BEST BETUL lah MACAM TU

Posted in Buletin by Ujang on the March 23rd, 2008

Bebaru ni saya balik kampung menziarahi bonda tercinta yang kurang sehat.Dia tinggal sorang-sorang di rumah pusaka peninggalan nenek di kampung (Sila rujuk koleksi AKU BUDAK MINANG untuk melihat rupa rumah pusaka tersebut-iklan promosi).Simpan dulu pertanyaan-pertanyaan yang berthemakan dewa kebaikkan(pinjam ayat hafiz) seperti `kenapa tak ajak dia duduk KL atau kenapa biarkan dia duduk sorang-sorang di kampung atau siapa yang tolong dia buat kerja-kerja rumah …kerana persoalan itu akan di jawab pada hari yang lain.Apa yang lebih utama ingin saya ceritakan disini ialah jika di renungkan HAL ini akan membawa kepada persoalan yang amat dalam dan huraiannya hanya boleh di terjemahkan melalui peti undi.Kembali kepada sebermulanya kisah-Saya duduk-duduk minum kopi sambil membelek minit mesyuarat pertubuhan peladang yang tebalnya lebih sepuluh mukasurat.Setelah habis membelek kesemua mukasurat..saya bertanya kepada bonda saya yang telah berumur lebih 70 tahun.`Mak pergi ke mesyuarat agung pertubuhan peladang ni?` `Pergi…dapat elaun rm15 hengget`jawabnya sambil tersenyum ikhlas.`Berapa yuran tahunan tu?` `seratus ringgit je`jawab bonda sambil mukanya berkerut kehairanan dengan soalan tersebut.`Berapa kali mesyuarat agung tu?`tanya saya lagi ` setahun sekali`.Tapi setiap kali mesyuarat diaorang bagi elaun rm15 ringgit pada siapa yang hadir ` sambung bonda lagi.`Apa kemudahan yang di tawarkan?` `Kalau kita nak buat sawah…pertubuhan akan bagi bantuan tolong bajak sawah percuma untuk ahli“00000….saya mengangguk-angguk kepala dan mencongak-congak kalau tak silap sudah lebih 5 tahun bonda tidak mengerjakan sawah setelah ayahnda meninggal.Saya hanya terfikir ada berapa ramaikah orang tua seperti bonda yang menjadi ahli pertubuhan peladang yang membayar rm100 yuran setiap tahun dan menerima elaun rm15 apabila menghadiri mesyuarat agung yang juga di adakan setahun sekali.Maka belen rm85 ringgit tersebut jika di darab kepada seratus ribu orang dan di darab juga ke beberapa tahun tentu menghasilkan jumlah yang banyak.

140 Responses to 'BEST BETUL lah MACAM TU'

Subscribe to comments with RSS

  1. jonjenin cakap:
    Gravatar

    welcome to kampung!!!
    entah kenapa ada perkara seakan-akan terlepas pandang atau terpinggir bila kita meredah pejabat2 tetentu. jawapan yang paling selamat.

    Memang kaya la kalau rm100 dikutip tiap seorang, pastu buat mesyuarat sembang pasal bal..bala..blaaa..bagi rm 15 sorang sebagai menutup mulut bahawa ‘kita ada buat mesyauarat’. berapa kali….? setahun sekali…ayooo….best kan makan duit orang kampung. macam makan kacang cap tangan.

    Belen duit kutipan tu mana pegi??? buat rombongan ke? buat berkursus ke ? buat makan angin geng2 ke? atau ada orang buat pinjaman buat banglo lapan puluh tingkat.

    elok la kita balik menziarah kampung kadang kala ada perkara yang seakan2 mengkelepet sedang berlaku di kampung dan mangsanya siapa???. silap2 haribulan tanah tapak umah dan kerbun bleh di ejas jadi nama orang lain dan perkara itu tidak mustahil akan berlaku dalam kehidupan HAL warga kampung.

    on March 23rd, 2008 at 10:26 am

  2. hafiz cakap:
    Gravatar

    eh ape kes, den dah komen, tibo2 dio hilang. haii… polik2

    on March 23rd, 2008 at 2:15 pm

  3. hafiz cakap:
    Gravatar

    huhu den cubo ingat apo la den tulih tadi. camni la lebeh kurang:

    Adakah pertubuhan yg disebutkan bermaksud Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) atau National Farmers Association (NAFAS). Sesungguhnya website LPP tidak wujud lagi di alam mayapada. Namun, website NAFAS masih wujud.

    Hmmm…. cubo tengok kek “Board of Directors.” macam ku kenal orang itu. tapi siapa? di mana pernah ku jumpa?

    PS: Tok, ayat tu saya cedok daripada kawan. saya hanya tukang femeskan dia hihi. sekian utk makluman

    on March 23rd, 2008 at 2:21 pm

  4. hafiz cakap:
    Gravatar

    takpo la… mesti pasal ada link website luar. den amek komen den yg hujung sekali.

    Tok, ayat tu saya cedok daripada kawan. saya hanya tukang femeskan dia hihi. sekian utk makluman

    on March 23rd, 2008 at 2:24 pm

  5. brader cakap:
    Gravatar

    dunia oh dunia…

    on March 23rd, 2008 at 5:52 pm

  6. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya tengah berkira-kira untuk menubuhkan persatuan khairat kematian dengan yuran rm 100 sebulan..keistimewaan menjadi ahli persatuan yang saya akan tubuhkan ini ialah anda akan menerima 7 helai kain kapan dan 2 buah batu nisan percuma apabila anda meninggal kelak.

    on March 23rd, 2008 at 8:02 pm

  7. illa cakap:
    Gravatar

    alhamdulillah;)

    on March 23rd, 2008 at 9:56 pm

  8. hafiz cakap:
    Gravatar

    boleh tak saya upgrade keahlian saya kepada RM200 sebulan? nanti boleh saya dapat free suit masa hari pengebumian. pastu leh tanam bersama2 dengan kerete porsche.

    hihihihi (tak lawak)

    on March 24th, 2008 at 6:05 am

  9. jonjenin cakap:
    Gravatar

    baik buat derma je kutipan yuran tu tok. bagi pada badan kebajikan ke? kita cuma dapat percuma lubang kubur, batu nesan dan bacaan talqin. muga roh kita aman kek sana. tak payah susah2 nak pikir la pasal keta porshe ke? janda cun kita kita, duit kat bank yang lapan puluh juta apa semua.hehe…
    kalau nak bawa pun tak salah..tapi pengkebumian dibuat di jirat lah…kwang..kwang..kwaaanggg…

    on March 24th, 2008 at 7:46 am

  10. mat cakap:
    Gravatar

    saye pon nak upgrade tok,,rm250 sbulan,,,tp nanti taklin saye nak dibace dlm bahase arab….

    on March 24th, 2008 at 11:48 am

  11. mat cakap:
    Gravatar

    bukan taklin laa,,,,talkinnn ,,,sbuttt btol2..

    on March 24th, 2008 at 11:49 am

  12. hafiz cakap:
    Gravatar

    hahaha talkin arab tu, Tok boleh uruskan. Tok penah sekolah arab kek moncheh. tak cayo, tanyo Tok. boto kan Tok?

    on March 24th, 2008 at 1:30 pm

  13. kiambang cakap:
    Gravatar

    heh..mat tu nak taklin dia lam bahasa arab..nape?seram lebeh ke kalo lam BM huhuhuhu

    err tok..ngape gitu ye?mak saya ahli pertubuhan peladang gak..tp masyuk gakla elaun dia dpt..setaun 3X..skali dpt ada la rm2000 ..mesyuarat tahunan kalo dtg dpt rm100..aritu abah meninggal..dia bagi rm400..elaun tu bergantung pd rege pasaran kelapa sawit..kira Alhamdulillah le..pertubuhan peladang ni amat menjaga kebajikan ahli..apa kata suh mak tok masuk pertubuhan peladang yg mak saya join ni hehehe..

    on March 24th, 2008 at 4:48 pm

  14. jonjenin cakap:
    Gravatar

    lain padang lain belalangnya ..lain tempat lain orangnya. bisik mail kurdis tatkala melihat belalang kunyit melompat masuk ke dalam cawan teh tariknya.

    mungkin orang yang mengendalikan tu yang tak betul kerjanya. atau banyak kemungkinan yang kita sendiri payah nak paham cerita sebenar. sonang rujuk lembaga pertubuhan peladang…ada la jawapannya tu nanti…
    sambung wan sepeon sambil menceduk belalang kunyit itu dan di cicahkan dengan kuah kari roti canai dan dikunyah2 sehingga hancur. glup?!

    on March 24th, 2008 at 5:18 pm

  15. vrempire cakap:
    Gravatar

    Hmmm…sungguh masyuk bila difikirkan balik. mahal jugak seh setahun RM100 tu. yuran MLM atau direct selling pon tak semahal lagu ni hehe. kena audit sket mana balance duit tu. kut-kut guna utk buat open house taraf hotel 5 bintang kut :D

    on March 25th, 2008 at 1:23 am

  16. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Sawatdee kha….Sabai dee mai??…..hehehehhe….
    Wohooooo lamo x menjengok ke sini….

    Kelepet tu ade kat mana2…
    Ayahnda saye yg x berapa tinggi pendidikannya telah dilantik menjadi pengerusi pekebun kecil getah dibwh seliaan sebuah agensi kerajaan. Setiap 2-3 bulan dia akan diminta hadir ke pejabat berkenaan utk menyain cek. Dan setiap kali itu ayahnda saya dapat rm50-100. Kalau ade miting, dapat la elaun sket plus hadiah sampingan seperti teko cap ayam, gelas cap kapal terbag, etc.
    Yg jadi peroslanannye, agak2 berapa RM telah masuk ke poket pegawai2 tersebut? Sebab cek2 yg di sign itu adelah cek kosong belaka…..

    Mai pen rai….Never mind…..

    on March 25th, 2008 at 10:12 am

  17. adikyah cakap:
    Gravatar

    Owoo… itu macam pun ada ka? Terkelepet sungguh. Apo, diorang ingat orang2 tua2 tuh budak2 yang kalo nangis kasik jer cekelat dua tiga bijik. Macam tu ka? Macam tu ka? Fuh! Apsal angin satu badan jer nih. HeHeHe … cool, cool mat kool.

    Warga Tua Teras Masyarakat!!
    Woohoo!!

    on March 25th, 2008 at 12:10 pm

  18. Dr. Kelefesen cakap:
    Gravatar

    hampir satu abad hamba berkecimpung dalam dunia perkelepetan.Sekarang hamba telah meninggalkan dunia yang penuh pengkelepetan ini kerana hamba dikelepet hingga ke tahap Durjana oleh budak darjah satu oren.
    apa yang hamba ingin utarakan disini ialah pengkelepetan ini berlaku dimana-mana sahaja. baik di bawah meja, tepi surau, balik pokok pisang dan dimana-mana sahaja yang terdapat tempat yang boleh dilakukan aktiviti kelepet ini. menurut Prof. Dr. Kepet pengkelepetan ini terjadi adalah hasil daripada gabungan beberapa hormon yang dipanggil sikap tamak haloba manusia yang tidak takut kepada HUKUM TUHAN.
    oleh itu sedarlah wahai manusia yang leka dengan HAL KELEPET. Pengkelepetan itu akhirnya akan memakan diri mereka sendiri, keluarga, bangsa, agama dan Negara. oleh itu hamba menyeru sekalian mahluk yang terbabit secara ekslusif dan bertaraf Master Of Kelepet, segeralah menyambung ke tahap PHD Of Kelepet di University Of Kelepet Telinga Abahkau di Negara Balik Neraka. semoga mereka yang suka kelepet ini akan menemui jalan yang lurus ke Neraka yang Abadi.
    sekian terima balasan.ehem!

    on March 25th, 2008 at 10:48 pm

  19. kepet cakap:
    Gravatar

    fuh! rasa nak menangis kamek baca watikah bernanah Dr. Kelefesen. Unsur-unsur penerapan nilai-nilai kemusnahan jelas nyata dalam ayat beliau yang berbunyi ‘Ehem!’. menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bunyi. bunyi “ehem” yang dibuat oleh Dr. Kelefesen itu memenuhi piawaian bunyi yang di luluskan oleh lembaga bunyi Negara. jika bunyi itu diulang-ulang beberapa kali ia pasti akan mengeluarkan Mukus yang berwarna-warni. namun begitu, berlainan pula dengan pendapat seorang pakar dari binawe. bunyi ‘Ehem’ bagi beliau adalah sangat berbeza dengan bunyi ” Uhuk”. kerana meneurut kaji selidik yang dilakukan di sekitar kawasan setinggan. bunyi “uhuk” itu dilakukan dengan nada yang meneran secara berdesir.fakta itu belum dapat dikesan kerana beliau telah tertidur ketika kajian dijalankan.

    on March 25th, 2008 at 10:59 pm

  20. brader cakap:
    Gravatar

    dunia oh dunia… hmmm

    on March 26th, 2008 at 12:26 am

  21. semuutiee cakap:
    Gravatar

    Dunia memang cam ni….dari zaman Adam lagi manusia memang suka mengklepet.kepada yg selalu mengklepet tuh bawak2lah sadau diri cam si Dr kelefesen tuh. pada yg dah kena klepet lak…bawak besabau…..anggaplah apa yg dah di beri tuh sebagai sedekah jariah……daripada sakit jiwa mngenangkannye……..
    berita terkini…..kerajaan kita yg sangat perihatin kpd rakyat tak akan naikkan tarif elektrik, harga petrol dan gas…………(setelah diblasah dlm PRU lepas….bestkan..PRU akan dtg kita blasah lagi heh!)

    on March 26th, 2008 at 8:54 am

  22. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    huhuhu… panas.. panas…

    koleksi IBC, Koleksi Apak, Koleksi Yushimura vs Imuda dah siap…
    nantikan kemunculannya hehehe..

    on March 26th, 2008 at 11:58 am

  23. SumiJelly yg sentiasa manis ;) cakap:
    Gravatar

    Saje menyelit nk bagitau, Kak Echah selamat melahirkan seorang HERO smalam…. Didiklah anak2 kita supaya besar menjadi seorang yg berhemah tinggi dan dijauhi dr segala amalan2 klepet tersebut… Amin…..

    on March 26th, 2008 at 1:06 pm

  24. semuutiee cakap:
    Gravatar

    saya ada satu nama best utk kak ecah…..namakan hero dia tu ..HIRO NAKAMURA…..atau nak Islamik kita taruh Muhammad atau Abdul kat depan ….amacam ??

    on March 26th, 2008 at 1:58 pm

  25. kiambang cakap:
    Gravatar

    congrats! ada hero pon kak echah ye..moga sume selamat..anugerah Allah yg tak ternilai tu..

    on March 26th, 2008 at 5:42 pm

  26. Gravatar

    saye cadangn nama semuutie ditukar ke pada name ‘SEMUT MATI’. manakala anak kak echah kita bagi nama HIROSHIMA. sempena nama bandaraya jepun yang bersejarah. lepas tu nama kiambang kita tukar jadi KiamKuncup.lepastu lagi nama sumijelly tukar pada Sumimasammanis. lepas tu kan kita tukar lagilagilagilagilagilagilagilagi…belilah GILA-GILA!

    on March 27th, 2008 at 3:55 pm

  27. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    kak kiah… oooo kak kiah…. mana kak kiah nie.. kak kiah ooi tlg la tgk-tgk kan anak kak kiah ni skit.. main suke-suke je nak tukar nama org.. bebudak zaman sekarang ni bukan nye leh lepa skit.. kang mcm-mcm di buatnye kan.. hari ni dia nak tukar nama org.. tah besok lusa apa lak nak di buatnye… pinjam jap kata2 brader; dunia oh dunia…

    on March 27th, 2008 at 5:54 pm

  28. jonjenin cakap:
    Gravatar

    pelita ayam…agak2 bila ye koleksi apak dan lain2 akan terbit ni…aku dah tak sabau nak sambau nih…nak tunggu pesta buku cam lama lagi je…hihihi…

    on March 27th, 2008 at 9:12 pm

  29. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tak pe pelita,biaukan budak tuh………budak2 lagi…blum akhil baliq lagi tu…
    jon…bukan kau sorang, aku pun dah tak senang duduk ni……tak sabau nak tunggu pesta buku……sekarang ni dok bediri je ni…..
    utk makluman suma kat My News ada jual koleksi lama GG dgn harga 4 & 3 hinggit je…..aku baru sambau semalam ….dah ada sebenarnye tapi saje beli lagi pasal murah .so…sesapa yg bekenan pegi le carik….antara koleksi yg ada adalah: KERENGGE,PAK JAB, FROM TAIPING WITH LOVE,BIOKARTUN GG GROUP,KUTU by ZBH & REGGIEE LEE.

    on March 28th, 2008 at 8:59 am

  30. kiambang cakap:
    Gravatar

    cilanat sungguh la anak kak kiah tu..penyedut hampagas tulll..kalo nak tuka nama..bagila tuka sume nama penduduk belulang huhuhu..pelita ayam jadi pelita hati ke..jonjenin jadi jonbonjovi ke..wakakakaka..

    eh..GG tak bli lagi nih adoila..jgnla habis di pasaran..bz manjang..nk bli GG pon lupa

    on March 28th, 2008 at 10:18 am

  31. ujang cakap:
    Gravatar

    Alhamdulillah.Tahniah echah kerana berjaya membantu meramaikan umat di samping menambah bilangan penduduk kampung belulang ini.Semoga berjaya menjalankan tugas sebagai ibu dengan penuh cemerlang,gemilang dan terbilang.Majulah echah untuk negara.

    on March 28th, 2008 at 11:13 am

  32. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    Ya Allah budak ni apa dibuat pula kali ni!!!
    akak minta maaf la pada korang semua. Anak akak ni memang biol sikit. semalam akak dapat tahu dari jiran dia buat hal lagi. terus akak bagi back hand sampai melantun kepala dia dekat dinding. merekah juga la dinding tu. baru akak tahu anak akak ni kepala batu rupanya. pada pelita ayam terima kasih lah sebab melaungkan nama akak sampai dengar kat opis ni.
    sikap prihatin pelita itu buat akak terharu sangat…huhuuu..akak sebenarnya tak berdaya dah pelita. ada suami pun tak boleh harap. asyik menghadap muka bini muda dia aja. jadi akak yang dah sezen ni terkontang kanting la seorang diri menguruskan hal anak-anak. tu semalam yang sorang tu memang degil tahap jembalang. akak sudah banyak kali sound direct dekat dia. agaknya budak tu sound trouble sikit.

    tapi akak macam tak percaya sangat, sebab akak nampak pelita ini hatinya suci. suka menegur walaupun bukan anak sendiri. buat pengetahuan pelita akak ni kerja tak menentu. kadang-kadang ada dekat rumah. kalau ada urusan kena la out station. bebudak tu macam tu lah jadinya. akak harap sangat kat pelita ya…tegur la anak akak tu kalau dia ada buat silap. buat lah macam anak sendiri. akak tak kisah.

    semalam tu dia kata nak pergi sekolah. tup..tup…dia menyelinap masuk cyber cafe. tak tahu lah akak apa nak jadi..akak rasa berat sangat kepala ini. kadang-kadang kalau dikenangkan kesian pula kat bebudak tu. kalau lah ayah diorang tu ada dekat diorang akak rasa diorang takkan jadi macam tu…

    minta maaf la akak dah membebel panjang sangat ni. tapi itulah pelita ya..akak harap sangat…pelita lah sebagai wira dalam keluarga akak. ayah diorang tu…akak…dah tak boleh cakap sebak sangat ni…akak..sebenarnya…….. …. …. akak tak dapat nak teruskanlah…sebak sampai nak tertanggal jantung rasa.

    pada adik kiambang, semuutie, echah dan siapa lah yang tersinggung dengan perbuatan anak akak tu.akak mohon ampun dan maaf…
    akak harap kamu semua memahami situasi akak…mohon ampun….

    kak Kiah D.O

    on March 28th, 2008 at 1:13 pm

  33. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Kalau tak silap kiah D.o ni duduk satu wad ngan akak kat hospital gila dulu…tapi dia keluar lewat sikit pasal malas makan ubat.Bila cuaca panas je..macam ni la dia.mudah sangat sawan.

    on March 28th, 2008 at 1:40 pm

  34. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    buat limah_Gila akak paham situasi engkau dik. akak harap Limah jangan la terus buat-buat gila lagi. akak tahu adik Limah jadi Gila meroyan sebab nak makan telur masak kicap berperisa lemon T.
    mungkin akak ada melawat seorang kawan di Wad itu dulu. dan limah sangkakan akak yang gila. tapi akak paham situasi adik Limah. akak tak anggap adik gila. tiada siapa layak mengelarkan seseorang itu gila dik. tapi bagi hukum manusiawi mereka taksub dengan ideologi yang terlalu urban hinggakan tergamak menuduh sesama mahluk itu gila. bagi akak manusia yang unik ini ada dunianya tersendiri. mereka tidak minta untuk jadi begitu. mungkin keadaan dan situasi yang mereka alami memaksa mereka berkelakuan demikian.

    akak berharap adik Limah menjalani kehidupan ini dengan tenang. kita manusia biasa dik. sampai masa kita akan kembali ke alam yang hakiki. akak sayang adik Limah. salam rindu di angin bayu dari akak Kiah D.O yang jauh di mata tapi dekat di hatimu….

    on March 28th, 2008 at 3:17 pm

  35. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    semua koleksi tu dah siap…. tunggu je la kat pesta buku.. bukannya lama lagi pon.. seminggu je lagi… sabar..

    on March 28th, 2008 at 3:31 pm

  36. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    akak suka dengan sikap pelita…sabar, sopan santun dan mempunyai kereta merah.
    terima kasih pelita ya..akak akan terus bersabar hanya untuk pelita.
    akak akan pergi ke pesta buku nanti. kita berjumpa nanti ya pelita?

    on March 28th, 2008 at 4:53 pm

  37. Gravatar

    maakk! orang dah lapar ni!

    on March 28th, 2008 at 4:58 pm

  38. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    Cit! asyik nak melantak aja…nak makan penerajang dengan siku mak ni tak? sibuk betullah budak ni. bapak engkau tu bersenang lenang. aku juga yang porak peranda. sakit hati aku ni tahu tak!!!
    PIANG!!!
    Hah! kan dah merasa back hand mak.

    on March 28th, 2008 at 5:05 pm

  39. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Ahhh kau jangan pura-pura la kiah.Akak nampak aku makan mop kat tepi wad neurologi dulu.Kau ajak akak makan sama..tapi masa tu akak dah waras dan dah boleh keluar hospital.Dua bulan lepas tu akak dengar cerita dari doktor zaidi yang mengatakan akak dah di pindah kek wad bedah otak kerana menuduh ramlah ram bertanding untuk kerusi parlimen pahang.

    on March 28th, 2008 at 6:22 pm

  40. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    eh…kau nampak aku ke atau aku nampak kau makan mop? wahhh…ini sudah mengelirukan.

    on March 28th, 2008 at 6:23 pm

  41. semuutiee cakap:
    Gravatar

    sekali kpg ni dah kena kongker dek si kiah D.O anak beranak lah pulak!!!!geng up pulak dgn si limah gila….. zdcx gl,0g onkjmi h-gvc b888

    on March 28th, 2008 at 9:11 pm

  42. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    akak tak mahu terjerat dengan strategi yang pernah engkau lakukan pada duda roslan dulu Limah. akak tak mahu bicara panjang kerana akan mengaibkan engkau pula nanti. cukup kita berdua tahu.

    nampaknya kehadiran akak ini tidak disenangi oleh banyak pihak yang memandang serong pada wanita seperti akak. akak paham…akak sudah lalui banyak perkara yang menghiris jiwa.

    akak rela berundur diri. semoga kalian terus ceria bersama selamanya.
    terima kasih atas kesudian kalian menerima kehadiran akak buat setika kali ini. pada pelita akak nak pesan teruskanlah bersikap prihatin dan akak akan terus merindui pelita. kalau Limah tak bunuh akak. insya allah akak akan terus bernyawa. seandainya Limah bertindak agresif. ampunkan silap salah akak pada kalian semua.

    insan paling sedih di muka bumi
    Kiah D.O

    on March 29th, 2008 at 1:12 pm

  43. kak kiah D.O cakap:
    Gravatar

    Limah sebenarnya kita berdua tak makan mop ketika itu. tetapi semuutie yang melahap batang mop itu sampai ke pangkalnya. jadi siapa yang kita nampak ketika itu ialah…..? akak tak nak cakap. paham-paham sendiri cukuplah. sekian. akak pergi dulu buat selama-lamanya.babai!

    on March 29th, 2008 at 1:43 pm

  44. Bang Man cakap:
    Gravatar

    bang man ada seloka yang di cilok daripada majalah kartun. kalau tak silap nama majalah tu selangkah ke alam biol malim pelita kot.lupa dah bang man. seloka ini buat insan bergelar BINI.

    aku ada seorg bini
    bijak bistari lagi berani
    tindak tanduknya cukup berseni
    bagaikan mak yong dari pattani

    takdir tuhan siapa yang tau
    bisnes lingkup siapa mau
    hidup yang segar menjadi lemau
    bini pun bertukar jadi harimau

    bini tersayang mula bertindak
    suami dipandang umpama katak
    jangan sekali berkata tidak
    kalau menjawab mau nak pijak

    berbekal kelulusan yang tentu laku
    dapat le jugak mengisi saku
    seringgit pun tak dijolok kepada aku
    baru nak mintak dah tunjuk siku

    kita ni jantan takkan nak diam
    usaha le jugak bagai nak pitam
    hidup terasa semakin suram
    bini pun fed up bercampur geram

    ayohai bini dengarlah pesan
    aku sudahpun stanby batu nesan
    jangan pula nantiengkau terkilan
    aku dah jalan baru nak pengsan

    aku tau engkau tak heran
    hilang satu buleh ganti lapan
    tapi setahun ada 12 bulan
    pasti sampai ujian tuhan

    yang belum kena elok berjaga
    bini itu ujian bahaya
    heret ke neraka atau ke syurga
    kalau lepas memang bergaya.

    p/s -bang man short cut sikit seloka ni. panjang lagi sebenarnya. hendak pitam menaip. cukuplah tu rasanya. buat kita menjamu ketawa semuanya.

    on March 29th, 2008 at 2:12 pm

  45. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    huh…ketajaman kata-kata itu sungguh menusuk kalbu…dan aku yakin kiah d.o tidak ada kena mengena dalam hal ini.Kerana sejak pembubaran parlimen lagi kiah telah terlibat dalam menguruskan pengundi-pengundi hantu.Tapi perhitungan politik mu silap kiah.Bukan senang D.O nak jadi menteri.Kau kena banyak belajar (belajar menipu- pssst baca dalam hati) lagi kiah.

    on March 29th, 2008 at 4:23 pm

  46. SEkERITI GAD cakap:
    Gravatar

    ya allah…apa yang si limah dan kak kiah gaduhkan tu.Tak faham lansung saya.

    on March 29th, 2008 at 7:51 pm

  47. kiambang cakap:
    Gravatar

    kak kiah..lagu ni saya tujukan khas untuk kak kiah..dengan ucapan..moga ketemu di pesta buku..lebiu

    engkau tiba bagaikan pelangi..
    tak bercahaya namun kau berseri..
    tapi cukup menghiburkan hati ini..

    seharian waktu bersamamu..
    tak terasa saat yg berlalu..
    bagai pelangi petang kau kan pasti..
    pergi jua..

    on March 30th, 2008 at 12:35 am

  48. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hahahaaa…macam2 hal boto ler korang ni. den baco kes limah gilo samo kak kiah ni unsur kelakar la pulak. nampaknyer ado cerito yang oghang lain tak tau pasal kes korang berdua ni.lantak kek ekau la…hihihii
    PESTA BUKU lagi berapo ari ni wooiiiit!!!

    on March 30th, 2008 at 8:45 am

  49. RHENDRA cakap:
    Gravatar

    Apa pun yang menghalang..detik itu kan tiba.Tat kala pintu terbuka kita pasti akan melangkah jua kesana.Biar pun dengan poket yang kadang-kadang sama tipisnya dengan kulit peha….yang pasti…akan ku beli jua IBC.

    on March 30th, 2008 at 9:22 am

  50. Gravatar

    Dol termangu di beranda rumahnya. renungannya jauh seakan memikirkan sesuatu. sesekali dia mengeluh keras. sejak minggu lepas kelakuannya yang agak ganjil ini diperhatikan oleh si ibu yang sibuk memasak. sakitkah dia? atau bosankah dia tinggal berdua bersama ibunya? persoalan yang berbentuk subjektif bermain difikiran ibunya. atas desakkan jiwa seorang ibu. makanya ibunya memberanikan diri menghampiri anak bujangnya yang berbau kicap itu. bayangkanlah sudah seminggu tak mandi..tak bergerak…asyik merenung jauh je, kadang-kadang kendengaran bunyi dia mengeluh. ” kenapa kamu ni dol?” slow jer ibunya membisik ke telinga anaknya dengan lembut dan membelai seperti angin yang berpuput. Dol menoleh ibunya dengan pandangan yang kuyu.
    “Dol nak pergi PWTC la mak…”jawap Dol ringkas. “Why?” soal ibunya pula lagi ringkas. ” because i have buy the IBC Collection”. “IBC Angkasapuri ke?” balas ibunya. “No lah ibu!!”pekik Dol ke telinga kucing yang kebetulan melintas dihadapannya. keadaan itu menyebabkan kucing tersebut meninggal akibat diserang sakit jantung.. “habis tu?”soal ibunya lagi yang memang blur atau buat-buat blur sambil mengkapankan mayat kucing tersebut. Dol tidak menjawap. dia terus pergi menuju ke telaga di belakang rumahnya. “KALAU KAU MENJADI AKU, AKU YAKIN KAU AKAN MENGERTI”..bisik Dol ke telinga sepasang katak pisang yang kebetulan tengah bertenet di tepi telaga itu. keadaan tersebut menyebabkan kedua-dua pasangan katak pisang tersebut meninggal secara on the spot akibat diracun oleh bau mulut Dol yang mengalahkan tungkik itu.

    on March 30th, 2008 at 12:46 pm

  51. Rocky cakap:
    Gravatar

    Boleh tahan jugak artikel lu ni kiah D.O…..apa kata kalau lu post aje kat majalah Gila-gila tu..dapat jugak duit poket.

    on March 31st, 2008 at 8:48 am

  52. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Entah nya..nanti kalau nak beli ubat kat farmasi..tak ada lah menyusah kan ibu bapa.

    on March 31st, 2008 at 8:49 am

  53. luqman cakap:
    Gravatar

    aduh..tak larat saya nak gelak baca post2 yang lucu dekat sini. berbakat sungguh la korang semua. tahniah!

    on March 31st, 2008 at 3:00 pm

  54. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Alamak, dah blah ke kiah DO tu? X sempat nk berkenalan….

    on March 31st, 2008 at 4:21 pm

  55. Pak Lah cakap:
    Gravatar

    Baek la kita semua masuk ameno. Yuran Dua Ringgit, kalu pilihanraya, kita bagi banyak-banyak ringgit. Duit minyak moto ada, duit minyak kheta ada, duit buat taik mata pun ada. Toksah la join LPP ka apa ka. Mai sini pakat sokong ameno. Ameno tengah nazak ni. Tulong lah. Saya dok tengok dalam senarai ahli ameno, nama cawangan kampung Belulang takdak lagi. Tubuh la cepat…

    on March 31st, 2008 at 4:45 pm

  56. Nuar Israel cakap:
    Gravatar

    Pandai-pandai mak kamu je tuduh aku ni ejen yahudi. Aku ejen kad Touch n go la..
    Ejen kad kahwin
    Ejen Sekolah memandu
    Ejen Insuran
    Ejen Tapawear.

    on March 31st, 2008 at 4:49 pm

  57. Jon Jeningau cakap:
    Gravatar

    How are you there?
    How is it Malaysia?
    How is it BN?
    How r u Enche Hujang?
    Wow r u Miss Tidin
    Wow r u My fell in love friend?

    on March 31st, 2008 at 4:51 pm

  58. brader cakap:
    Gravatar

    jon joni tana den tara pam pam pam pam………..

    on March 31st, 2008 at 5:41 pm

  59. cengkenit cakap:
    Gravatar

    amboi..senang ati nampak brader…
    gelpren ajak kawin ke?
    ke kawin ajak gelpren?
    ke ajak kawin gelpren? atau
    Gelpren kawin lain?

    on March 31st, 2008 at 6:19 pm

  60. cenonit cakap:
    Gravatar

    jon jeningau tu adik beradik jon tralvolta ke? ke adik beradik jan jala itik jala ayam berapa lubang kancil seratus lima puluh sireh rampai pinang berseri…???

    on March 31st, 2008 at 6:22 pm

  61. Gravatar

    nuar israel…nama nama kau tu apasal cam kejam ke? nape tak bubuh nama nuar setan berantai ke? nuar mata bernanah ke? baru nampak ganas lagi berhantu puaka jahanam sikit wa cakap lu.

    on March 31st, 2008 at 6:26 pm

  62. Nur cakap:
    Gravatar

    hi…saya nur! baru lapan belas tahun. boleh join korang semua kt sini.
    lama nur tak dengar cerita abang ujang. baru-baru kawan la promote kata abang ujang ada blog. so nur terus online. blog ni lawak lah. baca post kat blog ni mcm baca majalah humor rasanya. terhibur sangat. u all memang best tau.

    on March 31st, 2008 at 6:32 pm

  63. Nuar Israel cakap:
    Gravatar

    Heh heh heh. Orang asyik cakap aku ni ejen yahudi. Aku taruk je la nama tu. Anyway, kata orang outih dulu-dulu.. (apa ada pada nama) kan?
    Tapi nama tu doa kan? Aku tukar balik semula. Mulai hari ni nama aku Nuar Makkah

    on April 1st, 2008 at 10:58 am

  64. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Assalamualaikum. YB YB sekalian. Tahniah atas kemenangan kalian membentuk Kerajaan Rakyat. Tahniah warga Kampung Belulang. Tapi Tidin, apa cerita Putrajaya?

    on April 1st, 2008 at 11:00 am

  65. Rajiv cakap:
    Gravatar

    Allo. Ayo yo, Assalamualaikum juga semua yang islam.
    Itu ibnukaduk sudah bailk dari kelantan la..
    Ini macam kalluu, saya juga banyak senang la. Ada kawan mau cakap-cakap itu hal punya cerita. Itu mau duduk dalam hal ka, dalam masa ka kalu?

    on April 1st, 2008 at 11:03 am

  66. yoyo 'O cakap:
    Gravatar

    yeh..yeh..ibnukaduk dah balik…yeh..yeh…ibnukaduk dah balik….

    on April 1st, 2008 at 8:29 pm

  67. semuutiee cakap:
    Gravatar

    errk….en. sekeriti gad mengingatkan saya terhadap tanggungjawab saya…..maka disini saya ingin mengambil kesempatan ….kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi Static gard serta Responds Officer anda boleh hubingi saya di talian 03-78467878 errk…suruh sambung pada HR yer.Gaji bulanan(take home pay) RM 1400 ke RM1500-kerja shift. bayak lagi allowance lain.

    Iklan ini tidak di bayar siaran nya tapi iklan betul ni!

    Maaf tok ketua diatas pengambilankesempatan ini.

    on April 2nd, 2008 at 8:53 am

  68. jonjenin cakap:
    Gravatar

    Alhamdulillah…dapat lagi aku bertandang ke pesta buku tahun 2008 ni.
    saban tahun pesta buku tak pernah sunyi.
    insya Allah sabtu ni, petang aku muncul dicelah orang ramai di booth GG. selamat berjumpa to all belulang geng!!!

    on April 3rd, 2008 at 3:32 pm

  69. Gravatar

    Jangan BERTANDANG jon, Bertanding. Pemilihan dah makin hampir. Ayuh rebutlah jawatan Ketua Pemuda yang kau impikan selama ini.

    on April 3rd, 2008 at 10:57 pm

  70. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Dpd melayan kauorang semua yang gila,baik aku pegi makan paku tekan lagi best.

    on April 3rd, 2008 at 11:02 pm

  71. jonjenin cakap:
    Gravatar

    pengerusi tetap yang budiman lagi bijaksana bak sang kancil..heheh
    aku tak mahu BERTANDING lagi kerana setiap kali bertanding aku tetap JOHAN. maka aku lebih suka bertandang je. ngehngehngehhh…

    on April 4th, 2008 at 5:03 am

  72. lemah kaki cakap:
    Gravatar

    kalau limah nak makan paku tekan tu elok buangkan dulu pakunya. takut nanti gila limah tu sembuh. dah jadi limah tak gila pulak. sapa susah nanti…arrr…limah jugaa….nak kena cari nama laian plak. hehehee…
    sebenarnya kitorang tak gila. paku tekan tu yang gila.

    on April 4th, 2008 at 5:07 am

  73. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    ahhhh…kau dan Kiah D.O sama saja.dah la IP sama…gaya tulisan pun sama Muahahahahahahaha

    on April 4th, 2008 at 10:10 am

  74. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Muahahaha…kantoiiiiiii……………….

    on April 4th, 2008 at 11:08 am

  75. mat cakap:
    Gravatar

    caya la kak limah,,,pakar it pakar ekonomi btol la,,,

    on April 4th, 2008 at 12:06 pm

  76. avatar cakap:
    Gravatar

    hahahahaha….tak sangka jugak kak Limah ni dalam pada gila tu..tau jugak pasal it hahahaha.kelakar betul la.Bravoo kak Limahhhh..kami di belakang anda!!!

    on April 4th, 2008 at 2:22 pm

  77. Gravatar

    Udah nama engko Johan, memang la Johan ye tak ye la jugak ye? tapi tak baik kau menyindir nama adun Sitiawan Perak tu jon… nama dia Ngeh Ko Ham. Kau ulang ulang “ngeh ngeh ngeh ngeh tu wat ape?

    on April 4th, 2008 at 2:24 pm

  78. Cucu Kukup cakap:
    Gravatar

    Apa citer Tok.., dengar kabar hari tu masa kempen pilihanraya Tok ada pergi ke Dun Kukup, Pontian Johor. Tok buat ape kat sana tok? Tengok-tengok ke, nak tolong orang Kukup tok?

    on April 4th, 2008 at 2:27 pm

  79. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Aku rasa Tok Ketua pergi tengok-tengokan kawan lama dia la. Lama tak jumpa. Aku tujukan lagu ini untuk semua:

    “Demo lo ni ni tok supo mulo
    Tok berani kawe nak te ee e gor
    Toleh keling hujung mato
    Toleh keling hujung mato
    Nyor maghi anging sekak demo kaaaa yo oo”

    Aku bagi ulasannya:
    “Demo” bukan bermakna demonstrasi tetapi Kamu.
    Tok kat baris 1 tu bukan bermankna Tok Ketua. Maknanya TAK.
    Kamu Sekarang ni dah “tak” seperti dulu / asal.

    “Keling” pada baris ke3 tu pula bukan membawa maksud India. Ianya berasal dari perkataan Kerling atau Jeling-jeling. Jeling menggunakan ekor mata. Dah.. “Ekor” pulak. Ha pandai-pandai korang la.

    “Nyor” pada baris terakhir bukan makna Kelapa. Nyor di situ bermakna “Dia itu” ataupun kadangkala boleh juga dikatakan Tiba-Tiba.

    “Tiba-tiba je dia datang angin / atau sombong bila dia dah kaya atau juga “naik pangkat” atau “naik minyak” (bab naik minyak ni, kena bincang dengan Jonjenin) Baru-baru ni Jonjenin jadi Johan naik motor turun minyak. Dia dapat no 3. Tapi pengacara tu panggil dia “Tempat Ke 3, Johan !! Sila tampil untuk menerima hadiah!!”

    on April 4th, 2008 at 2:41 pm

  80. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    hahahaha mat, bukan saje pakar IT, pakar ekonomi tapi dia Jaguh sukan dan jutawannnn.., hehehe…

    Lagu ini ku tuju khas utk kak limah….terimalah…KERANAMU KAK LIMAH.

    Buruh, nelayan dan juga petani
    Gaya hidup kini dah berubah
    Anak-anak terasuh mindanya
    Lahir generasi bijak pandai

    Pakar IT, pakar ekonomi
    Jaguh sukan dan juga jutawan
    Berkereta jenama negara
    Megah menyusur di jalan raya

    Alam siber teknologi terkini
    Kejayaan semakin hampiri
    Biar di kota ataupun desa
    Kita semua pasti merasa bangga

    Keranamu kami mendakap tuah
    Keranamu kami bangsa berjaya
    Keranamu kami hidup selesa
    Limpah budi kemakmuran negara

    Keranamu kami bebas merdeka
    Keranamu nyawa dipertaruhkan
    Keranamu rela kami berjuang
    Demi bangsa kedaulatan negara

    on April 4th, 2008 at 4:27 pm

  81. jonjenin cakap:
    Gravatar

    kahkahkah…siyot je ko ye pengerusi tetap. aku tak maksud nak sindir mana2 pihak. itu cuma sound track cerita congkak.
    dah aku terbabit sekali lagi dalam drama ibnukaduk. nanti la kau jumpa korang semua aku mintak belanja sirap limau orait!

    dah semua nak tuju lagu aku pun nak tuju lagu jugak lah untuk sape2 la yang benci kat lagu ni BAHALOL:

    Bingai lagi hidup ini nak cari makan susah sangat…
    mahu ronda kotaraya..lepak dekat pasar budaya…
    dan toleh kanan toleh kiri…yeah…
    nampak batang hidung sendiri…
    banyak susah cari makan…semuanya ada halangan
    orang buncit makan daging..yang kurus makan ikan masin..
    apa punya bahalol dia…kasi orang pijak kepala…
    orang putih sudah balik..
    kini tinggal yang hitam putih..
    biar papa asal bergaya…
    bukan…apatah..bukan nak eksennn…

    tak tahu bertanya …
    sesat jalan nanti meraba…
    tepuk dada..tanya selera..
    tutup mata..pekak telinga….

    (masa ni goreng la sampai hangus dan rentung!!! pastu ulang balik part first tu sampai muntah berdarah..selamat head banging!!!)

    on April 4th, 2008 at 8:18 pm

  82. kiambang cakap:
    Gravatar

    hamboi sume org bergumbira ye..siap tuju2 lagu lagi tuh..ako pon gumbira..baru setel carry mark diorang ni..lps ni jgn ganggu ako lagi huhuhuhu..

    wahkahkah..ako suka sgt lagu tu sumi..teringat zaman2 proton saga baru naik dulu hehe..smpi skrg bila bwk keta jenama negara pon mcm bangga gitu huhu..lagu apa ako nak tuju kat korang mlm2 buta ni ek..ako bagi pantun jela..

    jalan laju-laju
    sampai pesta buku
    nampak tok berbaju biru
    tengah sibuk sain buku

    gunung daik bercabang tiga
    gunung ledang ada penjaga
    ako sibuk jaga peksa
    tah bila nak ke sana

    adikyah, kak echah, sumi
    kak yong juga tidin
    bila gaknye dpt jumpa lagi
    lepak2 sambil mkn muffin

    on April 5th, 2008 at 12:37 am

  83. semuutiee cakap:
    Gravatar

    dah diorang main tuju-tuju lagu lah pulaaaaaakkkkk………..

    on April 5th, 2008 at 8:25 am

  84. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya pun nak tuju lagu jugak ar……. Hamkooo hamey seyyy churalooooo…Hamkooo hamey sey chupaloooooo..challega heyyy…sappeno kooooo..(ujung dier sambung sendiri)

    on April 5th, 2008 at 8:54 am

  85. Gravatar

    Tok, Pengerusi JKKK kampung ayah aku dah letak jawatan. Tapi letak jawatan tipu-tipu la tok. Hari tu letak jawatan, aleh-aleh hari dapat jawatan baru. Pengerusi JKK Persekutuan. Diorang ni main-main la tok, main pecah belah, pecah perintah. Tak demokratik la tok. Tak islamik. Tak ekonomik, tak komik langsung. Eh.. tok tak terlibat kan? Tok memang dilantik oleh Pakatan Rakyat kan?

    on April 5th, 2008 at 11:55 am

  86. ujang cakap:
    Gravatar

    Saya terlibat ngan pesta buku je..bermula semalam sampai 13 hb april nanti.Datang lah beramai-ramai beli buku.

    on April 5th, 2008 at 12:10 pm

  87. jonjenin cakap:
    Gravatar

    sapa tak datang pesta buku ini tahun memang menyesal besar lah…serius cakap beb. start nak masuk pintu depan dah bersesak2. aku ingat apa la sesak sangat. dah la dekat jalan tadi sikit punya jem macam nak giler. masuk pesta buku pun sesak. aku tercari2 di mana punca kesesakan ini, last2 jumpa gak…korang tahu kat mana???
    kat booth GG la. kalah pasar malam wa cakap lu beb. tapi dalam sesak2 tu aku sempat sambar kompilasi IBC dgn APAK. aku jeling tok ketua dia sibuk melayan peminat.
    bila dah bayau aku jumpa tok ketua mintak dia kasi autograph. bila tok tengok dia sengih. wohh.. jonjenin!! terkulat gak aku. orang dok pandang2. agak pelik kot nama tu. arghhh..persetankan dengan semua itu..sekarang aku dah dapat kompilasi IBC. heheheee..jangan jeles ar…wahwahwahwahwahhh…malam tadi aku baca gelak sorang2. kehkehkeh…ini kisah kita semua zaman sekolah2 lah…rugi besar la kalau tak beli tau.
    woit!! korang bila nak datang…kita pakat port sama2 lah..amacam?

    on April 6th, 2008 at 8:27 am

  88. avatar cakap:
    Gravatar

    huh..jeles nya aku.kau memang tak patut jenin.Kalau ya pun bagitau la nak pegi masa bila.Boleh la kitaorang ikut sama.

    on April 6th, 2008 at 11:02 pm

  89. odows cakap:
    Gravatar

    memang meriah CESB kali ni…bole tgk gambar kt blog aku..jgn segan2 masuk ye. :D

    on April 6th, 2008 at 11:08 pm

  90. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Alaaa…saye tumpang lalu je smalam kat pwtc tu…x sempat ar nk singgah… :(

    on April 7th, 2008 at 10:02 am

  91. kiambang cakap:
    Gravatar

    kite gi ari kamis ni jom sumi?nak tak..ako mungkin join staff laen pegi sana..bestla xpyh drive sdri hehe..

    on April 7th, 2008 at 1:26 pm

  92. semuutiee cakap:
    Gravatar

    aku ngan suri hatiku ngan puteri pengarang jantungku akan ke pesta buku InsyaAllah ari sabtu nih……yg pasti poket ku bakal rabak….tak pelah setahun sekali…..

    on April 7th, 2008 at 5:53 pm

  93. jonjenin cakap:
    Gravatar

    laaa..apasal ko tak bagtau…
    tapi aku rasa nak datang lagi. hari tu memang sesak orang. mungkin next time waktu opis orang surut skit. bleh baring2 kat lantai PWTC tu nanti ekekekekk…kiok!

    tadi aku khatamkan kompilasi APAK palk. lawak APAK memang tahap gelak sakan la. sampai jiran aku pun ikut gelak sama (aku dengar la..tak tau la kalau dia tengok citer mr. bean ke hapa masa tu.)

    aku nk rembat kompilasi imuda..tapi aku dah beli yang dulu punya..takut beli kang..isi dia sama jer. membazir pulak. kan membazir tu amalan..tuuuttt….hihihii

    semuutie kau datang lah cepat….abis kang kau tak menyesal ke?

    odows…apa nama blog ko lupa lak aku..ada masuk hari tu…kekekeekkk kiok!

    on April 7th, 2008 at 6:13 pm

  94. Gravatar

    you can see the picture GG at PWTC go to http://www.firdausradzi.com/wordpress/

    thank you to all my agent FBGGI.

    on April 7th, 2008 at 6:31 pm

  95. odows cakap:
    Gravatar

    makaceh sesapa yg jenguk blog aku tu..kebanyakan gambar memang aku cover utk CESB ngan PEKOMIK je..booth lain2 tak sempat snap(ble terima ke) :D
    maceh gak kt BPI kerna sudi letak link tersebut..(kalau susah2 klik je kt nama aku tu) korang tgk2 kot2 ada muka korang..aku bukan kenal sgt..main snap je..kepada bro ujang..gambar2 kacak masa bg talk ngan posing pun ada skali..(best wei bro ujang punya talk..tahan gelak sampai nak terkentut)

    booth CESB memang meriah sampai nak tolong pun takde ruang dah..tolong amik gambar dr jauh je la sempat pun..

    jonjenin..koleksi Yushimura VS Imuda tu tak silap, semua kartun baru..tak rugi beli..IBC pun best..APAk..Ayop Tulakang..Aku budak Minang..Once upon a time..Sembang2..semua2 lah best..

    apa2 pun..pesta buku kali ni memang meriah..kalau ada demo melukis lg gamat rasanya..jumpa lg di minggu hadapan.chow.

    on April 7th, 2008 at 9:24 pm

  96. Gravatar

    belasah bro…jangan tak belasah. ini semua malaun kacang hantu menyamar baik. pakai tali leher lawa2…naik bmw…pastu pi cekik darah orang kampung. jadi kaya dengan memerah keringat orang kampung…

    kasi lukis buat karrtun bro.

    on April 8th, 2008 at 12:09 am

  97. ujang cakap:
    Gravatar

    Terima kasih atas kunjungan member-member baru ke kampung belulang ni -Welcome moderator the indie story,odows,firdaus,perisik dan ramai lagi nampaknya …Wish you all the best (perghhh..sekali spiking daaaa hihihi)
    PERJUANGAN MESTI DI TERUSKAN KAWAN.

    on April 8th, 2008 at 4:54 am

  98. semuutiee cakap:
    Gravatar

    isskk….korangni memang membakar jiwa le……..mahunya aku ponteng keje ari ni……gi mengulor ke pwtc….isskk!isskk!iskk! tak baik tak baik dosa tuh amalan setan tuh! sabo jelah tunggu ari sabtu…..Apak ,IBC dan Once upon a time,comfirm aku akan sapu…..Imuda kena tengok dulu lah…kalau yg baru ….sapu, kalau cetakan terkini……tak kot, pasal yg dulu pun dah ada 2….cetakan pertama dan ke2 ….lain cover je….yg lain tuh ada dah…..
    tgh dok tunggu JIBAM 2 je tak keluo-keluo dari tawuun lepas……tok…..apa cer?

    on April 8th, 2008 at 8:53 am

  99. ujang cakap:
    Gravatar

    hihihihi…tunggu pilem siap dulu semuutiee.Aritu dah lulus 2 juta…ni dengor khabar dorang nak tambah bajet lagik…..selagi pilem tak siap mana boleh sambung part 2…nanti potong stim keh keh keh.(alasan yang cukup kuat rasa nya tu)

    on April 8th, 2008 at 10:02 am

  100. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Kiambang, aku g esok ah, g free gak, supplier buku bawak! kekekeke… Ko ejas ah kawan2 ko tu g esok gak, bleh jumpa kat sinun.

    Tok, tok ebelebel x esok? Saya dtg bwk kawan2 nih…..

    on April 8th, 2008 at 11:12 am

  101. Adikyah cakap:
    Gravatar

    Jadik ke ko nak pi hari kamis, Kiambang?
    Sumi bila nak turun book fair nih?
    Nanti korang jerit nama ako tau
    HaHaHaHaHa..!!

    Selamat, Selamat!

    on April 8th, 2008 at 12:31 pm

  102. kiambang cakap:
    Gravatar

    sumiiii..dikyahhhhh..ari kamis wei ako turun sinun..arini baru benapas..dah abes jaga peksa..ako jerit nama ko nanti ye dikyah..mau tanggal telinga org kat pwtc nnt huhu

    jon..jom la pegi lagiiiiiiii..ko kata nak blanje ako buku MARI MEWARNA

    on April 8th, 2008 at 1:11 pm

  103. jonjenin cakap:
    Gravatar

    huihui..ghamainya orang.
    insya Allah..memang ada niat nak g lagi..tak tau bile..nanti ala aku inform kat paper kosmo..muaheheheheee..

    on April 8th, 2008 at 2:15 pm

  104. Sumi Yg Manis cakap:
    Gravatar

    Aku g esok…..hari rabu bersamaan 9 April tahun gajah…. Dikyah kalo aku laung, ko dengar ke? ko kije sana plak ke? hehehe

    on April 8th, 2008 at 5:55 pm

  105. ujang cakap:
    Gravatar

    Setakat ni yang dah berjaya mendatangkan diri ke Book fair serta menunjukkan semangat perbukuan yang tinggi ialah encik tidin,adik yah,mofudume,wak,ibnukaduk,firdaus,pelita ayam,siamang gagap,theindiestory moderator,Imam_Lapar,Kiah D.o,Limah_Gila,Mr.Rajiv,AnisUKM…Ishhh..ramai la pulak yer.Tima kasihlah kepada yang menyokong…Che mat pulak men hantar wakil je ..pesan ngan wak tapau IBC…kepada yang berniat nak datang tu…sangat lah di alu-alukan.Tak semestinya datang beli buku…datang lepak makan roti canai pat tinggit kat cafe pwtc tu pun dah ok.

    on April 8th, 2008 at 10:36 pm

  106. Gravatar

    hye,salam kenal…..aku pon antara peminat2 ujang ni…hari ni aku pon ade pergi ke PWTC …ikuti sedikit sesi jumpa2 aku dgn beliau di blog aku..akan emnyusul 10 min lagi,ok…

    on April 8th, 2008 at 10:58 pm

  107. Mat cakap:
    Gravatar

    hihihi..
    lambat isik borang rombongan tok..tu yg tk lepas nak g tu,,wak bule le lepas pasal die kecik,,,kehkehkeh…

    on April 9th, 2008 at 10:00 am

  108. ibnukaduk cakap:
    Gravatar

    Semangat “Perbukuan” memang bagus Tok. jangan hati “berbuku” sudah la. Aku pun tertanya-tanya kenapa apakah mereka mengatakan “hati berbuku”? Adakah hati kita mempunyai buku? Dan bagaimana pula dengan “Buku” lali? Adakah Buku itu sedang leka, mamai, atau separa sedar, dan bagaimana pula letaknya buku lali itu di kaki kita? Harap Limah Gila tolong la jelaskan. Kiah DO tak payah jawab, dia baik jaga urusan Pencabulan dan Penelewengan Tanah di bawah selian dia je.

    on April 9th, 2008 at 1:09 pm

  109. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hati berbuku mengikut penyahtafsiran biol logik ia membawa maksud sejenis gotah. kira macam gotah buku la. untuk meleperkannya si hati yang berbuku tadi perlu menghentakkan buku limanya sekuat hati di bucu buku lali si pengutip gotah buku. kesannya amat mujarab untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam darah. seorang pakar buku 555 pulak menyatakan hutang makan perlu dibayar, hutang bank pun kene bayar, hutang keliling pinggang lagi la wajib bayar. sekian terima kasih. jawapan ni bukan menjawab soklan ibnukaduk. tapi untuk soalan peksa kertas Biol Logik penghuraian sekolah sains rumah tangga.

    on April 9th, 2008 at 2:32 pm

  110. Gravatar

    Minta Laluan…dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

    ARTIKEL:
    Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai…Haaiiittt!

    Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari…

    Dato’ Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya… Haaaittt!

    Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche’ Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

    Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus ‘Kem Wawasan’ yang dikepalai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

    Sila baca ulasan seterusnya di :
    http://theindiestory.blogspot.com
    Check it out!
    TQ

    on April 9th, 2008 at 3:49 pm

  111. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Aku tak minat politik.Pada pendapat aku bab-bab politik ni tak cukup momentum untuk mencabar daya intelek aku.Tapi kalau alam strebentuen yang tok ketua kampung perkenalkan tu boleh jugak lah aku pertimbangkan.

    on April 9th, 2008 at 5:22 pm

  112. rocky cakap:
    Gravatar

    orang gila memang la tak minat politik.

    on April 9th, 2008 at 5:27 pm

  113. Shamsuddin Jonid(ux) cakap: