KESINAMBUNGAN

Posted in Drama by Ujang on the August 16th, 2007

Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.

OPERASI KERBAU

Posted in Drama by Ujang on the June 4th, 2007

Mak Itam pegang penyapu lidi.Ghani Komando berdiri dengan mata merah bernyala-nyala sambil memegang parang tapik.Di belakang nya beberapa orang balaci yang rata-rata bermuka bengis macam tasmanian devil itu juga memegang sabit dan cangkul ala-ala samseng dalam  cerita tamil. `Banyak kerja lain aku boleh buat ghani selain dari mencuri kerbau kau tu` pekik Mak Itam dari dalam kedai. Beberapa orang penduduk belulang yang sedang bersarapan pagi tadi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja ternampak rombongan Ghani Komando yang datang dengan kapcai buruk.Mereka sudah menyangka sesuatu yang kurang best akan berlaku apabila salam yang di beri di jawab oleh Ghani dalam bahasa inggeris. `Ala..kau jangan nak buat `stand-up comedy` la Mak Itam..kau jangan ingat aku tak tau mission impossible laki kau,dengan ucu,dengan Lebai Dolah dan karim nak mengorbankan kerbau aku tuh` Jerkah Ghani sambil mengunyah karipap sejuk yang di ambil bawah tudung saji . `Aku tak tau laaaa…cuma dia cakap kat aku nak ke hutan dalam 4-5 hari memburu seladang…itu jer information yang aku dapat..lain dari itu aku tak tahu menahu`. `Kalau betul memburu seladang..mana seladangnya..manaaaa..manaaaa???` Soal Ghani bertalu-talu.`Seladang apa nya Ghani….lebih seminggu dah ni tak balik-balik`. Ghani komando terkesima.Balaci-balaci harapan kampung sebelah pun turut ternganga. Rasa menyesal dalam hati masing-masing kerana menyerbu dan membuat tindakkan melulu yang seperti akan berakhir dengan rasa malu.`Jadi maksud kau….sejak minggu lepas dier orang masuk ke hutan..sampai hari ni tak balik-balik?` Soal Ghani Komando lagi seakan tidak percaya. Mak Itam menggeleng kepala dan menahan sebak.`Sampai ke hari ni satu perkhabaran pun aku tak terima Ghani..baik dari media cetak mau pun media elektronik `. `Memang la macam tu Mak Itam…dia buat ekspedisi tak buat perancangan rapi…Lain kali cari penaja dulu..kontek media dan buat pelancaran…pastu kena buat slogan malaysia boleh ke apa ke..mintak menteri lancarkan..baru la dapat liputan meluas. Silap-silap boleh dapat lintas lansung kat tiwi.Dia demam ke…sakit gigi ke..kaki tergeliat ke semasa ekspedisi tu boleh di siarkan lam akhbar aliran perdana` Panjang lebar Ghani Komando memberi penerangan. `Jadi berbalik kepada missi asal kedatangan aku ni…pertama aku nak ambik balik senapang aku yang Ucu pinjam tu..kedua aku nak cari kerbau aku yang masuk ke kampung belulang ni minggu lepas`. Kesaspenan Mak Itam agak reda sedikit apabila intonasi suara Ghani Komando menurun. Balaci -balacinya juga sudah menyandarkan cangkul dan sabit yang di bawa tadi ke dinding kedai. `Kalau kau nak senapang kau balik..kena la tunggu dia orang tu balik…tapi kalau kau nak kerbau kau tu balik…kau cari la dalam kampung ni..tapi sepanjang aku duduk kat kedai ni tak ada pulak aku nampak kelibat beliau melintas kat area-area sini`. `Macamana bang… nak tunggu ke nak cari?`Samat Terrano mengangkat kening. Ghani termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia mengerling jam tangan LOLEX yang di belinya di petaling street tahun lepas.`Awal lagi ni..apa kata kalau kita ngeteh dulu?` Soalnya kemudian. `Cantik jugak tu…kena kopi `o` keras ngan karipap sejuk ni layan jugak` sambut che mat yang sentiasa menunggu peluang orang sponsor sarapan pagi. Sedang mereka leka berbincang di meja depan kedai….Mak Itam menyelinap ikut pintu belakang sambil menyinsing kain batiknya sehingga ke paras lutut dan berlari seperti watson nyambek menuju kerumah Piah.

KULIAH DARI BUKIT

Posted in Drama by Ujang on the May 19th, 2007

Entah berapa kali tersepak kaki sendiri dan kemudian mereka tersungkur beramai-ramai macam badut sarkis . Kelangkang seluar Pak Itam sudah koyak setengah depa.Kalau putus hujung nya sedikit masa lagi seluar itu akan kelihatan macam skirt panjang yang melampau-lampau seksinya.Nasib baik di bahagian dalam ,Pak Itam pakai seluar pasukkan manchester united. Maka kurang lah sedikit aibnya jika di bandingkan dengan pasukkan gimrama negara yang hanya berbaju mandi dan terkangkang kiap di hadapan khalayak ramai.`Wei..kambing , jalan la elok-elok sikit..`Jerkah Lebai Dolah yang sudah tidak berketayap lagi . Untuk kali yang ke entah berapa kali Ucu mengangkat tangan dan berkata `ops sori bebeh`. Betis Karim sudah lebam-lebam tercucuk hujung senapang dua laras yang di pikul Ucu setiap kali mereka melakukan aksi tergolek beramai-ramai itu. `Saya dah tak larat lagi Lebai..kita rehat lah dulu `Usul Ucu sambil menyandarkan belakangnya ke perdu balak tiga pemeluk. Perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tersebut sudah menjadi terlalu kronik. Sungguh pun lorong gajah di atas rabung bukit nampak begitu mudah di susuri namun terlalu banyak simpangnya.Ada yang ke kanan kemudian kembali semula ke belakang , Ada pula yang ke kiri kemudian terus mengecil dan terus hilang jejak serta tidak kurang yang bertambah dari satu lorong menjadi dua, tiga, empat dan banyak . Bekalan makanan pula sudah tidak ketahuan .Jangankan beras dalam buntil kain, periuk serta peralatan lain juga entah kemana .Setiap kali tersungkur ada sahaja barang yang cicir .Hanya yang tinggal senapang dua laras , sebilah parang sembelih dan lampu picit yang sudah pucat cahayanya kerana kekurangan bateri . `Aku rasa kita akan mati dalam hutan ni Lebai..macam arwah Suman dulu` Karim mengeluh. `weiiiii…mulut tu jangan celupar sangat laaa` Ucu menunjah hujung kakinya ke lutut karim. `Takkan kau tak leh buat sembahyang hajat mintak Tuhan tunjukkan jalan keluar Lebai..dulu masa kat kampung kalau ada apa-apa masalah kan kita selalu buat sembahyang hajat kat surau` Pak Itam bersuara. Lebai Dolah teragak-agak mahu menjawab soalan Itam kerana sejak akhir-akhir ini semakin kalut dan kritikal .Saspen terlalu lama berada dalam hutan dan dunia yang agak asing dari kebiasaannya..di tambah pula dengan kelaparan dan kesejukkan yang mencengkam , kebimbangan di terjah binatang buas dan kekeliruan mencari arah membuatkan Lebai Dolah beberapa kali tertinggal waktu solat. Ketayap putihnya sudah lama hilang.

AMARAH

Posted in Drama by Ujang on the May 16th, 2007

`Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit dan pembuli jalan raya,kaki pukul atau bekas bouncer dangdut..kita huru harakan kampung Belulang kali ini` Perintah Ghani komando dengan bengis.Ketua kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu.`Tapi apa motif sebenarnya ?`tanya tok siak kampung sebelah yang sejak awal-awal lagi memang sudah kompius.`Kita mesti ajar penduduk kampung belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku` Ujar Ghani komando yang memang terkenal dengan sikap panas barannya.`Tetapi ini dah kira agenda peribadi..tak patut kita melibatkan semua orang`Raop ketua pasukkan kompang kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani komando mengkarate meja seperti seorang pemegang black belt kaler biru jurulatih tae kwan do.`Bodoh,bangang,bahalol…!!!` Bersusun-susun maki hamun dan pelbagai bentuk kata-kata lucah di hamburkan sehingga penulis tidak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada sedikit rasa malu pada saudara seagama.Ketua kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan ajk mesyuarat tergempar.`Korang kena ingat..hari ini kerbau aku mereka kelepet..esok-esok kerbau korang pulak…kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini..Dayus namanya` Ceramah Ghani komando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah-tambah marahnya apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah ,karim dan Pak Itam tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang di bedil dengan senapang dua laras miliknya.

PETUNJUK

Posted in Drama by Ujang on the May 4th, 2007

Pak Itam sudah dua tiga kali bersin.Ucu mengerekot peluk senapang dua laras di perdu balak lapan pemeluk.Karim sudah mula mabuk  pening-pening lalat namun  masih juga mengunyah petai ke seratus untuk menghilang lapar.Sementara Lebai Dolah mulai panik kerana sudah tidak ingat hari dan tarikh.Di puncak rabung bukit yang tidak ada sekeping papan tanda penunjuk arah lansung ke empat-empat mereka akan melalui satu kuliah kehidupan yang tidak di ajar di universiti.

SESAT

Posted in Drama by Ujang on the April 26th, 2007

Kampung belulang sudah mula gempar.Hari ini masuk hari ke lima Lebai Dolah ,Pak Itam,Ucu dan karim hilang tanpa pesan. Tiada siapa dapat memberi maklumat tepat melainkan andaian-andaian dan khabar-khabar angin serta cerita-cerita misteri yang tidak masuk akal menjadi buah mulut orang ramai . Ada yang kata mereka berempat senyap-senyap ke kuala Lumpur pergi  audition masuk AKADEMI FANTASIA.Ada juga yang kata mereka di panggil untuk jadi calun rancangan MALAYSIAN DOL.Tidak kurang juga yang membuat spekulasi liar mengatakan Lebai Dolah terpilih menyertai belia berwawasan terjun di kutub utara.Malah tidak kurang juga yang pandai-pandai meramal Lebai Dolah and the gang di larikan jenglot.Tetapi Limat yang sudah beberapa kali berkesempatan menonton siaran ulangan diari Akademi Fantasia  di kedai Lam shook di bandar menyangkal habis-habisan. Tidak mungkin siri realiti yang sudah masuk musim ke lima tersebut menerima lagi peserta-peserta baru .Melainkan Undian ke atas Lebai Dolah mengatasi undian sms Mawi. Bagi Limat perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana suara Lebai Dolah bukan sedap sangat kalau nak di bandingkan dengan peserta-peserta yang tersingkir..apa tah lagi kalau nak di pertandingkan di peringkat separuh akhir. Sudah pasti Lebai Dolah akan di tempeleng oleh Hattan atau 0gy Ahmad Daud.Apa tah lagi untuk pogram seperti MALAYSIAN DOL . Mereka berempat lansung tidak layak sama sekali kerana sudah ada ramai DOL-DOL yang sedang menguasai pelbagai jawatan dan pelbagai kuasa di tangan mereka.Tidak mungkin Lebai Dolah mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan mereka mengkelepat duit rakyat dengan pelbagai projek gajah putih yang melayakkan mereka kekal di tangga teratas kejuaraan MALAYSIAN DOL . Jumlah markah terkumpul mereka sepanjang pertandingan ini sudah mencapai angka juta dan billion…sedangkan Lebai Dolah sifir lapan pun tak berapa nak hafal. Limat juga yakin untuk mengandaikan Lebai Dolah membuat terjunan di kutub utara bersama Pak Itam ,Ucu dan Karim sudah tentu tidak munasabah sama sekali kerana mereka tidak ada kepentingan politik. Menjana keperluan kewangan untuk missi-missi hebat seperti itu memerlukan perancangan yang rapi dan cukup  teratur yang hanya boleh di lakukan oleh orang-orang berfikiran jauh dan tajam. Tidak cukup sekadar menghafal hukum hakam dari kitab kuning atau kitab perukun. Limat geleng-geleng kepala lagi.Mendaki everest? Ah juga tidak mungkin…orang kampung bukan reti cari sponsor dan membuat propaganda.Apatah lagi berurusan dengan pihak media yang akan menggembar gemburkan kerja ini sebagai hebat dan patut di buat ketika krisis ekonomi  semakin meruncing. Memang misteri sungguh kehilangan Lebai Dolah dan rakan-rakannya.Namun Ghani komando di kampung sebelah sudah tidak boleh duduk diam. Senapang dua laras yang di pinjam Ucu sudah lebih dari waktu yang di janjikan. Tambah membakar lagi hatinya kerana kerbau kesayangannya juga sudah hilang lebih seminggu. Hanya tali penambang kurang sedepa yang masih terikat di pangkal pokok langsat belakang rumah. Ra`uf dan Sahak dua orang sahabat baik yang juga bekas graduan pusat serenti mendakwa ada ternampak kerbau ghani komando berjalan santai minggu lepas di jalan tanah merah menuju ke kampung Belulang.

BACALAH

Posted in Drama by Ujang on the April 24th, 2007

Tuk Ngah Sudin tekun melihat Jibam memandikan katak hijaunya di tepi parit depan surau . Perlahan-lahan dia menggosok kening katak tersebut dengan sabut kelapa . `buat apa tu Bam ?` Tegur Bidan Esah sebelum lintang pukang menyelamatkan diri apabila Jibam menghulurkan Katak yang sedang di mandikannya . Selesai tugasnya pagi itu mereka berjalan beriring-iringan melintasi warung Pak Itam. Tuk Ngah tolong  heret  tin susu Jibam yang di ikat bersusun-susun dengan tali rafia kerana tangan Jibam sarat dengan barang-barang lain yang di kutip di belakang rumah Usop Kidung.`wei Jibam `Satu suara meneriak dari dalam warung. Jibam berhenti menoleh . Dekat meja tepi tiang Usin Singai tersengih sambil menghembus asap rokok daunnya berkepul-kepul keluar dari lubang hidung. Beberapa penunggu setia warung Pak Itam sudah mula tersenyum-senyum sumbing .Bersedia untuk berhibur dengan dua orang maskot lawak kampung Belulang. `Meh sini aku nak tanya ` gamit Usin Singai selaku pengerusi majlis . `Tanya apa Pak Usin?` Jibam maju selangkah di ikuti Tuk Ngah Sudin yang memegang kemas tali rafia sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walau apa pun yang terjadi amanah Jibam supaya menjaga keselamatan tin-tin susu ini akan di patuhi . Kalau terpaksa lari Tuk Ngah akan pegang kuat-kuat dan angkat tin tinggi-tinggi supaya tidak tercicir. `Aku nak tanya kau nih…kau suka main-main ngan katak kan..soalannya..kenapa katak bewarna hijau..?` Seperti biasa riuh rendah gelak ketawa mula bergema dari warung tersebut. `Kalau jawapan kau tak memuaskan hati aku…aku nak kau dengan Tuk Ngah bukak seluar dan lari keliling warung ni lapan kali `. Tersembur lagi gelak ketawa mereka mendengarkan  amaran dari Usin Singai. `Katak bewarna hijau kerana sel pigmen nya lah Pak Usin `. Suli dan Limat sudah sampai tahap menepuk-nepuk meja . Bagaikan hendak meleleh air mata tidak tertahan mendengarkan perkataan kelakar yang keluar dari mulut Jibam. ` Tiga jenis sel pigmen yang di panggil chromatophores yang bertindak bersama menjadikan katak tu hijau…Chromatophores tu saling bertindihan dan jenis pertama nama dier Melanophores ada kat paling bawah.Ia mengandungi melanin , satu pigmen yang bewarna cokelat pekat atau itam…atas dia plak sel iridophores.Tetapi Pak Usin sel ni tak mengeluarkan pigmentasi ..tapi ia memantulkan cahaya.Bila cahaya kena kat sel ni..refleksi keperakkan berlaku. Bila cahaya matahari menembusi kulit cermin pada iridophores…ia memantulkan kaler biru`. Hahahahahahaha…cukup..cukuppp `Usin Singai menekan-nekan perut yang senak kerana dia yang paling kuat sekali  ketawa . Terbahak-bahak sampai tak ingat. Entah kenapa lucu sangat perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Jibam itu kedengaran di gegendang telinganya. `Belum abis lagi Pak Usin…cahaya biru tu pulak kemudian mengenai lapisan atas sel pigmen iaitu xanthopores yang lazimnya mengandungi pigmen kekuningan…jadi cahaya yang tertapis pada sel di atas tu lah yang menyebabkan katak bewarna hijau pada pandangan manusia`. Hahahahahahahahahaha…`bergema lagi sorak sorai riang ria di kampung belulang di pagi yang berbahagia itu. `Ini bermakna kalo lapisan xanthophores tu takde…katak akan di lihat bewarna biru`. `Warghhhhhkahahahahaha`…sudah …sudahhhh…aku dah tak tahan dah..hahahahaha` Usin Singai terbahak-bahak ketawa di iringi yang lain-lain. `Tapi apa Jibam tu cakap memang betul…`Zamiah yang semenjak tadi hanya memasang telinga ketika mereka mempersendakan Jibam tiba-tiba bersuara. Dia mencapai pulut ikan masin yang sudah siap di bungkus , membayar harganya dan terus mencapai tangan Tuk Ngah Sudin. `Jom Abah..Jibam…balik minum dulu..karang dah minum baru pegi bermain balik`. Tiba-tiba warung Pak Itam jadi sunyi sepi . Mereka tidak berani menyanggah kata Zamiah satu-satu nya anak dara kampung tersebut yang memegang ijazah pertanian dari Universiti tempatan.ÂÂ

YANG BERHORMAT AWANG

Posted in Drama by Ujang on the April 11th, 2007

Anak Tok Ngah Sudin yang kerja D.O tuh dengar  khabarnya nak pencen awal .Limat cakap dia nak pindah balik kampung dalam waktu-waktu yang  terdekat ini dan buat banglo dekat sebelah  rumah lama Tok Ngah. Limat juga cakap Awang janji belikan jersey bola untuk belia kampung belulang serta kasut but yang ada paku-paku macam mancester united pakai dalam tiwi. Tugas berat Limat sekarang kumpul budak-budak kampung dan catit nama serta nombor ic sebab Awang kata untuk tubuh persatuan kena daftar dulu. Nanti senang nak mintak bantuan dengan wakil rakyat kalau nak buat pertandingan merebut  piala Awang atau liga kalah mati . Sementara beberapa orang ahli jawatan kuasa surau sudah mula bermasam-masam muka kerana berebut mikropon. Tiga  hari sepeninggalan Lebai Dolah ke hutan memburu seladang  tidak ada siapa yang mengatur jadual giliran azan di surau. Penduduk kampung belulang sudah mula kompius apabila subuh semalam 3 kali azan .Mula-mula wak jenal ..kemudian jusoh dan last sekali Limat selaku wakil belia kampung belulang. Kemudian mereka bertelagah di warung Pak Itam tentang hukum tiga kali azan dalam satu waktu. Tiada kata putus dapat di ambil melainkan bini Pak Itam yang teruk pagi itu  menyusun kembali kerusi meja yang tunggang terbalik apabila wak jenal bersilat dengan Jusoh kerana mempertahankan fatwa masing-masing. Limat malas nak masuk campur kerana dia terpaksa tergesa-gesa ke pejabat Awang di pekan untuk menyerahkan borang persatuan. Pulang nanti Limat akan tumpang lori Lam shook bawak petrol balik untuk hidupkan generator di surau. Juga dengan sedikit elaun dari Awang kerana menjalankan kerja-kerja amal jariah yang di susun untuk mentadbir kampung belulang supaya cemerlang,gemilang dan terbilang.ÂÂ

TOLONG NASIHATKAN LEBAI DOLAH (UJIAN KEFAHAMAN)

Posted in Drama by Ujang on the April 5th, 2007

Sepanjang bulan ini korang dah mengikuti  satu persatu watak-watak beserta habitatnya manusia-manusia di dalam kampung belulang tersebut. Babak demi babak yang di utarakan dan di selatankan dalam blog ini tidak lain tidak bukan semata-mata hanyalah  untuk menerapkan kefahaman jitu pada pembaca -pembaca, pengkaji-pengkaji, pentelaah-pentelaah ,pelajar-pelajar dan apa-apa  pen..sekali pun lah sebagai persediaan mental bagi  menghadapi JIBAM part 2 yang akan terbit nanti. Oleh itu untuk menguji tahap kefahaman korang…sila buat satu karangan ringkas berbentuk surat nasihat kepada LEBAI DOLAH ..dan nasihatkan lah dia apa-apa yang patut mengikut sukati korang.Kertas-kertas jawapan akan di simak pada hari isnin..setelah saya pulang dari menziarahi Mahsuri di langkawi.wassalam.

TAJALLI

Posted in Drama by Ujang on the April 4th, 2007

`Mak, semalam aku jumpa taik kebau mak` Jibam bersuara dari atas kain saprah.Piah sengih macam biasa. Macam semalam , macam minggu lepas, macam kelmarin dan macam selalu . Jenaka Jibam yang kadang-kadang bersulam air mata sehingga Piah sudah tidak faham hal yang mana dia sepatutnya menangis dan hal yang mana dia sepatutnya tertawa. Segalanya tentang Jibam melucukan, Segalanya tentang Jibam menghibakan. Jibam lah penderitaan tetapi Jibam jugalah kebahagiaan. Walau Piah acap kali berkhutbah kepada dirinya sendiri bahawa inilah suratan Qada , inilah suratan  Qadar namun hakikatnya Piah sama juga seperti manusia-manusia lain yang lemah dan terkadang melayan blues. `Mak…dengar tak niiii ? Jibam menaikkan `pitching` suaranya apabila Piah di lihat acuh tidak acuh. ` Apa dia ?` Piah menyahut sekadar untuk layan berbual. Supaya Jibam tunggu pinggan dan habiskan nasik goreng ikan bilis yang Piah hidangkan untuk sarapan. `Semalam aku jumpa taik kebau` Ulang Jibam dengan rasa bangga. `Taik kebau sapa?` Sahut Piah lagi walau pun soalan tersebut tidak `releven` lansung apatah lagi jika di ajukan pada Jibam. `Taik kebau Pak Cik ghani`. Piah sengih lagi . ` Pak cik Ghani  mana la pulak tu Jibam `. `Alaaaa…Pak cik ghani yang bela kebau tu la ` Piak angguk-angguk walau pun tidak paham sepatah haram buah butir persoalan yang di kemukakan Jibam pagi itu.Piah pun malas nak ambil pusing .Memang Jibam macam tu .Kadang-kadang perkataan `atau, serta , dengan , dan lain-lain penyambung ayat yang keluar dari mulut Jibam pun boleh buat Piah kompius . Piah sudah takut nak mentafsir apa yang keluar dari mulut Jibam kerana selalu benar jadi kenyataan. Apa bila berlaku perkara-perkara seperti itu Piah akan jadi serabut. Perasaan Piah akan jadi macam-macam . Setakat ini hanya Usop saja yang paham sikit-sikit hakikat ini kerana Dia sudah mengalaminya. Itu pun Piah tidak mampu  jawap  apabila usop tanya apakah itu maunah atau karamah . Sihir tidak mungkin kerana Jibam serba kekurangan. Jangankan nak menghafal mentera mengghafal abc pun lintang pukang. Apa yang Piah dapat cakap..`Itu semua kerja Tuhan Sup…kita toksah pikir lah..tak sampai akal kita nak menghuraikannya`. Tapi Piah cuma cakap..dalam hati siang malam dia pikir.Celik saja mata dia akan mula berfikir. `Apa Dia semua ini ?` `Laaaaaaa..mak niiii.kan dah banyak kali orang cakap tadi…Taik kebau la..apa lagi`. Jibam cucuk lutut Piah dengan ikan bilis goreng. Piah tersentak .`Mak bukan tanya Jibam`. Piah cepat-cepat menyapu air matanya yang mula berlinangan. `abis tu mak tanya sapa ?` . `Tak..takde sapa…mak tercakap je macam tu `.Piah lantas bangun mengangkat pinggan kosong ke pelantar dapur. `alaaaa…tauuu.Mak tanya Tuhan eyyyy???` Jibam sengih sambil menggaru-garu lutut.

Next Page »