JIKA KAU MEMPUNYAI AKAL maka fikirkan lah sendiri

Posted in Uncategorized by Ujang on the September 19th, 2008

Semalam saya menaiki sebuah teksi ke section 15 subang yang di pandu oleh seorang lelaki separuh umur yang berasal dari keningau sabah.
`Tak balik raya tahun ni bang?`Tanya saya memulakan perbualan.
`Saya sudah empat tahun tak balik`Jawabnya dan kelihatan amat rusuh raut wajahnya.
`Lama tu….tak rindu ke keluarga di sana?`
`Rindu tu rindu bah….tapi mana saya mampu tiket pulang kesana aja sudah lebih rm400..sedang saya cuma bawa teksi`
Saya mencongak-congak sendiri.Sewa teksi rm40 sehari,gas rm7 dan petrol untuk stand-by kalo gas abis rm20(maklumat yang saya perolehi semasa sessi sembang-sembang tadi),belum teksi rosak atau kena saman.Perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak…ah paling kurang nak kena cari rm 100 satu hari.Tu pun baru dapat dalam anggaran rm30 sebagai gaji bersih.(bersih ke…cukup bulan nak bayar sewa rumah pulak,bil air,bil letrik)
`Anak berapa bang?`Saya gatal mulut bertanya.
`Enam`
Saya mencongak lagi.Kalau tiket kapalterbang balik ke keningau saja sudah lebih rm400 sorang…darab saja dengan lapan…rm 3000 dalam tangan.Makan minum itu ini…kurang-kurang 4000 mesti ada dalam tangan.
Memang betul lah kata PM kita ekonomi negara kita sekarang dalam keadaan baik.
Sebab itu kita kena ubah cara hidup kita dari manusia merdeka kepada hamba tebusan.

DUA MINGGU ATAS BUKIT

Posted in Uncategorized by Ujang on the August 1st, 2008

Apa yang aku buat kat atas bukit ni ntah.Tiba-tiba je tanpa di rancang member ajak melukis kat genting limaploh ari.Bukan kejap-kejap tu.Kalo jalan kaki lima ploh hari mau sampai ke selatan tailen.Modus operandinya hanya lah buat caricature dan melukis kat indoor theme Park.Kelakar kan bunyinya buat caricature kat atas bukit.Kalo hal ini di sebut lapan puluh tujuh tahun yang lampau nescaya akan di sepak orang lah kita walau pun di tengah-tengah khalayak ramai.Akan tetapi pada hari ini …di atas puncak bukit ni dah jadi kota keriangan dan bagi binatang-binatang hutan pulak boleh jadi kota kerunsingan.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi menaiki roller coaster atau keretapi gila sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.
Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama di atas puncak genting ini ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.
Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan sebaik saja balik dari melukis demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.
Esok besar kemungkinan akan turun dari bukit sebentar untuk melihat perkembangan alam yang lain selanjutnya.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.
Kadang-kadang rasa macam best pulak duduk atas bukit nih.

ANIMASI PUN LAYAN POLITIK

Posted in Uncategorized by Ujang on the July 5th, 2008

90s era animation which made good
———————————-

Image
One example of a successful animation is the animated series Usop Sontorian, which is about the adventures of children in the village of Parit Sontor, Johor.

“At first people felt Usop Santorian was just a run-of-the-mill children’s story but it’s actually of international standard and has been dubbed in Spanish for the South American market because South Americans can relate to the story and lives of the characters in it,” said Hasrul Nadzrin Shah, MDeC manager for Industry and Policy Research.

Usop Sontorian was created by 1989 by Kharisma Pictures(?)(bukan sepatutnya di tulis created by KARTUNIS UJANG ke?and one more thing..I done it in 1984..and publish on 1985) , owned by Michael Lum and Othman Hj. Yusof. Othman grew up in Parit Sontor and gave it the name.

At the time, Kamn Ismail ran Kharisma Pictures and the rights to Usop Sontorian were sold to Fine Animation, which subsequently sold it to RTM and it was first aired on TV1 in 1991.

“While RTM holds the rights, it allows the supplier to sell it overseas, provided they get its permission, and about five to eight years ago, it was dubbed into English and screened overseas under the title, The Adventures of Usop,” said Kamn, now managing director of Quest Animations, who was spoke at the Creativity Art Technology Conference at Technology Park purely from the historical perspective.

“I later saw it advertised at Cannes in France and it was later dubbed into Spanish and other languages,” he added.

A former computer programmer with Risda and computer marketing executive with Rediffusion, now Datuk Othman Hj. Yusof went on to established Moy Publications, which publishes the popular Ujang and APO illustrated humour magazines.

Written By,

Charles F. Moreira
————————————————————————————————–

Petikkan dari surf magazine dan sedikit pendedahan konspirasi dalam dunia penerbitan pulak hahahaha.wat da wonderful and colourfull world.

MACAM-MACAM HAL BETUL LA SEKARANG NI

Posted in Uncategorized by Ujang on the May 15th, 2008

Maka terkurung lah lagi Malim di dalam baldi ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah Malim barang seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara Malim yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh.Bagi Malim tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah Malim suka.Lagilah Malim bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui Malim tiada lah upaya Malim memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri Malim yang wajib lah pula Malim penuhi agar tidak berhutang pula Malim di hari oditing kemudian nanti.Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan Malim ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut.Cuma Malim memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada kalian agar sesekali mengizinkan Malim kembali kedalam baldi ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini Malim pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan kalian ajukan kepada Malim.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin Malim tanya kan kepada kalian.

`MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.Tidak payah Malim mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala Malim sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Malim sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang Malim sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini.Cuma apa yang Malim yakini buat masa ini (paham Malim berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikan lah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat Malim akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Malim setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.

SELANGKAH KE ALAM STREBENTUEN

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 17th, 2008

Malam ini saya akan berhijrah seketika 53 kilometer di tengah hutan hujan tropika untuk merisik khabar.Kalau-kalau ada e-mail atau telegram dari alam strebentuen.Sementara saya menjalankan tugas ini ,ingin saya menyeru semua ahli kariah kampung belulang agar cuba menghadamkan dan mencari tafsir-tafsir harfiah bagi tulisan ini sehingga telinga masing-masing berdarah.Selamat menyerabutkan sereberum kalian.Alfonso kwonsenfelnsesss…
SIDANG PARA MONYET.
Pagi ini keserabutan di dalam beberapa urat sereberum Malim berada di tahap melampau setelah merasakan DIRI berjaya menyusun dan memberi angka-angka nisbah terhadap file-file yang bersepah.Setiap satu siap dengan nombornya dan setiap nombor Malim susun menurut adabnya.Sambil berjalan ke stesen LRT Malim menyelak kepilan-kepilan file sekadar untuk memastikan setiap satunya tidak bersepah lagi menambahkan kesibukkan alam fikiran yang berlapis-lapis di ruang binari i.6 ini adanya.Namun dalam ruang kesempatan yang amat sedikit sekali ini pun mampu juga sidang meja panjang menambah beberapa folder `new document` untuk Malim fikirkan pula di kesempatan yang lain.Sesungguhnya perkataan `defrag` yang di sebut oleh sahabat Malim syeikh al Dome dari pantai timur itu amat muafakat sekali rasanya buat masa ini.Biarlah Malim ceritakan serba sedikit kandungan dan rumusan dalam file-file yang Malim susun sekadar untuk berkongsi rasa dan berkongsi keserabutan yang syahdu ini.
Ada pun perihalnya file yang nombor ( 1 ) itu; tercatat di dalamnya keinginan-keinginan Malim yang di dasari kebodohan terhadap apa yang tidak seharusnya dan berdasarlah ia pada tanggapan apa yang baik dan terbaik bagi seseorang manusia.

File yang nombor ( 2 ) Catatan-catatan kemunafikkan Malim ketika menggunakan kerasionalan demi membenarkan pemikiran dan tindakkan yang tertumpu kepada diri Malim sendiri dan bukan pada realiti yang akhir.Maka Malim masih mencari-cari ketulusan di situ untuk mengubatnya.

File yang ke ( 3 ) tersusun berbaris-baris perasaan bangga Malim terhadap diri sendiri,mengagungkan harta benda dan kekerasan akhlak.Malim melakukan sifat-sifat yang terpuji di mata makhluk tetapi tercela ia pada perinsip keserabutan sejati.Malim Masih mencari pengabdian secara benar dan total,kerendahan dan kefakiran yang menduduki hirarki teratas…namun sehingga ini kebanggaan diri yang menggunung menyekat laluannya.

Perihal yang ke ( 4 ) keinginan-keinginan Malim untuk di puji dan di sanjung makhluk membina dinding yang tebal sehingga terhalang penilaian objektif Malim terhadap diri sendiri yang sering pula berakhir dengan sesalan-sesalan serta kehinaan diri.Beberapa kali Malim cuba mengoyakkan file ini namun kebimbangan pada tumbuhnya tunas yang baru memansuhkan gerak Malim sentiasa.

File yang ke ( 5 ) mencatat ketamakkan dan kekikiran(al-bakhil wal Hj.kedekut) Malim yang sering pula melahirkan agenda-agenda kedengkian yang terburuk dari semua sifat yang ada.Maka Malim masih mencari kekuatan dan keyakinan yang pasti untuk menguruskannya.

File ke ( 6 )Lebih rumit lagi kerana sarat lah ia dengan keinginan mendapatkan sesuatu dengan lebih banyak.Catatan kakinya Malim tuliskan kisah bagaimana kelalaian Malim menjadi kelkatu dan membentur-benturkan diri mengelilingi api pelita sehingga tertanggal sayap.Kalau saja tidak tertanggal sayap nescaya sudah terbakar hangus lah Malim di dalam cahaya yang sangat terang itu.Di kahabarkan oleh orang yang tahu dan faham bahawa kecerdasan dan kesolehan lah penawarnya…dan Malim masih menjalankan sisatan usul kecerdasan yang bagaimanakah yang mereka maksudkan(terhimpun pula dia di dalam file-file yang lain)…

File ( 7 ) Perihal tidak bertanggung jawabnya Malim terhadap jiwa akibat keinginan meraih sesuatu yang telah di rencanakan oleh fikiran.Ia sentiasa sahaja bergerak sebagaimana bumi berkisar mengikut orbitnya.Membina keinginan-keinginan baru yang kemudiannya lenyap samada Malim berjaya mencapainya mau pun tidak.kesedihan dan kegembiraan adalah sama dan datang dari tempat yang sama namun kesabaran sering sahaja hilang ketika menghadapinya.

File ( 8 ) Tertulis pula kelelahan dan kejemuan Malim di dalam tugas menyusun keserabutan `HAL` di sebabkan kurangnya kemantapan tujuan dengan manifestasinya yang wajar sehingga Malim seringkali saja terlupa untuk bersyukur dengan apa yang telah ada.

File ( 9 ) kelalaian dan kemalasan parah akibat kurangnya kesedaran Malim terhadap tuntutan semasa atau kepentingan hak-hak peribadi yang perlu di lunas.Akhirnya file yang ke sepuluh adalah kesimpulan-kesimpulan yang masih kabur himpunan dari sembilan file yang telah Malim susun.

Untuk itu Malim menyediakan nota kaki sebagai peringatan buat diri Malim sendiri bahawa pada umumnya psikoteraphy kontemporari hanya mampu meredakan keserabutan ini buat sementara sahaja kerana menyembuhkan jiwa yang tempang dalam mencari keseimbangan dan perkembangan memerlukan file yang lebih banyak dan pengalaman yang lebih berserabut serta berpanjangan.Penjelasan seperti ini di pandang sesat oleh para teolog ortodoks kerana mengabaikan penafsiran-penafsiran harfiah kitab-kitab suci.Tetapi realiti sejarah dan tradisi bercerita ahli-ahli fakih tidak menarik perhatian ahli-ahli serabut otak kerana mereka telah melampaui wahana tersebut.Maka hanya manusia yang sama-sama duduk dalam dimensi keserabutan sahaja lah yang akan memahami masalah itu.Demikianlah tertulis dalam warkah rahsia pendahulu `BAGI ADAM SEMUA NAMA DI KETAHUI`.Masyhur juga di bawa khabar-Sebuah arus air yang gemercik sampailah dia kesebuah gurun pasir yang kontang.Tiadalah dia mampu menyeberanginya..tatkala mencapai pinggiran gurun maka hilang lenyap lah dia terserap kedalam butiran pasir dan debu yang halus.Berteriak sang air `Aku tidak mampu menyeberang tetapi aku melihat sebuah jalan`Maka di jawab gurun dalam lidah alam yang tersembunyi `Angin boleh menyeberanginya,Maka begitu jugalah engkau`Air merenung seketika melihat udara yang terbang dan menoleh kepada dirinya yang mengalir lantas berkata `Aku tidak mampu mencapainya walau untuk beberapa hasta sekali pun`ujarnya lagi dalam kelalaian.Lidah alam kemudian menjawab.`Engkau berfikiran salah,cuba untuk terbang dengan diri mu sendiri adalah kebodohan,Biarkan angin membawa mu menyeberangi gurun dan sampai ketempat tujuanmu`Air merenung lagi hakikat dirinya`Bagaimana aku akan melakukan pekerjaan itu?`soalnya lagi.Kali ini suatu suara datang dari dalam dirinya sendiri`Kau hanya perlu bertahan dan bersabar`….untuk beberapa lama setelah itu dia terserap kedalam angin lalu di bawa menyeberangi gurun,memberat dan kemudian jatuh kembali menjadi sungai yang akhirnya menyelusuri jalan yang sama sehingga kembali semula kegurun.`Bagaimana aku akan tahu bahawa ini adalah kebenaran` soal air sebelum lidah alam kembali menyampaikan pesan zaman-berzaman.`Kau harus terus menyeberanginya berulang-ulang kerana ada manfaat untuk diri mu dan ada manfaat yang boleh di ambil oleh makhluk lain sepanjang perjalanan mu ini`

clue dari alam strebentuen

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 17th, 2008

`Salah sebuah anak syarikat Felda iaitu Felda Plantations Sdn Bhd memperolehi keuntungan lebih RM1 bilion pada 2007 kerana harga komoditi sawit melebihi RM600 setan.

Bagaimanapun kakitangan Felda Plantations adalah di antara yang tersikit mendapat bonus tahunan. Tahun lepas ada kakitangan yang dapat hanya sebulan sahaja. Sedangkan syarikat lain walaupun punyai keluasan ladang 6,000 ekar mampu membayar bonus yang lebih tinggi`.Demikian petikkan satu artikel dari harakah online yang saya baca pagi ini.Bukan soal politik,bukan soal dapat bonus sikit atau soal nak ambik tau pasal pengurusan felda.Dalam banyak-banyak perkataan dalam artikel tu saya sangat tertarik dengan perkataan RM 600 SETAN.Terang dan jelas sungguh clue yang di beri kalo kita lihat dari alam strebentuen.Memula tu RM (Banyak rangkai kata yang boleh di tafsir dan di ejas dari shortform RM tu seperti RASA MUAL,RASA MARAH,RASA MENYAMPAH,RASA MENCI,RASA MACAM-MACAM) dan kemudian nombornya-HAD-HAD KEPADA ukuran perasaan-perasaan yang mampu di timbulkan mengikut jumlah nombor nya-contoh; kalo hilang RM 1 maka rendahlah temperature marahnya(pilih yang mana sesuai)…tapi kalo hilang RM 1000,000,000,000 ..maka tinggi lah pulak kadar kemarahannya.Berbalik kepada sudut strebentuen yang pertama..di ikuti RM (nombor) dan hujungnya SETAN.Semua orang tau apa kerja setan dan faham bagaimana setan menjalankan kerjanya untuk mengelepet manusia.Maka sifirnya RM 600 SETAN X LALAI + LUPA = HURU HARA.

HAK MILIK KARYA INTELEK

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 10th, 2008


Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin.Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`

TAHU,TIDAK TAHU DAN MALAS AMBIL TAHU

Posted in Uncategorized by Ujang on the January 4th, 2008

Dalam menjalani kehidupan ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

BERITA DARI LONDON

Posted in Uncategorized by Ujang on the December 28th, 2007

Waktu sekarang jam 4 pagi di kota London,kalo kat malaysia ada ler lam pukul 12 setengah kot (korang boleh lah bersiap bentang-bentang tikar untuk smayang jumaat) sementara saya,helmy samad dan zanuar dok terkebil-kebil kat katil masing-masing tak boleh tido kerana perubahan masa.Bayangkan bertolak 27 hb dari KLIA,setelah 16 jam perjalanan kami sampai di lapangan terbang Heatrow masih jugak lagik 27 haribulan.Biol betul….dan yang lebih tragik lagi terpaksa tido tegak kat dalam flight pasal Pak Arab yang duduk kat kerusi belakang asik komplen setiap kali kami nak baringkan tempat sandar.Kalo tau azab macam ni baik duduk kat depan dengan pilot….dapat gak nengok pemandangan sambil tolong bawak kapal terbang,tak le boring sangat.Satu cerita best semasa transit di Bahrain…Helmy Samad terkelepet dek Pak Arab.Beli coke satu tin,bayor 5 dollar…Pak Arab tu kasi baki 1 dinar je hahahahahaha.Padan muka dia.Nak marah Pak Arab tu tak reti spiking la pulak.Buat rugi air liur je.Sayugia di ingatkan sebelum tu saya dan zanuar pun terkepelet juga bila order teh 2 cawan,bayar 5 pound dan dapat baki duit siling..dah la kecik,tak lawa pulak duit tu….nombor pun takder…rupa macam token permainan budak-budak kat fun fair je.Padan jugak lah muka kami berdua.Moral of the story…Pengkelepetan sememangnya berlaku di mana-mana dan kita perlu lah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuanuntuk mengelakkan golongan setan kabir ini mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang bodoh.Heh heh..macam cerita lam buku teks budak darjah satu epal la pulak…siap ada pengajaran.Penerbangan dari Bahrain ke Heatrow 7 jam 40 minit pun masih dalam penyeksaan yang serupa apabila kapalterbang di penuhi Pak Arab dan kami masih terpaksa tidur tegak kerana yang duduk belakang tak kasi kita baringkan tempat sandar sedangkan Pak Arab yang duduk depan rebahkan kerusinya di tahap maksimum hingga kami bertiga tersepit dengan senyuman sengsara.Pengajaran kedua yang boleh kita ambil di sini ia lah…Patut lah Nabi di turunkan di kalangan orang Arab untuk memperbaiki akhlak mereka yang memang jauh sesangatlah berbeza dengan masyarakat kita yang berbudi bahasa dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Nasib baik lah jugak paramugari yang melayan kami bukan dari bangsa arab..kalau tidak boleh jadi kami akan meninggal dalam kapalterbang kerana kelaparan atau terpaksa makan majalah yang di sisipkan di belakang seat untuk menghilangkan lapar.Esok awal pagi kami akan memulakan modus operandi sebagaimana yang telah di rancang.Cuma alhamdulillah banyak kerja dapat di selesaikan sebaik saja sampai ke kota London atas bantuan Encik Ishak empunya mansion yang baik hati.Dengan pengalaman 7 tahun bermustautin di kota London terlalu banyak maklumat kami terima memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di samping mengurangkan risiko terkelepet lagi sebagaimana di Bahrain.Insyaallah saya akan terus menghantar berita-berita terkini dari kota London untuk penduduk kampung belulang yang di ingati.Oh ya….sebelum saya menamatkan catatan ini di harap sumi dan kiambang seperti biasa tolong pantau jadual makan ubat semua penduduk supaya sekembalinya saya pada bulan januari nanti semuanya masih dalam keadaan waras dan setabil.Adios esprunut kompurutempom mofulendesssssssss“

MELAMPAU LA SIBUK NYERRRR PULAK

Posted in Uncategorized by Ujang on the November 29th, 2007

Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat otel Mid Town Kola Terengganu.Petang tadi sampai dari kelantan menjalankan beberapa modus operandi mewakili CREATIVE ENTERPRISE SDN.BHD di Universiti Malaysia Kelantan.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.Helmy anak sasterawan negara A.Samad Said telah pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang tadi ngan flight MAS setelah 2 hari 1 malam lepak ngan kami di kelantan menjalankan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Insyaallah 27 hb december kami akan berangkat ke London meneruskan missi operandi yang telah di jadualkan(saya sudah nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN jika berkesempatan singgah kat jambatan yang popular dan tertulis lam buku teks masa darjah tiga dulu).Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi kami sudah sepakat memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)-Esok jumaat….jam 11-1 tghari & 3-5 ptg sessi melukis di MYDIN kola terengganu.Sesapa yang dok dekat ngan Kuala Terengganu atau di philadelphia tu di jemputlah datang untuk meramaikan majlis di samping minum free teh yang di taja oleh TEH BOH malaysia.Settle jer kejer di MYDIN Kola Terengganu…terus melarikan diri untuk bersama-sama krew CREATIVE CORNER menjalankan promosi di GIANT HYPERMARKET Kuantan pulak.Kat situ dah gerenti la tu melepakkan diri dari pagi sampai ke petang sebelum bertolak pulang ke kolumpo pada sebelah malamnya.Sabtu….rasa macam dah nak rilek dah tu.Tapi tak jugak…sebelah malam jam 8 malam kena hadir kat KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FILM FESTIVAL pulak di pwtc.Ahad lak 2 december 2007…ada event lagi di CENTRE POINT Seremban.Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…saya tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang kerana kata jiran saya `setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau`….oh ya…ziarah juga blog sahabat baik saya syeikh HELMY SAMAD di—> http://www.helmysamad.blogspot.com

Next Page »