clue dari alam strebentuen

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 17th, 2008

`Salah sebuah anak syarikat Felda iaitu Felda Plantations Sdn Bhd memperolehi keuntungan lebih RM1 bilion pada 2007 kerana harga komoditi sawit melebihi RM600 setan.

Bagaimanapun kakitangan Felda Plantations adalah di antara yang tersikit mendapat bonus tahunan. Tahun lepas ada kakitangan yang dapat hanya sebulan sahaja. Sedangkan syarikat lain walaupun punyai keluasan ladang 6,000 ekar mampu membayar bonus yang lebih tinggi`.Demikian petikkan satu artikel dari harakah online yang saya baca pagi ini.Bukan soal politik,bukan soal dapat bonus sikit atau soal nak ambik tau pasal pengurusan felda.Dalam banyak-banyak perkataan dalam artikel tu saya sangat tertarik dengan perkataan RM 600 SETAN.Terang dan jelas sungguh clue yang di beri kalo kita lihat dari alam strebentuen.Memula tu RM (Banyak rangkai kata yang boleh di tafsir dan di ejas dari shortform RM tu seperti RASA MUAL,RASA MARAH,RASA MENYAMPAH,RASA MENCI,RASA MACAM-MACAM) dan kemudian nombornya-HAD-HAD KEPADA ukuran perasaan-perasaan yang mampu di timbulkan mengikut jumlah nombor nya-contoh; kalo hilang RM 1 maka rendahlah temperature marahnya(pilih yang mana sesuai)…tapi kalo hilang RM 1000,000,000,000 ..maka tinggi lah pulak kadar kemarahannya.Berbalik kepada sudut strebentuen yang pertama..di ikuti RM (nombor) dan hujungnya SETAN.Semua orang tau apa kerja setan dan faham bagaimana setan menjalankan kerjanya untuk mengelepet manusia.Maka sifirnya RM 600 SETAN X LALAI + LUPA = HURU HARA.

21 Responses to 'clue dari alam strebentuen'

Subscribe to comments with RSS

  1. hafiz cakap:
    Gravatar

    sesungguhnya syaitan adalah musuh utama yg terang lagi bersuluh kepada manusia. manakala iSetan adalah musuh utama kepada poket2 anda. kerana barang2 yg dijual adalah mahal (tak lawak)

    on April 17th, 2008 at 1:18 pm

  2. Gravatar

    Bagus Tok. Ini juga merupakan contoh satu lagi bentuk putar belit alam media. Satu perkataan yang ditulis boleh mewujudkan bermacam-macam intepretasi yang pelbagai sifatnya. Inilah yang kadangkala dilakukan oleh para pengarang akhbar nasional dalam memetik ucapan ataupun kenyataan Tok Guru dari Kelantan mahupun mana-mana pimpinan politik yang berbeza haluan dan pandangan dengan pengamal media terbabit. Pernah satu ketika dulu, isu “Tuhan Samseng” dijadikan polemik berpanjangan di Media untuk memusatkan sokongan kepada pemerintah pada masa itu. Dan pada PRU 12 baru-baru ini, isu “Boleh Mengumpat” pula di ketengahkan dengan maksud dan tujuan tertentu tanpa mengambilkira fakta sebenar dengan hujah bersandarkan ilmu.

    on April 17th, 2008 at 1:33 pm

  3. mat cakap:
    Gravatar

    ASLIM TASLAM

    on April 17th, 2008 at 2:59 pm

  4. a cakap:
    Gravatar

    Lamerrr nyerr tak menjengahhhhh

    on April 17th, 2008 at 5:12 pm

  5. semuutiee cakap:
    Gravatar

    hmmmm….eerrk….. alaaaah……uiks uiks AHA!!
    selamat masuk utan tok…..jgn lupa pulak keluo utan….GG tuh tok da janji nak nangani eh? ucap kan selamat sejahtera kat kengkawan dalam utan tuh…….saya mewakili manusia-manusia bokak meminta maaf diatas penindasan yg dilakukan selama ini……….

    cakap pasal utan …itu ari nasib baik wa tak langgau seko babi utan yg tetiba melintas jalan kat jalan hala ke puncak alam dalam 100 meter dari tempat kejadian Artantuya kena bomm.nyaris beb….

    on April 17th, 2008 at 5:55 pm

  6. kiambang cakap:
    Gravatar

    hoh..mahai tol SETAN..smpi RM600..huhu..nak wat cmne..puak yg suka manipulate rete orang ni mmg cmtu..selagi tak kene petir..smpi mati la dorg pow rete orang cenggitu..takde keje laen..asik nak kelepet org jek..donia oh donia..err tok..cite bende hal felda ni teringat plak kes mak tok pon kene pow dulu kan..weken ni mak saya plak nak g mesorat peladang kota tinggi..harap tak kene kelepet la..

    semutiee..ko penah nampak tapir melintas tak kat situ?cumil kan tapirus melitus ni..rasa nak bela jek huhu

    on April 17th, 2008 at 6:09 pm

  7. ujang cakap:
    Gravatar

    Kiambang…doa kan dia dapat elaun rm15 supaya dapat beli nasik.

    on April 17th, 2008 at 7:08 pm

  8. semuutiee cakap:
    Gravatar

    penah …..satu pagi tuh jem gilee….rupanya sekor tapir yg besau telah dilanggau mati oleh sebuah kereta ………siaaaannn dia …….ada keluau sokkabau apeee.nak buat cam ne dulu jalan tuh mungkin taman playground beliau…la ni dah jadi jalan raya….so….berjaga lah ..kita tak tau apa yg bakal melintas……selaluk gak nampak kera mati katak kat tengah jalan…..sian kan?

    on April 18th, 2008 at 9:17 am

  9. kiambang cakap:
    Gravatar

    a’ah sian kan..dah ajal depa cmtu..innalillah..dulu tu seb bek kwn ako yg drive..kalo ako..mungkin dah arwah tapir tu hehe..maklumle..ako ni kan sepupu kupu2 alonso ecehweh..

    baeklah tok..selalunya elaun mak saya lebeh dpd 15hengget tu..stakat nak pow mak duit tol pegi blk kg setel la huhu..hampeh punya anak

    on April 18th, 2008 at 2:52 pm

  10. jonjenin cakap:
    Gravatar

    kek situ la den nampak anak kera nangis peluk badan omak eh. pasal mak dio mati kono langgar dek pacuan ompek roda. . itu binatang tu…menjorit2 dio poluk omak yang dah koreh. member lain dok kerumun tompi jalan. kendian lalu plak keta mak aih laju membesit nayo merempuh anak kera tu. namun sompek dio lari ke tepi jalan. badan omak dio berkocai digilis keta manusio tak berhati porut. mungkin anak kera tu berteriak dalam bahaso binatang dio bahawo-
    ‘MANUSIO KADANG KALA LEBIH JAHAT DARI SETAN DAN LEBIH TAK BERAKAL DARI BINATANG’.

    on April 19th, 2008 at 8:52 am

  11. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Camano KERA boleh mati KATAK? diorang sedara mara ke bleh tukar2 spesis?

    on April 21st, 2008 at 9:44 am

  12. avatar cakap:
    Gravatar

    ya lah..sepatutnya kera mati kera ..kalau katak baru la mati katak.

    on April 21st, 2008 at 6:59 pm

  13. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hehe..agak eh..maso kera tu nak mati ado katak bawah porut dio. jadi nak jadi cito. katak eh mati dulu dari kera tadi..lopeh tu..kera tadi tu dio sompek bangun. tengok katak dah k.o bawah porut dia. apo laie. meninggal la kera tu. katak tadi eh…lariii…terus lompek masuk blog jibam..itu ado dio kek tulisan JIBAM tu. gitulah adonyer..kehkehkeh…

    on April 22nd, 2008 at 4:41 pm

  14. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    Jadi keputusannya..siapa yang mati ni?

    on April 22nd, 2008 at 7:02 pm

  15. animaTOT cakap:
    Gravatar

    road tax mati

    on April 22nd, 2008 at 10:03 pm

  16. YBtakun cakap:
    Gravatar

    lebih seronok membaca blog ini daripada membaca blog tulisan YB 2 parti barisan yang dangkal.

    on April 23rd, 2008 at 3:35 pm

  17. HamzahFansuri cakap:
    Gravatar

    Aku mencari sesuatu yang paling mudah aku fahami.Aku merasakan inilah wilayahnya…tetapi ternyata yang mudah-mudah di sini terllau dalam maksudnya dan aku sudah tidak boleh lari sehingga aku faham semuanya.

    on April 23rd, 2008 at 3:59 pm

  18. kiambang cakap:
    Gravatar

    usah lari pak hamzah..tanyakan saja pada kak limah..beliau pasti faham akan segalanya

    on April 23rd, 2008 at 11:27 pm

  19. Limah_Gila cakap:
    Gravatar

    kau takkan paham hamzah.Melainkan kau ajak dia makan roti canai sama-sama.

    on April 24th, 2008 at 6:21 pm

  20. avatar cakap:
    Gravatar

    ye la tu.nanti kalau dah paham terus jadi gila macam kak limah uhuhuhu.

    on April 24th, 2008 at 6:22 pm

  21. mat codet cakap:
    Gravatar

    slm smua,
    bebalik pd citer FELDA tu td, lega benarla abah dah pencen dr FPSB. dulu morungut yo… kato eh “hari-hari jago ladang, hambat tikuih, kono kojar dek rimao, kono hambat dek gajah, tayar moto c70 pancit kek tongah ladang (penguruih pkai c70 sdr punya.. jeep xdisediakan)… gaji ciput, bonus cam tok kata la… pun sebesar cokodok omak den. tiap-tiap bulan hasil kena meningkat, pokok sawit pon dh dijadikan hamba abdi. suh kluarkan hasil byk2… mcm2 baja dgn racun dibaginya. tapi org kat HQ jugak yg makan bosar tiap2 tahun.

    so, bak kato pepatah ayam yg penat betelur… biawak yg kenyang!!

    on October 10th, 2008 at 10:56 pm

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>