KESINAMBUNGAN

Posted in Drama by Ujang on the August 16th, 2007

Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.

Animasi Aku Budak Minang!

Posted in Buletin by K' - Administrator on the August 14th, 2007


Lagi karya Ujang pergi ke animasi

LAPAN SEBAB

Posted in Buletin by Ujang on the August 7th, 2007

Cuba beri lapan sebab kenapa kita memerlukan sebab apabila memberikan sesuatu alasan.

MEMARTABATKAN KARTUN MALAYSIA

Posted in Uncategorized by Ujang on the August 2nd, 2007

Masyarakat yang majmuk dan harmonis merupakan satu ciri negara kita malaysia yang unik.Ciri inilah yang mewarnakan aktiviti sosial dan kebudayaan negara serta menjadi daya penarik di mata antarabangsa.Budaya masyarakat malaysia yang terdiri dari pelbagai kumpulan etnik ini lah yang seharusnya di paparkan atau di perlihatkan oleh kartunis mau pun pelukis komik di malaysia melalui karya masing-masing dan di garap sebaik mungkin dengan luahan kreativiti sebagai satu sumbangan yang amat besar dan penuh bermakna kepada generasi akan datang.Sebagai satu bangsa yang wujud,karyawan seni dari segenap aliran samada seni kartun,komik,visual,penulisan,theater,Photography dan cinematography,ukiran,catan atau pun apa saja …adalah pejuang dan khalifah yang di amanahkan menjaga kehalusan warisan ini agar tidak tercemar dan di pengaruhi oleh unsur negatif.Kebudayaan dan tradisi bangsa mesti di kekalkan kerana inilah jati diri bangsa kita.Keseimbangan haruslah di cari ketika dunia semakin di dominasi oleh kerakusan materialistik dan manusia sudah semakin hilang kemanusiaannya.Seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni adalah amat di perlukan bagi menjamin kesinambungan ini.Individu yang peka kepada seni boleh menjadi seorang yang sensitif kepada persekitarannya dan mengambil berat kepincangan dan kerosakkan yang semakin berleluasa di sekeliling kita.Lantaran itu menjadi tanggung jawab yang besar kepada kartunis malaysia,komikus dan semua karyawan seni untuk menceritakan dan memberi kesedaran melalui karya masing-masing tentang kerosakkan alam sekitar akibat kerakusan mengejar dunia,kehilangan budi kerana perebutan kuasa,kepincangan sistem kekeluargaan kerana jauh dari agama,amanah yang telah di khianati,keboborokkan pemimpin yang tamak dan haloba, sistem kehidupan yang semakin rumit dan tidak terurus dan tidak lupa juga kisah-kisah murni yang wajib di teladani agar bangsa dan negara tidak hancur kerana kita mengabaikan ilmu dan seni.(forum pendidikkan kesenian kebangsaan-hala tuju mewujudkan seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni-2007)

HALA TUJU MEWUJUDKAN SENIMAN YANG BERILMU DAN ILMUAN YANG PEKA SENI

Posted in Buletin by Ujang on the August 2nd, 2007

Seni sebenarnya sesuatu yang secara naluri wujud dan hidup di sekeliling kita samada kita sedar mau pun tidak.Perkataan seni amat selalu di hubungkan dengan perkataan `Halus`….`indah`….`murni`….`menarik`….`cantik`….`luarbiasa`….`abstrak`….`melampaui jangkauan fikir`….`ajaib`….dan `ghaib“….dan sesuai juga di sebut alam strebentuen.Semua ini berhubung secara intim dengan kewujudannya sendiri yang berkaitan dengan kebendaan,pemikiran dan kerohanian.Maka justeru itu ,seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman,keintelektualan,kebijaksanaan dan kerohanian manusia…..Dari hasil seni akan timbul kesan.Ada pun kesan ini tidak sama antara seorang audien dengan audien yang lain,bergantung pula dengan tingkat pengalaman keintelektualan,kebijaksanaan,kerohanian,minat dan penglibatan seseorang.Justeru,tidak sama apresiasi dari seorang peminat dengan seorang seniman,malah tidak sama apreasiasi dari seorang seniman dengan seorang seniman yang lain tentang seni.(diolah daripada gerbang seni Suhaimi Haji Muhammad)