MACAM-MACAM HAL BETUL LA SEKARANG NI
Maka terkurung lah lagi Malim di dalam baldi ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah Malim barang seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara Malim yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh.Bagi Malim tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah Malim suka.Lagilah Malim bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui Malim tiada lah upaya Malim memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri Malim yang wajib lah pula Malim penuhi agar tidak berhutang pula Malim di hari oditing kemudian nanti.Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan Malim ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut.Cuma Malim memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada kalian agar sesekali mengizinkan Malim kembali kedalam baldi ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini Malim pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan kalian ajukan kepada Malim.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin Malim tanya kan kepada kalian.
`MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.Tidak payah Malim mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala Malim sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Malim sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang Malim sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini.Cuma apa yang Malim yakini buat masa ini (paham Malim berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikan lah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat Malim akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Malim setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.




