About Jibam
JIBAM TIDAK PERNAH MENYESALI NASIB. JIBAM JUGA TIDAK PERNAH MEMPERSOALKAN TAKDIR . BIAR SEPANJANG HAYAT AKAN DI SULAM AIR MATA DARAH, NAMUN SEKALI PUN JIBAM TIDAK AKAN PERNAH MENYESAL KERANA DIA ADALAH WIRA DI MEDAN DERITA. CUMA KADANGKALA KEHADIRAN JIBAM MENGGANGGU DAN MENGETUK PINTU KEROHANIAN .MEMBAWA BAHASA-BAHASA TUHAN UNTUK MEREKA YANG LALAI DARI TAFSIR HARFIAH KITAB-KITAB SUCI. MAKA PERTEMPURAN NAFSU MENJADI BERTAMBAH SENGIT HINGGA MENGORBANKAN SUMAN SI SUFI YANG TERSEMBUNYI. NAMUN SIAPA JUA YANG KASIH KEPADA JIBAM AKAN MENEMUI RAHSIANYA…KERANA JIBAM BERSUARA DI DALAM ASYIKNYA -`KALAU KAU MENJADI AKU. AKU YAKIN KAU MENGERTI.`
Salam sejahtera untuk seluruh makhluk yang bernyawa di alam maya pada ini baik yang kelihatan mau pun yang tidak dapat di kesan dengan mata kasar~Apa nak cakap pun tatau pasal semalam si `k` siap kan blog dan pagi ini dah stat tulis.Ini memang termasuk dalam kategori kerja-kerja gila babas yang memang saya suka lakukan semenjak azali.Kalau sahabat-sahabat sekalian pernah membaca buku koleksi AKU BUDAK MINANG(terbitan CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD)..pastinya dapat melihat beberapa babak adegan terlampau yang saya lalui dalam menjalani kehidupan ini seperti lari dari kampung,bergaduh,main motor,merempit,geng dengan budak-budak dadah dan pelbagai pengalaman yang penuh `action thriller ` .Sebenarnya itu adalah pengalaman semua orang.Pengalaman saya,anda,adik beradik anda,jiran tetangga malah ketua kampung anda sekali pun pasti merasakan sekurang-kurangnya satu dari babak kehidupan remaja yang penuh ke strebentuenan itu.(dah gerenti la tu…takkan ketua kampung tu lahir-lahir jer terus tua dan jadi ketua kampung) -Amat payah untuk saya bercerita jika anda belum mengetahui kisah awalnya..kerana JIBAM ini ada lah cerita penghujungnya.Untuk itu…supaya lebih memahami saya menasihatkan anda mendapatkan buku koleksi AKU BUDAK MINANG dan novel JIBAM yang akan di filem kan itu sebelum kita meneruskan cerita kehidupan kita ini.(p/s-Ini sebahagian strategi pemasaran yang di ajarkan oleh Lobai_Sahak kepada saya beberapa tahun yang lalu)





