HARI KELUARGA MAJALAH GILA-GILA

Posted in Buletin by Ujang on the April 25th, 2008
  • TARIKH : 11 MEI 2008
  • HARI : AHAD WAKTU : 8 AM - 6PM
  • LOKASI : KOLAM MEMANCING TANGGUK-TANGGUK,SEMENYIH (BERHAMPIRAN AIR TERJUN SUNGAI GABAI)

Gathering ahli kariah kampung belulang, lubuk.Net dan family dan kakitangan creative enterprise sdn.Bhd (majalah gila-gila)-pelbagai acara telah di ejas termasuk gerai jualan, lukisan karikatur, pertandingan memancing sesama kita dan aktiviti rekreasi untuk semua. Ahli keluarga jibam.cesb.net.my di jemput hadir dan sila bawak anak-anak dan kengkawan anda untuk memeriahkan suasana. Peta lokasi akan di up- load dalam waktu terdekat. Sila catatkan nama anda yang akan hadir untuk pendaftaran dan pemberian kad ahli gila-gila secara percuma. Sebarang pertanyaan sila e-mail malimpelita@hotmail.com

BENGKEL HAKCIPTA PELUKIS

Posted in Buletin by Ujang on the April 11th, 2008

TARIKH : 12 HB APRIL 2008. TEMPAT : Dewan Kedah ,Ground floor ,PWTC. ANJURAN : PEKOMIK (Persatuan Pelukis komik Malaysia) HARI: SABTU . WAKTU : JAM 10 PAGI.
Makan dan minum di sediakan.Semua di jemput hadir tidak kira anda seorang pelukis,peminat,pemuzik,tukang kayu,nelayan,ahli politik,tokey garam,Penyanyi piring hitam,bomoh,ahli sihir,guru silat,kerani di pejabat tanah atau apa saja.Peluang ini terbuka dan di sampaikan oleh penceramah yang bertauliah dan memahami apa yang akan di sebutkan secara lisan melalui pembesar suara.Di harapkan usaha-usaha ini akan mendidik khalayak memahami apadia HAKMILIK KARYA INTELEK serta memahami kepentingannya demi mengujudkan kelompok masyarakat yang bertamaddun dan berilmu serta tidak terlibat dalam agenda pengkelepetan yang boleh membawa kita ke neraka.Pecah kaca pecah balang,sudah baca harap datang.

BEST BETUL lah MACAM TU

Posted in Buletin by Ujang on the March 23rd, 2008

Bebaru ni saya balik kampung menziarahi bonda tercinta yang kurang sehat.Dia tinggal sorang-sorang di rumah pusaka peninggalan nenek di kampung (Sila rujuk koleksi AKU BUDAK MINANG untuk melihat rupa rumah pusaka tersebut-iklan promosi).Simpan dulu pertanyaan-pertanyaan yang berthemakan dewa kebaikkan(pinjam ayat hafiz) seperti `kenapa tak ajak dia duduk KL atau kenapa biarkan dia duduk sorang-sorang di kampung atau siapa yang tolong dia buat kerja-kerja rumah …kerana persoalan itu akan di jawab pada hari yang lain.Apa yang lebih utama ingin saya ceritakan disini ialah jika di renungkan HAL ini akan membawa kepada persoalan yang amat dalam dan huraiannya hanya boleh di terjemahkan melalui peti undi.Kembali kepada sebermulanya kisah-Saya duduk-duduk minum kopi sambil membelek minit mesyuarat pertubuhan peladang yang tebalnya lebih sepuluh mukasurat.Setelah habis membelek kesemua mukasurat..saya bertanya kepada bonda saya yang telah berumur lebih 70 tahun.`Mak pergi ke mesyuarat agung pertubuhan peladang ni?` `Pergi…dapat elaun rm15 hengget`jawabnya sambil tersenyum ikhlas.`Berapa yuran tahunan tu?` `seratus ringgit je`jawab bonda sambil mukanya berkerut kehairanan dengan soalan tersebut.`Berapa kali mesyuarat agung tu?`tanya saya lagi ` setahun sekali`.Tapi setiap kali mesyuarat diaorang bagi elaun rm15 ringgit pada siapa yang hadir ` sambung bonda lagi.`Apa kemudahan yang di tawarkan?` `Kalau kita nak buat sawah…pertubuhan akan bagi bantuan tolong bajak sawah percuma untuk ahli“00000….saya mengangguk-angguk kepala dan mencongak-congak kalau tak silap sudah lebih 5 tahun bonda tidak mengerjakan sawah setelah ayahnda meninggal.Saya hanya terfikir ada berapa ramaikah orang tua seperti bonda yang menjadi ahli pertubuhan peladang yang membayar rm100 yuran setiap tahun dan menerima elaun rm15 apabila menghadiri mesyuarat agung yang juga di adakan setahun sekali.Maka belen rm85 ringgit tersebut jika di darab kepada seratus ribu orang dan di darab juga ke beberapa tahun tentu menghasilkan jumlah yang banyak.

Pesta Buku Antarabangsa 2008

Posted in Buletin by K' - Administrator on the March 7th, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali Lagi!!! Dan seperti biasa, rugi kalau x datang dan singgah ke gerai CESB!! Inilah masanya untuk berjumpa dan beramah mesra dengan warga CESB baik kartunis, novelis, ilustrator mahupun editor kami. Apakah yang istimewa menanti anda tahun ini?

  1. Diskaun hebat setanding dengan pesta buku yang sebelumnya.
  2. Kemunculan semula Imuda dengan koleksi Imuda vs Yushimura yang baru!
  3. Kompilasi IBC(Inteligent Blues Club) oleh tok ketua kita, Ujang.
  4. Dan banyak lagi!!!!
  • Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur Tun Razak Hall 3, (3111-3114, 3221-3224)
  • Tarikh: 4 April - 13 April 2008
  • Masa: (Isnin ~ Khamis) 10 am - 7pm
  • (Sabtu ~ Ahad) 10am - 9pm

Flyers, peta dan mockup cover IBC:

(Kulit IBC masih belum final, produk akhir mungkin berlainan rupa)

klibf-ads.jpgpetaklibf.jpgibc.jpg

KAU ORANG PERNAH TERFIKIR TAK?

Posted in Buletin by Ujang on the February 25th, 2008

Memula kita bangun tido..pastu mandi,gosok gigi,pakai baju seluar,skirt ke,blouse ke,seluar panjang ke ..apa-apa aje lah pastu pegi kerja.Tengahari ,makan tengahari pastu minum petang dan balik.Malam pulak kebanyakkannya menyandar kat ruang tamu nengok tiwi berehat-rehat untuk melakukan balik perkara yang sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu selama bertahun-tahun.Kat celah-celah HAL yang rutin tu ada la sikit-sikit masalah kecik untuk di fikirkan dan di ladeni dengan baik..atau kadang-kadang juga berlaku hal-hal yang besar sehingga mampu mengalirkan adrenalin ke tahap kritikal..atau boleh jadi jadi juga hal-hal kecil yang di pandang besar..atau lebih bangsat lagi hal-hal kecil yang di perbesar-besarkan sehingga menutup penglihatan dan kewarasan terhadap hal-hal yang lebih besar.Kemudian dari itu pulak setiap hal yang datang tidaklah sekeping sahaja melainkan bersangkut-sangkutan lah pulak dia dengan hal-hal yang lain.Maka menjadi banyak hal lah yang nak kita fikirkan.Samada kita sedar atau tidak apa bila kita rajin mengutip hal-hal yang berlaku ini saban hari,maka penuh saratlah sel-sel otak kita menyimpan data-data hal tersebut di dalam memori sepanjang hidup kita.Kalau hal yang kita simpan itu terkandung memori indah atau kisah-kisah kelakar yang menghiburkan ati…tak apa lah jugak.Kerana mendatangkan kesihatan…tapi kalau hal-hal yang merusuhkan jiwa sehingga memudharatkan badan,mengeruhkan air muka dan memeningkan kepala..apa ke jadahnya ini semua.Dengan itu rehat-rehatkan minda anda dengan membaca sebuah lagi kompilasi kartun terbitan CESB-Siri produksi gila-gila dengan —IBC (iNTELIGENT BLUES CLUB) Hasil karya kartunis ujang.Akan terbit di pasaran bulan depan,insyaallah.

Le` Tour De` Langkawi

Posted in Buletin by Ujang on the February 5th, 2008

Saya selaku pemegang mohor besar Alam Strebentuen ingin memaklumkan anak animatot telah pun di lahirkan kedunia sekali gus menjadikan bilangan penduduk kampung belulang bertambah lagi sorang.Ingatlah anak ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkan nya…di harap animatot dapat melukis corak-corak tersebut dengan baik.Bravo Animatot.Maka untuk merai kan kejayaan animatot ini satu pogram Le` Tour De` Langkawi telah pun di susun bermula dari 8 feb hingga 17februari bermula di Alor setar,KEDAH dan berakhir di DATARAN MERDEKA.Pelbagai design T-Shirt Gila-Gila akan di jual pada hari tersebut beserta buku-buku koleksi kartun kartunis Ujang.Kepada sesiapa juga yang berminat dan juga sesiapa yang tidak berminat lansung,anda di jemput bersama-sama meramaikan majlis tersebut yang mana jadualnya akan di beri oleh Tetuan PELITA AYAM dalam waktu terdekat nanti.Akhir kata…Majulah sirap untuk negara.

PENGKELEPETAN PART (2)

Posted in Buletin by Ujang on the December 31st, 2007

Jam 5 petang lepak depan Stabak, langit sudah gelap.Poket makin rabak.Pukul 4.38 kat sini dah nak malam.cahaya lampu neon begemerlapan dan pelancong dari seluruh dunia berbagai bangsa mundar mandir di segenap pelusuk jalan dan lorong pada setiap masa dan saat seolah-olah setiap inci kota London ni harus di periksa dan setiap bangunan yang ada di sini harus di ambil gambarnya untuk di tunjukkan kepada orang kampung masing-masing apabila pulang nanti..Saya masih belum dapat mensetabilkan kepala otak.Rasa-rasanya `Jet-lag` ni akan berlarutan sampai lapan hari.Al maklum sejak sekian lama sudah di `setting ` dengan waktu malaysia.Helmy samad agaknya sudah bosan apabila saban hari saya bertanya jam dan waktu kat dia pasal saya memang tak suka pakai jam sejak darjah 3….sementara sebelum-sebelumnya pulak saya memang takde jam.Seperti biasa pagi semalam 6am sudah bangun walhal waktu subuh di kota London pukul lapan pagi.Kalo di malaysia kira bangun time sahur ler ni.Kemudian menjalankan tugasan-tugasan yang telah di rancang,menjelang lewat petang kami sudah keletihan kerana suhu yang rendah membuatkan perjalanan darah menjadi `slow` malah terasa begitu penat mengheret baju tebal dan `snow-cap` kehulu-kehilir.merimaskan,janggal dan terasa sangat kelakar.sesekali terasa macam badut sarkis je pakai baju berlapis-lapis serta kasut water proof yang besar gedabak konon untuk mengelakkan `reput-frost`..walhal dah 4 hari takde salji pun.Hasil dari pelbagai tindak balas dan kelewatan menyesuaikan diri tersebut kami menjadi terlalu penat dan terjadilah pelbagai adegan-adegan kelakar yang pastinya akan saya muatkan dalam buku koleksi kartun saya yang terbaru nanti.Antaranya peristiwa di kelepet lagi dan di kejar peminta sedekah dengan kereta sorong sehingga saya berlari seperti orang gila di tengah kota London.Sehingga pagi ini saya masih tersengih seorang diri dan terbayang betapa seksanya paru-paru mengepam oksigen di dalam suhu bawah daripada 1 celcius.

MOHON DIRI SEKETIKA

Posted in Buletin by Ujang on the December 27th, 2007

Pagi ini hari khamis bersamaan 27 hb december 2007-saya on line dari KLIA ,jap lagik jam 11.30 saya akan berangkat ke uk membawa koleksi AKU BUDAK MINANG,ATUK DAN ACA,JUNGLE JOKES,MAJALAH GILA-GILA dan yang paling penting JIBAM atas satu tujuan meneroka pasaran luar di samping memperkenalkan kartun malaysia kepada penerbit-penerbit di London.Penduduk-penduduk kampung belulang semua doakan lah kejayaan saya dan sepeninggalan saya ini di harap semua jangan lah lupa makan ubat.wassalam.Adios askerplentes mofulendes.

BENGKEL MELUKIS KARTUN

Posted in Buletin by Ujang on the December 5th, 2007

TARIKH : 6 DECEMBER 2007 (KHAMIS) TEMPAT : DEWAN RAKAN MUDA,KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN. WAKTU : JAM 8.30 AM - 12.30 AM. Satu bengkel melukis akan di adakan khusus untuk belia rakan muda di negeri sembilan untuk memberi peluang kepada peminat seni kartun dan humor tempatan berinteraksi serta mendalami pelbagai aspek berkaitan dengan teknik melukis yang betul,penulisan dialog kreatif dan pembinaan watak serta teknik menggarap idea.Bengkel akan di kendalikan oleh kartunis UJANG selama setengah hari dan di sertai oleh 300 orang belia dari seluruh negeri sembilan.Namun kepada Semua makhluk yang bernyawa di dalam alam maya ini samada yang ghaib mau pun nyata…sekiranya sudi dan berminat..anda juga di jemput hadir.

Gambar Majlis Berbuka Puasa Kampung Belulang 2007

Posted in Buletin by K' - Administrator on the October 10th, 2007

post.jpg

Pada 4 Oktober 2007, penduduk kampung belulang telah mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa. Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis tersebut. Sukacita dimaklumkan, gambar-gambar yang diambil oleh saudara PelitaAyam telah di’upload’ pada galeri jibam. Kepada sesiapa yang ada gambar sendiri yang ingin dikongsi di galeri, hantarkan emel ke tenukes(at)cesb.net.my tenukes(at)gmail.com.

Senarai peserta(sila tinggalkan komen kalau ada yang tercicir):

  • Ujang - Tok Ketua
  • Hafiz
  • Suhaimi
  • Mofudume
  • Muni
  • Sumi
  • Kiambang
  • Kumbang
  • Pelita Ayam
  • Kak Yong
  • Kak Echah
  • Zul
  • Tidin
  • CT
  • Naim
  • Ono
  • Mat
  • Awe
  • Wak

[Galeri Kampung Belulang]

Penambahan Gambar:

Next Page »