MELAMPAU LA SIBUK NYERRRR PULAK
Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat otel Mid Town Kola Terengganu.Petang tadi sampai dari kelantan menjalankan beberapa modus operandi mewakili CREATIVE ENTERPRISE SDN.BHD di Universiti Malaysia Kelantan.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.Helmy anak sasterawan negara A.Samad Said telah pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang tadi ngan flight MAS setelah 2 hari 1 malam lepak ngan kami di kelantan menjalankan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Insyaallah 27 hb december kami akan berangkat ke London meneruskan missi operandi yang telah di jadualkan(saya sudah nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN jika berkesempatan singgah kat jambatan yang popular dan tertulis lam buku teks masa darjah tiga dulu).Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi kami sudah sepakat memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)-Esok jumaat….jam 11-1 tghari & 3-5 ptg sessi melukis di MYDIN kola terengganu.Sesapa yang dok dekat ngan Kuala Terengganu atau di philadelphia tu di jemputlah datang untuk meramaikan majlis di samping minum free teh yang di taja oleh TEH BOH malaysia.Settle jer kejer di MYDIN Kola Terengganu…terus melarikan diri untuk bersama-sama krew CREATIVE CORNER menjalankan promosi di GIANT HYPERMARKET Kuantan pulak.Kat situ dah gerenti la tu melepakkan diri dari pagi sampai ke petang sebelum bertolak pulang ke kolumpo pada sebelah malamnya.Sabtu….rasa macam dah nak rilek dah tu.Tapi tak jugak…sebelah malam jam 8 malam kena hadir kat KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FILM FESTIVAL pulak di pwtc.Ahad lak 2 december 2007…ada event lagi di CENTRE POINT Seremban.Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…saya tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang kerana kata jiran saya `setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau`….oh ya…ziarah juga blog sahabat baik saya syeikh HELMY SAMAD di—> http://www.helmysamad.blogspot.com





eh aku ke yang no 1 ni?
on November 29th, 2007 at 8:35 pm
kompom aku pun jenis yang sibuk jugak. tapi mungkin juga jenis yang ’suka menyibuk’ . Apa kata TIDIN?
on November 29th, 2007 at 8:40 pm
aku pun nak menyibuk gak..bangga aku member dapat no 1..hehe..
tok…dasat tul..tapi tape..sibuk2 berisi2 tu…
on November 29th, 2007 at 10:17 pm
bz benor tok ketuo yerk….siap nak gi london lagi..huiyoo
on November 30th, 2007 at 11:57 am
Salam bang Ujang.
Saya kat KB 3 hari dua malam laaaa. Itulah, mabuk sangat dgn mek jenab…
on November 30th, 2007 at 2:00 pm
best la cam ni tok…bila aku boring jek ade post baru …bila boring jek ada post baru….bestla kan?kan?kan?
on November 30th, 2007 at 4:57 pm
satu lagi tok….memandangkan nak bejalan ke london tuh apa kata tok dokumentasikan perjalanan tok tu dalam bentuk kartun….catatan lah konon…..nak suroh beli cendera hati buat bebudak kampong …mau cedera parah poket dibuatnye…..paun dah bekali gande….so ringan-ringan kan le tangan tuh ……kira buah tangan utk kitorang la…..nak gi london mahal….dapat tengok dari kaca mata tok pun jadilah!
on November 30th, 2007 at 5:04 pm
yak yak yey dah jumpa..
bile lagi nak buat cd pantun cam dolu2?
en tat mmg best!!!
on December 1st, 2007 at 2:52 am
tok..jaga diri kat tempat org tu ye..jgn lompat2 tak tentu hala..malu kami penduduk belulang nanti wakaka..akhir kata..selamat membizikan diri..dan jgn lupa..karipap kena berinti kentang yg secukupnye..supaya dapat memuaskan selera limah gila dan kaum kerabatnya..
sekian..pang chin feii..tv3
on December 1st, 2007 at 10:15 am
erk…ada kesilapan teknikal.Helmy samad lepak ngan kami 3 hari 2 malam la…lupa hahahahaha.Al Maklum je la server lam kepala agak kecik memorinya…window 98 punya tahap hahahahaha.Skang nih saya kat kuantan…sedang menyibukkan diri dengan peminat-peminat GILA-GILA di pasaraya GIANT sehingga jam 11 malam.Tapi kami tatau ler akan bertahan sampai malam atau petang ni jugak cabut ke KL….Tengok pada keadaan cuaca dulu.Apa-apa pun gambor akan di upload dalam sedikit masa lagi.er….sepeninggalan saya gi out station nih cuma satu perkara je yang saya bimbang berkaitan penduduk-penduduk kampung belulang nih…KORANG MAKAN UBAT KE TAK? HARAP KIAMBANG DAN SUMI TOLONG PANTAU.
on December 1st, 2007 at 3:04 pm
Baek tok, toksah la bimbang dan khwatir… saye ngan kiambang akan berusaha jaya memastikan semua penduduk kg makan ubat mengikut aturan yg ditetapkan dan bekalan2 obatan sentiasa mcukupi…kang papehal jadik susah plak. tok dah la jauh nunnnn di london, di buatnyer betul2 runtuh jambatan tu dek penangan nyanyian “london bridge is falling down” tok tuh, x ke naya… ;p
Nak la itot g london …nk itot ..nk itot…..
on December 1st, 2007 at 4:20 pm
aaa..ko panggil aku ke sumi?
tadi saya beli GILA-GILA baru…cover tok ketua lukis..pastu kat cover ada bulat kecik kartun tok ketua lukis..ingatkan kartun baru..rupanya cerita ulang tayang plak…arkkk..
on December 1st, 2007 at 6:54 pm
Gila-Gila baru dah keluar? Apasal kat kedai-kedai di sekeliling kawasan perumahan aku nih takde jual pun.Ini boleh mendatangkan marah niiiii
on December 2nd, 2007 at 11:23 am
saya merupakan jutaan peminat Uncle Ujang setelah berabad lamanya menyusur pahit maung dan kemanisan dunia perkartunan. adalah dengan ini maka saya rasakan sampailah masanya saya meluhurkan hati dan nurani membuat teguran yang jujur dan ikhlas demi memantapkan lagi kartun Gila-Gila. suatu masa dulu selepas peninggal;an Uncle ujang dari Gila-gila, saya lihatkan Gila-gila umpama kehilangan power. tapi Alhamdulillah berbagai keperitan yang dilalui oleh Gila-gila untuk terus bertahan akhirnya mendapat nyawa apabila Uncle ujang kembali bersama Gila-gila.
namun begitu jika kemunculan Uncle ujang kali ini bersama Gila-gila tidak akan dapat menyelamatkan ke power an gila-gila jika tidak memdapatkan usahasama kartunis gila-gila yang lain. kenapa saya berkata demikian kerana :
1. kartun dalam majalah gila-gila nampak lesu dari segi lukisan dan kualiti. contoh paling jujur kartun aloy..nampak macam cincai jer, ramzahurin ada peningkatan setelah tamat cerita don parasit. apakah punca semua ini. adakah bayaran yang diterima setelah berabad menghambakan diri untuk gila-gila tiada balasan. Big boss gila-gila pun kena tengok tu.
2. gila-gila kena ada satu saduran idea baru. jangan la ulang cerita yang dah lama tu. kita nak kartun dan idea baru. kadang2 bila beli gila-gila macam tak bebaloi pasal semua kartun lama. kalau takde idea pun buka la peluang pada pembaca gila-gila yang berbakat. atau ada cara lain bagi mengelakkan idea lama di ulang.ulang, ulang,ulangg…
3. mantapkan balik lukisan cover gila-gila. jangan la terlalu steroetaip macam majalah yang berlambak kat pasaran. Gila- gila otai segala majalah humor maka tiba masa gila-gila memecah kepompong lama deng stail yang lebih baik.
4. baanyak kartunis gila-gila orang lama. cari la muka baru bagi mempelbagaikan humor mereka. sekurang-kurangnya boleh bagi meriah skit gila-gila dari karya yang di ULANG-ULANG.
saya terlalu sayangkan gila-gila. harap ada perubahan dengan kerjasama semua kartunis gila-gila dan kembalinya Uncle ujang PASTI mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua. O.k!!!
on December 2nd, 2007 at 3:43 pm
adoila..usah dikhuatirin ye tok..saya dan sumi memang berganding bahu dan kaki untuk menjaga tahap kesihatan penduduk belulang..walaupun saya sendiri dilanda penyakit ‘ulangalikketoilet’ penangan ubat lingzhi..saya tetap menten mentenance berbakti untuk penduduk belulang..
GG baru da kua ye..mekasih kpd matot pemberi maklumat..
errr..kak limah tu duduk area perumahan ke..bkn duk lam wad ke? musykil plak ha..
on December 2nd, 2007 at 8:11 pm
Ahaa!! Tok nak ke London rupanyaa…Aku tumpang gembira la tok, nak tumpang kapal terbang aku tak mampu hehehe… Haaa mungkin ko sebok, ako ni yang slalu menyebok hahaha Pape pon tahniah kerana anda di tempat memula…Sumi aku slalu saspek ngan ko sbb rajin bg ubat kat kami… Tok jgn lupa bwk balik rumput karpet kt London tu… karpet umah aku dah takdak, jadi perlu lebih kurang 2 x 3 meter la…tengkiu tok!
on December 3rd, 2007 at 12:02 am
weh aku nak ikot tok..
on December 3rd, 2007 at 11:26 am
eerrrkkk…sorang lagi panggil UNCLE………gamaknya tok sememang-memangnye dah teramat lah DEWASA nya….maka jganlah hendaknya kamu bernyanyi di London bridge sambil melompat-lompat…..kerana sesungguhnya akan malulah para penduduk kampung ini kiranya terkeluar berita seorang kartunis malaysia ditahan pihak interpol kerana berperangai tak senonoh di Londan Bridge dan menyebabkan ganguan trafik…..
satu lai,jgan lupo bawak baju panas……kek sano sojuk tuh!!
on December 3rd, 2007 at 11:43 am
eerk…terasa nak protes la pulak……aku pun dah beli GG baru….maka:
aku cadangkan GG ditukar nama dari Gila-Gila kepada ulanG-ulanG.dan moto nya ditukar dari Majalah Humor Nasional kepada Malajah Hampeh Nasional.
amacam ada sokongan?
atau bangkangan?
on December 3rd, 2007 at 11:57 am
ape yg berulang2 nyer dalam gg baru tu…. rasanye x berulang pon.. klu nak cakap gg tu dah cam hampeh tu ako pn rasa cam nak sokong…
on December 3rd, 2007 at 4:02 pm
Ishh ako rasa tak best aa UlanG2 baik bagi nama Guling Golek, sebab ako kalo baca ketawa berdekah sampai berguling tergolek cam mentimun jatuh bangunan kekadang tu…penat aku aku melayan pencernaan plot dalam GG tu hahaha amacam? Ada berani ka?
on December 3rd, 2007 at 10:24 pm
Lagi satu tok, aku pon dah sebok cam presidente popiah not gulai la tok…sedey ako sebab aku dah jarang mencurahkan bakti kat Kg kita ni, tu la pasal aku rasa otak aku dah makin berkarat….risau aku tok, lagi plak dah lama aku tak makan antibiolitik yg Sumi supply tu patut la mandom jek semenjak sepurnama yang lepas…..
on December 3rd, 2007 at 10:28 pm
keh keh keh.Terlalu banyak emosi yang tertumpah dalam blog ini.Tak pe….kalau kita terlalu memikirkan kesempurnaan maka kita akan biol…maka marilah kita memikirkan yang maha sempurna kerana itu akan menyempurnakan hajat kita.Tetapi jangan lupa…rokok semporna A dah naik harga….marilah kita bersama-sama berenti merokok.
on December 4th, 2007 at 8:47 am
Tok ni suruh orang makan ubat.Dia sendiri macam dah lama tak makan ubat je tu…lalalalalalalala
on December 4th, 2007 at 8:48 am
isk apa la…
aku membangkang la kalo dilabelkan sebagai Majalah Hampeh Nasional.
Sebab pada aku Gila-Gila masih mengekalkan identiti diorang. Kelakar yang membawa makna. Bukan macam magazine sekarang ni..banyak tiru magazine yg tengah top atau magazine dari luar.
Aku tak kisah sebenarnya cerita ulang tayang..contohnya Ayub Anak Tulakang tu…masa time dia keluar dulu, aku tak dapat ikut betul2 pasal tak mampu lagi nak beli gila-gila tiap bulan..(kecik lagi katakan..pendapatan sekadar 50 sen jer sebulan).. From Taiping With Love pun tak apa lah..pasal penghormatan kepada allahyarham kartunis Rasyid Asmawi.
Yang tak puas hati pasal tok ketua jer! hahaha…lukis la kartun baru! hehe.. pi london daripada joget2 n nyanyi kat atas jambatan tu..baik melukis atas tu..hehe..barulah omputih2 tu semua kagum. Tapi kalo nak joget, nyanyi dan melukis serentak pun…ok gak..LAgi kagum.
on December 4th, 2007 at 12:19 pm
aku da start baca GG dari 1983, pasal masa tu aku baru tau membaca,abang-abang aku yg beli,1985/86 aku da beli sendiri ,masa tu ada Batu Api dan Gelihati dan lain-lain yg tak berapa nak ingat,tapi masa tu GG lah yg paling best. aku terus sangkut dgn GG sampai sekitar 1996/97 walau pun Majalah Ujang lebih menguasai pasaran. tapi kehampasan GG menyebabkan berhenti membeli, aku beli bila Raya je mengharapkan yg best. tapi tetap hampeh. sehinggalah aku jumpa blog Jibam ni…aku mula beli balik….sebabnye…mengharapkan yg best tapi sampai kekarang GG tak dapat beri yg best seperti sekitar 80an dan awal 90an,tak tau lah munkin aku dah tua kot, tak boleh nak masuk lawak-lawak orang muda, atau memang GG dah tak best macam dulu…. ntahla…….aku cuma pencinta kartun yg mengharapkan sesuatu yang best………..
on December 4th, 2007 at 1:52 pm
terus terang cakap la….aku memang hantu kartun…aku bukan nak kutuk …cuma mengharapkan yg terbaik….aku dulu sanggup berlapar beb sebab nak beli kartun…….prinsip mak aku simple dia bagi duat saku seminggu sekali, aku nak makan ke nak beli majalah ke itu aku punya pasal..maka utk baca kartun aku tak makan .kira la…. masa tu seminggu dapat 5 hinggit.GG,BA, GH satu $1.20sen dua kali sebulan dah berapa?7.20sen sebulan tinggallah lebih kurang separuh je duit makan aku sebulan tu belum nak beli buku Lat lagi……Koleksi Kartun Ujang (GG)(cetakan pertama)aku dapat dari kakak aku yang belajar kat ITM,. dia beli kat Pudu Raya untuk aku ,tu pun dah lunyai sebenarnya buku tu tuan kedai yg punya,kakak aku nampak masa dia tengah baca, so kakak aku mintak beli, masa tu koleksi tu da takde kat pasaran dan tak diulang cetak lagi….dia tak nak jual sebab dah terlalu teruk utk dijual,tapi sebab kakak aku merayu……(dah bebulan sebenarnya aku suruh kakak aku belikan tapi tak jumpa),mungkin kesian atau mungkin sebab kakak aku lawa maka dia jual gak dengan harga 2 hinggit.buku tu 6 hinggit sebenarnya.aku masih simpan buku tu sampai hari ni……..koleksi Lat dan segala macam kartun masih aku simpan sampai hari ni sebab untuk beli buku-buku tu aku terterpaksa belapar bebulan-bulan campur duit raya capur jual sokkabau lama…..tapi aku tak penah menyesal…….sebab kartunlah seumber kepuasan aku….dan aku bangga mempunyai segala koleksi yg org anggap sampah….cuma kekadang rasa bosan bila bandingkan keluaran duku yg jauh lebih baik dari keluaran sekarang….
uiks!!!panjang pulak aku membebel….sorry ye kawan-kawan ….
on December 4th, 2007 at 2:18 pm
Tak pe…tak per.Memang kita ejaskan blog ni pun untuk penduduk-penduduk kampung meluahkan pandangan.Tak kira la yang brutal…yang kontemporari..blues..zapin…atau apa saja konsepnya.Tak puas ati ke…nak bagi cadangan ke semua boleh dan memang kita menghormati kesemua pendapat itu.Tetapi mengharapkan satu perubahan drastik sebaik saja pandangan di keluarkan memang lah agak morfulendes sikit kerana ia melibatkan banyak pihak.Maka kesabaran tahap dewa kambing sangatlah di alu-alukan.Di harap encik semuuutie dapat menunggu sekitar seratus atau dua ratus tahun lagi,saya yakin perubahan ini pasti berlaku.er….sumiiiii..tolong bawak air kosong se jag !!!
on December 4th, 2007 at 3:15 pm
utk pengetahuan tok ketuo yg dok isap sampoerna A..tu renti2 kanler…heheh
marlboro pun dah take over compani tu…jdla marlboro keretek…heheh
on December 4th, 2007 at 5:05 pm
Heheheh dah haus tekak eh air tak sampai2… dak kiambang la ni melupakan tugas hakiki x masak air, kan susah dah tok nk mkn obat… Aku dengar luahan semuutie pon jadik tumpang haus gak.
….. nah tok air, se jag ko pinta, setong dram aku berikan…sila2, jemput2….
Perhatian: Sesape nk rifil obat masing2 bleh la berbuat demikian di kaunter pertanyaan kak limah. Dia ade sana, shift mlm katanyer…. ;p.
on December 4th, 2007 at 6:29 pm
Encik puakakejam..anda memang kejam kerana menuduh saya hisap semporna A..sedangkan saya cuma layan rokok daun saja untuk menghidupkan warisan lama.
on December 5th, 2007 at 8:38 am
sama2lah kita bersabar tahap dewa kambing atau dewa 19..tunggu jela perubahan yg bakal pihak GG buat..sambil2 tu moh kite borak2 ng kak limah kat kuanter obat tuh..sumi..obat nyamuk bulih rifil tak?
on December 5th, 2007 at 10:03 am
Bulih…skang dah senang sikit, obat nyamuk yg tahan 60 hari pon aderrr….
on December 5th, 2007 at 1:59 pm
apa riuh2 sangat tu….? aku dengar sampai simpang jalan besar nu… hahahaaa..aku ingat kadir mengamuk lagi…ataupun tok ngah sudin belasah jibam dengan getah paip?
lama tak kunjung datang ni. banyak dah berlaku ek.
setelah mentelaah segala komen. aku rasa la kan…banyak benda bleh dipertimbangkan. bukan semua tak baik. kat celah2 dan tersorok tu ada gak baiknya. cuma masa nak melakukan perubahan tu mungkin ambik masa la..mcm tok ketua cakap tu. orang dah lama isap rokok daun..tiba-tiba bagi rokok semporna A. tersedak jugak la time isap tu..hihhiiii..
Jadi sama-samalah kita berenti merokok agar kadar pendapatan Negara menjunam ke tahap ekplentifuan.
on December 5th, 2007 at 3:29 pm
Cuma aku kurang bersetuju dengan tok ketua tu bila cuba menyembunyikan dpd pengetahuan aku akan ilmu menggulung rokok daun tu.Apa sangat lah rahsianya tu.
on December 8th, 2007 at 2:05 pm
jangan…rokok membahayakan kesihatan!!!!
on December 8th, 2007 at 6:54 pm
Aku karatey jugak lutut budak johan ni karang.Aku cakap belajar menggulung rokok daun…bukan isap rokok.Cuba pahamkan betul-betul….belajar menggulungggggggggggg..hhahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahhaahahaa“
on December 9th, 2007 at 10:20 am
kak limah pon silap ler… johan cakap rokok membahayakan kesihatan!!!!
bukannya dia cakap isap rokok.. lain kali kak limah kene baca betul2 dan pahamkan bebetul ayat yang telah di nyatakan… eeee kak limah nie…
tu la poie makan ubat tu.. sumi tolong ejaskan ubat utk si limah nie.. dah berapa lama x makan ubat dia nie.. dah makin menjadi2 dah dia nie..
on December 11th, 2007 at 1:54 pm
errr… boleh tak hang pa semua bagi tau apa yg bestnye Gila2 yang lama dari gila2 baru… apa yg gila2 lama ada dan yg gila2 baru xde… apa kekuatan gila2 lama berbanding ngan gila2 baru… kalau nak perkuatkan gila2 baru apa jenis isi kandungan yg perlu diletakkan kat dalam GG baru ni supaya dia jadi lagi best..
pikir2… nana nanana na…
on December 11th, 2007 at 1:58 pm
apa guna cakap KALAU…benda yang dinyatakan takde apa2 respon…?
cakap sampai berbuih mulut pun tak guna….
Aku nak Gila-Gila yang buat perubahan dia dulu dalam segala macam segi. Malu aku tengok gila-gila sekarang macam takde apa dah…maluuuu aku……maluuuu…semalu-malunyaaaa..aaa..namun apa daya…orang tak sudiii… ahh.. terkaraoke lagu spoon plak dah..hampeh tul!!
on December 11th, 2007 at 4:44 pm
Pelita, kak limah tu mmg x dapek nk tolong dah, penyakit gilanyer tu dah kronik, peringkat akhir, org lain tahap suam2 kuku je…. Aku bg obat apa pon x jalan dah… biarkan je lah dia, asal dia bahagia…
…haaa teruskan la menggulung rokok daun tu kak limah, untung2, lopeh ni ko bleh jadi usahawan curut gulung plak, mana tau…
on December 12th, 2007 at 10:09 am
Gila-gila perlu perbaiki mutu lukisan para kartunisnye kini. Nampak macam makin cincai bocai. Yang bestnyer, Nud dan Aloy. Cabai punya stroke pun dah tak macam dulu lagi dah.
Atau mungkin kaedah dan konsep grafiknya dah tak menarik kot.
Lagi satu, aku tak gemar dengan kaler pakai komputer ni, tak original kerana hanya menggunakan spot colour, kalau tone cantik la sket kan.
Aku rasa, gila-gila kenai naikkan motivasi kartunis dan moti-gaji nya kot..
on December 13th, 2007 at 11:35 am
uih…lamanya aku tak menjenguk penduduk kg belulang ni…masih setia yg mana2 setia tu melepakkan diri di sini ek?ape…korang tak ada kerja ke?ke kerja korang memang dok kat sini jerk?hihi…rindu la gak, tp kekadang aku x bleh layan sgt lawak2 kat sini, nanti tak jadik kerja aku…
Tok ketua, rindu la kat lu…
on December 13th, 2007 at 3:37 pm
i pon windu kt u la ..hihihi
on December 14th, 2007 at 10:58 am
Aku cadangkan Gila-gila buat satu peraduan yang hadiahnya rumah banglo dan ladang kelapa sawit.tentu best.
on December 14th, 2007 at 6:43 pm
gila2 ek…. gila2 sekarang gua rasa dah tak berapa lawak, jalan cerita pon biasa.. cerita bersiri dia pon x membuatkan org teruja untuk tahu apa yang terjadi berikutnyer.. lagi….
err… banyak sebenarnye kekurangan gila2 sekarang..
tak pe nanti gua akan tolong kumpulkan point.. pastu gua akan post kan kat sini klu ade masa..
demi gila2 gua akan cuba meluangkan masa yg sememangnyer dah terhad sekarang…
di harap agar rakan2 lain pon boleh memberikan idea yg bernas… bukan hanya tau kondem je ek..
on December 15th, 2007 at 12:35 am
Gua nak bagi pandangan sikit pasal Gila-Gila dan peranannya dalam masyarakat.Pada gua gila-gila tak perlu kelakar sangat dan tak perlu terikut-ikut style majalah humor lain kerana gila-gila bukan saingan kepada majalah lain tu.kita kena ingat…gila-gila adalah perintis kepada majalah humor di malaysia dan satu-satunya majalah yang bertahan sehingga ke hari ini.Soal kelakar atau tidak itu adalah pandangan peribadi setiap individu kerana ada orang suka kelakar,ada orang suka serius dan ada orang tak suka apa pun dan hanya suka kondem saja tanpa berfikir dengan matang.sesuai dengan mottonya Majalah Humor Nasional,gua rasa Gila-Gila mempunyai tanggung jawab yang lebih berat daripada sekadar buat kelakar.Mengekalkan ciri-ciri nasional,memperjuangkan identiti kartun tempatan dan mempertahankan warisan seni kartun malaysia yang semakin hilang.Mengulang tayang kartun-kartun lama tidak menjadi soal kerana cerita P.Ramlee juga di ulang tayang beratus-ratus kali untuk memberi peluang kepada generasi baru menikmati karya-karya yang di lahirkan sebelum zamannya.Begitu juga dengan Gila-Gila..menyiarkan kembali hasil karya kartunis lama pastinya memberi gambaran jelas dan memperkenalkan kepada generasi baru bahawa inilah bentuk sebenar kartun malaysia serta inilah dia kartunis-kartunis nasional yang memperjuangkan budaya dan warisan sejak sekian lama.Kita tidak pernah mempersoalkan tentang superman,batman,spiderman atau apa saja kartun dari luar walau pun hakikatnya kita tau ianya sudah ujud sejak kita kecil lagi dan masih di tayangkan dan di ulang-ulang sehingga hari ini.Tak pulak kita kondem dan mengatakan kebosanan terhadap kartun garfield,donald duck,goofy,mickey mouse kerana sememangnya kita telah di didik oleh kepala otak kita yang mengatakan setiap yang di hasilkan oleh orang putih itu bagus,baik dan sempurna walau pun kadang kala isi cerita dan moral yang di bawanya macam hampas.Balik-balik pasal orang baik lawan orang jahat dan akhirnya orang baik menang walau pun orang jahat tu handal macamana pun.Kerana kebodohan dan kedangkalan ilmu kita maka kita tidak melihat keunikkan dan peranan yang besar telah di mainkan dalam majalah Gila-Gila yang sepatutnya kita banggakan.Maka yang sebenarnya perlu kita perhatikan dan perlu kita perbetulkan sekarang bukan Gila-Gila ketandusan idea…tetapi kita sendiri yang sebenarnya ketandusan ilmu dan intelek kerana hanya mendidik akal untuk keseronokkan dan hiburan semata-mata.Itu hanya pendapat 2 sen dari gua dan gua akan terus menyokong gila-gila agar terus hidup sebagai majalah kebanggaan malaysia.
on December 15th, 2007 at 9:19 am
er…..errr….rasa macam nak setuju pun ada……
on December 15th, 2007 at 10:37 am
Apa-apa pun keputusan hakim..aku setuju je.Bagi aku setiap pendapat tu tidak mendatangkan pendapatan lumayan kepada pekebun-pekebun kecil dan nelayan laut dalam.
on December 15th, 2007 at 12:35 pm
aku TIDAK SETUJUUU LANGSUNG!!!
komputer pun lama2 diorang upgrade..ni kan pula kita manusia yang berakal.
abih kalo kita ni dari kecik pakai seluar ketot nak sampai ke tua bangka pun sama ker?
hidup perlu ada perubahan bai…
biar makin lama makin baik, makin bagus…
jangan dok kebelakang je…
zaman skrg orang tak nak ditarik kebelakang dah…semua maju kedepan..perut kita pun lelama makin kedepan bai…
so ko pikir la guna kepala otak ko yang geliga sangat tu…
arghhhh…hangin betul aku dgn ko ni!!!
alamak…aku terover ke?? maaf lah bai…
on December 17th, 2007 at 5:01 pm
aku ni nak kata tak menyokong majalah ni tidaklah jugak, sokong sangat pun tidaklah jugak sb. dah lama benar aku tak membeli majalah gila-gila…kurang sen pun iyelah jugak…lagipun aku ada gak terasa lawak2 nya bebiasa shj kecualilah tok ketua tu sendiri, mmg lawak nya tahap estravaganza…tpkan, kdg2 kita kena bezakan antara lawak dan lukisan…tak semestinya semua yang pandai melukis tu pandai melawak di dalam lukisan tersebut…ha…bkn sng nak dpt pekej yg sempurna nih!
er…apa aku cakap nih?
on December 17th, 2007 at 5:15 pm
Ada beberapa perkara memang perlu perubahan..tetapi ada juga beberapa perkara yang tidak perlu berubah.Misalnya sejak kecil sampai dewasa lubang hidung kita tetap dua…tidak berubah jadi tiga atau empat walau pun kita sudah maju.Apa bila kita terlalu excited membuat perubahan lebih banyak kerosakkan akan kita hadapi.Cuba lihat michael jackson…bukan bertambah cantik…dah jadi macam zombie muka dia.Begitu juga gila-gila.Tidak perlu jadi Gila kerana Gila-Gila masih waras dan mempertahankan kewibawaannya.
on December 19th, 2007 at 9:17 am
Wpon lobang idung x bertambah menjadi tiga tp ukurannyer akan bertambah besar bila usia makin meningkat.
Fakta: Discovery Channel
on December 19th, 2007 at 1:12 pm
Assalamualaikum semua…
hihi…lamo tak berforum dalam blog jibam..ghindu ya amatlah rasanya.
apo crito ni…pasal majalag GILO2 tak menyontap lawak eh…amboi..macam best jer bunyi pbincangan korang kali ni..
bagi aku majalah gila2 ni…dah sampai satu tahap yang susahnakcakap…makonya…dia akan mgalami peringkay monopaus..oleh itu jangan salahkan sesiapa kerana dia akan mgila bilo tibo maso eh..
on December 22nd, 2007 at 4:35 pm
peringkay tu samo makno ngan asam boi. cari dalam kamus jawa barat muka surat doblas..ado sobut makno eh dio tu..
on December 22nd, 2007 at 4:36 pm
Sumi..aku setuju dengan pendapat kau.bukan sahaja ukuran lubang idungnya bertambah besar..malah bulu idung nya juga akan bertambah lebat.
on December 25th, 2007 at 9:49 am
Do I miss something?
on January 11th, 2008 at 1:58 pm
O ye ye betul tu en avatar, saye hampir telupa akan fakta tersebut. Sebab itulah hadiah terbaik utk di bg kepada kaum2 bapa sempena ulangtahun yg ke-55, sebuah penggunting bulu idung elektrik, ataupon anda boleh dapatkan yg berkuasa betri utk memudahkan di bawa kemana2.
on January 11th, 2008 at 4:11 pm
bulu idung tu ada kegunaan dia. orang selalu lupa. dia berperanan memerangkap serangga yang mungkin tersilap umah ataupun melindungi peparu dari debu2 cinta. kalau dah di trim sampai botak. dikhuatiri akan menyebabkan radang hidung. dr. palmasiam cakap.
on March 15th, 2008 at 10:46 am