Pesta Buku Antarabangsa 2008
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali Lagi!!! Dan seperti biasa, rugi kalau x datang dan singgah ke gerai CESB!! Inilah masanya untuk berjumpa dan beramah mesra dengan warga CESB baik kartunis, novelis, ilustrator mahupun editor kami. Apakah yang istimewa menanti anda tahun ini?
- Diskaun hebat setanding dengan pesta buku yang sebelumnya.
- Kemunculan semula Imuda dengan koleksi Imuda vs Yushimura yang baru!
- Kompilasi IBC(Inteligent Blues Club) oleh tok ketua kita, Ujang.
- Dan banyak lagi!!!!
- Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur Tun Razak Hall 3, (3111-3114, 3221-3224)
- Tarikh: 4 April - 13 April 2008
- Masa: (Isnin ~ Khamis) 10 am - 7pm
- (Sabtu ~ Ahad) 10am - 9pm
Flyers, peta dan mockup cover IBC:
(Kulit IBC masih belum final, produk akhir mungkin berlainan rupa)
KAU ORANG PERNAH TERFIKIR TAK?
Memula kita bangun tido..pastu mandi,gosok gigi,pakai baju seluar,skirt ke,blouse ke,seluar panjang ke ..apa-apa aje lah pastu pegi kerja.Tengahari ,makan tengahari pastu minum petang dan balik.Malam pulak kebanyakkannya menyandar kat ruang tamu nengok tiwi berehat-rehat untuk melakukan balik perkara yang sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu selama bertahun-tahun.Kat celah-celah HAL yang rutin tu ada la sikit-sikit masalah kecik untuk di fikirkan dan di ladeni dengan baik..atau kadang-kadang juga berlaku hal-hal yang besar sehingga mampu mengalirkan adrenalin ke tahap kritikal..atau boleh jadi jadi juga hal-hal kecil yang di pandang besar..atau lebih bangsat lagi hal-hal kecil yang di perbesar-besarkan sehingga menutup penglihatan dan kewarasan terhadap hal-hal yang lebih besar.Kemudian dari itu pulak setiap hal yang datang tidaklah sekeping sahaja melainkan bersangkut-sangkutan lah pulak dia dengan hal-hal yang lain.Maka menjadi banyak hal lah yang nak kita fikirkan.Samada kita sedar atau tidak apa bila kita rajin mengutip hal-hal yang berlaku ini saban hari,maka penuh saratlah sel-sel otak kita menyimpan data-data hal tersebut di dalam memori sepanjang hidup kita.Kalau hal yang kita simpan itu terkandung memori indah atau kisah-kisah kelakar yang menghiburkan ati…tak apa lah jugak.Kerana mendatangkan kesihatan…tapi kalau hal-hal yang merusuhkan jiwa sehingga memudharatkan badan,mengeruhkan air muka dan memeningkan kepala..apa ke jadahnya ini semua.Dengan itu rehat-rehatkan minda anda dengan membaca sebuah lagi kompilasi kartun terbitan CESB-Siri produksi gila-gila dengan —IBC (iNTELIGENT BLUES CLUB) Hasil karya kartunis ujang.Akan terbit di pasaran bulan depan,insyaallah.
Le` Tour De` Langkawi
Saya selaku pemegang mohor besar Alam Strebentuen ingin memaklumkan anak animatot telah pun di lahirkan kedunia sekali gus menjadikan bilangan penduduk kampung belulang bertambah lagi sorang.Ingatlah anak ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkan nya…di harap animatot dapat melukis corak-corak tersebut dengan baik.Bravo Animatot.Maka untuk merai kan kejayaan animatot ini satu pogram Le` Tour De` Langkawi telah pun di susun bermula dari 8 feb hingga 17februari bermula di Alor setar,KEDAH dan berakhir di DATARAN MERDEKA.Pelbagai design T-Shirt Gila-Gila akan di jual pada hari tersebut beserta buku-buku koleksi kartun kartunis Ujang.Kepada sesiapa juga yang berminat dan juga sesiapa yang tidak berminat lansung,anda di jemput bersama-sama meramaikan majlis tersebut yang mana jadualnya akan di beri oleh Tetuan PELITA AYAM dalam waktu terdekat nanti.Akhir kata…Majulah sirap untuk negara.
TAHU,TIDAK TAHU DAN MALAS AMBIL TAHU
Dalam menjalani kehidupan ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.
PENGKELEPETAN PART (2)
Jam 5 petang lepak depan Stabak, langit sudah gelap.Poket makin rabak.Pukul 4.38 kat sini dah nak malam.cahaya lampu neon begemerlapan dan pelancong dari seluruh dunia berbagai bangsa mundar mandir di segenap pelusuk jalan dan lorong pada setiap masa dan saat seolah-olah setiap inci kota London ni harus di periksa dan setiap bangunan yang ada di sini harus di ambil gambarnya untuk di tunjukkan kepada orang kampung masing-masing apabila pulang nanti..Saya masih belum dapat mensetabilkan kepala otak.Rasa-rasanya `Jet-lag` ni akan berlarutan sampai lapan hari.Al maklum sejak sekian lama sudah di `setting ` dengan waktu malaysia.Helmy samad agaknya sudah bosan apabila saban hari saya bertanya jam dan waktu kat dia pasal saya memang tak suka pakai jam sejak darjah 3….sementara sebelum-sebelumnya pulak saya memang takde jam.Seperti biasa pagi semalam 6am sudah bangun walhal waktu subuh di kota London pukul lapan pagi.Kalo di malaysia kira bangun time sahur ler ni.Kemudian menjalankan tugasan-tugasan yang telah di rancang,menjelang lewat petang kami sudah keletihan kerana suhu yang rendah membuatkan perjalanan darah menjadi `slow` malah terasa begitu penat mengheret baju tebal dan `snow-cap` kehulu-kehilir.merimaskan,janggal dan terasa sangat kelakar.sesekali terasa macam badut sarkis je pakai baju berlapis-lapis serta kasut water proof yang besar gedabak konon untuk mengelakkan `reput-frost`..walhal dah 4 hari takde salji pun.Hasil dari pelbagai tindak balas dan kelewatan menyesuaikan diri tersebut kami menjadi terlalu penat dan terjadilah pelbagai adegan-adegan kelakar yang pastinya akan saya muatkan dalam buku koleksi kartun saya yang terbaru nanti.Antaranya peristiwa di kelepet lagi dan di kejar peminta sedekah dengan kereta sorong sehingga saya berlari seperti orang gila di tengah kota London.Sehingga pagi ini saya masih tersengih seorang diri dan terbayang betapa seksanya paru-paru mengepam oksigen di dalam suhu bawah daripada 1 celcius.
BERITA DARI LONDON
Waktu sekarang jam 4 pagi di kota London,kalo kat malaysia ada ler lam pukul 12 setengah kot (korang boleh lah bersiap bentang-bentang tikar untuk smayang jumaat) sementara saya,helmy samad dan zanuar dok terkebil-kebil kat katil masing-masing tak boleh tido kerana perubahan masa.Bayangkan bertolak 27 hb dari KLIA,setelah 16 jam perjalanan kami sampai di lapangan terbang Heatrow masih jugak lagik 27 haribulan.Biol betul….dan yang lebih tragik lagi terpaksa tido tegak kat dalam flight pasal Pak Arab yang duduk kat kerusi belakang asik komplen setiap kali kami nak baringkan tempat sandar.Kalo tau azab macam ni baik duduk kat depan dengan pilot….dapat gak nengok pemandangan sambil tolong bawak kapal terbang,tak le boring sangat.Satu cerita best semasa transit di Bahrain…Helmy Samad terkelepet dek Pak Arab.Beli coke satu tin,bayor 5 dollar…Pak Arab tu kasi baki 1 dinar je hahahahahaha.Padan muka dia.Nak marah Pak Arab tu tak reti spiking la pulak.Buat rugi air liur je.Sayugia di ingatkan sebelum tu saya dan zanuar pun terkepelet juga bila order teh 2 cawan,bayar 5 pound dan dapat baki duit siling..dah la kecik,tak lawa pulak duit tu….nombor pun takder…rupa macam token permainan budak-budak kat fun fair je.Padan jugak lah muka kami berdua.Moral of the story…Pengkelepetan sememangnya berlaku di mana-mana dan kita perlu lah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuanuntuk mengelakkan golongan setan kabir ini mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang bodoh.Heh heh..macam cerita lam buku teks budak darjah satu epal la pulak…siap ada pengajaran.Penerbangan dari Bahrain ke Heatrow 7 jam 40 minit pun masih dalam penyeksaan yang serupa apabila kapalterbang di penuhi Pak Arab dan kami masih terpaksa tidur tegak kerana yang duduk belakang tak kasi kita baringkan tempat sandar sedangkan Pak Arab yang duduk depan rebahkan kerusinya di tahap maksimum hingga kami bertiga tersepit dengan senyuman sengsara.Pengajaran kedua yang boleh kita ambil di sini ia lah…Patut lah Nabi di turunkan di kalangan orang Arab untuk memperbaiki akhlak mereka yang memang jauh sesangatlah berbeza dengan masyarakat kita yang berbudi bahasa dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Nasib baik lah jugak paramugari yang melayan kami bukan dari bangsa arab..kalau tidak boleh jadi kami akan meninggal dalam kapalterbang kerana kelaparan atau terpaksa makan majalah yang di sisipkan di belakang seat untuk menghilangkan lapar.Esok awal pagi kami akan memulakan modus operandi sebagaimana yang telah di rancang.Cuma alhamdulillah banyak kerja dapat di selesaikan sebaik saja sampai ke kota London atas bantuan Encik Ishak empunya mansion yang baik hati.Dengan pengalaman 7 tahun bermustautin di kota London terlalu banyak maklumat kami terima memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di samping mengurangkan risiko terkelepet lagi sebagaimana di Bahrain.Insyaallah saya akan terus menghantar berita-berita terkini dari kota London untuk penduduk kampung belulang yang di ingati.Oh ya….sebelum saya menamatkan catatan ini di harap sumi dan kiambang seperti biasa tolong pantau jadual makan ubat semua penduduk supaya sekembalinya saya pada bulan januari nanti semuanya masih dalam keadaan waras dan setabil.Adios esprunut kompurutempom mofulendesssssssss“
MOHON DIRI SEKETIKA
Pagi ini hari khamis bersamaan 27 hb december 2007-saya on line dari KLIA ,jap lagik jam 11.30 saya akan berangkat ke uk membawa koleksi AKU BUDAK MINANG,ATUK DAN ACA,JUNGLE JOKES,MAJALAH GILA-GILA dan yang paling penting JIBAM atas satu tujuan meneroka pasaran luar di samping memperkenalkan kartun malaysia kepada penerbit-penerbit di London.Penduduk-penduduk kampung belulang semua doakan lah kejayaan saya dan sepeninggalan saya ini di harap semua jangan lah lupa makan ubat.wassalam.Adios askerplentes mofulendes.
BENGKEL MELUKIS KARTUN
TARIKH : 6 DECEMBER 2007 (KHAMIS) TEMPAT : DEWAN RAKAN MUDA,KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN. WAKTU : JAM 8.30 AM - 12.30 AM. Satu bengkel melukis akan di adakan khusus untuk belia rakan muda di negeri sembilan untuk memberi peluang kepada peminat seni kartun dan humor tempatan berinteraksi serta mendalami pelbagai aspek berkaitan dengan teknik melukis yang betul,penulisan dialog kreatif dan pembinaan watak serta teknik menggarap idea.Bengkel akan di kendalikan oleh kartunis UJANG selama setengah hari dan di sertai oleh 300 orang belia dari seluruh negeri sembilan.Namun kepada Semua makhluk yang bernyawa di dalam alam maya ini samada yang ghaib mau pun nyata…sekiranya sudi dan berminat..anda juga di jemput hadir.
MELAMPAU LA SIBUK NYERRRR PULAK
Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat otel Mid Town Kola Terengganu.Petang tadi sampai dari kelantan menjalankan beberapa modus operandi mewakili CREATIVE ENTERPRISE SDN.BHD di Universiti Malaysia Kelantan.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.Helmy anak sasterawan negara A.Samad Said telah pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang tadi ngan flight MAS setelah 2 hari 1 malam lepak ngan kami di kelantan menjalankan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Insyaallah 27 hb december kami akan berangkat ke London meneruskan missi operandi yang telah di jadualkan(saya sudah nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN jika berkesempatan singgah kat jambatan yang popular dan tertulis lam buku teks masa darjah tiga dulu).Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi kami sudah sepakat memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)-Esok jumaat….jam 11-1 tghari & 3-5 ptg sessi melukis di MYDIN kola terengganu.Sesapa yang dok dekat ngan Kuala Terengganu atau di philadelphia tu di jemputlah datang untuk meramaikan majlis di samping minum free teh yang di taja oleh TEH BOH malaysia.Settle jer kejer di MYDIN Kola Terengganu…terus melarikan diri untuk bersama-sama krew CREATIVE CORNER menjalankan promosi di GIANT HYPERMARKET Kuantan pulak.Kat situ dah gerenti la tu melepakkan diri dari pagi sampai ke petang sebelum bertolak pulang ke kolumpo pada sebelah malamnya.Sabtu….rasa macam dah nak rilek dah tu.Tapi tak jugak…sebelah malam jam 8 malam kena hadir kat KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FILM FESTIVAL pulak di pwtc.Ahad lak 2 december 2007…ada event lagi di CENTRE POINT Seremban.Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…saya tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang kerana kata jiran saya `setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau`….oh ya…ziarah juga blog sahabat baik saya syeikh HELMY SAMAD di—> http://www.helmysamad.blogspot.com
INILAH HAKIKATNYA ZAMAN
Korang tengok iklan petronas raya aritu?Ala yang dialog anak ngan bapak tu` Burung apa tu bah?` murai`.Burung apa? `Muraiiiii` Burung apa?` Murai sayanggggg` Huh….. Memang best massege yang ingin di sampaikan.sungguh releven dengan usaha menanamkan modal insan bagi membendung dari kerosakkan adab pekerti yang akan melahirkan askar-askar kebencian yang menghancurkan sistem kekeluargaan ,masyarakat,sistem politik ,sistem agama dan segala-gala sistem yang ada.Sama-sama lah kita sebarkan kasih sayang agar dialog tersebut suatu hari nanti tidak bertukar jadi begini….`Suatu petang di tahun baru ketika sedang makan si ayah bertanya` Lauk apa tu nak?` `Maka jawab si anak ` Lauk babi bah`.Lauk apa? `Lauk babi`.`lauk apa?` maka si anak pun menjadi berang dan menjawab `Itu lauk la `babiiii`.fikir-fikirkan lah.




