INILAH HAKIKATNYA ZAMAN
Korang tengok iklan petronas raya aritu?Ala yang dialog anak ngan bapak tu` Burung apa tu bah?` murai`.Burung apa? `Muraiiiii` Burung apa?` Murai sayanggggg` Huh….. Memang best massege yang ingin di sampaikan.sungguh releven dengan usaha menanamkan modal insan bagi membendung dari kerosakkan adab pekerti yang akan melahirkan askar-askar kebencian yang menghancurkan sistem kekeluargaan ,masyarakat,sistem politik ,sistem agama dan segala-gala sistem yang ada.Sama-sama lah kita sebarkan kasih sayang agar dialog tersebut suatu hari nanti tidak bertukar jadi begini….`Suatu petang di tahun baru ketika sedang makan si ayah bertanya` Lauk apa tu nak?` `Maka jawab si anak ` Lauk babi bah`.Lauk apa? `Lauk babi`.`lauk apa?` maka si anak pun menjadi berang dan menjawab `Itu lauk la `babiiii`.fikir-fikirkan lah.
Gambar Majlis Berbuka Puasa Kampung Belulang 2007

Pada 4 Oktober 2007, penduduk kampung belulang telah mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa. Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis tersebut. Sukacita dimaklumkan, gambar-gambar yang diambil oleh saudara PelitaAyam telah di’upload’ pada galeri jibam. Kepada sesiapa yang ada gambar sendiri yang ingin dikongsi di galeri, hantarkan emel ke tenukes(at)cesb.net.my tenukes(at)gmail.com.
Senarai peserta(sila tinggalkan komen kalau ada yang tercicir):
- Ujang - Tok Ketua
- Hafiz
- Suhaimi
- Mofudume
- Muni
- Sumi
- Kiambang
- Kumbang
- Pelita Ayam
- Kak Yong
- Kak Echah
- Zul
- Tidin
- CT
- Naim
- Ono
- Mat
- Awe
- Wak
Penambahan Gambar:
MMS Raya Bersama Celcom

Raya ni akan lebih meriah dengan adanya MMS Raya dari karya² Ujang!!!! Nantikan 100 variasi kad raya (MMS) dari Celcom.
Perhatian: Blog ini akan terganggu sehingga Ahad untuk naiktaraf dan mengemas semula. Sebarang cadangan untuk naiktaraf, sila tinggalkan di bahagian comment post ini.
MAJLIS BERBUKA PUASA
Tiba-tiba malam tadi saya menerima sehelai sms dari saudara kita hafiz dari USA yang sedang bercuti di malaysia.Dia mencadangkan agar kita mengadakan satu majlis berbuka puasa sesama penduduk kampung belulang di mana-mana lokasi yang di fikirkan sesuai.Maka dengan itu saya meminta buah fikiran semua penduduk kampung di manakah elok kita laksanakan hasrat murni ini…bilakah tarikhnya dan bagaimanakah kita akan mengendalikannya..harap dapat di perbincangkan dan mencapai kata sepakat demi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk kampung disamping mengenali antara satu sama lain.Silalah di perbincangkan dengan kadar segera dan harap ejas satu tarikh selepas 2 oktober 2007 memandangkan tarikh-tarikh sebelum 2 oktober itu tersangatlah penuhnya jadual saya.Jangan lupa perbincangkan juga siapa nak bawak kek cawan,sapa nak bawak mihun,sapa nak bawak sirap,sapa nak bawak kerbau kambing.Nasik putih dengan lauk gulai ayam kampung akan di sediakan oleh penaja.Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan perfect stranger.hihihihi…
PENGGAMBARAN FILEM JIBAM DI ULU LANGAT
Pernah dengar nama Ulu Langat? Suatu lokasi di negeri Selangor yang bersempadan dengan negeri Sembilan.Berhampiran dengan banjaran titiwangsa yang masih segar dan subur dengan persekitaran hutan hijau tropika.Terdapat aliran air sungai yang jernih turun dari pergunungan melalui jeram-jeram perkelahan,Tasik buatan atau dam takungan air yang menyimpan pelbagai spesis ikan air tawar serta perkampungan orang asli yang separa moden.Uniknya Ulu Langat kerana ia masih menyimpan keindahan pemandangan seperti 20 tahun yang lampau-kabus tebal meliputi banjaran di waktu pagi,lolongan ungka masih kedengaran di sana sini dan bunyi unggas rimba bersahut-sahutan seolah-olah menjelmakan kembali situasi kampung belulang yang akan menjadi permulaan dari kisah ini.Di Ulu Langat juga masih terdapat banyak pondok-pondok pengajian tariqat bagi pencinta-pencinta ilmu.Maka seolah-olah terdapat satu kesesuaian dari segi kerohanian untuk menghidupkan watak suman si sufi yang tersembunyi di wilayahnya.Apa bila producer jajja production sdn bhd saya hubungi pagi tadi untuk bertanyakan di manakah lokasi penggambaran Jibam yang sudah di kenal pasti…dengan yakin dia menjawab`ULU LANGAT`.Maka saya merasakan pendapat itu sudah muafakat dan apa yang kita harapkan hanyalah doa dari seluruh penduduk kampung belulang agar perancangan ini berjalan dengan baik,insyaallah.
KESINAMBUNGAN
Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.
Animasi Aku Budak Minang!
Lagi karya Ujang pergi ke animasi
LAPAN SEBAB
Cuba beri lapan sebab kenapa kita memerlukan sebab apabila memberikan sesuatu alasan.
MEMARTABATKAN KARTUN MALAYSIA
Masyarakat yang majmuk dan harmonis merupakan satu ciri negara kita malaysia yang unik.Ciri inilah yang mewarnakan aktiviti sosial dan kebudayaan negara serta menjadi daya penarik di mata antarabangsa.Budaya masyarakat malaysia yang terdiri dari pelbagai kumpulan etnik ini lah yang seharusnya di paparkan atau di perlihatkan oleh kartunis mau pun pelukis komik di malaysia melalui karya masing-masing dan di garap sebaik mungkin dengan luahan kreativiti sebagai satu sumbangan yang amat besar dan penuh bermakna kepada generasi akan datang.Sebagai satu bangsa yang wujud,karyawan seni dari segenap aliran samada seni kartun,komik,visual,penulisan,theater,Photography dan cinematography,ukiran,catan atau pun apa saja …adalah pejuang dan khalifah yang di amanahkan menjaga kehalusan warisan ini agar tidak tercemar dan di pengaruhi oleh unsur negatif.Kebudayaan dan tradisi bangsa mesti di kekalkan kerana inilah jati diri bangsa kita.Keseimbangan haruslah di cari ketika dunia semakin di dominasi oleh kerakusan materialistik dan manusia sudah semakin hilang kemanusiaannya.Seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni adalah amat di perlukan bagi menjamin kesinambungan ini.Individu yang peka kepada seni boleh menjadi seorang yang sensitif kepada persekitarannya dan mengambil berat kepincangan dan kerosakkan yang semakin berleluasa di sekeliling kita.Lantaran itu menjadi tanggung jawab yang besar kepada kartunis malaysia,komikus dan semua karyawan seni untuk menceritakan dan memberi kesedaran melalui karya masing-masing tentang kerosakkan alam sekitar akibat kerakusan mengejar dunia,kehilangan budi kerana perebutan kuasa,kepincangan sistem kekeluargaan kerana jauh dari agama,amanah yang telah di khianati,keboborokkan pemimpin yang tamak dan haloba, sistem kehidupan yang semakin rumit dan tidak terurus dan tidak lupa juga kisah-kisah murni yang wajib di teladani agar bangsa dan negara tidak hancur kerana kita mengabaikan ilmu dan seni.(forum pendidikkan kesenian kebangsaan-hala tuju mewujudkan seniman yang berilmu dan ilmuan yang peka seni-2007)
HALA TUJU MEWUJUDKAN SENIMAN YANG BERILMU DAN ILMUAN YANG PEKA SENI
Seni sebenarnya sesuatu yang secara naluri wujud dan hidup di sekeliling kita samada kita sedar mau pun tidak.Perkataan seni amat selalu di hubungkan dengan perkataan `Halus`….`indah`….`murni`….`menarik`….`cantik`….`luarbiasa`….`abstrak`….`melampaui jangkauan fikir`….`ajaib`….dan `ghaib“….dan sesuai juga di sebut alam strebentuen.Semua ini berhubung secara intim dengan kewujudannya sendiri yang berkaitan dengan kebendaan,pemikiran dan kerohanian.Maka justeru itu ,seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman,keintelektualan,kebijaksanaan dan kerohanian manusia…..Dari hasil seni akan timbul kesan.Ada pun kesan ini tidak sama antara seorang audien dengan audien yang lain,bergantung pula dengan tingkat pengalaman keintelektualan,kebijaksanaan,kerohanian,minat dan penglibatan seseorang.Justeru,tidak sama apresiasi dari seorang peminat dengan seorang seniman,malah tidak sama apreasiasi dari seorang seniman dengan seorang seniman yang lain tentang seni.(diolah daripada gerbang seni Suhaimi Haji Muhammad)




