BERITA DARI LONDON

Posted in Uncategorized by Ujang on the December 28th, 2007

Waktu sekarang jam 4 pagi di kota London,kalo kat malaysia ada ler lam pukul 12 setengah kot (korang boleh lah bersiap bentang-bentang tikar untuk smayang jumaat) sementara saya,helmy samad dan zanuar dok terkebil-kebil kat katil masing-masing tak boleh tido kerana perubahan masa.Bayangkan bertolak 27 hb dari KLIA,setelah 16 jam perjalanan kami sampai di lapangan terbang Heatrow masih jugak lagik 27 haribulan.Biol betul….dan yang lebih tragik lagi terpaksa tido tegak kat dalam flight pasal Pak Arab yang duduk kat kerusi belakang asik komplen setiap kali kami nak baringkan tempat sandar.Kalo tau azab macam ni baik duduk kat depan dengan pilot….dapat gak nengok pemandangan sambil tolong bawak kapal terbang,tak le boring sangat.Satu cerita best semasa transit di Bahrain…Helmy Samad terkelepet dek Pak Arab.Beli coke satu tin,bayor 5 dollar…Pak Arab tu kasi baki 1 dinar je hahahahahaha.Padan muka dia.Nak marah Pak Arab tu tak reti spiking la pulak.Buat rugi air liur je.Sayugia di ingatkan sebelum tu saya dan zanuar pun terkepelet juga bila order teh 2 cawan,bayar 5 pound dan dapat baki duit siling..dah la kecik,tak lawa pulak duit tu….nombor pun takder…rupa macam token permainan budak-budak kat fun fair je.Padan jugak lah muka kami berdua.Moral of the story…Pengkelepetan sememangnya berlaku di mana-mana dan kita perlu lah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuanuntuk mengelakkan golongan setan kabir ini mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang bodoh.Heh heh..macam cerita lam buku teks budak darjah satu epal la pulak…siap ada pengajaran.Penerbangan dari Bahrain ke Heatrow 7 jam 40 minit pun masih dalam penyeksaan yang serupa apabila kapalterbang di penuhi Pak Arab dan kami masih terpaksa tidur tegak kerana yang duduk belakang tak kasi kita baringkan tempat sandar sedangkan Pak Arab yang duduk depan rebahkan kerusinya di tahap maksimum hingga kami bertiga tersepit dengan senyuman sengsara.Pengajaran kedua yang boleh kita ambil di sini ia lah…Patut lah Nabi di turunkan di kalangan orang Arab untuk memperbaiki akhlak mereka yang memang jauh sesangatlah berbeza dengan masyarakat kita yang berbudi bahasa dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Nasib baik lah jugak paramugari yang melayan kami bukan dari bangsa arab..kalau tidak boleh jadi kami akan meninggal dalam kapalterbang kerana kelaparan atau terpaksa makan majalah yang di sisipkan di belakang seat untuk menghilangkan lapar.Esok awal pagi kami akan memulakan modus operandi sebagaimana yang telah di rancang.Cuma alhamdulillah banyak kerja dapat di selesaikan sebaik saja sampai ke kota London atas bantuan Encik Ishak empunya mansion yang baik hati.Dengan pengalaman 7 tahun bermustautin di kota London terlalu banyak maklumat kami terima memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di samping mengurangkan risiko terkelepet lagi sebagaimana di Bahrain.Insyaallah saya akan terus menghantar berita-berita terkini dari kota London untuk penduduk kampung belulang yang di ingati.Oh ya….sebelum saya menamatkan catatan ini di harap sumi dan kiambang seperti biasa tolong pantau jadual makan ubat semua penduduk supaya sekembalinya saya pada bulan januari nanti semuanya masih dalam keadaan waras dan setabil.Adios esprunut kompurutempom mofulendesssssssss“

35 Responses to 'BERITA DARI LONDON'

Subscribe to comments with RSS

  1. intan cakap:
    Gravatar

    yeahoooooooooooooooo…..
    org pertama….1st time jdk org 1st nih..hns hns…

    on December 28th, 2007 at 3:38 pm

  2. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    tookkkk…… pesan topi Man U satu warna merah… tok balik kang esen bayo la balik… tak pon suh dato seri zanuar belanja.. esen kepingin nak dapat kan topi Man U original dari london.. hehehehe… plzzzzzzzzzz..

    on December 28th, 2007 at 6:18 pm

  3. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    5 pound kali 6 sama dgn rm 30 hinggit… (kadar tukaran lebeh kurang)… peh minum teh harga mahall… kalau hari2 kene kelepet cam ni tok, peh mau nye bankerapsi tahap gaban nie.. lagi terok dari helmi yg kene kelepet.. hahahha..

    on December 28th, 2007 at 6:31 pm

  4. semuutiee cakap:
    Gravatar

    don’t be ‘noti-noti’….
    don’t go to the no good-no good place ha…!!
    don’t forget to come home….
    right here waiting….

    on December 28th, 2007 at 8:27 pm

  5. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Kalau ada kesempatan gi la mancing puyu kat sungai Thames.

    on December 29th, 2007 at 5:12 am

  6. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    Takde gambar ke?

    on December 29th, 2007 at 6:03 am

  7. ujang cakap:
    Gravatar

    Gambor nanti kita up load kat http://www.Lubuk.Net/forum/

    on December 29th, 2007 at 6:12 am

  8. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tok …try lah ajak queen of england begambo same…

    on December 29th, 2007 at 10:56 am

  9. ujang cakap:
    Gravatar

    Buat masa sekarang gambor-gambor tersebut boley ler di pertengokkan di —–> http://www.helmysamad.blogspot.com atau kat http://www.tigaabdul-fuyooo.blogspot.com

    on December 29th, 2007 at 3:25 pm

  10. ujang cakap:
    Gravatar

    Buat masa ini beberapa gambar yang sempat di rakamkan telah di up load dalam blog sahabat saya saudara Helmy Samad-sila klik kat—-> Http://www.helmysamad.blogspot.com

    on December 31st, 2007 at 5:20 am

  11. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Isk..isk..sungguh terharu dihati ini, walau jauh diperantauan tok tetap igt pada saye dan mengambil berat kesihatan para penduduk. ;)

    Dah telanjur tok sebut hal tekelepet di Bahrain, saye pon penah tekelepet di situ jugak, bukan saye je, 3 kapal terbang terakhir yg transit mlm tu sumer kena kelepet bodoh je ngan pak2 Arab bahrain tuh. Ade ke diorg bleh kata hotel2 yg sepatut kami tido, dah xde. Padahal arrangement dah siap lama, tetiba kata dah fully book. Tak pasal la kami tido beramai2 di tepian kaki lima beramai2, sebelah menyebelah ngan mat2 bangla yg sungguh ramai.
    Bayangkanlah nk tido camane, dh la ekon sejuk tahap gaban, seb baek gulf air bg selimut - yg kemudiannyer sumer org kelepet terus simpan dlm beg! ;) Then br je nk telelap, Ting…Tong…..Attention to flight..bla..bla..bla…dan terus berbunyik sepanjang mlm… Adoi….mmg sengsara nk tunggu pagi, dah la selai sepinggang je, beg2 sumer dah masuk cek-in.
    Dah sejuk2 tu, g la carik air kopi, perghhh tu dia, same la ngan tok, aku jua terkelepet oleh pak arab yg aku raser bleh je spiking kot, saje je wat muka toye bg duit belen mcm token funfair tuh…hihihi…

    Oleh yg demikian anak2, sebelum bejalan tuntutlah ilmu supaya tidak terkelepet di pertengahan jalan…. ;) Adios!

    on December 31st, 2007 at 10:04 am

  12. animaTOT cakap:
    Gravatar

    nak nuntut kat mana yerk..ilmu berjalan2 ni?

    on December 31st, 2007 at 10:40 am

  13. adikyah cakap:
    Gravatar

    Pergh!! Tok dah menembusi luar cakerawala bumi Malaysia yg cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Walaupun tok dan sahabat sedelegasi telah dikelepet oleh tok2 Arab yg perangai pelik macam tapir tuh, harap terus maju ke hadapan utk menaikkan martabat kartun Malaysia di persada antarabangsa dan seluruh cakerawala sehingga ke planet zargus. Er..er.. tok buleh tolong kem salam kat Ryan Gigs dak muekekekeke….!!

    yg betul;
    adikyah

    on December 31st, 2007 at 11:32 am

  14. mofudume cakap:
    Gravatar

    bagus..orang malaysia merata dunia dah sekarang…

    on December 31st, 2007 at 12:43 pm

  15. ujang cakap:
    Gravatar

    animaTOT…Ilmu berjajalan-jalan ni boleh di tuntut kat TDC,kat member-member yang sering berjalan,kat ahli-ahli yang berpengalaman di kelepet dan melalui buku-buku travel log.harap maklum.

    on December 31st, 2007 at 2:07 pm

  16. kiambang cakap:
    Gravatar

    tokkk..sehat ke?kami disini sume okies jek..kak limah je selsema manja gitu..moga tok tak kena kelepet lagi ye..

    on January 1st, 2008 at 1:00 am

  17. kiambang cakap:
    Gravatar

    eh lupa plak..pak arab ni mmg kaki kelepet..memang patut pon para driver teksi dan limo di KLIA mengkelepet dorg time dorg dtg holiday kat sini wakaka..mari mengklepet pak arab huhuhu

    on January 1st, 2008 at 1:02 am

  18. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya rasa apa yang sumi cakap tu ada kebenarannya.Tak logik la ek Pak arab bukak restoren kat air port tu tak reti spiking,sedangkan kat dinding kedai nya tuh terang-terang ada signboard NO SMOKING.

    on January 1st, 2008 at 12:16 pm

  19. a cakap:
    Gravatar

    … huhu …

    on January 2nd, 2008 at 10:52 pm

  20. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Interesting thing to share..Jumpa kat email yg orang fwd. Slalunyer org tulis slogan; “Berkhidmat Untuk Negara” ke, takpon “Save Paper, Think Before U Print” tapi yg ni, bleh plak tulis cenggini hehehe —–>
    “Be kind to smokers we are endangered species and we dont have much time”

    on January 4th, 2008 at 4:43 pm

  21. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hahahgahahahaaa…
    hahahahahahahaaa..
    hahahaaaaa…
    apo dio cakap tu????

    on January 5th, 2008 at 2:12 pm

  22. ujang cakap:
    Gravatar

    hihihihihi…best ayat tu.kelakar dan tajam.

    on January 5th, 2008 at 5:15 pm

  23. echah cakap:
    Gravatar

    hahahaha…memang bagus slogan tu sumi boleh tampal kat dalam rumah nih….

    on January 7th, 2008 at 12:01 pm

  24. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Uik, kalo ditampal dlm rumah bermaksud nk menggalakkan org rumah tu merokok kak echah oi… hihihihi…..

    on January 7th, 2008 at 2:26 pm

  25. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ooo…baru paham. kito sekolah takat darjah duo yo.
    ni baru nak masuk skolah balik. hihii

    on January 8th, 2008 at 5:06 pm

  26. DaiwaRegal cakap:
    Gravatar

    Tok ketua kauorang dah balik ke dari merantau?

    on January 10th, 2008 at 11:43 am

  27. echah cakap:
    Gravatar

    tulah dia sumi di samping menggalakkan merokok jugak mengingatkan akibat merokok tu….hahahha…….

    on January 11th, 2008 at 1:25 pm

  28. Ron cakap:
    Gravatar

    dpd merokok baik makan megi…kenyang pun kenyang.tak gitu?

    on January 11th, 2008 at 1:55 pm

  29. jonjenin cakap:
    Gravatar

    konyang memang konyang ron..lamo2 jendol kepalo kau nanti..menambahkan lagi kenipisan lapisan ozon dibueknyo karang..makonyo..elok kau makan telur robus yo…kombong perut kang bleh buang angin badan. muahahahaaa…

    on January 12th, 2008 at 10:59 am

  30. Niza cakap:
    Gravatar

    mak niza kata nak buang angin dalam badan elok makan halia.

    on January 17th, 2008 at 9:51 am

  31. TiDiN cakap:
    Gravatar

    hihihi seram aku nak travel dengor citer sumi ngan tok nii

    on February 27th, 2008 at 10:37 pm

  32. ujang cakap:
    Gravatar

    Seram-seram tu yang best tu tidin..tu pasal ramai orang suka masuk rumah hantu kat fun fair walau pun kena bayar tiket.Pasal nakkan keseraman nya tu.

    on March 12th, 2008 at 11:17 am

  33. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hahahaaa..itu belum kira berapa ramai yang nak jadi hantu kek umah hantu tu…ado la tu yang bestnyer…
    jadi kalau nak real seram masuk la lubang kubor..tolong orang gali dan baringkan jenazah kek sanun. nak best tido kek sebelah jenazah tu sambil suruh orang kambus kan tanah.

    t.ingat den maso jion kem motivasi dulu. diorang suruh tido lam lubang kubor tongah malam. siap tutup lubang tu ngan papan laie. dah ghaso geletar badan. Subhanallah…..

    on March 15th, 2008 at 10:27 am

  34. kiambang cakap:
    Gravatar

    jon..ko ‘jion’ kem motivasi mane tu?msti best kan..lenkali ako nak ‘jion’ gakla wakakakaka..teringat 2minggu lps masuk umah hantu kat kampus ni..studen buat..sapotle..dpt tiket free plak hehehe..sumpah tak seram..kalo nak seram mmg kene duk lam kubo la hehe

    on March 17th, 2008 at 9:30 am

  35. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ko memang la tak seram…bebudak yang jadik hantu tu yang naik seram nampak ko masuk…ada member cakap laaa… ada budak yang jadi hantu tu naik demam kuning bila nampak kaki ko je masuk….tu belumbadan laie….tobat nak nak JION dah lain kali dio katoo..wuuuu..

    on March 21st, 2008 at 5:48 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>