KAU ORANG PERNAH TERFIKIR TAK?

Posted in Buletin by Ujang on the February 25th, 2008

Memula kita bangun tido..pastu mandi,gosok gigi,pakai baju seluar,skirt ke,blouse ke,seluar panjang ke ..apa-apa aje lah pastu pegi kerja.Tengahari ,makan tengahari pastu minum petang dan balik.Malam pulak kebanyakkannya menyandar kat ruang tamu nengok tiwi berehat-rehat untuk melakukan balik perkara yang sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu selama bertahun-tahun.Kat celah-celah HAL yang rutin tu ada la sikit-sikit masalah kecik untuk di fikirkan dan di ladeni dengan baik..atau kadang-kadang juga berlaku hal-hal yang besar sehingga mampu mengalirkan adrenalin ke tahap kritikal..atau boleh jadi jadi juga hal-hal kecil yang di pandang besar..atau lebih bangsat lagi hal-hal kecil yang di perbesar-besarkan sehingga menutup penglihatan dan kewarasan terhadap hal-hal yang lebih besar.Kemudian dari itu pulak setiap hal yang datang tidaklah sekeping sahaja melainkan bersangkut-sangkutan lah pulak dia dengan hal-hal yang lain.Maka menjadi banyak hal lah yang nak kita fikirkan.Samada kita sedar atau tidak apa bila kita rajin mengutip hal-hal yang berlaku ini saban hari,maka penuh saratlah sel-sel otak kita menyimpan data-data hal tersebut di dalam memori sepanjang hidup kita.Kalau hal yang kita simpan itu terkandung memori indah atau kisah-kisah kelakar yang menghiburkan ati…tak apa lah jugak.Kerana mendatangkan kesihatan…tapi kalau hal-hal yang merusuhkan jiwa sehingga memudharatkan badan,mengeruhkan air muka dan memeningkan kepala..apa ke jadahnya ini semua.Dengan itu rehat-rehatkan minda anda dengan membaca sebuah lagi kompilasi kartun terbitan CESB-Siri produksi gila-gila dengan —IBC (iNTELIGENT BLUES CLUB) Hasil karya kartunis ujang.Akan terbit di pasaran bulan depan,insyaallah.

66 Responses to 'KAU ORANG PERNAH TERFIKIR TAK?'

Subscribe to comments with RSS

  1. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    Insya Allah.. harap2 sempat lah sebelom pesta buku nanti..

    on February 25th, 2008 at 11:42 am

  2. mat cakap:
    Gravatar

    bilo ha pesta buku..

    on February 25th, 2008 at 12:00 pm

  3. Atuk ghombau cakap:
    Gravatar

    ala…bulan dopan la tu.kalau bulan lopeh..bulan febuari mano sompek laie…pasal dah nak masuk bulan mac ni.

    on February 25th, 2008 at 12:44 pm

  4. kiambang cakap:
    Gravatar

    punyela panjang mukadimah..hehehe baeklah tok..nanti kami pakat beli ramai2..duit mmg dah stenbai utk segala koleksi tok yg terbaru..untuk pesta buku pon ada..insyaAllah..

    on February 25th, 2008 at 1:46 pm

  5. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Hihihi……. tu je ke isik kandungan post nih? Penat urat saraf otak nk bace intro….

    on February 25th, 2008 at 3:19 pm

  6. ujang cakap:
    Gravatar

    setakat ni ,tu aje lah moral of the story nyer hihihihihi.Dah selesai hal-hal penerbitan buku ni nanti baru ler kita start cari hal lain dan masalah-masalah yang lebih berat dan lebih berserabut.

    on February 25th, 2008 at 7:01 pm

  7. enot cakap:
    Gravatar

    Agak-agak berapa hengget lah harga buku yang tersebut di atas tu tok ujang? Kulit tebai ke kulit nipih?

    on February 25th, 2008 at 10:06 pm

  8. animaTOT cakap:
    Gravatar

    sungguh bermoral story ni…sel-sel otak aku dah mula berhubung bila membaca mukadimahnya..hehe

    tapi memang itulah berita yang ditunggu-tunggu..hehe

    on February 25th, 2008 at 10:16 pm

  9. AnsaraKL cakap:
    Gravatar

    Memang mampu mengalirkan adrenalin aku mukaddimah itu.Apakah ada sesuatu yang lain ingin di sampaikan? ataukah ini madah berhelah yang berembunyi di dalam terang?

    on February 26th, 2008 at 8:02 am

  10. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Ini semua yang membuatkan gila aku datang balik ni.obattttt…kasi aku obatttttt“`

    on February 26th, 2008 at 8:03 am

  11. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    errr… Assalamualaikum… den ado satu pengumuman penting..

    penyakit meng POSPON sekali lagi telah melanda KG belulang…
    majlis gadering yg sepatutnye di jadual kan pada 2/3/2008 terpaksa di tunda ke satu tarikh baru yang akan di umumkan lopeh pilihanraya..
    tarikh baru akan di umumkan sendiri oleh tok ketua kg belulang ini, iaitu En. Ibrahim b. Anon kita…

    segala kesulitan amatlah di kesali, sekian terima kasih…

    on February 26th, 2008 at 2:04 pm

  12. kiambang cakap:
    Gravatar

    AnsaraKL..best plak perkataan berembunyi tu..macam kiut je hehe..nanti masa pesta buku bulihla penduduk Kg belulang maen rembunyi-rembunyi kat pwtc ngehngehngeh..

    Kak Limah..ubat tu saya dah kirim kat sumi..xtau la nape dia tak sampaikan kat kak limah lagi..ada kebarangkalidarabbahagian bahawa sumi termakan ubat tu..adusss..

    Pelita..jangan dikesalkan segala kesulitan..anggaplah ia satu kenikmatan..nikmat kePOSPONan hehehe..lepas ni kita ubah ye..segala kesulitan amatlah dihargai..tanpa kesulitan tiada pengorbanan..ecehwehhh

    on February 26th, 2008 at 3:36 pm

  13. jonjenin cakap:
    Gravatar

    alahai..jumpo kek pesta buku bulan april jo la sonang citor…hihihii

    on February 26th, 2008 at 8:29 pm

  14. semuutiee cakap:
    Gravatar

    IBC di pospon? gadering terbit bulan depan?April buku bulan pesta?moral of the story?urat sarap penat?obatttt?sel sel otak tak berhubong?aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………………………………………………………………

    on February 27th, 2008 at 9:23 am

  15. Adikyah cakap:
    Gravatar

    Salam,
    Iskkk …. dah lama tak menyinggah. Apa khabo orang2 kampung? Tok ketuo? Oh ya, jumpa di pesta buku nanti deh. Jaga diri semuooo!!

    p/s: sumi, hang buat gapo tuh? Tidin, tengah makan ker? Kiambang, sibuk ka? kak echah, tengah tido ker? hahahaaa…. :)

    on February 27th, 2008 at 9:24 am

  16. Long Piah cakap:
    Gravatar

    Apa kata kalau pihak menejmen meng uploadkan gambar cover buku IBC yang di gembar-gemburkan akan terbit itu untuk tatapan rakyat marhaen semua?

    on February 27th, 2008 at 10:42 am

  17. AnsaraKL cakap:
    Gravatar

    Tersilap tekan key la encik kiambang.Saya sokong pendapat Long Piah

    on February 27th, 2008 at 10:45 am

  18. kiambang cakap:
    Gravatar

    Long Piah??? Misteri Long Piah???

    on February 27th, 2008 at 12:21 pm

  19. animaTOT cakap:
    Gravatar

    bukanlah…

    Long Piah = Piah Yang Panjang atau piahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    on February 27th, 2008 at 7:55 pm

  20. joi cakap:
    Gravatar

    Ini mesti beli ni. citer feveret ni masa skolah2 dulu. Bang yang Mega Movie punya kompilasi x de lagi ke alah yang katun ada macam2 movie yg dikatunlawakkan tu, yg saya beli dulu dah hanyut dlm banjir

    on February 27th, 2008 at 9:09 pm

  21. TiDiN cakap:
    Gravatar

    setelah baca artikel tok ni… baru aku sedar aku tak terpikir psal pape pon…. ;p

    on February 27th, 2008 at 10:18 pm

  22. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Adikyah hang ni mcm tau2 ja aku tgh makan…well you know me hehehe

    on February 27th, 2008 at 10:26 pm

  23. avatar cakap:
    Gravatar

    itu menunjukkan otak ko sudah tidak berfungsi lagi tidin.

    on February 27th, 2008 at 10:48 pm

  24. ujang cakap:
    Gravatar

    Temui saya besok pagi - Hari Jumaat JAM : 7.30 pagi .Saluran TV3 dalam rancangan MALAYSIA HARI INI…….Juga Hari AHAD :JAM-9.00 malam di saluran 95-ASTRO AWANI —-Memperkatakan tentang Alam Strebentuen dan mengupas isu-isu exkervensen frenstemfes kehidupan.Siaran ulangan pada-Isnin 6.30pm/selasa 11.30pm/rabu 3.30pm/khamis 10am/sabtu 4.30am/ahad 5.30am.Majulah kampung belulang untuk negara.

    on February 28th, 2008 at 1:01 pm

  25. kiambang cakap:
    Gravatar

    ala tok..tak dan tgk td..tgu jela ulangan kat astro

    on February 29th, 2008 at 1:09 pm

  26. puakakejam cakap:
    Gravatar

    dapat tgok tok ujang kat MHI….beborak dgn si ally iskandar…cayalah tok…

    on February 29th, 2008 at 7:06 pm

  27. puakakejam cakap:
    Gravatar

    bercakap pasal citer IBC tu..kawan ingat tak ingatlah citernya…
    tp tak silap ada baca 1 kisah masa bulan posa…ujang n geng..dok main meriam buluh..pastu kantoi dgn cikgu besar…..sebab bunyi mmg kuat giler….
    mmg kelakolah..last2 diorg sorokkan batang besi tu..ganti dgn daun betik….dan…apa erk…lupa lak

    ahhhh..lupalah!!!!!….MMG kena belilah ini koleksi…..

    on February 29th, 2008 at 7:11 pm

  28. ujang cakap:
    Gravatar

    Jangan kata encik puaka je ingat-ingat lupa,saya yang melukis dan menulis cerita tu sendiri pun dah banyak lupa camana cerita nya keh keh keh.2 hari lepas baca balik…terasa macam baca karya orang lain je hihihihi.

    on March 2nd, 2008 at 8:50 am

  29. jonjenin cakap:
    Gravatar

    itulah kenangan…ada yang kita bleh ingat…ada yang dah lupa langsung.
    member tadika pun bila jumpa dia sembang hal2 dulu kita dah lupa…
    sememangnya kita ni manusia mudah lupa..hihiii..
    IBC karya ujang yang memang di nantikan….
    kasi pribiu la cover dia kat jibam?

    on March 2nd, 2008 at 1:28 pm

  30. ujang cakap:
    Gravatar

    Insyaallah…cover IBC akan di preview dalam jangka waktu terdekat.

    on March 2nd, 2008 at 6:45 pm

  31. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Ehem. Aku ingat Usop Sontorian tu, sebenarnya IBC masa kecik. Heheh.

    on March 2nd, 2008 at 11:40 pm

  32. ujang cakap:
    Gravatar

    heh heh heh…macam dekat-dekat je habitat diaorang ek..keh keh keh

    on March 3rd, 2008 at 7:04 am

  33. kiambang cakap:
    Gravatar

    dah terbit lom IBC di pasaran?kata kua bulan ni kan tok?hehehe..kang duit ni terguna bli tepung naik sendiri plak huhu..

    on March 3rd, 2008 at 9:32 am

  34. jonjenin cakap:
    Gravatar

    kau ni kiambang asyik beli tepung jer…jimat2 laduit tu buat kempen mengundi karang..hihihiii
    a ah dah kuar belum ni??? mak aku call tanya jugak tadi…

    on March 4th, 2008 at 12:30 pm

  35. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    IBC…. hehehe belom kuar laie ler… tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu……

    on March 4th, 2008 at 1:46 pm

  36. ujang cakap:
    Gravatar

    Mana boleh kuar cepat sangat.Nanti abis…camana nak jual masa pesta buku pwtc nanti.

    on March 4th, 2008 at 8:38 pm

  37. Padin cakap:
    Gravatar

    Betul jugak.Nanti kesian pulak pada orang ramai yang berkunjung ke pwtc tu.

    on March 5th, 2008 at 7:20 am

  38. kiambang cakap:
    Gravatar

    eleh jonjenin tu..jeles plak ako bli tepung..kalo ako wat kueh..untuk korg gak masa kite jmpa kat pesta buku karang..gedering cam dulu tu hehe..kempen ngundi pehal plak ako nk kua duit..kua duit poket bakal YB la hehehe

    baeklah..beli je IBC time pesta buku kang..

    on March 6th, 2008 at 2:05 pm

  39. brader cakap:
    Gravatar

    errr pilem jibam tu ape dia punyer perkembangan..

    on March 6th, 2008 at 6:11 pm

  40. Ujang cakap:
    Gravatar

    Perkembangan pilem Jibam paling best.Loan bank dan kekwa dah lulus 2 juta,dengor khabar tak cukup dan penerbit nak tambah lagi.Apakah filem ini akan keluar dalam bentuk CG sepenuhnya dan di terbitkan dalam bentuk 4d yang memerlukan kita memakai spek 3d apabila menontonnya.Terlalu ngeri untuk di bayangkan oleh akal yang waras.

    on March 7th, 2008 at 8:13 am

  41. jonjenin cakap:
    Gravatar

    alahai..kiambang mestilah den jeles. ekau beli tepung tak ajak ako kehkehkeh…kalau buek kuih tu den pun nak rasa gak barang sepinggan dua air basuh tangan kau.
    eh sapo kato pegi mengundi tak kuar duit..mano tahu maso nunggu untuk mengundi kang kau haus n lapar. nak jugak kuar duit gak beli sirap ko? lempeng ko? jumpo plak kengkawan nak juo belanjo…
    YB dah pokai do..sekarang duduk berpeluh ketiak nunggu result undi. takdo maso lak nak layan bondo lain dah.hihihii

    on March 8th, 2008 at 11:00 am

  42. kiambang cakap:
    Gravatar

    takde maknanye nak beli sirap..ako g ngundi jalan kaki je..sekolah dpn umah..heret 2org anak buah ako sbg escort hehe..situ takde kengkawan de..sbb ako ngundi kwsn umah kediaman kakak..so kalo trjumpa pon kawan dia la..perayu undi lagi tuh..siap offer ako blk naek keta dorg yg byk poster n bendera tuh..ako baru je nak dera anak buah ako jln2 keliling kwsn..kunun bulih buang lemak barang 2-3ratus gram wakaka..xdapekle jonjenin oiiii

    on March 9th, 2008 at 10:55 pm

  43. ujang cakap:
    Gravatar

    Korang berdua ni tolong la series sikit.Nak beli tepung ke nak beli sirap yang sebenarnya ni?

    on March 10th, 2008 at 5:45 pm

  44. kiambang cakap:
    Gravatar

    err..ntahla tok..kompius plak ha..nak beli sirap cap dabel layen ke..sirap cap bunga ros?

    on March 10th, 2008 at 7:30 pm

  45. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ontah kiambang nii haa tok. orang citer series pasal tepung ngan sirap nak naik hargo. dio dok meraban sampai ko nak turun lomak kek botis apo semuo..malu den tok…maluuuu…huhuhuuuuu…
    apo kau ni kiambang!!! haaa..tuu.tuu..citor plak pasal bungo ros..kau ni kono domam paneh ko kiambang.kihkihkihkih…(aku nampak asap kek colah mato kiambang)..ngeee..takottt…

    on March 12th, 2008 at 9:58 am

  46. ujang cakap:
    Gravatar

    Tahun ni kita raya berapa aribulan ek?

    on March 12th, 2008 at 11:04 am

  47. Anak bulan cakap:
    Gravatar

    huhuhuu…dahhh..tok pulak pikior pasal nak raya. Pilihan raya pun baru lepas tok…

    on March 12th, 2008 at 3:04 pm

  48. rocky cakap:
    Gravatar

    Selamat hari pilihanraya,maaf dzahir dan bathin.jemput lah kerumah makan poster.

    on March 15th, 2008 at 7:07 pm

  49. Rockiah cakap:
    Gravatar

    hadoiiii…klakar cam cempiang la kau ni rocky…
    muntah sirap aku gelak siyooot lu..ader ker selamat hari pilihanrayer…
    dengar di mak kiah ding dong mahu dia terajang pusat kau nanti…pantang dia ngan ayat pilihanrayer tuuu..

    on March 15th, 2008 at 9:05 pm

  50. kiambang cakap:
    Gravatar

    huiiiyooo..makcik rockiah ni mmg rock la..batu abes..i likeeeee..

    jon..ko pesal asik nak cari pasal je ha..pegi la cari si feisal ke..pezal ke..sharlinie ke..kurang sikit beban polis nak mencarik dak ni..kite kene bantu mak pak dia..doakan moga dia selamat..aminnn

    errr tok..kite raya 1 Syawal la huhuhuhuh

    on March 17th, 2008 at 9:18 am

  51. kumbang cakap:
    Gravatar

    kiambang….agak2 bila kita boleh couple?

    on March 20th, 2008 at 6:14 pm

  52. jonjenin cakap:
    Gravatar

    disaat kita sibuk memperkatakan tentang barisan kabinet baru pemerintahan jangan kita lupa pada kisah adik sharlinie yang belum diketahui hidup matinya. sama2 kita berdoa agar ia sentiasa dilindungi Allah dan akan kembali menemui keluarga dalam masa terdekat ini…amin…(sayu plak rasa ati den…)

    on March 21st, 2008 at 5:00 pm

  53. avatar cakap:
    Gravatar

    Aku pun tengah sibuk menyusun kabinet dapur rumah aku sekarang.Tak tau lagi nak letak kabinet pinggan mangkuk dan kabinet untuk makanan dalam tin sebelah kiri jamban ke sebelah kanan jamban.

    on March 22nd, 2008 at 5:28 pm

  54. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Taruk je kabinet tu dalam jamban.

    on March 23rd, 2008 at 8:08 pm

  55. kiambang cakap:
    Gravatar

    kumbang..kan kite dah kapel?ko lupa ke..bkn yg dtg ngan ako time bukak pose gedering kat tt-wangsa tu ko ke?

    on March 24th, 2008 at 5:37 pm

  56. Honeystar cakap:
    Gravatar

    Tak ada ke gambar-gambar candid sessi penggambaran filem JIBAM? atau masih belum di jalankan lagi penggambarannya? tolong jawab sket.

    on March 28th, 2008 at 6:26 pm

  57. honeydew cakap:
    Gravatar

    ada… ko pi tang http://www.candid.com. ha.situ banyak gambar tu..pi tengok cepattt..tipu je..kkikikii

    on March 29th, 2008 at 2:23 pm

  58. avatar cakap:
    Gravatar

    Betull laaaa…banyak sungguh gambar kat url tu…tidak kurang daripada 2 ribu keping.

    on April 3rd, 2008 at 11:39 pm

  59. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Sampai tanggal kuku aku menekan mouse tu…jangan kata gambar …satu tulisan pun takde.kau ni nak masuk neraka ke apa ni avatar dok mengkelepet aku ni? kau nak aku report kat ahli jawatan kuasa kematian kampung ni ke?

    on April 4th, 2008 at 10:31 am

  60. Leman cakap:
    Gravatar

    nak tengok gambar masuk fotopages la.

    on April 4th, 2008 at 2:31 pm

  61. jonjenin cakap:
    Gravatar

    laa..komputer pun kau tak ON kan lagi memang la nak tertanggal kuku. dio jangan tekan mouse tu. kono cokek mouse tu sampai terbujil biji mato eh.. kalau sakit kuku lain kali tekan pakai kuku kambing pulak.kahkahkah…
    nak banyak gambar lagi buka la album gambar, tak pun pegi kedai gambar. hahahahaaaa…(jahat tul..nak masuk neraka kot aku ni)

    on April 4th, 2008 at 8:37 pm

  62. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    user macam kita boleh post gambar ke kat sini?

    on April 10th, 2008 at 10:09 am

  63. adik jibam cakap:
    Gravatar

    masa mukaddimah tu aku dah hangguk2 kepala tanda setuju (sbb idup ni mmg mcm tu pun!) tp bila dah ayat yag last tu hangguk aku makin kebawah bersama bibir bawah sedikit jatuh….

    on April 11th, 2008 at 4:52 pm

  64. jonjenin cakap:
    Gravatar

    kehkehkeh..adik jibam pun ada jugak?
    kalau bibir bawah dah jatuh tu tandanya kempunan nak cokik asam boi tu…hehe

    on April 11th, 2008 at 5:47 pm

  65. adik jibam cakap:
    Gravatar

    kalo kempunan nak cekik assam boi, mesti ayo lio dah tik tik tik…. tp ni steady je abg jon…. hikhikhik

    on April 14th, 2008 at 2:45 pm

  66. soden cakap:
    Gravatar

    lame dah aku tunggu filem jibam ni bila nak siap???

    on April 26th, 2008 at 11:23 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>