ACA

Posted in Uncategorized by Ujang on the June 8th, 2007

Kalau anda pernah membaca siri koleksi gila-gila bertajuk AKU BUDAK MINANG serta siri koleksi ACA & ATUK pasti tidak lupa satu watak bernama ACA yang banyak memainkan peranan di dalam karya-karya tersebut. Watak yang di hidupkan semenjak tahun 80an ini terus hidup di hati peminat-peminat kartun tanahair sehingga lah sekarang.Sepanjang tempoh 24 tahun itu saya tidak pernah menyiarkan kepada umum akan wajah sebenar adik bongsu saya ini yang cuma di kenali melalui  watak ACA di dalam majalah GILA-GILA dan di dAlam buku koleksi ACA & ATUK .Untuk pengetahuan ACA telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira 3 tahun yang lalu akibat kemalangan jalanraya di senawang, seremban.Semoga roh nya di masukkan kedalam golongan orang-orang yang di redhoi.AL- FATEHAH.

gamba2.jpggamba1.jpgkEDUA-DUA PHOTO TERSEBUT DI AMBIL SEMASA SAMBUTAN HARI RAYA DI KAMPUNG.APA YANG TINGGAL KINI HANYALAH KENANGAN. INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN.

109 Responses to 'ACA'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'ACA'.

  1. taharada cakap:
    Gravatar

    aku dulu komen
    ahaks

    on June 8th, 2007 at 12:13 pm

  2. taharada cakap:
    Gravatar

    tuh ACA ke…
    ape yg di buat tuh kat maner kejadian itu terjadi??? tok ketuo sila bgtau skit alkisah di sebalik cita tuh !!!

    on June 8th, 2007 at 12:15 pm

  3. mat cakap:
    Gravatar

    aku tak pasan…tq tok

    on June 8th, 2007 at 12:22 pm

  4. mat cakap:
    Gravatar

    hari raye ke tuu

    on June 8th, 2007 at 12:24 pm

  5. echah cakap:
    Gravatar

    tq tok share gambar aca ni….at last dapat gak tengok watak yg mengembirakan hari-hari ku dulu….huhuhu….

    on June 8th, 2007 at 12:38 pm

  6. eskeplentes cakap:
    Gravatar

    baru lah kali ni den kona sapo dio ACA tu.. setolah sekian lamo asik baco dan lihat watak eh.. tq tok sobab share gambar arwah.. mogo arwah dicucuri rahmat..

    on June 8th, 2007 at 2:37 pm

  7. mofudume cakap:
    Gravatar

    sedih…sedih…alfatihah…

    on June 8th, 2007 at 3:27 pm

  8. JOHAN cakap:
    Gravatar

    alhamdulillah..tercapai gak hajat nak tengok the real ACA.
    thanks to brader ujang untuk benrkongsi sesuatu bersama kitorang.
    apapun takziah diucapkan dan al-fatihah buat arwah. apa yang berlaku adalah ketentuanNya. redha itu adalah yang terbaik buat kita…

    on June 8th, 2007 at 3:33 pm

  9. LIPAN cakap:
    Gravatar

    Betul tu..hidup mesti diteruskan.mudahan kesabaran sentiasa bersama kita di dalam menghadapi ujian yang esa.Insyaallah

    on June 8th, 2007 at 3:36 pm

  10. MamaJanuari cakap:
    Gravatar

    Speechless…sad but true.Wish u all the best.

    on June 8th, 2007 at 3:59 pm

  11. JOHAN cakap:
    Gravatar

    BRADER UJANG- vcd pemancing terlampau 1 dah lama kuar. sekarang tengah tunggu vcd pemancing terlampau 2. bila agaknya keluar ye??

    on June 8th, 2007 at 4:06 pm

  12. faizalmukhtar cakap:
    Gravatar

    Antara ‘feel’ terbesar membaca karya AKU BUDAK MINANG dan ACA. Watak ACA(Nasarudin) kekal segar dan ‘hidup’ sebagai penggerak epik-epik ciptaan Ujang. Catalyst yang terjalin dan tercambah juga untuk JIBAM dan ABE.

    Al-Fatihah.

    on June 8th, 2007 at 4:11 pm

  13. TiDiN cakap:
    Gravatar

    rindu kat Aca! Uwaaaa…. Al-Fatihah… Eh! ako lak over hahaha sori tok! Akhirnya dapat ako menatap gambo Pak Ca ;) Makaseh tok! Jasamu dikenang!

    on June 8th, 2007 at 4:14 pm

  14. eskeplentes cakap:
    Gravatar

    hihihi.. johan ado la nnt tu Pemancing Yang Terlampau Vol 2.. sepatut eh 2 thn lopeh laie dah keluar tp nak buek camno takdo rezki nak sambung version.. ahaks.. kito tunggu jo nnt..

    on June 8th, 2007 at 4:24 pm

  15. ujang cakap:
    Gravatar

    Pemancing terlampau part 2 & 3 sedang dalam proses editing…dan akan di terbitkan bila ada duit.

    on June 8th, 2007 at 4:28 pm

  16. JOHAN cakap:
    Gravatar

    tak dapek jual banyak2 jual kecil2lan kat bebudak geng jibam pun no, problem brader…hihihiiii..
    kita tunggu je lah ya..

    on June 8th, 2007 at 5:01 pm

  17. kiambang cakap:
    Gravatar

    Al-Fatihah untuk aca..dapat gak tgk gambar arwah..memang ada iras ngan kartun aca..muka bujur..thanks tok kongsi kenangan ni ngan kami..

    on June 8th, 2007 at 5:06 pm

  18. JOHAN cakap:
    Gravatar

    berapa ye umur ACA time tu…
    pastu masa dia eksiden tu berapa umur arwah.
    Minta maaf la tanya lagi…betul ke pemikiran ACA tu seperti dalam karya Ujang..arwah memang terencat ke??? maaf bertanya…

    on June 8th, 2007 at 5:12 pm

  19. P-nut cakap:
    Gravatar

    uwaaaaaaaaaaa post pone 16hb ka…
    kompem tak dapek join…
    sebok la siapkan cupcakes order utk father’s day 17hb, dan 16hb tu jugak, blogger semua akan ada gathering sempena weblog day’s malaysiaan punya weblog komuniti akan buat gathering dianjurkan oleh geng jurnal kat titiwangsa…

    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    on June 8th, 2007 at 5:31 pm

  20. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    hahahae Assalamualakum semua… saya nak mengsyorkan sesuatu neh… kepada sesape yg telah tukar nama diharap agar mengistiharkan pertukaran nama… ok tak cadangan ini…

    on June 8th, 2007 at 7:11 pm

  21. eskeplentes cakap:
    Gravatar

    waalaikumsalam.. boto tu polito.. den raso cam kompius tahap gaban dah.. asik tuka2 nick yo.. hahahaha.. dengan ini den mengistiharkan den tuka namo.. ekekeke

    on June 8th, 2007 at 9:39 pm

  22. yop cakap:
    Gravatar

    innalillahiwainnalilaihiroji’un..

    yang pakai kain pelekat tu tok ke?tengah korek gigi ayam ke?hehe

    on June 9th, 2007 at 1:48 am

  23. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    rasanyo lobih baik bagi tau nama lama dio… kemdian nama baru…

    on June 9th, 2007 at 3:55 am

  24. roslan cakap:
    Gravatar

    cam samo yo ghoman ujang ngan aca… cumo part hidung yo lain sikit… den raso yo laa….

    on June 9th, 2007 at 7:26 am

  25. kambing cakap:
    Gravatar

    ooooo…ini aca rupa nyerrrr.

    on June 9th, 2007 at 7:42 am

  26. mISS@RItta cakap:
    Gravatar

    one in a million year..keep up a good work bebeh`!!!!

    on June 9th, 2007 at 7:48 am

  27. GUESTT cakap:
    Gravatar

    Kawan aku suruh masuk blog jibam ni semalam.Tapi aku tak ada masa..so pagi ni just login and say hi.you all memang gila ..uhuhuhuhu & make me happy.tq

    on June 9th, 2007 at 9:11 am

  28. Pakcik Kalam cakap:
    Gravatar

    Semoga roh arwah ditempat bersama orang-orang soleh. Harap-harap dalam keluaran GG terbaru, buatlah special tribute untuk ACA…

    on June 9th, 2007 at 9:28 am

  29. ujang cakap:
    Gravatar

    Insyaallah Pak Cik Kalam.

    on June 9th, 2007 at 10:12 am

  30. eskeplentes cakap:
    Gravatar

    tok.. ese ado dapek berito tadi.. bdk2 department grafik uitm londu nak buek karnival kemerdekaan pado bln ogos nanti.. jadi dio mintak ese koba mo tok nak ngajak menjayokan karnival tu nnt.. bilo tarikh eh tu nnt dio kompomkan balik..

    on June 9th, 2007 at 2:54 pm

  31. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    assalamualaikum…,
    he he..
    Aku mula muncul kembali setelah sekian lama banyak kerja…,
    Sekarang lagi banyak kerja…,
    Al Fatihah untuk Allahyarham Aca.

    on June 9th, 2007 at 3:16 pm

  32. Sesumpah cakap:
    Gravatar

    Alfatihah tok Aruah ACA…. aku memenangnya masih ingat watak ACA dalam aku budak minang tu….

    on June 9th, 2007 at 3:39 pm

  33. zaki cakap:
    Gravatar

    salam……watak arwah aca amat menyentuh ati…dlam segenap sudut….ujang sendiri bgtau arwah dah meninggal 3 tahun masa pesta buku…terkedu gak…agaknya arwah jgk selawak abangnye…….

    al-fatihah

    on June 9th, 2007 at 10:00 pm

  34. Min cakap:
    Gravatar

    Selepas tengok gambar aca I rasa nak ulang balik baca koleksi aca & atuk for the third time.

    on June 10th, 2007 at 9:19 am

  35. kambing cakap:
    Gravatar

    oooo..koleksi Aca & Atuk gambar yang kat atas sebelah kiri tu ke….kenapa aku tak pernah tengok buku ni..baru terbit ke apa?

    on June 10th, 2007 at 9:21 am

  36. Pakcik Kalam cakap:
    Gravatar

    Pakcik kumpul semula koleksi ACA, ABM sewaktu GG Corner sertai Pestabuku 2005 disamping koleksi kartunis-kartunis GG yang lain. Huhuhu …

    on June 10th, 2007 at 9:27 am

  37. Ujang cakap:
    Gravatar

    Terima kasih PakCik Kalam…jarang-jarang nampak singgah kat kampung ni…bz sangat ke dengan kehidupan hihihihihi.Apa projek sekarang Pak Cik Kalam?

    on June 10th, 2007 at 9:40 am

  38. Pakcik Kalam cakap:
    Gravatar

    Cik Ujang,
    Pakcik singgah juga di Kg Belulang ni setiap masa, cuma sekadar jenguk-jenguk je dan baca posting warga Kg. Belulalang. Tihihihi… (projek terbengkalai dan insya Allah akan diteruskan kembali) Semoga Kg. Belulang, aman sentosa adanya…

    on June 10th, 2007 at 11:24 am

  39. Lepat Pisang cakap:
    Gravatar

    Ada sesapa nampak pokok pisang kat sini tak..nak ambik daun buat bungkus lepat.

    on June 10th, 2007 at 2:17 pm

  40. JOHAN cakap:
    Gravatar

    saya menyokong penuh cadangan pakcik kalam tu…harap brader ujang bleh pertimbangkan.
    pastu saya nak mencadangkan agar brader ujang buat satu poll dalam blog ni sepanjang jalan kenangan…mungkin kat situ bleh di isikan dengan gambar2 kenangan sepanjang bersama creative enterprise and what ever yang dapat dikongsikan bersama2 kitorang…Amacam…bleh tak???

    on June 10th, 2007 at 3:14 pm

  41. rokezin cakap:
    Gravatar

    al- fatihah…… jodoh ajal di tangan tuhan. xpe bro ujang, kalo bro x keberatan, byk la lg watak2 ABM yg akan diperkenalkan wajah sebonar mereka..

    on June 10th, 2007 at 3:45 pm

  42. Zam cakap:
    Gravatar

    Alfatihah. Pernah nak tanya bro ujang mana Aca tu. Tak sangka plak dia dah pegi dulu.

    Nak tnye lagi..watak ala..sape awek dlm Abm tu..Ros ke..
    lupe plak nama die..
    hehe
    kek mano plak dio?

    on June 10th, 2007 at 11:36 pm

  43. ujang cakap:
    Gravatar

    Hahahaha..ni dah macam edisi siasat pulak ni …Ada kemungkinan jugak saya akan perkenalkan wajah sebenar di sebalik karektor-karektor tersebut setelah mendapat keizinan dari individu terlibat.insyaallah…mulai minggu ini saya akan cuba - Korang tentu nak tengok wajah sebenar ATUK…yer tak?

    on June 11th, 2007 at 7:43 am

  44. AbangLong cakap:
    Gravatar

    Menarik jugak tu…..

    on June 11th, 2007 at 7:45 am

  45. LAMPAM cakap:
    Gravatar

    Antara buku ujang yang pertama-siri koleksi AKU BUDAK MINANG dan siri koleksi ACA & ATUK…pada pandangan korang yang mana lebih menarik dan best?

    on June 11th, 2007 at 8:16 am

  46. awe cakap:
    Gravatar

    thnk tok..bleh jugak nak tgok gambar aca ni..bila tok balik ambik gambar kat kg ni..moga di cucuri rahmat ke atas roh nye..

    on June 11th, 2007 at 9:27 am

  47. awe cakap:
    Gravatar

    nak tgok sgt gambar atok tu…muka macm pawang puaya kat serawak tak tok..

    on June 11th, 2007 at 9:30 am

  48. YuN cakap:
    Gravatar

    Abg Ujang,

    Tgk gambar Aca pogang baby ni, sebolah rumah tu…rumah uwan Utih kan? Den ado poei sekali, wan buek kenduri. Bini den anak buah wan utih.

    on June 11th, 2007 at 9:33 am

  49. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Setelah sekian lama mengembara menabur khidmat buat bonda tercinta ku kembali jua….heheheh

    Akhirnya….inilah rupa sebenar arwah Aca….Lepas ni harap dpt tunjuk muka Atuk yg spoting tu plak, gambar nenek jugak. Nenek tu best, mengingatkan ku pada uwan tecinta yg sentiasa sapot minat anak cucunya… Alfatihah pada arwah2 yg telah kembali ke rahmatullah….

    on June 11th, 2007 at 9:44 am

  50. ujang cakap:
    Gravatar

    yun..rumah uwan utih kat sebalah kiri.Tu rumah uwan acu…kiri kanan tu sumer adik beradik tu.Sebagaimana kebiasaan nya perkampungan rumah minang..kadang-kadang sampai 40 buah rumah masih ada pertalian darah.

    on June 11th, 2007 at 10:16 am

  51. yun cakap:
    Gravatar

    Yo ko? Aiseh..tak sure lak. Masa tu mertua ajak poei sano. Kut tanyo wan utih, mesti dia kenal Ustaz Meon ngan Hajjah Rokiah. 3 tahun lepas la. Masa tu mula2 kawin. Biaso la adat kek sano kan..yg baru kawin ni kena pergi rumah sedara mara, satu per satu. Kebetulan pulak wan buek kenduri.

    Bulan berapo sebenarnya Aca eksiden?

    on June 11th, 2007 at 11:28 am

  52. semuutie cakap:
    Gravatar

    alaaaahai….. bilo aku baco cakap yun ngan tok ketuo raso cam blog ni dah cam jojak kasih la pulak…..eloklahkan mengeratkan siloturrahhim sesamo insan………….aku setuju benau dengan pakcik kalam .jang ekau buatlah tribute untuk aruah buatlah drama 4 muko ko…konangan indah bersamo aruah….apo-apolah. alfatihah buat aruah….

    on June 11th, 2007 at 1:34 pm

  53. jiwarock cakap:
    Gravatar

    ACA dalam kenangan…

    on June 11th, 2007 at 2:13 pm

  54. LIPAN cakap:
    Gravatar

    Agak-agak bila la kami dapat tengok karektor-karektor sebenar dalam buku Aku Budak Minang tu? Rasa tak sabar pulak uhuhuhuhhu

    on June 11th, 2007 at 6:17 pm

  55. kiambang cakap:
    Gravatar

    a’ah la tok..mesti hensem kan ghupa ATUK tu..bak kata awe..cam pawang buaya huhuhu.. mesti macho gagah bergaya..ecehh..tok..ape program JIBAM FAN untuk merdeka day ni?jgn wat yg best2 sgt la..sebab saya kene gi outstation ke jeram batu, pahang..kalo BELULANGS wat gathering mmg tak dpt joinla uwaaaaaaaaa….

    on June 11th, 2007 at 10:56 pm

  56. Ujang cakap:
    Gravatar

    Merdeka day saya bawak satu group (lebihkurang 24 orang dari MALAYSIAN FISIHNG NET) masuk utan dalam pengembaraan memancing ke tasik kenyir.Best tu…carik kelah yahuuuu.

    on June 12th, 2007 at 7:34 am

  57. TiDiN cakap:
    Gravatar

    nak tgk! nak tgk! gambaq tokwan/uwan pulak…. A tribute to Tokwan (teringat kat tokwan aku kat nun disana… semoga tokwan & tok dok dgn geng2 beriman na amin!)

    Alaa camana ni tok dah ramai plak takleh pi 16 Jun niii Mofudume, Sumi, kak P-Nuts, lagi sapa lagi takleh pi? HAdoi!!! susah gak nak kumpulkan ahlil karyah Belulang ni

    on June 12th, 2007 at 8:29 am

  58. kiambang cakap:
    Gravatar

    cayalah tok..naseb baek..program mancing..so tak le terkilan sgt xdpt gi kenyir ngan tok kali ni..saya kene bawak student gi jeram batu tu..ada water rafting la..mcm2 la aktiviti lasak.lenkali mesti gi kenyir..nak gak merasa pemburuan kelah..

    ala tidin..ikut jela yg mane ada..weken ni kan..huhu..tak saba jumpa ko tidin oi..

    on June 12th, 2007 at 8:55 am

  59. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Wiken ni korang buat apo kiambang? tidin? ikut bleh? hehehe

    on June 12th, 2007 at 9:14 am

  60. echah cakap:
    Gravatar

    wiken aritu mengemas kotak-kotak buku terjumpala balik Aku Budak Minang edisi Aca, maka hari mingguku diisi dengan membaca saja…meriah sungguh hehehe…

    on June 12th, 2007 at 12:26 pm

  61. Lin cakap:
    Gravatar

    Hujung minggu ni Lin duduk depan pc je…tunggu kampung belulang.

    on June 12th, 2007 at 5:37 pm

  62. kiambang cakap:
    Gravatar

    bukan sabtu ni gadering kat konkod sumi?gitu ke tidin?kol bape ek start?ko dtg kul bape?

    on June 12th, 2007 at 6:52 pm

  63. nuts cakap:
    Gravatar

    kiambang jgn lupa aku…tidin betul ke ko nk pegi bergayut…aku nk ikut skali…jgn tinggal aku tau…yea..yea nk jumpa tidin…nk jumpa kiambang…yea yea…nk jumpa org kg…yea yea…

    on June 13th, 2007 at 4:27 am

  64. Ujang cakap:
    Gravatar

    kita dah tunda tarikh lerrrrrr….tukau 30 haribulan pulak hihihihihihihi

    on June 13th, 2007 at 8:41 am

  65. kiambang cakap:
    Gravatar

    gitu le adenye nuts..da tunda hehehe..kite jumpa lenkali ye..ko jgn sedeh nuts..ade juduh kite tak kemane nyahhh..auwwwww

    on June 13th, 2007 at 12:21 pm

  66. Kambing cakap:
    Gravatar

    aik..kat sini pun kau ada kiambang? macam janji-janji pulak kan.

    on June 13th, 2007 at 12:58 pm

  67. kiambang cakap:
    Gravatar

    ako ni kat memane ade kambing..beysela ilmu santet peringkat ke8 hehehe

    on June 13th, 2007 at 3:03 pm

  68. echah cakap:
    Gravatar

    setelah diteliti, dilihat, di scan, di donlod akak tgk macam main kejar-kejar pulak si kiambang ngan kambing nih…di mana ada kiambang di situ ade kambing….hihihi….

    on June 13th, 2007 at 3:04 pm

  69. kambing cakap:
    Gravatar

    bukan aku yang ikut kiambang….kiambang yang ikut aku.betul tak kiambang?

    on June 14th, 2007 at 8:09 am

  70. kiambang cakap:
    Gravatar

    ah ye kambing..tak ngaku plak..kambing yg ikut kiambang..haaaaa baru betulll

    on June 14th, 2007 at 1:02 pm

  71. JOHAN cakap:
    Gravatar

    sukatikoranglahhh…hihihiii

    on June 14th, 2007 at 6:25 pm

  72. JOHAN cakap:
    Gravatar

    saya sokong idea abg, ujang tu…
    dalam banyak2 karekter yang ada dalam karya abg. ujang saya teringin sekali nak tengok gambar ANOR yang real..ada simpan tak???
    plessssss…..

    on June 14th, 2007 at 6:30 pm

  73. kambing cakap:
    Gravatar

    aku teringin nak tengok wajah atuk yang real ..kalau boleh dengan moto besarnya sekali.ada lagi ke moto tu?

    on June 15th, 2007 at 9:02 am

  74. habuk cakap:
    Gravatar

    a’ah la aku pun nk tgk gak gambor anor kalau bole ngan sepupu dia sekali.
    bole ar tok penghulu. Gambor atuk sporting pun skali ar. :) heheh

    on June 15th, 2007 at 3:48 pm

  75. JOHAN cakap:
    Gravatar

    mana abg. ujang ni..pi kenyir ke???
    minta2 la beliau baca pasal perkara ni…PUH!!!! Puh!!!! (menjampi ala jibam)
    bleh ar..abg ujanggggg….bleh ek anorrrrr…

    on June 15th, 2007 at 4:13 pm

  76. Ramesh cakap:
    Gravatar

    Ako jikalau mendapat mempertengokkan kan wajah-wajah jirannya pun jadi lah.

    on June 16th, 2007 at 9:54 am

  77. JOHAN cakap:
    Gravatar

    saya kalau dapat tengok telinga jer ke? kuku ke? jadi lahhhhh…
    (bercakap sambil menitiskan airmata)

    on June 17th, 2007 at 4:04 pm

  78. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Sebenarnya, kalau kita tengok rupa dan wajah Ujang, semuanya mampu menggambarkan keperibadian watak-watak yang dinukilkannya. Sebab, apa yang dilukiskan oleh seorang kartunis tersohor merupakan luahan dan cerminan jiwa, konsep pemikiran mahupun arus kritikan dan sindiran sinis terhadap masyarakat yang bertentangan dengan corak kehidupan hakiki.

    on June 17th, 2007 at 4:16 pm

  79. ramesh cakap:
    Gravatar

    Aku menjadi tandatanya kepada diri aku ini…siapakah ibnukaduk ini kerana perbendaharaan kata yang di gunakan olehnya itu sangat mirip kepada satnam vaheguru yang sedang bertapa di selatan india sana.

    on June 19th, 2007 at 8:16 am

  80. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sesungguhnyer mereka mmg ade wayarless persaudaraan enche Ramesh…

    on June 19th, 2007 at 9:51 am

  81. ujang cakap:
    Gravatar

    Betul la tu..kita semua ni kan cucu cicit nabi Adam alaihissalam juga.

    on June 19th, 2007 at 10:00 am

  82. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Subhanallah
    Alhamdulillah
    La ilaha illallah
    Allahu Akbar

    on June 20th, 2007 at 1:15 am

  83. LimahGila cakap:
    Gravatar

    musim pun dah tak menentu sekarang..kejap panas kejap ujan.Jabatan ramalan kaji cuaca pun dah tak larat nak ramal lagi dah.Dia kata panas kering..ujan turun lebat..dia kata hujan di sana sini..di bantainya panas terik 2-3 hari…..weiiii la weiiii..kalo la tak paham lagi bahasa-bahasa alam tu tatau lerrrrr.

    on June 20th, 2007 at 8:14 am

  84. Talipon cakap:
    Gravatar

    saya memang tatau.Tolong la talipon saya bagitau perkara sebenarnya Limah….nombo saya sila cari dalam yellow pages.

    on June 20th, 2007 at 10:01 am

  85. JOHAN cakap:
    Gravatar

    hihihiii…rahsia cermin wajah…

    on June 20th, 2007 at 2:42 pm

  86. UsopKidung cakap:
    Gravatar

    Bukan LimahGila ni ke yang baru lari dari hospital aritu?

    on June 21st, 2007 at 8:26 am

  87. a cakap:
    Gravatar

    …errrr.. “tok!tok!tok!assalamualaikum.. sapa tu? Kau.”

    on June 21st, 2007 at 9:06 am

  88. kiambang cakap:
    Gravatar

    limahgila tak lari dari spital..dia jalan kaki jek..

    on June 21st, 2007 at 9:41 am

  89. JOHAN cakap:
    Gravatar

    Naper cakap limah giler?? dia tak giler la…biol suam jer. takbaik tau…
    limah meh sini makan ubat dulu yaa…

    on June 21st, 2007 at 11:13 am

  90. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Lepas tu dia tahan cab, nk balik kampung, alih2 apek tua drebar teksi tu anto dia ke kg belulang plak, angkara miskomunikasi ataupon sound dah kureng, x pasti la….hehehe

    on June 21st, 2007 at 12:04 pm

  91. kiambang cakap:
    Gravatar

    dahle tu..dia takde duit bayo tambang..apek tua tu gi brenti dpn kedai kopi pak itam..udahle mak itam yg kene bayo kan..sian mak itam kena pow..wakaka

    on June 21st, 2007 at 12:10 pm

  92. Singh cakap:
    Gravatar

    Kalo seperti itu lah kegilaan nya ternyata tidak boleh di selamatkan lagi.Biar kan saja lah dia merayau-rayau di dalam kampung belulang ini.

    on June 22nd, 2007 at 8:10 am

  93. echah cakap:
    Gravatar

    apa lagi lepas je adengan tak dapat bayar duit teksi tu dengan selamba todak je dia turun merayau-rayau depan rumah jibam…pastu last skali aku nampak dia tido atas pangkin depan rumah Tok Ngah Sudin……ish…ish…ish…

    on June 22nd, 2007 at 10:01 am

  94. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Ehhh ko jgn tatau Chah, sebelum tu dia lagi dengan penuh keselambaan bagi salam umah aku, terus bersila join makan lauk lemak ikan semilang, mcm tau2 je timing, langkah kanan betul la dia…
    Tapi aku tak kesah…berbuat baik tu amalan mulia…..Haaa tambah lagi nasik kak Limah…

    on June 22nd, 2007 at 10:15 am

  95. a cakap:
    Gravatar

    huhuhu iduppp Kak Limah!!!

    on June 22nd, 2007 at 10:43 pm

  96. JOHAN cakap:
    Gravatar

    yaaa.semuga panjang umur dan banyak amalannyer…

    on June 24th, 2007 at 11:53 am

  97. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Orang gila, amalan tidak diambil kira……

    on June 24th, 2007 at 1:25 pm

  98. JOHAN cakap:
    Gravatar

    orang gila kemungkinan bleh jadi waras balik..tapi orang tak gila kadang ada kemungkinan bleh jadi gila meroyan tu…

    on June 26th, 2007 at 3:25 pm

  99. LimahGila cakap:
    Gravatar

    `Maafkan wahaiiiiii temannnn…ku menumpangggg di suuuuudut duniaaa…mencari ketenangannnn..sampai masa ku pergiiii juuuuuaaaa…“`huh..boleh tahan gak pitching sore aku`

    on June 27th, 2007 at 8:42 am

  100. echah cakap:
    Gravatar

    ‘…….kau pergi juaaaaaa…… setelah lauk ikan semilang kau telannnnn….. habis bersepah nasik pun kau tak kesah…….kau pergi tak kembaliiiiiiiiii’

    tak kisah lah Limahhhhh kita semua ni pun menumpang di muka bumi ni bila-bila masa je kena pindah ….pitching aku pun boleh tahan gak eh limah jom gi audition jom…..

    on June 27th, 2007 at 12:40 pm

  101. JOHAN cakap:
    Gravatar

    aahhh..sudahh..depa buat pertandingan nyanyian duet plak….
    lantak kek situ lah…layannnn…

    on June 27th, 2007 at 5:56 pm

  102. JohariSaleh cakap:
    Gravatar

    Kalau rakam album si echah dengan Limah ni aku rasa dua keping je album tu laku.tu pun dia sendiri yang beli.

    on June 28th, 2007 at 8:17 am

  103. a cakap:
    Gravatar

    jgn ghisau kak limah & kak chah, ako akan beli album korang tanda sokongan biar pun berdarah telinga ku ini.. idupp suara!!!

    on June 28th, 2007 at 8:29 am

  104. kiambang cakap:
    Gravatar

    kak limah dan kak echah..saya nak tumpang sekaki payung dlm album duet tu buleh?

    on June 28th, 2007 at 6:04 pm

  105. echah cakap:
    Gravatar

    kecik tapak tangan stadium bukit jalil akak tadahkan meh la kiambang bagi menambahkan berdarah telinga orang kg muahahahaha……..iduppp a……..

    on June 29th, 2007 at 4:26 pm

  106. rokezin cakap:
    Gravatar

    kalo berdarah telinga org kg camne? dahla xde doktor kat kg nie, dukun pun tarak. jgn la nyanyi kak! pls…… huhuhu

    on June 30th, 2007 at 10:00 pm

  107. a cakap:
    Gravatar

    weiii dak rok, mehh sini aku bitau ko. kat kampung kita dah ada doktor arrr.. mcm brad pitt lak tu, stakat tinger darah no hal punyo!!!

    on July 2nd, 2007 at 10:27 am

  108. JOHAN cakap:
    Gravatar

    mak aku kata kalau telinga kuar darahkan..ambik minyak panas tuang kat telinga tu..nanti dia tak kuar darah dah..yang kuar nanti adalah pekikan yang kuat cam petir memanah pokok kelapa.

    on July 2nd, 2007 at 5:19 pm

  109. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    apakah kaitan petir memanah pokok kelapa dgn telinga keluar darah… haa cakap skit… eksplentes skit…

    on July 20th, 2007 at 9:17 am

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>