PENGKELEPETAN PART (2)
Jam 5 petang lepak depan Stabak, langit sudah gelap.Poket makin rabak.Pukul 4.38 kat sini dah nak malam.cahaya lampu neon begemerlapan dan pelancong dari seluruh dunia berbagai bangsa mundar mandir di segenap pelusuk jalan dan lorong pada setiap masa dan saat seolah-olah setiap inci kota London ni harus di periksa dan setiap bangunan yang ada di sini harus di ambil gambarnya untuk di tunjukkan kepada orang kampung masing-masing apabila pulang nanti..Saya masih belum dapat mensetabilkan kepala otak.Rasa-rasanya `Jet-lag` ni akan berlarutan sampai lapan hari.Al maklum sejak sekian lama sudah di `setting ` dengan waktu malaysia.Helmy samad agaknya sudah bosan apabila saban hari saya bertanya jam dan waktu kat dia pasal saya memang tak suka pakai jam sejak darjah 3….sementara sebelum-sebelumnya pulak saya memang takde jam.Seperti biasa pagi semalam 6am sudah bangun walhal waktu subuh di kota London pukul lapan pagi.Kalo di malaysia kira bangun time sahur ler ni.Kemudian menjalankan tugasan-tugasan yang telah di rancang,menjelang lewat petang kami sudah keletihan kerana suhu yang rendah membuatkan perjalanan darah menjadi `slow` malah terasa begitu penat mengheret baju tebal dan `snow-cap` kehulu-kehilir.merimaskan,janggal dan terasa sangat kelakar.sesekali terasa macam badut sarkis je pakai baju berlapis-lapis serta kasut water proof yang besar gedabak konon untuk mengelakkan `reput-frost`..walhal dah 4 hari takde salji pun.Hasil dari pelbagai tindak balas dan kelewatan menyesuaikan diri tersebut kami menjadi terlalu penat dan terjadilah pelbagai adegan-adegan kelakar yang pastinya akan saya muatkan dalam buku koleksi kartun saya yang terbaru nanti.Antaranya peristiwa di kelepet lagi dan di kejar peminta sedekah dengan kereta sorong sehingga saya berlari seperti orang gila di tengah kota London.Sehingga pagi ini saya masih tersengih seorang diri dan terbayang betapa seksanya paru-paru mengepam oksigen di dalam suhu bawah daripada 1 celcius.
BERITA DARI LONDON
Waktu sekarang jam 4 pagi di kota London,kalo kat malaysia ada ler lam pukul 12 setengah kot (korang boleh lah bersiap bentang-bentang tikar untuk smayang jumaat) sementara saya,helmy samad dan zanuar dok terkebil-kebil kat katil masing-masing tak boleh tido kerana perubahan masa.Bayangkan bertolak 27 hb dari KLIA,setelah 16 jam perjalanan kami sampai di lapangan terbang Heatrow masih jugak lagik 27 haribulan.Biol betul….dan yang lebih tragik lagi terpaksa tido tegak kat dalam flight pasal Pak Arab yang duduk kat kerusi belakang asik komplen setiap kali kami nak baringkan tempat sandar.Kalo tau azab macam ni baik duduk kat depan dengan pilot….dapat gak nengok pemandangan sambil tolong bawak kapal terbang,tak le boring sangat.Satu cerita best semasa transit di Bahrain…Helmy Samad terkelepet dek Pak Arab.Beli coke satu tin,bayor 5 dollar…Pak Arab tu kasi baki 1 dinar je hahahahahaha.Padan muka dia.Nak marah Pak Arab tu tak reti spiking la pulak.Buat rugi air liur je.Sayugia di ingatkan sebelum tu saya dan zanuar pun terkepelet juga bila order teh 2 cawan,bayar 5 pound dan dapat baki duit siling..dah la kecik,tak lawa pulak duit tu….nombor pun takder…rupa macam token permainan budak-budak kat fun fair je.Padan jugak lah muka kami berdua.Moral of the story…Pengkelepetan sememangnya berlaku di mana-mana dan kita perlu lah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuanuntuk mengelakkan golongan setan kabir ini mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang bodoh.Heh heh..macam cerita lam buku teks budak darjah satu epal la pulak…siap ada pengajaran.Penerbangan dari Bahrain ke Heatrow 7 jam 40 minit pun masih dalam penyeksaan yang serupa apabila kapalterbang di penuhi Pak Arab dan kami masih terpaksa tidur tegak kerana yang duduk belakang tak kasi kita baringkan tempat sandar sedangkan Pak Arab yang duduk depan rebahkan kerusinya di tahap maksimum hingga kami bertiga tersepit dengan senyuman sengsara.Pengajaran kedua yang boleh kita ambil di sini ia lah…Patut lah Nabi di turunkan di kalangan orang Arab untuk memperbaiki akhlak mereka yang memang jauh sesangatlah berbeza dengan masyarakat kita yang berbudi bahasa dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Nasib baik lah jugak paramugari yang melayan kami bukan dari bangsa arab..kalau tidak boleh jadi kami akan meninggal dalam kapalterbang kerana kelaparan atau terpaksa makan majalah yang di sisipkan di belakang seat untuk menghilangkan lapar.Esok awal pagi kami akan memulakan modus operandi sebagaimana yang telah di rancang.Cuma alhamdulillah banyak kerja dapat di selesaikan sebaik saja sampai ke kota London atas bantuan Encik Ishak empunya mansion yang baik hati.Dengan pengalaman 7 tahun bermustautin di kota London terlalu banyak maklumat kami terima memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di samping mengurangkan risiko terkelepet lagi sebagaimana di Bahrain.Insyaallah saya akan terus menghantar berita-berita terkini dari kota London untuk penduduk kampung belulang yang di ingati.Oh ya….sebelum saya menamatkan catatan ini di harap sumi dan kiambang seperti biasa tolong pantau jadual makan ubat semua penduduk supaya sekembalinya saya pada bulan januari nanti semuanya masih dalam keadaan waras dan setabil.Adios esprunut kompurutempom mofulendesssssssss“
MOHON DIRI SEKETIKA
Pagi ini hari khamis bersamaan 27 hb december 2007-saya on line dari KLIA ,jap lagik jam 11.30 saya akan berangkat ke uk membawa koleksi AKU BUDAK MINANG,ATUK DAN ACA,JUNGLE JOKES,MAJALAH GILA-GILA dan yang paling penting JIBAM atas satu tujuan meneroka pasaran luar di samping memperkenalkan kartun malaysia kepada penerbit-penerbit di London.Penduduk-penduduk kampung belulang semua doakan lah kejayaan saya dan sepeninggalan saya ini di harap semua jangan lah lupa makan ubat.wassalam.Adios askerplentes mofulendes.
BENGKEL MELUKIS KARTUN
TARIKH : 6 DECEMBER 2007 (KHAMIS) TEMPAT : DEWAN RAKAN MUDA,KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN. WAKTU : JAM 8.30 AM - 12.30 AM. Satu bengkel melukis akan di adakan khusus untuk belia rakan muda di negeri sembilan untuk memberi peluang kepada peminat seni kartun dan humor tempatan berinteraksi serta mendalami pelbagai aspek berkaitan dengan teknik melukis yang betul,penulisan dialog kreatif dan pembinaan watak serta teknik menggarap idea.Bengkel akan di kendalikan oleh kartunis UJANG selama setengah hari dan di sertai oleh 300 orang belia dari seluruh negeri sembilan.Namun kepada Semua makhluk yang bernyawa di dalam alam maya ini samada yang ghaib mau pun nyata…sekiranya sudi dan berminat..anda juga di jemput hadir.




