ops seladang 1

Posted in Drama by Ujang on the April 3rd, 2007

Hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.Cuma tidak selebat tadi.Namun sudah cukup untuk membuatkan lorong gajah yang mereka lalui bertambah lecak dan licin. Sudah pelbagai aksi sarkis di saksikan sepanjang dua jam mereka berjalan meredah hutan di lereng bukit tempurung. Seluar Pak Itam sudah kelihatan macam orang baru balik sawah.Kesian juga melihat aksi akrobatik orang tua tersebut apabila tergelincir masuk ke sira tiak tempat binatang hutan menjilat garam. Namun segala kesusahan tersebut tidak di hiraukan lansung demi menjayakan rancangan mereka menumbangkan seladang liar yang entah di mana `port` nya. Semua hanya bergantung pada kepakaran Lebai Dolah yang mendakwa sudah banyak kali masuk hutan berburu dengan arwah Suman.Tengok pada gaya memang ada.Lebai Dolah berpakaian lengkap seluar dan baju macam askar.Beg galas celorong-celoreng yang di belinya  di pasar malam tahun lepas siap dengan tempat gantung bekas air dan segulung khemah untuk empat orang. Cuma tidak pakai topi besi. Kalau tidak  saling tak tumpah macam vic morrow hero dalam cerita kombat. Ucu mengekori nya serapat yang boleh terkial-kial memikul senapang dua laras. Karim dan Pak Itam masing-masing menggalas buntil beras dan peralatan memasak. Paling tidak empat hari tiga malam mereka akan berkampung dalam hutan untuk menjejak seladang. Tapi Ucu paling tidak setuju apabila Lebai Dolah buat keputusan untuk masuk hutan lepas isya , semata-mata kerana tidak mahu orang kampung tahu rancangan mereka. Pak itam dan karim pula tidak banyak soal. Bagi mereka peluang ini bukan datang selalu. sekali seumur hidup pun belum tentu dapat makan daging seladang. Jangan kata bukit tempurung, kalau Lebai Dolah kata mereka terpaksa panjat gunung everest untuk tembak seladang pun mereka akan ikut. `Kita nak ikut jalan mana Lebai?` Ucu bertanya apabila Lebai Dolah tiba-tiba berhenti berjalan dan menyuluh kesana kemari mencari arah. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Keletihan sudah di tahap cipan. Ucu rasa kalau berjalan lagi lapan minit dia akan terus pengsan tak sedar diri . Penat berulang alik mengayuh basikal ke kampung untuk meminjam senapang Ghani komando petang tadi pun belum hilang lagi di tambah pulak berjam-jam meredah hutan dan mendaki bukit. `Kalau macam ni gajah pun boleh mati`Getus Ucu di dalam hati. Lebai Dolah terus saja menyuluh ke kanan dan kekiri seperti mencari sesuatu. Pak Itam yang merasa tidak sedap hati lantas merapati Lebai Dolah. `Kenapa Lebai?` Karim juga datang rapat dengan penuh curiga. Ucu sudah terbayang harimau belang sebesar lembu mengintai dari dalam semak . Seluruh badannya menggigil dan peluh dingin mula meleleh di tepi telinganya. `Kau nampak tu?`Lebai Dolah menyuluh cahaya lampu picitnya ke satu arah` .`Apa Lebai?` Itam tambah saspen. `Rasa-rasa aku kita dah berjalan dalam hutan ni lebih dua jam ..ye tak? `Tanya Lebai Dolah lagi. karim,Ucu dan Pak Itam mengangguk serentak dalam gelap. `Tapi kenapa kita baru sampai kat belakang rumah JIBAM je?`.Masing-masing terpaku melihat cahaya lampu picit Lebai Seman menyuluh serumpun pokok pisang dan kelihatan jelas atap rumbia dapur rumah Suman.

UJIAN AWAL BULAN

Posted in Drama by Ujang on the April 2nd, 2007

Ehemm…Tengok dari gaya penulisan korang yang boleh tahan jugak kreatipnya..ada yang dah tembus dua tiga lapis alam..ada yang dah mampu buat huraian ketahap mencairkan otak dan merosakkan saluran pankeries serta memutuskan beberapa elai rerambut darah..maka dengan ini saya mempelawa sahabat-sahabat seperjuangan sekalian menulis ulasan tidak kurang dari lapan perkataan dan tidak lebih dari sejuta hurup tentang tanggapan..atau pemikiran…atau firasat..atau persangkaan..atau andaian..atau apa-apa aje lah yang berkitan dengan watak suman. Siapakah suman pada pandangan korang???

INKERTEPLENTES

Posted in Drama by Ujang on the April 1st, 2007

Masih ingat lagi bengkel `CAR WASH` Lam Shook yang di dirikan di sebelah surau dulu ? Dulu cuma bangsal kecil beratapkan asbestos..kini panjangnya melebihi pagar surau. Kalau tengok dari jauh sudah nampak macam gudang tempat sorok rokok keretek. Ruang belakang bangunan di pasang jeriji besi dan mangga kunci sebesar kepala kucing,  tempat menyimpan rotan manau pelbagai saiz yang sudah bertan-tan jumlahnya. Seminggu sekali Lori Lam Shook keluar masuk memunggah hasil hutan untuk di hantar ke kilang membuat perabot di pinggir bandar. `Untungnya bukan lagi ribu ….Ratus encik` Cerita batin Sagai sewaktu singgah di warung Pak Itam membeli karipap. Dia tersengih menayangkan gigi karatnya sambil membayar harga 2 keping karipap dengan not lima puluh ringgit. Tapi orang kampung tidak kisah. Lam shook tidak makan sorang. Penat jerih batin sagai dan anak-anak buah pikul rotan dari lereng bukit tempurung di bayar sorang lima puluh. Surau kampung belulang pun sudah ada mikrofon dan  karaoke. Siap dengan set generator untuk menghidupkan lampu panjang dan amplifier. Semuanya Lam shook sedekah .Orang kampung pun semakin ramai ke surau dan berebut-rebut hendak azan bila masuk waktu . Terasa semacam satu keseronokkan apabila mendengar suara sendiri bergema keseluruh pelusuk kampung melalui corong pembesar suara. Saban hari mereka berhimpun di warung kopi Pak Hitam riuh rendah membincangkan suara siapa yang paling tinggi `pitching`nya . Sehingga menenggelamkan bunyi bising Lori Lam shook yang sibuk keluar masuk kampung memungah rotan.

konspirasi

Posted in Drama by Ujang on the March 31st, 2007

Usop baru sahaja menggesek anak mancis api cap orang terbang ketika Ucu termengah-mengah sampai di muka pintu. Jiman dan Sipah yang sudah siap membentang sejadah menunggu dengan sabar bapa mereka selesai menyalakan pelita dan kemudian akan  mengimamkan solat magrib. `Apa hal Ucu tergesa-gesa sangat nampaknya ni?` Soal Usop sebelum sempat Ucu membuka mulut. Dia menggamit Sipah dan mengarahkan puteri bongsunya itu mengalihkan  pelita karbad yang sudah bernyala ke hujung beranda. Ucu bertinggung pada anak tangga sambil mengesat peluh. `Aku nak pinjam lagi basikal kau ni Sop…nak kena pergi  balik ke kampung sebelah `. Berkerut dahi Usop memandang Ucu. `Aih…tadi kan dah pergi..nak pergi balik..apa kerja pulak ?`. `Ada barang tinggal` Jawap Ucu pendek.Kalau ada jawapan yang lebih pendek dari itu dia akan guna kan kerana dia tidak mahu bercakap banyak. Lebai Dolah  dan Pak Itam sudah pesan seratus belas kali ,  kalau Usop tanya try `kaver` abis-abisan. Biar pecah di mulut jangan pecah di perut . Jangan sampai Usop terhidu  konspirasi ` ops seladang` yang mereka rancang. Ucu pun agak saspen juga apabila Pak Itam cakap tuan punya senapang nak kena bagi juga sekilo dua. Ini sudah kira merbahaya kerana dari empat sudah bahagi lima . Kalau Usop juga tahu  projek ni nanti , nak kena bahagi  pulak sekilo dua lagi . Ucu tahu tidak boleh ramai-ramai sangat dalam kroni.Nanti laba dapat sikit. Sana tahu sini tahu, sana kena jolok sini kena jolok..kesudahannya nanti tinggal telinga.mana cukup.Itu pun kalau tak kena potong line pulak oleh kroni-kroni yang lain.Silap-silap dapat najis saja . Tiba-tiba Ucu teringat bendera yang Jibam cacak atas najis seladang . Tapi buat masa ini Ucu tidak ada masa nak fikir dalam-dalam atau buat firasat. Apa yang dia tahu operasi yang di rancang oleh Lebai dolah ini perlu di laksanakan. Dia tidak kisah menjadi balaci atau barua kerana apa yang penting dia akan dapat bahagiannya nanti.Itu janji Lebai Dolah.`Tapi Ucu…aku nak pakai basikal tu pagi esok ` Usop  memandang wajah Ucu yang kelihatan `blur`  di dalam kesamaran  cahaya pelita karbaid. `Ala Sup…Malam ini jugak aku hantar basikal ni balik..aku janji` Ucu merayu. ` Baik lah Ucu` Usop kemudiannya mengalah kerana waktu maghrib sudah panjang .Jiman dan Sipah sudah mulai resah di atas tikar sembahyang.` Tapi kau jangan tak hantar pulak..esok aku nak ke pekan pergi tukar kad pengenalan baru ..dengar khabarnya ada cabutan bertuah…hadiah kereta untuk sapa yang  tukar kad pengenalan baru `.ujar Usop dengan penuh harapan. `Aku janji sop, sumpah !!..takkan lah aku nak mungkir janji pulak…orang yang mungkir janji tu kan munafik ..nabi kata gitu…dalam kitab kata gitu..malah arwah suman dulu  pun selalu ceramah kat surau kita…kerbau di pegang pada talinya..manusia di pegang pada janjinya`.Ucu tambah bersemangat mengalas kata-kata setelah nampak bunga-bunga persetujuan dari Usop Kidung. `Kalau gitu baik lah Ucu…kau pakai lah dulu basikal ni..karang balik kau sandar kan aje kat tepi tangga rumah aku ni` pesan Usop. Ucu menyorong  basikal keluar pintu pagar . Jiman dan Sipah yang masih menunggu di tikar sejadah hanya memerhati dari beranda rumah. `Ingat tu Ucu… manusia di pegang pada janji….kalau tak pegang janji..sama jer macam kerbau ` Pesan Usop lagi membuat kan Ucu tersenyum kelat dan sesekali tersengih macam macam kerbau kena loteri.

KULIAH KECIK

Posted in Drama by Ujang on the March 29th, 2007

`Di dalam surah AL-AN`AM ..Allah menerangkan bahawa binatang-binatang yang melata di bumi dan burung-burung yang terbang di udara adalah suatu bangsa (umat) seumpama manusia ` cantik dan teratur Suman menyusun ayatnya. Usop terangguk-angguk macam belatuk mematuk ulat . Kadir yang duduk rapat ke tingkap diam memasang telinga .Sesekali menjeling Jibam di sebelahnya yang leka menyusun kulit kuaci . `tetapi Allah tiada menerangkan tentang apakah binatang-binatang itu serupa pesennya dengan bangsa manusia..sebabnya ialah kerana yang demikian itu dapat pula di ketahui dengan akal yang di anugerahkannya kepada manusia` Usop angguk-angguk lagi..malah lebih laju dari tadi. `Sesetengah ahli pengetahuan pada masa sekarang telah mengetahui sebahagian daripadanya kerana telah banyak memeriksa ilmu haiwan sehingga di negeri-negeri yang maju di adakan kebun binatang untuk menjaga singa ,harimau ,ular,babi,monyet dan sebagainya `. Usop angguk-angguk lagi setuju kerana dia sendiri memang pernah membuat lawatan sambil belajar ke zoo negara beberapa tahun yang lalu di bawah  anjuran belia kampung lama . Apa yang dapat Usop pelajari pada waktu itu ialah betapa senang nya kehidupan  binatang di bandaraya jika di bandingkan dengan kehidupan manusia di kampungnya. Dari situlah datangnya kekaguman Usop pada Suman. Walau pun dia tidak menyertai lawatan sambil belajar ke zoo itu dulu ,tetapi pengetahuannya tentang binatang dan manusia melebihi pengetahuan ketua rombongan dan bendaharinya. Usop sebenarnya banyak belajar dari Suman. Kadir juga belajar dari Suman.Begitu juga Fakir dan Piah. Tetapi tiada siapa pun tahu yang Suman belajar dari anaknya sendiri Jibam.

KETURUNAN BUKAN PUNCA SINDROM DOWN

Posted in Drama by Ujang on the March 28th, 2007

`Kelahiran kanak-kanak sindrom down bukan di sebabkan faktor pemakanan,gaya hidup atau keturunan, tetapi ia adalah satu anugerah. Presiden sindrom down malaysia (PSDM) ,PROFESOR MADYA DR.SYARIFAH ZAINIYAH SYED YAHYA berkata beliau menyangkal dakwaan yang mengaitkan faktor-faktor tersebut sebagai punca kanak-kanak mengalami sindrom down. Menurutnya, sehingga kini beberapa kajian gagal  mengesan faktor sebenar kelahiran kanak-kanak pengidap sindrom itu. Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran pelancaran bagi persatuan sindrom down perlis dan negeri sembilan.`Kadir melipat keratan akhbar tersebut baik-baik dan menyimpannya kembali ke dalam beg duit. Tiba-tiba sahaja kerinduannya pada Jibam tidak dapat di tahan-tahan. Tanpa menulis borang permohonan cuti dia memecut kapcai milik kompeni menuju ke kampung belulang.

PENGKELEPETAN LEBAI DOLAH

Posted in Drama by Ujang on the March 27th, 2007

Ucu termengah-mengah kayuh basikal. Nasib baik menjelang senja bukit tempurung sudah berbalam-balam kelihatan menunjukkan hanya beberapa ratus belas minit saja lagi dia akan sampai semula ke kampung belulang. Ini semua gara-gara mission impossible Lebai Dolah lah semalam ni. Tak pasal-pasal dia terpaksa jadi balaci kayuh basikal lebih lapan kilometer ke kampung sebelah semata-mata nak pinjam senapang dari ghani komando. Tapi apabila mengenangkan janji manis Lebai Dolah daging seladang tersebut akan di bahagi empat Ucu sengih sampai ke telinga. Tidak payah banyak..dapat satu peha pun sudah cukup untuk lauk sebulan. Tapi kalau Lebai Dolah betul-betul ikut matematik..memang semua akan dapat laba sama banyak. Itam mesti mintak satu per empat pasal dia yang di arahkan menyembelih…karim juga satu perempat, kerana nanti dia yang akan menyiapkan khemah tempat melapah.Sementara Lebai Dolah mungkin ambik lebih sikit 2-3 kilo tak apa lah..kerana dia yang akan menembak.Bukan kerja senang menembak seladang liar. Setakat lima enam das belum tentu tumbang .Tambahan pulak kalau kurang pengalaman. Gementar dan kurang kompiden boleh mengundang padah. kalau setakat kena telinganya saja ada harapan ke empat-empat mereka lintang pukang tiga empat bukit di hambat seladang luka. Boleh jadi juga ke empat-empat mereka akan terpaksa menjalani rawatan rapi di unit neurologi kerana kepala seladang bukan main-main. Kalau sekali di hantuk seladang lubang idung boleh tercampak ke tanah. Sesekali Ucu rasa macam nak tarik diri saja dari rancangan sulit ini apabila teringatkan perangai Lebai Dolah yang tidak kompiten. Semasa Jibam dan Tuk Ngah jumpa taik kerbau tepi surau, Lebai Dolah yang menakut-nakutkan orang kampung yang hadir dengan kata-kata misteri.`Dalam kampung ini mana ada orang bela kerbau,lembu dan kambing..jadi mana datangnya taik kerbau ni`. Bagi orang kampung yang kurang pengetahuan am pula ketayap putih Lebai Dolah menjadi sebab untuk mereka meyakini kata-katanya tanpa banyak soal siasat. Namun selepas itu mereka berempat berkumpul semula di kedai Pak Itam setelah orang kampung habis pulang. Lebai Dolah bisik maklumat lain pula. `Korang diam-diam perkara ni..biar kita berempat je yang tau ni…aku yakin sangat itu najis seladang…aku kenal sangat kerana dulu kerap mengikut arwah suman tu pergi berburu`. Atas desakkan Lebai Dolah mereka berempat akhirnya membuat kata sepakat untuk merahsiakan hal ini dari orang kampung. Kerana itu jugalah Ucu terpaksa pergi pinjam senapang RELA dari kawan di kampung bersebelahan. Cuma apabila sampai di tengah halaman rumah Lebai Dolah …Ucu menepuk dahi beberapa kali. Pak Itam,karim dan Lebai Dolah yang sudah siap berpakaian lengkap dengan bekalan untuk masuk ke hutan mendengus marah. Ucu cuma pinjam dan bawak balik senapang tapi lupa nak mintak peluru.ÂÂ

SUKATIKAULAH

Posted in Drama by Ujang on the March 23rd, 2007

Jibam duduk mencangkung merenung taik kerbau itu  dengan penuh minat. Tuk Ngah Sudin yang juga mencangkung di sisinya memegang sebatang ranting kayu yang baru di kutip tepi jalan. `Tak boleh ni Ngah…ni besar sangat…kau amik lidi je `Perintah Jibam.Tuk Ngah lantas berlari ke kedai Pak Itam yang terletak tidak jauh dari situ. `Assalamualaikum Pak tam…nak mintak tolong sikit boleh tak`. Lebai Dolah yang sedang berbual dengan ucu tersengih memandang Itam yang mula menunjukkan muka boring.`Tolong apa` jawabnya acuh tak acuh. `Jibam nak lidi..penting ni..nak buat tiang bendera `. Ucu geleng-geleng kepala sambil tertawa kecil. Semalam di kedai Pak Itam mereka ketawa terbahak-bahak bila limat mengajuk cara Jibam dan Tuk Ngah menyembur air liur ke udara untuk membentuk warna pelangi.`hari ni tak main sembur-sembur lagi Ngah?` Lebai Dolah mengusik. `Tak la Pak Lebai..Jibam kata nanti air liur kita boleh jadi kering..kita boleh mati`. Terang Tuk Ngah bersungguh-sungguh.Lebai Dolah mengangguk-angguk dan beberapa suara sumbang sudah mula ketawa terbahak-bahak di meja belakang. `Hari ni main apa pulak?` Ucu menyampuk sengaja untuk menimbulkan suasana  lucu .Setiap pertanyaan dan jawapan pasti akan menimbulkan aura lawak di tahap maksima di warung Pak Itam itu  jika melibatkan Tuk Ngah Sudin dan Jibam. Malah di desa belulang tersebut mereka berdua lebih di kenali dari siapa jua penduduk kampung yang paling lama bermustautin di situ.`Dia orang berdua ni ada lah icon dalam kampung ni` kata limat pada suatu pagi dan warung Pak Itam pecah lagi dengan gelak ketawa ahli jawatankuasa surau yang singgah pekena teh tarik. `Main apa hari ni Tuk Ngah `Ucu mengulangi soalannya. `Tak main apa-apa..Jibam suruh mintak lidi..nak cacak bendera kecik kat taik kerbau tepi surau tu `sahut Tuk Ngah sambil mencapai sebatang lidi penyapu yang di hulur oleh Pak Itam. Dia berlari menuju ke surau. Lebai Dolah bingkas bangun dan berlari sama.Ucu terpinga-pinga.Itam juga pantas meletakkan piring teh ke meja karim peot dan mengekori Lebai Dolah. Masing-masing yang tidak tahu cerita akhirnya turut sama berlari-lari anak arah ke surau. Jibam sudah selesai dengan kerjanya.Sehelai daun kering di cucuk dengan lidi penyapu kelihatan seperti sehelai bendera tercacak atas sekelompok taik kerbau tepi jalan berhampiran surau .Mereka berdua tersengih bangga. Lebai Dolah yang pertama kali sampai mendahului  yang lain tiba-tiba pucat kehairanan. `Aih..tengok taik kerbau pun boleh panik sampai macam tu`.Usik Ucu yang pada mulanya malas nak ikut serta. Tetapi memandang kan kedai Pak Itam sudah kosong maka dia pun turut menyibukkan diri beramai-ramai di situ. `Apa yang ajaib sangat dengan taik kerbau ni lebai selain ada bendera kat atasnya..tu pun kita dah tau Jibam dan Tuk Ngah yang letak` Pak Itam juga kurang faham hakikatnya. Lebai Dolah merapatkan mulut ke telinga Itam dan berbisik `kat kampung kita ni mana ada orang bela kerbau , lembu atau kambing Tam…mana datang nya taik kerbau ni pulak?`. Bulu kening Pak Itam terangkat.Dia berbisik pula pada ucu dan ucu menyampaikan berita itu pada karim.Mereka saling berbisik-bisik antara satu sama lain dan akhirnya muka kesemuanya menjadi pucat.

PESAN ARWAH SUMAN

Posted in Drama by Ujang on the March 22nd, 2007

`Series ke kau nak sedekahkan aje semua  tanah-tanah dalam kampung ni suman?`Usop Kidung menggeleng-geleng kepala tidak percaya. `Bukan tanah aku sup..semua ni milik Allah…tak salah kan kalau aku bagi hak Allah pada hamba Allah ?`Lunak sahaja suara suman membelai gegendang telinga Usop Kidung. Dadanya terasa sesak seperti ada spring tilam menolak-nolak dari dalam. Ada lagi rupanya manusia seperti Suman di dalam planet yang berhampiran dengan matahari ini. Usop terdiam seketika tidak bersuara. Hanya kelopak matanya terkedip-kedip memandang suman leka menggulung rokok daun nipah .Kicau merbah di jantung pisang yang  patah tandan juga tidak semeriah tadi. Semua bagaikan muafakat untuk tidak berbunyi. `Tapi man ..tanah-tanah tu semua kau yang usahakan..kau yang membakar..kau yang memerun, malah aku rasa setiap batang leban…setiap batang merbau..setiap batang keruing yang rebah dalam desa belulang ini adalah atas kederat engkau..kau berhak atas tanah-tanah ini semua Suman`Nafas Usop Kidung turun naik menghantar oksigen ke paru-paru.Bagaimana pula proses menghantar oksigen dari paru-paru ke otak  dan komponen-komponen lain yang terdapat dalam tubuh manusia tiadalah dapat di gambarkan di sini kerana tiadalah penulis paham sangat bab-bab biologi tersebut. Suman sekali lagi tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya. `Kau silap Sop…bukan kudrat aku..kudrat Allah sop`.Usop terkedu lagi.Terasa seperti ingin  berlari ke arah pokok pinang di tepi pagar dan menghantukkan kepalanya sendiri beberapa kali di situ. `Lagi pun..apa sangat lah nak di rebut-rebutkan sangat tanah ni sop…mati esok semua orang dapat tanah` bisik suman lagi.Tetapi kali ini darah meleleh dari kedua lubang telinga Usop Kidung. Masyaallah.

BERITA DARI BELANTARA

Posted in Drama by Ujang on the March 21st, 2007

Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri boat-house minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.Namun babi tidak setuju sama sekali.`Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang` ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk.`Tolong bawak perkara ini pada menteri` usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujjah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara.`Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa`bisiknya keluh kesah. `Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada`.Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya.`Di luar sana masih ada lagi manusia?`. Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.`Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya`bisik satu suara.`Sampaikan juga salam kami pada JIBAM dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan`.Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.

« Previous PageNext Page »