MACAM-MACAM HAL BETUL LA SEKARANG NI
Maka terkurung lah lagi Malim di dalam baldi ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah Malim barang seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara Malim yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh.Bagi Malim tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah Malim suka.Lagilah Malim bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui Malim tiada lah upaya Malim memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri Malim yang wajib lah pula Malim penuhi agar tidak berhutang pula Malim di hari oditing kemudian nanti.Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan Malim ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut.Cuma Malim memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada kalian agar sesekali mengizinkan Malim kembali kedalam baldi ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini Malim pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan kalian ajukan kepada Malim.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin Malim tanya kan kepada kalian.
`MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.Tidak payah Malim mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala Malim sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Malim sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang Malim sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini.Cuma apa yang Malim yakini buat masa ini (paham Malim berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikan lah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat Malim akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Malim setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.





survival of the fittest
on May 15th, 2008 at 9:23 am
bunyi cam Survivor dlm HBO jek. eh HBO ke mane tah, tak ingat la hihihihihi
on May 15th, 2008 at 9:25 am
yela tok..betul la tu..our life is not by CHANCE..but by CHOICE..u can CHOOSE to stay in the pail if u want to..if u do not..that’s ur CHOICE to get out from the pail..ape da ako merepek ni..laaaa..obat dah abes rupanya..sumi..bak obat ako utk bekalan 2bln..ako nak pegi jauh ni..
on May 15th, 2008 at 11:35 am
But what happened to jack n jail went up the hill to fethc a pail of water?
on May 15th, 2008 at 11:47 am
jadiknye the water fetch jack lalu baldi masuk jail hehehehe… tak gitu tok??? Ako setuju la ngan ko Kiambang, Life is a choice, to live or to die, to move or to stop, to eat or to starve, to live inside the baldi or outside the timba…. dan memacam lagik…. Penat kalo nak ngesahkan choices niiii…. hahahaha tapi apa yang penting, kalo tak tau nak pilih yang mana, tepuk dada tanyalah Tuhan naaaa… Yang Maha Arif lagi Bijaksana. Jgn pepandai sendiri lagi terjadilah kerja gila mahupon crazy ;p
OKlah ako nak masuk lam periuk tanah ni, bertafakur jap…. aaaaaaadios amigos!!!
Wassalam
on May 15th, 2008 at 1:21 pm
Kalau betul life is a choice…kenapa Dacing berat sebelah tu masih berkuasa sedangkan majority our choice is PKR.Please expalin.
on May 15th, 2008 at 1:38 pm
Err… errr… hmm… oooo….aaaa….hurm…!!
Hidup Insya Allah! Mati itu pasti.
Itu saja yg mampu ako kata. Yg lain2 ako kata dlm hati saja.
on May 15th, 2008 at 3:35 pm
bersimpul tali perut membacanye…
on May 15th, 2008 at 4:09 pm
baru aku tau, sebab ape kiambang asek sibuk2 je kebelakangan ini hihihi.
on May 15th, 2008 at 5:24 pm
ermmm…ape di atas?
on May 15th, 2008 at 10:02 pm
aku da seminggu balik dari kelantan tapi tak boleh masuk blog ni…..la ni terasa nak duduk dalam baldi lah pulak………
on May 18th, 2008 at 9:21 pm
tok oo tok..
dengar cerita ABM nak jadik animasi..kasik preview la sikit..hehe
on May 19th, 2008 at 4:50 pm
haeishhhh..dak hafiz ni..dendiam sudala..ako sibuk buat2 je tu huhu..sikit ari lagi ok la..sekarang ni duk jela wat keje lam baldi tu..adoi..seb bek oksigen cukup..harap baldi ni mampu menampung kapasiti isipadu badan ako muahahahaharun
on May 20th, 2008 at 8:45 am
salam dari sabah…hijau2 pastu biru2 ikan dia…pergh!!!!comel2 pulak tu…
on May 20th, 2008 at 8:31 pm
waaa… g sabah x ajak.. ko cite ni ikan lauk ke ikan sungai… ni yg jeles ni..
on May 20th, 2008 at 10:29 pm
Dia citer ikan yang sedang dipancing dan cuba ditangguk di air keruh. Mentang-mentang la atuk sebelah mak angkat dia dah keluar parti. Tu dia nak ikut sekali la tu.
on May 21st, 2008 at 10:18 am
Dengar khabar leha jengka pun berura-ura nak keluar dari parti ikut jejak langkah mahathir.Tahniah leha.
on May 22nd, 2008 at 9:32 am
Addduuuuuuu..boleh berak tak lawas dibuatnya nak menafsir setiap bait bait perkataan dalam perenggan di atas.
on May 23rd, 2008 at 2:11 am
Sukati adik kau je, cakap aku berura-ura nak keluar parti. Aku dah memang keluar la. Lepas undi, aku keluar la. Mana boleh dok lama-lama dalam tempat undi tu. Lagipun aku bengang dengan polis yang jaga tu, ada ka patut, dia jerit ” kalau nak undi, masuk barisannnn, jangan kerumun ramai-ramai macam ni ” Dengar je, kena masuk barisan, terus aku belah gitu je, nasib baik aku dah mengundi. Ceh!
on May 23rd, 2008 at 7:09 pm
Macam dah lama tak update je blog ni.
on May 23rd, 2008 at 7:20 pm
abg ujang, bilo laie nak tunjuk an power eskefem ekfem tu? dah lamo ilang ni, bilo pulang nanti jangan lupo lak yo. dari skolah rondah marin dah mulo baco gilo2 (tu pun rembat jiran2 punyo, tompi lopeh tu pulang an balik kek dio, bukan roto kito). ese nak cadang an buek pojumpaan sesi makan2-minum2 sambil lukih2 gamba ko… ambik gamba ko… berjua gamba ko.. apo2 yolah.. semogo sakses selalu abg ujang .ok. err.. kalau sapo2 ado koleksi Radio9, passlah kek ese yo… rindu bona nak donga. sobab Radio9 tu ulang2 donga setiap hari maso minggu spm marin tahun 1995.. pocah kepalo serabut, toruih jadik pandai.
on May 24th, 2008 at 2:51 pm
apa cerita file jibam?animasi aku budak minang?berita-berita muttakhir brother ujang?
on May 25th, 2008 at 12:20 pm
Aku ambik dalam wikipedia
Jibam The Movie merupakan filem sulung terbitan Jajja Production Sdn. Bhd. yang diadaptasikan daripada novel terlaris terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) oleh kartunis Ujang atau nama sebenar beliau Ibrahim Anon.
Dengan memberikan hak kepada Jajja Production untuk menerbitkan filem tersebut, CESB secara tidak lansung membenarkan generasi baru untuk kembali mengenali kartunis Ujang sebagai sorang lagenda yang pernah menggegar dunia kartun tanahair sekitar tahun 80-an dengan siri Aku Budak Minang dan pada tahun 90-an dengan siri animasi Usop Sontorian serta Majalah Ujang yang masih bertahan sehingga ke hari ini.
Filem tersebut juga di jangka akan menghidangkan suatu kelainan jika dibandingkan dengan filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini, dengan memberi penekanan pada konsep asal novel Jibam iaitu kemanusian, kasih sayang dan semangat perpaduan. Jibam juga merupakan novel ke empat di Malaysia yang telah diangkat ke layar perak dan dijangka akan meletakkan kembali nama Ujang sebagai kartunis terhebat dalam sejarah kartun Malaysia selepas Dato’ Lat.
on May 26th, 2008 at 3:57 pm
Usop Sontorian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
on May 26th, 2008 at 4:18 pm
rajin betul budak ni mengepaste.Takder kerja lain nak buat ler tu.
on May 27th, 2008 at 11:31 am
salam…
memandangkan da lama takde cita dr tok ketua….aku nak ambil kesempatan mewar-warkan pasal perkembangan komik malaysia……
buat pengetahuan suma peminat …..2 komik terbitan PTS dibawah label komik-m telah pun berada dipasaran…iaitu KECEMPRENG MAN dan LILI LUU LALA…..komik dia mungkin tak sehebat karya tok ketua tapi…bolehlaaaa nak layan…..beli la dan baca sendirk.
satu lagi baru berada di pasaran semalam iaitu hero ciptaan KRU …….CICAKMAN….kalau ikut senarai yg diwar-warkan ada 6 tajuk semua nya tapi baru terbit #1……so…marilah kita beramai-ramai menyokong industri komik Malaysia……
erkk…..ada apa-apa perkembangan dari JIBAM? atau Creative?
wasalam……..
on May 27th, 2008 at 2:32 pm
Ya Allah apa dah jadik ngan korang ni??!! yg rajin menge”paste”, yang keluor parti, yang masuk barisan, yang masuk baldi tapi tak muat hehehe… Namun begitu ako tetap sayang kat Jibam…kelas gitu noksss!!! Dah..dah..ako nak sambung kije ako ni… pape kontek ako lam periok tanah ek…. Kiambang ngan Limah ila takmo join ako ke? MOf, ko kan kalo nak bermegah ngan ikan ko len kali bwk le joran pi sana poodahhh la kalo takat tgk kat pasor jek
on July 1st, 2008 at 1:16 pm
tidiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin.lamo tak nampak lobang idung ko lah…mano ilang kau din..den ingat ko dah jadi artis skrg..hehe
on November 20th, 2008 at 12:17 am