BENGKEL HAKCIPTA PELUKIS

Posted in Buletin by Ujang on the April 11th, 2008

TARIKH : 12 HB APRIL 2008. TEMPAT : Dewan Kedah ,Ground floor ,PWTC. ANJURAN : PEKOMIK (Persatuan Pelukis komik Malaysia) HARI: SABTU . WAKTU : JAM 10 PAGI.
Makan dan minum di sediakan.Semua di jemput hadir tidak kira anda seorang pelukis,peminat,pemuzik,tukang kayu,nelayan,ahli politik,tokey garam,Penyanyi piring hitam,bomoh,ahli sihir,guru silat,kerani di pejabat tanah atau apa saja.Peluang ini terbuka dan di sampaikan oleh penceramah yang bertauliah dan memahami apa yang akan di sebutkan secara lisan melalui pembesar suara.Di harapkan usaha-usaha ini akan mendidik khalayak memahami apadia HAKMILIK KARYA INTELEK serta memahami kepentingannya demi mengujudkan kelompok masyarakat yang bertamaddun dan berilmu serta tidak terlibat dalam agenda pengkelepetan yang boleh membawa kita ke neraka.Pecah kaca pecah balang,sudah baca harap datang.

57 Responses to 'BENGKEL HAKCIPTA PELUKIS'

Subscribe to comments with RSS

  1. animaTOT cakap:
    Gravatar

    arramak tok…
    saya memang nak datang…member siap suh daftar ahli pekomik(pasal mula2 kalo ahli pekomik masuk free…kalo bukan ahli kena bayar…hehe..sekarang semua free ek?) dah lama dah target nak pegi..

    sekali orang rumah suh bawak dia gi jualan gudang pagi2 sabtu tu…adoo la….kalo sempat saya datang la…
    huuhu

    on April 11th, 2008 at 12:43 pm

  2. adikyah cakap:
    Gravatar

    ….tokey garam… hehehe itu bos ako leh pi tuh.
    Aiseyy… nampak gayanya den tak dapek nak poie ler. HuHuHu … rugi, rugi.
    Ado kojo la plak. Hishh!! :(

    on April 11th, 2008 at 2:34 pm

  3. semuutiee cakap:
    Gravatar

    semoga kita terus intelek dan tak terklepet yek!
    harap tak abis kat forum jer……..
    orang kita bila bercakap best selalu……aplikasinye…… biasanya sedikit slowwwwwwww…….

    on April 11th, 2008 at 2:42 pm

  4. semuutiee cakap:
    Gravatar

    pecah balang pecah kaceee
    gua datang…….lu siap leeeee

    on April 11th, 2008 at 2:44 pm

  5. jonjenin cakap:
    Gravatar

    Kehkehkeh….ayat cam nak bergasak je nampak..
    harapan ketua blok 1 peringkat 4 agar forum ini berlangsung dengan cool dan tiada berlaku pertumpahan air sirap, kopi O kaw atau bahan2 yang dilotakkan kek ateh meja tu karang…
    mano tahu en. semuutiee yang hensem ni dah hontak helmet rider dio ateh meja mamak tu karang. sapo nak gantian mejo tu?. mamak tu dah tontu menangis hibo tu…mako sebagai manusio yang ada intelek kito bincang chagho orang berintelek. majulah intelek untuk sapo2 la yang raso nak makan lempeng atau tempeleng.

    on April 11th, 2008 at 4:51 pm

  6. semuutiee cakap:
    Gravatar

    aha!!! kita jumpe di sana!

    on April 11th, 2008 at 5:45 pm

  7. odows cakap:
    Gravatar

    insyaAllah jumpa di sana esok..

    on April 11th, 2008 at 6:09 pm

  8. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Yeahoooo!!! Aku dah pi dah! Walawehhh nak hantu aku nengok bebuku tu namun begitu kewangan yg tidak begitu mengizinkan menyebabkan aku membeli buku2 keperluan ja dulu…. Namun begitu aku tidak melepaskan peluang mendapatkan IBC edisi kulit keras tu hehehe… Aku nak suh tok cap tapak kaki dia, tapi tok lak bizi…. aku dapat gak berjumpa pak jakpor, lahaiii bertambah sekeding aku nengok kedua-dua tok dan pak jakpor… aku plak yang melebih-lebih lemak….hehehehe pape pon korang pilah pesta buku tu byk woo info dapat… pastu terus pi PC fair plak kat KLCC… mantap…mantappp…. sakit tapak kaki aku berjalan hahahaha ok lah cukuplah diari aku utk harini.

    Wassalam ~ TiDiN

    on April 11th, 2008 at 8:13 pm

  9. TiDiN cakap:
    Gravatar

    Bila nak wat perjumpaan Belulang lagi ni weii????

    on April 11th, 2008 at 8:16 pm

  10. jiwarock cakap:
    Gravatar

    InsyaAllah esok sampai…

    on April 11th, 2008 at 10:01 pm

  11. avatar cakap:
    Gravatar

    semuutiee ni macam tak puasati jer.Hang pun ada masalah memilikki intelek ke atau memang suka berinteleksi dengan tok?

    on April 11th, 2008 at 10:27 pm

  12. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Sabtu dan ahad aku rasa pwtc tentu padat dengan orang.Tentu panas.Tentu berasak-asak.Tak sesuai untuk orang yang ada sawan dan mengidap asma.

    on April 11th, 2008 at 10:30 pm

  13. Rajiv cakap:
    Gravatar

    Ayyo apa pasal awak cakap itu macam la limah? Awak ada “kawan” nama Asma tapi tamau ajak dia pigi sana pesta buku ka? mau berjumpa sama Tok ketua sendirian saja ka? Itu pesta buku worang cakap sesuai wuntuk semua worang la..

    on April 12th, 2008 at 1:32 pm

  14. animaTOT cakap:
    Gravatar

    sayer pun sempat gak singgah ke pwtc pada petang jumaat.
    jumpa tok kejap jer..pasal sekumpulan aweks2 sedang merenung2 tok ketua dan bersiap sedia nak serbu..so..kasik can la..hehe..
    aa..lupa lak nak berjumpa dengan semutie..
    semutie..ko ada ke kat gerai cesb tu?

    nampak brader K dengan gaya machonya.. tak sempat nak tegor..pasal dia bz cakap projek juta2 kat talipon..

    on April 12th, 2008 at 7:16 pm

  15. Gravatar

    Jang…ooo…jang….ko kat mano ni eh?

    Jang, den nak buek pengakuan tahap golang gotah ni.

    Jang den sebenarnya sayang kat ko nih. Sayang gilo. Den memang membesor dengan kartun-kartun ko tuh. Nak cakap dopan2, den segan eh!

    Jadi terpakso lah den cakap dalam internet, menggunakan tahap urat sebrum 385mega hertz.

    Ko ni dah kigho cam tahap abang kandung den la…hehehe

    p/s: bro’ betol ke gua cakap loghat nogoghi ni eh? hehehe…steben tueen…tul arr,,,

    on April 12th, 2008 at 10:57 pm

  16. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hari ni sapa2 tak datang lagi rugi siyottt…korang patut gunakan peluang ni sebaik mungkin utk rembat koleksi GG. nak tunggu lain… tahun dopan lak la. lamo tu…. kalau nak di kiro jangko hayat se ekor nyamuk dah lapan juta kali nyamuk tu mati. inikan kito manusio biaso. baik poie la….
    jangan dogil…nyosal kang.
    acaro hari ni pun nampak bleh tahan hebat dio ado pertunjukan gajah main ragbi, menebar roti canai menggunakan ketiak, dan banyaaaakkkkkkkk…laie…bleh katokan hari ni acaro paling best lah. jumpo kek sano!!!

    on April 13th, 2008 at 7:34 am

  17. Ron cakap:
    Gravatar

    for sure…Ill be there at nine.Do I make my self clear? -books lover.

    on April 13th, 2008 at 7:53 am

  18. christine loh cakap:
    Gravatar

    Majalah Ujang
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
    Lompat ke: navigasi, gelintar

    Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

    Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

    Dengan tagline, Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi.Kini, UJANG berada di bawah MOY diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.
    —PETIKKAN DARI WIKIPEDIA-Encyclopedia bahasa melayu-Gua rasa dah ramai rakyat malaysia yang tahu…dan gua rasa lu memang patut fight brother.Go for it`

    on April 13th, 2008 at 8:46 am

  19. avatar cakap:
    Gravatar

    sorry gagal hadir pada hari jumaat.aku ada rushing job.mungkin hari ini akan sampai ke pwtc.

    on April 13th, 2008 at 8:56 am

  20. mat cakap:
    Gravatar

    aku dtg ptg ni la..

    on April 14th, 2008 at 8:26 am

  21. kiambang cakap:
    Gravatar

    ate ako ingat jauh bebenoo kat dewan kedah nun..ghupanya kat pwtc je kehkehkeh..tapi jadual clash la pulak..ada appoinment len kat ‘kabmog’..ngape la susah sgt nak jmpa tok ni yek..IBC ako beli tu lom dpt tandakaki dia lagi tuh..

    on April 14th, 2008 at 11:03 am

  22. AJKkampung cakap:
    Gravatar

    IBC sebuah buku yang simple dan penuh memori.Just like the another day.thanks bro`

    on April 14th, 2008 at 1:03 pm

  23. LoLyPoP cakap:
    Gravatar

    We were at the KL International Book Fair again last weekend. From a distance we observed him and the body signals that he was sending was totally different than last year. What was evident was his renewed self-confidence.

    Exactly a year ago we met him, he was initially very reserved, wearing a cap pulled way down and seemed very uncomfortable to be in the public. This was consistent with his recluse behaviour for all these years with all the problems of the world resting heavily on his shoulders. But now he was happily chatting with his fans and even dancing while being photographed.

    With a movie in the pipeline, animated cartoon series in production and a reprint of past works in demand, you have certainly got your groove back, Ujang!

    on April 14th, 2008 at 1:10 pm

  24. adik jibam cakap:
    Gravatar

    (lari topik sket)
    Tok,
    kita g bookfair tu tau. kita beli buku2 tok siap ngan paper bag yg harga pat hengget tu. tapi kita tak nmpk pon tshirt Jibam tu. adakah tshirt itu telah dikelepet oleh org2 tuk ngah? adakah aku tertinggal komuter sehingga membuatkan aku lmbt tiba ke PWTC…
    tok,
    boleh tak aku nak request sesuatu? nnt kalo tok dtg opis aku tok bawak la tshirt tu ye. khas utk aku yg kuciwa ni. aku pakai saiz M tau tok…. ngeee :)…. tu je… tenkiu tok.

    on April 14th, 2008 at 3:03 pm

  25. puakakejam cakap:
    Gravatar

    waaa…tak dapat dtg semlm…

    apa yg best semlam…tolong ler stori skit….

    on April 14th, 2008 at 3:44 pm

  26. mat cakap:
    Gravatar

    smalam tok blakon ngan satiya..

    on April 14th, 2008 at 4:10 pm

  27. Aleesyaa cakap:
    Gravatar

    keluar lagi cerita YES TUAN tu kat astro? berapa kali ulang tayang tu.

    on April 14th, 2008 at 4:36 pm

  28. YEONG cakap:
    Gravatar

    I saw some of the memorable characters done by different cartoonists in gila-gila magazine. Mr Ujang is the number one cartoonist for me. His “aku budak minang” and ” abe ” stories full of laughter and sadness will live long in the memories of all Malay humour magazines readers.

    on April 14th, 2008 at 4:40 pm

  29. linda-missx cakap:
    Gravatar

    yeong,If you had follow the Aku Budak Minang, Aca series in the late 80s, a lot of the characters had passed on. Atuk, Ujang’s Father, his Kak Ngah had all passed away. I felt that it was only yesterday that I discovered Ujang’s works. The fact that it was more than 20 years ago but is still fresh in my mind shows how powerful the storylines were.

    on April 14th, 2008 at 4:59 pm

  30. haizal cakap:
    Gravatar

    xcidentlly meet this entry. I’m also a big fan of Ujang. My idol in drawing cartoon. But I’m not a cartoonist. I just like it - drawing and painting.

    Ujang - with a lot of sad stories. Moving from GG, cheated by MOY, losing his name to be used by bloodsucker (MOY), cheated by some of his friends, terumbang ambing…until last few months I heard that he is coming back. But with whom? I’m not really sure. Either he try to colloborate with Gayour or back to CESB.

    Warghh..i missed this thing aaa..I can’t go to the book fair coz my baby was admitted to sjmc….

    on April 14th, 2008 at 5:04 pm

  31. Mustopo cakap:
    Gravatar

    Tu laaa..lain kali datang pesta buku…jangan kata ujang…Pak jaafar Taib pun boleh jumpa di booth gila-gila.

    on April 14th, 2008 at 5:05 pm

  32. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    hari sabtu pwtc ramai nak mampos orang.Nasib baik aku tak mampos tersepit kat pintu.Gila betul orang kat pesta buku tu.sepatutnya buat lah jalan 2 hala…Pak lah tolong ambil perhatian sikit ye…

    on April 14th, 2008 at 5:07 pm

  33. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    aih….pesta buku ramai orang pun nak salahkan pak lah?

    on April 14th, 2008 at 5:08 pm

  34. Kuda padi cakap:
    Gravatar

    alaaaa..biasa la…semangat pru12 masih membara.

    on April 14th, 2008 at 5:08 pm

  35. mat cakap:
    Gravatar

    ha’ah ek kak limahh,,sib baik tk mamposs,,,kahkahkahkah,,,,,

    on April 14th, 2008 at 5:43 pm

  36. jonjenin cakap:
    Gravatar

    korang cari tok ketua kat mana ni sampai tak jumpa?
    Aku datang dia ada jer rileks2 sambil makan biskut kat booth GG.
    tapi oghang yang datang toksah cakap lah. ramai betul. aku ingat lantai laluan masuk ke booth GG tu dah mendap sampai.

    Aura GG dah naik bahang la tu. tunggu je la dia nak meletup cam gunung berapi !!!

    sapa2 tak taha bahang dia tu elok cabut cari tempat menyorok. karang rentung tak berupa plak. Otai sudaaa maliii…

    on April 14th, 2008 at 5:44 pm

  37. Ujang cakap:
    Gravatar

    Terima kasih pada semua sahabat-sahabat,saudara serta peminat majalah GILA-GILA kerana sokongan anda mengembalikan kehangatan Majalah Humor Nasional ini…Insyaallah dalam tempoh beberapa bulan lagi saya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada content majalah pula.Bulan ni nak selesaikan masalah dalam hutan nu dulu.esok masuk hutan yahuuuuu“`

    on April 14th, 2008 at 6:02 pm

  38. kiambang cakap:
    Gravatar

    esok tok masuk utan?!?! uwaaa..buat ke sekian kalinya saya tak dapat jmpa tok..kalo saya join dorg mgu depan ke tasik kenyir mungkin dpt jmpa tok..apakan daya..sungguh berat juduh kita kehkehkeh..betapa hampagas keciwaterlindatnye ako huhuhu..

    on April 14th, 2008 at 7:31 pm

  39. odows cakap:
    Gravatar

    gambar sekitar booth CESB dah update…jgn segan2 singgah. :D

    on April 14th, 2008 at 9:17 pm

  40. Gravatar

    Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

    Foto-Foto Terkini “PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN”, KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

    Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

    theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT! tq

    on April 15th, 2008 at 5:28 am

  41. ujang cakap:
    Gravatar

    Kiambang…don wori.Tarikh gathering penduduk kampung belulang,Lubuk.net dan keluarga redaksi majalah GILA-GILA dan staff akan di adakan pada 9 & 10 hb may 2008 di kolam tangguk-tangguk.(Berhampiran air terjun sungai gabai)

    on April 15th, 2008 at 7:42 am

  42. semuutiee cakap:
    Gravatar

    sabtu sampai jua akhirnya…….dan gua dgn penuh semangat bangun sebelum subuh dan merancang nak pecut ke PWTC sebaik jasa selepas solat subuh……….selepas bergerak (dlm jam tujuh) tetiba bini gua sound”singgah sekolah anak dulu.” “afsal?”…..”singgah je lah……cikgu ada bagi ada surat,awak yg tak baca”…..gua sampai kat sekolah beliau pada jam 8.45 pagi….selepas pekena roti canai kat kedai ‘AMAK ‘(bahasa anak gua) …rupa nya ada midterm gathering………semua makbapak ada……..maka bermulalah upacara nyanyian oleh bebudak tadika …………wa terpaksela melayan…….giliran anak wa yg dekat-dekat last pulak tu………selepas mendengar anak wa nyanyi KEBUN PAKCIK AHMAD secara berduet……..adapulak beberapa persembahan .lagi……hati wa dah meronta ni………dah pukul 10 lebih beb!conform dah sesak PWTC ni !akhirnya wa sampai lebih kurang pukul 11.35pagi selepas bepusing pusing mencari parking…gila padat wa cakap lu…….
    mula sekali wa singgah kat pameran pekomik….daftar,tengok tengok,dan nasib wa baik pasal wa dapat komik Hang Tuah yg dah lama wa carik …free lak tu……..sepas tu wa anak beranak bergegas ke booth tetap di PWTC iaitu tandas lelaki dan wanita…….
    kami kemudiannya bergegas mencari gerai Creative……….dan tepat tekaan gua….sesak siiiooootttt.
    wa nampak kartunis yg ada ialah ramzahurin,nud, dan aza…… ….bini wa bisik “karikatur kan muka anak yg” “ok” jawab wa …….wa tanya kat awek yg jaga tuh Ujang mana….’belum mai….sat lagi ada kot’ …… sementara meninggu wa sudah sapu IBC,Imuda, OOAT,dan Apak serta beberapa buku kecik yg di jual RM1….kedaan bertambah sesak…. wa begerak secara mengiring dan bergeselgeselan ….perut terpaksa wa sedut kedalam ……ahak!….anak wa mula rimas…bini wa dah bepeluh …dia pandang satu macam je kat wa…….anak wa da merengek nak balik….maka terpaksa la wa membatalkan niat nak karikaturkan muka dia memandangkan giliran lama lagi gamaknya…Ujang tak lagi muncul….maka terpaksala wa batalkan niat nak paksa dia atograph kat buku wa……..tak pe lah lain kali…….selepas meninggalkan Creative kitorang pusing -pusing sekejap sebelum keluar dan makan tengahari.nasik lemak 2, air oren dua….kenalah RM 16….hotel beb……nasi lemak kedua mahal penah wa makan…. yg paling mahal kat dlm kapal terbang air asia……lepas makan wa turun dan pergi ke gerai karangkraf….wa nampak En Gayour rock sedang tekun memberi outographnye….wa sapu buku “Melukis Kartun Cara Gayour” oleh En Mazli..kenalah beratur lima belas minit lebih kurang peh tu kena tunggu pulak giliran …sementara tuh dapatlah jugak tolong en. Mazli mengambil gambau beliau dan peminat…..peh tu sampai giliran wa……selepas memberi outograph wa bergambau dgan En. Mazli. wa sound…”ni nak masuk web la ni” beliau hanya tersenyum, wa ucap tima kasih bersalam dan wa pulang dengan rasa best………….takpelah kali tak dapat jumpa En Ibrahim….tapi dapat jumpa En. Mazli… ok lah kannnnn…….

    on April 15th, 2008 at 10:15 am

  43. ujang cakap:
    Gravatar

    erkkk….kalo 11.35 cari parking..campo ngan melawat booth tetap pwtc,campo ngan jalan mengiring pasal orang ramai…di jangka encik semuutiee sampai di booth cesb lam jam doblas gitu….ada pun pada jam doblas gitu saya sedang sibuk menyain buku ibc di kaunter.camana boleh tak nampak hihihihi…tak baca jampi yang di bagi aritu la tuuuuu

    on April 16th, 2008 at 10:47 pm

  44. The_pAsTe_MasTer cakap:
    Gravatar

    AKU BUDAK MINANG : CERMINAN JIWA DAN BUDAYA

    “Aku Budak Minang boleh disifatkan sebagai sebuah karya sastera visual yang menggabungkan imejan serta teks yang panjang. Dalam konteks seni visual, antologi ini adalah sebuah novel grafik atau pun nomik; gabungan novel dan komik. Membaca teks dan dialog yang panjang bagaikan novel tetapi diselang-selikan dengan lukisan bagaikan komik. Pengolehan imejan dan teksnya begitu bersahaja, justeru amat menarik dan memikat untuk dibaca. Lakarang Ujang penuh ekspresi dan emosi, berjaya menghidupkan watak-wataknya yang membawa pelbagai cerita suka dan duka. Jalan ceritanya berliku-liku, ada pasang surut, kaya emosi dan aksi, bagaikan sebuahkarya animasi.

    Tidak seperti banyak kartun dan komik kontemporari yang semata-mata bertunjangkan fantasi dan imiginasi, Aku Budak Minang menampilkan persoalan identiti hidup yang masih berteraskan kebudayaan yang murni. Meskipun watak utamanya melalui pelbagai dugaan akhirnya ia kembali kepada akar budaya dan agamanya. Inilah nilai-nilai moral dan pengajaran yang diterapkan, justeru menjadikan karya sastera visual ini bermakna dan mempunyai nilai-nilai pengajaran dan pendidikan, selain daripada menghiburkan. Ternyata Ujang merupakan seorang penulis dan kartunis yang berjaya menghasilkan karya-karya bertenaga penuh makna.”

    Oleh Profesor Madya Dr. Muliyadi Muhamood

    on April 17th, 2008 at 2:52 pm

  45. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Ni apa kejer pulak semua tulis panjang-panjang ni.Tulis dua tiga baris cukup la.Karang habis pulak mukasurat blog ni.eh…boleh habis ke??? aku pun tatau hahahahahaha

    on April 17th, 2008 at 5:19 pm

  46. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tak la tok takde jodo kot…. insyaallah lain kali jumpe nye…..
    wa limah…..ko tulis panjang tak pe, aku baru sekali tulis panjang lebau kau bising…..tak aklau aku jumpa kau ,aku tulis kat muka kau panjang-panjang……..aku akan tulis perkataan panjang sampai habis muka surat errkkk permukaan muka kau……..wahwahwahwah!

    on April 17th, 2008 at 6:03 pm

  47. avatar cakap:
    Gravatar

    aku akan tulis kat lutut kau dengan marker limah..sampai tempurung lutut kau jadi hitam.

    on April 17th, 2008 at 7:10 pm

  48. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Ahhh…rambut sama hitam..lutut lain-lain

    on April 17th, 2008 at 7:10 pm

  49. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    apa benda kau cakap ni limah?

    on April 17th, 2008 at 7:11 pm

  50. professorTOMATO cakap:
    Gravatar

    Gua copy dari blog Tok Rimau…..tak fasal-fasal gua tumpang bangga.
    “Engkau kenal Ujang?” tanya aku memulakan perbualan.

    “Ujang kartunis tu?” Din menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.

    “Yup. Ujang kartunis tu la.”

    “Siapa tidak kenal Ujang. Dia adalah hero aku. Aku Budak Minang dan Aca adalah naskah jiwa berontak anak muda berdarah panas lewat 80-an. Selepas karya Ujang itu, tiada lagi karya bersiri atau novel grafik yang punya jiwa. Semuanya selepas itu ketandusan dan lohong bagai ruas-ruas buluh. Ujang adalah lagenda. Ikon zaman kita. Karyanya wajib diangkat menjadi buku teks atau filem!”

    “Aku setuju dengan kata engkau.”

    “Mmm… kenapa engkau tanya aku sama ada aku kenal Ujang atau tidak.”

    “Saja tanya. Sebenarnya aku nak bagitau engkau, Ujang tu kenal aku.”

    “Cheh! Engkau tidak tahukah riak takbur itu satu dosa?”
    Kalau tak silap gua novel JIBAM pernah di jadikan bahan kajian oleh pelajar-pelajar universiti Pertanian malaysia beberapa tahun yang lalu.

    on April 17th, 2008 at 7:17 pm

  51. professorTOMATO cakap:
    Gravatar

    OWH LUPA…BLOG TOK RIMAU BOLEH DI LAWATI DI—-> http://www.tokrimau.blogspot.com/ satu blog yang agak menarik untuk di layari.

    on April 17th, 2008 at 7:19 pm

  52. malay-tree cakap:
    Gravatar

    Tribute to Si Bagok (Ayam Pahlawan, Bini Sereban!)

    Mahu baca kisah tentang sejarah ayam pahlawan. Boleh dibaca di

    http://malay-tree.blogspot.com

    Terima Kaseh.

    on April 20th, 2008 at 2:05 am

  53. ragnarok cakap:
    Gravatar

    ASSALAMUALAIKUM..TUMPANG LALU.

    on April 22nd, 2008 at 7:04 pm

  54. Lin cakap:
    Gravatar

    walaikumussalam.Apa perkembangan terbaru tok ketua? lama sungguh menunggu filem jibam siap.jadi ke tak jadi?

    on April 23rd, 2008 at 3:36 pm

  55. bl4cx_m@ni@ cakap:
    Gravatar

    aramakkkkkkkkkkkkkkkkkk brade salah antar la pulak soli soli wa mintak sama luuuu aaaa soli selamat hari raya maaaaa

    on September 24th, 2008 at 8:42 pm

  56. bl4cx_m@ni@ cakap:
    Gravatar

    insaff la anak anak baca lah ujang atau AL-QURAN SAYA NI BUKAN LEEE APEEE saya berharap komik ni berterusan sampai saya ade kat iumah bukan grave but syuga

    on September 24th, 2008 at 8:44 pm

  57. bl4cx_m@ni@ cakap:
    Gravatar

    yoyo yo wasap wasap men how wa lu all thake good bye

    on September 25th, 2008 at 2:48 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>