JIKA KAU MEMPUNYAI AKAL maka fikirkan lah sendiri
Semalam saya menaiki sebuah teksi ke section 15 subang yang di pandu oleh seorang lelaki separuh umur yang berasal dari keningau sabah.
`Tak balik raya tahun ni bang?`Tanya saya memulakan perbualan.
`Saya sudah empat tahun tak balik`Jawabnya dan kelihatan amat rusuh raut wajahnya.
`Lama tu….tak rindu ke keluarga di sana?`
`Rindu tu rindu bah….tapi mana saya mampu tiket pulang kesana aja sudah lebih rm400..sedang saya cuma bawa teksi`
Saya mencongak-congak sendiri.Sewa teksi rm40 sehari,gas rm7 dan petrol untuk stand-by kalo gas abis rm20(maklumat yang saya perolehi semasa sessi sembang-sembang tadi),belum teksi rosak atau kena saman.Perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak…ah paling kurang nak kena cari rm 100 satu hari.Tu pun baru dapat dalam anggaran rm30 sebagai gaji bersih.(bersih ke…cukup bulan nak bayar sewa rumah pulak,bil air,bil letrik)
`Anak berapa bang?`Saya gatal mulut bertanya.
`Enam`
Saya mencongak lagi.Kalau tiket kapalterbang balik ke keningau saja sudah lebih rm400 sorang…darab saja dengan lapan…rm 3000 dalam tangan.Makan minum itu ini…kurang-kurang 4000 mesti ada dalam tangan.
Memang betul lah kata PM kita ekonomi negara kita sekarang dalam keadaan baik.
Sebab itu kita kena ubah cara hidup kita dari manusia merdeka kepada hamba tebusan.





Tok, Kita tunggu macamana Tokjib nak urus harga minyak dan ekonomi negara kita tu. Dia amat terkenal dengan ungkapan “Ubah Cara Hidup”. Sekali teringat ungkapan “Islam adalah Cara Hidup / Islam is a way of life” Aduh, macamana kita nak ubah cara hidup?
on September 19th, 2008 at 11:29 am
Aiyyo, aku ingat aku dapat no 1 ini hari, sekali ada lain worang sudah mendepani aku. Tapi tiada mengapa, berlumba-lumba membuat kebajikan adalah satu amalan sangat murni sucihati. Adapun aku juga sudahpun mengubah aku punya hidup punya cara, sekarang aku punya amma sudah tukar juga, sekarang kitaworang tada makan kuih CARA, kalau mau makan juga, aku punya amma cakap, dia ada satu cara, simpan sana ais peti, mau makan kalu, angkat itu cara, kasi ambik dia pounya bau saja. (macam itu P Ramlee la) angkat bau saja. Belakang kasi simpan itu cara dalam ais peti lagi. Lain orang mau makan, serupa juga cara ulang lagi satu kali.
Begitulah aku sama aku punya famili mengubahkan cara Makan kuih CARA.
Sekian moga-magahan ekono(me) menjadi ekonegara kita.
on September 19th, 2008 at 11:35 am
betul kata PM tok kita kena ubah cara hidup…….mula mula ubah peel makan dari 3 kpd 1kali sehari, peh tu peel buat anak …jgn buat ramai ramai…..peh tu cuba cuba jgn bawak keta …cuba beli basikal…..jgn tengok tv..tengok gambau ke poster ke iklan kat tepi jalan ke cukup….jgan mandi lama kalau boleh sekali sehari da cukup…..bila nak sembahyang pakai air kat masjid atau surau kat rumah buat le tayamum…..baju pun tukau seminggu sekali…..
carik bini yg badan kecik….makan sikit….
tapi daripada aku bebel tah happa happa…. rasanya paling mudah kita tukar je si PM tuh …ye tak?
on September 19th, 2008 at 12:17 pm
Tapi pada pendpaat tuk pulak..kita tak usah tukar PM atau apa-apa.Biarkan dan tengok kan aje sampai mana dan sejauh kepimpinan dan hala tuju tu nak di bawa.kita hidup pun bukan lama..nanti kat syurga baru lah kita dapat hidup yang sempurna dan adil.
on September 19th, 2008 at 12:28 pm
HAHAHAHA…ini mcm kes keciwa je tok ayah..mo tunggu ajal datang jomput..tanpa kita berbuat apa2. samo eh ngan menunggu kobau mengembek, kambing berkokok. kito tak tau berapo lamo nak mati tu..buek nyo tak mati2 berabad2..wallahu alam… itu lom kiro masuk syurga ke nerako?…kalau dah gerenti tu masuk syurgo tu alhamdulillah laa..buek menyimpang ke nerako…Wallahu alam…kehkehkehkeh…kiok!
on September 19th, 2008 at 1:08 pm
bab syurga neraka tu bukan hak kita tok ayah …….biarlah Dia yg tentukan…….tapi yg kita kene tentukan hidup kite kat dunia ni……kalau da tau yg kepla keretapi tu da nak melingkup masuk gaung …………apehal nak pasrah je…….kena lah usha skit …….dah usha doa…. lepas doa barula tawakal……….dok diam je…bagi jorang tu untung pukal apahal!!! kalu zaman nabi dulu…takut orang nak jadi pemimpin bila kenangkan syurga neraka……tapi la ni berebut-rebut nak memimpin……kena pulak yg dipimpin jenis setia hang tuah ………yg bengap……..
aku keturan hang jebat yg suka makan kuih cara….tak tau pun aku bentuk kuih cara tuh hik!hik!
on September 19th, 2008 at 3:14 pm
sengit, perit, terhimpit, tersepit, tak siapa peduli…
nak peduli camana? sebab semua penting diri sendiri..
apa aku merepek pun aku tak tahu.. rasa frust hari ini hihihihihi
on September 19th, 2008 at 4:08 pm
A, itu frust ada sama ka macam itu kuey raya, kuey karas? Sapa ada kenal sama kuey karas?
Ini kuey karas dia punya harga pun ada naik la ini tawun. tupung mahal la dey!
on September 19th, 2008 at 4:35 pm
apa yg murah sekarang rajiv…suma pun makin mahal …yg makin murah aku tengok cuma maruah bebudak sekarang ni ….da la buat sesenonoh…siap record lagi tu! cis sesungguhnya aku berpuasa………..
on September 19th, 2008 at 4:53 pm
hehe..pekaba semua…cerita ni sampai kesudah pun tak selesai..baik takyah pikir sampai kecut urat otak sekelian…ni nak kabo bahawa esok ade majlis bukak pose geng lubuk.net kat bangi restoren shamsul ghau-ghau..sesape nak join bleh bagitau terus tok ketua…tak silap 10 hengget je sekepala..tapi taktau la masuh boleh register ke idak..pastu ade pengenalan radio lubuk yang akan dijelaskan sejelas-jelasnya oleh tok ketua disana nanti..pemilik henpon nokia je yang bleh ekses radio tu..yang lain takble..kalo nak cat name nokia kat henpon anda pun buleh kot..
sekian laporan saya yang telah beralih arah ke lubuk dot net..
wassalam
on September 19th, 2008 at 7:52 pm
salam abg ujang!
on September 19th, 2008 at 9:15 pm
Dey.., lubuk pun naik harga la dey.. kenapakah kau mau beralih arah? Sedangkan itu tokjib hanya lah menyuruh kita menukarkan cara hidup, dia tada memberitahu supaya mengalihkan arah kita. Incik Mohamad… itu nikia punya henpon pun sudah pun naik harganya pon.. sekali berapa banyak pon da… aiyo pining saya punya kapla sama saya punya tangan jari mau tulis sini. Tengkiu.
on September 19th, 2008 at 9:17 pm
lubuk dot net la pulak mofudume…kehkehkeh…elok la melompat2 zaman sekarang ni…dok setempat pun tak leh harap sangat..so, marilah menyanyi lagu lompat si katak lompat…lompat lah tinggi2..cepat la adik copek..copek la kito jadi katak..ngeh ngeh ngeh..hargo katak pun dahj melambung la ni..nak dapek harga sekor pun dah sama harga makanan berbuka untuk seorang gamak eh…dunia oh dunia…..
on September 19th, 2008 at 10:46 pm
Kalau ada kelapangan semua pun di jemput hadir majlis berbuka puasa esok.60 orang akan hadir insyaallah…untuk detial sila chek kat http://www.Lubuk.Net/forum/
Semoga majlis berjalan dengan cantik insyaallah.
on September 19th, 2008 at 11:02 pm
akum big boss…hmmmm…..abg lama menghilang…dh tak berkarya di CM ker?wahhhh…..sya dh kira2 hampir 2 setgh tak jumpa abg nie…last kita kena kari kepala ikan…hahhahahahhaha…berkarabau lg ker?hahahahahahaha
on September 19th, 2008 at 11:35 pm
ada sama la rajiv…hehehe korang pegi la gathering besok..
aku segan nak pegi yg pasti nya sumer lelaki kek situ huhuhu
mofu, selamat bergath wakilkan belulang hehehe
on September 20th, 2008 at 1:44 am
Ler…si a ni wanita ke?
Selama nih kawan dok ingatkan dia dari golongan syeikh-syeikh.
on September 20th, 2008 at 5:26 am
hehee….a ..aku pun ingat ko ni jantan tulen…tipah tertipu…aku rasa rajiv pun sama la..hihihi…
on September 20th, 2008 at 7:50 am
Rajiv pun wakil dari wanita umno ke…lalalalalala.Sungguh tak di sangka ..cempedak menjadi nangka.
on September 20th, 2008 at 8:07 am
hahahahaks…ini kes lompat jugak ke? deyy rajiv….komen skit?
on September 20th, 2008 at 10:24 am
Aiyo Jon sama tok kutua, janganlah begitu sekali kamu worang menuduh akan diriku ini. Sebutulnya aku tiadalah pernah memasuki kan diriku ini ke dalam kewanitaan umno itu. Hindraf lagipun bukan, Tapi itu Perkim adala. Persatuan Penternak kambing & Itik Nila Malaysia la dey. Ungko Jon, jangan main sama jarang punya serkap, itu serkap banyak busuk la dey, Hari-hari motong getah, itu serkap kasi tarik bikin bulat-bulat itu sebesarnya bola tenis, kasi main itu konda-kondi. Incik Tok ketua.., itu konda-kondi itu permainkan tradisional kah? Apa macam mau main itu permainkan?
on September 20th, 2008 at 12:12 pm
aku pun lupa hehehehe.. apa la tok ketuo ni, ada ke patut dikatanya aku lelaki hehehe.. rojiv & jenin pun.. ddeyyy..
on September 20th, 2008 at 1:49 pm
rajiv…itu konda-kondi banyak senang mao main.Dia surupa politik punya worang jugak.ketuk sana ketuk sini..kira sana kira sini belakang sapa dapat paling banyak dia menang laaaa.
on September 20th, 2008 at 2:16 pm
wuoooh…barulah diri aku ini memahami cara- cara pmainan ini dijalankan…tapi ar rajiv sama tok ketua…itu nenek belah jiran aku ada cerita skit2, itu kalu main konda kondi jangan sampai ketuk kpala kawan la dey! nanti belakang kasi hentam sama batu kapla..darah kasi keluar mancut2. terus ambulan datang kasi balut satu badan la dey…ini pmainan banyak dangerous in the wolrd. mau main kene hati2..supaya tada hati yg akan terguris. seperti kata perpatah gujerat “Menghiris bawang biarlah berhelmet, kerana nanti bawang tidak dikupas..mata suda air keluar”…hehe..
on September 21st, 2008 at 6:27 am
Aik…..Apasal pulak jonjenin bercakap macam rajiv ni…..Apakah terdapat campur tangan kuasa eksekutif atau konspirasi peringkat tertinggi dalam hal ini? heh heh
on September 21st, 2008 at 9:19 am
boleh tak aku nak ketawa kejap.. hahahahahahha
on September 21st, 2008 at 2:33 pm
hahahaha..ini rajiv punya hal la ni…sampai tergeliat lidah aku dikerjakan dek bahawa akapelatnya..kene berurut balik, bagi betul…heh..
ini bukan konpirasi la tok ketua…ini kompilasi je..hahahak…
on September 21st, 2008 at 7:02 pm
RALAT : kementerian hal ehwal bahasa menegaskan bahawa terdapat banyak kesalahan ejaan pada tulisan jonjenin. contohnya
1. konpirasi- ejaan betul konspirasi
2. bahawa - ejaan betul bahasa
3. akapelat - belum ada dalam kamus dewan peringkat kehakiman.
4…cukup la tu..jonjenin dah menangis merayu2 dan beliau berjanji akan mendalami ilmu bahasa dalam masa terdekat ini..harap maklum.
Yang jadi Pak Turut,
Professor Dr. aLGABAN upsr.pmr.spm.stpm.bec. dll.
on September 21st, 2008 at 7:12 pm
Bahasa jiwa bangsa.Hati-hati sikit jon…nanti orang kompius plak tuan hamba berbangsa apa.
on September 21st, 2008 at 7:33 pm
heh..he…itulah pasal tok ketua….hamba pun ghisau gak nih…tapi minta2 takde la yang kompius hamba ni lelaki ke pompuan…hikhikhik..
on September 21st, 2008 at 8:12 pm
mungkin bahasa aku pakai selamba katak kot tu yg buat
org ingat aku lelaki hehehe tapi takda la plak aku terikut rajiv
mcm jonjenin hahahahahahaha
on September 22nd, 2008 at 6:17 am
Seorang ulama bernama Hassan al-Basri r.a pernah mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.
Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang
Pertama; anjing itu sentiasa lapar, ia jarang makan sampai kenyang apatah lagi tidur tergolek dalam kekenyangan.
Sifat ini adalah sama dengan sifatnya orang-orang soleh. Mereka makan hanya apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Tawakkal dan mengembara
Kedua; anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Ia selalu berpindah randah mengikut keperluan hidupnya.
Sifat ini adalah sifat orang yang bertawakkal kepada Allah. Mereka mengembara ke merata-rata tempat untuk menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah Islamiyyah.
Tidur yang sedikit
Ketiga; anjing tidak tidur di waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang soleh yang cintakan Allah s.w.t, di mana mereka sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah s.w.t.
Zuhud
Keempat; jika anjing mati, dia tidak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewarisi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat hamba-hamba Allah yang zuhud. Mereka membelanjakan semua harta ke jalan Allah s.w.t sehingga tiada pusaka untuk diwarisi.
Tidak marah tidak merajuk
Kelima; anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri dari tuannya sekalipun dipukul atau dimarahi.
Sifat ini adalah sama dengan sifat pelajar-pelajar yang siddiqin yang sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk sekalipun kesabarannya diuji dengan pelbagai ujian.
Tawadduk, redha dan tidak sombong
Keenam; anjing lebih redha dan rela bertempat di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
Sifat ini adalah sama dengan sifat-sifat orang-orang yang tawadduk, suka merendah diri dan tidak sombong diri.
Tiada dendam
Ketujuh; Jika tempatnya diambilalih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, anjing akan berpindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau menaruh dendam.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang soleh yang sentiasa redha dengan bahagiannya yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Khusyuk
Kelapan; Jika anjing dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, ia menerimanya dengan hati terbuka. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang telah berlalu.
Sifat ini adalah sama dengan sifat orang-orang yang khusyuk.
Redha rezeki Allah
Kesembilan; jika anjing melihat manusia makan, ia melihat sahaja dari jauh, tidak meminta-minta atau mengganggu. Jika diberi, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia akan berdiam sahaja.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang miskin yang redha akan pemberian rezeki oleh Allah s.w.t.
Istiqamah
Kesepuluh; jika anjing berjalan atau pergi dari tempat asalnya, ia tidak menoleh ke belakang dan terus berjalan.
Ini adalah sama dengan sifat orang-orang susah yang istiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t.
Demikianlah sepuluh sifat mulia yang ada pada makhluk yang kita gelar anjing dan Hasan al-Basri menyifatkannya sebagai bersamaan dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang soleh.
on September 22nd, 2008 at 9:11 am
Tapi saya hanya mau kasi tau sini worang kampung, saya sama Jonjenin adalah berlainan worang. Buktinya.., Jonjenin selalu salah mau tulis ejaannya. Akan tetapi saya tiada bersalahan ejaan. Saya butul-butul bahasa saya belajar sedari masa kecik la dey.
on September 22nd, 2008 at 10:44 am
hehehe..dah jadi kontroversi pulak kes aku ngan rajiv….lantak kek situ lah….tapi kalo ko mpunyai akal..maka fikirlah sendiri sampai streben tuen…kehkehkeh..kiok!
imam ni bila time lapar bagus plak nampak pala otak dia..hehee..teruskan mam..Bravo!!
on September 22nd, 2008 at 1:39 pm
Tapi itu jon sama saya punya kampung ada sikit dekat la. Jon tara tau tau ka? Itu jerantut sama saya kampung hanyalah bersebelasahan saja. Jemput datang saya rumah itu raya nanti la dey..
on September 22nd, 2008 at 11:59 pm
okey la rajiv…set…raya nanti aku datang bawak bekas tupperware…bleh?
on September 23rd, 2008 at 12:54 am
sempena ketibaan syawal tak lama lagi..aku nak ambil kesempatan disini…utk meminta maaf pada semua pddk belulang dulu dan kini..pada tok ketua..andai ada kesalahan terlanjur kata, terbiadap bicara..ampun dan maaf aku pohon…aku hanya manusia biasa yang banyak mlakukan ksilapan…SALAM AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN….
on September 23rd, 2008 at 1:00 am
apa nak jadi ngn negara, makin maju kebelakang…pemimpin nak tambat ringgit, apung ringgit dan…bawak lari ringgit2 juta riban…huhuhu..
on September 23rd, 2008 at 8:54 am
PM suruh ubah gaya hidup….kenalah ubah….drpd angguk dengar cakap beliau….kita berubah cara dgn menentangnya….provok abis2an….
on September 23rd, 2008 at 9:21 am
Awak ini incik puaka, sememangnya kejam. Serupa awak nama juga. Puakakejam. Sudahlah menghantui akan dirinya PM itu, mau dikejaminya pula. Ya allah ampunkanlah kita semuanya ini, daripada tipudaya syaitan. Amin..! Tapi saya juga tau, incik puaka adalah tergolong dalam puaka-puaka yang sedang dalam keinsafan. Moga-mogahan, kasi itu PM sama itu tokjib mau kasi turun itu minyak sama tol punya harga, kasi senang mau balik kita punya kampung mau raya la dey. Incik puaka janganlah pula mengejamkan diri dilebuhraya, nanti banyak eksiden la dey!
on September 23rd, 2008 at 12:25 pm
Ubah gaya hidup. Hu hu hu!
Bro’, mintak izin tampal gambar bro dalam blog gua.
on September 23rd, 2008 at 3:39 pm
Keizinan di beri-dan jangan lupa juga tulis kat bawah gambar tu–Lawan tetappppp Lawannnn hihihihi`
on September 23rd, 2008 at 6:34 pm
“Dalam bukunya Riadhus Shalihin, Imam Nawawi (631 - 676 Hijrah) telah meletakkan bab Perintah Kepada Pemerintah Supaya Sayang dan Lunak kepada Rakyat dan Larangan Menipu Rakyat atau Mengabaikan Rakyat dan Hajat Keperluan Mereka yang terdiri dari nas berupa ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith Nabi untuk kita manfaatkan.
Seterusnya di ambil terus dari buku tersebut:
Maksud Firman Allah: Dan rendahkan sikapmu terhadap pengikutmu dari kaum mukmin (Asy-Syu’a-ra: 215).
Maksud Firman Allah: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat baik dan membantu sanak kerabat, dan mencegah dari kekejian dan mungkar dan aniaya (melampau batas). Allah menasihati kamu supaya kamu ingat (An-Nahl: 90).
1. Ibnu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu sekelian pemimpin dan kamu akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Pemimpin akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan (pembantu/orang gaji/pekerja) memelihara milik majikannya dan akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan-jawab) dari hal rakyat yang dipimpinnya. (HR Bukhari & Muslim).
2. Abu Ya’la iaitu Ma’qil bin Yasar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seseorang yang oleh Allah memimpin rakyat , kemudian ketika mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga. (HR Bukhari & Muslim).
on September 23rd, 2008 at 9:22 pm
Alhamdulillah…tahniah imam. teruskan myampaikan tazkirah2 kepimpinan melalui teladan…
waahhh…hensem tok ketua masa muda2..mcm Jamal Abdillah (Azura) laa..hihihih
on September 23rd, 2008 at 10:36 pm
selamat hari raya..aidilfitri mulia..ampun maaf dipinta mgsuci hening dosaaaaa….setahun menghilang…sekarang menjelang…hari bahagia…selamat hari rayaaaa…ceh..syok lak menyanyi lagu raya time2 camni…mana lak poie pddk kampung belulang yg lain…takkan laa awal bebeno balik kampung.? kiambang dah sunyi umah eh?/ tok ketua sblum posa dah sunyi…rajiv plak..aku nampak kambing dia je kat tiang tangga…nampak susut kambing tu..hehe…tidin…ilang tak dapek dikesan..lari luar negara kot. che mat? entah…mofudume..nampak ari tu kat jeram…buek apo ntah…pelita ayam majuk kot…ayam dia ilang sekor.
sunyi lak kampung ni…bila semua org sibuk balik ke tmpt psembunyian masing2…takpe la…aku akan meriahkan kampung ni dgn mnyanyi lagu JIBAM…
grengg..greeng 1…2….3…
anak suman
jibam..jibam…
dengarlah lagu…
jibam..jibammm…
aku nyanyikan
hanya untuk muuuuuuuu….
ishh..tukau la…
hai selamat hari rayaaaa…aidilfitri mulia..
“woiiiiit!! ko kalau tak memekak dari malam tadi tak leh ke?
ko tau tak aku keje shift malam..ini baru nak membuta…ko lak bising2 !!
jerit Joyah rugged sambil melempar bantal busuknya ke kepala jonjenin.
“hehe…sori la joyah…aku tatau…minta maaf iyee joyah…selamat hari rayaa..kihkihkih…” jonjenin pun blalu pergi sambil megepakkan ketiaknya seperti lagak ayam jantan…TAMAT.
on September 24th, 2008 at 1:57 pm
’sabao yer jonjenin’.. pujuk umi kesum dgn mengharapkan jonjenin
menghabiskan posa nya tahun ini hehehehe
on September 24th, 2008 at 2:12 pm
Jon jenin macam jiwa kacau je tu.Sepatutnya lam bulan poser ni banyak-banyakkan bersabar.Kalo tak tahan..puasa la sekerat ari je dulu..nanti dah ok…baru buat puasa penuh.
on September 24th, 2008 at 3:27 pm
salam abang ujang.. 1st time sampai sinih dari blog jowopinter.. selamat ariraya .. ati2 dijlnraya..
on September 24th, 2008 at 8:39 pm
biasa la imam….kambing pun kadang2 jiwa dia kacau gak…tapi aku bukan kambing laa…ahahhahaha…
manusai mana yg kacau jiwa..lagi2 bila time nak raya ni ha..dgn keadaan ekopoket yg agak meruncing…haruuuuuuuuuuuu….
on September 24th, 2008 at 11:25 pm
selamat datang en_me….semoga anda berbahagia di sini seperti jon jenin dan rakan-rakan yang lain.Jemput juga semua member-member yang lain termasuk ketua kampung dan tok siak melapangkan masa berbicara soal kehidupan di kampung belulang.Jazakallah.
on September 25th, 2008 at 5:03 am
salam brader ujang.. selamat cukup kan pose dan selamat hari raye…
termasuk sini melalui blog jowopinter,,
on September 26th, 2008 at 2:37 pm
ari ni last day keje sebelum raya, malamkang balik kampong, cuti seminggu,payah sikit kot nak jenguk kg belulang so….aku nak ambik sesempatan ini mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI buat tok ketua, jonjenin,sumi, ibnu kaduk,a, bro k dan sesuma manusia yg terlibat dgan blok ni. Salam aidilfitri…Maaf Zahir dan Batin….kenang daku dalam dodolmu!
on September 26th, 2008 at 3:01 pm
sama2 lah aku pun semuutiee, pohon ampun dan maaf diatas segala kesewelan ku sepanjang berada di kg.belulang dgn ucapan selamat mengerjakan ibadah puasa dgn jaya nya & slmt menyambut syawal yg hebat.
kpd penduduk kg.belulang aku doakan semuanya bergembira dan aman sentosa terutama tok ketuo dan keluarga beliau sahabat handai dan saudara mara. tak lupa jonjenin, rajiv, ibnukaduk, kiambang, tidin, sumi, kak echah (mano ilang oiii), kaklimah gila serta makcik wok.dan lain2 aku takut nak taip panjang2 nnt susah nak baca hehehe
on September 26th, 2008 at 6:14 pm
Saya pun nak ucap selamat hari raya dan maafkan salah silap saya sepanjang kita berdiskusi dan dismeja di kampung belulang ini.Lepas raya jangan lupa datang balik kesini.wassalam.
on September 26th, 2008 at 7:41 pm
kojap yo nak ghayo dah…selamat bhari ghayo samo keluargo dan jiran tetanggo…moh…
on September 26th, 2008 at 11:11 pm
ghayo kek mano jon?
on September 27th, 2008 at 4:59 pm
ghayo kek pahang tok…pastu nak ke Johor lak umah sdaro maro..kek n9 pun mungkin poie..kek sorting..jumpo mo nenek..hehe..
tok balik ghayo mano lak? kek joseh yo ko?
on September 28th, 2008 at 12:14 am
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…. maaf zahir dan batin…
on September 28th, 2008 at 12:21 am
Balik joseh saghi sebolom ghayo….ghayo keduo dah balik sini balik dah …dan ghayo ke onam nak poie kelong kek Bagan Nakhoda omar..nak ghayo mo ikan lak.
on September 28th, 2008 at 8:34 am
Selama ini hanya membaca dan terhibur dengan gelagat forumer blog ini.Kali ini nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada penulis blog yang menarik ini dan semua bloggers2 lain ada di sini.Maaf zahir dan bathin.
on September 28th, 2008 at 12:06 pm
salam suteraunggu.. meh la rajin2 la singgah minum2 kopi
kat sini, jgn lalu ajer hehehe..
kalo tok ketuo takder, rajiv sama jonjenin pandai buat sirap hehe slmt hari raya..
on September 29th, 2008 at 2:42 am
Salam to brader ujang…brader ujang lu balik raya saghi jer kat joseh…apa pasal? Mem ajak raya tempat dia ke? hihik…
brader ujang, elok lah lu gi menziarah ikan dekat bagan nakhoda tu dan saling bermaafan antara pemancing dengan ikan.
Salam Aidilfitri buat brader Ujang+wife + anak-anaknya.
on September 29th, 2008 at 7:56 am
selamat menyambut hari ghayo aidil fitri jang. mugo ekau selamat dan bahagio ghayo ni. dulu maso den kek kampung, ghaso eh ado duo kali den poie beghayo ghumah kau, tapi hampeh! duo taun beturut2 ekau tak ado ghumah. meghayau ke mano ntah! tebaka boto den! tapi tak apo la. itu sumo kisah lamo. tapi kalo dikonang mendidih balik daghah den ni hah. apo tak eh, ponek den datang dari kampung den. ingat dokek ko. nasib baik naik moto. cubo ekau bayang an kalo den jalan kaki. tu yang hangin sangat tu. haha!
den mintak maaf zahir dan batin atas salah dan silap sepanjang kito ponah besamo dulu. mugo ekau betambah bejayo dan menjadi pakcik KAYOOOO!
on September 29th, 2008 at 12:23 pm
Timo kasih gayo…walau pun duo kali kau tak jumpo den maso datang ghayo dulu namun den totap maafkan kau dan halalkan minyak moto kau maso datang tu.Den pun mintak maap kok ado salah dan silap den kek kau dan jugak pokok lansat kek ghumah kau dan kobun kau tu.
Insyaallah ghayo petamo den ado kek kampung..nanti den tipun kau bulih kito minum teh tarik kek batu kikir.
selamat maju jayo.
on September 29th, 2008 at 1:20 pm
Selamat Hari Raya Jang………..
bro..lukisla kartun raya taruk kat blog ni….barulah meriah skit….heheh
on September 29th, 2008 at 1:32 pm
Tu dia eh, dua sobat bermaap-maapan, sampai kek pokok langsat pun disebutnya. Maaf Zahir dan Batin, Selamat Hari Rayooooooooooooooooo.
on September 29th, 2008 at 1:38 pm
Selamat aghi ghayo maap lahey batin umpok semuo pengunjung2 blog ini.
Encik Puakakejam….bukan tanak lukis kartun tu..cuma tak sempat kerana agak sibuk mengendalikan aktiviti2 perlubukkan dan perikanan yang menjadi bidang uatam saya sekarang nih.
Kalau rajin dan ada masa tu singgah2 lah juga di—> http://www.Lubuk.Net/forum/
Adios eskerflemfes.wassalam.
on September 29th, 2008 at 1:56 pm
Apabila raja menggunakan kepala lutut untuk berfikir, maka nantikanlah kemusnahannya secara total - Robert Schumbertus (Penyair Agung Parsi)
on September 30th, 2008 at 10:36 am
Selamat Hari Raya Bro Ujang!
on September 30th, 2008 at 10:37 am
ha..ha..ha.. ubah bro..kna berubah..tak kan nak pakai bju batik biru hapak je..terutama musim2 raya ni…PM and the Gang tu da jadi dewa2 tak berpijak di buminyata..depa mana tau pun harga tepung berapa sekilo…kita kena memerdekakan hamba2 tebusan..kih..kih
on September 30th, 2008 at 11:15 am
Tu ler…bukan elok jahat-jahat sangat ni..nanti kalo mati rakyat bersorak suka.
on October 3rd, 2008 at 11:17 pm
domi mengelakkan jammed kat lebuh raya tadi..aku lalu jalan kampung untuk balik KL dari muar gi tampin (jumpa mertua jap) pehtu gi lubuk china dan ontah ke mana-mana sampai lalu kat Rantau. Ingat nak singgah rumah ATUK..tapi tak tak tau kek mana. Tanya owang tepi jalan dia tunjuk rumah atuk dia lak..
apa-apa pon…selamat hari raya semua..mana orang kampung lain ni? tak balik raya lagi ke?
on October 5th, 2008 at 11:36 pm
ko sebut2 namo atuk ni. teringat aku janji brader Ujang nak dedahkan wajah sebona ATUK ni..mano janji manis mu dulu jang oi???..hehehe…
on October 6th, 2008 at 10:20 pm
Ya Allah..rindunye ako pada penduduk Kampung Belulang..muahmuahmuah! seminggu sebelum raya ada musibah menimpa..dpt MC 5 hari hehehe..ni bru masuk opis kat bandaraya BJ tercinta..bru dpt jenguk blog ni ha..adoila..coti raya sekejap sgt..ni bila nak jmpa warga Belulang ek..ako wat open house karang korg datang ye..tapi nak komfem dulu ngan tukang wat dapur ako tu tah bila nak siap..susah2 ako tumpang dapur umah tidin je..sumi pon ok gak..umah a ada dapur tak hehehe..
salam kemaafan dipohon dari sume warga belulang..
tok..tidin..sumi..rajiv..jonjenin..imam lapar..adikyah..kak yong..kak echah..semutie..animatot..mr K..pelita ayam..kak limah gila..kak limah waras..sume2la..maaf zahir batin..
on October 7th, 2008 at 2:21 pm
pasal tu aku pkir2 dari sekarang, agak2 background money dah ckup kukuh barulah nak kawin… xpyh kawin pon xpa lah.. hahaha
on October 7th, 2008 at 5:32 pm
erk….ada janji ke jon? alamak…..
on October 7th, 2008 at 8:08 pm
Bagi aku cukup pining kapla mau pikir la sendirian, Itu kementerian kesihatan mengapakah dipegang kementeriannya oleh seorang cina yang bukan ugama islam la dey? Itu negara islam musti kasi sama worang islam la memegang itu kemeterian, Ada lupa ka kalu, Islam itu mau jaga Ugama, Diri sama Harta la dey. Lagi satu ha.. itu Kementerian wanita juga sudah kasi sama itu cina bukan islam punya la dey, Ini negara majoriti Islam, wanita islam pun ramai juga bandingkan sama lain2 wanita..bolehkah dipercyaai itu kebajikannya dipegang oleh lain agama punya worang? Itu amirul hadhari al malasia sudah pening la dey..? Nanti suma kesihatan, kebajikan perempuan sama anak-anak semua tara ikut itu islam punya peraturan la dey..
Incik Imam Lapar sama incik tok ketua.. tolong kasi itu sikit perhatian la dey.
on October 8th, 2008 at 12:10 pm
betul tu rajiv. mmg vunguk sapa2 yg bertanggungjawabkan dlm hal itu.
on October 8th, 2008 at 5:54 pm
adooooo…cubo tok ingat2 balik..maso tok dodahkan camno wajah arwah Aca yg sebona eh…ado kan?
on October 8th, 2008 at 10:18 pm
apo kau poning palo bagai nak gilo sgt ni rajiv…jawapan dio—>sukatikaulahhhhhh!!!
on October 8th, 2008 at 10:20 pm
Entah nyer cik rajiv.Kalau nak betul kan semua orang memang kita tak mampu.Apa yang penting ialah kita betulkan diri kita dulu,anak bini,keluarga,jiran-jiran dan kemudian masyarakat.Ikut tertib dan ikut level kita ar.Maka yang selain dari itu kita cuma boleh cakap Sukatikaulahhhhhhhhhh“`!!!
Kan tok ketua dah ajar dulu….itu lah kau suka ponteng kelas.
on October 9th, 2008 at 9:19 pm
nasib baik aku tak kena tegur mcm rajiv hahahahaha
terlupa lak pelajaran yg lepas2 .. nasib ler ada jemaah belulang tlg
ingat memperingatkan..
on October 10th, 2008 at 12:43 am
Tapi aku sudah pun betul. Tiada yang tidak betul. lagi aku bulum ada anak bini mau jaga. Sendiri jaga la. tapi aku juga amat terima kasih sama imam kasi tau itu peringatan. Akhir mau kata.. “sukatikaaaaaaaaaaaaau lah!”
on October 10th, 2008 at 11:15 am
jojenin,,,klau ekau nak tau gupo atuk maso mudo mcm brad pitt nijam,tompi bilo dah tuo mcm dalam kartun tu lah…wakakaka…
on October 10th, 2008 at 5:56 pm
Kalau betul saya ada janji..mintak maaf la banyak-banyak jon…pasal gambor atuk saya tu memang dulu saya ada simpan…tapi tatau kemana plak ilang nya.Insyaallah kalau jumpa nanti saya akan upload.Tapi kalau lupa lagi..maafkan lah saya hihihihihi.Raya pun kan ada lagi jon…maaf lahir bathin yer.
on October 10th, 2008 at 7:58 pm
lama mencari skarang betemu…”welkom back”…
slalu2 lah update entry ye
on October 10th, 2008 at 8:13 pm
hahahaha..imam pun kene sound gak..kihkihkih..sabau rajiv..ko tu posa onam lagi…
muehehee…ucap maaf dah banyak kali dah tok ..takkan takmo offer kitorg datang umah makan dodol ko? wajik segalo…sembang2 pasal masalah planet ko? tanah runtuh ko? hahaha….biaso la tu tok…makin lamo makin banyak bondo kito buleh lupo…tapi satu jo..kito jarang lupo..makan nasi> hehehe
on October 11th, 2008 at 12:11 am
Tapi jon…saya banyak kali lupo makan nasik.Kadang-kadang tu dah makan ke belum pun tak ingat.
on October 11th, 2008 at 8:18 am
itu kene angau nama nyer tok..angau kek ikan la tu hahaha
on October 11th, 2008 at 10:26 pm
Ataukah angau kepada pencipta ikan……..hanya Johari yang mengenal Maniam.
on October 12th, 2008 at 7:18 am
johari mana kenal maniam la..maniam tu umah dia kat tempat lain..apada imam….
on October 12th, 2008 at 11:15 pm
calonkanlah saya bagi merebut jawatan ketua pemuda UMNO kali ni..saya rela jadi ketua bahagian kg belulang ni…tolonglah!!!!
on October 13th, 2008 at 1:40 am
Walau pun rumah di tempat lain…tetapi dengan kemudahan internet mereka boleh berhubung melalui frenster dan e-mail.
on October 13th, 2008 at 6:00 am
toksah la ko nak tjebak ngan politik plak mofudume…karang makan maki hamun orang je..pastu hidup penuh ketakutan ya matlah ngerinya disamping kesusutan otak tahap lipan bara…ko nak ke?
elok dah keindahan kehidupan yang ko kecapi sekarang..bsyukur sangat tau..
ooo.cangggih tul ko imam ye…aku respek kat spek mata ko lah…tanpa spek mata tu sapalah ko…kurang kehenseman nanti..kihkihkih…
aku calonkan imam sebagai ….technician internet kat sekolah tamil..amacam mam bulehhhh????
on October 13th, 2008 at 6:01 pm
sehebat-hebat mamat-mamat yg berubut jawatan dlam politikk…hebat laie tok ketua….makan nasik pun buleh terlupo….tu da kira katogori makam lain da tu…..
on October 14th, 2008 at 11:37 am
salam .. lama aku merantau ..selat dodol aku redahi . gunung.ketupat dan lemang aku gagahi ..demi mencari penempatan aman untuk seketul daging didalam kepala ini .. salam kena untuk pada penduduksemua Kampung Belulang..
on October 14th, 2008 at 8:03 pm
salam perkenalan hamlaww.. hah kejap lagi sampai lah sahabat handai dari kampung belulang sila, sila…
on October 15th, 2008 at 2:36 am
a ekau nak silo-silo apo?…besilojo lah…..bawak tikau mengkuang sendiri….
on October 15th, 2008 at 11:29 am
aduuh. hidup merantau ni kena rajin cari duit. yang active income itu mesti. yang passive income pun kena jugak
on October 15th, 2008 at 5:40 pm
apo yg ko merepek tu semuutiee.. takyah tikau mengkuang nyer,
bertimpuh di buku lali cukup.
siridra ni merantau dari mana? jaga diri baik2 ya nak.
on October 16th, 2008 at 2:30 am
saya tunggu karya terbaru bro!
setuju! ubah gaya idup dari merdeka kepada hamba kepada dunia!
on October 16th, 2008 at 9:19 am
Nak tengok karya terbaru tok penghulu ni …cer tengok kat Lubuk.net
on October 16th, 2008 at 1:19 pm
terima kasih .. dari tikar menkuang buat alasan pungung aku baik lagi kain kapan … sedar sikit seketul daging yg ade kat dalam kepala aku nih he..he.. anyway salam perkenalan kembali untuk tuk penghulu dan semua penduduk kampung belulang nih ..
on October 16th, 2008 at 8:32 pm
Kain kapan tidak mampu menyedarkan kita kalau seketul daging dalam kepala tidak di isi dengan ilmu.
on October 17th, 2008 at 3:46 pm