MISTERI JIBAM BERLARUTAN
ASSALAMUALAIKUM,
Setahun lebih sudah berlalu semenjak press conference di lancarkan.Pelbagai cerita hangat tentang pembikinan filem Jibam yang di gembar gemburkan dalam surat khabar sedikit masa dahulu sudah semakin di lupakan.Khabarnya loan bank dan dana untuk pembikinan filem berjumlah 2 juta juga telah lama di luluskan.Namun misteri terus menyelubungi JIBAM bagaikan sinonim dengan jalan ceritanya di dalam novel yang juga tidak berkesudahan.Akhirnya keresahan khalayak ramai tidak dapat di bendung lagi sedang saya terus setia mengendalikan Blog JIBAM yang di buat khas untuk membantu promosi filemnya.Sudah lebih satu tahun berjalan dan pada minggu lepas saya meng`sms` Producer bertanyakan khabar kerana ada ura-ura pihak produksi lain yang berminat juga untuk memfilemkan JIBAM.
Berikut adalah jawapan yang di berikan kepada saya melalui sms juga-`
`I lama sakit.Jibam dalam proses buat prep production,dah bincang dengan Finas untuk shooting awal next year…lagi pun I pelik,kan right I dah beli.camana U all nak jual pd astro.Anyway kami akan shooting next year dengan izin Allah.Selamat Hari Raya .Maaf zahir batin.`
Di harap mesej dari Producer ini memberi jawapan jelas kepada semua peminat-peminat Jibam akan kesungguhannya untuk menerbitkan Filem ini.Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar beliau di beri kesihatan dan sembuh dari penyakitnya untuk melaksanakan tanggungjawab ini.Amin.






Aku pelik betullah. Bukan apa buat filem skarang makan kos yang tinggi. Yang terbaik kini upin and ipin sahaja. Adakah Jibam sehebat Upin and Ipin? Dan tertangguh Projek Jibam saya yakin 2009 pun tidak mampu ditayang disebabkan ekonomi 2009 dijangka lebih teruk.
on October 18th, 2008 at 12:49 pm
.teringat nasib telemovie Hartini hasil tulisan Allahyarham Aziz Afkar dibawah arahan erma faima .. bagaiman cacatnya plot cerita tersebut hasil tangan - tangan kotor tuan pengarah dan penulis script tersebut .. apakah jibam akan mengalami nasib yg serupa ?
on October 18th, 2008 at 12:58 pm
Berakhirnya komik-komik malaysia seperti Blues Untuk Aku, Starz, Powder mungkin Komikoo………
Dan berakhirnya projek Jibam…….
Hanya tinggal kenangan……
Dan kenangan Ujang yang manjadi milik en ujang juga tinggal kenangan….
seperti tuannya……..
Tapi aku nak nasihatkan en. Ujang set up komik baru…….
Buat company sendiri…
JIka berjaya jangan pula buat perangai lama tinggalkan komik Ujang.
Kan merasa peritnya…….
dua juta banyak tu…………..
jika tayang kat malaysia……lupakan sahaja…….
Lupakan Ujang dan Lupakan Jibam
Selamat Tinggal……..
Berakhirnya……….. Ujang
Kini….
Ipin dan Upin times…………
buat bisness nasi lemakke..
Tanam sayur ke…
Lebih faedah….
kesian…..
melayu….
apa makna melayu
me= saya layu= Layu
melayu
sekian terima kasih
on October 18th, 2008 at 1:03 pm
http://www.upindanipin.com.my
layari…….
on October 18th, 2008 at 1:14 pm
Ekonomi sekarang teruk. Lupakanlah buat sementara projek tu. Jibam
on October 18th, 2008 at 1:17 pm
Sokong………aku sokong…………
Sokong……
Sokong sangat……
Sangat…sangat
Sangat apa?
Entah?
Tutup je Blog Jibam ni
on October 18th, 2008 at 1:27 pm
Nengok Doremon lagi best……. best ke Jibam. Kelaka je bunyinya……..
jangan ……… mara
on October 18th, 2008 at 1:29 pm
Baik kau jual je diri ko tu….
lepas tu boleh buat filem
filem syok sendiri
on October 18th, 2008 at 1:31 pm
weiii apa korunk merepek arrr, kang simbah dgn asid baru tahu.
dah lama aku sabao nih.. korunk ni tak baca nobel jibam agaknyer..
mmg watak2 korunk ni ada dlm cerita tok ngulu tuhhh.
HIDUP JIBAM
HIDUP BRO UJANG
HIDUP MELAYU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR!!!!
on October 18th, 2008 at 3:51 pm
Mungkin diaorang semua ni tak tau cerita bahawa Kartunis Ujang adalah ketua juri yang bertanggung jawab mempastikan dan memilih UPIN dan IPIN menang kategori animasi dalam KLIF baru-baru ini.Tapi brader kita sorang ni senyap jer tak nak heboh-heboh…dan saya dapat berita ini dari seorang wartawan yang membuat liputan dalam pesta filem Kuala Lumpur itu.
on October 18th, 2008 at 6:08 pm
UTUSAN MELAYU, 19 MEI 2008, ISNIN
SYAFIQ PELAJAR TERBAIK ANIMASI
Muhamad Syafiq Ibrahim, 17, anak kartunis terkenal Ibrahim Anon atau lebih dikenali ‘Ujang’ diumumkan pelajar terbaik kursus Animasi peringkat persijilan yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Beliau adalah antara 18 orang pelajar lain yang mengikuti kursus persijilan tersebut yang pertama kali dianjurkan oleh ASWARA selama 12 minggu sepenuh masa dengan kerjasama Les Copaque Animation Training Centre di Shah Alam.
Mereka telah menerima sijil Animasi daripada Rektor ASWARA, Dato’ Omar Awang dalam majlis yang diadakan dipanggung Eksperimen di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Muhamad Stafiq yang dianugerahkan bakat untuk melukis yang dipelajari daripada ibunya, Zaiha Rahman telah mendapat markah yang konsisten untuk kerja-kerja latihan sepanjang kursus.
Pelajar ini berjaya memperolehi markah keseluruhan yang tertinggi bagi kursus sijil Animasi ini.
Sikapnya yang bertanggungjawab, berdedikasi dan penyabar membuatkannya dapat mengatasi segala masalah yang dihadapi di dalam kerja berkumpulan.
Ini dapat dibuktikan apabila kumpulannya berjaya mendapat kumpulan produksi terbaik.
Menyentuh masa depannya, Syafiq memberitahu keutamaannya sekarang adalah untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
“Saya memilih Universiti Teknologi Mara bagi melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Grafik dan kedua di ASWARA,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian Sijil Animasi itu.
Bagaimanapun, menurut Omar Awang, pihaknya akan menawarkan kursus Animasi peringkat Diploma kepada Syafiq di ASWARA pada sesi Julai ini kerana terpilih sebagai pelajar kursus terbaik Animasi itu tetapi rakan-rakannya yang lain perlu membuat permohonan.
(saya jumpa dan copy berita ini dari website ASWARA dalam ruangan news.Rasanya ia mampu menjawab tohmahan di atas ke atas kartunis Ujang yang bersungguh-sungguh memperjuangkan seni kartun malaysia-peminat setia Gila-Gila)
on October 18th, 2008 at 6:22 pm
Gua rasa dua tiga orang yang mengutuk di atas tu orang yang sama…pasal IP DIAORANG MACAM SAMA JE HAHAHAHA.
Ada masalah jiwa la tu.
on October 18th, 2008 at 6:29 pm
BERITA HARIAN, 14 MEI 2008, RABU
ASWARA TAWAR KURSUS ANIMASI
BIDANG animasi satu lagi cabang seni kreatif yang berpotensi menjana pendapatan rakyat dan negara kebelakangan ini. Jika di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, sejarah animasi mereka hampir seusia dengan terlakarnya sejarah perfileman dengan tertubuhnya studio animasi seperti Walt Disney dan Hanna Barbera.
Menyedari hakikat ini, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui Fakulti Filem dan Video mengorak langkah menterjemahkan bidang animasi sebagai salah satu cabang pendidikan. Langkah ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Mei tahun lalu yang melantik ASWARA sebagai Pusat Latihan Animasi Negara.
Bagi melanjutkan cita-cita dan aspirasi usaha ini, ASWARA sudah merangka pelan pendidikan dan latihan di dalam bidang animasi pada peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Langkah permulaan telah pun direalisasikan dengan menawarkan kursus peringkat Sijil bidang Animasi sepenuh masa kepada lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Serentak dengan itu, satu majlis penyampaian sijil animasi telah dijalankan di Panggung Eksperimen ASWARA pada 8 Mei lalu, seramai 19 pelajar yang mengikuti kursus selama tiga bulan itu diraikan dalam satu majlis ringkas. Kursus itu mendapat kerjasama Pusat Latihan LCP Animation.
Rektor ASWARA, Dato’ Omar Awang berkata, kursus itu juga berfungsi untuk merapatkan jurang perpaduan.
“Hasrat kita supaya kejayaan pada hari ini dapat dinikmati secara keseluruhan untuk manfaat kepada pelajar, rakyat, pensyarah dan semua pihak. la juga menjadi simbolik untuk merapatkan jurang perpaduan di kalangan rakyat Malaysia sebagaimana yang diterapkan di sini,” katanya ringkas.
Sementara itu, majlis pada hari itu juga turut menganugerahkan adik Mohd Syafiq Ibrahim, 17, sebagai Pelajar Terbaik Kursus. Syafiq dipilih kerana memperoleh markah yang konsisten untuk kerja latihan semasa kursus.
“Saya tak menduga dan terkejut setelah nama saya dipanggil untuk Anugerah Pelajar Terbaik Kursus. Saya harap bidang ini akan terus diterokai oleh ramai lagi anak muda. Hanya satu hasrat dan impian saya iaitu ingin membawa bidang ini ke peringkat yang lebih jauh lagi, Insya-Allah,” katanya.
Kejayaan ASWARA
• Memenangi Anugerah Cereka (Video/Filem) Terbaik, Anugerah Pengarah Filem/Video Terbaik dan Anugerah Video Dokumentari Terbaik (Budaya dan Warisan) di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia kali kelima.
• Tempat kedua bagi kategori Best Filem School Award di 13th Lyon Asia Film Festival/Short Films Battle Royale 2007.
• Filem pendek berjudul Ice Cream menjadi finalis Young Cinema Art 2007 di Poland dan filem Khilaf menerima pencalonan peringkat akhir di Jordan International Short Film 2007.
• Laman web: http://www.aswara.edu.my
on October 18th, 2008 at 6:35 pm
watak-watak usin singai,Tuk ngah sudin dan karim peot sudah muncul dalam blog ini.
on October 18th, 2008 at 6:43 pm
Hihihihi….teruskan memberi komen.Nak kutuk ke..nak bantai ke…nak caci maki ke semua di terima dengan senang hati.Sukatikaulah …hihihihihi
on October 18th, 2008 at 7:04 pm
Sorrylah bro Ujang jika terkasar bahasa. Tapi Ekonomi sekarang merosot. Dan pembikinan filem kos tinggi. Tapi saya cadangkan buat cerita vcd bersiri The Jibam . Macam bulan ni keluar satu episoh seperti kisah jibam.
Vcd kedua keluarkan tajuk Misi Jibam. Bukan apa untuk pengubat rindu peminat. Atau cerita sambungan komik Jibam ke. Ok juga. Ok tak en Ujang? Agak2 idea saya ok tak?
on October 18th, 2008 at 11:55 pm
PERHATIAN- Group moderator kami telah mengesan nick yang di senaraikan ini adalah orang yang sama dan pihak kami juga telah dapat mengesan alamat beliau dan dalam simpanan kami.
Jual diri,Doraemon,badutz,yusri land,Jibam 50000,Chili Careanthina dan yahzah republic-Nombor IP anda ialah - 60.50.209.106.
Sila berhentikan provokasi anda sebelum tindakkan lanjut kami ambil.Terima kasih.
on October 19th, 2008 at 1:03 am
mamat ni kerja kat mana? Dok promote upin dan ipin banyak kali siap bagi url website sekali.Macam ada yang tak kena je…kamon la…rational la sikit.Kang aku kunyah tiang dapur rumah kau tu karang.
on October 19th, 2008 at 1:16 am
aik…macam dendam lama jer “orang banyak nickname” tapi ip sama ni..
apa lak nak dibandingkan Jibam ngan Upin dan Ipin. Jibam tu filem live action, upin n ipin mini series.. tak habih belajar lagi ni..
Jibam takkan berakhir sebab novel jibam tetap termaktub dalam sejarah seni negara.
Relax tok ketua! kehidupan hero memang camni..sentiasa dikejar oleh musuh.
Jibam jugak takkan berakhir selagi penduduk kariah belulang ni masih bersatu! yearhhhh..
18 oktober ni…buffday Tok Ketua la wei…meh share beli set watercolor kasik present..heh
on October 19th, 2008 at 12:02 pm
Betul tu.Aku mencadangkan mereka membaca juga sejarah tok ketua dalam blog ibnukaduk.Tahniah ibnukaduk kerana anda masih meneruskan silaturrahim dengan tuk ketua walau pun masing-masing berlainan haluan`.Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara`
on October 19th, 2008 at 9:20 pm
Semua yang mengaryt kat atas tu, adalah orang-orang yang masih lagi leka duduk dalam Hal. lain kali duduk la dalam masa. Masa belakang, masa depan, masa atas, masa jatuh, masa bangun dan lain-lain masa. Insya allah akan beroleh tenang. Bila dalam masa, bolehla fikir waras sikit.
Penerbit tu pulak, kena la belajar sikit lagi Bab hakcipta tu. Takkan la hakcipta Jibam tu dah dibeli, dah dijual. Aduh…. pinjam kata tok ketua, Sukatikauuuuuulah!
on October 20th, 2008 at 12:24 am
hehehe…kantoi ko - Jual diri,Doraemon,badutz,yusri land,Jibam 50000,Chili Careanthina dan yahzah republic. Ini musti kes panas hati nih.
rileks la beb…masing2 tahu buat keje masing2, toksah la nak myibuk2 hal org.
kalau semua karyawan animasi bersatu w/pun berlainan group. tak mustahil Malaysia mampu mneroka Animasi yang lebih hebat. Ujang dah berjaya buktikan satu masa dahulu kartunis boleh kaya raya, beliau juga dah buktikan Malaysia boleh hasilkan animasi. bukan untuk bermegah2…ini sebagai jalan kepada generasi baru mgorak kejayaan yang lebih gemilang.
tak mustahil satu hari nanti anak sulung beliau syafiq bakal meneraju bidang animasi yang lebih baik. semua tu tak mustahil..jadi moral story..buang la jauh2 segala perasaan hasad dengki, busuk hati…orait!
on October 20th, 2008 at 1:43 am
semoga ape yang dirancangkan berjaye…
kite hanye mampu merancang hanye tuhan menentukan..
cepat atau lambat.. harap ia menjadik kenyataan.. bukan lagi angan angan..
on October 20th, 2008 at 8:45 am
kenapa ya sikap orang melayu suka macam tu.nak lawan-lawan dan nak kondem antara satu sama lain.apa salah kalau lu dah bagus respek sikit sama orang yang lebih tua dan dulu merintis jalan untuk lu.lagi cantik gua rasa kalau lu bagus..lu respek orang lama lu akan jadi lagi bagus.tapi kalau lu bagus kemudian lu kondem orang yang dah terbukti bagus..tu maknanya lu bangang.Pasal lu baru start…orang lama tu dah berpuluh tahun dan terbukti bertahan sampai sekarang..tapi lu tak tau lagi beb.
tapi lu sempoi brader ujang.tak simpan dalam hati…gua baca karya-karya lu dan gua masih minat sampai sekarang.tapi baru punya cerita takde ke brader.beli gila-gila asyik repeat yang lama aje.
on October 20th, 2008 at 10:29 am
Dalam surah al Baqarah ada di ceritakan tentang orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya.
on October 20th, 2008 at 10:33 am
6 Jan. 2008 - His real name is Ibrahim bin Anon, talented plus highly motivated “kampung boy”, as he normally claims himself as, to achieve a flourishing success, through what he loves in, what he does best, carricatur. The name is no strange for me since my schooling days, secondary especially. Apart from our weekly sharing knowledge gathering that he attended last thursday, we managed to grap a chat upon mug of teh tarik at abg Ishak’s place. I’m adoring his spirit to pursuit more globally marketing of his products, such as Aku budak Minang collection, to be translated into both English and Arabic. He’s flying back to Malaysia today, with a successful trip to London I suppose by pretty much putting a firm foundation of efforts and things to get it kick on. Thanks for the Aku Budak Minag and Aca & Atuk collection. last but not least, thanks a lot for drawing a potrait of me, it’s certainly my first time having my image in carricatur mode.
on October 20th, 2008 at 10:43 am
kemana hilangnya sumijellymanis,kiambang,Tidin,che mat,awe dan ramai lagi penduduk-penduduk awal kampung belulang ni ya.ramai orang baru je aku nampak.
on October 20th, 2008 at 1:24 pm
stay cool.
on October 20th, 2008 at 1:26 pm
saya cadangkan filem jibam bagi pada syarikat upin dan ipin buat jadi animasi.tentu best.apa pendapat semua?
on October 20th, 2008 at 2:48 pm
kalau ambik aku belakon aku setuju.aku nak jadi hero dan bayaran aku satu ribu untuk satu filem.
on October 20th, 2008 at 2:49 pm
entah la cik avatar, ko pun dah lama menghilang hehehe
on October 20th, 2008 at 3:08 pm
ado laie diorang semua tu avatar..cubo kau carik boto2 skit…
w/pun ado kojo masing2 tu…tapi diorang totap bkunjung dan support apo jua pkara utk mabangunkan kampung belulang ni. aritu ado diorang datang kek kampung bilo tibo musim buah2han….yang ekau ni mano poie avatar?.lamo ilang….tup..tup muncul balik! abah kau nak kawin kan kau ke? hehe
on October 20th, 2008 at 3:24 pm
tak ada animasi baru ke brader ujang buat?
on October 20th, 2008 at 6:09 pm
Alhamdulillah..ako kembali dah ha avatar oi..bak kata jonjenin..ako mmg selalu blk kg belulang ni..tp kdg2 saje wat senyap..mls ah nak bising2 mcm tong kosong seperti ORANG YANG BANYAK NICK TAPI SAMA IP TU..muahahahahaha..raya aritu ako g open house tidin..korang tak dtg ye?murka tidin aritu tau..abes dia mkn ayam goreng berempah yg dia wat hahaha..
InsyaAllah..perjuangan kami warga belulang tetap teguh menyokong JIBAM..biar lambat janji berhemat..TOK..happy belated birthday..kami tetap sapot TOK..lebiu!
on October 21st, 2008 at 1:04 pm
tak kisahla.lllambat mcm mana pun…tapi jgn la lambat sgt bertahun2 nak siapkan….kdg2 produser kena sedar diri..kalo tak mampu….atau tak terdaya nak siapkan….pass jerla pd yg layak…dan mampu membuat film ni lg baik….
btw….terus support bro ujang n jibam……..
on October 21st, 2008 at 2:32 pm
salam…
gua rasa la kan bro Ujang carik balik kartunis yang sesama bangunkan majalah Ujang dulu tu n buat comeback kat Gila-Gila. gua tengok macam gayour, tembakau, aie memasing ada pengikut memasing. macam kartini-tembakau dah ada animasi. gayour pun dahsyat jugak brutalnya, aie jiwang yang blues tapi ok arrr…. walaupun dunia dah berubah tapi otai tetap otai. hanya orang lama yang tau macamana susah senang buat komik. gua membesar dengan karya korang bro. gua pandai baca pun sebab Gila-Gila. gua ingat lagi gua perang mulut dengan member yg macamana hebat pun komik lain gua respec Gila-Gila gak. gua pun tak tau sebab apa… heheheh lupikirguasendiripikirok….
on October 21st, 2008 at 11:35 pm
ooo abg ujang oiii…jum le pegi repeat komplot terkejut kita kat KKB tu…pedulikkan kapal selam tu..mancing lagi best…hehehe…apa khabar semua…sihat???bagus….bile nak begedering wei!!!!cik kiambang….tidin ilang pegi mana???ramai jugak ilang ni…kena jejak kasih ke ape..hehehe..moga semua sihat belaka ek…
on October 22nd, 2008 at 2:48 am
ado ni hah…
tok pekaba tok..slamat ari raya…
ooo tidon buek open haus tk ajak,,,
takpa,,takpa…
on October 22nd, 2008 at 8:21 am
ape ni main dengki2… x baik tau.. tuhan marah.. lebeh baik g minum neskape tarik lagi bagus… sape nak neskape tarik pree meh sini datang bangsar.. ako banje huahuahua…… (dalam zaman2 gawat ni pon ada ati lagi nak banje org..)..
ako pon sama gak nagn mat nak meluahkan rasa x puas ati kek tidin sb wat open haus x ajakk… sampai ati..
klu taun depan baru nak shooting, budak yg pegang watak jibam tu pon rasanye dah besar kot.. almaklumler masa memula dulu pon dia dah cukup besar.. masuk taun depan budak tu rasanye dah tingkatan 2.. sesuai lagi ker pegang watak jibam tu..
on October 22nd, 2008 at 7:20 pm
kengkawan suma……dari segi phycologynye ……..yg sebenaunyer mangkok tu bukan dengki….tapi dia tertekan dan amat amat kecewa dgn industri…… mungkin juga dia seorang peminat fanatik en. ujang yg da mula sawan……….
on October 23rd, 2008 at 3:05 pm
wahhh..tiba-tiba aku terjumpa website ujangonline.com.tok ada website senyap-senyap je ya.kenapa tak announce kat kami dalam kampung ni?
on October 23rd, 2008 at 4:46 pm
oops..dah lama benor rasanya tak masuk…dah macam2 hal jadi…rilek Ujang…teruskan perjuangan…
on October 23rd, 2008 at 5:37 pm
link unjangonline ni adalah hasil kerjasama antara enche ujang dengan student kolej lagenda…diorang ni sponser nak buat..link dah lama ada kat lubuk.net…hehehe…kalau senang baca la thread “pembalasan si piutang”..komfem pecah perut…hehehe
on October 23rd, 2008 at 9:07 pm
mak..pecah perut sampai..takmo la aku..karang mana nak cari perut lagi..dah la ekonomi meleset skrg ni..nak makan biskut pun tak lepas tau…
on October 23rd, 2008 at 11:18 pm
bagus ler dah meriah balik penduduk kampong belulang yyyahoooo!!
on October 24th, 2008 at 4:09 am
aku rasa baca artikel tok dalam lubuk.net tu macam baca majalah buletin lubuk yang tok buat dulu je.
on October 24th, 2008 at 9:19 am
yang pasti sesi interprem ikan orang lain adalah kegemaran beliau..hehehe…a..belum meriah lagi….lagi meriah kalo kita tgok tidin bertekak dengan si rajiv..time tu baru meriah…panjang berjela postingnye…campur plak kak yong backing tidin..pastu ntah hape-hapentah..hehe
on October 24th, 2008 at 10:37 am
ye….. kengkawan harapnye jgn le blog jer yg meriah……..nak jugak tengok wayang meriah dgn Jibam The Animatot Movie ker, IBC animatot movie ker, ABM animatot movie ker…ape ke….ke ..ke….ke….. kan?kan?kan? ibnukaduk kan???
apa pendapat mu wahai en. animatot?
on October 24th, 2008 at 11:16 am
nak kasi pecah rahsia ni…hehehe..tok penghulu skarang tengah workout untuk program realiti tiwi yang bertajuk “juara lubuk.net” kerjasama dengan astro..hehehe..kita tunggu je la..aksi mendebarkan dan sesi interprem yang mufulundes eksfenseses…kelong paradise anyone???
on October 24th, 2008 at 6:06 pm
wahhhh mofudume pun dah jadi pemancing ke sekarang.
on October 24th, 2008 at 6:42 pm
salam sudara ujang,
tapi kalau ikutkan mcm beto la kan? right dah bg kat dia, mmg la dia sound mcm tu.
takpe la. tgk je la mcmane hasil keje dia nanti. takut skrip kena cincang je. huhu..
saya antara orang yang membesar majalah ujang masa bosnya en ibrahim anon. bila dah keje, ujang dah tak jadi bos, dia kembali ke cm. masa tu saya kerja area situ. selalu jugak nengok2 dia berkarikatur walau saya x suka lukisan karikatur. tiap kali nampak dia, musti nak tegur tapi x berani la. sekarang saya masih lagi gi cm tapi ujang dah takde ctu lagi. xdpt tegur dia live, tegur secara rakaman kat sini pun kira jadi la.
kenapa tak nak bangkit balik mcm dulu?
esoklusa.blogspot.com
on October 24th, 2008 at 9:40 pm
Right yang kita bagi pada mereka cuma untuk filem saja …Sementara right untuk vcd & dvd,tv siries,animation,right merchandising,right untuk publishing dan lain-lain(right ni ada banyak) masih lagi kami pegang.Yang berlaku adalah salah faham kerana yang kita nak bagi pada produksi lain bagi siaran astro ialah right JIBAM untuk tv siries.Kekeliruan ini telah di selesaikan dengan baik-berlakunya kekeliruan kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan berkaitan hak milik karya intelek di kalangan masyarakat malah pengkarya sendiri.sila chek dengan Lebai google(meminjam frasa Hisyamuddin rais) untuk memahami lebih terperinci ilmu berkaitan dengan hak milik karya intelek ini.
on October 25th, 2008 at 6:02 am
Mofu, tak sangka lak ko pemancing mcm tok ketuo hehehe
walobageimana pun ako tetap tunggu pilem JIBAM ni.
misteri pembikinan pilem JIBAM adalah semisteri JIBAM itu
sendiri… aku harap pilem dier adalah setulin novel nya.
on October 25th, 2008 at 3:40 pm
wahhh..bukan main tok ketua buat projek underground senyap2 ek…bila jangka terpacul ke siaran astro siri juara lubuk .net tu?
mofudume pun syok layan joran gak..cayalah bro!!
apapun good luck 4 any project!! Sukses!!! yarippaa….nandreeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!
on October 27th, 2008 at 11:37 am
mofudume…apasal kau tak ajak aku memancing sekali.wahhhhh….dah jadi pemancing tegar kau sekarang ya.banyak la rahsia-rahsia ikan yang kau dah belajar dari tok ketua ni.
on October 27th, 2008 at 2:29 pm
kawan belajar ilmu interpem je…ilmu rahsia tuuuuuuuuuuuu….
on October 28th, 2008 at 3:39 am
tak boleh jadi ni.aku nak ikut memancing jugak boleh ke.tapi aku tak ada joran.ikut saja nak tengok.
on October 28th, 2008 at 8:11 am
x po lah tok ketuo…taun ni ko,taun dopan ko start shooting jibam pun baik,kok togoso-goso bonar takut lari dr skrip n novel pulak,,marah tok wan nanti,tompi bilo dah lamo nunggu film jibam ni arap2 bilo kuar nanti bialah bokualiti,bobaloi nunggu lamooo…mcm poie mancing yo,kosabaran tu lah yang buek naik,kolah,lampam,tongeh dll species bokilo2….tak gitu tok ketuo?……errr.tompi..vcd pomancing terlampau 2 bilo nak kuar ni..hakcipto jgn lupo..amik pengajaran yg lopeh2…
on October 28th, 2008 at 6:04 pm
oghang yg mengutuk tu iriati,dongki….ip yg samo pkai namo lain-lain…buduh…
on October 28th, 2008 at 6:12 pm
sabau zaki..tak baik cakap kat org buduh…biarkanlah….
ingat posan tok ketua…Apabila datang kebenaran yang bathil akan musnah!
on October 29th, 2008 at 12:55 am
kalo hensem memang selalu orang dengki..camtulah sumpahan jadik orang hensem
on October 29th, 2008 at 1:36 pm
Betul tu animatot.Ambil contoh diri saya sendiri lah.Kerana terlampau hensem lah maka saya tidak di lantik menjadi mufti sehinggalah sekarang walau pun saya lulus bahasa arab kafa dengan kepujian.Sudah lah hensem..pandai pulak tu.
on October 29th, 2008 at 3:39 pm
Saya adalah antara ribuan ataupun jutaan peminat novel Jibam sejak dari mula ia diterbitkan. Agak kecewa dengan publisiti ‘meriah’ yang diberikan tetapi langsung tidak ada sebarang berita terkini mengenainya. Teringin nak tengok karekter Jibam, Suman dan yang lain beraksi di layar perak. Diharap agar produksi Jibam akan berjaya dilaksanakan memandangkan ianya telah digembar-gemburkan di akhbar-akhbar tempatan sekaligus memberi satu harapan kepada saya untuk melihat karekter ciptaan saudara Ujang beraksi secara nyata.
Adakah karya ‘Aku Budak Minang’ juga akan dicadangkan ke layar perak?..
on October 29th, 2008 at 3:40 pm
Untuk makluman kisah ` AKU BUDAK MINANG` telah di luluskan oleh RTM 1 untuk tayangan sebanyak 13 siri.Drama adaptasi ini sekarang dalam proses pre-production akan di terbitkan oleh Saudara Baharuddin penerbit telemovie LESEN yang meraih top 5 dalam anugerah screen tv3 baru-baru ini.
on October 30th, 2008 at 9:09 am
Patut la ada dengar bisikan dari suami-isteri di bangku belakang masa kat PPUM pagi tadi. sang suami menelefon rakannya akan khabar berita gembira itu. Katanya dia baru pulang dari perjumpaan dengan Dato. Dato mana, tak tau la pulak. Ada juga kendenmgaran nama Hj suhaimi, aku budak minang animasi, masalah harta anak beranak, bayaran itu dan ini. malangnya tak dengar nama tok ketua disebut dalam perbualan itu. Tok.. banyak misterinya ni.
on October 31st, 2008 at 1:38 pm
saya tetap sokong bro ujang dan saya harap bro ujang tidak melakukan apa-apa kesalahan berkenaan kontrak atau copyright yang mengakibatkan kerugian. kalo bile minta nasihat daripada orang yang berpengetahuan.
on October 31st, 2008 at 2:43 pm
SOKONGGGGG!!!!
LAWAN TETAP LAWAANNNNN!!!
Eh??! apa aku cakap ni..hehe…
haa..tok ketua kampung belulang..bilo nak belanja sirap nih…kan aku dah cakap…”There will be a time when you believe everything is finished….That will be the beginning….” kehkehkeh…
SUKSES!!!
on October 31st, 2008 at 3:57 pm
anak suman..jibam..jibam..
dengarlah lagu..jibam..jibam..
kunyanyikan..hanya untukmu..lalalalala
on October 31st, 2008 at 4:20 pm
alahai..alam tak dgr kiambang nyanyi….skali dengar cam nak koyak cuping tinge ni haa..hehe
on October 31st, 2008 at 11:13 pm
yer ker ibnukaduk?
on November 1st, 2008 at 1:48 am
Sebenor nyer banyak betul HAL-HAL yang telah di urus…dan banyak juga HAL-HAL yang berlaku hingga mampu mengalirkan darah dari telinga atau melelehkan otak dari lubang idung.Namun saya diamkan dan biarkan sehingga HAL-HAL itu menjadi bosan dan menukarkan wajahnya kepada topeng-topeng kejayaan.
Tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum tertipu kerana saya tidak mengharap apa-apa….hanya menjalankan tugas sebagai seorang yang memegang jawatan Hamba dan manusia hihihihihihi.
on November 1st, 2008 at 8:39 am
sukatilah tok kannnnn….yang penting sekarang life must go ON! Yeeehhaaaaaaa..ABM animasi dah nak kuar, kendian kang IBC lak kuar..pastu ATUK, Novel Cinta Terakhir pun jadi Telenovela, JIBAM pun…uish..kalau nak kira ini pun dah menunjukkan kejayaan paling Agung Tok ketua..hehe…Kalau diperhatikan laa..aku rasa Tok ketua pandai memanipulasikan karya2 lama dia menjadi sebuah karya yang segar dan tidak jemu. tak perlu nak buat citer2 baru..sbb masa makin singkat….teruskan kesinambungan yang ada…nanti Tok boleh convertkan jadi VCD plak ek…best..best…Apapun Tok ketua tetap produktif! cayalah !!!!
on November 1st, 2008 at 11:08 am
Hahahahaaa.. saya betul-betul sukahati bila di beritahu yang ABM animasi akan keluar tak lama lagi.. (ataupun lama lagi.. heh..!! heh..!!)
Memang ini satu kejayaan buat saudara Ujang..
Sememangnya berbaloi saya menjadikan saudara Ujang sebagai idola sejak dari kecil lagi..!! Saya sememangnya merindukan karya-karya dari saudara Ujang.. bak petikan pantun dari buku ABM :-
Bagulo indak bagaram indak,
Nangko mudo ko digulai,
Barito indak bapasan indak,
Hati den hibokan bacarai…
Salam dari si pengagum…
on November 1st, 2008 at 12:03 pm
kickoff komplot mandi ujan kenyir 25-28 disember 2008…hehehe…suke ati aku dapat pegi…don wori..be hepi…jangan pening kepala pikir HAL-HAL yang serabutkan kepala otak..kita ikut arus perdana ini yea!!! HIDUP BELULANG!!!!!!!
on November 2nd, 2008 at 1:15 am
Tok pengulu dah tukar karier jadi nelayan ke?
on November 2nd, 2008 at 9:45 am
assalamualaikum…
Tahniah kpd sdr. ujang. dengan tersiarnya site jibam ni ternyata urusan sdr dalam dunia kartun. komik. animasi ni masih lagi berbisa! - Tahniah! Tahniah! - Doa aku smoga sdr akan berjaya kembali dengan sentuhan paling berbisa yang pernah aku dengar dulu!
on November 3rd, 2008 at 3:52 pm
Sesungguhnya barangsiapa yang memiliki akaun Facebook, diminta untuk Become a fan of Ujang sebagai salah satu tanda kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tok Ketua….. di alamat berikut
http://www.facebook.com/pages/Ujang/34163753062
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Jumpa lagi
on November 5th, 2008 at 7:30 am
aku dah…
no 2..hihih
on November 5th, 2008 at 10:09 am
caya la mat… pantasss macam cicakman
on November 5th, 2008 at 12:44 pm
Tahniah buat hafiz atas facebook- ujang, iaitu sebagai Become a fan of Ujang sebagai salah satu tanda kita menyokong kartunis Ujang sebagai kartunis yang banyak mencipta perubahan dalam arena kartun Malaysia.
Tahniah..Bravo Brother!!!!
on November 5th, 2008 at 2:25 pm
yeahh go ujang go………!!!
maju kehadapan ke arah wawasan 2020 hehe
on November 5th, 2008 at 3:05 pm
ops… lupa nak cakap. tq jonjenin. itu usaha sket je tu.
tapi yg karangan ko “rentetan perjalanan seni ujang” mmg superb la. mmg detail dari awal sampai sekang hihihi.
on November 5th, 2008 at 3:23 pm
nak baca kat mana weh..
on November 5th, 2008 at 3:42 pm
kat sini bleh
http://www.facebook.com/pages/Ujang/34163753062?ref=mf#/topic.php?uid=34163753062&topic=5007
on November 5th, 2008 at 8:26 pm
kenaper aku tak dpt register kat facebook tu yer? dah berkali2 aku
buat tak dapat. kalo tak aku dulu dpt dari che mat tuh!!
on November 6th, 2008 at 12:26 am
Wauuu..dalam industry animasi Malaysia yang kecil ni pun hebat jugak politik dia ek. tak sangka la ambo
brader ujang, aku harap brader tabah menghadapi segala dugaan. kalau kita tgk huliwud pon, banyak jugak filem2 diorg yg sukses yang ambil masa bertahun-tahun nak setelkan part2 pro-produksi. Ada yg dekad satu dekad pun ada.
kalau susah sangat buat Jibam the movie, buat jer Jibam the reality show. Ala kamera stail Blair Witch Project
on November 6th, 2008 at 1:38 am
tkpo la cik a,,,sabo tu sparuh drpada iman…
on November 6th, 2008 at 8:15 am
yes…aku dah add…tok ketua nya facebook…
on November 10th, 2008 at 1:45 pm
Saya selaku ahli jawatan kuasa khairat kematian kampung belulang mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua penduduk kampung.Sesungguhnya kata-kata semangat itu menjadi azimat paling beharga buat saya untuk terus memperjuangkan kemerdekaan negara Philadelphia itu.
on November 10th, 2008 at 2:12 pm
laa..tak merdeka lagi ke negara Philadelphia tu? ingatkan dahhh…hehe
on November 10th, 2008 at 10:54 pm
Sebenarnya tak ada mana-mana negara atau negeri pun yang merdeka dalam dunia ini….hanya yang benar-benar merdeka ialah negeri akhirat.
on November 11th, 2008 at 5:49 pm
betuuuuuul…itu barulah merdeka yang hakiki dan abadi….
on November 11th, 2008 at 11:27 pm
yo bro….aku dah ikut lama…dari lu c.e sampai ke ujang…dari zaman gayour,ayie,ubi,sireh sampai ke lubuk….aku rasa lu patut bawak jibam gi ke kenyir…..lihat alam ciptaan tuhan….
on November 11th, 2008 at 11:51 pm
assalamualaikum.apasal la ssh sgt nk register kt blog ni.dh bnyk kali cuba.tk dpt2.kecewa tau.aku ni peminat setia ujang sejak dr gila-gila lg.siap prnah buat assigment psl ujang lg masa ambil degree art design uitm.tk caya tnya Dr Muliayadi.dia la pnsyarah aku dlu.siap bg A+ lg utk assigmnet tu.
dengan arwah Pak Jab 2 pn rapat gak.siap buat bengkel kartun sama2 kt sabah dulu.sempat la aku bawa jalan2 kt sabah nu.aku ni org sbh.Pak Jab pn prnah makan tghari kt rmh aku dlu.mkn mknan tradisional org sabah.masa nk buat assigment psl ujang dlu Pak Jab la bantu aku cari maklumat kt arkib gila-gila.pastu g mkn tghari kt tepi jalan area bangsar dkt opis cesb gak.bnyk memori aku ngan Pak Jab dlu.tp tk sangka dia g dlu.dia banyak ajar aku lukis katun.smpi skng masih lukis lagi.tp hr 2 hntr katun by hand ngn adi alhadi dia reject lak.dkt 2-3 kali gak aku lukis.asyk kena reject je.tkp la.aku blh improve lg strok aku.aku lukis katun dlu sejak kecil lg.serius masa form 2.katun yg kena reject 2 ada lg kt rmh aku kt ampang.ingat nk tunjuk kt ujang.tp tk tau lak dia sudi ke tk.tkt kena reject lak.skang aku aktif buat painting dan karya2 seni.ada gak aku dtg ke cesb nk jmpa ujang tp dia tkd.asyik tkd je.cmne nk jmpa ek?blh tnjuk katun aku ni.blh la tlg skit2.nk jd kartunis mcm bro.
aku ni pnyokong kuat bro ujang.smua koleksi dia aku ada.ckp je ABM, aca, atuk, jibam, ibc, cinta terakhir, semua la ada.dlu aku pelanggan ttp mjlh ujang.tp sejak ujang di rampas oleh MOY, aku boikot abis2an mjlh ujang & smua produk MOY.tk patut dia buat mcm 2 kn.
jd besar la harapan aku klu ujang sudi nk terima insan yg lemah ni jd ahli kariah kg belulang ni.watak kecik2 pn tkp.dh puas register tk dpt2.kecewa tul ha.ok la.aku chow dlu.tngu respon bro ujang nti.
on November 13th, 2008 at 1:05 pm
assalamualaikum.apasal la ssh sgt nk register kt blog ni.dh bnyk kali cuba.tk dpt2.kecewa tau.aku ni peminat setia ujang sejak dr gila-gila lg.siap prnah buat assigment psl ujang lg masa ambil degree art design uitm dulu.tk caya tnya Dr Muliayadi.dia la pnsyarah aku dlu.siap bg A+ lg utk assigmnet tu.
dengan arwah Pak Jab 2 pn rapat gak.siap buat bengkel kartun sama2 kt sabah dulu.sempat la aku bawa jalan2 kt sabah nu.aku ni org sbh.Pak Jab pn prnah makan tghari kt rmh aku dlu.mkn mknan tradisional org sabah.masa nk buat assigment psl ujang dlu Pak Jab la bantu aku cari maklumat kt arkib gila-gila.pastu g mkn tghari kt tepi jalan area bangsar dkt opis cesb gak.bnyk memori aku ngan Pak Jab dlu.tp tk sangka dia g dlu.dia banyak ajar aku lukis katun.smpi skng masih lukis lagi.tp hr 2 hntr katun by hand ngn adi alhadi dia reject lak.dkt 2-3 kali gak aku lukis.asyk kena reject je.tkp la.aku blh improve lg strok aku.aku lukis katun dlu sejak kecil lg.serius masa form 2.katun yg kena reject 2 ada lg kt rmh aku kt ampang.ingat nk tunjuk kt ujang.tp tk tau lak dia sudi ke tk.tkt kena reject lak.skang aku aktif buat painting dan karya2 seni.ada gak aku dtg ke cesb nk jmpa ujang tp dia tkd.asyik tkd je.cmne nk jmpa ek?blh tnjuk katun aku ni.blh la tlg skit2.nk jd kartunis mcm bro.
aku ni pnyokong kuat bro ujang.smua koleksi dia aku ada.ckp je ABM, aca, atuk, jibam, ibc, cinta terakhir, semua la ada.dlu aku pelanggan ttp mjlh ujang.tp sejak ujang di rampas oleh MOY, aku boikot abis2an mjlh ujang & smua produk MOY.tk patut dia buat mcm 2 kn.
jd besar la harapan aku klu ujang sudi nk terima insan yg lemah ni jd ahli kariah kg belulang ni.watak kecik2 pn tkp.dh puas register tk dpt2.kecewa tul ha.ok la.aku chow dlu.tngu respon bro ujang nti.
on November 13th, 2008 at 1:08 pm
Rileks la agfauzi…
insya Allah…bro. Ujang respond ko punya luahan ni…teruskan melukis..dont give up…sbb arena kartun Malaysia memerlukan lebih ramai bakat2 baru mcm ko ni…utk pjuangankan kartun berindentitikan Malaysia khususnya.
caiyok brader!
on November 13th, 2008 at 3:02 pm
welkam to kg belulang ye agfauzi..
satu luahan isi perut yg sungguh menyentuh jiwakacaukuini..ko bulih duduk sebelah umah bidan jinun tu..bebaik..jgn kacau itik serati dia tu..selalunya tidin ngan jonjenin yg kene kejar ngan itik serati tu..dorg mmg penduduk paling nakal kat kg belulang ni huhu..ako je baek sket ..wakakakakasutgetah
*tok..mish u la..haha
on November 13th, 2008 at 5:28 pm
en. ujang boleh di hubungi melalui email malimpelita@hotmail.com
itik serati tu mmg la x keja ko kiambang sebab dia ingat lagi muka ko.. ko kan lastik dia dulu.. hahhaha..
on November 13th, 2008 at 9:14 pm
agfauzi kot ada lagi simpan assigment ko pasl ujang tu bleh la kongsi2 ngan blog ni..takpun join facebook ujang.
kiambang ni nak kene ni..ada kata aku nakal..mana ader..aku la paling sopan santun tau..biasa diaa…
on November 13th, 2008 at 9:21 pm
Aku rasa laa…Jaafar + Ujang patut buat jugak majalah JIBAM..sisipkan skali ngan Gila-Gila..orait apa maaa…setuju tak kawan2 semuaaaaaaaaaaaaaaaa!!! ini formula baru apa?
on November 13th, 2008 at 10:24 pm
assigment 2 ada lg.tgk dlu la.sbb bnyk sgt nk taip balik.soft copy dh hilang.ingat dulu masa ambil subjek inggeris kt uitm.aku ni BI lemah skit.tp 1 hari tu lec terkejut tgk aku fasih bahasa inggeris.sbb aku buat presentation pasal ujang.tajuk dia tk ingat la.tp pasal prjalanan karear ujang, mjlh ujang smpi la ujang di kelepet.tiba2 je pasih ckp omputih.kombang lubang idung.semua org kalah sbb aku sedut oksigen lbh dr dorg smua.hahaha
on November 14th, 2008 at 8:44 am
tok ngulu sibuk dengan pebalasan si pitung sekarang..hehe…pembalasan bersama kawan episod kedua bakal berlaku lagi…kiambang…kerinduan tuan hamba akan ku sampaikan kepada tok ngulu di sinun nanti…
on November 14th, 2008 at 10:52 pm
Hari ni mira baca berita harian dan ada cerita pasal pakcik ujang dalam page tengah.Dapat juga url websitenya termasuk jibam.web yang simple tapi menarik.boleh tumpang jadi ahli ke?
on November 15th, 2008 at 9:28 am
huyoooooo….macam artis tu tokkkk.
on November 15th, 2008 at 11:43 am
memang artis la tu. (kat malaysia ni je, artis = penyanyi /pelakon)
mari kita betulkan persepsi kita.
on November 15th, 2008 at 1:42 pm
Eh lupa, lagipun tok ketua memang pelakon dan penyanyi jugak selain kerjaya sebagai kartunis. Ingat lagi Kharisma Art & Music dan filem Yes Tuan
on November 15th, 2008 at 1:46 pm
betul3…
on November 15th, 2008 at 1:57 pm
pi tgk review kat blog mamat nih—> http://akujohan.blogspot.com/
on November 15th, 2008 at 2:00 pm
aku sokong cadangan jon jenin tue.. welkam agfauzi and Emira.
selamat membelulangkan diri yerrr
on November 15th, 2008 at 2:34 pm
Best…orang-orang kat sini peramah belaka.seronok lepak sini.terima kasih terima mira jadi kawan.
on November 15th, 2008 at 3:42 pm
uncle ujang tak selalu login ke.bila dia ada?
on November 15th, 2008 at 3:43 pm
bila ujang nk kuarkn novel jibam yg baru?em ada tk mjlh jibam?agak2 org mcm aku ni blh jd kartunis kt mjlh 2 tk?blh tk bro ujang?karya ada tp tk tau nk hantar kt ne.blh bg tunjuk ajar
on November 15th, 2008 at 5:02 pm
welkam..welkam…ujang ada..dia dok perati je dulu..karang masuk la tu..kata uwab jenab bersama kura-kuranya.
on November 15th, 2008 at 5:43 pm
kura-kura kata wak jenab? Wow!
on November 15th, 2008 at 10:57 pm
hehehe…lama tak jumpa ibnukaduk…sori la..sibuk skit..nanti kita gi makan2 kat mamak corner ar.
on November 15th, 2008 at 11:30 pm
hai kengkawan tok ketuo muncul dalam berito harian ari sabtu lopas,…..jadi sesiapo yang tak baco lai …..pi lah carik BH ari sabtu kat bahagian XL…wa memang jarang baco sokkaba…maleh dok cito polotik jo…tapi kekadang bilo ado dopan mato selak jugak la…..lopeh jugak la rindu nak nengok kartun tok ketua……… walau secalit cumo….
on November 17th, 2008 at 3:10 pm
Tok ketua memang dah lama glemer.. Tok..!! Ada dengar bla-bla pasal mags Jibam kat sini.. ada ke tok?..
Bila nak keluar?.. Berapa harga dia?.. Ada cerita pasal lubuk sekali ke?.. Apasal aku banyak sangat tanya ni?..
on November 17th, 2008 at 5:29 pm
tkd respon pn
on November 17th, 2008 at 5:31 pm
Untuk saudara-saudara yang tidak berkesempatan membaca artikel tentang kartunis ujang di berita harian.Gua tolong pastekan–>
Aku budak Minang
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
BUNYINYA janggal mendukung nama Ibrahim Anon, yang pasti aura personaliti ini terserlah dengan nama penanya - Ujang! Dekati insan kreatif ini dan kongsi dunia fantasi…
SELAMA lebih 25 tahun mencipta fenomena dalam dunia kartun tempatan, Ujang tidak perlu diperkenalkan lagi. Watak kartun yang dicetuskan personaliti ini membesar seiring kelompok peminatnya sendiri. Selama tempoh itu jugalah nama Ujang dekat di hati peminat dan rakyat Malaysia.
Watak kartun lakaran kartunis tersohor ini iaitu Ujang, Atuk, Din Beramboi sehinggalah Usop Sontorian mekar subur hingga peminat ciliknya terus setia menantikan kemunculan setiap watak dalam meniti alam kedewasaan.
Kesempatan bertemu otai kartunis ini di pejabat Creative Enterprise Sdn Bhd yang menerbit majalah humor terkenal, Gila-Gila, XY - Ikon Lelaki berkongsi cerita suka duka Ujang dalam mencurah keringat seni. Ketepikan sebentar episod perit, kami ingin membawa pembaca menyelami sendiri karektor Ujang.
“Selagi saya masih mampu memegang pen untuk melukis, selagi itulah saya akan meneruskan minat saya dalam dunia kartun,” ungkap Ujang memberi makna cukup mendalam dalam legasi perjuangan seni humor tanah air.
Ujang yang menginjak usia 43 tahun, tidak menganggap faktor usia sebagai penghalang menggapai misinya. Semangatnya terus berkobar saat kali pertama beliau memperkenalkan lakaran kartun setebal 24 muka surat bertajuk, Hikayat Ujang Senang tatkala bertemu Ketua Pengarang Gila-Gila, Jaafar Taib di pejabat Creative Enterprise Sdn Bhd pada awal 1980-an.
Jaafar jugalah yang memberikan nama pena Ujang kerana karyanya menjurus kepada lograt nogori, selain menjadi mentor dalam membuat kartun satu petak ketika pertama kali disiarkan dalam Majalah Gila-Gila bilangan 130 keluaran 1 Februari 1984.
Pada usia 17 tahun ketika itu, Ujang tidak terfikir watak ‘Ujang’ mampu mencetus fenomena tersendiri buat peminat majalah humor terkenal itu.
Sambil membuka rahsia, watak Ujang itu lahir dalam dirinya waktu membesar sebagai anak Minang dengan pegangan kuat adat pepatih di Negeri Sembilan.
Baginya, watak yang cuba disampaikan dalam visual humor itu sama dirasai masyarakat - baik dari segi gaya hidup, budi bahasa dan persekitaran yang secara tidak langsung meletakkan karektor itu lebih dekat di hati pembaca.
“Mulanya secara suka-suka kerana saya tidak mendapat bimbingan secara profesional kecuali di sekolah menengah dalam dunia seni lukis. Dari zaman sekolah, memang saya suka melukis kartun.
“Watak Ujang Senang sendiri wujud ketika saya di bangku sekolah lagi,” akui Ujang yang pada saat kegemilangannya bergelar jutawan pada usia 30 tahun.
Bersama XY - Ikon Lelaki, Ibrahim Ujang membuka ruang lebih dalam untuk diteroka mengenai perjuangan seni kartun dan harapannya meneruskan legasi kartun di Malaysia.
Apa perkembangan terkini Ujang?
Saya kembali berkarya di majalah Gila-Gila kira-kira tiga tahun lalu. Pada masa sama, saya menghasilkan drama televisyen Aku Budak Minang, Atuk dan Aca. Saya juga sibuk menjadi salah seorang anggota panel projek Sekolah Seni anjuran Kementerian Pelajaran membabitkan pelajar sekolah menengah. Selain itu, saya juga mengendalikan perkhidmatan bot bagi kaki pancing di Tasik Kenyir.
Sepanjang lebih 25 tahun berkarya, apakah bidang kartunis ini memberi kepuasan kepada Ujang?
Dunia kartun seiring perkembangan seni visual. Kalau hendak diikutkan, dulu ketika zaman muda-muda dulu memang cukup terkenal bergelar kartunis dan hampir setiap hari saya tanda tangan autograf peminat. Tetapi, tidaklah pada usia 43 tahun sekarang (tergelak). Saya tidak rasa ia kerjaya glamor, tetapi seronoknya apabila karya kita diterima umum.
Apakah karektor pertama anda cipta dan kekuatan karektor itu dalam hidup anda?
Ujang adalah karektor pertama saya perkenalkan dalam dunia humor di majalah Gila-Gila. Sebenarnya watak Ujang mewakili diri saya yang membesar sebagai anak Minang. Boleh dikatakan 80 peratus daripada jalan cerita Ujang datang daripada pengalaman saya hari-hari.
Bagaimana penerimaan keluarga dan teman-teman dengan minat Ujang melukis?
Biasalah, pada era 1980-an ada persepsi negatif terhadap pelukis. Bidang ini dikatakan tidak mempunyai masa depan dan membuang masa. Tetapi, ketika di sekolah, cikgu tidak pula membantah dan memberikan dorongan. Apabila diterima masuk bekerja di majalah Gila-Gila sebaik tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), orang tua saya tidak berkata apa-apa. Kiranya bersetujulah!
Kenapa agaknya karektor Ujang itu kuat diterima umum?
Ia berbalik kepada senario masyarakat kita sendiri. Watak Ujang itu sendiri kalau kita hayati, dia seorang budak kampung yang nakal, suka berjenaka, berjoget lambak dan membesar dalam suasana kampung. Jadi apabila berada di kota, Ujang seakan mengalami kejutan budaya. Tidak dinafikan yang ramai juga remaja di luar sana yang melalui detik sebegini secara tidak langsung menjadi lebih dekat dengan diri sendiri.
Senario dunia kartun di Malaysia mengikut pandangan Ujang?
Saya berharap yang kerajaan terus menyokong program penggiat seni dalam dunia kartun di Malaysia. Usaha kerajaan melalui program Sekolah Seni contohnya sangat bagus untuk melahirkan generasi baru yang mampu menghangatkan dunia kartun di negara ini.
Mampukah pelukis kartun di Malaysia menjadi kaya?
Saya mengumpul RM1 juta pertama ketika berusia 30 tahun sebelum timbul masalah membabitkan hak penerbitan watak Ujang… Minat dan bakat harus seiring untuk serius dalam dunia kartun.
Terangkan prinsip hidup Ujang?
Saya tidak pula mempunyai prinsip tertentu. Bagi saya cukup mudah, buat kerja dan melukis.
Sampai bila mahu berkarya?
Selagi terdaya dan tangan ini masih lagi boleh melukis, selagi itulah saya akan terus berkarya. Saya tidak melihatnya sebagai suatu masalah kerana saya sendiri pernah bertemu dengan seorang pelukis dari Jepun yang sudah berusia lebih 70-an tetapi masih gagah untuk melukis. Dia sendiri terkejut kerana saya mempunyai lima buku skrip kartun yang baginya sesuatu yang luar biasa.
Tidakkah mahu membentuk karektor baru untuk disesuaikan dengan persekitaran kini?
Karektor baru tidak semestinya mampu membangkitkan suasana baru tetapi watak sedia ada itu sendiri boleh disesuaikan dengan perkembangan semasa seperti permainan video PS2 dan peralatan teknologi maklumat (IT) yang boleh mendampingi watak atau karektor kartun. Bagi saya, penting untuk mengekalkan watak sedia ada yang semestinya evergreen tetapi disesuaikan dengan persekitaran semasa.
Bagaimana dengan dunia animasi pula?
Projek animasi Usop Sontorian pernah cuba untuk disiarkan tetapi atas sebab tertentu projek itu tidak dapat direalisasikan. Bayangkan ketika itu ada 100 pelukis animasi dan akhirnya terpaksa dibubarkan kerana kekurangan sumber kewangan. Tetapi, hari ini perkembangannya jauh lebih baik dan saya sendiri dapat merasakan kehangatannya.
Adakah anak-anak mengikut jejak bakat Ujang dalam dunia kartun ini?
Setakat ini anak sulung saya, Mohd Syafiq mengikuti jurusan animasi di Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) dan muncul pelajar terbaik dalam bidang itu.
Harapan Ujang dalam dunia kartun?
Selama lebih 25 tahun dalam bidang ini, adalah menjadi harapan saya untuk membantu generasi muda yang minat dalam dunia kartun dan memastikan mereka meneruskan kesinambungan ini.
Inilah yang menjadi keutamaan saya selain memastikan dunia seni ini tidak terpinggir daripada kehangatan dunia hiburan. Memang kesal juga apabila bidang seni lukis ini seolah-olah terpinggir serta tidak diberi perhatian.
Biodata
Nama: Ibrahim Anon
Nama Komersial: Ujang
Umur: 43 tahun
Tarikh lahir: 18 Oktober 1965
Tempat lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Laman web:
http://www.Lubuk.Net/forum/
http://www.thederhakastudent.multiply.com
http://www.ujangonline.com
http://www.Jibam.cesb.net.my
Info
# Ujang mula berkarya pada usia 17 tahun di majalah Gila-Gila
# Ujang berkhidmat bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993) sebelum berkarya semula sejak kira-kira tiga tahun lalu.
# Antara karya ciptaan Ujang yang popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian.
# Ujang juga menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir dan Fiona.
# Pernah menubuhkan majalah humor, Ujang.
# Sepanjang lebih 25 tahun berkarya, Ujang melalui pelbagai suka duka bergelar anak seni.
# Ujang masih lagi meneruskan legasi dunia kartun sebagai Pengurus Promosi di Creative Enterprise Sdn Bhd.
# Karya tersohornya, Atuk masih boleh dihayati sehingga kini di majalah Gila-Gila.
Ujang mengenai….
1. Ujang - Budak remaja yang lahir daripada suku Minang dan mengamalkan adat Pepatih di Negeri Sembilan. Dia nakal, suka berjenaka dan mengalami kejutan budaya dengan kemajuan di kota. Tetapi dia masih lagi terdidik sebagai anak muda kampung.
2. Din Beramboi - Saya mula mengenali karektor ini ketika mengikuti pengajian seni halus di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1987. Saya mendapat kaset daripada pelajar jurusan psikologi mengenai seorang lelaki sakit jiwa dari Klang Selangor. Bermula daripada situlah saya menghidupkan wataknya sehingga watak itu mencetuskan fenomena suatu ketika dulu.
3. Atuk - Watak ini sebagai pelengkap karektor Ujang dan pengaruhnya besar dalam hidup Ujang.
on November 17th, 2008 at 6:04 pm
Kau nak respon, poi la ngorat leha jengka, takpun kiah janda. Maklumat lanjut, tanya Jonjenin sama Tidin. ( lama dah tidin tak kuar rumah, malu2 kucing la tu )
on November 17th, 2008 at 7:18 pm
bagi sesiapa yg terlambat membaca BHarian (sabtu) tentang Tok Ketuo, boleh la membacanya di alamat berikut:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20081115122728/Article/index_html
kene baca cepat2, kalau tak…. nanti broken link.
on November 17th, 2008 at 10:47 pm
ulangan pengumuman.
sesiapa yg ada facebook, marilah kita “become a fan” tok ketua di alamat berikut:
http://www.facebook.com/pages/Ujang/34163753062
ps: baru ada 11 fans (di facebook)
mari la kita buat hebahan beramai2. sekian terima kasih.
on November 17th, 2008 at 11:19 pm
bagus en hafiz ni hehehe.. tompi aku dah cuba daftar facebook tok ketuo
tu tak dapat la oiiii… apa pasal aku gagal?
on November 18th, 2008 at 12:01 am
agfauzi…anda boleh beborak dgn en.ujang disini…sekian…
http://www.lubuk.net
on November 18th, 2008 at 12:44 am
Baru aku tau brother ujang ada website.kenapa selama ini aku tak pernah jumpa.nasib baik keluar dalam paper url ni.
selepas ni senang lah nak tahu perkembangan.but nampak macam tak upodate je.brother ujang rajin-rajin la sikit menulis-fan nak tahu latest news.
on November 18th, 2008 at 4:06 pm
kepada encik a (ke cik?)
pegi ke alamat www . facebook . com
pastu lengkapkan borang penyertaan
Full Name: Abc Xyz
Your Email: abc@mail-panas.com
New Password: ******
I am: Male
Birthday: 9 Feb 1909
pastu klik kat button [Sign Up]
pastu gi kat alamat ni http://www.facebook.com/pages/Ujang/34163753062
pastu klik kat [Become a Fan]
kan sonang tu hihihihi. selamat ber facebook
on November 18th, 2008 at 4:36 pm
rasanya bila bro ujang free?bila dia ada kt gila-gila?bosan la asyk on9 je.nkla jmpa trus.kt rmh aku mn ada intrnt mcm korg.kot klu jmpa blh la nk tnjuk kartun aku.silap haribulan dia blanja mkn roti canai ngn nescafe.tkpn nasi beriani kambing.klu hari bulan tk silap la
on November 18th, 2008 at 4:56 pm
salam en hafiz, aku cik a hehehe.. stakat yg ko taip tu che mat pun bole
buat. masalah nyer aku dah try byk kali tapi pesbuk tu tak menerima akuuuu…
on November 18th, 2008 at 11:50 pm
agfauzi, sapa yg nak belanjer nasi beriani kambing tu?
ko ker, tok ketua ker? hehehehe
on November 18th, 2008 at 11:55 pm
tok ketua la blanja sbb dia ada 1juta.aku mn ada.tp klu cik a nk blanja blh jg.kita dua je pn tkp
on November 19th, 2008 at 7:34 am
dalam 1 minggu brapa kali bro ujang ada kt cesb?ingat nk jmpa.nk tnjk katun
on November 19th, 2008 at 9:29 am
salamm suma.pekabo tok. tuhari nmpak cite tok kat berita harian hari sabtu. bila eh nak kuar cite ‘aku budak minang’ kat rtm. harap suma berjalan lancar. xsabo nak tgk.klo dah nak kuar nnti bgtau la kat blog.
on November 19th, 2008 at 9:32 am
kepado sesiapo yg masihy bolum baco lai….silo-silo la ke webside broder jonjenin kito….dio dgn rendah hati dan banggo dirinyo tolah menyescan gambo dan article itu ke dalam side dio….seranannnnnnnggggggggg….banzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiii
on November 19th, 2008 at 9:44 am
STARISE…dulu ujang rajin cito macam2 kek blog ni…skrg mungkin bz skit ngan projek2 tbaru dio la tu..tompi ada citor baghu pasti dio akan citor kek sini..mako rajin2 la myinggah yo…so, buek maso ni ko poie la merewang dulu kek post2 dio yang lopeh2 tu ..sure mau pocah tali pinggang ko dibueknyo…kalo baco ngan kawan2 laie meriah..golak cam nak roboh umah dibueknyo…hahaha
kalau nak muat turun apo2 kek hanset theme jibam pun boleh..poie kek ateh tu ado link muat turun. tak lupo juo ringtone lobai…golak tak hingat wa cakap lu beb…cubolah ajak semuo2 kengkawan ko tu…musti dongki la bilo diorang donga. kehkehkehkeh…
on November 19th, 2008 at 9:47 am
aku hr ni tkd keje.sbb aku cuti.otot bahagian chest aku ni sakit.rasa mcm nk main chess lak.tp aku tk pndi sngt main.sbb aku suka mlukis je
on November 19th, 2008 at 10:13 am
bosan la duk opis ni.
on November 19th, 2008 at 10:25 am
ooohh…. ntah2 ofis cik a sudah block pesbok kottt….
on November 19th, 2008 at 11:21 am
ok la.aku nk g dapur jp.nk mkn.mak dh masak dh.mak suh cuci pinggan lak pastu
on November 19th, 2008 at 11:26 am
terima kasih..syukran..kamsa hamida..rumbre nandre..tengkiu sgt kat hafiz n jon yg gigih membubuh link kat sini..hari ni baru dpt baca artikel tok tuh..glame gitu..lawa kasut tok hehehe..moga dipermudahkan urusan perJIBAMan..aminnn..
mofu..ko dah smpikan salam ako kat tok lom..gtau dia..i lebiu so strong huhuhu
pelita..bukan ko ke yg selalu teman ako lastik itik serati pulang petang bidan jinun tu..jgn wat2 lopa plak ye
on November 19th, 2008 at 12:03 pm
hjn2 ni pekena neskafe panas sdp ni.kena pula pisang goreng.puh sdp2.em ada sapa2 nk tlg buatkn neskafe?
on November 19th, 2008 at 2:56 pm
ko buek sorang yo..buek la sekole..buleh ghamai2 minum..apo la kau agfauzi..hehe
on November 19th, 2008 at 10:18 pm
ntah la hafiz aku pun tatau.
huhu cik kiambang mengandung brap bulan dah tuee hehehe
on November 20th, 2008 at 5:31 pm
hr ni ada konvo kt institut kraf negara (IKN).sj je g td.jmpa member2 ngan ex stdnt.dpt la borakt2 skit.rndu sgt.tp ada ex stdnt tegur.la dh cantik dh.dh sambung blajar kt USM dh.ambl produk design.jd tnpa membuang masa aku pn ajak la minum neskafe.sdp ny nescafe aku hr ni.
on November 20th, 2008 at 5:49 pm
kau ni a..ado ke cakap cik..dah ‘puan’ laaa…cik tu kau kooot.hehehe.
stakat cerita tak bagi2 buat apa agfaizi..buat tliur aku jee..
on November 20th, 2008 at 10:31 pm
dah cakap kiambang…tok ngulu telan megi je…aku baru balik trip mancing rahsia ngan tok ngulu…ag fauzi…aku cadangkan email terus kepada ujang…tak pun masuk lubuk.net bleh personal massage dengan dia terus..sekadar cadangan…
on November 20th, 2008 at 11:00 pm
waaaahh…. mofudume skrg makin kamcing la ngan tok ngulu…harap2 lepas ni leh jd s/u kampung belulang. hehehe…
on November 21st, 2008 at 10:13 am
mofudume aku dh masuk lubuk.net tp tk tau la cmne nak sembang.tk familier la dgn blog 2.ssh sgt.tk tau nk masuk kt ne.last2 aku p minum neskafe je
on November 21st, 2008 at 2:23 pm
ako stuju sgt cadangan ko tu jon..mofu mmg leh jd setiausaha sulit lagi menyulitkan wakaka..thanx mofu..kalo ada ikan lebeh pas kat ako..nak wat suit saur..
a..ko jgn wat anoncemen kat sini..jatuh saham ako huhuhu..ape nama kawanster ko ek..dah add lom?ko da dpt join fesbuk tok lom?
on November 21st, 2008 at 2:23 pm
mofu…macamana lah agaknya bila seorang kartunis memancing.kelakar ke dia waktu memancing tu?atau series macam manusia biasa ?
on November 21st, 2008 at 4:44 pm
ciss…skali lagi ko minum naskafe tak ajak aku agfauzi..ni aku maghah ni…grrrr…aku kokang tangga umah karangggg..haa..
aik? abang jo…
kelakar ya amat..ko tgk tak kat pmbalasan sipitung 1 kat lubuk net..sampai muntah kari gelak wa cakap luuu beb…
on November 21st, 2008 at 5:11 pm
hehhehe jonjenin aku masih cik lagi, maklum la tak laku hehehe
lain la mcm puan kiambang tuhh (opss sori kiambang aku excited
bebenornyer)..
kang sikit maso lagi kita kampung belulang bakal dapat anakbuah
huhuhuhuhhu
aku takder kawanster la kiambang, pesbuk tok pun aku gagal
rajister, mgkin ini gara2 rajiv!
on November 21st, 2008 at 10:11 pm
alhamdulillah..makin meriah la kampung ni dgn budak2…n jibam takkan kesunyian lagi..apa kata anak buah kita nanti..taruk nama TEMBAM. ala2 JIBAM gitu…hehee..
cik a..ko ni bukan tak laku…saje bagi harga naik tuu…untung2 ada Datuk paduka nak pinang ke? hehe…Almaklumlaaa…rega barang naik..taraf hidup pun meningkat..kawin nagn org meskin minum nescefe je laaa.hahahaha..erkkhh..aku tak maksudkan sesapa aarrr..atoiiii..tolonggg…apa ni..aaa..adoiii..arkkhhh…
on November 22nd, 2008 at 2:11 am
korag baca la pulak repot tok ngulu yang ni…
”trip petanda tetanda mofudume”…kisah syahdu pemancing terlampau part 2…aku tumpang sedih jeeeee….
on November 22nd, 2008 at 3:22 pm
agfauzi…buat kering je beborak dalam tu…
on November 22nd, 2008 at 3:23 pm
sapa la yg ckp2 psl neskafe 2?neskafe pndh naik harga tau.naik seposen je la.ni yg nk mrh ni.ah baik aku minum neskafe jp.klu nk minum skali ordr la kt mamak.byr sendri2.
on November 23rd, 2008 at 7:56 am
waahhh fufular habis la abg mofudume kita ni…harap lepas ni bleh blakon filem, drama, buat album huhuhuu..dahsyattt…tumpang kembang lubang idung dgn pncapaian Mofudume skrg…HIDUPPPPPP MOFUDUMEEE!!!
ngeh ngeh ngeh…
on November 23rd, 2008 at 8:35 am
“smlm aku cek blik katun yg aku simpan ada la dkt 25 helai smuany.bbrapa helai prnh d reject olh adi alhadi (masa 2 dia editor kt gila-gila).sbhgian katun prnh dpamerkn kt balai seni lukis sabah (ada yg dh hilang masa pameran dgn pakjab kt sbh dlu).sebagian lg katun aku buat masa sekolah.ingat nk hntr kt gila-gila tp smpi la ni tk hantar2.ada yg aku simpan utk koleksi aku” kata aku sambil minum neskafe.
ingat nk tnjk katun2 tu kt bro ujang.
on November 23rd, 2008 at 2:03 pm
Tak tua-tua pakcik ujang tu ya.makan jamu ke.
on November 23rd, 2008 at 4:07 pm
teruskan perjuangan anda agfauzi!!!
haaa..ni kono jawab pakcik Ujang…ado rahsio ko? alahai MIRA pun makin lama makin muda apahal tu? makan apa ek?
on November 23rd, 2008 at 7:04 pm
6tok ketuo makan ikan2 yg fresh tu pasal dia tanampak tuo
hehehe pemancing tegar tuuuuu..
jonjenin pun pekurang nyer eyyy merendah diri pulak hihihi
on November 23rd, 2008 at 8:12 pm
hahahaha…cik a pun makin cun nampak lak..makan ikan kering ke?
on November 23rd, 2008 at 9:30 pm
oooooo….kesuma jiwa kuuuuuuuuuuu….nanyi lagu ni tiap2 hari seperti tok ngulu nyanyikan hari2..tu pasal dia nampak muda belia…
on November 23rd, 2008 at 10:19 pm
a ah..betu laa..ko nampak tak muka mofudume pon dah naik seri..nampak muda lapan belas tahun….mujarab gak ek…nak try gak laa…
OOOoo…kesummmm….
apa makk.?!! .alahh..mak aku panggil basuh pinggan daa..
on November 24th, 2008 at 8:54 am
hahaha padan muko.. tahu takut mak suh basuh pinggan,
nyanyi pun sangkut hahahaha..
(jonjenin anak yg patuh ghuper nyer).
on November 24th, 2008 at 10:59 pm
tok ngulu kirim salam kepada semua penduduk kampung belulang…beliau masuk kenyir hari ini sehingga ahad nanti..saya juga akan masuk pada hari jumaat trip yang sama bersama tok ngulu kerana ada apointment dengan badung,sebarau dan spesis ikan air tawar yang berada di kenyir…tok ngulu mengarahkan animaTOT dan tidin untuk jaga kampung elok2 sepeninggalan beliau…sekian…
sepatah dua kata dari tok ngulu…
Akhir kata kawan sudahi dengan pepatah minang-
Satitik jadikan salawik
sekapa jadikan sagunung
Alam takambang menjadi guru.
Wassalam.
arrr jemput makan…jemput…sila..silaaa…..tambah nasik…`
on November 25th, 2008 at 1:07 pm
aik…
muka aku yg selalu ponteng meeting ni, tok suh jaga kampung? tidin pun lama tak nampak tu…patut kena serah kuasa kat abang jonjenin ke..ibnukaduk ke..kiambang ke..cik a ke..diorang baru rajin datang meeting..
eh..jonjenin dah habis basuh pinggan lom?
on November 26th, 2008 at 12:24 am
bukan ko dengan tidin orang terdahulu????hehehehe…orang tua kena la jaga kampung…hehehehe…tak pun ko pulak turun kuasa kat mike berdua tu…hehehehe
on November 26th, 2008 at 10:28 am
Salam,
Isk, adalagi ker ‘orang makan orang’ neh. Ingatkan dah insap pon. Mujo ramai bekup. Yang benar tetap terserlah kebenarannya, Tok. Salam untuk semua warga Kg Belulang terutama yg dah lama tak bertemu muka. Yg baru tuh, salam takzim. Taking care semua.
on November 27th, 2008 at 7:52 am
bila la agakny blh brjmpa dgn en ujang.
on November 27th, 2008 at 8:13 am
jonjenin.agak2 ko free tk hr ni?klu free blh la aku merasa neskafe free di atas kefreean ko 2.aku ok je.cuti sekolah ni.aku pn cuti gak la.
on November 27th, 2008 at 10:14 am
mofu agaknya dah berangkat ke kenyir
on November 28th, 2008 at 2:00 pm
erm..skali dengar bunyi cam ko nak belanja..tapi dua kali dgr macam aku yg kene belanja..hehehe…
on December 1st, 2008 at 9:41 am
tok ngulu akan balik esok…kawan baru balik dari kenyir semalam dan trip yang menyedihkan…kesian tok ngulu jadi chef dalam trip kami kerana tekong bot kelepet di saat akhir!!!!terima kasih tok ngulu kerana menjadi penyelamat disaat akhir…boikot mat B!!!!!!!!
on December 1st, 2008 at 11:49 am
berita dterima roger n out…kihkihkih..terer tok masak ek?
on December 1st, 2008 at 5:20 pm
tok nyer ikan masak stim, terangkat beb..
on December 2nd, 2008 at 2:23 am
Aku lagi pandai “STIM’
on December 2nd, 2008 at 10:33 am
minah terel pandai tak buat ketupat cili api?
amboi mofu hang dah jd hulubalang kenyir nampaknyer.
jonjenin, mat, animatot dan rajiv bila pulak hehehe
rindu aku sama kak echah dan makcik wok.
kiambang dah jaga laki dia, tidin dan adikyah missing in action,
kakyong terus takder kabau berita.
on December 2nd, 2008 at 11:28 am
kita ni bile pulak nak gedering ni….
on December 2nd, 2008 at 1:56 pm
jom kita buat gadering sempena hari raya haji ni. sapo nak join?
Cadangan saya ialah:
Tarikh: Hari raya ke-2 (Selasa 9 Disember 2008)
Tompek: Mano-mano restoran sodap
Maso: Malam lopeh tahajjud.
on December 3rd, 2008 at 3:15 pm
wui..dimanakah lokasi restoran sodap tu ye..hehehe
cik a yg rupawan..ako sungguh tak bz menjaga lakiku haha..ako bz marking paper nih..ko nak wat pat time tak hehe..meh tlg ako meh..
enche pelita..disini saya ingin mengadu tentang ketiadaan majalah GILA-GILA di kawasan KAJANG, BALAKONG dan BATANG BERJUNTAI..agak payah saya nak dapatkan GG di kawasan berkenaan..harap pihak pemasaran GG boleh buat pemantauan..terima kasih
on December 3rd, 2008 at 5:45 pm
terima kasih atas maklumat… tindakan akan di ambil dan akn di lanjutkan kpd pihak yg berkenaan..
on December 3rd, 2008 at 10:48 pm
Aku paste dari paper The Star-
Give local cartoonists more prominence: Lat
IPOH: Cartoonist Datuk Mohd Nor Khalid more famously known as Lat has a wish that more local cartoonists be given the opportunity to showcase their work in the print and electronic media.
He said their work could be syndicated along the lines of their 50s era western counterparts whose caricatures are published all over Europe, the Americas and Asia.
Lat signing a replica of the first day cover bearing his cartoon at the Main Post Office in Ipoh. - Bernama photo
He named popular cartoonists Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin and Ibrahim Anom (Ujang) as among those who should be given the honour.
Lat, who hails from Gopeng near here, told this to reporters after attending the launch of first day covers bearing his cartoons at the Main Post Office here on Thursday. Also present was Pos Malaysia Perak general manager Mohd Azizi Mohd Sanusi.
Pos Malaysia on Monday launched a stamp collection featuring his cartoons. - Bernama
on December 4th, 2008 at 9:06 pm
tahniah kpd tok ketuo dan sifu jaafar taib. HIDUP KARTUNIS MALAYSIA!
on December 5th, 2008 at 2:51 am
wah..selepas ni boleh lah kita tengok kartun tok ujang kat setem pula.
on December 6th, 2008 at 5:25 pm
Sharook khan yang dok kat india tu pun boleh dapat dato`.Itulah kelebihan negara kita Malaysia.selalu memandang orang luar lebih baik dari rakyat sendiri.
on December 9th, 2008 at 4:46 pm
Sebona eh, pangkat dato untuk sharuk khan tu bukan eh momandang tinggi pado si sharuk tu. Sobab eh, kalau dio balik india sok, orang india tak panggil golaran namo dato shahruk eh kek dio tu. Buruk bonar bunyi eh kek india sinun.
on December 10th, 2008 at 12:37 am
toooooooooooooooooookkk! mano lak ilang penghulu belulang ni???
on December 11th, 2008 at 10:47 pm
Assalamualaikum penduduk kampung belulang yang di kasihi sekalian.
Ampunkan hamba kerana sudah agak lama tidak menjengah kampung ini.Ada pun kesibukkan hamba mengendalikan pakej memancing di Tasik Kenyir nun berada di tahap kronik sekarang.Al maklum la musim ujan nih musim orang memburu ikan sebarau.Ari tu pegi pat hari,balik kejap masuk utan balik lam sploh hari…Drama Aku Budak Minang 13 siri pun dah start penggambaran di Kampung Talang Negeri Sembilan…begitu juga drama Atuk dan Aca terbitan unit drama rtm akan di mulakan penggambarannya dalam waktu terdekat.Siri animasi atuk & Aca pun sedang giat di jalankan serta sudah siap beberapa siri..demikian juga ujangonline yang akan di lancarkan…Insyaallah lam beberapa hari lagi hamba akan cuba listdownkan senarai pogram yang boleh tuan-tuan sekalian hadiri untuk memeriahkan suasana-Namun hamba akan torai jugak untuk berada di kampung ini setiap kali waktu terluang.ekskerflenses montrentessss.Wassalam.
on December 12th, 2008 at 7:31 am
walaikumusalam….alhamdullilah…sojuk porot dongar pokombangan yg merangsangkan kembali penduduk belulang yg dah terlalu lamo nunggu tok yg ilang menjalankan tugas kek sungai n utan tuhhh…Drama ABM dan A & A mmg dah kami lamo tunggu kemunculan kek tv…posan kek tok ketuo jangan la ninggakan kami lamo-lamo…..salam
on December 12th, 2008 at 9:10 am
Jauh perjalanan luas pemandangan ye tok
on December 13th, 2008 at 11:18 am
hehehe..tu dia kebzan tok ketua melangkaui bima sakti…kihkihkih
on December 14th, 2008 at 11:19 am
sekalung tahniah buat ABM. tapi JIBAM nyer manerrrrrrr
all the best tok ketuo and family!!
on December 15th, 2008 at 2:31 am
….
Ada harapan lagi ka untuk komik Melayu? Aku tengok macam nazak gila dah sekarang. Ni pasal cerita Jibam ni tak jadi-jadi pulak…
Semua orang bertungkus-lumus nak jadi lebih 90% macam orang luar(tak kira la Jepun ka, Barat ka, Marikh ka). Bukan nak kata tak elok amik contoh luar, tapi bila semua orang buat - dan minat - benda tu ja…
Minta maaf kalau aku ni bunyi pesimistik sikit, tapi… dah boleh baca talkin dah kot…
on December 15th, 2008 at 9:55 pm
astaga
laisla bonita
[-o<
on December 16th, 2008 at 12:15 am
Shooting ‘aku budak minang’ kek talang??
Uishhhh kampong den tu….ramai la muko org kg den enterprem dlm cito tu nanti! hehehehe
Alooooooooooooooooooooo….. Salam sumo……
Sori ah lamo x menjongok…. tah apo sobab eh x menjongok tu ntahla, nk koba bz, ado yo maso, tapi ntah laaaaaa….sukatikaulahhhhhhhh…..
on December 16th, 2008 at 5:34 am
en. poyo..kalau kita sndiri yg dah tak support komik kita sapa lagi bleh tolong. dunia komik ni ada turun naik jugak…aku yakin komik kita boleh mjulang satu hari nanti. wait n see je..hehe
on December 16th, 2008 at 11:25 am
ibarat macam ni la..ms kita skolah dulu…kalau mak bapak, kita tak support kita utk belajar..bagi duit belanja, beli buku, dorongan semua..aku rasa kita tak mampu masuk Universiti dan jadi org bjaya.
tp d sbbkan mereka2 di sekeliling kita sentiasa bg support ktkita..alhamdulillah..kita jadi org bjaya. sama macam org jepaun, amerika dan marikh semua tu.
on December 16th, 2008 at 11:30 am
Dan itulah masalah utama kita sekarang, tuan jonjenin… Support.
Pembaca sendiri tak mau beli komik tempatan(yang gayanya tempatan jugak). Gempak, STARZ, Utopia tu orang beli, tapi aku rasa hangpa dah paham-paham kandungan komik dalam tu macamana. Tapi dalam majalah macam tu pun, berapa kerat kartunis Melayu? Tak leh paksa gak…
Kerajaan boleh tolong gila-gila:belanja dan kempen, tapi kalau orang-orang yang baca komik ni sendiri tak minat, apo nak dikato?
Yang bestnya, kartunis Indonesia yang lukis gaya Jepun boleh pulak dapat anugerah berprestij luar negara untuk siri komik yang memaparkan BUDAYA MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA. Kat Malaysia aku tak nampak lagi… .
Aku pernah tanya dua-tiga orang pelukis Melayu gaya Jepun kat Internet, kenapa tak lukis bahan berkaitan Malaysia/budaya Melayu. Semua jawab ‘tak minat’ dan ‘bukan gaya depa’. Aku pun bukan harap depa semua lukis orang pakai baju Melayu dengan baju kurung. Cukup sekadar buat pembaca rasa yang cerita tu berlaku di mana-mana tempat dalam negara kita. Tapi… dah tak mau jugak?
on December 16th, 2008 at 6:55 pm
Pasal kartunis Indonesia tu, hangpa cuba Google-search Rizky Wasisto Edi. Hebat wo mamat tu…
on December 16th, 2008 at 6:57 pm
en. poyo yang budiman lagi hensem bergaya,…kita toksah tgk jauh sgt laa…cuba kaji formula datuk Lat tu..apasal karya dia boleh diterima di peringkat antarabangsa…kartun dia takde ciri jepun pon..lagi pure Malaysian aku rasa.
Aku cuma berharap akan muncul lebih ramai kartunis seperti Lat yang akan membawa kartun tempatan digilai dan diminati di arena temapatan dan antarabangsa. amiiinn…
on December 16th, 2008 at 11:16 pm
aku setuju ngan pandangan ko poyo. cerita yg dibuat stail manga contohnya. ada kebaikan dan keburukannya. baiknya sbb kita boleh pelajari teknik melukis yg kemas dan menarik. yg tak baiknya kitani kadang2 plak yg telebih jepun drpd org jepun tu sndiri. benda ni kdg2 aku perasan. hehe..
kartunis Ubi miaslnya kartun dia menarik dan kemas, gayour, aie yang pernah mjadi kegilaan ramai….sampai ada ciplak watak2 diorang buat sticker bagai..ada potensi apa. betul tak?
on December 16th, 2008 at 11:23 pm
Jon, Poyo, Jon, Poyo, Jon, Poyo…..
Mana yang lain? Poyo ke?
Ke Majalah Poyo nak muncul?
Baik encik Jon dan Encik Poyo mulakan majalah POYO.
Aku pasti incik tok ketua akan membantu tanpa sebarang unsur pengklepetan.
on December 16th, 2008 at 11:37 pm
suka ati kau laaaaaaaaa!!!!hehehe
on December 17th, 2008 at 2:11 am
allow encik ibnukaduk..wahh..dh glemer dia skang ek..masuk news paper hari tu nampak..hensem bergaya lagi tau. hehehe…
mofudume pon sekarang dah jadi pemancing tegar yang melampau2 enterpremnyer..kehkehkeh..
muga sukses la semuanya..aku juga yg menoreh gotah siang malam…takpelah..rezeki masing2..ada keberketannya…aminnn… chiau!!!
on December 17th, 2008 at 11:39 am
salam semua,
wahhh makin meriah balik kg ni sojuk ati porut nengok eh…moga suksess selalu jangan lupo lotak reminder kek dlm blog nih maso ABM ke udara yo….
sumie, jonjenin, mofudume, kiambang, a, ibnukaduk, hafiz, pelita ayam….semuanya lah …..pekabo…….ehhh lupo lak tok ngulu kito…..
semuga semua suksess….
on December 17th, 2008 at 5:37 pm
echah mano ko ilang..lamo kiambang tunggu..sampai bunting budak tu tau..hihi
on December 17th, 2008 at 10:47 pm
hihihi…..ado yo lalu lalang kek kampong ni carik kobau ngan lombu ilang berkurun tak balik…..oh kiambang ku rindu padamu…..ting tong….
on December 18th, 2008 at 9:39 am
kobau kau bukan dah kene semelih gayo korban baghu ni..kobau sapo lak kau cari ni…aih..lain bona gayo nampak..hehehe
on December 18th, 2008 at 10:17 am
kak echah..miss u like gila toooooo hehehe..bila la perkumpulan wanita belulang dpt jmpa ye..
jon..bunting tu untuk haiwan dan keladi ye..ako ni kiambang tau..term tu tak sesuai wakaka..
on December 18th, 2008 at 10:36 am
Ujang di Jom Heboh Bukit Jalil - 20 & 21/12/2008
Today at 12:15pm
Ujang dan krew UjangOnline akan berada di Jom Heboh Bukit Jalil pada 20 dan 21 Disember 2008 (Sabtu dan Ahad).
Terdapat pelbagai aktiviti seperti melukis karikatur, jualan komik dan novel, jualan barangan partners, VCD dan DVD “Pengembaraan di Tasik Kenyir”, “Pemancing Terlampau” dan macam-macam lagi.
Temui kami disana.
Sumber: http://www.ujangonline.com
on December 18th, 2008 at 12:28 pm
laa…ingatkan kiambang layu di tasek madu…wakakaka..soti kiam..
apiz..ko dtg tak??
on December 18th, 2008 at 6:44 pm
Yuhuuuuuuuuuuuu…………
on December 18th, 2008 at 7:19 pm
Temui jugak team aku kat tasik Titiwangsa. Karnival Mesra KL’08 (Majlis Paralimpik malaysia)
19-20-21Disember 2008.
Korang reramai pegi Bukit Jalil, sampaikan salam aku pada Tok Ketua. Katakan aku takdapat menjengah program Jomheboh tu, pasal kena beramal sikit kat para OKU tu di TTwangsa tu.
on December 19th, 2008 at 12:59 am
Brader poyo…pandangan Gua lagi realistik la gua rasa.
Beza lu dengan brader ujang …brader ni melukis walau pun kartun melayu..tapi satu malaysia kenal dia.Malah gua baca dalam internet kartun usop sontoran di tayang kan di beberapa buah negeri.(lu tak pernah surf internet ka)
Dia memperjuangkan kartun malaysia..lu mengagungkan kartun luar.Dia rata-rata orang kenal dengan kartun melayu dia…Lu? Gua pun tak kenal lu hahahahahaha`
on December 19th, 2008 at 6:10 am
Stepping into Popular Bookstore at IOI Mall wasn’t exactly a step into the serene MPH Bangsar Village or Kinokuniya at KLCC. Chinese pop song glared at maximum capacity of the amplifier hurting my hearing sense as the singer reached for the highest notes in the melody. Awang Goneng was true to his form when he said Malaysia is a nation of mega-blasters. I found it disconcerting that the store manager thought that loud music is a source of attraction. I am digressing, please forgive me.
Last Saturday, yours truly was in a desperate need to read something lighthearted after spending the whole weekend drowning my soul in rereading Hugo’s Les Miserable. Gosh, what a sad read that book is. Amidst the sound of screaming children and Chinese pop song dominating the ambiance of the bookstore, my eyes caught sight of Aku Budak Minang - a compilation of local comic series - by Ujang. Ujang, I believe (since I am in no mood to google his artistic background), is Malaysia’s contemporary cartoonist. I remember reading his Aku Budak Minang’s series in Gila-Gila when I was still in primary school. Reading materials were indeed, at that point of time, a rare commodity. If you are born in the mid-seventies like me, you probably have read this gem of a local comic. The series began its debut through a local comic magazine: Gila-Gila. Even though writers are advised to avoid cliche like a plague, I am going to use one to end this paragraph - the rest is history.
Ujang was born in a family stiffed in their beliefs of the famous adat perpateh. He retold the journey of his childhood with amazing dialogues and comical pictures drawn by him. His writing touched my heart when I was a kid. 20 years thereafter, I discover that Ujang still has that magical touch many cartoonists long to have. Ujang undoubtedly wrote his masterpiece - Aku Budak Minang - from the heart.
Amidst his penchant to humor every single unpleasant chapters in his life, he asserts values and traditions like no other cartoonist. I am a fan of Asterix, but Asterix makes me laugh. On the other hand, Ujang makes me laugh and cry at the same time - that is a difficult combination to be found in a comic book. Ujang has it all in this collection - brotherhood, emotion, laughter - of Aku Budak Minang.
If you are sick of your usual read and able to relate to this comic just like me, go ahead and buy one. The comic is retailed at RM35.90. Have a good laugh.
on December 19th, 2008 at 9:47 am
ooo..dia suh beli kompilasi aku budak minang…paham2..hehe
on December 19th, 2008 at 11:07 am
Dia cakap, ABM patut dialih ke bahasa lain yang melambak didunia, atau dicetak dwibahasa supaya dia lebih paham akan isi cerita tersura dan tersirat dalam ABM tu. Lebihkurang gitu-gitu la yang aku cuba fahami maksud tersirat di sebalik artikel di atas tu tadi.
on December 19th, 2008 at 10:58 pm
Yang lin paham…aku budak minang tu best.
on December 21st, 2008 at 10:25 pm
Hari ni kat bukit Jalil kawan dah jumpa agfauzi.Sempat lepak dan sembang-semabng.Kawan mintak maaf kerana terlepas pandang dan cuma baca sekali lalu jer posting-posting beliau sebelum ni…sehingga lah tadi beliau datang ke booth dan memperkenalkan diri.Terima kasih kerana kesungguhan beliau datang menziarahi kawan di bukit jalil dari ampang….Lu memang sempoi bro…..~.Sori juga tak sempat nak ajak makan roti canai tadi pasal kawan tak boleh meninggalkan booth kerana orang ramai.Lenkali kita lepak lagi .ajak jon jenin,hafiz,mofudume dan ibnukaduk berjemaah ngeteh. Esklemfes emflemfesss
on December 21st, 2008 at 10:41 pm
Ako rasa macam nak tukar hobi mancing lah.boleh ikut mofudume dgn tok ketua masuk hutan.Dume…kena bayar ke free?
on December 26th, 2008 at 6:39 pm
elok la tu imam_lapar…kot maso lapar2 buleh makan ikan yo tak? toruih kan minat suci imam tu…amiiinnnnnnnn….kuehkuehkueh…
on December 27th, 2008 at 8:36 am
saya bagi cadangan.apa kata kalau gambar penggambaran aku budak minang tu di paparkan di blog jibam ini? boleh kita share.wat say you all?
on December 30th, 2008 at 8:13 am
cadangan en.sudin ni memang bagusss…ada ciri2 educated thinking…
on December 30th, 2008 at 11:04 pm
betul tu jon.tentu nampak lebih educated kalau ada gambar dalam blog ini dan kita semua akan jadi educated di sebabkan keedukatedan blog ini.betul tak?
on January 2nd, 2009 at 12:25 am
Insyaallah.akan saya cuba ejaskan nanti.rogerrrrrrr
on January 2nd, 2009 at 12:13 pm
humang… ghamai eh org kampung ni. kalau den mencolah pun takdo sapo perasan agak eh. tu yang buek hati ni berbolah bagi samo ado nak menyolit ko tidak. takut tak dialu-alukan. dah la tak pandai merepek. tulisan pulak bughuk. tapi tak cubo tak tau. jadi nak bona la se tanyo ni, ado tak rumah kosong kek sini? dapek tumpang rumah bujang pun orait jugak. kalau dapek tumpang rumah anak dagho lagi la orait. apo-apo pun buek sementagho waktu ni, se numpang kek surau dulu la yo. buleh tak tok ketuo? imam setuju?
tapi kalau tak dialu-alukan jugak, apo dayo se.
on January 3rd, 2009 at 10:31 pm
nandre..
on January 4th, 2009 at 1:46 pm
Don wori …kito ado buek homestay kek sini.ekau pulih la nak duduk ghumah mofudume ko,ghumah che mat ko,ghumah Tidin ko,kiambang ko,ghumah imam ko ato ghumah sesapo la…..pado ese takdo apo-apo halangan.
on January 6th, 2009 at 7:57 pm
suruh dia tidur kat kubur tok.kan ada pondok wakaf satu kat situ.tempat simpan cangkul.boleh lah dia tolong tengok-tengokkan barang2 kat wakaf tu.
on January 12th, 2009 at 9:00 am
sukatikaulahhh…
on January 13th, 2009 at 11:13 pm
rilek la jonjenin.mari makan karipap dulu
on January 14th, 2009 at 2:06 pm
hahahaha..karipap bila ni?? masam je..
on January 15th, 2009 at 10:36 pm
Assalamu’alaikum wbth bro ujang,
Saya doakan projek nih berjaya sebagaimana novel JIBAM yang sentiasa lariss
on January 17th, 2009 at 5:38 pm
saya turut mendoakan semoga doa nak pejuang diperkenankan tuhan. amin…
selamat berjuang para pendekar!
on January 18th, 2009 at 1:32 am
Jangan lupa doakan saudara-saudara kita di palestin sama ya.
on January 19th, 2009 at 11:37 am
iyo tu. doa, doa… kalau la setakat doa yo yg kito dapek buek, buek la. nak poghang tangan tak sampai. amin…
on January 23rd, 2009 at 12:59 am
Salam…
Apa kabo….lama k yong tak dengar berita dari adik2 dan tok…apa citer….nak tahu tak kalau rasa…nak cantik dan menawan selalu…singgah lah ke group k yong…. banyak petua tau…. http://asia.groups.yahoo.com/group/ronabeauty_spa_minda/
on February 18th, 2009 at 11:10 am
ujang JIBAM tue kau x buat sambungan lagi dlm bentuk hard copy!!! x best larr hanya ada dlm bentuk draft drama dlm blog nie ajerr… tlg plszzz ujang kuarkan balik JIBAM2 aku pasti sambutan gila2 lebey dari jibam1… mgkin boleh mencecah cetakan ke256 kot?????
on May 21st, 2009 at 10:08 am
Kisah JIBAM… pada sesiapa yang belum menbaca novel nih, silalah dapatkannya sebelum buat penilaian… Saya yg dah baca JIBAM bertahun lamanya masih terasa kesannya pada hari nih ttg anak yg diberi nama MOHD ASRAFF ttp digelar JIBAM… kalau korang baca dan xrasa ape2… maknanya korang xmenghayati novel ini dgn baik. .. jd kalau nk buat filem ke, nak buat ape pun sy sokong… sebab kisah jibam kisah yg menyentuh hati nurani.
on December 9th, 2009 at 12:57 pm
hello~ kat mana nak beli pen lukis komik?
on December 25th, 2009 at 1:13 am
windu btol dgn Jibam. kalau buat Animasi mcm upin ipin pn best sbb kita blh creat watak jibam btol2 dlm film animasi tu. kalau nk buat film..mna nk cari plakon yg btol2 mcm Jibam ah?hmmm sape yg layak. mcm xde je. kalau buat animasi cm upin ipin kn best.
on January 28th, 2010 at 2:59 pm