirat..aminnnn

    on June 8th, 2007 at 1:22 pm

  36. JOHAN cakap:
    Gravatar

    alhamdulillah..kawin jugak PM kita…tumpang gembira jer…
    muga bahagia hingga akhir hayat.

    on June 8th, 2007 at 3:45 pm

  37. JOHAN cakap:
    Gravatar

    kadang2 saya terpikir jugak..adakah brader ujang akan sambung novel jibam ni…ataupun akan keluar novel terbaru buah tangan beliau yang mungkin ada kesinambungan dengan jibam..atau bagaimana???
    so, plan karya terbaru brader sekarang apa ye???
    kalau boleh nak tengok brader ujang buat kartun macam atuk tu. mungkin bleh buat tajuk lobai sahak ke???

    on June 8th, 2007 at 4:15 pm

  38. melissa cakap:
    Gravatar

    waliao weh….cito tue mmg syok ar…..lawak tul lah siap pakai parang tapik lg….baca sambil gelak mmg cam tgh buat exercise lah

    on June 8th, 2007 at 5:16 pm

  39. yop cakap:
    Gravatar

    haip..

    kali ni aku lak yang paling last post :D yehuuu

    on June 9th, 2007 at 1:54 am

  40. kambing cakap:
    Gravatar

    MUNGKIN TIDAKKKK…Aku sudah merampas kedudukkan mu di tangga terakhir.

    on June 9th, 2007 at 7:51 am

  41. LIPAN cakap:
    Gravatar

    Aih..sapa paling last posting pun jadi rebutan kat sini.Orang berebut nak first..korang berebut nak last..last-last aku yang menang.

    on June 10th, 2007 at 9:24 am

  42. JOHAN cakap:
    Gravatar

    hahahahaaa…selalu orang nak yang terkedepan…tapi ado gak nak terus terkebelakang…soklannyer apo bondo dopan ado, belakang takdo..haa..jawapppp???

    on June 10th, 2007 at 3:05 pm

  43. sampahmasyarakat cakap:
    Gravatar

    Alaaa..senang jer jawapannya tuuuu…aku pun tatau.

    on June 11th, 2007 at 8:05 am

  44. Lin cakap:
    Gravatar

    tak tau tu satu jawapan ke?

    on June 11th, 2007 at 6:22 pm

  45. avatar cakap:
    Gravatar

    Saya rasa tu jawapan yang boleh menimbulkan persoalan.

    on June 11th, 2007 at 6:29 pm

  46. spanbob cakap:
    Gravatar

    Tumpang tanya..saya masih keliru lagi antara seladang dengan kerbau.Boleh tak tolong up load gambar seladang? di zoo ada ke seladang kalau nak pergi tengok?

    on June 12th, 2007 at 7:36 am

  47. SallyUtusan cakap:
    Gravatar

    wow..ramainya orang.

    on June 12th, 2007 at 5:40 pm

  48. avatar cakap:
    Gravatar

    Aku sudah membuat satu kesilapan apabila memasukki blog Jibam ini….kerana aku mesti nak login hari-hari.Tidakkah ini menyusahkan?

    on June 13th, 2007 at 8:10 am

  49. LimKengYik cakap:
    Gravatar

    Semua olang pernah membuat kesilapan…tetapi lu sulah mikin kesilapan paling busat pasai terlibat lalam ini kampung belulang…wa pun sulah terjebak waaaaaaaaaa“`

    on June 13th, 2007 at 8:12 am

  50. IbnuSudin cakap:
    Gravatar

    Ala masuk je..bukan kena bayar pun.Saya ada satu soalan…berapa orangkah jumlah penduduk kampung belulang ini.Kalau kurang teringin pulak rasanya membuat rumah di sini.

    on June 13th, 2007 at 8:14 am

  51. Kambing cakap:
    Gravatar

    Sukatikaulahhhhhhhhhhhhhhh“

    on June 13th, 2007 at 8:14 am

  52. kiambang cakap:
    Gravatar

    ibnusudin ni ada bau2 belimbing ke ngan ibnukaduk???

    on June 13th, 2007 at 12:28 pm

  53. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Penduduk belulang ni lain macam sket IbnuSudin, dia bleh merupa2, so agak sukar nk dikira berapa jumlah sebenar. Yg dlm bentuk org tu bleh la di kira, yg mana kategeri JIN, POKOK, BINATANG, SERANGGA, tu sumer tergolong dlm penduduk kg jugak tuh.
    Tp papehal kalau berminat nk rejister, sila hubungi tok ketua di talian tetap satu dua tiga empat tekan tekan tak dapat untuk menjadi ahli rasmi seterusnyer berpeluang memenangi kad pengenalan yg bermutu tinggi.
    Terima Kasih.

    on June 13th, 2007 at 2:41 pm

  54. ujang cakap:
    Gravatar

    Betul cakap sumi tu.Kajian terperinci akan di lakukan untuk mempastikan hanya penduduk kampung yang benar-benar layak sahaja akan memiliki taraf penduduk tetap dan di beri kad pengenalan serta layak menerima sabsidi-sabsidi maklumat dari kerajaan strebentuen.

    on June 14th, 2007 at 8:35 am

  55. JOHAN cakap:
    Gravatar

    hihihiii..cam nak membenteras pendatang tanpa izin lak gamak eh…hihihihiii.

    on June 14th, 2007 at 6:14 pm

  56. Roromendut cakap:
    Gravatar

    waduh….apa-apaaan iniii.kalian mao membenteras kami? bukan kah kami ini saudara-saudara kalian juga dong.

    on June 14th, 2007 at 7:24 pm

  57. JOHAN cakap:
    Gravatar

    yeaa..sebab sedara la kena benteras…kan ke itu mengambil berat namanya…kalau bukan sedar dah biorkan je hidup melarat dan terbiar..hihihi…

    on June 14th, 2007 at 9:29 pm

  58. kiambang cakap:
    Gravatar

    roromendut..adakah anda ini berperut gendut hehehe..jgn marah ye roro..gurau2 sambal jek di malam hari

    on June 14th, 2007 at 9:51 pm

  59. NorKumalaSari cakap:
    Gravatar

    bila baca artikel di atas….baru sedar lama betul saya tak tengok kerbau.

    on June 15th, 2007 at 9:16 am

  60. JOHAN cakap:
    Gravatar

    ENCHE NOR …kesiannyer…tak pernah tengok kerbau…ke??? iskk.isskkk.iskkk….keeesiiiaaannnnnn…..
    jemput la makan kuih kodok dulu ye…iskk..iskk.iskkk…keessiiiiaaannnnn…

    on June 15th, 2007 at 4:16 pm

  61. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    klu norkumala nak tgk kerbau g la zooo. tak pun pg n.9… tak pun pg pahang…. tak pun pg terengganu…. tak pun pg … pergilah mane2… sukahatikaulah…

    on June 15th, 2007 at 7:14 pm

  62. Ramesh cakap:
    Gravatar

    Pada firasat ako encik norkumalasari ini tidak memilikki kampung halaman..kerana itulah dia tidak mampu menengok kerbau tersebut.

    on June 16th, 2007 at 9:56 am

  63. JOHAN cakap:
    Gravatar

    eermmm..firasat ko tu dahsyat jugak ye ramesh…
    mungkin dia takde laman umah jugak..atau pun laman budaya…
    kiranya dia ni tidak berhalaman la…atau dalam kata halus dan sopannya
    orang LONDOn agak eh>>ehekhekhek…

    on June 17th, 2007 at 4:09 pm

  64. TiDiN cakap:
    Gravatar

    norkumalasari meh aku citer perbezaan seladang ngan kerbau, kerbau tu muka dia comei sikit drpd seladang. seladang tu spesies besaq sikit drpd kerbau.

    aku rasa kan mungkin norkumalasari ni dok kat afrika selatan, sbb kat sana mana ada kerbau. kalau dia dok kat Buffalo, USA ada byk la kerbau sana… hehehe

    on June 17th, 2007 at 9:24 pm

  65. TiDiN cakap:
    Gravatar

    yeay ako yg last!!!!! sapa yg membalas lagi lepas ni mmg hampeh!!!! Muahahahahaha

    on June 17th, 2007 at 9:30 pm

  66. ramesh cakap:
    Gravatar

    nasib baik aku tidak membalas komen Tidin tersebut.

    on June 18th, 2007 at 7:59 am

  67. kiambang cakap:
    Gravatar

    tidinnn..sengal ek..ke ko lupa mkn ubat gegat wakaka

    on June 18th, 2007 at 11:50 pm

  68. Kambing cakap:
    Gravatar

    Fuh..nasib baik dapat login….ingatkan kena ban tadi pasal tak boleh masuk blog ni.Apa kabar kampung belulang…

    on June 19th, 2007 at 8:21 am

  69. a cakap:
    Gravatar

    haaa.. tgk!!! akhirnye ako yg kat tengah2 @ sipi-sipi bucu tang kona.. ako bukan first, ako bukan last, kalo takde ako kt tengah maka menderhakalah ako ini.

    on June 19th, 2007 at 9:06 am

  70. ujang cakap:
    Gravatar

    Kalau mengikut perkiraan kitab matematik moden terbitan tahun 82 dulu…setiap sudut adalah penting dan setiap sudut memainkan peranan dalam membina sesuatu bentuk baik bulat,spier,tiga segi atau lonjong.

    on June 19th, 2007 at 10:04 am

  71. LimahGila cakap:
    Gravatar

    Ni apa sudut-sudut ni tuk…makan siput sedut lagi sedap laaa.masak lomak cili padi.

    on June 20th, 2007 at 8:28 am

  72. kiambang cakap:
    Gravatar

    siput sedut masak lemak cili api campur batang keladi…waduhhhh..mak mentua lalu kompem ako wat tak nampak je..huhu

    on June 20th, 2007 at 8:32 pm

  73. ujang cakap:
    Gravatar

    perghhhhhh..memang benar sekali kata-kata mu itu kiambang…kena pulak dengan nasik lembik dan kopi `o` kaww ..makan di beranda rumah kampung beratap rumbia time hujan lebat dengan kehijauan pemandangan di kaki bukit tempurung tempat suman mencari rotan manau…hoi..hoi hoiii balikkkk kampunggg..hoi hoi hoi balikkk kampungggg…“

    on June 21st, 2007 at 8:30 am

  74. a cakap:
    Gravatar

    adeihhh meleleh air liur bila di bayangkan…. lap.. lap…

    on June 21st, 2007 at 9:36 am

  75. Singh cakap:
    Gravatar

    Pada hari ini aku mempertukarkan nama ku kepada nama yang sebenar…kerana aku tidak ingin lagi merahsiakan siapakah diri aku ini.Di harap engkoworang tidak menterperanjatkan diri masing-masing apabila sudah mengetahui nama ako yang sebenarnya tersebut.

    on June 21st, 2007 at 10:14 am

  76. JOHAN cakap:
    Gravatar

    ERRR..siput yang duduk kat pokok tu kaler belang2 tu bleh sedut tak??..macam banyak jer isi dia tu…goreng pun sodap…

    on June 21st, 2007 at 11:17 am

  77. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    nasib baik ako dah remaja…dah besar panjang kata orang.. maka dgn secara tidak lasung air liur ako tak melelh lagik…

    on June 21st, 2007 at 12:30 pm

  78. a cakap:
    Gravatar

    baru ku tahu bahawa air liur ku sudah matang.. bukan sama ker air liur masa baby dgn air liur masa remaja.. errrr.. eh dah lama air liur ni duduk dlm mulut.. errr.. kiambang, ako pun kena amik obat jugak kerrr sebelah petang?

    on June 21st, 2007 at 4:56 pm

  79. kiambang cakap:
    Gravatar

    adoila..tok ni..ako tgh lapo nih..ni yg nk blk kg cari siput sedut ni..mak masak mmg tiada tandingan..huiiiiii yaiiiii..lapo..nak siput sedut..nk siput sedutttttt

    yela a..ko ni mmg kene mkn obat..g jmpa dr asfarinas tu..mtk dia obat yg mahal sket..kronik nmpk pnyakit ko ni..

    on June 21st, 2007 at 7:27 pm

  80. ujang cakap:
    Gravatar

    Macam tu la hebatnya Tuhan nih….dengan siput sedut je dia boleh buat jiwa kita melayang-layang ke kampung dengan penuh kasih sayang.

    on June 22nd, 2007 at 8:14 am

  81. KERTASA4 cakap:
    Gravatar

    Rindu pulak nak balik kampung.Apa kabar la agaknya kerbau ketua kampung yang aku lastik dengan buah manggis dulu.

    on June 22nd, 2007 at 10:07 am

  82. kiambang cakap:
    Gravatar

    subhanallah..maha suci Tuhan yg mencipta segala kenikmatan ni utk kita..nikmat kasih sayang sesama penduduk belulang yg tiada tandingan..kasih syg untuk mak ayah yg tak mampu untuk digambarkan..

    on June 22nd, 2007 at 11:44 am

  83. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    “Makkkk kawan datang nak makan…..” Isk! isk! isk! teringat kat iklan suatu ketika dolu…… Sape igt iklan ape nih? eheheh aku igt2 lupa la…

    on June 22nd, 2007 at 3:09 pm

  84. TiDiN cakap:
    Gravatar

    tu bukan iklan sos cili ka sumi?

    on June 22nd, 2007 at 7:29 pm

  85. a cakap:
    Gravatar

    errr.. mcm sehati sejiwa jerrr pendapat tok & kiambang kan..huhuhu ehem2

    on June 22nd, 2007 at 10:05 pm

  86. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    ya ka tidin…. hehehe, aku mmg takleh refresh lah… blurrrr….

    on June 23rd, 2007 at 1:32 pm

  87. Ujang cakap:
    Gravatar

    Memang seharusnya lah setiap mumin sehati sejiwa jika beriman pada tuhan yang sama.

    on June 24th, 2007 at 8:46 am

  88. JOHAN cakap:
    Gravatar

    saya setuju dengan apa yang tok cakap tu…
    tapi sebagai manusia kita mudah sangat lupa..

    on June 24th, 2007 at 10:15 am

  89. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sehati sejiwa hanya mereka benar2 mengamalkan ajaran agama, jika tidak, lihatlah apa yg berlaku di bumi anbiya Palestine dewasa ini… ambillah iktibar para muslimin sekelian…..

    on June 24th, 2007 at 1:28 pm

  90. rumput cakap:
    Gravatar

    Fatah dan hamas dah berperang sama sendiri.itu satu contoh kemajuan islam masa kini hahahahaha.

    on June 24th, 2007 at 1:57 pm

  91. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    rotan jek mahmud abas ngan ismail haneyeh tu kat depan org ramai… baru dorang sedar skit.. ape ni gaduh2..

    on June 25th, 2007 at 3:15 pm

  92. JOHAN cakap:
    Gravatar

    tabaik kita gelak macam tu…itu adalah satu petanda yang diberi pada kita agar berfikir secara logikal dan mengambil iktibar disebalik apa yang ditunjukkan…astafirullahal azim….

    on June 26th, 2007 at 3:28 pm

  93. Ujang cakap:
    Gravatar

    Hahahahaa….encik Johan kurang memahami hakikat gelak kami di alam strebentuen.Ketawa yang bersulam airmata kerana kita bukanlah dewa kebaikkan (mengambil prasa kata al hafiz dari mesir)

    on June 27th, 2007 at 7:56 am

  94. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    korang tengok yer aku gelak dengan empat huruf berada di luar kotak…tengok ni..hahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahhahahaha

    on June 27th, 2007 at 8:35 pm

  95. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    eh tak jadi pulak…dua hurup je pulak.

    on June 27th, 2007 at 8:36 pm

  96. avatar cakap:
    Gravatar

    kau ni memang gila la Limah.

    on June 28th, 2007 at 8:18 am

  97. a cakap:
    Gravatar

    avatar jgn marah noooo.. ahahahahahahaahahahaha kak limah ako geget telinger kang… ahahahahaha

    on June 28th, 2007 at 9:53 am

  98. topi cakap:
    Gravatar

    cerita bila nak sambunggggg..lama dah tunggu niiii

    on July 2nd, 2007 at 11:59 am

  99. kiambang cakap:
    Gravatar

    sesegar hijau daunan..begitulah kita diibaratkan..tiada siapa yang bisa memisahkan kita..antara belulang semuaaa..seerat simpulan..yg tidak terbuka..seteguh langit tinggi menongkah dunia..kita mengharung badai..atas nama kasih insan bersaudara..

    on July 3rd, 2007 at 1:25 pm

  100. ajGanggarak cakap:
    Gravatar

    Hek elenn… best giler larr citer nih. Aku layan citer pasal Jibam nih dekat opis. Agak²nya kalau tokeh aku tau, sure kene buang keje punyer larr… Biler nak sambung citer nih? Aku dah excited dah nih, hampir nak klimax dah nih…

    on July 10th, 2007 at 4:22 pm

  101. singh cakap:
    Gravatar

    hadooooo..terlalu lama la ako menunggu kesinambungannya.jangan la menunggu sehingga ako kembali kerahmatullah baru disambung cerita ini.tidak baik lah seperti ituuu.

    on July 11th, 2007 at 9:34 am

  102. JOHAN cakap:
    Gravatar

    arramak tok ketua dah sound gua la….maap ye tok…sajer testing jer tu..hihihiii

    on July 11th, 2007 at 5:06 pm

  103. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Tu bukan sound la JOHAN….tu nasehatttttttt.kalau sound mesti pakai speaker dan amplifier.

    on July 13th, 2007 at 8:54 pm

  104. PenaKalbu cakap:
    Gravatar

    karya-karya anda mencabar kewibawaan penulis-penulis terdidik-sesungguh nya itu anugerah tuhan kepada anda.Kenapa tiada lagi novel seterusnya kerana saya yakin masih ribuan pencinta sastera humor menanti nukilan ilham mu.

    on July 14th, 2007 at 7:34 pm

  105. zorro cakap:
    Gravatar

    aku suka karya jaafar taib.

    on July 15th, 2007 at 9:57 am

  106. madigombak cakap:
    Gravatar

    Kenapa tidak di adakan satu kelas bimbingan melukis kartun di sini ..adakan ruangan untuk peminat post kartun dan abang ujang bagi komen.Saya rasa ini ramai yang nak join.betul tak?

    on July 16th, 2007 at 8:12 am

  107. JOHAN cakap:
    Gravatar

    aku setuju bebeno ngan idea madigombak tu…minta bigboss gila-gila idupkan balik kolum yang pernah dikelolakan oleh arwah Pak Jab. minta ujang plak yang kelolakan ruangan tu…mantap la beb…

    on July 16th, 2007 at 12:48 pm

  108. karipap cakap:
    Gravatar

    saya setujuuuuuuuuuu`.Tapi kena bayar ke tak?

    on July 16th, 2007 at 5:57 pm

  109. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Nak masuk tandas buang air pun kena bayar cik karipap…ini kan pulak nak belajar.yang free dalam dunia ni sekarang cuma menyedut nafas je.

    on August 19th, 2007 at 10:18 am

  110. kiambang cakap:
    Gravatar

    secara lahiriahnye..sedut napas itu adalah pree..tetapi jika dikaji dan ditenung sedalamnya perigi..sedut nafas perlu dibayar secara berkala..solat 5 waktu sehari semalam yg di suruh oleh yg Maha Pencipta..juga dengan amalan2 yg lain sebagai cara..mentaati..mensyukuri nikmat kurniaanNya..

    on August 19th, 2007 at 9:43 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>