TAHU,TIDAK TAHU DAN MALAS AMBIL TAHU

Posted in Uncategorized by Ujang on the January 4th, 2008

Dalam menjalani kehidupan ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

104 Responses to 'TAHU,TIDAK TAHU DAN MALAS AMBIL TAHU'

Subscribe to comments with RSS

  1. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Ye betul tu..ikut resmi padi, makin tau makin tunduk, jgn ikut resmi ayam, telor sebijik heboh sekampung, alih2 masuk kuali.
    ….Goreng pon sodap!

    on January 4th, 2008 at 1:01 pm

  2. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Yahoo!!! Sekian lama aku tidak bersua akhir aku berjaya berada di saf yg terawal hehehe… Makanya tiada dapat disangkal-sekehkan lagi kata2 almalikussaleh Tuan Tok penghulu Belulangbuana itu…aku setuju sangat lah…makanya aku jua mahu memperbaiki diri sendiri yang lemah lagi hina ini…. Aku berpendapat adalah lebih menjadi Jibam kerana kalau aku menjadi dia aku akan lebih mengerti hehehehe….

    on January 4th, 2008 at 1:05 pm

  3. kiambang cakap:
    Gravatar

    baek tok..mari kita sama2 fikirkan..sama2 muhasabah diri..jgn muhasarawak plak ye huhu..

    wei sumi..ape yg makin ‘tau’ makin tunduk tu..ako kurang paham la..explentes sket huhuhu

    tidin..ako jua merinduimu..ecehwehhhhh

    on January 4th, 2008 at 2:03 pm

  4. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Ala takkan tu pon nk bgTAU, TAU2 seniri udahler…..

    on January 4th, 2008 at 2:15 pm

  5. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    pura-pura tak tau je tu kot…

    on January 4th, 2008 at 2:31 pm

  6. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    errr…. abg ujang balik biler ni ek.. ke dah tak ingat ta mau balik hahahha… dah syiok dok london..

    on January 4th, 2008 at 2:31 pm

  7. kiambang cakap:
    Gravatar

    ala shumi..jgn la terasye..ako gurau2 syaje huhu..mcam tak biashe plak tersyasyul ni huhu..syelamat berhujung minggu ye..ako rindu syama tok huhu

    on January 4th, 2008 at 3:09 pm

  8. singa sarkes cakap:
    Gravatar

    *klepet klepet klepet* ishhh beberapa hari ni dalam kepala aku asik ni saja…memang aaa pengkelepetan telah, sedang dan akan berterusan berlaku seperti dulu, kini dan selamanya…sapo terkelepet oleh tukang kelepet pastinya ada reaksi…

    weh jang, balik nanti kita kasi terpeleot siklepet tu…

    hahahhaha

    on January 4th, 2008 at 3:36 pm

  9. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Bukan tersyasyul kiambang, tu mmg disengajakan… kalau tulis pepatah yg penuh panjang, so aku shotfom kan aje sudah la… hehehe

    on January 4th, 2008 at 3:40 pm

  10. ujang cakap:
    Gravatar

    Sesungguhnya short form dan klorofom itu tidaklah sama walau hakikat kedua-duanya memendekkan.short form memendekkan ayat sementara klorofom memendekkan napas.harap maklum.

    on January 5th, 2008 at 2:55 am

  11. semuutiee cakap:
    Gravatar

    betul tu tok…….SETUJU…….
    cuma dalam kehidupan ari ni yg terlalu menyesakkan kalbu…….
    kekadang aku selalu jadi…….

    TAK TAHU,TAK PERLU TAHU,DAN TAK NAK TAHU…….

    best lagi aku gi makan TAHU SUMBAT …….gorengpun sodap……..

    on January 5th, 2008 at 9:57 am

  12. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ado satu laie kolofrolokobon. maknanyer memendek-mendekan apo yang panjang.huhihihii…

    on January 5th, 2008 at 2:08 pm

  13. ujang cakap:
    Gravatar

    Betul tu…..dengan cara itu ler kita akan cepat sedar bahawa umur kita ni sebenarnya pendek je…..dan mati tu ler yang memendekkan angan-angan.Limah_Gila tentu setuju dengan theory imflemfes ini.

    on January 5th, 2008 at 5:04 pm

  14. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    limah_gila mane paham semua menda ni abg ujang.. sebab dia tu kan gila keh keh keh…

    on January 7th, 2008 at 9:29 am

  15. ujang cakap:
    Gravatar

    orang yang paham hakikat ini akan mudah jadi gila macam Limah_Gila heh heh

    on January 7th, 2008 at 11:00 am

  16. brader cakap:
    Gravatar

    KENAPA?, MENGAPA?, DAN SEBAB APA? laman blog ini semakin sukar untuk di masuki… bukan lah hendak menyebok tapi saja nak AMBIL TAHU mengapa perkara ni boleh terjadi. kesukaran untuk memasuki blog ini membuatkan gua rasa tawar hati hendak menjengok blog kesayangan ramai ini..
    di mana penguatkuasa dan ahli jawatankuasa kg belulang ini.. adakah mereka TAHU akan permasalahan ini.. atau mereka saja buat2 TAK TAHU.. atau sengaja MALAS AMBIL TAHU berkenaan masalah blog ini..

    leceh la klu cam ni.. ingatkan nak masuk blog ni blh meng enjoykan pala otak wat sementara waktu, tapi sebab susah nak masuk blog ni telah menyebabkan kepala gua rasa makin kusut..

    bagi pihak yg berkenaan AMBIL TAHU lah sikit ye…. tak pon bg tau le ape sebab musabab blog ni susah nak masuk.. mesti ada sesuatu ni kan..kan kan..

    on January 7th, 2008 at 3:57 pm

  17. semuutiee cakap:
    Gravatar

    ngape nak tensen-tensen brader…….
    relex aaaa…..brader……….
    gi makan tahu sumbat ….lagi best….

    on January 8th, 2008 at 3:38 pm

  18. jonjenin cakap:
    Gravatar

    RILEKS itu juga sebahagian daripada tahu, ambik tahu dan malas ambik tahu.

    on January 8th, 2008 at 4:54 pm

  19. semuutiee cakap:
    Gravatar

    Ini ada sesuatu nak bagi tahu……..
    1-KOMIKOO #1 dah pun berada di pasaran…….
    layannnnn beb…..rugi kalau kaki komik tak beli, pegilah beli dan sokong komik Malaysia….
    2-Tok ketua kita The Derhaka Student atau nama manjanya Ujang ,muncul dalam ruangan Wawansabda……pegi lah beli dan baca apa yg tok nak kasi tahu…..
    keterangan lanjut layari web komikoo.

    Perhatian dan pengambiltahuan tuan-tuan dan puan-puan amatlah di hargai.
    Sekian
    Terima Kasih.

    on January 9th, 2008 at 10:41 am

  20. kiambang cakap:
    Gravatar

    komik ape tu ye..akan ako dapatkan di kedai majalah pak leman jap lagi

    on January 9th, 2008 at 12:19 pm

  21. semuutiee cakap:
    Gravatar

    nama komik tu KOMIKOO cik kiambang,bulan december tahun lepas keluaran pengenalan #0 dan bulan ni #1….dapatkan segera sebelum kehabissannnnnn………cepat!cepat!

    banyak gak yg tok ketua kasi tahu…. dia cakap pasal derhaka,pasal hak cipta, pasal pekartun,pasal projek rahsia dia dgan Boss Jaapau Taib(tapi rahsialah),pasal org kutuk Gila-Gila(termasuk aku lah tu kot ),pasal projek Jibam(pun bayang-bayang je..),pasal melawan arus,dan yg pastinya,habis baca aku makin tak berapa tahu…….strebentuen!

    on January 9th, 2008 at 4:49 pm

  22. echah cakap:
    Gravatar

    terimakasih tuan semut kerana memberitahu….penduduk kg ni sgt prihatin dan akan mencari komik tersebut sampai ke lubang semut.

    on January 9th, 2008 at 6:09 pm

  23. sisipanMega cakap:
    Gravatar

    professor ujang telah membuktikan keunggulan tiga generasinya kerana gua perati setiap kemunculan komik atau majalah baru sentiasa saja write up pasal dia.congrate bro.yu the mengggg

    on January 10th, 2008 at 11:40 am

  24. izza cakap:
    Gravatar

    SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.

    on January 11th, 2008 at 1:53 pm

  25. jonjenin cakap:
    Gravatar

    komikoo muncul keluaran bil. 1# dah..wahhh..tahniah…tahniah!!!!
    Ujang dah makin menganaz balik…apopun kito sokong yo kebangkitan semula LAGENDA kartun kito..iyoosss…

    on January 12th, 2008 at 10:53 am

  26. semuutiee cakap:
    Gravatar

    jonjenin…..
    ekau bilo nak mengganaz? teruskan lah usho tu….bakat yg ado jgn disio-sioan .cam aku ni tak Tuhan bagi bakat melukih tapi pandai pulak menilai dan cinto kek sesuatu seni tu,jadi antaro org macam kau ngan tok ketuo dan org cam aku ni,saling perlu memerlu,korang perlu kitorang untuk jual seni ko,dan kitorang perlu korang untuk santapan jiwo.aku raso kau paham pasal kau pun sebahagian dari kitorang ye dak?cubo cubolah try kek komikoo tuh! mana tau ado can berkarya…..untuk pengetahuan kau aku beli dua copy komikoo#0 dan #1,satu untuk baco dan satu sajo jo….tando sokongan(nak simpan buek pusako!)kalau anak aku sok pandai hargai mako jadilah pusako…kalau tak, dapek jugak dio jual jadi paperlamo…..dapat gak duotigo hinggit buat cover duit tepung.

    errk ….tok da balik lom dari London?

    on January 12th, 2008 at 11:20 am

  27. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Hmmm.
    Nanti aku cari komikoo 1

    on January 12th, 2008 at 4:16 pm

  28. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Balik dah….. tapi jet lag tak abis lagi..dia kata 8 hari br bleh kaber balik.

    on January 13th, 2008 at 3:11 pm

  29. ajie cakap:
    Gravatar

    beli komikoo jgn tak beli..support majalah komik tempatan…

    on January 14th, 2008 at 11:12 am

  30. mat cakap:
    Gravatar

    komikoo ke mopikooo

    on January 16th, 2008 at 8:53 am

  31. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    mopikoo lailaaaaaaaa…….

    on January 16th, 2008 at 12:42 pm

  32. brader cakap:
    Gravatar

    koopiikooo laaaa….

    on January 16th, 2008 at 2:09 pm

  33. kiambang cakap:
    Gravatar

    namamu terindah indah bercahaya lailaaaaaaaaaaa…

    on January 16th, 2008 at 3:20 pm

  34. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Kiambang, pembetulan: “namamu TERATAS indah bercahaya Laila..”

    on January 16th, 2008 at 3:28 pm

  35. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Laila….
    Mana Leja Jengka? Jonjenin balik kampung singgah la cari Leha Jengka ye..

    on January 16th, 2008 at 3:29 pm

  36. semuutiee cakap:
    Gravatar

    errkkk laila ker….bukan lela…..
    lela o lela lela,hamke ho leeeelaaaa,
    teri ko tu je mujuke ,hamto ho leeelaaa……

    on January 16th, 2008 at 4:35 pm

  37. Din_KedapUdara cakap:
    Gravatar

    aku dah beli mopiko…tak ada pun cerita pasal interview tu.cara-cara nak pakai ubat tu ada lah tulis kat kotak dia.

    on January 17th, 2008 at 9:35 am

  38. semuutiee cakap:
    Gravatar

    eeerrrkkk………… DIN Vakium buat lawak……aku gelak yek…..kih!kih!kih!kih!kih!kih!kih!kih!kih!Hiiik!!!!!

    on January 17th, 2008 at 10:43 am

  39. brader cakap:
    Gravatar

    sape Din Vakium.. dia buat lawak pe.. ahahahhaha… Gua pon nk tumpang gelak gak.. hua hua hua hua….

    on January 17th, 2008 at 11:18 am

  40. singa sarkes cakap:
    Gravatar

    Mana si Ujang ni? Tahulah projek banyak masyuk, tapi takanlah takde masa nak update blog?

    Weh jang, cukup-cukup la tu. Kasilah orang lain kayo. Ko kayo sangat pun susah…nanti kena kelepet dgn wanita-wanita gipsi edgware street…hahahahah

    on January 17th, 2008 at 12:19 pm

  41. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sape panggil2 nama aku tu????

    on January 17th, 2008 at 1:31 pm

  42. Tukang_karut cakap:
    Gravatar

    Ada kat London lagi ko brader ujang? Agak2 kalo ada salji turun, bwk balik la skit..buat bisnes ais kepal..haha
    Kono klepet tuh biaso la selagi benapas ni ..kono klepet duit..takyah risau.. duit buleh dicarik..
    jangan di kelepet nyawo…kot tak sempat ngucap..nayo

    on January 17th, 2008 at 2:47 pm

  43. jonjenin cakap:
    Gravatar

    insya Allah.. akan sampai maso kito akan menganaz jugak…cumo
    mungkin maso dio bolum tibo laie.
    apopun pakat2lah Kito sokong KARTUN DAN KOMIK MALAYSIA…Orait!

    ibnukaduk - leha jengka mungkin sedang bertapa kek gunung senyum tu. abih bertapa muncul la tu karang.

    tok ketuo dio ado tu dok perati kek colah2 PC. makonyo jago-jago la dongan kejutan2 dari London- Paris - Jelebu.

    on January 17th, 2008 at 4:14 pm

  44. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    London-Paris-Juasseh

    on January 17th, 2008 at 5:25 pm

  45. kiambang cakap:
    Gravatar

    hihik..mekasihla ibnukaduk..ako saje je salah lirik tu..nak test sape yg prihatin tlg betulkan huhuhu..sumi tu mula nk prasan tu..ako bkn nyanyi lagu delaila..kalo yg tu bru tul nama ko huhuhu..

    eh bila nak beli mjlh komikoo tu ye..jgn habis kat kedai buku uncle rajoo sudah..

    tok..tak abes jet-lag lg ke huhu

    on January 18th, 2008 at 1:20 pm

  46. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    Abg Ujang dah balik ke Malaysia… dio dah siap belanjo makan nasik goreng pataya lagi keh keh… errrr abg ujang dah semakin putih skit warno kulit dio setelah 2 minggu dok kat london keh keh keh…

    on January 18th, 2008 at 2:59 pm

  47. mofudume cakap:
    Gravatar

    buleh en ujang bagitau ape rase salji kt landon???salji kat korea masin…hehe..aku baru balik dari korea ni…

    on January 18th, 2008 at 3:56 pm

  48. a cakap:
    Gravatar

    :)

    on January 18th, 2008 at 10:21 pm

  49. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    aku rasa salji kat london, kita rasa sejuk..

    on January 18th, 2008 at 11:35 pm

  50. semuutiee cakap:
    Gravatar

    salji korea masin??? tak penah lak aku belajar sains yg salji ada rasa masin manis atau masam,jgn2 salji yg mofudume rasa tuh ada campuran “subvesive” kot……..ko pasti salji tu putih bersih? tak de kekuning kuningan ker ape ker?????

    on January 19th, 2008 at 8:19 am

  51. animaTOT cakap:
    Gravatar

    pelik…

    nak masuk blog ni punyalah payah…
    asyik tak dapat masuk…

    tapi bila klik link blog jibam dari forum lubuk dot net buley plak masuk…
    heran..heran…

    Komikoo tu cam lum luas pasarannya…minggu lepas den lepak kat melaka dekat seminggu..carik2 tak jumpa..kena balik KL semula baru jumpa..

    Tok ada cerita production Jibam tengah bina set kampung…dasat tu…bila nak buat rombongan lawat2 hehe..

    on January 20th, 2008 at 10:32 pm

  52. brader cakap:
    Gravatar

    pelik… kui kui kui… gua pon pelik.. masuk sini pon pakai link tokey kedai..

    on January 21st, 2008 at 5:14 pm

  53. semuutiee cakap:
    Gravatar

    pelik ….memang wa pun pelik…tapi wa tak guna link mana-mana, wa bantai tekan refresh sampailah dapat masuk….

    tak takde posting baru ker????boring sioot…tak kan tak ilang lagi mabuk kapal terbang? atau masih blues London lagi keh?

    on January 22nd, 2008 at 8:34 am

  54. Bulan cakap:
    Gravatar

    Rindu betul dengan mamat sorang ni…..

    on January 22nd, 2008 at 6:33 pm

  55. Puteri Nestapa cakap:
    Gravatar

    Jemput datang nanti ke UITM section 17…fakulti kami ada jemput saudara ujang buat talk pada student-student itm.Semua penduduk kampung belulang di jemput hadir ke dewan kuliah kami ya.

    on January 22nd, 2008 at 6:38 pm

  56. animaTOT cakap:
    Gravatar

    bila masanya cik puteri nestapa?

    on January 23rd, 2008 at 7:26 pm

  57. brader cakap:
    Gravatar

    tah cik puteri ni… pelawe nye udah.. tapi bile mase nye… mase… time..time..tarikh, date…..

    on January 24th, 2008 at 4:36 pm

  58. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    kepada fame dan kepada sesiapa yg nak mencuba nasib nak menjadi kartunis GILA-GILA….

    sila hantar karya asli mereka kepada pihak Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB).. karya boleh di berikan dalam apa jenis bentuk sekali pon.. setiap karya yang di hantr hendaklah diserta kan sekali pengenalan diri seperti nama, alamat dan nombor telefon.. pastikan no tepon tu betul ek..

    setiap karya yg di hantar akan di nilai oleh jabatan editorial Gila-gila.. jika pihak editorial berpuas hati dgn karya berkenaan, mereka akan menghubungi anda berdasarkan no telefon yang di beri..

    jika karya anda tidak terpilih, ianya akan di PULANGKAN KEMBALI JIKA anda menyertakan sekali sampul surat dan siap berstamp sekali.. jika tiada, pihak cesb akan menyimpan karya berkenaan..

    setiap karya boleh la di hantar ke alamat

    JABATAN EDITORIAL GILA-GILA
    CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
    38-1 JALAN BANGSAR UTAMA 1
    BANGSAR UTAMA
    59000 KUALA LUMPUR..

    Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pn. Rosmah Hanim di talian 03-22824970..

    on January 24th, 2008 at 5:51 pm

  59. Wulan cakap:
    Gravatar

    er…kalau dapat,gaji nyer berapa?

    on January 24th, 2008 at 6:03 pm

  60. mofudume cakap:
    Gravatar

    13 juta rupiah

    on January 25th, 2008 at 11:14 am

  61. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tak cukup 13 juta rupiah…kau hantau ler beribu-ribu-ribu-ribu muka surat,peh tu suruh CESB bayau dalam Taka Bangladesh……….lagi beriburiburiburiburibu juta kau boleh dapat….

    errk…ada sesiapa yg ada maklumat tentang en. Ujang ? ke manakah mehilangnya beliau dari kampung Belulang ini?adakah beliau masih mencari jalan pulang ke Belulang?atau sedang mengemudi Kd Lubuk nye di Kenyir?atau sedang bertapa mencari ilham untuk di hantau ke Jabatan Editorial Gila - Gila?atau sedang tidur lena diulik intan….dek kepanatan London. semutie to tok ketua ….semutie to tok ketua can u hear me over?

    on January 25th, 2008 at 4:49 pm

  62. hafiz cakap:
    Gravatar

    lamo tak menjongah kek blog nih…. harap2 sihat la hondaknyo penduduk2 kampung sekalian…….

    on January 25th, 2008 at 5:42 pm

  63. aYn cakap:
    Gravatar

    mlm jumaat tadi bro ujang kita nih jadi guest kat rancangan raja lawak kann..
    ermm..bz benar nampaknyee..smpi x update blog..:)

    on January 27th, 2008 at 3:29 am

  64. brader cakap:
    Gravatar

    ooo ye ke… nak kene tgk siaran ulangan la ni..

    on January 28th, 2008 at 6:41 pm

  65. mofudume cakap:
    Gravatar

    raja lawak yang tak lawak..

    on January 30th, 2008 at 10:27 am

  66. TiDiN cakap:
    Gravatar

    tok skrang ni femes emes sampai tak nampak batang hidungnya! Saspek mata la kat tok….
    Assalamualaikum kengkawan sumee… wah dah lama tak menapak kesini agak2 semput la jugak napas aku ni cam bernapas dalam lumpoq! kuikuikuikui ….
    Aku pon rindu sama hang kiambang, nak tepon pepaham je laaa asik kredit jekk debit tarak hahahaha…
    Pahabaq kengkawan sume? Mof, Ibnukaduk, Kiambang, Sumi, brader (K?), semuutie, pelit, wulan, hafiz, animatot, puteri nestapa, bulan, ajie, mat, jonjenin, kak echah dan sesume lah… phewwww penat tuuu….

    Haa satu lagi ni haa pesanan penaja dari mat ni haaa… korang mau ka buat gedering pesta raga sesama kita? Almaklum laa udah lama tak jumpa…

    on January 30th, 2008 at 6:53 pm

  67. animaTOT cakap:
    Gravatar

    habaq baikk..

    on January 31st, 2008 at 3:44 am

  68. kiambang cakap:
    Gravatar

    rindu kow jugak tidinggggggggggg..muahmuah! bila tah dpt jumpa yek..bizibodi je memasing..idea nak wat pesta raga tu ako stuje le sgt..harap tidin leh organize kali ni hehehe..gedering kat umah ko pon ok je tidin..senang nak tuju..hehe

    on January 31st, 2008 at 11:38 am

  69. mofudume cakap:
    Gravatar

    baek..ade gooooooood!!!!!!!!!!!!!!!!

    on January 31st, 2008 at 3:55 pm

  70. Madu3 cakap:
    Gravatar

    animatot baek. Baek ada makna ka?

    on January 31st, 2008 at 11:48 pm

  71. semuutiee cakap:
    Gravatar

    punyalah sibuk org tua tu……sempat bagi salam je kat shoutbox..peh tu ilang……tak pelah tok asal tok bahagia…..org kpg pun suma baik-baik belaka.gong xi fa cai utk suma org kpg belulang.kaya-kaya lah kita hendaknye………

    on February 1st, 2008 at 9:24 am

  72. radiusx cakap:
    Gravatar

    Gua tau macamana nak cari brader ujang ni.Tunggu saja dia kat jeti tasik kenyir.Dalam sebulan mesti muncul sekali di sana..member wa cakap miahmiahmiah

    on February 1st, 2008 at 10:55 am

  73. animaTOT cakap:
    Gravatar

    ni ada gambo tok ketua tengah mengunyah karipap sambil menengok design character untuk satu pertandingan anjuran MDEC

    http://cmc.msc.com.my/upload_images/223_4.jpg

    .

    on February 4th, 2008 at 1:02 am

  74. kiambang cakap:
    Gravatar

    matot..karipap ngan rokok tu banyak ye persamaan..hampir2 xdapat bezakan tadi huhuhu..

    on February 4th, 2008 at 11:31 am

  75. ujang cakap:
    Gravatar

    weiii..bukan senang nak mengunyah karipap yang di perbuat dpd asap tuuuu

    on February 5th, 2008 at 1:02 pm

  76. ROBOT cakap:
    Gravatar

    Memang payah….saya dah try beberapa kali.Memang kancing gigi di buatnya.Tengok la muka tok tu sampai herot-herot dok mengunyah asap miahmiahmiahmiah

    on February 5th, 2008 at 2:21 pm

  77. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Diam lah robot.

    on February 6th, 2008 at 10:03 am

  78. Teesya cakap:
    Gravatar

    eeeee garang nya kak limah ni.Tak dapat cuti tahun baru cina ke?

    on February 6th, 2008 at 10:05 am

  79. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    telebih makan limau tu yg masam je muka kak limah tu, mood x baek…..

    on February 11th, 2008 at 2:11 pm

  80. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    ade ke org bagi limau kat dia tu… keh keh keh…

    on February 11th, 2008 at 7:16 pm

  81. salamiah asan cakap:
    Gravatar

    dpd bagi kat kak limah…baik buat baling ayam.uhuhuhu

    on February 19th, 2008 at 7:24 pm

  82. echah cakap:
    Gravatar

    baru tau kenapa kepala ayam aku benjol……:)

    on February 20th, 2008 at 6:48 pm

  83. Limah Gila cakap:
    Gravatar

    EWAH EWAHHH..SELAMBA KODOK JE KAU ORANG KUTUK AKU YER….Tapi tak pe…pasal aku tengah waras..aku maafkan.Tapi kalau time bulan terang…gila aku dah datang ,korang jangan main-main.abis tiang ngan tangga rumah kau orang aku makan nanti.

    on February 25th, 2008 at 8:09 am

  84. seoul cakap:
    Gravatar

    Garang nyerrrrr

    on February 26th, 2008 at 8:06 am

  85. stacy cakap:
    Gravatar

    so funny hahahahahahaha`.you all guy are sick.

    on February 26th, 2008 at 8:07 am

  86. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    They re sick…but I got six sense…wuuuu dasat tuuu aku cakap omputih tuuuu.

    on February 27th, 2008 at 10:52 am

  87. Ronnie(putra racing) cakap:
    Gravatar

    Diam lah limah.kau tu dah la gila.

    on February 27th, 2008 at 10:54 am

  88. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    Lama sungguh gue tidak mampir ke sini.waktu begitu mencemburui.cpu ku jua harus di tukar yang baru.

    on March 2nd, 2008 at 9:00 am

  89. ADAWWIYYAH cakap:
    Gravatar

    Suara professor dalam pogram APA-APA AJE setiap pagi isnin tu suara tok ujang ke tu? Pasal tengok rupa professor yang pakai baju purple tu macam ada rupa aje.

    on March 3rd, 2008 at 7:07 am

  90. avatar cakap:
    Gravatar

    Uhuhuhuhu tok jadi pengacara rancangan apa-apa aje pulak ke.Tak bagitau punnnnn……….

    on March 3rd, 2008 at 7:08 am

  91. Ujang cakap:
    Gravatar

    Penglibatan saya dalam Apa-apa aje tu hanya sekadar di pinggiran.Mengisi masa lapang.

    on March 7th, 2008 at 8:23 am

  92. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    HUHU… TOK JADI PROPESER TAU… FUYOOO…..

    on March 7th, 2008 at 3:42 pm

  93. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya telah menarik diri dari memegang jawatan professor kat pogram tu kerana mendapat tawaran menjadi tok batin di sebuah kawasan terpencil di afrika selatan.

    on March 10th, 2008 at 5:50 pm

  94. jonjenin cakap:
    Gravatar

    abih kek belulang sapo lak nak kaber.
    tok kembali lah ke Malaysia..kerano tanpo tok siapolah kami..hihihiii

    on March 12th, 2008 at 10:08 am

  95. ujang cakap:
    Gravatar

    Nak kembali apa nya jon..memang saya sentiasa habiskan masa di malaysia ni…cuma akan balik sekejap ke afrika selatan apabila dekat hari mengundi nanti je.

    on March 12th, 2008 at 11:15 am

  96. jonjenin cakap:
    Gravatar

    kihkihkih…acah yoo tok… haaa,,,tau gabra.
    apa pandangan tok berkenaan laluan masuk ke kg. belulang ni nampaknya semakin banyak yang rosak. keadaan ini menyukarkan lagi ramai pddk kampung nak balik mengunjungi sedaro maro dan jiran tetangga. agak berkabus ko camno tu…
    harap Jabatan ‘ K ‘ rayo dapeklah membuat sesuatu yang mungkin akan membantu pembinaan jalan alternatif ataupun membuat fly over yang merentas lautan hindi ko seberang prai.
    atau meningkatkan kadar tol di beberapa bahagian terutama jalan masuk ke pintu gerbang sempadan gaza. sekian esey melaporkan untuk tb itam putih…

    on March 15th, 2008 at 10:11 am

  97. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    Bangsar, 19 Mac 2008 : Barisan kabinet Jabatan Kerja Raya yang baru di bentuk telah mengambil berat tentang aduan yang telah di suarakan oleh orang ramai berkenaan jalan yang rosak bagi laluan ke kampung belulang. Jurucakap bagi kementerian ini berkata, mereka telah mengerahkan sepasukan golongan pakar bagi memperbaiki jalan yang menuju ke kampung berlulang.
    Kerja-kerja pembaik pulih telah di lakukan bermula semalam. Sejumlah 50 buah lori yang berisi penuh dengan jalan tar baru telah di kerah bagi menurap jalan baru ke kampung berkenaan.
    Tok ketua kampung Belulang saudara Ujang ketika di hubungi berkata, setelah lima purnama menanti akhirnya keluhan mereka di dengari oleh pihak berwajib. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada kementerian kerana sudi menurap jalan baru yang setebal 10 inci.
    Pihak kementerian juga tidak akan mengenakan sebarang tol atau caj-caj yang tersembunyi.Kerja-kerja penurapan jalan baru ini di jangka siap pada hari ini.

    on March 19th, 2008 at 3:29 pm

  98. Gravatar

    Alhamdulillah nampaknya kementerian begitu perihatin terhadap masalah rakyat. keluhan pddk kg. belulang yang hampir terputus hubungan dengan pihak luar akhirnya selesai.
    Seorang penduduk kg. yang enggan namanya disiarkan berkata ” ramai oghang mengeluh pahit..kalau tak pahit bukan kopi namanyer….”
    ketika melangkah longkang di depan balai raya saya terserempak dengan beberapa penduduk yang menjinjit beberapa ekor ikan. tanpa membuang masa saya meminta pandangan beliau tentang jalan penghubung yang telah di turap baru.beliau yang juga enggan namanya disiarkan berkata : pandangan saya kabur dan pedih sebab masuk dek lumpur masa menangkap ikan kek kubang kobau tadi….adehhh..pedih siyoot..kejap nak rondam kepalo kek kolah surau nuu”.

    sekian laporan secara langsung dari saya yang juga enggan namanyer disiarkan untuk JIBAM news.

    on March 19th, 2008 at 9:45 pm

  99. Ujang cakap:
    Gravatar

    huh…tu dah kira ok la tu.Tambah lagi lam 128 perkataan dan di taip double spacing…dah jadi artikel humor dan boleh di hantar ke Gila-Gila.Teruskan usaha…penduduk kampung belulang bolehhhhh!!!!

    on March 20th, 2008 at 10:11 pm

  100. jonjenin cakap:
    Gravatar

    HEHEHEE… lawak jugak tu…bleh masuk raja lawak gila-gila wa cakap luuuu beb!!!

    on March 21st, 2008 at 5:27 pm

  101. Gravatar

    manerrrr plak ni haa…? tadi kata nak lepak sini….
    sah kena cong aku ni….dah lama mlangguk takde pun muncul…
    aku balik kang dia datang pulak…
    pastu merajuk…nak kene pujuk plak. menyampah betul lah.
    aahh..balik jer lah…dah naik sawang kelengkang aku ni ha….
    sebelum sawang naik ke kepala baik aku cau!!

    on March 22nd, 2008 at 12:25 pm

  102. Ujang cakap:
    Gravatar

    serabut betul fikiran tu hahahahaha.Dah tau beliau tak datang…pegi aje ke rumah nyer.

    on March 23rd, 2008 at 9:28 am

  103. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hehehee…apo kono kau ni en. kurus kerin.?
    sapo kau nunggu tu? gelpren ke apo? ajak kawin jer. senang crite…kihkihkih

    on March 23rd, 2008 at 10:44 am

  104. kriok cakap:
    Gravatar

    Tu nak ajak kawin la tu…tapi dah tak datang.nak ajak macamana.betul tak encik kering?

    on March 28th, 2008 at 11:31 am

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>