MEMARTABATKAN KARTUN MALAYSIA

Posted in Uncategorized by Ujang on the August 2nd, 2007

Masyarakat yang majmuk dan harmonis merupakan satu ciri negara kita malaysia yang unik.Ciri inilah yang mewarnakan aktiviti sosial dan kebudayaan negara serta menjadi daya penarik di mata antarabangsa.Budaya masyarakat malaysia yang terdiri dari pelbagai kumpulan etnik ini lah yang seharusnya di paparkan atau di perlihatkan oleh kartunis mau pun pelukis komik di malaysia melalui karya masing-masing dan di garap sebaik mungkin dengan luahan kreativiti sebagai satu sumbangan yang amat besar dan penuh bermakna kepada generasi akan datang.Sebagai satu bangsa yang wujud,karyawan seni dari segenap aliran samada seni kartun,komik,visual,penulisan,theater,Photography dan cinematography,ukiran,catan atau pun apa saja …adalah pejuang dan khalifah yang di amanahkan menjaga kehalusan warisan ini agar tidak tercemar dan di pengaruhi oleh unsur negatif.Kebudayaan dan tradisi bangsa mesti di kekalkan kerana inilah jati diri bangsa kita.Keseimbangan haruslah di cari ketika dunia semakin di dominasi oleh kerakusan materialistik dan manusia sudah semakin hilang kemanusiaannya.Seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni adalah amat di perlukan bagi menjamin kesinambungan ini.Individu yang peka kepada seni boleh menjadi seorang yang sensitif kepada persekitarannya dan mengambil berat kepincangan dan kerosakkan yang semakin berleluasa di sekeliling kita.Lantaran itu menjadi tanggung jawab yang besar kepada kartunis malaysia,komikus dan semua karyawan seni untuk menceritakan dan memberi kesedaran melalui karya masing-masing tentang kerosakkan alam sekitar akibat kerakusan mengejar dunia,kehilangan budi kerana perebutan kuasa,kepincangan sistem kekeluargaan kerana jauh dari agama,amanah yang telah di khianati,keboborokkan pemimpin yang tamak dan haloba, sistem kehidupan yang semakin rumit dan tidak terurus dan tidak lupa juga kisah-kisah murni yang wajib di teladani agar bangsa dan negara tidak hancur kerana kita mengabaikan ilmu dan seni.(forum pendidikkan kesenian kebangsaan-hala tuju mewujudkan seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni-2007)

79 Responses to 'MEMARTABATKAN KARTUN MALAYSIA'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'MEMARTABATKAN KARTUN MALAYSIA'.

  1. animaTOT cakap:
    Gravatar

    ya betulllll

    on August 2nd, 2007 at 10:08 am

  2. animaTOT cakap:
    Gravatar

    (hahaha…terus komen tanpa membaca dulu..pasal nak rebut komen no 1 yeh yeh yeh)

    on August 2nd, 2007 at 10:14 am

  3. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Hehehe dengki je animatot ni tau… hehehe… kau telah merampas kedudukan aku! …(aku pon x bace lagik, terus komen dulu! hahaha)

    on August 2nd, 2007 at 10:37 am

  4. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sememangnyer penyampaian mesej dlm bentuk humor/katun/komik lebih mudah utk di terima oleh khalayak umum yg sememangnyer al-maklum malas membaca penulisan2 yg panjang berjela. Kadang2 sindiran dlm btk katun/komik memberi impak yg lebih berkesan (mkn dalam kata org skang nih).
    Kepada pejuang2 seni yg dianugerah bakat oleh Tuhan, teruskan perjuangan. Org2 yg keras seni mcm saya ni, hanye mampu bg sapot 110% je… nk suh melukis, org lidi bleh ler….hahahaha….
    (matot, aku bace dah post ni! hihihi)

    on August 2nd, 2007 at 10:47 am

  5. ujang cakap:
    Gravatar

    Itu menunjukkan kepekaan audien pada seni komen pertama nama nya.Apabila seni itu semakin di perhalusi..maka audien akan membaca terlebih dahulu sebelum memberi komen…Dengan sedikit kesabaran lama-kelamaan kita akan dapat melahirkan pengkomen kelas pertama yang pantas dan mampu memberi respon yang baik serta taksiran yang menepati ciri-ciri modal insan.Perghhhhh…selepas balik dari seminar nih…cakap pun dah macam orang-orang akademik hahahahaha.

    on August 2nd, 2007 at 10:53 am

  6. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sesunggunyer itulah yg di harap oleh kerajaan, misi dan visi telah berjaya di capai dengan terhasilnyer pengkomenan atau penulisan yg tercetus seperti di atas, dan pengkomenan yg seterusnyer…

    hahahaha…. takpe, kurang2 org tau yg awak tu baru balik seminar… hehehe…..

    on August 2nd, 2007 at 10:56 am

  7. ujang cakap:
    Gravatar

    Rasa-rasanya semangat ni tahan la untuk beberapa hari….lepas balik dari promosi di kuantan 5 hb ni..tatau la pulak nak jadi macamana.Kalo campo ngan mat-mat rempit..ada kemungkinan saya akan bercakap pasal motor pulak.insyaallah.

    on August 2nd, 2007 at 10:59 am

  8. animaTOT cakap:
    Gravatar

    komen saya yang seterusnya, ini menunjukkan tok ketua tidak tido sepanjang mendengar seminar tapi mendengar dengan khusyuk..

    satu lagi, kita bukan sahaja perlu seniman yang berilmu, tapi juga client-client (seperti pegawai2 kerajaan misalnya) mempunyai ilmu dalam seni. Supaya mereka sedar menghasilkan sesuatu kerja seni bukan mudah. Kita perlu kikis mindset seperti

    “saya ingat petik2 komputer dah jadi dah”
    “ala..wat seni cam wat lempeng je”
    “apsal awak charge mahal2, saya pun bley buat”

    on August 2nd, 2007 at 11:29 am

  9. Ujang cakap:
    Gravatar

    Nak tido macamana animatot…pasal saya dok atas stage bagi ceramah keh keh keh.Kalo yang kat bawah-bawah tu tertido dengor saya bercakap tatau la.

    on August 2nd, 2007 at 1:04 pm

  10. semuutie cakap:
    Gravatar

    Demi memartabatkan lagi seni kartun di Malaysia…….para kartunis itu sendiri perlulah terlebih dahulu memertabatkan karya-karya mereka sejajar dengan kepesatan ilmu dan nilai -nilai kemanusiaan …….kalau cerita semuanya macam tooooootttt dan tooootttttt …. seterus toootttt dan toootttt….toootttt……tak yah cita lah…….buang duit aku beli je……

    on August 2nd, 2007 at 1:27 pm

  11. JOHAN cakap:
    Gravatar

    yearghhh…tempik lebai seman lagi… ” karyawan semamngnya patut menampilkan kepincangan yang kian meratah sifat kemanusiaan agar kita tersedar tentang perkara itu secara automatik dan drastik.

    on August 2nd, 2007 at 1:46 pm

  12. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Yak adusssss semua sudah menjadi cendiakawan cendiamusuh yg berkembang selepas ujan….. sungguh tinggi tahap penguasaan ilmu sekalian… Inilah yg kita mahu, inilah yg ingin kita lihat… para pejuang seni bangkit!! ayuh bangun!!! ayuh semua!!!! (hehehe agak2 aku lebih beberapa hari aura seminar ko ni menyelubungi kg kita ni tok, hehehe)

    on August 2nd, 2007 at 2:48 pm

  13. kiambang cakap:
    Gravatar

    takpe..aura yg baek..lebih sebulan..setaun..selamanya pon xpe..lagi apa tok yg dibincangkan?..rasanya khalayak pembaca semakin matang memilih bahan bacaan..bila ada karya yg berilmu..mcm GG..pembaca pon akan sapot 101%..mmg tugas kita la sapot dorg ni..karya yg baik..positif..membina minda pembaca perlu diperbanyakkan..dan sampai skrg saya masih pelik dgn pembaca yg gemar membeli majalah hiburan picisan yg hanya menceritakan kisah rumah tangga artis..gosip sana-sini..yg tidak langsung menjana pemikiran msyarakat kearah memupuk daya intelektual..

    on August 2nd, 2007 at 5:17 pm

  14. echah cakap:
    Gravatar

    insan-insan seni inilah yang mewakili insan keras seni macam akak ni untuk melahirkan satu masyarakat yang peka kepada masalah persekitaran untuk mewujudkan insan kamil yang menyumbang kearah pembaik-pulih masyarakat yang semakin sakit kini. Justeru itu hasil nukilan kartunis-kartunis yang berjiwa kemalaysian amatlah perlu di beri penghargaan dan sokongan 200% oleh kita semua……hidup belulang……

    on August 3rd, 2007 at 9:12 am

  15. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Nak melahirkan insan-insan yang memahami seni ni lah suatu kerjaya yang penuh cabaran berbanding insan-insan seni. Namun begitu, GG dah berjaya suatu waktu dulu, sebab itulah wujudnya kita dan kami ini. Namun generasi sekarang berbeza drpd yg dulu, citarasa yg dah dimakan zaman. Tu dia! Dah lama dah tak ke udara!

    on August 3rd, 2007 at 1:36 pm

  16. a cakap:
    Gravatar

    ’seni sungguh kulit ular sawa tu.. seni sesaja.. leher sampai ke ekoq, ekoq pun leher’, kata katak pada jibam

    on August 3rd, 2007 at 11:01 pm

  17. mofudume cakap:
    Gravatar

    saya tada paham

    on August 4th, 2007 at 1:18 am

  18. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    aradu ek kat had amal had. !aid ut .namaz nakamid had gy asaratic ,ulud gy dprd azebreb gnarakes isareneg numan .ini imak nad atik ayndujuw haluti babes ,ulud utkaw utaus ayajreb had GG ,utigeb numan . ines nasni-nasni gnidnabreb narabac hunep gnay ayajrek utaus hal in ines imahamem gnay nasni-nasni nakrihalem kan

    ( sila baca betul-betul. Mulakan dari akhir ke awal. Eja terbalik. Ini seni jenis bacaan putar pusing nujum pak belalang ) kalau malas nak eja.., senang cerita baca komen tidin je. SAMA.

    on August 4th, 2007 at 5:32 pm

  19. kiambang cakap:
    Gravatar

    ehcne kudakunbi..had gnaruk ejek ek..uhuhu..

    on August 5th, 2007 at 9:40 pm

  20. yop cakap:
    Gravatar

    sungguh pariotik sekali ucapan tu..ucapan tu mike yang buat ke tok?kalo anto ke pak lah,mungkin mike boleh jadi menteri kot..tak pun penulis ucapan utk menteri..

    tapi teman support la kempen nih walopun teman lagi suke nengok sin chan, doremon, dengan spongebob dari tengok cerita katun kacang..hahahaha

    on August 6th, 2007 at 8:15 am

  21. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Wei, citer kacang tu fevret aku tau…..

    Aku kacang tanah…engku kacang ijau… aku kacang kuda… engkau kacang soya…. hahahahaha……

    on August 6th, 2007 at 8:45 am

  22. TiDiN cakap:
    Gravatar

    pehal la pulak ibnukadok ni..tetiba menerbalikkan komen ako..hehe

    on August 6th, 2007 at 10:37 am

  23. JOHAN cakap:
    Gravatar

    dah biol agaknya ibnukaduk ni..hahahahaaa..
    jangan marah ye..aku gurau je tu. nanti aku belanja ko makan apam balik kat pasar malam ya…

    on August 6th, 2007 at 2:18 pm

  24. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Ibnu kaduk tu buat eksesais otak la tu tidin…… ;-)

    on August 6th, 2007 at 3:28 pm

  25. ujang cakap:
    Gravatar

    Sebagai permulaan 2 buah sekolah seni telah di adakan di serawak (berasrama penuh) dan sebuah lagi di johor bharu.Selepas ini kementerian akan mendirikan sekolah seni di tiap-tiap buah negeri di mana penggiat seni yang terpilih akan sama-sama di beri peranan untuk mendidik palajar denagn kemahiran yang telah mereka miliki.Di gabungkan dengan pakar akademik dari kementerian saya rasa usaha ini akan membuahkan hasil dan dapat melahirkan masyarakat yang peka seni,pandai menilai seni dan seterusnya menaikkan martabat seni di malaysia.insyaallah.

    on August 6th, 2007 at 4:53 pm

  26. semuutie cakap:
    Gravatar

    alhamdulillah…….adalah peluang para kartunis plak jadi cikgu….?????!!!

    on August 7th, 2007 at 9:57 am

  27. Ujang cakap:
    Gravatar

    Bukan kartunis saja semuutie..malah semua penggiat seni dengan syarat berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang mereka ceburi dan masih giat dalam industri supaya boleh berkongsi pengalaman dengan para pelajar di samping memberi input-input berguna bagi pelajar mempersiapkan diri sebelum menjadi seorang artist yang mahir dan boleh menyumbang ke arah perkembangan seni tanahair.

    on August 7th, 2007 at 10:14 am

  28. kiambang cakap:
    Gravatar

    menarik bunyinye..kalaulah ako ni chegu seni..mesti best dpt menyumbangkan tenaga..

    on August 7th, 2007 at 10:41 am

  29. ujang cakap:
    Gravatar

    Tapi cik kiambang jangan bimbang…masih ada ruang untuk cik kiambang menyumbang ke arah memperkembangkan seni ini.Iaitu menjadi peminat seni dan orang yang menghargai seni.Kalo seniman bekarya bagai nak pensan…tapi takder orang nak hargai dan beli karya-karyanya…payah jugak nak berkembang tu hihihihi.

    on August 7th, 2007 at 4:42 pm

  30. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    btul jugak tuh….x dapat menyumbang, cukuplah sekadar menumpang, asalkan tak menyimpang ….. :-)

    on August 7th, 2007 at 5:34 pm

  31. Tokwan cakap:
    Gravatar

    Tokwan tumpang bangga kerana encik ujang mengorak langkah mendekati kementerian pelajaran untuk menurunkan ilmu-ilmu kartun yang di milikki.tak baik kedekut ilmu.

    on August 7th, 2007 at 6:37 pm

  32. SpeakerDewanRakyat cakap:
    Gravatar

    Bagus la gitu…kalau tak sekolah-sekolah swasta saja yang mendominasi pasaran…dah la yuran mahal gila.Mana budak-budak melayu kita mampu nak belajar kat situ.

    on August 8th, 2007 at 8:20 am

  33. Ujang cakap:
    Gravatar

    yer..yer..Lepas ni kalo ada anak-anak yang berbakat dna cenderung kepada seni..sila hantar ke sekolah seni di johor dan serawak.

    on August 9th, 2007 at 9:37 am

  34. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    cam mane ek nak masuk sekolah seni nie..

    on August 9th, 2007 at 10:27 am

  35. semuutie cakap:
    Gravatar

    yang tua bangke cam aku ni ada can tak????

    on August 9th, 2007 at 5:02 pm

  36. ujang cakap:
    Gravatar

    sekolah seni tu untuk darjah satu sampai darjah enam je…

    on August 10th, 2007 at 8:15 am

  37. mat cakap:
    Gravatar

    skola seni tu termasok seni mempertahankan diri kabadi ke tak,,
    yg tua bangke cam kite2 ni makan kueh bingke jekle kat umah …..hukhukhuk

    on August 11th, 2007 at 6:42 pm

  38. a cakap:
    Gravatar

    naper takder kat ruangan kolompo? sebanyak2 negeri, naper serawak dan jb jer, camner nak gi skolah seni ni..

    on August 11th, 2007 at 10:06 pm

  39. ujang cakap:
    Gravatar

    Menurut kementerian sekolah seni ni akan di dirikan di tiap-tiap negeri secara berperingkat-peringkat.Kenapa serawak dan JB di dahulukan ..ada kemungkinan sebab mereka membuat keputusan untuk memilih serawak dan JB terlebih dahulu …kalau mereka pilih kelantan dan sabah..ada kemungkinan di kelantan dan sabah lah sekolah seni tu di dirikan terlebih dahulu, tetapi kalau mereka memilih melaka dan perlis terlebih dahulu dari semua-semua negeri yang telah di sebutkan di atas..sudah pastilah melaka dan perlis akan menjadi negeri pertama mempunyai sekolah seni.Begitulah seterusnya.CAMANA NAK PERGI SEKOLAH SENI NI?..Kita boleh pergi dengan berjalan kaki,menaiki kenderaan awam atau persendirian dan sekiranya kita ada kemampuan untuk terbang maka kita boleh lah pergi dengan terbang sahaja.

    on August 13th, 2007 at 7:58 am

  40. JOHAN cakap:
    Gravatar

    sekolah seni ni ditubuhkan untuk segala cabang seni-lukis, lakon,nyanyi,dan sebagainya.
    maka kalau nak belajar seni boleh la pi bila tamat darjah enam.
    kalau sekolah takat darjah 2 dah lari bawah jambatan…susah la…oleh itu rerajin lah bejar iye adik-adik- kata abang man busu tatkala guru besar datang ke rumahnya sambil membawa rotan.

    on August 13th, 2007 at 4:42 pm

  41. Hulubalang cakap:
    Gravatar

    Kalau kat sekolah tu ada belajar seni silat aku nak la.

    on August 13th, 2007 at 9:02 pm

  42. Ujang cakap:
    Gravatar

    `KELUARLAH DARI KEPOMPONG MU DAN SEBARKANLAH KASIH SAYANG` Kata Jibam pada Tuk Ngah Sudin yang sedang sibuk merenung lipas kering dalam kotak kasut.

    on August 14th, 2007 at 9:53 am

  43. Esah_Gila cakap:
    Gravatar

    Naib baik aku tak duduk dalam kepompong.Aku merayau-rayau je dalam kampung ni…tak ada rumah.tido pun kat tempat simpan keranda sebelah surau tu.

    on August 16th, 2007 at 12:40 pm

  44. PEGAGA cakap:
    Gravatar

    Media aliran mainstream boleh membantu memartabatkan komik dan kartun malaysia dengan menseimbangkan column Artis penyanyi dan artis dari golongan pelukis dan komikus.Selama ini pelukis kurang di beri coverage seolah-olah peranan mereka tidak sebesar bidang seni suara dan muzik.Anugerah-anugerah berprestij juga harus di adakan dengan sokongan kerajaan atau badan-badan berkanun untuk mengangkat bernama pelukis ini ke tempat yang sewajarnya.Malaysia selalu ketinggalan sedangkan negara-negara luar mengangkat dan mengiktiraf pelukis mereka ke taraf dunia.

    on August 16th, 2007 at 2:37 pm

  45. avatar cakap:
    Gravatar

    Media aliran mainstream hahahaha.Aku karatey jugak budak pegaga ni kang.cakap le media arus perdana.

    on August 17th, 2007 at 8:10 am

  46. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Kak esah, sesungguhnyer tidur ditempat simpanan keranda amatlah mendatangkan keinsapan didalam diri…..

    on August 18th, 2007 at 2:49 pm

  47. kiambang cakap:
    Gravatar

    kecil sungguh sumbangan kami yg meminati seni ni..selagi ada hayat..ada simpanan di bank rakyat..akan kami terus menghargai dan meminati seni hasil kerja karyawan tempatan..

    on August 19th, 2007 at 9:31 pm

  48. Avatar cakap:
    Gravatar

    kiambang..biar sumbangan kecil asalkan JIWA besar…bukan kah bahasa jiwa bangsa?

    on August 20th, 2007 at 9:08 am

  49. kiambang cakap:
    Gravatar

    ya avatar..bahasa melambangkan bangsa..siapa yang suka menggunakan bahasa rojak tu maknanya dia berbangsa rojak la wakakakaka..

    on August 25th, 2007 at 1:12 am

  50. Mayong cakap:
    Gravatar

    Memang malaysia antara negara yang paling ramai bangsa berbilang kaum…kerana bangsa yang rojak itulah lahirnya bahasa rojak.Tapi rojak kan sedappppp.

    on August 25th, 2007 at 9:42 am

  51. kiambang cakap:
    Gravatar

    aduiiiii..terliur plak pepagi ni teringat rojak nenas mak buat..rojak petis pun best gak..

    on August 25th, 2007 at 10:01 am

  52. Lin cakap:
    Gravatar

    Tak lama lagi dah masuk bulan puasa.penduduk kampung belulang tak ada rancangan ke nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai.

    on August 26th, 2007 at 8:42 am

  53. a cakap:
    Gravatar

    errr.. kak esah ni sepupu kak limah ker?? selamat berkenalan.. tapi mana pulak pegi kelibat kakchah?

    on August 27th, 2007 at 2:31 pm

  54. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    majlis bukak posa? majlis gedering tu pon tah bila nk jadi! hihihihi

    on August 28th, 2007 at 10:19 am

  55. a cakap:
    Gravatar

    aaaaa.. kalo gitu majlis gedering merangkumi majlis bukak posa mmg seswai sangat diperaktikkan.. selamat menyambut Ramadhan yyahhhooooo!!

    on August 28th, 2007 at 11:51 am

  56. kiambang cakap:
    Gravatar

    a’ahle..molek gak tu..majlis berbuka pose kg belulang..

    on August 28th, 2007 at 9:10 pm

  57. avatar cakap:
    Gravatar

    aku rasa majlis pertemuan hari raya adalah lebih mujarab..kerana time tu kita boleh bermaaf-maafan setelah setahun mengutuk sesama sendiri.

    on August 29th, 2007 at 10:05 am

  58. Gravatar

    aku membangkang 200 peratus apa apa juga cadangan yang tak masuk akal di atas. apapun aku setuju pertemuan mesra diadakan pada bulan syawal.

    on August 29th, 2007 at 11:34 am

  59. brader cakap:
    Gravatar

    ya bagus… teruskanlah merancang… merancang…. dan merancang lagi….

    on August 31st, 2007 at 12:39 am

  60. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Elo brader, perli nmpakkkkk????
    Tidinnnnnnn tolong pijak2 manja brader ni sket… Biasa dia nih! hehehehe

    on August 31st, 2007 at 8:29 am

  61. Pendeta cakap:
    Gravatar

    Bukankah kerja manusia merancang dan Allah yang menentukan…maka janganlah kamu jemu menjalankan kerja-kerja manusia selagi kamu bernama manusia.

    on August 31st, 2007 at 10:53 am

  62. kiambang cakap:
    Gravatar

    rancang dengan apa yang ada ditangan..
    bukan yang kita angan-angankan..
    oowh..kita membina cita dan harapan..
    bukan mimpi dan igauan..

    eceh bernyanyi bagai plak ako di pagi hari ni huhu..teringat mlm td berkaroke dlm bas..seb bek suara ada lg pagi ni

    on September 3rd, 2007 at 10:46 am

  63. mat ripin cakap:
    Gravatar

    alah..ingat sodap bona ke sore kau tu kiambang oii… pokak itik den kat roban tu doo…
    tapi kau nyanyi tu den respek la…sobab tu banyak bas tergolek agak eh…hahahahaaaak. maap yo kiambang ghayo nak dokat ni…nanti den kim kan kek kau kuih cekudok kukus ek.

    on September 3rd, 2007 at 2:29 pm

  64. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Hahahaha lawak la ko ni mat ripin….

    on September 3rd, 2007 at 3:25 pm

  65. Avatar cakap:
    Gravatar

    Lawak macam hagham hahahahaha.

    on September 3rd, 2007 at 6:13 pm

  66. kiambang cakap:
    Gravatar

    ye..memang hagham..wakaka..ako mmg berniat nak bagi pekak itik2 belaan kow tu..bising je..kuek..kuek..ni lah masanya ako balas dendam wakakakakakasut crocs..jgn la kirim cekodok kukus ye mat ripin..ako alergic..kalo cekodok panggang lg sedap..

    on September 4th, 2007 at 8:21 am

  67. Paramugari cakap:
    Gravatar

    Lucu-lucu you ni yer.Tak ada masalah ke?

    on September 4th, 2007 at 8:59 am

  68. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    macam2 menu je la korang nie… memula dulu cekodok kentang, pastu keluar lak cekodok kukus… alih-alih ada lak cekodok panggang… semuanya ako x penah jumpe..

    adoi la… memang bebeno ujud ke tak cekodok cam gitu.. ke main sebut je..

    on September 4th, 2007 at 9:22 am

  69. kiambang cakap:
    Gravatar

    cekodok kentang mmg wujud..kegemaran arwah abah ako..enak dimakan waktu minum petang..sekian

    on September 4th, 2007 at 10:19 am

  70. echah cakap:
    Gravatar

    yer…. a….akak ado merayau-rayau dalam kampong ni jugak toman kak esah tu….hehehhe…….

    on September 4th, 2007 at 5:23 pm

  71. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    aku suka cekodok rangup cicah kuah masak lomak kuning yg dah dipanehkan balik! fullemakkkkkkk….. meleleh air liur tekonang kesodapan eh!…..

    on September 4th, 2007 at 5:29 pm

  72. mat ripin cakap:
    Gravatar

    ahaks…itu lawak bedebah namo eh…
    Avatar kalau nak tau la kan…dio punyo lawak ni kadang2 bukan kiro halal hagham dah…kot yang sompek ado logo halal tu kiro lopeh la…yang tak sompek bertando tu…paham2 la yo avatar.
    dahhh semuo citor pasa cekudok plak dah apo kono doo… bukan sodap bona bondo tu…nak dibandingkan ngan keropok udang berpengera…
    maso makan tu dio bunyik laa berpengera..nak best taruk doo vaibrett skit…cecah ngan asam kotiak..uiii…sodap mak aihhh..

    on September 5th, 2007 at 12:43 pm

  73. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Ahhhhhh…Pada hemat aku dawai penyidai kain di cicah dengan air kunyit hidup adalah lebih sedap.Tak pun berus sabut…aku kalau dapat makan berus sabut ,tak dapat pegi audition akademi fantasia pun tak perrrr,aku dah puas hati dah.

    on September 5th, 2007 at 9:13 pm

  74. kiambang cakap:
    Gravatar

    kak limah..errr..berus dawai dah cuba lom?

    on September 11th, 2007 at 12:06 pm

  75. kelmarin cakap:
    Gravatar

    hehehe, assalamualaikum…

    on October 2nd, 2007 at 9:21 am

  76. animaTOT cakap:
    Gravatar

    waalaikumsalam..hehe

    on October 2nd, 2007 at 10:51 am

  77. a cakap:
    Gravatar

    aduhhh la…

    on October 13th, 2007 at 3:33 pm

  78. sintok cakap:
    Gravatar

    Limah ni aku lempang jugak karang ni.

    on November 23rd, 2007 at 5:33 pm

  79. kemanisan cakap:
    Gravatar

    tahnye..is is is limah ni..bukan ker tali kasut anak cik rahman yg da 3 bulan tak basoh tu lg sedap..tambah pulak dimakan bersama kapur kasut yg da keras.

    on November 26th, 2007 at 9:16 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>