DUA MINGGU ATAS BUKIT

Posted in Uncategorized by Ujang on the August 1st, 2008

Apa yang aku buat kat atas bukit ni ntah.Tiba-tiba je tanpa di rancang member ajak melukis kat genting limaploh ari.Bukan kejap-kejap tu.Kalo jalan kaki lima ploh hari mau sampai ke selatan tailen.Modus operandinya hanya lah buat caricature dan melukis kat indoor theme Park.Kelakar kan bunyinya buat caricature kat atas bukit.Kalo hal ini di sebut lapan puluh tujuh tahun yang lampau nescaya akan di sepak orang lah kita walau pun di tengah-tengah khalayak ramai.Akan tetapi pada hari ini …di atas puncak bukit ni dah jadi kota keriangan dan bagi binatang-binatang hutan pulak boleh jadi kota kerunsingan.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi menaiki roller coaster atau keretapi gila sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.
Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama di atas puncak genting ini ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.
Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan sebaik saja balik dari melukis demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.
Esok besar kemungkinan akan turun dari bukit sebentar untuk melihat perkembangan alam yang lain selanjutnya.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.
Kadang-kadang rasa macam best pulak duduk atas bukit nih.