FORUM PENTAKSIRAN PENDIDIKKAN KESENIAN KEBANGSAAN
Sejajar dengan pelan induk pembangunan pendidikkan 2006-2010 kementerian pelajaran malaysia (KPM) sedang dalam usaha memertabatkan pendidikkan kesenian di kalangan pelajar bagi memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa.sehubungan dengan itu Kementerian Pelajaran melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) akan mengadakan forum Pentaksiran Pendidikkan Kesenian Kebangsaan sebagai platform bagi para penggiat seni dan cendekiawan seni berganding tenaga bersama KPM menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam merialisasikan harapan menghasilkan lebih ramai seniman berilmu serta ilmuan yang peka seni di masa hadapan . Sehubungan dengan itu sifu Jaafar Taib dan Kartunis Ujang akan berangkat menghadiri sidang tersebut yang akan di adakan di Hotel Sofitel Palm Resort atas undangan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh 29 julai-31 julai 2007.Kepada ahli-ahli kampung belulang yang berada di sekitar Johor Bharu yang ingin bertemu dan makan roti canai bersama-sama ketua kampung Belulang pada tarikh-tarikh tersebut boleh lah datang sekitar jam  4.00 - 6.30 petang di lobi sofitel Palm Resort-kerana time tu je waktu rehat nya . Selain dari waktu yang tersebut kalau nak datang boleh juga tapi makan la sorang-sorang kat situ atau ajak kawan-kawan lain . Di harapkan selepas forum ini di laksanakan akan bertambah ramai lah lagi rakyat malaysia yang akan berpindah ke alam strebentuen.Insyaallah.
PAMERAN DI CONCORDE TUNDA LAGI
hihihihihihihi…..Apa lah rahsianya di sebalik semua ini.Asik tertunda-tunda saja.Tapi tak pe lah…kita biarkan saja dan ikutkan sajalah rentaknya.Toksah pikir apa-apa. pasal sumi dah cakap pagi tadi..macam-macam boleh berlaku dalam seminit.Bila sampai masa nak jadi nanti…jadi lah tu.
CREATIVE ROADSHOW
Tarikh : 1 hb ogos 2007-5 hb ogos 2007. Tempat : BERJAYA MEGA MALL,KUANTAN. Masa : 10 pagi-10 malam.                                                                                                         Pelbagai acara promosi dan pentas di adakan.Semua rakyat malaysia  tak kira di mana jua berada termasuk lah sabah dan serawak tak kira anda pembaca setia GILA-GILA atau pun tak pernah baca  seumur hidup …anda tetap di jemput.Kartunis Ujang,aza,nuds dan ramzahurin akan melakukan aksi-aksi ngeri untuk menghiburkan anda pada hari tersebut.Jangan lepaskan peluang kerana kalau anda tak datang macamana lah kami nak buat promosi nanti.Harap maklum.                                                                                                          ÂÂ
CREATIVE CLUB…Lets Join Now
Sukacitanya dimaklumkan bahawa CREATIVE CLUB mempelawa saudara-saudari untuk menyertai aktiviti CREATIVE CLUB yang akan datang. Antaranya; Karnival KL FEST di Istana Budaya mulai 30 Jun - 4 Julai 2007, KEMBARA MERDEKA KE 50 TAHUN, REKREASI dan SUKAN. Tidak lupa kepada yang minat menjadi penulis, BENGKEL PENULISAN NOVEL dan BENGKEL PENUILISAN SKRIP DRAMA TV dan RAdIO juga akan diadakan, Pendaftaran Ahli dan Maklumat lanjut sila hubungi 03-2282-4970, segera.




