APA KABAR ORANG KAMPUNG?
WAHAI PENDUDUK KAMPUNG BELULANG SEKALIAN.APAKAH PERKHABARAN MU? BAGAIMANA KEADAAN KAMPUNG KITA INI…APAKAH SEMAKIN MAJU? JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATO KEMUSYKILAN…SILA LAH AJU.SEBELUM HAMBA KEMBALI KEHUTANH SEPERTI SELALU.KUI KUI KUI….





ha ni ada nk tnya bila lg nk muncul kt Gila-Gila?rindu sgt wo
on November 29th, 2009 at 7:23 am
DAPATKAN MAJALAH GILA-GILA ISU RAYA HAJI NI.KUI KUI KUI
on November 29th, 2009 at 3:07 pm
Setiap hari bila aku lalu kedai majalah,seimbas lalu aku tengok majalah-majalah dan komik-komik yang ada.Kebanyakannya komik Jepun,majalah Malaysia ada tapi beridentitikan Jepun.Seolah-olah tidak ada beza lagi komik Malaysia atau Jepun.Bukan dari segi rupa luaran atau lukisan yang terkandung di dalam,tetapi dari segi penceritaan.
Terlalu banyak komik sekarang ini yang terlalu taksub dengan negara matahari terbit,penuh dengan adegan lawan-lawan dan dialog-dialog sampah seperti “kipas susah mati” (ape kejadahnya bahasa camtu?) dan tiada langsung identiti Malaysia.
Aku dan kanak-kanak zaman aku sangat-sangat beruntung,sebab kami membesar dengan Gila-Gila.Hahaha,Gila-Gila sekarang ni dah macam hidup segan mati tak mahu.
Aku seorang budak berumur 8 tahun dan aku suka membaca mengenai kisah karakter Ujang dalam siri “Aku Budak Minang (ABM).”Kepada sesiapa yang tak pernah baca,ABM penuh dengan cerita masalah sosial,masalah gejala dadah,mat motor racing,kes curi,bertumbuk dan masalah keluarga.Itu realiti sebenar masyarakat kita waktu itu dan aku rasa tak berbeza pun realiti nya dengan zaman sekarang,bezanya mungkin hanya pada astetik luaran dan gambarannya.ABM menonjolkan penceritaan yang sangat mudah dengan gambar sekeping dan ditepinya dipenuhi teks-teks penceritaan yang dikarang oleh kartunis Ujang.Mungkin Ujang ingin menceritakan sesuatu berdasarkan kisah silamnya,bit-bit kehidupannya satu masa dulu.
Identitinya tak pernah lari.Karakternya masih budak kampung Juasseh yang terikut-ikut dengan budaya,terikut dengan haluan masyarakat dan dia tidak pernah lupa,dia orang Juasseh.Betapa kuatnya identiti Malaysia yang ditonjolkan dalam kisah Ujang itu.
Cuba kita lihat pula komik-komik Malaysia sekarang.Dengan watak-watak yang bermata besar dan sukar nak dibezakan mana satu jantan,mana satu betinanya,seolah-olah kita,masyarakat Malaysia masih lagi dijajah fikirannya.Mana cerita rakyat Malaysia?Mana cerita masalah sosial Malaysia?Adakah semua yang ditonjolkan dalam komik-komik sekarang menonjolkan kehidupan seharian kita?
Komik mampu mempengaruhi pemikiran seseorang kanak-kanak dan mungkin sebab itu walaupun aku baca dan ikut,dalam hati aku masih ada sedikit rasa kecewa melihat terlalu banyak majalah-majalah yang menggambarkan kehidupan Malaysia ala-ala kebaratan tapi stroke-stroke lukisannya penuh identiti ketimuran Jepun.Mungkin ini identiti masyarakat Malaysia yang dimahukan,mungkin juga kerana paksaan trend permintaan.
Jadi,kanak-kanak generasi kini akan membesar,lebih biasa dengan percakapan ala watak-watak anime,lebih kenal Naruto berbanding Professor Serba Tau,ingin bergaya rambut ala Son Goku,pandai menari ala-ala kumpulan SMAP dan mungkin mereka akan membesar tanpa pernah membaca “Kartini”,”Tan Tin Tun” atau “Abe.”
Adakah apa yang aku ceritakan ini semua sudah out dated?
Ya,pada generasi sekarang,semua ini benda lama,sudah klasik,sudah tahap fossil dinasour.Biarlah apa-apa yang nostalgia pada aku ini orang lain gelarkan out dated,sekurang-kurangnya ia masih memperjuangkan identiti masyarakat Malaysia,ia masih layak dipanggil produk orang Malaysia.
Jadi,berapa lama lagi budaya masyarakat Malaysia akan bertahan,kalau yang tinggal memperjuangkan budaya dan bahasa Malaysia adalah golongan-golongan berjanggut panjang seperti A.Samad Said?Berapa lama lagi sebelum kita kita lupa,kita sebenarnya orang kampung,asal pun dari kampung dan kampung kita namanya Malaysia?
p/s-Aku rasa bro Ujang harus meneruskan legasi ini.
on November 29th, 2009 at 3:46 pm
aku setuju dgn ko solo.mari la kita sama2 meneruskan legasi ini.
on November 30th, 2009 at 4:39 pm
solo Gila-Gila masih hidup la.memang segan tp masih tk mau mati.masih brjuang&memperjuangkn serta mempertabatkn kartun2 malaysia.klu kita tk sokong siapa lg kn.
ujang adalah 1 dlm sejuta dlm bidang ni.tp mesti ada lg kn yg akan muncul pd generasi yang lain kn.jom sokong
on December 1st, 2009 at 6:48 am
ni solo… ekau cakap panjang sangat la… tapi ekau jangan la cakap gilo-gilo idup sogan mati tak mau…
on December 1st, 2009 at 4:09 pm
hidup segan tu maksudnya hidup disegani atau dihormati.
mati tak mau tu maknanya masih mau hidup, masih berjuang.
kesimpulannya, Gila-Gila majalah katun yang disegani (kira otai la) dan memperjuangkan katun malaysia d mata dunia.
betul kot maksud ‘GG hidup segan mati tak mau’ tu.kan kan
on December 1st, 2009 at 5:15 pm
iyo lah… eden tak belajar palsafah… den bolajar ilmu amal dan manusio
on December 2nd, 2009 at 8:29 am
dah beli GILA-GILA baru?pe kata servay?
on December 3rd, 2009 at 12:56 pm
masa kecik2 dulu aku slalu beli Gila-Gila…guna duit poket yg mak aku kasi. Tapi bila aku start keje…aku dah tak beli Gila-Gila lagi…lebih kurang tahun 95 dan seterusnya. Skang ni baru aku rasa nyesol betoi sbb aku tak terus-menerus beli Gila-Gila. Heran betoi aku..camner boleh stop beli Gila-Gila time tue.
Betoi kata korang, kalu tak kita yg kekalkan legasi nie..saper lagik. Skang nie aku tercarik-carik Gila-Gila yg lama2 dulu. Dan sekarang nie, aku sambung beli Gila-Gila…dan termasuk koleksi-koleksi yg ada.
Aku rasa, utk mantapkan balik Gila-Gila nie…otai2 cam Don, Rosleem, Bor, Kerengge, Imuda dan termasuklah brader Ujang..kena curahkan karya kartun tu balik…disamping kartunis yg sedia ada nih..
Itu ler pendapat aku.
on December 3rd, 2009 at 1:27 pm
come on bro Ujang teruskan berkarya…aku pun dah bosan tengok banyak sangat komik berunsurkan Japan!!! mari kita semua hidupkan kembali semangat Gila-Gila!!! tapi jangan jadi gila dah la..Hahahaha…teruskan perjuangan Ujang!!
on December 3rd, 2009 at 3:32 pm
on December 3rd, 2009 at 6:50 pm
salam.. aku rindu dgn Lanun la tokkk
on December 3rd, 2009 at 11:49 pm
Lanun dh lama tkd.apa kata try Gila-Gila setahun dua.
on December 4th, 2009 at 10:33 am
patriotik sungguh masing2 yo..
on December 5th, 2009 at 3:03 am
maju lah Gila-Gila untuk negara
on December 5th, 2009 at 10:36 am
( ‘ ‘_, )
on December 7th, 2009 at 7:55 am
KEMBALI KAN JIBAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!
on December 8th, 2009 at 1:14 am
baru muncul jon?kt ne selama ni?betapa d gua batu caves ke?pe cite skng?
on December 8th, 2009 at 8:20 am
klu le Gila-Gila kuar t-shirt agak2 korg beli tk?
on December 8th, 2009 at 11:11 pm
Gua copy dari satu artikel dalam paper-Wow…Dato` Lat sebut nama bro ujang -Harap2 satu hari nanti Pos Malaysia akan ambik kartun Aku Budak Minang jadi stem…Bestt`!!!!
—————————————————————————————————————-
Lat berharap media beri ruang pada pelukis kartun
LAT HARAP KARYA PELUKIS KARTUN DIBERI RUANG OLEH MEDIAIPOH: Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat berharap media massa sama ada cetak atau elektronik memberi ruang kepada lebih ramai lagi karya pelukis kartun di negara ini.
“Ramai pelukis kartun di negara ini berbakat yang boleh diketengahkan seperti pelukis kartun di luar negara yang hasil karya mereka dimuatkan di akhbar-akhbar sejak awal 50an lagi seperti di Amerika, Eropah, Jepun dan Korea.
“Karya pelukis kartun tempatan yang mempunyai bakat seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin dan Ibrahim Anon (Ujang) boleh dimuatkan ke dalam akhbar atau dijadikan filem animasi,” kata pelukis kartun terkenal itu kepada pemberita pada majlis menandantangani replika sampul surat Hari Pertama Setem Kartun Malaysia, yang memuatkan hasil karya beliau.
Lat yang berasal dari Gopeng, percaya jika peluang yang diberikan kepada pelukis kartun tempatan disiarkan di dalam media cetak atau dalam bentuk filem, sudah tentu ia menjadi kebangaan kerana negara turut mempunyai pelukis kartun yang baik seperti di luar negara.
Beliau yang turut ditemani oleh beberapa oleh bekas guru dan rakannya semasa bersekolah di sini, gembira kerana karikarturnya dijadikan koleksi pertama setem di negara ini. Ketua Unit Filateli Pos Besar Malaysia, Yasmin Ramli berkata pihaknya mensasarkan untuk menjual sebanyak 1.1 juta koleksi pertama setem yang memuatkan karikatur yang dihasilkan Lat, tahun ini.
Koleksi pertama setem tersebut dilancarkan di Kuala Lumpur Isnin lepas yang turut memuatkan karikatur dari bukunya The Kampong Boy.
Seorang pengumpul setem, Zakaria Mohd, 77, yang berasal dari Tambun di sini begitu teruja untuk memiliki koleksi stem yang memuatkan watak yang dilukis oleh Lat itu. BERNAMA
harunakill Hantar pada 5-12-2008 20:35
on December 9th, 2009 at 9:58 am
MEMANG BETUL apa yang dato Lat cakap tu. Skrg pon Drama Aku budak Minang dah main kat tv. aku harap akan kuar plak movie atau filem Kampung boy plak ke,.tak pon animasi Jungle jokes. content dh ada. tinggal nak animasikan je. best siyooot.
on December 11th, 2009 at 10:36 am
Last week I came across an article about our well known cartoonist Ujang. I am one of his fan. I guess not many young people know him. I remember when asking to my nephew whether they know that UJANG humor magazine is derived from the cartoonist Ujang . And I told them that Ujang very famous during my teenager time and he is the one who created the masterpiece of AKu Budak Minang, Atuk, IBC(Intelligent Blues CLub). At that time Gila_Gila is the no 1 humor magazine. I think for decades Gila Gila has been the no 1 humor magazine in Malaysia. The close competitor at that time is Gelihati ( where cartoonist Gayour was born here. He is popular with Bersama Selamanya ….and the words Kill Kill Die Die , correct me if I’m wrong…my fren Sh, love gayour karya so much) .
I remember when I was in Form3, we used to read Gila-Gila together-gether and read it loudly. And each person has it own character. Haha..kelakar giler…sorang buat suara lelaki, org tua dll. And we have formed our own group like IBC which also named as IBC and I remember I’m the SIngh Dobi ( I dont know on what character I have been chossen as Singh Dobi), ANie as Mat Afro, Liliq as Ujang, Atie as DIn, Ina as DIn and As as Lim kot…)I guess on that time every form and class have their own version of IBC. IBC tell us about the story of hostel students like us. Itu yang perasan tu….
on December 12th, 2009 at 9:45 am
lama tak singgah sini.baru balik dr kampung.cuti 2 minggu
on December 22nd, 2009 at 3:06 pm
aku dah lama simpan hajat nak jadi ahli dalam keluarga gila2. nak sangat karya aku disiar dalam majalah kesayangan dunia ni. harap sangat kalau aku boleh buat sesuatu utk menambah-bestkan majalah ni. tapi malanagnya bakat aku tak seberapa. hmm… ramai yang masih mengharap pada otai2 yang kebanyakannya entah dah pegi mana tak tau la. yang ada ni pun, tuan haji ujang (dah haji ke?) tapi nampaknya dia pun dah tak serancak zaman muda2 dulu. biasa la tu. namun respek aku memang tak berbelah bagi utk allahyarham pak jab. semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. kadang2 sedih jugak mengenangkan siri AMAL yang tak sempat habis. dulu cerita tu la yang buat aku tertunggu2 gila2 baru. koleksi dia hampir semua aku dah beli. nak tunggu cesb cetak balik tantintun je lagi.
aku ingat lagi banyak tahun lepas aku ikut kawan ke pesta buku kat pwtc. niat aku cuma satu, nak beli koleksi periwira mat gila. sampai sekarang aku masih simpan sambil bagi kawan2 pinjam.
huih… sedih, dong. nak meleleh je aku rasa masa taip komen ni..
on December 25th, 2009 at 4:20 pm
apa kat ipp htr katun kt Gila-Gila.kot2 ada rezeki.siapa tau kn.klu tk dpt kolum tetap blh la masuk dlm lakar kelakar GG.bila dah kuar satu kali mesti bakat tu terasah sendiri sbb nak kuar lagi brkali2.kalau dah mantap insyaAllah mana tau big boss ambil jd kartunis tetap Gila-Gila.siapa tau kan.
jadi kepada smua peminat Gila-Gila hantar la katun banyak2 skng.tak gitu jon?
on December 26th, 2009 at 10:16 am
ontahla fauzi. kau keje sana full-time ke part-time?
on December 27th, 2009 at 12:18 am
aku slalu anggap keje aku full time wlupn cuma part time je.dlm senarai kartunis aku dh masuk jd tetap.apa pun aku brterima kasih dgn Jaafar Taib.
eh mn ko tau aku keje sana?
on December 27th, 2009 at 7:36 am
bukan semua org tau ke? sebetulnya, aku bukan nak jadi kartunis. kartun aku memang tak lawa. tak pernah lawa. aku nak menulis. ada satu cerita yang aku dah simpan dekat 10 tahun dah. tak pernah siap. bila bagi member baca pun, komennya kurang memberangsangkan. bila dah dikomen macam tu, baru perasan tulisan aku memang tak best pun. aku dah jadikan benda ni cita-cita. sayang jugak nak lepaskan. secara fulltimenya, kau keje apa?
on December 30th, 2009 at 1:58 am
aku keje melukis la.aku cadangkn ko hantar je cerita ko tu.kalau nak lebih ok ko g Gila-Gila jmpa big bos atau penulis kt sana.minta advise dia.
on December 30th, 2009 at 7:08 am
bagus atau tidak sebuah karya bkn dinilai secara logik.tapi abstrak.seni itu indah.mcm karya picasso.lukisan dia simple je.tp yg buta seni akan kata ‘apa dia lukis ni?’ ‘mcm ni aku pn blh buat’ ‘cincai je.ntah apa2′ dll.tapi klu dilihat dr sudut seni itu sendiri picasso adalh pngasas aliran kubisme.dan apa yg menakjubkn karya dia adalah masterpiece.hebat kn.
aku belajar sejarah seni buat aku kagum dgn semangat dorg.yg penting semangat dan percaya diri.
kalau nk cerita pasal tulisan, aku syor ko bc novel laskar pelangi.bahasany cantik, gayany menarik, pendek kata mmg best.jln cerita bukan main hebat.antara novel kegemaran aku.ko cuba la.mngkn semangat akan meningkat. Insyaallah
on December 30th, 2009 at 7:45 am
thanks bro..
insyaallah kalau sampai seru nanti aku cuba tulis balik.
on December 30th, 2009 at 11:39 am
disebabkan ko dh tau aku keje kt Gila-Gila apa pendapat ko ttg hasil kerja aku?sejujurnya..
on December 31st, 2009 at 11:47 am
secara jujur….. nak komen yg jujur tu susah jugak sebenarnya. kalau nak yg tak jujur tu sonang ajo. tapi aku cuba la sejujur mungkin.
setakat ni, bagi aku karya kau masih besar jurangnya kalau nak dibandingkan dengan para otai yang dah establish. biasa la tu. mana ada org yang berjaya panjat gunung everest sebaik saja pandai jalan jatuh. idea kau menarik. aku suka. sengih sorang2 jugak bila baca. yang paling pentingnya, kisah yang kau ceritakan berpijak di bumi nyata. tak ada aksi kereta terbang terlanggar kura2 ke, bergaduh sampai pecah perut ke, kambing main bola dengan kucing ke atau yang sebagainya. kita lihat banyak aksi2 ekstrem macam tu digunakan sebagai bahan jenaka dalam pengkaryaan kartun terutamanya majalah A, B, C, D dan E (takleh sebut). dalam gila2 pun ada jugak sikit2 tapi tak seekstrem majalah lain. manakala kartun kau pulak, macam yang aku dah kata tadi, tak ada unsur ekstrem macam tu. semuanya tak pelik kalau betul2 berlaku di depan mata. bahasa yang kau guna, aku nak puji sikit. masih mempertahankan kedaulatan bahasa kita di kala penjajahan bahasa sedang melanda dan semakin menghuru-harakan kedaulatan bahasa yang sepatutnya kita sama-sama pertahankan. harap sangat semoga kau tak terpedaya untuk mengubah gaya bahasa dan mengikut arus songsang yang dibawa oleh penjajahan yang kononnya memodenkan bahasa. bangang!!
apa2 pun, good luck. semoga suatu hari kau berjaya dengan perjuangan kau. kalau ada rezki, insyaallah suatu masa nanti sampai la giliran kau pulak untuk baca karya aku.. semoga……
on December 31st, 2009 at 8:17 pm
ipp ko ada blog kn?aku tgk nama ko CIKGUIPP.ko nk cikgu ke?sekolah mana?msti ajar seni ni kn?tk pun BM.
on January 1st, 2010 at 9:51 am
maksud aku ko ni cikgu ke?sekolah mn?
aku tau ko mampu nye hasilkan karya yang brmutu.tak cuba mana tau kn.
on January 1st, 2010 at 9:55 am
iyo.. cikgu. sekolah kek jb. asal n9. insyaallah den cubo jugak la buek balik. konon dulu nak ikut stail matt romeo. tulih cerito yg hero’eh takdo namo. cumo bahaso’an diri sendiri “aku”. sampai habih tak tau namo hero. payah nak buek cerito camtu. matt romeo yo yg tera. jadi den ghaso nak ubah jadi den bercerito pasal org lain. paham tak maksud den ni? hero tu org lain, bukan “aku”. jadi, kono start balik dari mulo. tu yang lomah tu. blog tu sajo2 yo den buek. hahaha… org memasak sobab nak masakan dio dimakan. samo la jugak org menulih, nak’an tulisan dio dibaco. kut ado org nak baco blog den tu, buleh yo den sambung. kut tak, biar la deh berkubur kek situ.
on January 1st, 2010 at 4:04 pm
err… den opsyen math. lupo lak nak koba’an.
on January 1st, 2010 at 4:10 pm
selamat sejahtera ciguuu
on January 1st, 2010 at 4:55 pm
aku pinjam broadband kawan. dia balik kampung hari tu. ni dia baru balik jb ni. lepas ni kena la pulangkan balik. jadi, entah bila la aku dapat jenguk kampung ni lagi. tu je nak bagitau. nanti kau tengok aku takda, kau pelik pulak. babai utk sementara…
on January 1st, 2010 at 10:12 pm
kesian lak aku.ye la kan budak dh masuk sekolah.cikgu2 pun balik dr kampung.nak meeting lg apa lg.aku faham.sok2 ko pinjam lak pengetua nye.eh kt sek ko tkd wifi ke?ko minta pengetua ko pasang la.buleh singgah sini time kena relief kelas nanti.
on January 1st, 2010 at 10:56 pm
hahahaaa… sekali sekala aku pinjam jugak broadband kawan. sekolah takda wifi. nak langgan broadband sendiri rasa macam tak berbaloi je. tak berapa nak guna sgt. bila nak guna, pinjam kawan je, macam skrg ni.
on January 10th, 2010 at 1:54 am
ok la tu.apa kata ko jumpa pengetua suh dia pasang wifi.tk pn ko lantik diri jadi guru IT.pastu ko apply la wifi.
IPP dh beli GILA-GILA br ke?amacam?
on January 10th, 2010 at 3:21 pm
lamo tak lepak kek sini…
on January 12th, 2010 at 12:20 pm
agfauzi dengan ipp aje ke yang chat kat sini?
on January 13th, 2010 at 10:43 am
dah takde org nak chat.jemput la semua2.ajak ketua daerah dan wakil rakyat sekali.dua tiga kali pn boleh
on January 13th, 2010 at 8:20 pm
eden nak lepak kat sini, tapi maso tak mengizinkan… lagi pun tuk ketuo kampung ni tah kek mano tah…
on January 13th, 2010 at 9:22 pm
ketua ada tu tgh memerhatikan semua
on January 14th, 2010 at 10:55 pm
okay… straight to the point…
i’m good at melukis2 ni, anime style… i’m a full-time student…
with all the on-call and all (teka student apa?) so mmg busy…
tp nk cari duit lebih cket kn (bayar duit kereta), n the best way of sharing ideas nowadays (& fastest gk) i think is by online kn… so i need help!!!
camne nk cari kerja part-time/freelancer melukis kartun (online job la), & tak terikat dgn mana2 company p0n & dpt duit? how3??? thnx
on January 17th, 2010 at 11:24 pm
aku rasa kalau kau lukis style anime kau dah salah masuk blog le kot.pasal sini memperjuangkan katun malaysia.hidup GILA-GILA
on January 18th, 2010 at 12:06 am
en agfauzi…i ada hak masuk mana2 blog yang tidak melarang i masuk.
the main point here ~ NAK CARI PART-TIME JOB ONLINE….
bagus la nk perjuangkan kartun Malaysia, i sokong gak…tolong faham, my hand bole lukis styles camtu (nak buat camne, patahkan tgn tu???)including your GILA-GILA style gak i can lukis gak…
again, i’m askin regarding part-time job online 2 babe, taknak tolong rakyat Malaysia ni sudah…
trimaseh ~~~
on January 18th, 2010 at 12:49 am
sapa kata tk boleh masuk?anda bebas masuk.cuma klu style anime tu mngkn ada blog lain yg sesuai.bkn tk nk tlg.jgn mrh
on January 18th, 2010 at 9:36 am
eh apa ci banyak da……jonjenin ,I’ll join you…..
KEMBALI KAN JIBAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!
on January 21st, 2010 at 2:05 pm
rindu kt jibam
on January 22nd, 2010 at 10:19 am
assalamualaikum…
kita rindu dan minta dikembalikan barang yang pernah jadi milik kita atau sekurang-kurangnya benda yang pernah menghiasi hidup kita suatu hari.jibam ni…aku rasa jibam yang kita rindukan dan minta dikembalikan ini cumalah satu khabar angin, sangat mengasyikkan bila ia menyapu muka. kita diberitakan akan kehadiranya dalam masa terdekat sejak sekian lama. dah sampai masa jauh dah pun, tapi ia tak sampai-sampai juga. sama macam diberitakan “sebuah ufo dari planet naboo akan mendarat di bumi”. tunggu punya tunggu tak turun2 jugak. langsung tak tahu apa akan jadi. jadi ke tak jadi singgah kat bumi??? tunggu ufo tak sama dgn tunggu durian. durian ada atas pokok. walau lambat macam mana pun dia gugur, sekurang2nya masih boleh nampak dari bawah.
jadi, sapa2 yang tahu pasal apa nasibnya ‘ufo yang digembar-gemburkan akan mendarat kat bumi’ tu, tolonglah bagitau kami. kalau sah tak jadi mendarat, tak perlulah kami tertunggu2 dan terindu2 lagi…
on January 25th, 2010 at 11:23 am
ufo planet mana pulak ni ipp?
on January 26th, 2010 at 9:16 pm
hahaha…saje je aku bayangkan khabar pasal pembikinan filem jibam tu sebagai perkhabaran pendaratan ufo yg entah jadi, entah tidak.
on January 28th, 2010 at 2:27 am
i like jibam..i like i like….Novel terbaik yg sy pernah baca..teruskn menulis cerita2 mcm ni. sgt berkualiti.=)
on January 28th, 2010 at 10:32 am
windu btol dgn Jibam. kalau buat Animasi mcm upin ipin pn best sbb kita blh creat watak jibam btol2 dlm film animasi tu. kalau nk buat film..mna nk cari plakon yg btol2 mcm Jibam ah?hmmm sape yg layak. mcm xde je. kalau buat animasi cm upin ipin kn best.
on January 28th, 2010 at 4:03 pm
ala.. kalau betul nak buat, semua tu boleh setel la. cuma persoalan nak atau taknak, ada modal atau takda modal dan ada penaja atau takda penaja je. tapi dalam jibam, aku paling minat watak kadir. kalau la ada orang nak ofer aku berlakon cerita tu, aku nak sangat pegang watak kadir. kurang ajar tapi berada di pihak yang benar..
on January 29th, 2010 at 1:33 am
ANAK SUMAN…
JIBAMM JIBAMMM..
DENGAR LAH LAGUUUU..
JIBAM JIBAM…
AKU NYANYIKAN…HANYA UNTUK MUUUUUU
KU PINTA SUPAYA KAMUUU…
KEMBALI SEPERTI DULUUUUUUUUUUUUU….
Layan karaoke la pulak hehehe
on January 29th, 2010 at 1:36 am
sekali lagi aku nak join jonjenin…..
JIBAM JIBAMM
JIBAM JIBAMM
JIBAM JIBAMM
JIBAM JIBAMM
JIBAM JIBAMM
JIBAMMMMMMMMMMMMMMMMMM….
on January 29th, 2010 at 11:11 am
oh jibam jibam.satu kali lageiii
terima kasehhh
on January 29th, 2010 at 11:34 am
UFO!!!
UFO!!!
UFO!!!
UFO!!!
on January 29th, 2010 at 2:15 pm
aku nak tanya adeke usop sontorian 2 yang akan diterbitkan hasil ujang sendiri?
on January 29th, 2010 at 11:11 pm
kampung belulang dh mula semak samun. 4zee ngan ipp ni rajin mnonggok kek kampung tapi malas nk menebas agak eh..hehe
JIBAM …JIBAMM….
ghamai yang dh berpindah. sejak tok ketua kene kidnap ngan mahluk pesbuk. hehehe
on January 30th, 2010 at 12:31 pm
ACA DAN ATUK : DRAMA KOMEDI MENCUIT HATI HIBURAN MALAM SELASA DI TV2
Malam Selasa anda pastinya lebih bermakna kerana bagi anda yang ternanti-nantikan drama rantaian yang mengangkat kisah komedi dengan dibintangi pelakon-pelakon yang sememangnya terkenal dengan aksi mencuit hati, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan drama bertajuk Aca dan Atuk disiarkan setiap Selasa, jam 8.30 malam di TV2 mulai Disember lalu.
Menariknya drama bersiri 13 episod arahan Kamaruldin Hassan ini mengisahkan kehidupan dua beradik, Ujang (Chomatt Samad) dan Aca (Tie) yang tinggal bersama datuk mereka (Hamid Gurkha) setelah kematian kedua ibu bapa. Mereka juga mempunyai kakak yang dipanggil Kak Wok yang telah berkahwin dan menetap di ibu kota.
Kisah mereka bermula ketika Aca diserang demam panas hingga menyebabkan dia hilang akal. Keadaan Aca yang sebegitu telah mendatangkan masalah kepada Ujang dan Atuk, kerana tingkah laku Aca sering menjadi bahan kemarahan orang kampung. Selain itu Aca juga sering dibuli oleh penduduk kampung, disebabkan itu Ujang bertindak untuk mempertahankan adiknya sehingga menimbulkan pergaduhan.
Perkara ini amat tidak disenangi oleh orang kampung dan akhirnya Ujang mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
Di sana Ujang sentiasa bersama rakannya Joe, dan dia menginap di rumah Kak Wok. Pelbagai kejadian dan dugaan yang telah diharungi oleh Ujang sepanjang dia berada di KL. Ujang kembali ke kampung untuk meneruskan kehidupannya kerana hanya di kampung tempat yang paling sesuai dengannya.
Sekali lagi Ujang ditimpa musibah apabila dia telah ditangkap bersama Aca kerana disyaki menagih dadah. Kakak mereka , Kak Wok tidak mahu membantu atas sebab yang lepas apabila Ujang menginap di rumahnya dahulu. Ujang dan Aca akhirnya dilepaskan kerana tidak bersalah.
Sekembali mereka ke kampong Atuk, Aca dan Ujang meneruskan usaha untuk berniaga ayam. Namun berjayakah usaha mereka dan bagaimana pula penerimaan orang kampung terhadap atuk dan dua orang cucunya itu?
Drama terbitan Unit Drama TV RTM ini turut mengetengahkan lakonan bersahaja Hamidah Wahab, Anne Ngasri, Abu Bakar Juah dan Fadilah Mansor.
on January 30th, 2010 at 12:36 pm
DRAMA BERSIRI KOMEDI AKU BUDAK MINANG GANTIKAN MASAK LOMAK CILI API DI TV2
Kelainan ditonjolkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menyiarkan drama loghat Negeri Sembilan, Masak Lomak Cili Api yang baru berakhir siarannya nyata mendapat reaksi positif penonton yang rata-ratanya tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap episod drama menarik itu. Berkenalan dengan watak-watak yang masih mengekalkan loghat Negeri Sembilan itu seolah-oleh membawa penonton lebih mendalami dan berkenalan dengan masyarakat yang sebahagian besarnya masih mengamalkan Adat Pepatih itu.
Begitu pun segalanya tidak terhenti di situ apabila mulai 6 Oktober 2009 lalu RTM menghidangkan pula drama bersiri Aku Budak Minang setiap hari Selasa, jam 8.30 malam di TV2 yang pastinya mampu menarik hati golongan penonton dengan jalan cerita yang menarik di samping kemunculan pelakon Along (Raja Lawak), Rosman Roslan, Baharudin Hj. Omar, Zila (AF), Maimunah Hj. Ahmad, Enot, Zulkiflie M.Osman dan Maimun Mutalib membawakan watak berkesan masing-masing.
Menemui penonton sepanjang 13 episod siarannya, Aku Budak Minang megetengahkan watak Ujang yang memegang amanah arwah ibunya untuk menjaga adiknya, Aca. Ujang remaja yang nakal, tidak suka di kongkong dan merasakan dirinya tidak disayangi oleh keluarganya terutama ibunya, selepas kelahiran adik bongsunya yang telah berusia 11 tahun itu.
Sebelum ibu dan ayahnya meninggal, ibu mereka sempat berpesan supaya Ujang menjaga adiknya dan tidak menyerahkan Aca kepada kakak-kakaknya ataupun kepada orang lain biar bagaimana pun keadaan adiknya.
Namun ketua kampung menyarankan supaya Aca dihantar ke rumah Kanak-Kanak Sinar Harapan untuk pembelajaran dan demi masa depannya kelak. Walaupun mulanya Ujang bersetuju tetapi demi mengenangkan amanat ibunya, Ujang menjadi serba salah. Ujang tidak sampai hati menyerahkan Aca ke sekolah tersebut walaupun disebabkan Aca Ujang sering kali menjadi mangsa rotan dan maki hamun ketika ibunya masih hidup.
Malah Ujang pernah merasakan Acalah yang telah merampas semua kasih sayang keluarga terhadapnya. Aca telah menjadikan Ujang liar, bergaul dengan budak-budak jalanan demi untuk mencari ketenangan yang telah Aca rampas darinya. Bagi Ujang Aca adalah pemusnah hidupnya, kelahiran Aca merampas segala-galanya.
Namun jauh disebalik dendam pada Aca ada rasa simpati dan sayang yang mendalam terhadap Aca menyebabkan Ujang tidak sanggup untuk menyerahkan Aca ke sekolah tersebut.
Namun kemudianya Ujang sedar, apa yang atuk dan ketua kampung cuba lakukan adalah yang terbaik untuk masa depan Aca, mereka perlu berkorban untuk kebaikan Aca, dan Ujang terpaksa melepaskan Aca ke sekolah sinar harapan.
Lalu apakah keputusan yang diambil oleh Ujang? Sanggupkah dia mengambil keputusan terbaik demi masa depan mereka bersama? Justeru usah ketinggalan menyaksikan drama menarik Aku Budak Minang setiap hari Selasa, jam 8.30 malam di TV2.
on January 30th, 2010 at 12:38 pm
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI….
Senario dunia kartun di Malaysia mengikut pandangan Ujang?
Saya berharap yang kerajaan terus menyokong program penggiat seni dalam dunia kartun di Malaysia. Usaha kerajaan melalui program Sekolah Seni contohnya sangat bagus untuk melahirkan generasi baru yang mampu menghangatkan dunia kartun di negara ini.
Mampukah pelukis kartun di Malaysia menjadi kaya?
Saya mengumpul RM1 juta pertama ketika berusia 30 tahun sebelum timbul masalah membabitkan hak penerbitan watak Ujang… Minat dan bakat harus seiring untuk serius dalam dunia kartun.
Terangkan prinsip hidup Ujang?
Saya tidak pula mempunyai prinsip tertentu. Bagi saya cukup mudah, buat kerja dan melukis.
Sampai bila mahu berkarya?
Selagi terdaya dan tangan ini masih lagi boleh melukis, selagi itulah saya akan terus berkarya. Saya tidak melihatnya sebagai suatu masalah kerana saya sendiri pernah bertemu dengan seorang pelukis dari Jepun yang sudah berusia lebih 70-an tetapi masih gagah untuk melukis. Dia sendiri terkejut kerana saya mempunyai lima buku skrip kartun yang baginya sesuatu yang luar biasa.
Tidakkah mahu membentuk karektor baru untuk disesuaikan dengan persekitaran kini?
Karektor baru tidak semestinya mampu membangkitkan suasana baru tetapi watak sedia ada itu sendiri boleh disesuaikan dengan perkembangan semasa seperti permainan video PS2 dan peralatan teknologi maklumat (IT) yang boleh mendampingi watak atau karektor kartun. Bagi saya, penting untuk mengekalkan watak sedia ada yang semestinya evergreen tetapi disesuaikan dengan persekitaran semasa.
Bagaimana dengan dunia animasi pula?
Projek animasi Usop Sontorian pernah cuba untuk disiarkan tetapi atas sebab tertentu projek itu tidak dapat direalisasikan. Bayangkan ketika itu ada 100 pelukis animasi dan akhirnya terpaksa dibubarkan kerana kekurangan sumber kewangan. Tetapi, hari ini perkembangannya jauh lebih baik dan saya sendiri dapat merasakan kehangatannya.
Adakah anak-anak mengikut jejak bakat Ujang dalam dunia kartun ini?
Setakat ini anak sulung saya, Mohd Syafiq mengikuti jurusan animasi di Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) dan muncul pelajar terbaik dalam bidang itu.
Harapan Ujang dalam dunia kartun?
Selama lebih 25 tahun dalam bidang ini, adalah menjadi harapan saya untuk membantu generasi muda yang minat dalam dunia kartun dan memastikan mereka meneruskan kesinambungan ini.
Inilah yang menjadi keutamaan saya selain memastikan dunia seni ini tidak terpinggir daripada kehangatan dunia hiburan. Memang kesal juga apabila bidang seni lukis ini seolah-olah terpinggir serta tidak diberi perhatian.
on January 30th, 2010 at 12:42 pm
bukan malas nk menebas.sibuk la ni melukis.
on January 31st, 2010 at 11:05 am
ASSALAMUALIKUM WAHAI WARGA BELULANG.
BONDA TOK KETUA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PETANG TD.
AL- FATIHAH…SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN. AMIN…
on February 2nd, 2010 at 1:15 am
assalamualaikum…sy nie salah seorg peminat ujang sejak dr skolah rendah lg..masa ujang kuarkn majalah ujang dl sy br form1..mana nk dapatkn koleksi AKU BUDAK MINANG tu ek..sebab pe yg ditulis dlm tu 70% terjadi pd sy..tu yg sgt2 meninggalkn kesan dlm hidup sy tu…tolong lar bgtau camner nk dapatkn nye lg….
on February 4th, 2010 at 2:03 am
eddie kalau nak beli koleksi AKU BUDAK MINANG blh beli online, melalui pos, melanggan atau terus beli kt majalah GILA-GILA.kalau nak diskaun skit beli kt GG promosi kt maju juntion, carefour wangsa maju, giant batu caves atau terus direct melalui GILA-GILA kt bangsar.
on February 4th, 2010 at 10:24 am
Innalillahiwainnailahirojiun…. . moga roh arwah dicucuri rahmat…Al-Fatihah.
Takziah untuk tok ketua
on February 4th, 2010 at 12:25 pm
Takziah…
on February 5th, 2010 at 10:05 am
maju juntion??bila tu??yg beli online tu camner ek??dah try masuk tp tau lar caranye…
on February 6th, 2010 at 3:39 am
silap tulis td..tak tau caranye beli online…klu de buat promotion area kl nie ok gak klu gi…
on February 6th, 2010 at 3:41 am
kt maju junction skng ni tgh on la.g la usha tgk
on February 6th, 2010 at 9:48 am
tu la korang… dulu dah den kobakan, time ada promosi abihkan stok gilo-gilo akhir tahun ekau tak nak poie… den ado tigo buku “aku budak minang” yang mulo-mulo abah den yang bolikan maso den sekolah, yang keduo abang den, yang ketigo den boli tahun lopeh kek wangso maju
on February 7th, 2010 at 12:37 am
pak musang afsal ko tak boli lapan blas, ABM dah ulang cetak lapan kali dah…..dgn versi cover yang berbeza….beli lah suma cover buat koleksyion…..
kalu korang nak cari buku ABM kat Giant Shah Alam ado promotion Creative Enterprise berdepan dgn Pos Malaysia, harga bermula dari 2 hinggit jer….
on February 8th, 2010 at 5:14 pm
buek apo banyak-banyak juling mato den baco nanti… mato pun dah tak berapo nampak dah ni…
on February 8th, 2010 at 9:37 pm
jangan lupa pesta buku antarabangsa pd 19 mac hingga 28 mac di PWTC.nantikan kemunculan GILA-GILA..boleh la kumpul duit dr sekarang klu nk beli koleksi GILA-GILA.nk best lg boleh la ambil cuti masa tu.sama2 kita meramaikan booth GILA-GILA nti
on February 9th, 2010 at 9:47 pm
yo lah nanti eden poi pesta buku ……
ni dah masuk 83 komen dah ni …..kita tunggu sampai 1000 kot baru Tok balik dari uuuutaaannn……
on February 10th, 2010 at 3:50 pm
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..adoi… ponat eden taip hari ni…..
on February 24th, 2010 at 9:24 am
mano la tuk ketuo ni yo….?
on February 26th, 2010 at 9:59 pm
kito ni tatamu. asik datang rumah org yg tuan ghumah eh tak tunjuk muko. lamo2 sogan jugak jadi eh. aduhai tuan ghumah, balik la ke kampung dogheh. sudah2 la memancing tu. sumo org kek sini ghindu amek kek tuan… takdo makno ado kampung kalau ketuo kampung eh takdo. kut takdo jugak dalam seminggu duo ni, apo kato kito lantik ketuo kampung baru?
on February 26th, 2010 at 10:45 pm
Mana Pegi Tok nie senyap je?
on March 5th, 2010 at 3:12 pm
Assalamualaikummmm…yuhuuuuuu.ada orang ke niiiiii???
on March 10th, 2010 at 5:08 pm
eh… berapa lama da masuk utan??????
on March 10th, 2010 at 5:35 pm
waalaikumussalam tok…
on March 11th, 2010 at 12:30 pm
lamo den tak lepak kek sini…
on March 15th, 2010 at 12:01 am
mano tok ketuo td??td nmpk dh tibo2 ilang pulak…susah betul klu org byk ilmu nie..cepat jer ilang,….
on March 16th, 2010 at 12:13 am
…..jangan bagi tempat ni kosong….nanti berantu pulak!!!
on March 17th, 2010 at 10:19 pm
eh.. eden ado…
on March 17th, 2010 at 10:22 pm