DUA MINGGU ATAS BUKIT

Posted in Uncategorized by Ujang on the August 1st, 2008

Apa yang aku buat kat atas bukit ni ntah.Tiba-tiba je tanpa di rancang member ajak melukis kat genting limaploh ari.Bukan kejap-kejap tu.Kalo jalan kaki lima ploh hari mau sampai ke selatan tailen.Modus operandinya hanya lah buat caricature dan melukis kat indoor theme Park.Kelakar kan bunyinya buat caricature kat atas bukit.Kalo hal ini di sebut lapan puluh tujuh tahun yang lampau nescaya akan di sepak orang lah kita walau pun di tengah-tengah khalayak ramai.Akan tetapi pada hari ini …di atas puncak bukit ni dah jadi kota keriangan dan bagi binatang-binatang hutan pulak boleh jadi kota kerunsingan.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi menaiki roller coaster atau keretapi gila sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.
Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama di atas puncak genting ini ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.
Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan sebaik saja balik dari melukis demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.
Esok besar kemungkinan akan turun dari bukit sebentar untuk melihat perkembangan alam yang lain selanjutnya.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.
Kadang-kadang rasa macam best pulak duduk atas bukit nih.

167 Responses to 'DUA MINGGU ATAS BUKIT'

Subscribe to comments with RSS

  1. Rashid cakap:
    Gravatar

    semua gila duit , kuasa, bro..
    rakyat gak tersepit..

    on August 1st, 2008 at 7:41 pm

  2. a cakap:
    Gravatar

    muahahahaha kesian kat para binatang kat situ kan? agaknyer monyet konpius nak memekik biler dgr spesis lain memekik mcm dier muehehehehe…

    on August 2nd, 2008 at 1:02 am

  3. zaki cakap:
    Gravatar

    apo kau buek ateh bukit tu jangggg?….buah pinggang kau x sojuk ko lamo-lamo tuh..

    on August 4th, 2008 at 12:30 pm

  4. ujang cakap:
    Gravatar

    buah pinggang dah tontu sojuk.Tapi tak po pasal ionyo tidak melibatkan wang rakyat ngeh ngeh ngeh.

    on August 4th, 2008 at 4:29 pm

  5. kiambang cakap:
    Gravatar

    buah pinggang kita sojuk takpe tok..buah pinggang org yg difitnah, ditindas lagi kesian kan tok..ni yg rasa nak lari gi duk atas bukit tu..tapi tok lukis karikatur..ako nak lukis ape?lukis kambing lom tentu jadi ikan huhuhu

    on August 5th, 2008 at 1:33 pm

  6. ujang cakap:
    Gravatar

    ya..marilah kita sama-sama menjaga keselamatn buah pinggang sedara kita yang lain.Tanpa buah pinggang siapa lah kita.

    on August 5th, 2008 at 7:41 pm

  7. naza cakap:
    Gravatar

    alam ini cantik kerna ciptaan ALLAH… Syukurlah apa yg ada…

    naza

    http://enaza.blogspot.com

    on August 7th, 2008 at 6:04 pm

  8. SumiJellyManis cakap:
    Gravatar

    Limoploh hari tu bilo dateline nyer??? igt nk naik bukit gak seblom poso….

    on August 8th, 2008 at 6:13 pm

  9. a cakap:
    Gravatar

    kalo ako jd Tok, sambung yo sampai ghayo tok… muehehehe

    on August 9th, 2008 at 2:01 pm

  10. ujang cakap:
    Gravatar

    Syukur -satu perkataan mudah dan ramai yang mampu menyebutnya….tapi ramai juga yang menyangka sudah bersyukur tetapi sebenarnya tidak heh heh.

    on August 13th, 2008 at 2:52 pm

  11. Sham cakap:
    Gravatar

    assalamu’alaikum bro!

    salam pokonalan, namo den sham

    lopeh buek carricature ateh bukik tu mano lak bro buek projek carricature laie akan datang? dah lamo den tak tengok sketch bro smonjak pameran buku pwtc dulu…

    wassalam

    on August 13th, 2008 at 5:04 pm

  12. ujang cakap:
    Gravatar

    kok takdo apo aral melintang saya akan ke berunai lepas raya puasa.jumpa di sanaaaa

    on August 13th, 2008 at 8:54 pm

  13. Sham cakap:
    Gravatar

    den raso brunei tu dah jaoh bona soborang laut, tak mungkin den sampai… camni jo lah amacam bro buek projek carricature tu kek bukik putuih lak? kan situ ado air tojun, nak ko somban ko kolopilah ko dokek dah tuh… kui kui kui! ; )

    on August 14th, 2008 at 9:58 am

  14. ujang cakap:
    Gravatar

    Bukit putuih apo ado.Ghimau mo landak banyak la kek situ.

    on August 14th, 2008 at 1:56 pm

  15. Sham cakap:
    Gravatar

    jgn mare, gurau jo… yo lah, maknusio sosamo sendiri fitnah-momfitnah, nak bunoh-mombunoh lobeh baik dok ateh bukik buru landak lagi baik… bro! nak tanyo skit, dulu bapo taon dulu den ado jumpo uncle don (bukan uncle don restoran hartamas tuh tapi uncle don pendekar mato tige) tongah ligat buek sketch di theme park gonting tuh, memang crowd abih… situ smonjak dulu memang cesb chartered tompek tu?

    on August 14th, 2008 at 3:57 pm

  16. ujang cakap:
    Gravatar

    Dulu memang don ado lepak kek genting ni buek caricature.Lopeh tu di ganti oleh billy tan..sorang artis berbangso cina…lopeh tu tak ado laie..sehinggo la ese di panggil untuk meraikan tetamu-tetamu dari timur tongah dan dhubai sepanjang musim cuti sampai bulan smiolan nih.gitu la ceghito ey.Ekau bilo nak datang naik buaian pusing?

    on August 14th, 2008 at 7:18 pm

  17. Sham cakap:
    Gravatar

    insyaallah : ) … kalao den ado boto2 maso lapang nanti den poie pulon abis2an, memang den dah rindu nak naik buaian pusing, rollercoaster, iss, soyuz & sogalo mak bapak games lah… bro! sampay bulan poso dopan pun bro buek karikatur? huh, kalao den jadi macam bro, den charge satu sketch tok2 arab tu pakai pound ko, dollar us ko, euro ko, baru boto2 kayo-rayo… pakcik kayo! pakcik kayoooo!!! dapek duik rayo….. jgn lupo kalau bro jumpa don (bukan sasi the don) den kirim salamz…. orait bro!

    on August 14th, 2008 at 9:27 pm

  18. ujang cakap:
    Gravatar

    bulan poso takdo kek gonting dah.Lepak kek lam utan lak di kenyir nun.Baru syahdu sikit.

    on August 14th, 2008 at 10:16 pm

  19. Sham cakap:
    Gravatar

    hmm, bro! bro ado buek pakej poie konyir utk yg momancing atau jalan2? yolah. tompek mcm tu memang sosuai utk mononangkan buah pinggang dari hirok-pikok koto kolumpo yg kalao silap aribulan buleh kono batu karang…

    on August 15th, 2008 at 10:40 pm

  20. a cakap:
    Gravatar

    tok nak ke brunei pergi melukis ker pergi memancing ni tok.. muehehe

    on August 16th, 2008 at 12:03 am

  21. OLY THE GREAT cakap:
    Gravatar

    uiks

    on August 18th, 2008 at 1:57 pm

  22. OLY THE GREAT cakap:
    Gravatar

    uiyyooo!!best la buat caricature kat ctu!klau plukan bantuan bgtaula heheee

    on August 18th, 2008 at 1:59 pm

  23. ujang cakap:
    Gravatar

    OLY…call aku..nombor henpon kau ilang.urgent

    on August 19th, 2008 at 4:59 pm

  24. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    den pon ado no telepon oly.. mau ke..

    on August 19th, 2008 at 7:09 pm

  25. ujang cakap:
    Gravatar

    mauuuuu…tolong sms kan nombo tu pelita.Ada komplot sikit nak ejas ngan budak OLY tuh.Kau apa macam sekarang….lama tak ngeteh ni.Meh la naik genting …layan kabus hihihihi

    on August 19th, 2008 at 9:58 pm

  26. Adin cakap:
    Gravatar

    Sama-sama la kita mendoakan kemenangan Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat di permatang pauh-Merdeka kan rakyat dan mari bersama membina negara yang bersih dan bebas dari rasuah.

    on August 22nd, 2008 at 7:09 pm

  27. ARABGENTING cakap:
    Gravatar

    Dengan ini aku mengumumkan ANWAR IBRAHIM ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE ENAM….Takbirrrrrrrrrr“!!!!!!

    on August 22nd, 2008 at 9:05 pm

  28. rockyBlue cakap:
    Gravatar

    Gua sokong aje`

    on August 23rd, 2008 at 10:51 am

  29. wakmeli cakap:
    Gravatar

    BEST BETUL lah MACAM TU. salam tokk. lama xdengo cite. pekabo.Baru dapat buka web ni kat opis. Line clear. Cite tok pasal peladang tu memang betul sbb terjadi kat mak aku 5-6 tahun dulu pastu aku soh kuar je amek duit sbbnya xde pekdahnya masuk peladang kalau la camtu caranya..hampehh jek…

    on August 24th, 2008 at 12:40 pm

  30. wakmeli cakap:
    Gravatar

    woo best tu lepak genting. aku baru jek honeymun kat situ bulan 5 lepas. sjokk ehhh mmg best tapi kagum gak bila pk tetiba je ada ‘kota keriangan’ kat atas bukit nun tinggi tuh..lim goh tong datang dari china lak yang nmpak tanda2 wat duit kat tempat jin main takraw tuh..huhuhu..mana pak leman masa tu eh.

    on August 24th, 2008 at 12:43 pm

  31. ujang cakap:
    Gravatar

    Pak leman masa tu sibuk menguruskan kebun pisang nyer di kaki bukit tempurung.

    on August 24th, 2008 at 8:40 pm

  32. wakmeli cakap:
    Gravatar

    aku cadangkan agar pak leman menguruskan kebun pisangnya di pulau pisang yg skrg diuruskan oleh negara jiran supaya kita tidak berputeh mata lagi.huk huk. selamat mengundi kepada penduduk permatang pauh sok. pangkah betol2!!! solat istikharah klao palo poning tatau mano nak pilih eh…peace.

    on August 25th, 2008 at 8:43 am

  33. ujang cakap:
    Gravatar

    Mudah-mudahan kebenaran dapat di pertahankan dan kebathilan akan musnah.Insyaallah.

    on August 25th, 2008 at 12:23 pm

  34. mat cakap:
    Gravatar

    tok bilo plak nak besumpah…hihihi
    tok bilo kito nak buek makan makan sambil bebuko poso lg nih…

    on August 25th, 2008 at 12:31 pm

  35. Mimie cakap:
    Gravatar

    mak oiiii, lamanya atas bukit tu bang :lol:
    Salam peminat jauh dari australia gitu :-D

    on August 25th, 2008 at 1:52 pm

  36. mat cakap:
    Gravatar

    weh jaunye ko mimie..
    kirim anak kangaroo barang seketui dua

    on August 25th, 2008 at 2:39 pm

  37. semuutiee cakap:
    Gravatar

    selamat mengundi kek sumo orang PERMATANG PAUH…harap korang dah matang dalam menbezokan kebenaran dan pembohongan…Insyaallah…yg bonar kan totap bonar, yang tak bonar….memang pembohong bosa!!!!

    on August 25th, 2008 at 5:36 pm

  38. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    hehehhe… politik oh politik…. dunia oh dunia……..

    mari kita lihat sape yg menang.. hahahhaha…
    “TAKBIR”..

    on August 25th, 2008 at 8:14 pm

  39. Rajiv Khan cakap:
    Gravatar

    Takbir!!
    Tapi ayam kokok awal sket la esok punya pagi.
    Kasi awal bangun. Kasi awal undi. kasi itu anwar menang la dey.
    Janganlah kita menakutkan diri kita dari semua jahat dunia sana.
    Bom takut ka, takut allah ?
    Aiyoyo, lumbu pun tau sokong mana mau kasi menang la dey. Lumbu punya parti pun sudah join parti keadilan jadi parti keadilan rakyat la…
    Lagi tiga kali takbir.
    Takbir!!
    Takbirr!!
    Takbir!!!

    p/s Itu satu lagi parti dia tada Takbir. Hari-hari Takbur juga sana TV dalam. Tada takut sumpah seranah. Itu sumpah nanah la dey.

    on August 26th, 2008 at 12:13 am

  40. wakmeli cakap:
    Gravatar

    tok bila nak turun dari bukit tu. bulan posa ni xde wat makan2 cam tahun lepas cam kat restoran nelayan tu ke. Malam ni saksikan keputusan pilihanraya kecik kat permatang pauh huuu…debor2 eh dado sapo la monang… apa2hal selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 800 ehh salah ..ke 51 je baruu… peace sells but who buying?

    on August 26th, 2008 at 8:34 am

  41. ujang cakap:
    Gravatar

    Menunggu keputusan pilihanraya kecil permatang pauh ni macam tunggu pengumuman raya oleh pemegang mohor besar raja-raja plak.Tapi saya secara peribadi 200% kompiden Anwar akan menang.Insyaallah.Amin allahumma amin.

    on August 26th, 2008 at 9:32 pm

  42. wakmeli cakap:
    Gravatar

    betol tok. tunggu pngumuman raya pun xbape debor camneh. Alhamdullillah menang plak pengumuman malam tadi. Tahniah kpd pemenang. Pagi tadi gi keja cam ada sinarr baru menyinari pagi. obsess. Pasni tok dah boleh turun drp bukit tu melawat orang kg.

    on August 27th, 2008 at 8:24 am

  43. ujang cakap:
    Gravatar

    Alhamdulillah.Akhirnya impian sebahagian rakyat malaysia termakbul sudah.Tahniah kepada semua penduduk kampung belulang yang menyokong parti rakyat selama ini.Semoga HAFIZ bahagia sehingga ke anak cucu.amin.

    on August 27th, 2008 at 11:40 am

  44. kiambang cakap:
    Gravatar

    heh..pengumuman raya ape nak berdebarnye..ketupat segera banyak..rendang ready made ada..haha..tak payahla sibuk baru nak panjat pokok kelapa amek daun nak anyam ketupat huhuhu..pegi tangkap ayam kat reban nak sembelih wat rendang hehe..eh ape cite psl raya plak nih..terpengaruh ngan wakmeli la ni huhuhu..

    TAHNIAh untuk DSAI..TAHNIAH untuk PKR..tahniah untuk sume..ni hadiah berkat Syaaban..berkat nak sambut Ramadhan..moga berkat perjuangan

    on August 27th, 2008 at 12:05 pm

  45. wakmeli cakap:
    Gravatar

    dibenam dari parlimen seplo taun lepas, dibangkitkan smula hari ni… itu dia sdr anwar. selamat dtg ke parlimen, xsabo tgk dia gegar parlimen. selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kpd penduduk kg belulang….aloo kiambang apa cite lepas kawin. bila nak balik pt karjo neh hehe..

    on August 27th, 2008 at 4:34 pm

  46. mat cakap:
    Gravatar

    yg pelik ni tv3 mcm tlupe plak ade pilihanraya,,hihihi..

    on August 27th, 2008 at 4:57 pm

  47. ujang cakap:
    Gravatar

    `MAN AMILA SOLIHAN FALINAFSIH WAMAN YAFALUU FA`ALAIHA`
    Barang siapa berbuat kebaikkan,kebaikkan itu untuk dirinya dan barangsiapa berbuat kejahatan…kejahatan itu untuk dirinya.
    Gitu ler kata Lebai Suman dulu pada usop kidung.

    on August 27th, 2008 at 6:24 pm

  48. Sham cakap:
    Gravatar

    as’kum bro… alhamdulillah! hepi den hepi! laksano bro dok ateh bukik tu menghirup udaro sogar lagi bokabuih, kito yg dok di bawah ni pun dah teraso “sosangat sogar” sotolah sekian lamo menghirup “jorobu”… yess! “oxygen” spesis “P44″ tolah pun menyelinap ke seluroh pelusok malaysia nih! WIND OF CHANGE dah mulo melando peringkat domi peringkat!… den dah tak sabar nak nengok dsai mongangkat sumpah di parlimen!… yahooooooooo.com

    on August 27th, 2008 at 7:08 pm

  49. wakmeli cakap:
    Gravatar

    besa la mat, dah kalah, tv3 wat budo je la cam xde apa. cuba en arif menang..mau 7hari 7malam pagi ptg siang malam muka en arif je yang kuar, siap ngn komen2 drp sekutu2nya yg xbest tuh hehe…apo nak jadi neh. makan nasik la dulu.

    on August 28th, 2008 at 12:25 pm

  50. cendet cakap:
    Gravatar

    Reaksi Tun Dr Mahathir Terhadap Tindakan Terbalikkan Bendera Malaysia
    Friday, 22 August 2008 00:45

    Tak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Tahun lepas kita sambut Hari Merdeka yang ke-50 dengan gembira kerana ia menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri. Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.

    2. Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketiga.

    3. Bukan sahaja Kuala Lumpur sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta.

    4. Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira.

    5. Rakyat berbilang kaum tidak bermusuh sesama mereka walaupun tidaklah berharmoni seperti yang diharapkan. Namun tiap kali pilihanraya diadakan majoriti pengundi memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana beranggapan segala-gala yang dinikmati adalah hasil pemerintahan Kerajaan-Kerajaan BN. Biasanya mereka memberi kemenangan lebih 2/3 daripada kerusi Parlimen.

    6. Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia.

    7. Mereka menyebut menara kembar Petronas dan perlumbaan Formula 1. Orang Islam asing pula tertarik dengan kemajuan dan kestabilan sebuah negara Islam.

    8. Kerana semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka.

    9. Biasanya apabila tiba bulan Ogos semangat dan kegembiraan rakyat dipertunjukkan dengan pelbagai cara. Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat. Mungkin saya silap, atau mungkin saya bias (berat sebelah), tetapi bulan Ogos ini rakyat agak muram, tidak gembira dan bersemangat luntur.

    10. Mungkin ini kerana kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi ternampak ada sesuatu yang lain yang tidak kena yang menyebabkan rakyat tidak gembira untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

    11. Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

    12. Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.

    13. Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

    14. Cadangan mengibar Jalur Gemilang terbalik dianggap menghina diri sebagai rakyat Malaysia.

    15. Tidak terlintaskah dalam hati Dato Seri Abdullah untuk bertanya dan mengambil tahu kenapa cadangan ganjil ini dibuat? Seperti dengan kekalahan BN pada Mac tahun ini, Dato Seri Abdullah menafikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN dan Kerajaan pimpinan beliau yang menyebabkan penyokong BN daripada semua kaum memberi undi mereka kepada parti lawan. Sebaliknya beliau mentafsir merosotnya undi kepada calon-calon BN disebabkan sabotaj dan pihak tertentu tidak mahu beri kemenangan 2/3 kepada BN. Kenapa mereka berbuat demikian tidak dipersoal olehnya, hanya kemarahan dan ugutan untuk bertindak terhadap mereka ini.

    16. Macam-macam cara telah dibuat untuk menyedarkan pemimpin ini tentang perasaan tidak puas hati rakyat, tetapi sikap penafiannya menyebabkan semua mesej disalah tafsir dan disalah erti. Dalam keadaan kecewa rakyat maka sukarlah bagi mereka untuk menunjuk semangat dan kegembiraan dengan keriangan sambutan hari Merdeka.

    17. Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

    18. Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.

    19. Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka.

    20. Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.

    21. Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.

    22. Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat.

    23. Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya.

    24. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat.

    Tun Dr Mahathir Mohamed

    on August 28th, 2008 at 4:19 pm

  51. miss Rowina cakap:
    Gravatar

    lets change for all.support Pakatan Rakyat

    on August 28th, 2008 at 4:21 pm

  52. pelita ayam cakap:
    Gravatar

    wind of change - scorpian

    I follow the Moskva
    Down to Gorky Park
    Listening to the wind of change
    An August summer night
    Soldiers passing by
    Listening to the wind of change

    The world is closing in
    Did you ever think
    That we could be so close, like brothers
    The future’s in the air
    I can feel it everywhere
    Blowing with the wind of change

    [Chorus:]
    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow dream away
    In the wind of change

    Walking down the street
    Distant memories
    Are buried in the past forever

    I follow the Moskva
    Down to Gorky Park
    Listening to the wind of change

    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow share their dreams
    With you and me

    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow dream away
    In the wind of change

    The wind of change blows straight
    Into the face of time
    Like a stormwind that will ring
    The freedom bell for peace of mind
    Let your balalaika sing
    What my guitar wants to say

    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow share their dreams
    With you and me

    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow dream away
    In the wind of change

    on August 28th, 2008 at 7:42 pm

  53. ujang cakap:
    Gravatar

    huh…tak sangka pelita ayam pandai nyanyi lagu omputih.idupppppppp pelitaaaaaaaa hihihihi.

    on August 28th, 2008 at 8:33 pm

  54. OLYTHEGREAT cakap:
    Gravatar

    ha ah,nynyi lagu omputih pndai,tp eja scorpion salah.hehehee

    on August 29th, 2008 at 4:28 pm

  55. Pejuang cakap:
    Gravatar

    Aku ambik dari web lubuk tok ngulu.
    sori ya tok.

    We shall overcome
    We shall overcome.
    We shall overcome the tyranny of an arrogant, ineffective, incompetent, corrupt and lazy government that
    does not have any more respect for the rule of law
    does not have any shame in showing its greed and lust
    does not have any mercy in using brutal force to silent the voices of change
    does not have much respect for the principles of human rights
    does not have much intelligence when it comes to parliamentary debates
    does not have a clue of what good governance means
    does not have any regard for the plight of the poor and their livelihood
    does not have any respect for the intelligence of the faculty and students in our universities
    does not have any shame in overstaying their welcome
    does not have any interest in controlling crime
    does not have any will to fight corruption
    and does not have leaders that are wide awake,
    and does not have any idea that spoiled brats and greedy ones are running the country and finally destroying not only the party but also the nation.

    on August 29th, 2008 at 7:19 pm

  56. ujang cakap:
    Gravatar

    Ramai betul manusia dah jadi monyet sekarang nih.Supaya kita pun tak ikut serabut macam diaorang…luang-luangkan lah masa membaca SIDANG PARA MONYET di http://www.tokeikedai online.

    on August 29th, 2008 at 9:16 pm

  57. Sanisah huri cakap:
    Gravatar

    Lama lagi ke tok ujang kat genting highland tu.Petang ni kami sekeluarga akan naik bukit untuk sambut merdeka.

    on August 30th, 2008 at 5:29 pm

  58. kiambang cakap:
    Gravatar

    heh..kak sanisah pon jadi ahli kariah belulang ke wiwit..ni bln pose msti byk jemputan wat tadarus kan..maklumle..suara best hehe..

    err..pelita..adakah scorpian tu kalajengking belaan enche pian?

    wakmeli..ako dah 3kali pulang ke pt karjo sejak idup berumahescalator nih hehe..taun ni nak buka pose umah mak ako tak?

    on August 31st, 2008 at 2:56 am

  59. ujang cakap:
    Gravatar

    Ada pun esok berakhirlah tempoh pertapaan di atas bukit ini.Maka saya akan kembali ke tanah rata untuk menjalani kehidupan orang-orang bawahan setelah sekian lama menjadi orang-orang atasan.Maka di sini saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga belulang dan manusia di alam maya pada ini..kalo ada salah dan silap saya samada di sedari atau tidak,halalkan makan minum saya dan semoga kita beroleh ketenangan mengharungi ramadan yang penuh barakah ini.amin.

    on August 31st, 2008 at 8:04 pm

  60. Rajiv Khan cakap:
    Gravatar

    Tok, jom gi masjid, terawih. Tamau kalu, lepak mydin mamak tehtarik pun bole.

    on September 2nd, 2008 at 1:07 am

  61. ujang cakap:
    Gravatar

    cantik gak tu rajiv.Apabila engko merasa kelapangan engko menalipun la saya dan kita mengetehkan diri dengan kadar sepatutnya.Banyak juga story mao cerita sama engko.

    on September 2nd, 2008 at 1:08 pm

  62. rajiv cakap:
    Gravatar

    Wokey. Insya Allah. Nanti ada kelapangan kalu, ngeteh la kita kalu.

    on September 2nd, 2008 at 1:46 pm

  63. ramvong cakap:
    Gravatar

    Aik…tada ajak sama saya ka ngeteh sama-sama.Apakah saya tidak layak?

    on September 2nd, 2008 at 2:15 pm

  64. Sham cakap:
    Gravatar

    slam ramadhan… bro dah turun bukik?

    on September 2nd, 2008 at 5:38 pm

  65. ujang cakap:
    Gravatar

    Sudah turun dari bukit..sekarang sedang bersiap-siap nak masuk utan pulak ngeh ngeh ngeh.

    on September 2nd, 2008 at 8:54 pm

  66. wakmeli cakap:
    Gravatar

    masuk utan mana lak tok ni dah bulan ramadhan… posa dalam utan ke tok hehe…kirim ayam utan la sekor wat berbuka nanti eh..

    on September 3rd, 2008 at 8:35 am

  67. Hafiz cakap:
    Gravatar

    terima kasih kepada tok ketua atas ucapan “selamat berbahagia” seperti yang tersebut di atas.

    terima kasih kepada mereka yang datang kenduri mahupon yang tak datang tapi berniat nak datang. sesungguhnya barangsiapa berniat utk berbuat amalan, maka dia dapat dah pahala amalan tersebut….

    wallahu ‘alam bissowab

    on September 3rd, 2008 at 11:56 am

  68. ujang cakap:
    Gravatar

    Insyaallah.er..gambor kenduri takder ke fiz…meh la nak tengok selai dua kemeriahan majlis tu.

    on September 3rd, 2008 at 2:47 pm

  69. semuutiee cakap:
    Gravatar

    dah masuk tiga ari puasa…kan..kan.kan….kejap jerrrr…
    errkk… 16 September ni camne ha? cuti ke tak? nak la cuti….apasalahnya cuti ye tak?
    jgn le jadi macam sesetegah bangsa pembodek tuh….bila cadangan datang dari pihak lawan jer…sumanye tak best ,tak bagus, negatif , tak produktif, tak itu, tak ini ,tapi kalau datang dari group dia, nak-nak dari PM ,confirm cadangan tuh yg paling tepat, baik, prihatin ,hebat dan agung. nak jagi hero lah konon….
    masa MB Selangor cadang bukak UiTM kpd bangsa lain ….marah gila……mangamok!
    masa Dr. M bukak MRSM kat orang lain dulu ….ok plak …cadanagn yg baik….bagus utk pesaingan balblabnlbalabla…..
    eh! selaki apa aku merepek da………
    selamat berpuasa suma….sorry da telabat ….bz le x dpt masuk kpg….

    on September 3rd, 2008 at 4:56 pm

  70. Sham cakap:
    Gravatar

    masok utan poie naik boat house yo bro… ado bapo gamai geng bro? fuh, ni mosti bukak poso ngan laok patin, toman, kolah dan sogalo bangso ikan, slurrrrp… sodapnya hinggo menjilat siku, ngih ngih ngih!

    on September 3rd, 2008 at 6:01 pm

  71. ujang cakap:
    Gravatar

    yup…naik boat-house.Ada ke sesapa nak ikut? jom ler

    on September 3rd, 2008 at 8:55 pm

  72. nelayankota cakap:
    Gravatar

    Teringin sungguh nak cuba pengalaman berpuasa di hutan.Boleh kasi detail sikit tak.berapa yuran penyertaan..makan minum macamana?ada tukang masak ke?

    on September 3rd, 2008 at 10:08 pm

  73. ujang cakap:
    Gravatar

    Nak tau detail sila klik kat—>http://www.thederhakastudent.multiply.com

    on September 4th, 2008 at 8:55 am

  74. gayour cakap:
    Gravatar

    assalamualaikum
    iyo. boto la tu. duduk ateh bukit laie elok. tinggi, buleh skodeng orang kek bawah buek apo temasuk buleh jumpo boghuk. tapi kalo jatuh teguling, sah, nun kek pangka gaung poie eh cam sepakan encik boghuk yang terer cakap negori semilan tu. capo namo eh, karim ko apo ntah!

    budaya lepak bawah pokok.

    selamat bukak poso bilo sampai maso eh jang!

    on September 4th, 2008 at 2:00 pm

  75. ujang cakap:
    Gravatar

    walaikumussalam.
    heh heh heh….kek puncak gonting nih boghuk tu tak tedayo nak duduk gayo….sojuk nek moyang…lubang idung ey pun bosa…jadi sonang kono slemo.

    on September 4th, 2008 at 3:08 pm

  76. zaki cakap:
    Gravatar

    poie masuk utan atau mancing tuh,koting kaki mau jago……

    on September 4th, 2008 at 3:09 pm

  77. sudin cakap:
    Gravatar

    yang sebenar-benarnya tok ketua dah ada di kuala lumpur atau masih di genting highland? confuse….

    on September 4th, 2008 at 3:14 pm

  78. puakakejam cakap:
    Gravatar

    Selamat Berpuasa tok ketuo Ujang…..dan penduduk2 kampung Belulang semua……

    on September 5th, 2008 at 4:32 pm

  79. PejuanG cakap:
    Gravatar

    Aku baru sudah baca budget. Baru sudah baca analisa. Baru sudah berkerut dahi tekan calculator berapa banyak yang aku dapat jimat tahun ni dan tahun depan. Kesimpulan? Tadak. Aku still kena bayaq cukai. Letrik aku lebih dari RM20 sebulan. Proton sengaja jual enjin petrol masa aku beli Wira dulu. Dan aku tak kerja dengan kerajaan.

    Aku kerja makan gaji dengan swasta. Swasta yang diketahui akan sedaya upaya memaksimakan keuntungan bagi memastikan CEO dan GMnya dapat terus naik kereta besar dan terbang kelas pertama guna duit syarikat. (Hmm… Bunyi dah macam kerajaan pun ada.)

    Tiba2 aku teringat mesyuarat halatuju syarikat aku dua bulan lepas. Semua ketua2 jabatan diarah untuk bersama mem”brain storming” bagi membantu syarikat mengorak strategi untuk enam bulan akan datang. Ada beberapa consultant dipanggil membuat presentation tentang ekonomi dan keadaan industri semasa. Aku teringat lagi bila ramai ketua2 jabatan menggelengkan kepala bila melihat laporan daripada salah sebuah badan kewangan terkemuka dunia. Aku berkerut dahi.

    Dahi aku berkerut bilamana satu carta berkaitan FDI - pelaburan luar dlm negara - menunjukkan beberapa negara di Asia mendapat suntikan daripada pelabur luar sepanjang tempoh enam bulan. Potongan kek carta pai menunjukkan Singapore, Thailand, Jepun, China dan even Vietnam menerima suntikan modal asing. Ramai yang senyap dan kelihatan tercari2 di mana potongan kek untuk malaya? Ya, tanpa perlu ditanya, presenter yang buat presentation tu dengan selamba mengatakan bahawa negara kita berada dalam “Others”. “Others” menerima jumlah suntikan kurang daripada 10%!

    Golongan negara manakah yang berada dalam “others”? Yang pastinya tanah melayu adalah salah satu daripadanya. Yang lain korang boleh cari sendiri. Untuk rekod, sebelum ini kek FDI di Asia juga dipegang sedikit sharenya oleh kita. Kebelakangan ini kita terpaksa berkongsi dengan “others”.

    Budget 2009 membuktikan sekali lagi betapa tenatnya FDI kita. Kerajaan terpaksa “memenangi” hati rakyat dan juga Sabah Serawak dahulu sebelum memikirkan tentang FDI. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa tiada satupun kelebihan diberikan untuk menarik lebih banyak FDI ke negara kita! Belanjawan kali ini lebih kepada menyelamatkan BN, daripada menyelamatkan ekonomi Malaysia.

    Soalan: jika orang tak bawak masuk duit untuk diberikan kepada kerajaan, duit siapakah yang kerajaan dok guna selama ini?

    Jawapan: Duit rakyat! Duit minyak yang dinaikkan oleh kerajaan! Kerajaan sedang memerah keringat rakyat melalui kenaikan harga minyak yang mendadak dan melampau tinggi! Kemudian dengan “keuntungan” ini, kerajaan mengumumkan “pelbagai insentif” kepada rakyat seolah2 menunjukkan urus tadbir kerajaan bertambah baik. Hey, kamu tak perlu belajar pengurusan ekonomi di LSE sehingga ke tahap PhD untuk mengurus kewangan sebegini! Kamu ambil RM10 daripada rakyat, dan tiba masa belanjawan, kamu umumkan bahawa kerajaan “baik hati” untuk bagi setiap rakyat lima kupang. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM kalau macam ni!

    Ekonomi kita makin tenat. Setakat blog ni ditulis, ringgit dah lemah berbanding dolar - 3.39. Dua bulan lalu, kita selesa di paras 3.20. Kalau kita naik kepada 3.40, kemungkinan Zeti terpaksa masuk campur dan nasihatkan PakLah untuk kuncikan semula ringgit kita macam dulu. Inflasi juga mencanak naik. Barangan komoditi tak nampak jalan untuk turun. Dalam harga minyak telah diturunkan, pengusaha pengangkutan awam masih terusan berusaha menaikkan harga tambang.

    Mungkin pekerja yang bergaji bawah RM35 ribu setahun boleh tersenyum sekarang kerana PCB (potongan cukai berjadual) mereka nanti dah tak dipapar dalam slip gaji. Maka seronoklah mereka berbelanja 20-30 ringgit sebulan yang “dijimatkan” untuk guna beli petrol. Yang diambil balik oleh kerajaan akhirnya dengan menafikan subsidi minyak seperti sebelumnya. Atau mungkin boleh belanja kawan2 makan jagung dalam tin yang telah dimansuhkan cukai importnya dalam belanjawan kali ini.

    Bagaimana dengan defisit? Jawapan menteri kewangan 2 kita - mat yakob - senang, defisit akan berkurang sebab petronas bayar cukai lebih! Sekali lagi, sedara sedari, adik kakok sekalian, membuktikan bahawa urus tadbir negara sangat senak sebab kita bergantung sepenuhnya pada petronas! Hasan marican pernah meletup sebelum ini bila mempersoal kerajaan mengenai industri lain dan kenapa hanya bergantung kepada petronas semata?

    Belanjawan 2009 menyimpulkan bahawa kerajaan BN yang diteraju oleh PakLah membawa ekonomi Malaysia menuju ke gaung jahanam kerana terpaksa memberi inisiatif kepada rakyat menggunakan duit rakyat yang diperah dan dirampas secara paksa. Ini samalah juga seperti membuat potongan gaji ke atas pekerja dan kemudian mengumumkan bonus pada hujung tahunnya!

    on September 6th, 2008 at 9:03 am

  80. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    Berat jugak masalah ni.

    on September 6th, 2008 at 1:22 pm

  81. Rajiv Khan cakap:
    Gravatar

    Imam lapar, aku pun ada lapar juga. Ini tahun baru belajar puasa la dey. Assalamualaikum.

    Tapi itu lapar kalau tada pandai urus boleh jadi lahap la dey. Jangan nanti worang panggil awak, imam lahap sudah la dey.

    Tadi malam ada pigi terawih sambil makan itu kuih morei ka imam? Kasi kurang sikit awak punya kelaparan la..

    Lagi satu imam, ha… jangan lupa sahur bangun la dey..

    Niat puasa:
    Sahaja aku puasa kerana Allah.

    on September 7th, 2008 at 12:35 am

  82. a cakap:
    Gravatar

    Alhamdulillah…

    on September 7th, 2008 at 1:10 am

  83. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    Tengok…suruh aku bangun sahur.Bila aku bangun..sorang jemaah pun tak ada dalam kampung ni.Dey Rajiv…lu tada sahur ka deyyyy

    on September 7th, 2008 at 5:47 am

  84. kudin cakap:
    Gravatar

    Sahur apa jam 5.47 ni mam.Kejap lagi orang azan.Berenti makan tu..nanti tak sedar pulak waktu syuruk.

    on September 7th, 2008 at 5:48 am

  85. jonjenin cakap:
    Gravatar

    SELAMAT BERPUASA!
    SELAMAT BERPUASA!
    SELAMAT BERPUASA!

    on September 7th, 2008 at 7:37 am

  86. jonjenin cakap:
    Gravatar

    OIIIIIT! penduduk kampung belulang….moh kita buat bubur lambok ghamai2…hehehe…

    on September 7th, 2008 at 7:38 am

  87. brader joe cakap:
    Gravatar

    Sapa2 yang bosan2 tu meh la singgah blog aku. tambah2kan lagi kebosanan yang ada tu kehkehkeh

    on September 7th, 2008 at 7:42 am

  88. kudin cakap:
    Gravatar

    ako sokong jonjenin punya ideah…sangat bagussss.Tapi di mana…bila..kenapa ..bagaimana?

    on September 7th, 2008 at 11:26 am

  89. Hafiz cakap:
    Gravatar

    Kehadapan Tok Ketua,

    Gambar kenduri masih dalam proses. Harap maaf atas kesulitan yang dihadapi.

    Yang benar,
    Hafiz

    on September 7th, 2008 at 4:22 pm

  90. jonjenin cakap:
    Gravatar

    apa kata kita wat kat umah ko kudin? ko support semua ok? hihii

    on September 7th, 2008 at 11:10 pm

  91. jonjenin cakap:
    Gravatar

    hiyahhhhh!! mari kita huru hara kan balik blog ni mcm dedulu…huarghhhh..
    ataga ko ni nape jon? biol??? sound mat burger.

    on September 7th, 2008 at 11:12 pm

  92. kudin cakap:
    Gravatar

    setiap kali selepas sahur aku akan login ke blog ni.Selepas tu tak ada can lah pasal nak siapkan tender.jon jenin lepas sahur terus tidur ka.

    on September 8th, 2008 at 5:52 am

  93. wakmeli cakap:
    Gravatar

    alooo tok. apa cite terbaru.

    on September 8th, 2008 at 11:17 am

  94. kiambang cakap:
    Gravatar

    beshnye lps sahur leh jenguk kg..ni lps sahur kene basuh pinggan mangkuk..cawan..lps ni nk pakai daun pisang jela..bulih ajak rajiv sahur bersama..slalu org asik wat majlis berbuka pose..ako nak wat majlis bersahur plak la hehehe

    on September 8th, 2008 at 1:22 pm

  95. Hafiz cakap:
    Gravatar

    Fwd: Majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-kanak Menghidap Kanser.

    Sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia ini, saya bagi pihak ArdentEdu dan juga Aidan Group ingin memaklumkan kepada rakan-rakan semua bahawa kami akan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PJ.

    Majlis ini ialah sebuah majlis amal untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di hospital tersebut dan meluangkan masa seketika untuk berbuka puasa bersama-sama mereka. Nothing formal about it, ringkas dan yang paling utama, melakukan kerja amal dan muhasabah diri kita sendiri.

    Maklumat Program:
    Date: 13/9/2008 (Sabtu)
    Time: 6.00 petang
    Venue: 11th Floor, Menara Utama, Hospital University Malaya, PJ (Go straight from the main gate)

    Attire: Baju untuk berbuka puasa dan bersolat Maghrib
    Optional : Boleh bawa candies, kek for the kids provided that you are VERY sure that the food is NOT contaminated by any dust, dirt, etc.
    Makanan akan disediakan oleh Restoran Puteri, Damansara.

    Anda juga boleh membuat sumbangan dalam bentuk kewangan mahupun barang-barang permainan.

    Sila lawati: http://bukapuasa.wordpress.com/

    on September 8th, 2008 at 3:01 pm

  96. kudin cakap:
    Gravatar

    satu usaha yang cukup murni.mudah-mudahan di berkati Allah.

    on September 8th, 2008 at 6:05 pm

  97. animaTOT cakap:
    Gravatar

    bubur lambuk? ko ada resepi nak buat bubur lambuk ke jon?

    on September 8th, 2008 at 11:59 pm

  98. Imam_Lapar cakap:
    Gravatar

    Pada pendapat aku daripada buat bubur lambuk…lebih baik kita buat bubur jagung.kerana aku suka jagung.

    on September 9th, 2008 at 9:07 am

  99. ujang cakap:
    Gravatar

    apa cerita pasal makan ni mam….hisss.Baru pukul spuluh ni.heh heh

    on September 9th, 2008 at 10:33 am

  100. jonjenin cakap:
    Gravatar

    alahh..imam biasa buat kan mam…bubur lambuk lapau namanyer apa…
    tak gitu mam??…assalamualaikum tok..esey dah balik dari merderhaka..hehee…salam Ramdhan…

    on September 9th, 2008 at 1:53 pm

  101. semuutiee cakap:
    Gravatar

    apa korang cita makan,lapau ker??satu dunia punya orang Islam pun tgh lapau lee…….baru 2::40pm hik!hik!
    tahun ni aku laki bini belum jejak lagi pasar Ramadha…..aku berazam untuk berbuka seadanya ala kadar…tak macam tahun2 lepas……puasa nak rak tahan lapau dahaga…..
    bila nak buka beli pulak bagai nak rak…..selagi nampak nak beli…..tak habis pun makan….
    bulan yg sepatutnya menahan nafsu dah jadi bulan MELAYAN nafsu…..
    uiks!! tok da keluau utan?? agak kalau sambut raya dalam boat house best tak tok???
    Salam Ramadhan buat suma….

    on September 9th, 2008 at 2:50 pm

  102. ujang cakap:
    Gravatar

    Sambut raya lam bot kalo dalam keadaan jiwa tertekan boley ler…tapi kalo dalam keadaan waras…kurang sesuai rasa nyer.Macamana pun kalo nak try saya boleh tolong ejaskan bot.

    on September 9th, 2008 at 9:14 pm

  103. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tak yah ejas tok,segan la pulak rasanye …..kang apa pulak kata monyet ngan rimau, maunye di gelak dek diorang ……

    on September 10th, 2008 at 1:30 pm

  104. kiambang cakap:
    Gravatar

    takdenye diorang gelak..msti dorg jemput mkn ketupat sesama wakaka

    on September 10th, 2008 at 1:52 pm

  105. jonjenin cakap:
    Gravatar

    apo nak sogan lak semuutiee. diorang pun sibuk begahyo jugak..mo cagho agak lain la skit. apo slah eh join diorang stahun skali..kan? muhehehehee…

    kiambang ko makin sihat tak? ghayo dah dokek ni..ko bilo nk melotup.

    on September 10th, 2008 at 2:25 pm

  106. rajiv cakap:
    Gravatar

    Tadi malam ada LOTUP dekat saya punya tempat punya surau la dey. Itu budak kicik kena murcun. Ada sikit luka-luka la dey. Itu dia punya kawan-kawan ada main baling-baling itu murcun, belakang sudah kasi hantam dia punya baju punya lengan la dey, ada bakar sikit. Itu budak ada baik punya nasib la dey, saya ada kuluar angkat wudhu, belakang saya dengar itu bising-bising, tengok aiyo sudah kena la dey.., imam panggil turun tenok, belakang dia punya bapak sam dia punya amak angkat hospital pigi. Wad duduk la dey..
    Kiambang sama jon, jangan main LOTUP la dey.

    on September 11th, 2008 at 10:02 am

  107. semuutiee cakap:
    Gravatar

    tok afsal ujangonline da berubah rupa…da tak reti le nak melayarinyer…….

    on September 11th, 2008 at 11:53 am

  108. semuutiee cakap:
    Gravatar

    daging rimau kalau buat rendang sedap kot???dapat rasa macam -macam…..da rasa rusa, ayam, monyet,dan macam2 ler kalau nasib baik dapat rasa danging orang sekali….
    saya rasa la……..

    on September 11th, 2008 at 11:56 am

  109. jonjenin cakap:
    Gravatar

    rajiv ungko punya mulut banyak masin woo..baru tadi sorang lagi jadi mangsa Lotup! aku pun heran mcmana boleh lotup…bergegar handle aku..rupanya itu paku suda pacak dalam juga tiup motor..ayoyoyo…selupa tak ini cerita samo ungko punya cakap.

    on September 11th, 2008 at 4:39 pm

  110. rajiv cakap:
    Gravatar

    Dey Jon, awak cakap tara serupa bikin punya la dey. Awak sudah bikin baru cakap, saya sudah cakap baru bikin. Awak ada sikit faham ka kalu?

    on September 11th, 2008 at 9:41 pm

  111. a cakap:
    Gravatar

    rajiv ngko posa tak keh keh.. rindu plak kat kak limahgila..
    masih gila lagi ker dia..

    on September 11th, 2008 at 9:53 pm

  112. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ooo…itu mcm ka rajiv. kita bikin sama2 la…baru serupa bikin maa…
    limahgilo dah pengsan la a. jatuh kat longkang tepi balai raya. ko windu gi la tgk dia kat longkang tu..

    on September 11th, 2008 at 10:53 pm

  113. rajiv cakap:
    Gravatar

    a.., boleh ka saya mau kasi guna nama “b” pula? tapi… tara best la, awak sudah jadi no 1, saya no 2. Tak apa la.. Rajiv sudah bagus.

    Jon, aiyo mau bikin apa sama-sama dey? Saya takut la dey. Nanti musti kena pigi sana masjid amu angkat sumpah.

    Jon, itu kenapa worang suma bising-bising pasal angkat sumpah sana masjid la dey, itu sumpah sudah banyak lama worang buang sana, musti mau kasi angkat la dey. Itu DBKL sama Alam flora punya kirja la angkat sumpah. Tada kalu.., itu sumpah mau jadi busuk sana banyak, itu Karam Singh waliya kasi masuk sana buletin utam,a dey.

    on September 12th, 2008 at 8:49 am

  114. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ala dey rajiv…cit! apa aku mahu bikin sama ungko.takde kemanisannya lagi hehee….aku cakap itu bikin kirjasma la dey. sama mcm itu usahasama tangga kejayaan laa. tapi sekarang ar rajiv…itu worang suda banyak malas mahu pakai tangga, penat n lambat la dey. sekarang ar… lif suda take over sama kirja tangga. skrg tangga takde job mahu bikin kalu. apa mcm? raya suda mampir. itu sbb tangga itu kalu…suda bikin part time sama bomba n TNB. susah mahu cari makan maa…

    itu rumahtangga juga kalu suda mahu tukar jadi rumahlif juga apacerita???

    on September 12th, 2008 at 12:51 pm

  115. a cakap:
    Gravatar

    ahahahaha sakit perut aku tengok abg rajiv & abg jonjenin nehhh..
    deyy deyy yennadeyyy

    on September 12th, 2008 at 2:30 pm

  116. ujang cakap:
    Gravatar

    ujangonline terpaksa di berentikan seketika kerana menukar beberapa pswd untuk mengelakkan di sabotaj oleh seekor syaitan jadi-jadian yang telah mengelepet saya beberapa minggu sebelum datang ramadhan aritu.

    on September 12th, 2008 at 5:54 pm

  117. a cakap:
    Gravatar

    patutlah sayer klik nmpak mcm ‘hang’ jeww..
    tak abis2 lagi ader manusia nk dengki dgn tok ketuo.

    on September 12th, 2008 at 6:47 pm

  118. ujang cakap:
    Gravatar

    Memang ada manusia di lahirkan untuk mengelepet manusia lain…dah memang macam tu habitatnya.Hanya Tuhan yang dapat mengubah dan memberi hidayah kepadanya.Bagi saya tidak lah menjadi masalah…Sukatikaulahhhhh

    on September 12th, 2008 at 8:17 pm

  119. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ujangonline kene sebotaj lak???..mangkuk ayun punya sudip!
    patut aku online tak jalan…itulah maknanyer ada lagi yang mengigil lutu bila tok ketua menjengah pala kat tingkap. sabau la tok…banyak fadhilatnya tu…lagi2 lam bulan posa….moh terawih…!!

    on September 12th, 2008 at 10:47 pm

  120. ujang cakap:
    Gravatar

    Perjalanan kawan ni nampak dah macam nak sama je macam Anwar Ibrahim hahahaha.Kebetulan je pulak yang mengelepet kawan dulu…yang mengheret kawan ke mahkamah pasal intelect property sampai kawan bengkrap dulu pun orang umno jugak.Tambah cantik lagi nama dalam IC kawan pun Ibrahim…jadi ANWAR & IBRAHIM macam ada satu pertalian dan agak sinonim.Dua-dua di aniaya oleh orang umno…HIHIHIHI…Jadi tahun ini kita LAWAN…tetappppppp LAWANNNNNNNN!!!!

    on September 13th, 2008 at 7:05 pm

  121. jonjenin cakap:
    Gravatar

    agi idup agi ngelaban…dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung….berpantang maut sebelum ajal !!
    Alang2 mandi biar basah..alang2 posa biar cukup sebulan !!! hahaha…
    ini kerja pmuda umno yang menang kat johor la ni ek tok…?

    on September 13th, 2008 at 10:46 pm

  122. jonjenin cakap:
    Gravatar